Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Menteri pula nafi polis bertindak ganas, amaran pada media

Label:

Saya petik:

Hisham nafi polis bertindak ganas, amaran pada media

[MK] Berdepan dengan pelbagai dakwaan bertindak ganas sewaktu perarakan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, polis akan mengeluarkan rakaman visual bagi menafikan perkara tersebut, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka "dalam media yang telah membuat dakwaan tidak berasas".

"Kami mempunyai rakaman visual di dalam bilik operasi kami.

"Apa sahaja yang telah didakwa akan disiasat dengan bukti kukuh, dan tindakan akan diambil terhadap mereka di Internet dan media asing yang telah membuat dakwaan tidak berasas," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat polis persekutuan di Bukit Aman hari ini.

Katanya, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat dakwaan yang tidak benar terhadap polis, dan mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, Hishammuddin enggan mengesahkan dakwaan keganasan polis, termasuk serangan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan Hospital Tung Shin Hospital pada hari Sabtu, serta dakwaan bahawa Baharuddin Ahmad - yang meninggal dunia selepas ditangkap oleh pihak polis semasa perarakan itu - telah dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.

"Kami mempunyai rakaman tertentu. Jika apa yang didakwa tidak mempunyai bukti, mereka yang melaporkannya ia akan dibawa ke muka pengadilan," katanya berulangkali apabila ditanya mengenai serangan gas pemedih mata dan meriam air di kawasan Hospital Tung Shin itu.

Rakyat Malaysia teriak ‘kuning, kuning Najib pening’ di London

Label:

Saya petik:

[KD] LONDON: Sekurang-kurangnya 500 rakyat Malaysia di United Kingdom mengadakan demonstrasi di London menyokong Bersih 2.0 dengan menyampaikan memorandum
kepada Kedutaan Malaysia.

Menurut Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ginie Lim yang turut berada London memberitahu, perarakan itu mula memenuhi perkarangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London seawal jam 10 pagi..

“Tuntutan untuk “bersihkan pilihanraya” disampaikan dalam bentuk memorandum kepada Kedutaan Malaysia dengan memasukkan ke dalam peti surat, diringi laungan sekuat-kuatnya Bersih! Bersih! Bersih! oleh sekumpulan 500 penyokong,” kata Ginie.

Menurut Ginie peserta berhenti di luar pejabat Pelancongan Malaysia bagi tempoh yang singkat, menyanyi ‘Bersih, Bersih, Bersihkan Malaysia yang tercinta’ sebelum berhenti di luar Galeri Kebangsaan.

Katanya, perarakan Bersih disifatkan sebagai perarakan yang besar dan berjaya disertai rakyat Malaysia di London yang menuju ke hab kebebasan bersuara di Trafalgar Square sebagai simbolik perhimpunan itu.

“Lagu dinyanyikan dan puisi yang dibaca sebelum 100 belon kuning dibebaskan dan buih ditiup di tengah-tengah teriakan ‘Hidup Bersih, hancur Rasuah’, ‘Cuci-Cuci Malaysia dan ‘Kuning, Kuning, Najib Pening pada klimaks perarakan yang menarik beribu-ribu penonton di London,” kata Ginie.

Menurutnya, demokrasi yang dinikmati di luar negara telah digunakan sebaik-baiknya oleh Global Bersih untuk memperjuangkan kebebasan tanahair di bawah kongkongan pentadbiran Barisan Nasional.

“Inilah semangat solidariti dan perpaduan seluruh rakyat, tanpa kira kaum, agama dan di mana berada, yang menuntut perubahan di Malaysia. Keangkuhan Najib enggan menerima hakikat ini dan terus menindas rakyat menandakan permulaan kejatuhan regim autoritarian dalam masa yang singkat,” katanya.

