
[SH] KUALA LUMPUR - Pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, semalam memfailkan notis tunjuk sebab kepada suaminya, Prof Dr Baharom Sanugi, kerana masih belum menyelesaikan bayaran kos RM12,000 seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Sri Wani memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah di sini, ditemani peguamnya, Mohamad Azrul Azhan Mohammad Jamil. Mahkamah menetapkan 7 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Pada 12 November lalu, Baharom, bekas dekan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), gagal dalam permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menggantung perintah mahkamah yang mengarahkannya membayar RM12,000 kepada isterinya pada 30 Ogos lalu.
Permohonan penggantungan arahan mahkamah berkaitan kos itu difail Baharom pada 27 September lalu, atas beberapa alasan, termasuk mendakwa dirinya tidak mampu kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.
Beliau diperintah membayar kos mahkamah RM3,000 kepada isteri ketiganya itu, selepas Mahkamah Tinggi menolak empat permohonan difailkan.
|
BAKARUDDIN dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.
[mStar] SHAH ALAM: Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM132,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnyasendiri.
Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bakaruddin, 58, yang kini bertugas sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam didakwa menggunakan jawatannya sebagai Yang Dipertua MPS untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.
Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya di alamat No. 14413 JalanLaksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor itu didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Okt 2001 dengan dia mempunyai kepentingan langsung.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2001 hingga April 2002di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang.
Bakaruddin didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. BERNAMA
P/s: Tu dia...guna duit rakyat untuk kepentingan peribadi....
|
BEGINILAH keadaan kereta Ford Laser Said Ibnu Aslam setelah terlibat dalam kemalangan di Nibong Tebal hingga mengakibatkan anaknya, Muhammad Aslam Maricar maut selepas diseret sejauh 10 kilometer.
[kosmo] NIBONG TEBAL – Seorang kanak-kanak menemui ajal dalam keadaan dahsyat apabila mayatnya hancur selepas dia diseret sejauh 10 kilometer oleh sebuah kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 168.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sini kelmarin.
Kejadian menyayat hati pada pukul 8.45 malam itu mengakibatkan Muhammad Aslam Maricar Said Ibnu Aslam, 3, maut.
Mayatnya ditemui tiga jam kemudian iaitu pada pukul 11 malam di lorong kecemasan lebuh raya oleh orang awam yang membantu mencari selepas bapanya, Said Ibnu Aslam G. M. Ismail, 47, mengadu salah seorang anaknya hilang selepas kemalangan.
Sebelum kejadian, Muhammad Aslam Maricar bersama tujuh lagi ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke Ayer Itam, Pulau Pinang selepas seharian bercuti di Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak.
Turut berada di dalam kereta itu isteri Said Ibnu Aslam, Nuris Berutu, 40, yang merupakan warga Indonesia; tiga anaknya, Zulqarnain Aslam, 14; Shahrul Ramadan, 12, dan Nur Aishah Aslam, 2, serta adik Nuris, Nurjadi, 28.
|
Polis: Jangan terpengaruh berita palsu
[kosmo] SUNGAI PETANI — Polis di Kedah menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin dan berita palsu yang disebarkan dalam Facebook, Twitter dan blog ketika ini mengenai keadaan semasa di daerah ini.
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata tiada sebarang pergaduhan atau apa-apa insiden kematian atau bakar masjid yang berlaku di Sungai Petani.
Katanya apa yang tersebar melalui laman sosial dan blog semuanya palsu dan khabar yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Keadaan di Sungai Petani adalah aman dan tenteram serta terkawal,” katanya pada sidang media di sini lewat malam tadi. — BERNAMA
|
MAYAT remaja yang mati ditembak polis selepas cuba merompak kedai KK Mart.
[kosmo] KUALA LUMPUR – Hajat dua penjenayah merompak sebuah kedai serbaneka KK Mart di Taman Sri Rampai di sini dengan mengacukan parang ke arah juruwang tidak kesampaian apabila sepasukan polis tiba-tiba muncul di premis itu dan menembak mati seorang suspek.
Dalam kejadian pada pukul 4 pagi, suspek yang maut ditembak merupakan remaja berusia 19 tahun. Remaja itu mati di depan kedai rangkaian 24 jam itu akibat cedera di dada.
Difahamkan, suspek dipercayai anak kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar yang bertugas di Melaka.
