Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

TERKINI: KES ANWAR DITANGGUH 2.30 PETANG INI

Label:

(Foto: MB Kelantan tiba di mahkamah untuk memberi sokongan moral kepada DS Anwar)

Mahkamah Tinggi bersetuju untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga 2.30 petang ini.

Penangguhan itu dibenarkan bagi membolehkan peguam-peguam Anwar memperoleh tarikh berhubung permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya mendapatkan dokumen tambahan berkaitan dengan kesnya.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan peguam Karpal Singh untuk menangguhkan perbicaraan sehingga 2.30 petang.

Pasukan peguam Anwar mahu ketua hakim negara memberikan tarikh paling awal untuk mendengar permohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

“Adalah penting setiap peluang diberikan kepada pembela untuk menggunakan kesemua ruang yang ada,” kata Karpal.

Seorang lagi peguam pasukan Anwar, Sankara Nair mengesahkan perkara itu selepas perbicaraan ditangguhkan.

“Kami akan menemui ketua hakim negara untuk mendapatkan tarikh seawal yang mungkin untuk mendengar permohonan semakan semula keputusan,” kata beliau.

Perbicaraan kes liwat Anwar, yang kedua sejak 1998, dijadualkan untuk bermula pagi ini.

Perbicaraan sepatutnya bermula pada 25 Jan lalu tetapi telah ditunda sehingga ke hari ini.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Bekas timbalan perdana menteri yang kini merupakan ketua pembangkang di Parlimen dibebaskan dari tuduhan kes liwat pertama pada September 2004. Sumber
di sini.

Comments (0)

TERKINI: KES ANWAR DITANGGUH 2.30 PETANG INI
Selasa, Februari 02, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, Februari 02, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.