Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Kubu Kuat BN Ditawan, Tsunami Politik Menghala Ke Sarawak

Label:

SHAH ALAM 17 MEI: Pakatan Rakyat Sarawak yakin tsunami politik yang melanda Semenanjung Malaysia pada 8 Mac 2008 hingga menyebabkan parti pemerintah kehilangan negeri dan majoriti dua pertiga Parlimen, bakal berulang di Bumi Kenyalang.

Keyakinan itu diluahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Dominique Ng selepas menyaksikan calon Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng melupuskan majoriti 3,225 dengan memenangi pilihan raya kecil Parlimen sibu dengan kelebihan 398 undi.

Pakatan Rakyat Sarawak terdiri daripada PKR, Pas, DAP dan ahli terbaru Parti Nasional Sarawak atau SNAPP hasil persefahaman yang dimeterai pada 18 April lalu dan dilancarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemenangan Wong Ho Leng merampas kerusi Parlimen Sibu yang menjadi kubu kuat BN sejak sekian lama menunjukkan kekuatan parti pemerintah ini semakin rapuh dan kian hilang sokongan rakyat.

"Ini kali pertama selepas penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak dan kita dapat menang sekali gus menyaksikan Pakatan Rakyat Sarawak boleh mencapai matlamatnya jikalau bekerjasama erat.

"Ini tercatat dalam sejarah pilihan raya kecil di Sarawak kerana pertama kali pilihan raya kecil dimenangi parti pembangkang," katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Beliau yakin dengan usaha yang dilipat ganda, angin perubahan di peringkat kerajaan negeri ini bukan angan-angan sebaliknya cita-cita yang realistik.

"Kita yakin pada pilihan raya Sarawak dan pilihan raya umum akan datang, ini menjadi petanda, satu 'a wind of change' atau peristiwa yang berlaku pada 8 Mac di Semenanjung bakal melanda Sarawak," katanya.
-TVS

Comments (0)

Kubu Kuat BN Ditawan, Tsunami Politik Menghala Ke Sarawak
Isnin, Mei 17, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Isnin, Mei 17, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.