Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Suami Cikgu Mala bakal dikenakan tindakan?

Label:

NORMALA berkempen di rumah seorang penduduk di Kampung Redong, Labis sambil ditemani Maarof (duduk kanan) semalam. Turut hadir Nik Aziz.

Jika BENAR dakwaan yang mengatakan suami kepada Cikgu Mala mengambil cuti sakit demi berkempen untuk isterinya, bagi saya adalah tidak "enak". Apa salahnya jika beliau mengambil cuti tanpa gaji. Tuan punya badan perlu menjelaskan perkara ini supaya tidak dijadikan isu oleh umno yang sememangnya ketandusan isu...

Saya petik:

Tindakan guru guna cuti sakit bantu kempen isteri jadi persoalan orang ramai

[BH] LABIS: Maarof Abd Mutalib, suami calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman dinasihat berehat di rumah, jika beliau benar-benar sakit.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata apa yang berlaku ketika ini adalah sebaliknya apabila guru berkenaan turun menyertai kempen isterinya selepas mendapat cuti sakit.

“Beliau berhak memohon cuti, tetapi secara terang dia (Maarof) kelihatan menyalahguna sijil cuti sakit yang dikemukakannya. Dalam hal ini, ternyata dia seorang pembohong... mendakwa pejuang Islam, tetapi berbohong.

“Jika cuti sakit, sepatutnya duduk saja di rumah tetapi dia boleh meredah banjir, berjalan di bawah terik matahari, sekali gus menunjukkan dia sihat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Berikutan itu, Dr Mohd Puad menyifatkan tindakan Maarof tidak bertanggungjawab, berbohong serta menunjukkan contoh tidak baik sebagai penjawat awam dan pendidik.

Katanya, jika Maarof seorang guru yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya mengambil cuti tanpa gaji dan memohon kebenaran menyertai kempen isterinya.
Berikutan itu, pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Johor, menyiasat perbuatan guru berkenaan dan menyediakan laporan penuh dengan segera.

Kehadiran Maarof menemani isterinya sepanjang kempen pilihan raya kecil itu mula menimbulkan tanda tanya apabila ada desas desus mendakwa beliau sebenarnya sedang bercuti sakit sejak 6 Januari lalu.

Laporan akhbar semalam memetik Maarof sebagai berkata, beliau sedang bercuti kerana mahu menemani isterinya berkempen dan sedia meletak jawatan sebagai guru jika Normala menang pada pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, Maarof yang ditemui pemberita sejurus majlis makan tengah hari bersama penduduk Kampung Tenang yang turut dihadiri Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Normala semalam, sekadar menjelaskan belum bersedia menjawab isu berkenaan.

"Saya tiada komen... perkara itu saya tidak bersedia menjawabnya buat masa ini. Saya hanya mahu menumpu serta memberi fokus menyokong isteri berkempen dan menghadapi pilihan raya kecil ini," katanya.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub, berkata mengikut Perintah-perintah Am Pegawai Kerajaan, bagi sektor awam, terpulang kepada ketua jabatan untuk menerima atau menolak MC yang dikeluarkan doktor di Kementerian Kesihatan.

“Tempoh cuti sakit pula bergantung kepada situasi dan sakit apa. Tempohnya boleh dapat sehingga enam bulan jika patah kaki," katanya.

Comments (0)

Suami Cikgu Mala bakal dikenakan tindakan?
Jumaat, Januari 28, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Jumaat, Januari 28, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.