Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

[VIDEO] Persatuan Kristian Malaysia desak Menteri Dalam Negeri ambil tindakan terhadap Utusan Malaysia

Label:

Saya petik:

[TVS] Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) hari ini menggesa Perdana Menteri Najib Razak untuk bertindak terhadap Utusan Malaysia kerana menyebarkan pembohongan berbahaya yang boleh mencetuskan kebencian terhadap penganut agama itu dan menggugat keselamatan mereka.

Utusan Malaysia Sabtu lalu mendakwa paderi-paderi Krisitian bersubahat dengan pemimpin DAP untuk menggantikan Islam dengan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia pada sebuah perjumpaan di sebuah hotel di Pulau Pinang baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan bersama, CFM dan Ketua Menteri Lim Guan Eng menegaskan laporan Utusan itu yang memetik dua blogger adalah fitnah semata-mata dan hanya bertujuan untuk membakar api perkauman di negara ini.

“ Kami dengan tulus mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia yang mencetak dan menyebarkan pembohongan berbahaya yang telah menganggu keharmonian kepelbagaian agama . (Laporan itu) juga mencetuskan rasa takut dan gelisah di kalangan rakyat Malaysia terutama di kalangan penganut Kristian,” kata CFM dalam kenyataan itu.

“ CFM menegaskan bahawa Utusan telah menyebarkan pembohongan yang sungguh bahaya yang boleh menyebabkan perasaan kebencian diwujudkan terhadap penganut agama Kristian yang boleh membawa implikasi- implikasi yang tidak diingini.” tambah kenyataan itu.

CFM menegaskan DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, tidak pernah meminta paderi- paderi Kristian berdoa meminta Tuhan untuk campur tangan dalam usaha untuk membentuk Malaysia sebagai negara Kristian ataupun mempunyai Perdana Menteri Kristian.’

CFM merangkumi Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Gereja Katolik dan National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihaknya akan menyiasat kesahihan dakwaan itu tetapi tidak mengur laporan provokasi akhbar Utusan yang dimiliki oleh Umno.

Pelbagai pihak menegaskan laporan Utusan yang bersandarkan tulisan dua blogger pro Umno boleh mencetuskan huru-hara dan kemarahan terhadap penganut Kristian negara ini.

Pemimpin-pemimpin Umno sebelum ini mempertahanakan Utusan bersabit laporan-laporan provokasinya termasuk cadangan penubuhan gagasan 1Melayu, 1Bumi, isu Al-Kitab yang tidak berpaksikan kepada fakta dan diputar belit untuk membakar sentimen perkauman pengundi Melayu.

Comments (0)

This entry was posted on Selasa, Mei 10, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.