Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Rosmah seorang yang "cerdik, pandai", Anifah mengipas...

Label:

Bagi rakyat, cerdik dan pandai tu memberi banyak makna. Adakah cerdik dan pandai belanjakan duit rakyat atau sebaliknya?

Saya petik:

[MK] Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata lawatan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara turut berperanan membantu mempromosikan Malaysia dan mengukuhkan hubungan dua hala.

Beliau berkata Rosmah bijak menggunakan kedudukannya sebagai isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memperkukuhkan hubungan Malaysia dengan negara yang dilawatinya.

Katanya kewibawaan Rosmah diiktiraf oleh negara dan kerajaan luar apabila sering mendapat jemputan untuk menjadi tetamu rasmi dan menyampaikan ucaptama pada persidangan terutama yang berkaitan pendidikan kanak-kanak dan wanita serta pembangunan sosial.

"Datin Seri Rosmah memang cerdik dan pandai. Di sebalik Perdana Menteri, ada isteri yang menolong (beliau)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pengagihan Ternakan Program Pembasmian Kemiskinan di Kimanis, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Pakatan Rakyat semasa kempen pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor bahawa isteri Perdana Menteri itu menghabiskan duit rakyat dan mengambil kesempatan terhadap kedudukan suaminya untuk melancong di luar negara.

Anifah berkata Kementerian Luar berbesar hati sekiranya isteri Perdana Menteri itu dipelawa untuk menjadi tetamu kerajaan negara luar di masa akan datang kerana percaya Rosmah akan menggunakan kesempatan itu sebaik mungkin untuk membantu rakyat Malaysia, terutama berkaitan pendidikan kanak-kanak dan pembangunan sosial.

Usaha gigih

Beliau memuji usaha gigih dan inisiatif Rosmah semasa di luar negara dalam membantu kerajaan mencari idea dan penyelesaian dalam memperbaiki kehidupan rakyat, sekaligus mempromosikan nama Malaysia kepada masyarakat luar.

Sementara itu, mengenai rakyat Malaysia di Mesir berikutan insiden rusuhan dan tunjuk perasaan di negara itu, Anifah berkata kementerian sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah untuk mendapatkan maklumat lanjut keadaan rakyat Malaysia di sana.

Beliau juga berkata tidak ada rakyat Malaysia yang menyertai demonstrasi jalanan di negara itu bagi membantah pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak.

Demonstrasi jalanan di beberapa bandar besar seperti Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura dianggap terbesar dalam sejarah Mesir sejak Intifadah Al-Khubz atau Pemberontakan Roti pada 1977. - Bernama

Comments (0)

Rosmah seorang yang "cerdik, pandai", Anifah mengipas...
Sabtu, Januari 29, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Sabtu, Januari 29, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.