Sama ada gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital, ketika  perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, kini menjadi pertikaian.   Tidak kurang gambar dan video dimuatnaik ke laman internet, untuk  menyanggah "penafian" kerajaan dan polis.
Amaran  keras diulangi dari bibir Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein  pada hari ini, bahawa tindakan akan diambil ke atas media yang membuat  tuduhan tanpa asas.  Seorang pembaca MerdekaReviewklip video  yang panjang 41 saat, untuk membuktikan bahawa gas pemedih mata  sememangnya ditembak ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina.
Pembaca ini menyedari bahawa terdapat gambar dan klip video yang telah dimuatnaik ke laman internet, menunjukkan bagaimana gas pemedih mata itu ditembak ke dalam perkarangan hospital. Beliau pada ketika itu berada di tempat yang agak tinggi, dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina, yang bersebelahan dengan Hospital Tung Shin.
Beliau  sempat merakamkan secara jelas bagaimana gas pemedih mata ditembak ke  dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina, dan mengambil keputusan untuk  berkongsi klip video
Selain ini, beberapa gambar telah dimuatnaik ke laman internet untuk membuktikan bahawa meriam air ditembak ke arah Hospital Tung Shin. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar kerajaan semalam kerana hospital tidak akan menjadi sasaran serangan, walaupun ketika dalam peperangan.
Ketua Polis Negara Ismail Omar menafikan bahawa polis menembak gas pemedih mata ke dalam hospital, mendakwa bahawa ia sekadar "khabar angin", dalam satu sidang media yang diadakan pada petang 9 Julai, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 bersurai. memuatnaikkan satu ini, agar membuktikan kerajaan dan polis berbohong dalam hal ini.
Pembaca ini menyedari bahawa terdapat gambar dan klip video yang telah dimuatnaik ke laman internet, menunjukkan bagaimana gas pemedih mata itu ditembak ke dalam perkarangan hospital. Beliau pada ketika itu berada di tempat yang agak tinggi, dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina, yang bersebelahan dengan Hospital Tung Shin.
Selain ini, beberapa gambar telah dimuatnaik ke laman internet untuk membuktikan bahawa meriam air ditembak ke arah Hospital Tung Shin. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar kerajaan semalam kerana hospital tidak akan menjadi sasaran serangan, walaupun ketika dalam peperangan.
Ketua Polis Negara Ismail Omar menafikan bahawa polis menembak gas pemedih mata ke dalam hospital, mendakwa bahawa ia sekadar "khabar angin", dalam satu sidang media yang diadakan pada petang 9 Julai, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 bersurai. memuatnaikkan satu ini, agar membuktikan kerajaan dan polis berbohong dalam hal ini.
- MR 

Comments (0)
Catat Ulasan