Label: sosial
Saya petik:
Peniaga campur air bukit, telaga
Menurutnya, tindakan yang tidak bertanggungjawab itu dijalankan oleh  pihak-pihak swasta yang mengambil air galian daripada sebuah telaga di  Pahang dan air bukit di Hulu Yam, Selangor.
"Saya difahamkan, ada kelompok-kelompok individu yang menjual dan  mencampurnya dengan air zam-zam ini. Dalam konteks ini, cukup payah  untuk mengenal pasti sebab ia air. Sama warna iaitu putih.
"Sekarang bukan sahaja air zam-zam palsu malah telur pun ada yang  tiruan di mana sepatutnya telur ini datang daripada binatang yang  bertelur," katanya di sini semalam.
Beliau mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai kebimbangan  orang ramai kemungkinan terdapat penjualan air zam-zam tiruan ekoran ia  semakin banyak di pasaran pada masa ini.
Menurut Jamil Khir lagi, kajian saintifik mendapati, air galian  memang ada persamaan dengan air zam-zam tetapi bimbang persamaan itu  digunakan untuk menipu pengguna.


Comments (0)
Catat Ulasan