KLANG - Kediaman Anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam             di Jalan Jelutong KU/8 di Pekan Meru di sini disimbah cat  merah awal pagi tadi.           
           Beberapa bahagian rumah teres dua tingkat milik  Manikavasagam seperti              pintu pagar hadapan, tiang dan lantai anjung rumah serta  Proton Perdana dan             Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Toyota Estima terkena simbahan  cat itu.
           Manikavasagam memberitahu wartawan dia menyedari rumah dan  keretanya terkena             simbahan cat pada pukul 7.30 pagi semasa sedang membancuh  kopi dan beliau             bersyukur tidak ada sebarang kemalangan jiwa berlaku.           
           Katanya, beliau bersama enam lagi ahli keluarganya mendiami  rumah berkenaan             sejak 10 bulan lepas.           
           Selain daripada rumah dan keretanya disimbah, Manikavasagam  berkata, satu             nota yang ditulis atas kertas A4 berbau ugutan ditemui,  meminta beliau tidak             mencampuri urusan pasir di Selangor jika sayangkan  nyawa.
-Bernama

Comments (0)
Catat Ulasan