Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

KETUA PEMUDA UMNO KELANTAN KATA LEBIH BAIK KU LI LEPASKAN JAWATAN DAN SERTAI PAS/PKR

Label:

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Anuar Safian berkata, Pemuda UMNO negeri yakin tindakan Ku Li yang dianggap bersekongkol dengan Pas bagi menjayakan Program Ceramah Royalti Minyak anjuran Gerakan Menuntut Wang Royalti Rakyat itu mempunyai agenda peribadinya tersendiri.

“Apa yang ingin dipersoalkan ialah kenapa baru sekarang Ku Li bangkit untuk memberikan penjelasan kepada rakyat dalam isu yang melibatkan royalti sedangkan beliau mempunyai ruang yang terlalu luas sebagai Ahli Parlimen selama 32 tahun atau semenjak dari 1978 yang lalu.

“Kenapa baru sekarang beliau sedar akan kepentingan rakyat Kelantan. Ini bermakna beliau telah duduk dalam ‘rok’ (hutan) sepanjang tempoh itu seperti mana yang dinafikan oleh beliau,” katanya kepada Sinar harian ketika ditemui di sini, semalam.

Anuar berkata, Pemuda UMNO melihat rakyat Kelantan telah banyak diperbodohkan oleh pemimpin seperti Ku Li lebih-lebih lagi semasa beliau berada di dalam Semangat 46 dan akhirnya menyertai kembali UMNO.

“Sampai bila rakyat akan diperbodohkan lebih-lebih lagi kenyataan beliau yang mahukan Kelantan keluar daripada Malaysia sekiranya pusat tidak memberikan royalti kepada negeri ini tidak boleh sama sekali diterima oleh Pemuda UMNO dan selaku rakyat dalam negeri ini.

“Bagi Pemuda UMNO kenyataan tersebut amat tidak berketepatan sebagai seorang pemimpin lama yang mempunyai banyak pengalaman,” katanya.

Beliau berkata, selaku Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) beliau tidak seharusnya duduk bersama-sama dengan pemimpin Pas yang lebih-lebih lagi banyak memperkecilkan dan membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap pimpinan parti.

“Bagi Pemuda UMNO, adalah lebih baik Ku Li melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen BN dan menyertai Pas atau PKR,” katanya.

Anuar berkata, Pemuda UMNO memandang serius perkara itu lebih-lebih lagi tindakan Ku Li yang dianggap tidak tidak menghormati Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO meminta pihak berkenaan supaya jangan sesekali menuntut hak yang tidak ada dalam perjanjian.

“Pemuda UMNO harap Ku Li menasihati Kerajaan Negeri membuat tuntutan melalui mahkamah supaya ianya lebih jelas kepada rakyat tentang siapa yang lebih berhak untuk melaksanakannya sama ada melalui ihsan atau royalti,” katanya. Dipetik dari sini.

TOK KIYAI: Itulah ulasan dari ketua pemuda umno yang cerdik tapi tak berapa cerdik. Kalau Anuar ni bodoh takkanlah jadi Ketua Pemuda Umno Kelantan. Anuar mempersoalkan kenapa baru sekarang Ku Li bangkit memberi penjelasan tentang royalti Kelantan.

Betullah tindakan Ku Li itu. Takkan sepuluh tahun dulu Ku Li perlu bangkitkan isu ini sebab perkara ini tidak ada lagi. Usaha cari gali minyak di perairan Kelantan kalau tak silap saya hanya bermula setahun dua ini.....

Comments (2)

Itu cakap pembodek...baru dua tiga hari duduk dalam umno dah berlagak macam tak apa....cermin muka dulu nak banding dengan Ku Li....tepuk dada tanya jasa apa yang telah dia buat untuk Kelantan berbanding dengan Ku Li.

Jenis bangsat!

Rakyat Kelantan patut bangga semangat dan keberanian yang ditunjukkan oleh Ku Li .walau pun terdedah dengan tindakan displin parti beliau berani bersama untuk menuntuk hak mutlak negeri kelantan ( Royalti Minyak ).
Semangat juang yang tinggi malah menukah arus parti sendiri tetapi demi anak kelantan ( rakyat kelantan ) beliau berani menonjolkan diri .
JANGANLAH KERANA PARTI HAK HAK MUTLAK RAKYAT KELANTAN DI GADAIKAN.

This entry was posted on Isnin, Februari 01, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 1 Februari 2010 pada 11:37 PTG , azman kamarul berkata...

Itu cakap pembodek...baru dua tiga hari duduk dalam umno dah berlagak macam tak apa....cermin muka dulu nak banding dengan Ku Li....tepuk dada tanya jasa apa yang telah dia buat untuk Kelantan berbanding dengan Ku Li.

Jenis bangsat!

On 2 Februari 2010 pada 1:43 PG , serupasekala berkata...