
Saya petik:
[HD] TEMERLOH, Feb 26: PAS hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada  satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai  isu tersebut sehingga kini.
“PAS kesal kerana dituduh  menyebarkan fitnah kepada calon BN Syed Ibrahim yang dikatakan gagal  menamatkan pengajian di Mesir (Universiti Al-Azhar).
"Sedangkan  isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pimpinan PAS. Ia  dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS.
"Bagi  PAS, kami menafikan sekeras-keras tuduhan isu ini ditimbulkan oleh  PAS,” katanya yang juga Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau.
Justeru, selepas Syed Ibrahim dinamakan sebagai calon BN Selasa  lepas, Adnan tetiba menyalahkan PAS dalam satu laporan Bernama semasa  membuat kenyataan penafian bahawa calonnya tidak berjaya menamatkan  pengajiannya di Universiti Al-Azhar ketika disoal media.
Kenyataan  Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di  sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau  Pakatan Rakyat.
Ramai pemerhati politik berpendapat perkara ini sengaja ditimbulkan  seperti mana penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program  100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan di Kerdau semalam sebagai satu  percubaan menghasut melampau terhadap PAS dan Pakatan Rakyat pada  pilihan raya kecil kali ini.
Bahkan bukan itu saja, Adnan juga  menokok tambah pertuduhan kepada PAS apabila menukar kontroversi  kegagalan Syed Ibrahim itu kepada ‘isu beli sijil’ yang kini dikaitkan  dengan pelbagai jenis kenyataan.
“Asal isu beliau dikatakan  gagal menamatkan pengajian, langsung tiada sebarang kenyataan beliau  beli sijil, seingat kita kenyataan beli sijil keluar dari kenyataan MB.
"Kini  pelbagai kenyataan dikait dengan beli sijil. Begitulah 'peralihan' dari  isu asal gagal menamatkan pengajian kepada isu yang dikemukakan oleh  pimpinan mereka (beli sijil),” selar Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya  PAS Pahang.
Untuk PAS, katanya, soal calon BN lulus atau gagal itu bukanlah isu, namun pengundi berhak mengetahui keadaan sebenar.
“Mereka berhak tahu, walaupun ribuan calon sahkan lulus di al-Azhar, pergi pun tidak,” ujarnya.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim juga telah memberikan komitmen untuk tidak  menyerang peribadi calon dan isu peribadi dalam kempen PAS di Kerdau.
Kerusi Dun Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.
Pilihan  raya kecil (PRK) Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini  menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim  dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comments (0)
Catat Ulasan