Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Sambutan 'kuning' untuk Najib di United Kingdom

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 15 Julai: Biarpun dilihat seolah-olah lari dari isu Bersih 2.0 sehingga ke luar negara, kehadiran Datuk Seri Najib Razak di United Kingdom hari ini bagaimanapun tetap 'dikejar' gelombang kuning.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.

Dalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Daripada gambar-gambar yang disebar di internet, Najib dilihat sempat menoleh ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50 meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya.

Sebuah van dan dua anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan peserta himpunan itu.

Comments (0)

Sambutan 'kuning' untuk Najib di United Kingdom
Jumaat, Julai 15, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Jumaat, Julai 15, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.