Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Simbah kuah kari, sup untuk PADAM kebakaran!!

Label:

ZALEHA melihat tempat bermulanya kebakaran di kantin Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, semalam.

Betulkah alat pemadam api diambil penyelenggara? atau taktik untuk menyelamatkan pentadbir sekolah? Sanggupkan anda melihat anak anda berada dalam situasi sebegini di sekolah?

Saya petik:

[BH] MARANG: Pekerja kantin dan guru di sebuah sekolah di sini terpaksa menggunakan kuah kari, sup, air mineral, sirap dan air gula bagi memadamkan kebakaran kantin sekolah itu apabila semua alat pemadam api diambil pembekal untuk diselenggara.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, keadaan diburukkan lagi apabila bekalan air di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang terputus.

Pengusaha kantin, Zaleha Che Muda, 51, berkata sebelum kejadian, dia bersama lapan pekerja sedang mengemas di bahagian luar kantin selepas kira-kira 600 pelajar dan guru menghabiskan waktu rehat.

Bagaimanapun, tiba-tiba mereka dikejutkan bunyi letupan di dapur dan api cepat merebak menyambar dinding dan peralatan memasak.

“Keadaan semakin cemas dan kalut apabila bekalan air terputus manakala alat pemadam kebakaran tidak ada hingga memaksa kami menggunakan bekalan air mineral, air sirap, air gula dan kuah sup untuk memadam kebakaran ini.

“Saya bersyukur kecekapan pekerja dan dibantu guru membolehkan api dapat dipadamkan daripada merebak kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ditemui di sekolah itu, semalam.

Zaleha berkata, susulan daripada kebakaran itu, dia kerugian hampir RM10,000 selepas peralatan dapur dan tempat memasak hangus.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba Daerah Marang, Aluwi Musa, yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.04 pagi dan menghantar dua buah jentera dengan lapan anggota.

“Ketika sampai di sekolah ini kira-kira jam 11.14 pagi, kebakaran sudah dapat dikawal dan kini kita sedang menyiasat punca kebakaran itu tetapi mujurlah tiada kecederaan atau kemalangan jiwa,” katanya.

Comments (0)

Simbah kuah kari, sup untuk PADAM kebakaran!!
Rabu, Mac 23, 2011 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Rabu, Mac 23, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.