Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Siapakah Hakim Datuk Ramly?

Label:

KUALA LUMPUR - Hakim Datuk Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Datuk Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu. Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah. Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. "Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 Februari 2002," katanya. Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya. Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim.

Sumber: harakahdaily

Penulis berasa sedih dengan perkara ini sekiranya benar sesetengah hakim bertindak di luar ruang lingkup "keadilan" yang menjadi harapan setiap individu yang inginkan keadilan dan pembelaan. Sama-samalah kita berdoa semoga Badan Kehakiman Malaysia bebas daripada sebarang percaturan pihak tertentu demi mencapai kepentingan mereka dengan membelakangkan keadilan.

Comments (0)

Siapakah Hakim Datuk Ramly?
Sabtu, Mei 16, 2009 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Sabtu, Mei 16, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.