Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

BERAPA RAMAIKAH ORANG ISLAM YANG TIDAK MEMBAYAR ZAKAT PENDAPATAN?

Label:

Hari ini saya nak sembang-sembang pasal salah satu rukun Islam yang wajib kita tunaikan. Rukun Islam yang saya maksudkan ialah zakat. Zakat ni terbahagi kepada dua jenis, iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

Zakat firah juga dikenali sebagai zakat badan/diri yang kita duk bayar dalam bulan Ramadan atau sebelum hari Raya Fitrah tu. Harga zakat fitrah untuk seorang lebih kurang RM5 jer….

Zakat harta pula terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya:
- zakat pendapatan
- zakat perniagaan
- zakat wang simpanan
- zakat saham
- zakat harta rikaz
- zakat binatang ternakan
- zakat pertanian
- zakat emas dan perak

MAKSUD GAJI/PENDAPATAN
Yang saya nak sembang-sembang kat anda semua ni ialah pasal zakat pendapatan. Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkum pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun, perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama.

Gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh:
• Gaji tahunan
• Tunggakan gaji
• Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)
• Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh:
• Khidmat guaman
• Khidmat nasihat
• Juru perunding
• Rawatan perubatan
• Kejuruteraan
• Seniman
• Lain-lain

DALIL WAJIB ZAKAT PENDAPATAN

Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
(Surah al-Baqarah: ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah SAW:
"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".

SYARAT WAJIB ZAKAT PENDAPATAN
1. Islam.
2. Merdeka.
3. Sempurna Milik.
4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat.
Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha' menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai 'mal mustafad' iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat.
5. Cukup nisab.
Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas. (Harga emas pada 4 Mei 2009 ialah RM103.65 untuk 1 gram. Contoh untuk mengetahui nisab ialah RM103.65x85g = RM8810.25)
6. Cukup haul.
Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya.

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Terdapat 3 garis panduan mengira zakat pendapatan

KAEDAH 1
2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab)

CONTOH:
Jika jumlah kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka zakatnya sebanyak RM33,800.00 x 2.5 % = RM845.00

KAEDAH 2
Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dikenakan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan)

KAEDAH 3
Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT MENGIKUT KAEDAH 2 DAN 3
A. Pendapatan dari Semua Sumber (setahun)
Gaji RM24,000
Elaun RM5,800
Bonus RM4,000
Lain-lain RM5,000
JUMLAH PENDAPATAN RM38,800

B. Perbelanjaan Yang Dibenarkan (setahun)
Diri RM8,000
Isteri RM3,000
Anak-anak (1,000 x 4 orang) RM4,000
Pemberian IbuBapa RM2,400
Caruman KWSP RM2,400
Caruman Tabung Haji RM600
Caruman kepada institusi/koperasi yang telah memberi zakat bagi
pihak ahli RM1,200
JUMLAH TOLAKAN RM21,600

C. Pendapatan Bersih Yang Layak Dizakat (A-B)
RM38,800 - RM21,600 = RM17,200

Nilai melebihi paras nizab. contoh: nisab bagi
tahun 2009 (Mei) ialah RM8,810.25)

D. Zakat Yang Wajib Dibayar (C x 2.5%) RM17,200.00 x 2.5% = RM430.00

NOTA:
1. Perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas adalah berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua).
2. Bagaimanapun perbelanjaan bagi diri, isteri, dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan, pengankutan, pendidikan dan tempat tinggal.
3. Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji, caruman kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak ahli hendaklah berdasarkan kepada jumlah sebenar.

Saya harap anda mendapat serba sedikit maklumat dari artikel ni....

Comments (0)

|
This entry was posted on Isnin, Mei 18, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.