Semoga mendapat pengajaran daripada kes ini!!
Saya petik:
[KS] KOTA KINABALU - Seorang bekas guru sekolah rendah swasta dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan dua sebatan bagi setiap satu dari dua kesalahan memperkosa seorang pelajar perempuan Singapura berusia 11 tahun.
Hakim Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol memerintahkan hukuman penjara itu ke atas Adrian Simon berjalan serentak.
Adrian, 31, memperkosa pelajar tersebut, ketika itu muridnya, di bilik stor makmal sains SRS Datuk Simon Fung di Likas antara Februari dan Mac, 2010; antara 2.10 petang dan 3.30 petang.
Dia melakukan kesalahan yang sama di tempat yang sama pada 26 Mac 2010 pada pukul 10.25 pagi.
Kedua-dua tuduhan dibuat di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan. - Bernama
(Gambar sekadar hiasan)
(Gambar: Wan Salleh Wan Isa)
ALOR SETAR - Datuk Zaid Ibrahim perlu mengikis sifat merajuk ’ala UMNO’ sekiranya ikhlas berjuang atas platform PKR.
Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Wan Salleh Wan Isa berkata, tindakan Zaid menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan meletak semua jawatan dalam parti hanya disebabkan kecewa dengan kegagalan parti menangani manipulasi dalam pemilihannya adalah tidak tepat kerana proses itu lebih dianggap ‘pemilihan keluarga’ semata-mata.
Menurutnya, beliau mendapat maklumat daripada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang menjelaskan tiada seorang pun dalam kalangan pucuk pimpinan parti campur tangan dalam urusan pemilihan.
“Zaid harus faham, ini pertandingan keluarga, mengapa perlu heboh kepada media cakap ada orang manipulasi pemilihan parti, sedangkan beliau boleh membuat aduan kepada JPP atau pucuk kepimpinan tertinggi?
“Saya fikir Zaid tidak perlu rasa cemburu dengan calon pesaing jawatan Timbalan Presiden lain dan sekiranya benar-benar ikhlas berjuang untuk parti, tidak perlu meletak semua jawatan dan hebohkan masalah dalaman parti kepada media,” katanya sewaktu dihubungi semalam.
Wan Salleh berkata, beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan Zaid meletak semua jawatan dalam parti hanya disebabkan kecewa dan sebagai seorang pejuang, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu seharusnya menolak kepentingan peribadi berbanding parti.
Menurutnya, terdapat tiga faktor yang dirasakan menyumbang kepada kekurangan undi diperolehi Zaid dalam proses pemilihan setakat ini iaitu orang baru, keyakinan ahli PKR sendiri terhadap calon yang berkhidmat lebih lama dan faktor masa.
-SinarHarian
PAS berharap sasaran membuat penambahan mendadak anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) kepada 300,000 di Selangor menjelang 2011 tidak mempunyai kaitan dengan agenda BN yang didakwa cuba menawan Selangor melalui undi pos.
Ketua penerangan parti itu Idris Ahmad berkata angota pasukan itu tidak harus menjadi "tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos" dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
"PAS memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihan raya kerana ia adalah simpanan tetap BN.
"Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka," kata Idris (kiri).
Kelmarin, RELA Selangor dilaporkan mensasarkan peningkatan sekali ganda keahliannya untuk mencapai 300,000 orang menjelang akhir tahun ini berbanding 153,000 orang pada masa ini.
Pengarah RELA negeri Khairi Mohd Alwee dilaporkan berkata, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menggerakkan Briged Muda RELA di kesemua sembilan daerah di negeri itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Idris memberikan teguran keras kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya "telus dan jangan menjadi tali barut BN" ketika mengendalikan urusan pilihan raya.
Katanya, sebelum ini, mengejutkan apabila 18,493 pemilih, khususnya di negeri Pakatan Rakyat, 'hilang layak undi awam' dalam rang daftar pemilih suku ketiga 2010.
"PAS menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno-BN tidak runtuh dan diserbu oleh Pakatan Rakyat di negara ini," katanya.
Sehubungan itu, Idris mengingatkan jentera pilihan raya PAS dan Pakatan di Selangor pada semua peringkat sentiasa mengambil berat berkaitan isu daftar pemilih serta memerhatikan senario pertambahan anggota RELA itu.
"Modus operandi untuk (BN) tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor.
"BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno," kata Idris lagi.
-Malaysiakini
LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.
Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.
BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.
Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.