Rakan suspek yang bersenjatakan parang sempat melarikan diri.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, rancangan dua suspek merompak kedai 24 jam itu disedari pasukan polis yang secara kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut.
“Salah seorang suspek yang sedang mengacukan parang ke arah juruwang panik apabila dia melihat kehadiran polis. Suspek terus mengacukan parang ke arah anggota polis sebelum melarikan diri,” kata beliau ketika dihubungi.
|
Dr Aziz Bari : Keistimewaan Melayu Tak Boleh Dipinda Tanpa Perkenan Raja
[SK] SHAH ALAM, 13 DIS: Masyarakat Melayu diingatkan agar tidak terus membiarkan diri mereka ditakutkan Umno-BN kononya Melayu akan kehilangan keistimewaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih pentadbiran negara ini selepas pilihan raya nanti.
Ini kerana Perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, Bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain) dalam Perlembagaan Malaysia itu tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-raja Melayu walaupun mendapat undian dua pertiga di parlimen.
Demikian menurut pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi TV Selangor hari ini.
“Apa yang Umno sebut itu memang merepek, tak boleh berlaku, kita pun tak faham apa yang Umno ‘spin’ sebab benda tak boleh berlaku kecuali dengan perkenan raja-raja,” kata Aziz.
Justeru, amat penting bagi masyarakat Melayu kembali mengkaji Perlembagaan Malaysia agar tidak mudah dipermainkan dengan fakta palsu Umno-BN dengan tujuan melindungi kuasa mereka.
Menurut Aziz, ketika Umno meminda Perkara 181 [2] bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada 1993 jelas menggambarkan sikap samseng Umno terhadap raja-raja dengan meminda perkara tersebut dengan paksaan.
“Mahathir seolah-olah menolak pindaan itu memerlukan perkenan raja-raja. Umno ini, dia seperti dahulu juga, bersultan di mata beraja di hati, dia ingat dia raja.
“Dalam PR kita tak sembrono, tak biadab macam Umno, sebab itu dia masih mainkan isu ini, tetapi masa dia memaki hamun raja-raja pun macam itu juga, dia bukan pedulikan peruntukan itu, dia tak peduli,” katanya lagi.
Aziz juga mengingatkan agar pengamal undang-undang dalam Umno agar memberikan nasihat yang betul kepada pemimpin-pemimin mereka.
“Rujuk kepada perlembagaan dan orang-orang yang tahu, kalau nak dengar cakap Umno, Malaysia ini pun dia kata boleh tukar kepada negara Kristian,” ujar Aziz lagi.
|

[HD] KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar)
mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD
2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi
menyekat pendedahan yang lebih besar.
"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.
"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan
berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan
kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini
sangat high level.
"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.
"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap,
kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak
dalam sidang media khas dengan Harakah.
Deepak dalam sidang
media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat
dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.
Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.
"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.
Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.
Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa
dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.
Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.
Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan
penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana
perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.
Saya
kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun
minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri
buat keputuan bagaimana".
Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan
Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta
dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.
Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap
dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa
dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun
dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.
Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer
juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia
(Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.
Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa
Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.
Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.
Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri.
Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu
Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa
Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada
bodyguard semua.
Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim
yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa,
tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.
Saya pergi ke
Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia,
sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama
dia Suresh.
Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia
takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik
awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau
awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.
Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat
besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya
peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah
itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.
Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.
Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12
ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu
sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.
Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan
mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak
lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia
minta. Saya tak ada.
Dia
bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia
dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise
(janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.
Nazim kemudian telefon dan bincang dengan abang dia, siapa yang akan siapkan SD.
Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga
pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke
KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD.
Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa
yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.
Selepas itu,
peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan
bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.
Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal
siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua
Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa
yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal
siapa-siapa.
Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan
tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga
peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya
datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.
Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel
kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah
disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak
terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu
yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.
Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi
sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat
dalam kes itu, kes Altantuya, telah bersetuju untuk memberitahu cerita
sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.
Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi
Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia,
salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan
menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan
siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.
Jadi
objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni.
Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya.
Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah
utamanya.
Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada
kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang
akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia
nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang
itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.
Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM
lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya
tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes
tutup.
Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini,
dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini
dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.
Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua
orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia
kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri
sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.
Jadi saya minta
SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP
sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.
Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita
menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja.
Negara ini lebih dari itu. Itu saja."
|
[SH] KANGAR - Perlis akan menuntut bayaran royalti jika Kerajaan Pusat membayar kepada Kelantan.
Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) berkata, jika Kerajaan Pusat memenuhi tuntutan Karajaan Kelantan, Perlis juga layak dan akan menuntutnya.
"Sebenarnya Kelantan tidak layak mendapat bayaran royalti kerana minyak diperolehi jauh di tengah laut iaitu melebihi 100 kilometer dari pantai.
"Mengikut peraturan, apa-apa yang berada tiga batu nautika dari pantai adalah milik negeri. Melebih had itu adalah menjadi hak Pusat," katanya ketika mencelah pada sesi penggulungan Bajet 2013 semalam.
Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata, minyak atau petroleum ditemui di perairan Malaysia adalah hak milik negara dan wajar dikongsi oleh semua negeri dan bukan menjadi hak negeri tertentu sahaja.
"Kerajaan Pusat sudah bertindak adil dengan berkongsi hasil kekayaan minyak dengan semua negeri selama ini.
"Semua negeri menikmatinya melalui wang ihsan. Bukan sahaja Kelantan, malah Perlis, Johor dan negeri lain merasai manfaatnya.
"Jadi tidak adil jika Kelantan sahaja yang dapat menikmati duit royalti petroleum," kataya.
P/s: Ulasan yang "tak cerdik" dari bekas MB Perlis...
|
SAFEE (kanan) menyerahkan dokumen kontrak kepada presiden
PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas menandatanganinya di Wisma
FAM, Kelana Jaya malam tadi.
[kosmo] PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terus berbelanja besar dalam persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Semalam, Setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan telah mendapat surat pelepasan daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali secara pinjaman musim depan.
Suhairi berkata, surat yang ditandatangani oleh Pengarah Arema, Ruddy Widodo menyatakan, Safee akan menyarung jersi Johor selama setahun bermula dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.
“Safee sepatutnya hadir malam ini (semalam) untuk menandatangani kontrak tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan terikat dengan peraturan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang tidak membenarkan pemain kebangsaan keluar daripada kem latihan mereka sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2012.
“Namun, kami (PBNJ) telah mendapat pelepasan daripada Arema yang membenarkan Safee beraksi bersama Johor. Saya ada bukti dan saya boleh tunjuk kepada umum.
“Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, Safee akan beraksi bersama Johor. Kami memang bersungguh-sungguh untuk membawa masuk Safee dan mahu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh dua hari sebab tarikh tutup pendaftaran pemain akan tutup pada 6 Disember (esok),” kata Suhairi ketika ditemui pemberita di Hotel Prince Kuala Lumpur malam tadi.
Terdahulu, sidang akhbar yang dirancang PBNJ untuk majlis menandatangani kontrak Safee tidak dapat diteruskan kerana pemain berusia 28 tahun itu tidak dapat hadir kerana terikat dengan peraturan FAM.
Situasi itu menyaksikan Suhairi bersama Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergegas ke Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi bagi mendapatkan tandatangan Safee.
Mengulas mengenai yuran pinjaman dan gaji Safee, Suhairi berkata: “Berhubung perkara itu, kami tidak boleh dedahkan dan ia adalah rahsia,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau memberi gambaran bahawa Safee akan mendapat gaji yang lebih baik daripada apa yang diterimanya bersama Arema.
Kosmo! difahamkan Safee ketika ini menerima gaji sebanyak RM90,000 sebulan daripada Arema dan ia memberi bayangan bahawa dia akan menerima gaji sekurang-kurangnya RM100,000 sebulan bersama Johor.
Pada 1 Februari lalu, Safee telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama kelab Indonesia itu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2 juta. Kontrak dua tahun itu termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten pasukan.
Kontrak Safee bersama Arema akan tamat pada 2014.
Sebelum ini, lima pemain kebangsaan iaitu Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Johor musim depan.
|
|
(Oleh Aliff Fikri)
[KD] Satu laporan dikemukakan kepada jawatankuasa semakan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) untuk membuka semula kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nazri Aziz dan jutawan balak, Michael Chia.
