Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

MB Kedah tak usah BAGI MUKA kepada UUM

Label:

Saya petik: 

[SH] GURUN - UMNO Kedah akan menghantar surat rayuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk meminta Kerajaan Negeri meneruskan pemberian rebat cukai tanah kepada Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Kedah, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, tindakan itu adalah untuk membantu UUM mendapatkan kembali rebat cukai tanah yang diberikan kerajaan negeri sebelum ini, sekali gus mengekalkan caj yang dikenakan terhadap UUM sebelum ini.

“Kami akan menghantar surat rayuan kepada Datuk Seri Azizan sama ada esok atau Isnin supaya meluluskan permohonan rebat cukai tanah daripada UUM bagi meringankan beban UUM daripada membayar pada kadar yang tinggi sebanyak RM1.7 juta,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 Peringkat Negeri Kedah di Dewan Sri Zaleha, NAZA, di sini semalam.

Rabu lepas, Azizan berkata Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri menolak permohonan UUM untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu dan justeru pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan.

Sementara itu di BUKIT KAYU HITAM, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata, Kerajaan Kedah yang diterajui Pas mengambil tindakan tidak bijak kerana menolak permohonan rebat cukai tanah UUM.

Beliau berkata, kerajaan Kedah sewajarnya menyokong usaha UUM untuk mencapai taraf kelas dunia dan menggalakkan perkembangannya untuk menjadi lebih popular.

“Kerajaan Kedah sebaliknya mengambil kesempatan untuk mendapat sedikit keuntungan dari cukai tersebut sebanyak RM1.7 juta,” katanya.

Comments (0)

MB Kedah tak usah BAGI MUKA kepada UUM
Isnin, Mei 09, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Isnin, Mei 09, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.