-kosmo
(Gambar hiasan).
Ilmu Setan. Itulah ilmu yang dipelajari si anak sehingga ibu sendiri dibunuh dek kerana ilmu sesat yang dipelajari. Sesungguhnya syaitan dan iblis sentiasa membisikkan kepada manusia supaya melakukan kerosakan di bumi ini....
Saya petik:
[HM] PEKAN: Pemuda yang menetak kepala ibunya menggunakan kapak sehingga maut di Felda Chini Timur 1 di sini, kelmarin, memberi alasan berbuat demikian kerana ibunya itu jelmaan saka.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 23 tahun mengaku menetak ibunya, Che Wa Isa, 57, kerana kononnya mahu menghapuskan saka itu.
“Dalam keterangannya, suspek memaklumkan dia mendapat bisikan kononnya mangsa sudah lama mati dan yang hidup sekarang jasad dikuasai saka yang menyerupai ibunya.
“Oleh itu, suspek membunuh mangsa kerana mahu menghapuskan saka terbabit. Suspek juga mempertahankan perbuatannya yang dianggap tindakan betul mengikut kefahamannya berdasarkan beberapa buku mengenai menentang makhluk halus yang dibacanya,” katanya.
Menurutnya, suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam juga mendakwa mempelajari hal berkaitan iblis dan makhluk halus menerusi beberapa buku sejak empat bulan lalu selain membuat kajian sendiri.
“Bagaimanapun, suspek dipercayai menuntut ilmu salah apabila dia belajar tanpa guru di samping tidak merujuk mereka yang pakar dalam bab berkenaan,” katanya.

PETALING JAYA – Penyelewengan dan penipuan yang berlaku dalam pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang amat jelas dan disedari oleh semua calon namun Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menafikannya.
Bekas calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau mengambil keputusan menarik diri bukan kerana keputusan pemilihan di Sabah tetapi beliau sudah lama menyedari penipuan dalam pemilihan terutamanya melibatkan calon Timbalan Presiden, Azmin Ali.
Menurutnya, Anwar melalui Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) secara terang bertindak berat sebelah dan sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kemenangan Azmin walaupun sebelum ini beliau melaung-laungkan satu pemilihan parti yang bersih.
Katanya, untuk membetulkan semula perkara ini, beliau menegaskan pencalonan Azmin harus dibatalkan selain meminta Anwar berundur kerana isu ini telah memecah-belahkan parti pada semua peringkat.
“Anwar dan Azmin adalah punca segala masalah, mereka telah jadikan perkara ini serius kerana sanggup buat apa sahaja kerana mahu memenangkan Azmin. Semua calon tidak berpuas-hati kecuali Azmin seorang sahaja.
“Bagaimana mahu memimpin negara sekiranya pemilihan parti pun tidak boleh dibuat dengan cara yang betul, jelas sekali PKR adalah sebuah parti yang amat lemah,” katanya pada sidang media di rumahnya semalam.
Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan keluar dari PKR tetapi beliau akan terus berjuang untuk memastikan parti ini menjadi sebuah parti yang benar-benar boleh diterima rakyat.
Selain itu, Zaid turut mendesak PKR harus mempunyai satu barisan kepimpinan yang baru demi mengembalikan imej dan berupaya menjadi parti pembangkang yang kuat di negara ini serta kekal relevan dalam suasana politik negara.
“Saya harus cakap, jika PKR mahu ke hadapan, Anwar dan Azmin harus berundur, kita patut ada ketua baru, fokus yang baru dan kepimpinan yang baru,” katanya.
Ditanya sama ada Zaid melakukan semua ini kerana mahukan sesuatu, beliau menegaskan bahawa kemasukkannya dalam PKR bukan untuk main-main tetapi beliau mahukan satu perubahan politik demi masa depan negara ini.
“Dengan jujur saya cakap di sini, saya lakukan semua ini bukan untuk ‘show’, tetapi saya menegakkan kebenaran kerana jelas penyelewengan telah berlaku, jadi saya perlu bersuara,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub turut mendesak agar pemilihan parti dibatalkan kerana terdapat terlalu banyak kepincangan dan ini sekaligus menjejaskan integriti dan kredibilti JPP.
Katanya, oleh sebab itu, satu memorandum akan dihantar kepada Presiden, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi JPP, Dr Molly Cheah untuk mempersoalkan sistem dan perjalanan yang amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan.
