Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Nafsu Syaitan: Lelaki ini rogol anak berusia 4 tahun

Label:

Saya petik: 
 
[SH] BIJANGGA, TERENGGANU – Seorang bapa bernafsu syaitan bertindak di luar perikemanusiaan apabila sanggup menodai kesucian anak tirinya sendiri sebagai alat pemuas nafsu.

Tembelang jahat suspek yang tidak berhati perut itu terbongkar apabila bapa mangsa mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku terhadap anak perempuannya yang mengadu sakit pada kemaluan ketika hendak memandikannya di bilik air.

Sebelumnya, mangsa yang baru berusia empat tahun dan kakaknya berusia 6 tahun difahamkan tinggal bersama ibunya di Bijangga yang mendirikan perkahwinan kedua bersama suspek selepas bercerai dengan bapa mangsa.

Kejadian dipercayai mula disedari 7 Jun lalu apabila bapa mangsa pergi untuk mengambil dua anak perempuannya yang ditinggalkan di rumah abangnya.

Ketika hendak memandikan mangsa, anaknya itu mengadu sakit pada kemaluan dan ketika ditanya mangsa dikatakan menceritakan segala perbuatan durjana bapa tirinya.

Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Dungun.

Berikutan itu, suspek yang bertugas sebagai Pembantu Pertanian di sebuah agensi kerajaan di Dungun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah di rumahnya di Desa Keluarga, Bijangga, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.

Suspek, berusia 26 tahun yang baru tiga bulan menimang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan isterinya (ibu mangsa) kini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kes terbabit dan pihaknya kini sedang melengkapkan kertas pertuduhan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk mensabitkan suspek dengan kesalahan dilakukannya.

Comments (0)

Nafsu Syaitan: Lelaki ini rogol anak berusia 4 tahun
Selasa, Julai 12, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, Julai 12, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.