Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Calon BN Ada Rekod Mahkamah!! SPRM Perlu Siasat?

Label:

Saya petik:

[TVS] LABIS 25 JAN : PAS hari ini mendedahkan bukti calon Barisan Nasional (BN) terlibat dalam kes mahkamah berhubung lelongan tanah di Segamat pada tahun 2003.

Azahar Ibrahim sebelum ini telah disaman pada 2004 oleh pemilik tanah Mansor Mohamad di Mahkamah Tinggi Muar berikutan melelong tanah tanpa kebenaran pemilik ketika beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Pengarah Pilihanraya Kecil PAS DUN Tenang, Salehuddin Ayub berkata kecuaian calon BN itu membuktikan beliau tidak seharusnya diberi mandat membela nasib rakyat di kawasan itu.

"Bukankah kerana kecuaian dan kelalaian calon Umno selaku Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan hartanah Mansor Mohamad telah dengan tidak sah dilelong pada 1/12/2003 dengan harga RM 70 ribu," kata beliau dalam sidang media pagi tadi.

Salehuddin turut mempersoalkan isu integriti calon yang diketengahkan BN.

"Pendedahan ini menunjukkan bahawa sejak dari awal Umno dengan sengaja menyembunyikan fakta kerana sedar rakyat akan menolak calon Umno itu," jelasnya lagi.

Pada 18 September 2003, Perintah Jualan telah dikeluarkan oleh Azahar kepada hartanah Mansor Mohamad mengakibatkan tahan beliau dilelongan pada Disember tahun yang sama.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Hakim Datuk Asmadi Asnawi pada tahun 2008 memutuskan lalu membenarkan tuntutan Mansor ke atas Azahar Ibrahim yang pada masa itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian dan kelalaian sebelum beliau ditukarkan ke Pejabat Tanah Daerah Rengit.

Justeru Salehuddin berkata PAS akan menunggu respon daripada calon Umno dan menjelaskan perkara tersebut disamping bersedia untuk bertanggungjawab ke atas dakwaan yang dikemukakan terhadap calon BN DUN Tenang itu.

Salehuddin turut mengingatkan pengundi bahawa tidak mengadaikan maruah dan masa depan dengan memilih calon BN yang telah dibuktikan mahkamah menganiayai rakyat.

"Mengapa calon yang telah dibuktikan oleh mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam diamanahkan namun masih lagi dicalonkan oleh Umno bagi mewakili rakyat DUN Tenang," soalnya.

Dalam sidang media yang sama, mangsa Mansor Mohamad berkata sehingga kini geran tersebut masih belum ditukar ke atas nama beliau.

Tambahnya beliau tidak mengemukakan sebarang saman kepada Pejabat Tanah Daerah Segamat sebaliknya hanya menuntut kembali hak tanahnya.

Comments (2)

Assalamualaikum..

kelemahan tersebut bukan kelemahan pegawai yang berkenaan. sebaliknya kelemahan sistem dan prosedur yang telah lapuk dan tidak dikemaskini mengikut peredaran masa.

masalah pertukaran nama hak milik tanah bukanlah perkara baru. ini kerana prosedur pertukaran hak milik tanah hanyalah memerlukan tandatangan penukaran hak milik tanah dibuat di hadapan peguam cara. bukan di hadapan pegawai pejabat tanah.

tugas dan peranan pegawai di pejabat tanah ialah menguruskan permohonan tersebut.

berbeza dengan penukaran hak milik kenderaan. di mana kedua-dua pemilik hendaklah hadir ke JPJ untuk urusan pertukaran hak milik kenderaan.

PAS, kalau tidak ada isu, jangan jadi bodoh dengan membangkitkan isu yang tidak tahu hujung pangkal sesuatu perjalanan kerja.

PAS sepatutnya mendapatkan penjelasan yang lebih tepat daripada pegawai di pejabat tanah terlebih dahulu berkenaan prosedur tersebut. sekurang2nya PAS akan tahu kelemahan yang berlaku dan boleh mencadangkan kaedah penambahbaikan prosedur tersebut.

Wallahualam. Wassalam.

Assalamualaikum

Selain itu, terdapat beberapa prosedur jika pembeli sesuatu tanah gagal membayar ansuran.

Isu ini berkaitan di antara pihak bank, pejabat tanah dan pihak pembeli.

Pertamanya, pihak bank dan pejabat tanah ada prosedur untuk membuat keputusan sesuatu tanaH itu layak dilelong atau tidak terutamanya berkaitan hutang tidak berbayar (NPL). Dalam kes ini ialah ansuran yag gagal dibayar.

keduanya, selaku pembeli, sepatutnya faham dan tahu bahawa pembeli perlu bayar ansuran.

ketiganya, keputusan mahkamah itu sendiri perlu dirujuk dengan tepat. iaitu mendapatkan keterangan penuh berhubung keputusan hakim yang mengendalikan kes. adakah ianya kesalahan kerana kecuaian pegawai berkenaan atau kesalahan kerana sistem/prosedur yang lapuk dan tidak dikemaskini.

Wallahualam. Wassalam.

Calon BN Ada Rekod Mahkamah!! SPRM Perlu Siasat?
Selasa, Januari 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, Januari 25, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 26 Januari 2011 pada 9:34 PG , Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..

kelemahan tersebut bukan kelemahan pegawai yang berkenaan. sebaliknya kelemahan sistem dan prosedur yang telah lapuk dan tidak dikemaskini mengikut peredaran masa.

masalah pertukaran nama hak milik tanah bukanlah perkara baru. ini kerana prosedur pertukaran hak milik tanah hanyalah memerlukan tandatangan penukaran hak milik tanah dibuat di hadapan peguam cara. bukan di hadapan pegawai pejabat tanah.

tugas dan peranan pegawai di pejabat tanah ialah menguruskan permohonan tersebut.

berbeza dengan penukaran hak milik kenderaan. di mana kedua-dua pemilik hendaklah hadir ke JPJ untuk urusan pertukaran hak milik kenderaan.

PAS, kalau tidak ada isu, jangan jadi bodoh dengan membangkitkan isu yang tidak tahu hujung pangkal sesuatu perjalanan kerja.

PAS sepatutnya mendapatkan penjelasan yang lebih tepat daripada pegawai di pejabat tanah terlebih dahulu berkenaan prosedur tersebut. sekurang2nya PAS akan tahu kelemahan yang berlaku dan boleh mencadangkan kaedah penambahbaikan prosedur tersebut.

Wallahualam. Wassalam.

On 26 Januari 2011 pada 9:59 PG , leroy jethro gibbs berkata...