“Saya mendesak supaya JPP mengistiharkan pemberhentian pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. Sekiranya tiada tindakan yang dibuat, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan.
“Saya percaya calon yang bertanding bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.
-sinarharian
BAPA SETAN!!! Itulah ayat yang tepat bagi si bapa lahanat tersebut.
Saya petik:
[SH] PETALING JAYA – Seorang remaja berusia 14 tahun bukan saja trauma akibat dirogol, malah lebih menyedihkan apabila perlakuan rakus itu dilakukan sebanyak tiga kali oleh bapanya sendiri di rumah mereka di Taman Medan, di sini, sejak sebulan lalu.
Difahamkan dua kejadian terdahulu langsung tidak diketahui mangsa sehinggalah dia tersedar dari tidur pada Rabu lalu dan mendapati bapanya berada atas badannya dalam keadaan tanpa seurat benang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa yang terkejut dan menyedari diri dirogol, terus menghubungi ibunya yang bekerja sebagai operator kilang untuk memaklumkan kejadian itu.
Menurutnya, laporan polis dibuat ibu mangsa, sebelum polis menahan suspek berusia 38 tahun itu di rumah mereka kira-kira jam 11 malam hari yang sama.
“Hasil soal siasat awal mendapati, suspek merogol anaknya sebanyak tiga kali, termasuk kejadian pada Rabu lalu.
“Ketiga-tiga kejadian itu dilakukan suspek ketika isterinya keluar bekerja bagi mengelakkan perbuatannya diketahui,” katanya, semalam.
Menurutnya, mangsa mendakwa sebelum ini, dia pernah bangun pagi dan mendapati dirinya bogel. Walaupun berasa pelik, dia langsung tidak mengesyaki apa-apa.
Katanya, perbuatan terkutuk suspek yang bekerja sebagai pemandu, bagaimanapun, terbongkar Rabu lalu, setelah suspek melakukan perkara sama ke atas mangsa.
Arjunaidi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut, menjurus kepada pelbagai aspek, termasuk kemungkinan mangsa diugut bapanya (suspek) agar merahsiakan perkara tersebut.
“Selain itu, kita sudah menghantar mangsa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan,” katanya.
Beliau berkata, suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
(Gambar hiasan)
Saya petik:
[HD] KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan semalam (8 Nov) diberitahu Umno didakwa menganjur program tidak sihat di penempatan Orang Asal semasa kempen pilihan raya kecil Dun Galas baru-baru ini.
Wakil kerajaan negeri mendedahkan program terbabit iaitu disko dan karaoke yang diadakan di penempatan terbabit.
Sedangkan kata anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam cuba mendekatkan penduduk di penempatan terbabit dengan kefahaman agama.
Malah satu sumber lain pula memberitahu ada pihak dipercayai didalangi Umno membawa minuman arak dan disaji kepada penduduk Orang Asal.
“Kita membawa ustaz untuk mengajar mengenai agama kepada Orang Asal di penempatan mereka. Namun dalam masa yang sama Umno menganjurkan karaoke dan disko.
”Ini menggambarkan di satu ketika kerajaan bimbang gejala sosial begitu parah sekarang, dan dalam masa yang sama menganjur pula program menjurus kepada keruntuhan akhlak,” katanya menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning).
Sepanjang kempen pilihan raya kecil Galas, enam daerah mengundi membabitkan penduduk Orang Asal iaitu Lojing, Sungai Ber, Belatim, Balar, Bihai dan Hau dikawal ketat agensi kerajaan pusat diketuai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.
Jabatan itu difahamkan turut dibantu pasukan tentera dan Rela serta beberapa agensi lain milik kerajaan pusat.
Ketika menjawab soalan asal Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) Abdul Fattah berkata, kerajaan negeri telah menggubal beberapa enakmen bagi mengekang masalah sosial di negeri ini.
Katanya, enakmen tersebut memberi kuasa bagi mencegah kegiatan maksiat berlaku di negeri ini.
”Ketika kerajaan negeri berusaha keras bagi menangani gejala maksiat, sebaliknya perdana menteri pula mencetus idea mewujudkan hub hiburan malam.
”Biar pun program itu dicadangkan dalam bajet yang dibentangkan perdana menteri bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, namun kesan kepada keruntuhan gejala sosial akan menjadi lebih parah.
”Apa yang dcadangkan itu secara tidak langsung akan menghancurkan masa depan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pelapis pada masa depan,” katanya.
Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO berharap Datuk Seri Najib Razak mengkaji balik cadangan tersebut kerana impak negatif lebih besar.
