Saya petik:
[HM] SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.
   Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga  Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50  untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga  asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.
   Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks  beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan  percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali,  berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah  itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu  lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin. 
“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala  lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada  di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran. 
“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun  serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan  lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut  menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun  berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.
Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang  belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan  selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.
“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah  dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1)  (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak  lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comments (0)
Catat Ulasan