Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali menjamin bahawa  tiada warga asing dibenar berdaftar sebagai pengundi, sistem pengesahan  Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.
Seorang  pemegang status penduduk tetap (PR) diterima sebagai pengundi baru di  Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid  Ibrahim.
Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.
Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahan dakwaan itu.
Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.
Bagaimanapun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru. -M'kini

Comments (0)
Catat Ulasan