Saya petik:
[MK] Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi  mendengar perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya.
Tarikh itu ditetapkan olehh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, selepas kes itu dibawa untuk sebutan hari ini.
Tarikh itu ditetapkan olehh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, selepas kes itu dibawa untuk sebutan hari ini.
Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula 8 Ogos ini.
6  Julai lalu, Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah  Rayuan  untuk melucutkan Mohamad Zabidin sebagai hakim  kes liwat membabitkan  ketua pembangkang itu. 
Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku  tidak bersalah terhadap dakwaan  meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful  Bukhari   Azlan di Kondominium Desa  Damansara di Bukit Damansara antara  jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. 
Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.
Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.


Comments (0)
Catat Ulasan