Malah katanya, ramai pelajar Malaysia yang berada di luar negara menyatakan bantahan terhadap cadangan perdana menteri mewujudkan hub hiburan malam.

Seorang lagi calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub masih mempertimbangkan sama ada untuk menarik diri jika parti itu gagal menagani dakwaan “kelemahan dan penyelewengan” dalam pemilihan langsung PKR.
"Saya tidak tolak kemungkinan menarik diri. Ia bergantung kepada jawapan terhadap memo saya berhubung rungutan akar umbi yang melihat sendiri kelemahan dan penyelewengan dalam pemilihan parti,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Mustaffa juga mengulangi gesaannya supaya PKR menangguhkan proses pemilihan sehingga segala kepincangan dan kelemahan di atasi.
Katanya, beliau akan menyerahkan memo kepada presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Chia memberikan butiran teroperinci seperti tarikh dan bentuk 'kepincangan' itu.
Naib presiden PKR itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tetapi berkata beliau akan mengadakan sidang media menjelaskan perkara berkenaan apabila memo sudah dihantar. -Malaysiakini
(Gambar hiasan)
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Angkara tidak dapat melunaskan hutang yang dipinjam daripada sindiket pinjaman wang haram atau along, seorang bapa tergamak menjadikan anaknya sebagai mangsa tebusan pinjaman yang dibuatnya.
Lebih menyedihkan, anaknya ketika itu baru berusia enam tahun dibawa ke ibu kota untuk dijadikan sebagai pelacur kanak-kanak sebelum diselamatkan dan kini ditempatkan di Rumah Amal Titian Kaseh (RTK).
Mangsa hanya mahu dikenali Nana, 14, berkata, hidupnya kini lebih gembira dan terurus apabila ditempatkan di rumah kebajikan dan tinggal bersama rakan-rakan yang kurang bernasib baik sepertinya.
Menurutnya, dia mahu melupakan kisah silamnya dan menerima segala ketentuan yang terjadi dalam hidupnya sebagai takdir yang perlu diterima selain dijadikan iktibar kepada yang lain.
“Saya masih mempunyai ibu dan adik-beradik lain. Ada antara mereka tinggal di rumah kebajikan lain sekitar ibu kota,” katanya ketika ditemui di rumah kebajikan yang didiaminya itu.
Katanya, hatinya sangat merindui keluarganya dan berharap kehidupannya akan kembali gembira seperti keluarga lain.
Sementara itu, Pengasas RTK, Sharifah Adlan berkata, alhamdulillah atas bimbingan dan ajaran di RTK, Nana dapat mengikut segala tunjuk ajar berlandaskan agama dengan mudah.
Menurutnya, Nana yang sebelum ini tidak bersekolah kini ditempatkan di sebuah sekolah menengah sekitar ibu kota bagi memastikan dia tidak ketinggalan dalam aspek pelajaran kerana pendidikan adalah antara perkara terpenting dalam kehidupan.
Katanya, dia tidak pernah menghalang Nana mahupun anak-anak jagaannya yang lain sekiranya ingin bertemu dengan sanak-saudara terdekat terutamanya menjelang Aidiladha.

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Datuk Zaid Ibrahim meletakkan semua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.
Keputusan Zaid itu, yang diumumkan selepas kira-kira 18 bulan menyertai PKR, dilihat akan memberi kesan ke atas parti, diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat, yang sedang berusaha untuk kembali pulih daripada kekalahan dua pilihan raya kecil berturut-turut dan selepas sekumpulan wakil rakyatnya keluar parti awal tahun ini.
Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.
“Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini dalam tulisan terbaru blognya, disiarkan awal pagi ini.
Zaid, bekas anggota Kabinet kerajaan pusat, menyertai PKR pertengahan tahun lalu. Beliau kini merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan menganggotai Biro Politik.
Bagaimanapun beliau tidak menyebut sama ada akan kekal bersama PKR sebagai ahli biasa.
Pucuk kepimpinan parti itu sebelum ini termasuk yang terbaru semalam menafikan wujudnya sebarang elemen manipulasi dan penyelewengan dalam proses pemilihan secara langsung yang julung kali diadakan.
Dalam penafian kira-kira 4 petang semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menafikan wujudnya elemen manipulasi dengan kertas undi didakwa boleh dibeli sebagaimana didakwa blogger hujung minggu lalu.