Selain London, Global Bersih disambut di puluhan bandaraya di seluruh dunia. Antaranya di Perth, Australia di mana 150 rakyat Malaysia dilaporkan berkumpul dan menyanyi di hadapan konsulat Malaysia, manakala 300 lagi berhimpun di Dewan Bandaran Sydney sekitar jam 2 petang.

Di Adelaide, kira-kira 150 orang menyertai perhimpunan menyokong Bersih 2.0 di bandar tersebut.

Sementara itu di New Zealand, perhimpunan dilaporkan bermula di Christchurch, di Universiti Canterbury sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan. Himpunan yang sama turut disambut di Seoul, Korea Selatan.

Land Rover polis rempuh Mat Sabu. Adakah masih tidak ganas?

Label:

Saya petik:

[MK] Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.

Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.

P/s: Alhamdulillah...Mat Sabu masih hidup. Allah masih sayangkan beliau. Persoalan timbul di kalangan rakyat, adakah pemandu land rover polis itu sememangnya mahu melanggar Mat Sabu? Mengapa perlu langgar? Seolah-olah Mat Sabu penjenayah besar!!!

Kematian Baharuddin umpama ‘nasib wanita Palestin diserang Israel’, dakwa Pemuda PAS

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 11 Julai — Kecaman terhadap keganasan polis terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 berterusan dengan Dewan Pemuda PAS pusat hari ini menggesa Putrajaya melakukan satu siasatan berhubung insiden kelmarin.

Malah kata Ketua Penerangannya Riduan Mohd Nor, pihak juga mahu polis bertanggungjawab atas kematian peserta Himpunan Bersih 2.0 Allahyarham Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia selepas didakwa terkena air berasid dan gas pemedih mata.

Keluarga Baharuddin juga mahu polis bertanggungjawab atas kematiannya, malah PAS mengecam pendekatan pihak berkuasa menangani perhimpunan Bersih 2.0 semalam yang disifatkannya sebagai “ganas” sambil menegaskan, Putrajaya perlu bertangggungjawab ke atas kematian Baharuddin.

“Kami menuntut agar satu siasatan dibuat ke atas beberapa insiden keganasan pihak polis ketika cuba menghalang Himpunan Bersih 2.0 kelmarin, polis harus mengambil tanggungjwab diatas kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad serta menjelaskan dua rakaman klip video di YouTube yang jelas membuktikan keganasan anggota polis.

“Allahyarham Baharuddin Ahmad yang berada di KLCC meninggal dunia selepas terhidu asap bom pemedih mata yang ditembak oleh FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan). Bahan kimia 2-Chlorobenzalmalononitrile (CS) yang menjadi bahan utama bom berkenaan menjadi punca mangsa mengalami trauma, sesak nafas dan kegagalan fungsi jantung hingga menyebabkan kematiannya,” kata Riduan dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan pasukan polis tidak harus dipersalahkan atas kematian Baharuddin.

Sambil berkata kematian Baharuddin adalah disebabkan masalah kesihatan, Najib mempertahankan cara polis menangani perhimpunan itu.

Tegas Riduan, kematian Baharuddin itu mengulangi kekejaman yang dilakukan tentera Israel di Tebing Barat yang menyebabkan kematian seorang wanita.

“Pada 31 Disember 2010, perkara yang sama berlaku kepada seorang wanita Palestin berumur 36 tahun, Jawaher Abu Rahmah yang mati selepas terhidu gas pemedih jenis yang sama digunakan oleh rejim Israel di Tebing Barat.

“Dr Mohammed Aideh, Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan, Kementerian Kesihatan Palestin telah mengesahkan perkara itu walaupun Israel enggan bertanggungjawab. Kini perkara ini berlaku di Malaysia, dan polis mengulangi sikap Israel itu.

“Justeru kami berharap agar satu siasatan dibuat bagi memberi keadilan kepada mangsa dan keluarganya,” katanya.

Tambah Riduan, banyak bukti lain yang boleh diperoleh di Youtube membuktikan polis melakukan serangan ganas ke atas peserta Himpunan Bersih 2.0.

