Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Satu Lagi Campur Tangan BN dalam Kebebasan Media TV, Penerbit TV2

Label:

Satu lagi campur tangan Barisan Nasional dalam kebebasan media di stesen televisyen!

Kalau minggu lalu penerbit ntv7 mendedahkan bagaimana stesen televisyen swasta tunduk kepada aduan Jabatan Perdana Menteri dan isteri PM, kini penerbit TV2, Chou Z Lam (gambar) pula membongkarkan bagaimana rancangan dokumentari, Galeri Mandarin Nasional ditarik dan dibatalkan, kerana "tidak baik" untuk PRK Sibu dan pilihan raya negeri Sarawak yang bakal dijalankan.

Rancangan dokumentari ini diterbitkan oleh Chou Z Lam, merakamkan pengalaman kira-kira 10 ribu orang asli yang dipaksa pindah ke Sungai Asap dan Sungai Koyan untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bakun pada akhir tahun 1998.

Siri dokumentari ini mempunyai 10 episod keseluruhannya, mula disiarkan pada 26 April, tetapi ditarik secara tiba-tiba dan dibatalkan penyiaran seterusnya pada 28 April, iaitu hari ini. Mengikut jadual asal, siri dokumentari ini akan ke udara pada 12.20 tengah hari di TV2 setiap hari minggu, mulai 26 April hingga 7 Mei 2010.

Bagaimanapun, setelah disiarkan episod pertama dan keduanya, rancangan ini terpaksa ditarik dan dibatalkan. Chou Z Lam percaya bahawa pembatalan ini merupakan satu lagi cubaan campur tangan BN dalam kebebasan media. Beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pengarah Bilik Berita, Jumat Engson yang mendakwa bahawa arahan ini datang dari Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ibrahim Yahya yang juga mencerminkan pendirian Jumat Engson.

"Rancangan ini mungkin mengandungi unsur sensitif yang tidak baik untuk PRK Sibu dan pilihan raya negeri yang akan datang." Demikianlah jawapan yang diterima oleh Chou Z Lam, malah Jumat Engson tidak menolak kemungkinan untuk memberi lampu hijau kepada penyiaran ini apabila keadaan mengizinkan (selepas pilihan raya negeri). Baca selanjutnya klik di sini.

Comments (0)

Satu Lagi Campur Tangan BN dalam Kebebasan Media TV, Penerbit TV2
Jumaat, April 30, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Jumaat, April 30, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.