Saya petik:
Chegu bard dakwa Khairy, isteri pimpinan tertinggi berlakon ‘video lucah’
[KD] KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, ketika media di seluruh dunia membincangkan pelbagai isu penting seperti krisis radiasi di Jepun dan kebangkitan rakyat di Timur Tengah, media di negara ini lebih seronok memainkan isu politik berasaskan tuduhan seks dan video lucah.
Menurutnya, masyarakat dunia  kini sudah beralih kepada politik baru  berasaskan nilai dan idea, namun Malaysia pula seolah mundur ke belakang  dengan politik ‘selak kain’ yang langsung tidak memajukan pemikiran  rakyat.
“Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah  dilindungi penguasa. Malah yang terbaru ‘desparado politik sanggup  menghantar buku lucah terus ke rumah orang.
“Buku yang terdapat gambar – gambar bogel dan gambar orang sedang  mengadakan hubungan seks, cuma bahagian kepalanya diganti  dengan gambar  musuh politik  mereka.
“Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini diedar ibu dan bapa  bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang dipos ke rumah,”  katanya yang  mengaitkan penyebaran buku lucah yang mengaibkan Ketua  Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lembah Pantai, baru-baru ini.
Menurut Badrul, apa yang lebih membimbangkan, anak-anak kecil pula  didedahkan dengan bahan-bahan berbentuk lucah tersebut, malah lebih  parah ada yang menyimpan dan meniru perbuatan buku lucah berkenaan.
“Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pula menyiarkan di muka  depan aksi lucah begitu juga Buletin Utama TV3, mana pergi nilai  kewarasan manusia? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara  tersebut,” tegas beliau dalam satu kenyataan.
Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, beliau  menganggap tidak salah melakukan sesuatu serangan politik,  tetapi ia  harus berlandaskan pertembungan idea dan bukan menggunakan politik  ‘selak kain’.
“Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah  didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang  memberikan video lucah  yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa  pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya  mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar.
“Sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini  terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video  seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi  negara,” ujar beliau.
Justeru itu, katanya SAMM mengajak rakyat menolak politik selak kain  dan mendesak agar pemain – pemain utama politik di Malaysia kembali  kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat.
“Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak  ahli-ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan  politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada  perkara yang sama juga harus dijauhkan,” ujar beliau.


Comments (0)
Catat Ulasan