“Kami juga mahu penjelasan polis berhubung klip video yang dirakamkan di Jalan Tunku Abdul Rahman yang memaparkan beberapa anggota polis berpakaian reman menumbuk, menendang, memijak serta memaki hamun seorang peserta Bersih 2.0 yang telah dibaringkan di atas jalan raya.

“Klip Video AlJazeera yang dirakamkan di Jalan Pudu pula menunjukkan keganasan anggota polis beruniform menembak gas pemedih mata dan kemudiannya meluru untuk menendang dan memukul peserta Bersih yang duduk,” katanya.

Kata beliau, banyak lagi bukti lain keganasan polis boleh diperoleh di Youtube termasuk ketika cuba menghalang kumpulan yang disertai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beberapa insiden lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawalnya yang di pukul polis hingga tercedera, begitu juga kepada seorang lelaki lain di Puduraya yang pecah kepala diserang polis serta banyak lagi bukti-bukti keganasan polis menuntut pertanggungjwaban Ketua Polis Negara dan organisasinya.

“Kami akan memastikan isu ini menjadi kes utama untuk pihak Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) serta disiasat secara lebih terperinci. Kami yakin rakyat mahukan jawapan di atas ketidakjujuran Ketua Polis Negara yang menutup mata dan menafikan keganasan ini,” katanya.

Dalam tempoh 48 jam, lebih 100 ribu gesa Najib letak jawatan di Facebook

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Lebih 100,000 rakyat Malaysia menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya di laman peminat Facebook, dua hari selepas perhimpunan Bersih Sabtu lalu. 

Laman peminat itu dinamakan ’100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation’ yang dikesan sejak semalam, telah berjaya mencapai sasarannya melebihi 100,000 peminat.

Dalam masa kurang 48 jam, seramai 109,270 pengguna Facebook menyukai laman berkenaan sehingga jam 11.38 pagi tadi.

Dari jumlah berkenaan, hampir 2,000 menyukai laman itu dalam masa hanya setengah jam- satu tamparan hebat kepada kepimpinan presiden Umno yang sebelum ini mendakwa mampu mengerahkan tiga juta ahli nya ke jalan raya.

Sebaliknya, laman peminat menyokong kepimpinan Najib pula, iaitu “Kami sokong YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak sebagai PM Malaysia” hanya disukai seramai sekitar 760 pengguna.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar ketika diminta mengulas berkata, laman itu merupakan suara hati rakyat yang jelas menolak pentadbiran Najib dan Barisan Nasional (BN).

“Rakyat terpanggil dan berani untuk menyuarakan pendapat mereka. Jumlah 100 000 dalam masa 2 hari merupakan angka dan jumlah yang besar dan sekaligus membuktikan mereka menolak pemerintahan BN,” kata Izzah ketika dihubungi Keadilandaily.com

Menurut Izzah, rakyat melihat kekejaman Perdana Menteri yang cuba mengekang dan menzalimi rakyat pada himpunan Bersih Sabtu lalu yang menuntut supaya pilihan raya dijalankan dengan adil dan bebas.

“Mereka (UMNO_BN) seharusnya perlu menghormati dasar hak-hak asasi yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan membenarkan rakyat menuntut pilihanraya telus,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

“Jelas rakyat sudah bangkit dan sedar kerana mereka dapat melihat kekejaman yang dilakukan pihak polis pada Sabtu lalu. Semuanya maklumat dapat dilihat dari pelbagai cara, antaranya video yang dimuatkan ke laman youtube,” tambah beliau.

Mengapa Ibrahim Ali tidak berdemo Sabtu lepas? Ini alasan beliau....

Label:

Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR – Keputusan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak turut sama mengadakan perhimpunan kelmarin bukan kerana takut seperti mana digembar-gemburkan, tetapi sebagai menghormati dan memperkasakan institusi diraja.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau menerima teks titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah daripada Pengerusi Biro Guaman Perkasa, Datuk Sallehudin Saidin yang juga Penasihat Ahli Majlis Agama Islam Negeri Selangor.