“Permohonan rasmi dibuat kepada ICAC agar kes disemak semula mengambil kira kesan reputasi antarabangsa ICAC apabila namanya diguna di Malaysia untuk membersihkan Musa dan Michael Chia.
“Satu rombongan akan berkunjung ke Hong Kong untuk memulakan proses permohonan kepada jawatankuasa ICAC.
“Ia untuk memaklumkan fakta yang menyebabkan ICAC terpaksa menutup kes ini,” kata Rafizi Ramli, Pengerusi Eksekutif National Oversight & Whistleblowers (NOW), pada sidang media di ibu pejabat NOW di Sungai Besi, hari ini.
Beliau yang juga Pengarah Strategi KEADILAN memaklumkan, rombongan ke Hong Kong turut disertai beberapa wakil rakyat Malaysia yang akan mengadakan pertemuan bersama ahli Majlis Perundangan (Legislative Council) Hong Kong.
“Ahli majlis perundangan yang akan kita temui ialah Pengerusi League of Social Democrats, Leung Kwok Hung, wakil Parti Demokratik, James To Kun Sun, pimpinan parti People’s Power, Raymond Wong Yuk Man dan pimpinan dari Civic Party.
“Pertemuan bertujuan mendapatkan kerjasama mereka untuk berunding dengan Jawatankuasa Semakan ICAC untuk menyemak kembali kes.
“Sidang media bersama NGO akan diadakan untuk menerangkan kesan kes kepada reputasi ICAC, pada hari Khamis, 22 November di Hong Kong,” jelas Rafizi.
Beliau sebelum ini menyatakan akan ke Hong Kong pada 21 November bagi menyiasat skandal pemberian wang RM40 juta melibatkan jutawan balak Sabah, Michael Chia dan Ketua Menteri, Musa Aman.
Manakala pada 5 November, satu laporan dibuat Rafizi di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi mendesak siasatan terhadap Menteri di JPM, Nazri Aziz, apabila keluarganya mendapat manfaat dengan tujuan mempengaruhi keputusan membersihkan nama Chia.
Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri, atau melalui, atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah, atau menerima, atau bersetuju menerima bagi dirinya, atau mana-mana orang lain, telah melakukan kesalahan rasuah.
|

[SH] SHAH ALAM - Sementara polemik siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) membentuk Kerajaan Pusat berterusan, bancian 'online' menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan ramai.
Seramai 54 peratus daripada 1,139 pengunjung yang menyertai bancian 'online' kendalian Sinar Harian Online mengatakan bahawa Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, layak menjadi Perdana Menteri.
Ia disusuli dengan 34 peratus yang memihak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan 12 peratus pula memilih Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Berdasarkan perkembangan semalam, kedua-dua Anwar dan Hadi membuat kenyataan media bahawa Pas dan PKR sedia mengadakan perbincangan mengenai isu tersebut.
"Memang betullah. Boleh bincanglah," kata Hadi pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-58 petang semalam.
Hadi ditanya pandangan beliau berhubung kenyataan Anwar pagi semalam, yang berkata, isu jawatan Perdana Menteri bukan "satu masalah."
"Tiada masalah, tak ada apa, kita boleh bincang dengan baik," katanya selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor.
Idea supaya Hadi layak menjadi Perdana Menteri dibangkitkan oleh perwakilan Dewan Ulama kelmarin.
Ia sekali lagi disahkan oleh Dewan Ulama semalam dan turut mendapat sokongan Dewan Muslimat semalam.
|
[mStar] VIENTIANE: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak fikir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya tidak fikir ini akan berlaku," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Pusat Konvensyen Nasional di sini, Isnin.
Najib diminta mengulas laporan media di Malaysia bahawa Hadi menyatakan hasratnya untuk bertanding di mana sahaja yang diputuskan oleh PAS, malah di kawasan Parlimen Pekan sekalipun.
"Siapa nak bertanding (di Pekan), bertandinglah," kata Najib.
Najib menjadi Anggota Parlimen Pekan sejak 1976. Hadi pula ialah Anggota Parlimen Marang. - BERNAMA
|
|
P/s: Siapa untung dengan pelaksanaan AES ini? Tentunya pembekal dan kroni-kroninya...kah kah kah...Rakyat didahulukan lagi...
[SH] KUALA LUMPUR - Empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.
"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.
AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.
Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. - Bernama
|