Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

SALAHKAH ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AYAT AL-QURAN?

Label:

Rasulullah SAW biasa menghantar surat kepada para pembesar dan raja-raja untuk menyeru kepada Islam. Di dalam surat baginda terdapat ayat-ayat suci al-Quran, perkataan Bismillah, dan Muhammad Rasulullah.

Kini apabila terdapat dalam kalangan orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran, maka muncullah mereka yang mengaku Islam yang mempertikaikannya seolah-olah merekalah yang hebat dan menjaga al-Quran sedangkan mereka sebenarnya telah menjauhkan diri daripada al-Quran dan menolak sumber perundangan dan syariatnya yang sepatutnya dilaksanakan secara menyeluruh.

Laungan bantahan ini hanyalah sekadar retorik untuk kepentingan politik sempit mereka yang semakin terjerumus ke arah kehancuran. Mereka bimbang jika golongan Non Muslim memahami kebenaran, kemurnian, keadilan Islam, dan mukjizat al-Quran, maka sokongan terhadap mereka semakin menjadi semakin tipis dan akhirnya mereka terbuang dan pupus.

Para sarjana Barat termasuk bangsa Yahudi telah lama membaca al-Quran dan mengkajinya, serta mengamalkan dalam kehidupan mereka seperti kaedah pemakanan, kesihatan, ilmu sains seperti geologi, astronomi, alam sekitar dan sebagainya.

Mengapakah golongan yang mengaku hebat ini tidak membantah? Bahkan terdapat para pelajar Islam sendiri yang berguru dengan mereka di universiti-universiti yang terletak di Barat. Mereka melenting bila hal ini berlaku, sebaliknya mereka sendiri yang membelakangi al-Quran, bahkan berapa ramaikah anak-anak Muslim yang buta jawi dan al-Quran pada masa kini.

Sepatutnya kita berasa gembira apabila orang bukan Islam mula menghayati kebenaran al-Quran dan Islam, dan berdoa supaya mereka diberi hidayah oleh Allah Taala, bukan menyekat mereka daripada berusaha mendekati islam dan kebenarannya.

Marilah kita membaca dan merenung petikan beberapa pendapat ulama-ulama silam yang bermazhab Syafii tentang hukum orang kafir membaca al-Quran supaya jelas kepada kita dan sedar ebtapa islam itu untuk seluruh umat manusia.

1. Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini kitabnya Mughni al-Muhtaj menjelaskan:
"Adapun orang kafir, maka dia tidak ditegah daripada mmbaca al-Quran, kerana dia tidak beriktikad tentang haramnya perbuatan demikian, sebagaimana kata al-Mawardi." (Mughni al-Muhtaj, jilid 1 halaman 72)

2. Pengarang kitab I'ana al-Talibin telah memetik keterangan dari kitab Busyra al-Karim seperti berikut:

"Maka tidak ditegah orang kafir daripada membaca al-Quran, jika dia tidak bersikap menentang dan diharap dia akan memeluk Islam."
(I'anah al-Talibin, jilid 1 halaman 85)

3. Syeikh Daud al-Fatani dalam kitabnya Bughyah al-Tullab berkata:

"…orang kafir maka jangan ditegahkan dia daripada membaca al-Quran kerana tiada iktikad akan haramnya jika kita harap akan Islamnya"
(Bughyah al-Tullab, jilid 1, halaman 49)

Semoga bermanfaat untuk semua

Comments (0)

SALAHKAH ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AYAT AL-QURAN?
Khamis, Mei 14, 2009 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Khamis, Mei 14, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.