Dalam saingan jawatan timbalan presiden, Zaid berhadapan dengan cabaran dua naib presiden Azmin Ali, yang didakwa mendapat sokongan dan restu Anwar, dan Mustaffa Kamil Ayub.
Selepas 87 cabang telah menyelesaikan proses pengundian Azmin berada jauh di depan khususnya selepas pemilihan cabang-cabang Sabah kelmarin dan semalam.
Penyokong-penyokong Zaid mendakwa wujud manipulasi undi dalam proses pemilihan cabang-cabang di Sabah, tetapi ia turut dinafikan oleh jawatankuasa pemilihan pusat.
Dalam tulisan terbaru ini, tegas Zaid, beliau ditawarkan menyertai PKR di bawah kepercayaan bahawa boleh menghidupkan politik kesedaran dan progresif selain memelihara dan mengembangkan nilai-nilai politik berprinsip dan budaya dianggap penting bagi mengembangkan demokrasi dan urus tadbir pemerintahan baik di negara ini.
“(Tetapi) saya silap,” kata Zaid yang sebelum ini pernah mengkritik tatacara pemilihan dan meminta sekretariat membetulkan kelemahan dan kekurangan yang wujud.
Malah beberapa pihak meminta agar pemilihan ditangguhkan sementara segala kelemahan dapat diatasi.
Zaid menambah, di sebalik pemilihan parti insiden-insiden yang disaksikan menunjukkan kepimpinan parti membiarkan kecacatan dan penyelewengan dalam proses pemilihan demi mencapai matlamat disasarkan.
“Saya pasti mana-mana parti politik yang membawa nilai palsu dan hipokrit sedemikian tidak akan berupaya menawarkan pembaharuan bermakna kepada rakyat negara ini,” kata beliau.
Meskipun memutuskan untuk meletakkan semua jawatan dalam PKR, Zaid berkata, beliau akan kekal berpegang pada perjuangan Pakatan Rakyat dan terus membawa isu-isu menyentuh rakyat jelata.
Pakatan Rakyat turut dianggotai DAP dan PAS.
“Akhirnya, saya berharap peminat-peminat taksub Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai pengacau dalam usaha menuju Putrajaya. Saya ucapkan mereka semoga berjaya,” kata beliau yang bertindak sebagai penyelaras Pakatan Rakyat dalam proses mendaftarkannya sebagai perikatan yang sah.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada kesemua ahli yang menyokongnya dan meletakkan kepercayaan terhadap perjuangan reformasi selama ini, kata Zaid, adalah sesuatu yang mengecewakan kerana tidak mampu untuk meneruskan usaha itu ekoran proses pemilihan yang cacat ini.
-themalaysianinsider
(Gambar: Junporn Ampar, 29, warga Thailand ditahan di Bali kerana menyeludup syabu seberat 208 gram yang disimpan di dalam kemaluannya, dibungkus menggunakan kondom)
Manusia akan melakukan pelbagai cara dan helah untuk menjadi kaya. Jika cara yang digunakan menyalahi undang-undang, lambat laun akan kecundang jua. Mungkin sebelum ini si perempuan ini berjaya melepaskan diri, tetapi kali ini malang nasib tidak menyebelahinya. Mungkin penjara tempat istirehatnya selepas ini...Bayangkan dadah seberat 208 gram dimasukkan ke dalam alat sulit...GILA!!!
Saya petik:[kompas.com] DENPASAR — Seorang wanita warga negara Thailand diamankan aparat Bea dan Cukai Bandara Ngurah Rai, Bali, karena berusaha menyelundupkan narkoba ke Bali. Modus tersangka tergolong baru dan nekad karena menyimpan narkoba di dalam kemaluannya.Tersangka, Miss Junporn Ampar, 29, tiba di Bandara Ngurah Rai hari Sabtu (6/11/2010) pukul 14.00 Wita, menggunakan pesawat Thai Airways dengan nomor penerbangan TG 431. Saat memasuki ruang pemeriksaan X-ray, petugas Bea dan Cukai melihat gerak gerik tersangka yang mencurigakan."Tersangka terlihat gelisah dan buru-buru saat akan melewati pemeriksaan X-ray," ujar I Made Wijaya, Kepala Kantor Pengawasan dan Pelayanan Bea dan Cukai Ngurah Rai, saat konferensi pers di kantornya, Minggu (7/11/2010).Setelah memeriksa tas ransel korban menggunakan ion scan, petugas menemukan indikasi kokain sebesar tiga persen. Untuk pemeriksaan yang lebih mendalam, petugas kemudian melakukan pemeriksaan badan di ruangan body search. Petugas menemukan ada benda mencurigakan di dalam kemaluan korban yang dibungkus kondom dan pembalut."Untuk proses pengeluaran kemudian tersangka dibawa ke Rumah Sakit BIMC," imbuh Made Wijaya. Petugas akhirnya menemukan barang bukti berupa sabu yang dibungkus menggunakan kondom seberat 208 gram. Tersangka akhirnya diamankan oleh aparat Bea dan Cukai untuk pemeriksaan lebih lanjut.