Menurutnya, Sultan Sharafuddin mahu titah tersebut disampaikan secara peribadi dan beliau menerimanya pada jam 11 pagi Jumaat lalu sedangkan ia akan dibaca selepas Solat Jumaat di Ulu Selangor hari yang sama.

“Dengan titah baginda meminta supaya jangan berlaku apa-apa perhimpunan yang boleh menimbulkan pergaduhan sesama orang melayukan dan umat Islam, secara peribadi ia membuatkan saya berada dalam keadaan cukup serba salah.

“Kerana itu Perkasa tetap berusaha mendapatkan permit dan juga tempat untuk berhimpun tetapi sehingga jam 1 petang semalam, kami tidak dapat dan kerana ketaatan kepada Tuanku dan akur kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor, perhimpunan dibatalkan,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini semalam.

Beliau berkata, walaupun ramai pihak terutamanya penyokong Bersih menyifatkan tindakan membatalkan perhimpunan sebagai pengecut dan Perkasa gagal meraih sokongan, beliau sama sekali tidak mengendahkannya kerana ia dilihat sebagai satu provokasi dan Perkasa mempunyai pendirian berhubung keputusan tersebut.

Menurutnya, selain mengambil kira arahan melarang keberadaan beliau di Kuala Lumpur bersama beberapa pemimpin lain, keputusan tersebut dianggap sebagai matang dan bertanggungjawab.

P/s: Kalau patriot umno berdemo dengan 200 orang, agak-agaknya PERKASA berapa yang hadir berdemo?

Mangsa tidak sedarkan diri dan bergari. Polis kata berpura-pura?

Label:

Saya petik:

[BH] KUALA TERENGGANU: “Hanya Allah yang tahu sedihnya perasaan apabila melihat Mohd Azizul tidak sedarkan diri dalam keadaan bergari ketika ditahan di lokap Balai Polis Gong Badak, bersama abangnya pada malam Rabu lalu.

“Saya juga kecewa apabila bertanya kepada anggota polis bertugas mengapa anak saya begitu, tetapi dijawab anak saya hanya berpura-pura tidak sedarkan diri dan akan sedar setengah jam lagi,” kata Zainun Mamat, 52, dari Kampung Tuan Mandak, Batu Enam di sini, semalam.

Zainun yang juga suri rumah, mempertikaikan kelewatan polis menghantar anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hingga menyebabkan kematian Mohd Azizul Muda, 24, yang didakwa meninggal dunia kerana kecederaan akibat jatuh motosikal di Taman Semarak.
 
Beliau berkata, Allahyarham dan abangnya, Mohd Suhaimi, 38, keluar menaiki motosikal ke kedai makan di Taman Semarak, untuk menikmati roti canai selepas menonton siaran langsung perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dengan Taiwan jam 11.30 malam Rabu lalu.

Katanya, kira-kira setengah jam kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada rakan anaknya supaya datang ke Balai Polis Gong Badak kerana dua anak lelakinya itu ditahan polis dan Mohd Azizul cedera di kepala kerana dikatakan jatuh motosikal.

“Saya lihat Mohd Azizul kritikal akibat kecederaan di kepala, malah saya juga tidak mengetahui punca sebenar dia dan abangnya ditahan polis. Selepas berbincang dengan anggota polis di situ, seorang daripadanya memberi jaminan Mohd Azizul akan pulih dan saya diminta pulang tidak lama selepas itu,” katanya.

Zainun berkata, dia datang semula ke balai polis itu kira-kira jam 9 pagi keesokannya untuk melihat keadaan anaknya, tetapi terkejut apabila mendapat tahu Mohd Azizul sudah dihantar ke HSNZ pagi itu tanpa pengetahuannya.

