Saya petik:
NGO Melayu bisu sejak saya lepas jawatan Perkasa, kata Arman
[TMI] KUALA LUMPUR,  6 April — Arman Azha Abu Hanifah mendakwa  pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Melayu dan Islam seolah-olah tidak  ‘cergas’ dalam membawa isu berkaitan dengan orang Melayu dan Islam sejak  beliau melepaskan jawatan ketua Wira Perkasa minggu lalu. 
Katanya, ia termasuklah isu berkaitan dengan kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang menjadi ‘polemik’ sejak kebelakangan ini.
“Sejak satu minggu kebelakangan ini, kita tengok isu-isu yang ada  kepentingan orang Melayu, misalnya dalam isu Alkitab tak nampak NGO yang  tampil mempertahankan isu Alkitab, di mana NGO yang pernah bersuara  dengan saya dulu,” kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider di sini.
Sehubungan itu, Arman Azha yang lazimnya akan berada di garisan depan  dalam kebanyakan demonstrasi dan protes ketika menyandang jawatan ketua  Wira Perkasa berkata, beliau rasa kecewa dengan perkembangan semasa.
“Saya marah dan terkilan kerana tiada suara dalam isu-isu sepanjang  satu dua minggu ini, di mana suara panglima-panglima Melayu?” kata Arman  Azha lagi.
Arman Azha mengumumkan keputusan melepaskan jawatan ketua Wira Perkasa Rabu lalu atas alasan mahu aktif dalam politik.
Selain soal Alkitab, kata beliau, beberapa isu lain termasuk yang  berkaitan dengan usaha pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur juga  tidak dibawa oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Melayu.
Katanya beliau ada mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan Kampung Baru awal minggu ini.
Bagaimanapun Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara ini  enggan menamakan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang dimaksudkan  itu.
“Saya tidak mahu sebutkan, tidak...,” katanya.
“Memang ketika di Perkasa, saya ada wujudkan kerjasama dalam membawa  isu-isu berkaitan dengan orang Melayu tetapi apabila saya sudah tidak  ada, mereka sepatutnya boleh lakukan... tetapi nampaknya mereka perlukan  satu dorongan untuk bergerak ke depan (membawa isu),” kata beliau lagi.
Sehubungan itu kata Azman Azha, beliau memberi masa sehingga Jumaat  ini kepada pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu terbabit untuk membawa isu  semasa khususnya yang berkaitan dengan Alkitab.
“Saya beri masa sehingga Jumaat ini, kalau tiada perubahan saya akan membuat pendirian pada minggu depan,” katanya lagi.



Comments (0)
Catat Ulasan