SHAH ALAM 6 NOV 10: ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim dimasukkan hospital kerana gegaran otak selepas mendakwa ditumbuk oleh 30 orang kelmarin.Masih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungi Malaysiakini berharap dapat hadir pada hari kedua sidang DUN Selangor Selasa ini.Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Subang Jaya."Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut".-Malaysiakini
(Ketua Pemuda PAS Gua Musang)
Mungkin ini salah satu faktor PAS kalah di Galas...
Saya petik:[
FMT] GALAS: Mengapa PAS kalah teruk dalam pilihanraya kecil Galas pada hari Khamis lalu? Dr Zulkifli Mohammad kalah 1.190 kepada Abdul Aziz Yusof.
Aziz mendapat 5,324 undi, Dr Zulkifli 4, 134 undi. Aziz adalah setiausaha Umno Gua Musang, Dr Zulkifli pula ketua PAS Gua Musang.
Cakap-cakap di Galas ialah Dr Zulkifli sebenarnya bukan calon pilihan pengundi PAS untuk Galas. Ia calon pucuk pimpinan PAS.
Dalam undian untuk memilih calon, Dr Zulkifli bukan nama yang berada di tempat teratas. Menjadi dasar PAS untuk mengundi beberapa nama sebelum diputuskan untuk menjadi calon PAS.
"Orang yang dapat tempat teratas ialah Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Abdullah Husin. Orang panggil dia Ustaz Abdullah.
"Orang PAS Galas hendak Ustaz Abdullah lawan Aziz. Tetapi tiba-tiba menjadi calon.
"Dr Zul (panggilan untuk Dr ZuIkifli) bukan calon pilihan pengundi PAS Galas tetapi pilihan pemimpin," kata seorang pemimpin PAS ketika ditemui di bandar Gua Musang, pagi Jumaat lalu.
Beliau berkata, jika parti memilih calon yang bertentangan dengan kehendak pengundi, akibatnya calon berkenaan akan kalah.
Katanya, walaupun pada pandangan mata pemimpin calon itu baik tetapi pengundi mempunyai cita rasa mereka sendiri.
"Dalam kes Dr Zul, ramai pengundi PAS berkata beliau tidak sesuai lagi menjadi calon Galas kerana sudah kalah dalam pilihanraya lalu ketika bertanding kerusi parlimen Gua Musang.
"Ini kawasan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah). Mana boleh kita letak calon sembarangan.
"Jangan kata kita menang di Galas pada 2008 kerana kita akan kuat selalu. Itu faktor nasib," katanya.
Dalam pilihanraya umum 2008, calon PAS Che Hashim Sulaima mengalahkan calon BN, Saufi Deraman.
Bagaimanapun Che Hashim meninggal dunia 29 September lalu akibat barah.
Saya petik:[KOSMO] MANHATTAN - Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh, lapor akhbar New York Post semalam.
Permintaan itu disampaikan oleh pasukan peguam Putera Jefri menjelang satu kes sivil terhadap dua bekas peguamnya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman.
Semua patung erotik tersebut disimpan di rumah mewah berharga AS$11 juta (RM33.9 juta) milik putera itu di sini, New York, Amerika Syarikat.
Menurut Mark Cymrot yang mewakili Derbyshire dan Faith patung-patung tersebut diukir oleh seorang artis terkenal, J. Seward Johnson.
Sebuah patung tersebut katanya, menggambarkan Putera Jefri manakala sebuah patung lagi menggambarkan seorang tunangnya. Dua patung yang lain menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.
"Muka saya merah kerana segan melihat patung-patung itu," kata Cymrot.
Putera Jefri menyaman kedua-dua peguam itu kerana mendakwa mereka melakukan penyelewengan berjumlah jutaan dolar semasa bekerja untuknya antara tahun 2004 hingga 2006. - Agensi