Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali  arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan  terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di  perhimpunan Bersih semalam.
Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian  adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid  Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.
Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah  terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota  Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.
Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya  dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun  terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.
Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan  bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih  memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan  semalam.
Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.
Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.
Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.
Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian  selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi  oleh Harakahdaily.
 Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.
 (Datuk Seri Anwar datang dengan leher berbalut selepas cedera semalam)
 (Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Nizar juga hadir)
 (Datuk S Ambiga bersama anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Nurul Izzah.)
 (Jenazah sedia untuk disolatkan di surau Muqarrabin)
 

Comments (0)
Catat Ulasan