Label: politik
AMPANG  4 OGOS: Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipertikai  apabila seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil  mengaku menanda hampir 500 kertas undi pos di kem Sandakan pada pilihan  raya umum 1986.
 
Mohd Nasir Ahmad yang berkhidmat selama 19 tahun dengan ATM menjelaskan pada ketika itu beliau bersama seorang rakan terpaksa akur kepada arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tentera walaupun menyedari kesalahan yang bakal dilakukan.

"Saya disuruh buka karung  undi dan diarahkan untuk memangkah kertas undi sebanyak 900, dan  dibahagi dua bersama rakan. Undi adalah mengikut citarasa saya dan saya  sedar telah ambil hak orang lain," jelas beliau dalam sebuah forum  anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia sebentar tadi.
 
Antara ahli panel terdiri daripada Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat dan AJK Pas Johor, Mohd Mohzit Mohid yang berpengalaman menjadi agen parti pada waktu pilihan raya.
Antara ahli panel terdiri daripada Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat dan AJK Pas Johor, Mohd Mohzit Mohid yang berpengalaman menjadi agen parti pada waktu pilihan raya.
Forum yang berlangsung  kira-kira dua jam itu tadi antaranya mendedahkan kesalahan pilihan raya  berkaitan undi pos yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu dan  Bagan Pinang beserta bukti melibatkan komplot SPR dengan parti Barisan  Nasional (BN).
Ini termasuk 62 peratus  undi petugas SPR yang tidak dikembalikan dipercayai telah dijual ke  pasaran gelap untuk tujuan manipulasi keputusan undi agar berpihak  kepada parti BN di Sibu.
Tambah Suhaizan, PRK Sibu  yang dimenangi Pakatan Rakyat dengan perbezaan 7.5 peratus mengalahkan  BN mempunyai perbezaan amat ketara pada undi pos di mana PR hanya  memperoleh 70 undi berbanding BN sebanyak 2,323 undi.
 Perkara lain yang turut  dibincangkan dalam forum tadi termasuk isu berkempen di dalam kem-kem  polis dan tentera, undi awal (advance voting), undi dua kali, pengundi  hantu dan sistem biometrik.-tvs
P/s: Memang lahanat mereka ini..... 

Kalau dikumpulkan memang ramai bekas kerani,sargen dan juga pegawai ATM yang akan membuat pengakuan betapa buruk dan kotornya undi pos.Sudah sampai masanya lebih ramai yang terlibat,muncul kehadapan membuat kenyataan demi kebaikan negara.