“Saya bergegas ke HSNZ dan terkejut apabila mendapati kepala anak sudah dibedah dan doktor memaklumkan Mohd Azizul meninggal akibat terjatuh motosikal. Saya hairan kerana sebelum ini anggota polis memberi jaminan anak saya tiada sebarang masalah.

“Saya kesal kerana permintaan supaya Mohd Azizul dibawa ke hospital tidak diendahkan polis, sebaliknya berbuat demikian apabila dia sudah nazak dan ini menimbulkan keraguan berhubung punca kematiannya,” katanya.

Zainun berkata, keluarganya bercadang melantik peguam untuk mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya dan mengambil tindakan lanjut.

P/s: Berdasarkan gambar, kepala mangsa mengalami kecederaan yang teruk. Apa yang pelik, mengapa pihak berkuasa tidak memaklumkan kepada waris mangsa mengenai pembedahan di kepala mangsa? 

Suami curang punca wanita ini ugut bunuh diri

Label:

Akibat mengalami tekanan perasaan selepas terlihat suaminya keluar dengan wanita lain, seorang isteri muda cuba membunuh diri dengan mengacukan pisau ke lehernya dan mengugut untuk terjun dari Jambatan Kedua Muar, semalam. Tindakan nekad wanita berusia 30 tahun itu berjaya dihalang kira-kira 15 minit kemudian apabila dia mula tenang dan membatalkan niatnya selepas dipujuk suami yang dipanggil ke tempat kejadian. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah rumah tangga pasangan itu.- BH

P/s: Alahai....

Tembak gas pemedih mata di KL Sentral 'perbuatan jenayah' - PKR

Label:

Saya petik:

[MK] PKR menuduh polis bertindak 'tanpa sebarang provokasi' ke atas perarakan aman BERSIH di jalan bawah (underpass) KL Sentral.

Naib parti presidennya, N Surendran berkata mangsa tindakan tersebut termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Surendran berkata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dan sasterawan negara, Datuk A Samad Said juga turut menjadi mangsa tindakan polis itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Surendren berkata ketika kumpulan tersebut masuk ke jalan bawah tersebut, mereka dihalang oleh barisan anggota FRU yang membawa senapang gas pemedih mata.

Katanya, naib presiden PKR yang juga ahli parllimen Batu, Tian Chua kemudiannya berjalan ke arah garisan polis untuk berunding.

Bagaimanapun, dakwanya, pihak polis terus bertindak balas dengan menjerit, memukul perisai dengan belantan serta menghalakan senapang gas pemedih mata ke arah mereka.
Surendren berkata tindakan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam dalam ruang terkurung adalah satu perbuatan jenayah.

NONETindakan ini juga boleh mengakibatkan kecederaan serius dan kematian, dan dengan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

"Kami menuntut siasatan dan pendakwaan terhadap semua pegawai kanan, termasuk Menteri Dalam Negeri, yang bertanggungjawab bagi atau memberi perintah supaya perbuatan jenayah itu dilaksanakan," kata Surendran.

"Satu Suruhanjaya Diraja Siasatan juga perlu ditubuhkan serta-merta untuk menyiasat penindasan ganas hak asasi rakyat untuk berhimpun secara bebas, oleh kerajaan BN," katanya.

Polis tergamam, cubaan BERBOHONG disangkal wartawan dengan bukti bergambar

Label:

Saya petik:

[MK] Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis.

"...Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkan banyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu.

Beratus-ratus penunjuk perasaan berada di dalam kawasan tersebut untuk mendapatkan perlindungan.

Apabila ditanya sama ada pihak polis mengetahui mengenai bukti gambar dan video yang menyokong dakwaan tersebut, Amar kelihatan tergamam dan hanya menjawab beliau akan memeriksanya.

