Label: sosial
Saya tidak pasti sama ada berita di bawah ini berlaku kepada keluarga Melayu Islam atau sebaliknya. Jika ia berlaku kepada keluarga Melayu Islam, bolehlah kita panggil suami tersebut "manusia yang bernafsu buas". Apa tidaknya, sanggup melakukan perbuatan terkutuk di depan isteri sendiri. Air syaitan pula menjadi minuman seperti air mineral.Kerana itulah Islam mengharamkan arak kerana arak itu adalah ibu segala maksiat...Apabila sudah mabuk, semuanya boleh berlaku.
[HarianMetro] SHAH ALAM: Dia baru beberapa minit menidurkan anaknya di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat di Seksyen 7 di sini, namun sebaik turut ke tingkat bawah, seorang isteri tergamam selepas melihat suaminya sedang ‘memadu asmara’ dengan seorang wanita yang juga kenalan lama dalam sebuah bilik.
Pasangan itu mempelawa wanita berkenaan  yang juga pegawai bank datang ke rumah mereka untuk makan malam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata selepas menikmati makan malam, mereka minum minuman keras.
“Isteri mangsa sebelum itu turut bersama suaminya dan wanita itu minum, sebelum dia meminta diri naik ke tingkat atas menidurkan anaknya.
“Lelaki  dan wanita itu  terus minum dan hampir mabuk sebelum wanita itu meminta diri  ke tandas,” katanya.
Noor Azam berkata, ketika wanita itu berjalan ke tandas, lelaki terbabit yang mengekorinya menolak wanita itu masuk ke dalam bilik sebelum merogolnya.
“Selang beberapa minit, isteri lelaki itu turun dan tergamam melihat apa yang berlaku.
“Mereka bertengkar dan   si isteri meminta wanita itu pulang,” katanya.
Menurutnya, kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu, pegawai bank terbabit membuat laporan polis mendakwa dia dirogol suami wanita itu.
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menahan lelaki itu yang juga ahli perniagaan pada hari sama untuk membantu siasatan.
“Wanita itu  dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan suspek direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Comments (0)
Catat Ulasan