Beliau berulangkali menegaskan bahawa gas pemedih mata tidak digunakan ke atas penunjuk perasaan yang berada di hospital Tung Sin, tetapi berkata, beliau tidak ingat sama ada meriam air digunakan.

[Mesti Tonton] VIDEO Bersih 2

Label:

Polis FRU Sasarkan Tembakan ke arah Anwar, Kata Saifuddin

Label:

Saya petik: 

[TVS] KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu, kata Parti Keadilan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk.

Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut.

Saifuddin berkata, anggota Polis Simpanan Persekutan yang melepaskan tembakan di Brickfields itu jelas bertujuan mendatangkan kecederaan terhadap Anwar.

"Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau," kata Saifuddin.

Sehubungan itu, PKR akan membuat laporan polis supaya tindakan segera ke atas pegawai berkenaan.

"Polis menghalakan tepat senapang gas pemedih mata ke arah Anwar dalam jarak dekat," dedah Saifuddin.

Saifuddin menambah, tindakan polis itu mirip kepada kes tunjuk perasaan di Jalan Kebun, Klang pada tahun 2000.

"Dalam siasatan tahun 2000 itu, Suhakam mendapati polis menyalahi undang-undang kerana melepaskan tembakan gas pemedih mata tanpa mengikut peraturan,” kata Saifuddin.

“Sepatutnya polis melepaskan tembakan pada paras 45 darjah kerah ruang udara, bukannya menembak tepat pada sasaran," tegas beliau. Suhakam adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Selain Anwar, turut mengalami kecederaan akibat tembakan gas pemedih mata adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Sehingga jam lima petang tadi, polis menahan 1401 peserta perhimpunan Bersih termasuk pemimpin kanan PAS, PKR dan jawatankuasa penganjur Bersih termasuk pengerusinya Ambiga Sreenevasan.

2,000 hadiri pengkebumian penyokong BERSIH

Label:

Saya petik:

[MK] Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini.

funeral baharudin crowdSemalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Kira-kira 2,000 hadir, termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu.

Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya.

funeral baharudin bersih protesterTurut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.

Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti.

Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis.

Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi.

Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga.

Sewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah.

Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin.

Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin.

Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa.

"(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku... Dia (Baharudin) adalah seorang hero," katanya ringkas.

funeral baharudin crowd 2Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya.

"BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat.

"Rakyat ada hak untuk berada di sana," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya.

Bahkan terdapat juga pemimpin yang bercakap-cakap tentang kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan itu.
Ditemui pemberita selepas pengebumian itu, naib ketua wanita PKR, Gan Pei Nie berkata beliau kesal dengan tindakan polis yang didakwanya menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital.

Dakwanya, sewaktu kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam hospital dan nampak insiden itu terjadi.

funeral baharudin vanSehubungan itu, Gan yang juga ADUN Rawang meminta mereka yang mempunyai gambar insiden itu supaya menghantar kepada jawatankuasa pemandu BERSIH atau Pakatan Rakyat untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil.

Sementara itu, Mahfuz berkata beliau dan Salahudin Ayub akan membuat laporan polis berhubung penangkapan mereka semalam

Katanya laporan itu bertujuan untuk membolehkan peguam memulakan membuat semakan prosedur undang-undang bagi menuntut gantirugi.

Laporan Al-Jazeera mengenai BERSIH 2

Label:

Lihatlah aksi polis....

Foto Penghormatan terakhir buat jenazah mangsa gas FRU semalam

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.

Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.

Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.

Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.

Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.

Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.

Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.

Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.

Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.

(Datuk Seri Anwar datang dengan leher berbalut selepas cedera semalam)

(Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Nizar juga hadir)

(Datuk S Ambiga bersama anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Nurul Izzah.)

(Jenazah sedia untuk disolatkan di surau Muqarrabin)

(Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di surau untuk solat jenazah)
Menteri pula nafi polis bertindak ganas, amaran pada media
Isnin, Julai 11, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Ahad, Julai 10, 2011 | Author: Tuk Kiyai