Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Siapakah Hakim Datuk Ramly?

Label:

KUALA LUMPUR - Hakim Datuk Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Datuk Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu. Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah. Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. "Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 Februari 2002," katanya. Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya. Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim.

Sumber: harakahdaily

Penulis berasa sedih dengan perkara ini sekiranya benar sesetengah hakim bertindak di luar ruang lingkup "keadilan" yang menjadi harapan setiap individu yang inginkan keadilan dan pembelaan. Sama-samalah kita berdoa semoga Badan Kehakiman Malaysia bebas daripada sebarang percaturan pihak tertentu demi mencapai kepentingan mereka dengan membelakangkan keadilan.

CERAMAH UMUM KRISIS PERAK

TARIKH : 16 Mei 2009 (Sabtu)

MASA: 9 pm

TEMPAT: Stadium Melawati Shah Alam

PENCERAMAH :
YB Ustaz Nasharuddin
YB DS Nizar Jamaluddin (MB Perak)
Speaker V Sivakumar
YB Dato Hasan Ali
YB Ronnie Liu
YB Gobalakrisnan

Peguam Tuntut Musa Hasan, Hisham Letak Jawatan

PETALING JAYA, May 15 — The Malaysian Bar today demanded the immediate resignation of the Home Affairs Minister, the Inspector-General of Police (IGP) and two other high-ranking police officers over the “unlawful” arrests of five lawyers from its Legal Aid Centre last May 7.
Bar Council president Ragunath Kesavan condemned Hishammuddin Hussein, IGP Tan Sri Musa Hassan and OCPD Assistant Commissioner of Police (ACP) Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid for their publicly castigating the lawyers without first checking the facts on what took place that night.
He pointed to their public statements in response to the incident that lawyers were not above the law.
“The lawyers were accused of asking for preferential treatment, implying they had broken the law by being in front of the police station,” an upset Ragunath told reporters after chairing an extraordinary general meeting (EGM) here today.
“This is public humiliation, completely unnecessary and an abuse of the laws,” he said and added: “That’s why we are angry, upset and disgusted.”
Ragunath also promised legal action against the three for the unlawful arrests and to amend the law providing for the legal rights of an arrested person under Section 28A of the Criminal Procedure Code (CPC).
He said the police had abused the provisions of the law to prevent the five lawyers from carrying out their duties.
Ragunath said the society of some 12,500 lawyers would be sending a memorandum soon to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak asking for a public apology and a meeting with him over the “shameful” affair.
More than 1,400 lawyers had turned up for the EGM, tripling the numbers needed to pass a motion.
They had unanimously voted in support of the motions denouncing the “blatant transgression of the rule of law” against their colleagues and the police’s abuse of powers as an independent enforcement agency.
Among other things, they also repeated its earlier calls on the government to set up an Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) in its original form to monitor any oversight by the police.
On May 7, five young lawyers were arrested by the police at the Brickfields police station in Kuala Lumpur.
The five: Fadiah Nadwa Fikri, Murni Hidayah, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalliwal and Shuhaini Safwan are part of a group of lawyers in the Bar Council which provides free legal aid.
They were blocked at the gates by the police from meeting their clients.
They had rushed to the police station after being alerted of the arrests of several people earlier that night allegedly for taking part in an illegal assembly while holding a candlelight vigil for social activist Wong Chin Huat who had also been arrested by police two nights earlier.
The investigating officer on duty, Deputy Superintendent (DSP) Jude Pereira had supposedly informed the lawyers the individuals arrested had signed away their constitutional rights to legal representation.
Their insistence on speaking with their clients caused them to be arrested by the Officer in-Charge of the Police District (OCPD) Assistant Commissioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid for taking part in an assembly without a permit.
“The arrests of five of us indeed made history in the legal profession where lawyers, being officers of the Court were subjected to arrests by the police in the course of discharging their statutory duties,”
Fadiah Nadwa Fikri wrote in her Facebook entry describing the incident.

Sumber: themalaysianinsider.com

Ulasan - Dalam isu ini, Penulis bukanlah berniat untuk cenderung kepada mana-mana pihak. Berdasarkan pemerhatian penulis, rakyat Malaysia kini memandang serong kepada polis kerana mereka seolah-olah berat sebelah kepada pihak tertentu yang berkepentingan dalam menjalankan tugas. Bagi rakyat ini tidak adil kerana polis sepatutnya menjalankan tugas dengan berwibawa tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Perkara ini dapat dilihat daripada beberapa insiden seperti peristiwa di Batu Burok Terengganu, semasa pilihanraya, dan terbaru Unit Tindakan Khas (UTK) dituduh terlibat dalam kegiatan jenayah. Harapan rakyat ialah supaya pihak polis melakukan sesuatu supaya keyakinan rakyat terhadap polis kembali subur dan rakyat berasa aman dan selamat bersama polis. Kita tidak mahu polis di Malaysia dilabelkan seperti polis yang kita lihat dalam filem-filem Hindustan.

TERKINI: BABAK TERBARU KRISIS POLITIK DI PERAK

Label:

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah, V Sivakumar daripada Pakatan Rakyat hari ini memfailkan saman terhadap Speaker R Ganesan kerana tindakan yang dikatakan menghina beliau dan ekoran dikurung semasa sidang DUN Perak minggu lalu.

Beliau memfailkan saman itu pada pukul 11.45 pagi tadi di Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau juga memohon injuksi mahkamah bagi menghalang Ganesan daripada menyekat beliau menjalankan tugasnya sebagai Speaker yang sah dan menghalang sebarang penganiayaan lanjut terhadapnya.

Adakah di akhir babak terbaru ini sama seperti apa yang berlaku kepada DS Nizar? Iaitu mahkamah akan memutuskan bahawa V Sivakumar adalah speaker yang sah. Seterusnya R Ganesan akan memfailkan rayuan supaya ditangguhkan keputusan mahkamah itu...

Kita tunggu dan lihat....

Krisis di Perak Sudah Jadi Politik Kartun?

Label:

sumber Harakahdaily

PASIR PUTEH, 12 Mei (Hrkh) – Petang semalam Dato’ Seri Nizar Jamaluddin disahkan Menteri Besar Perak. Tiba-tiba petang ini pula Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir diberi semula jawatan itu.

Tidakkah situasi ini memeningkan. Rakyat di bawah lebih bercelaru lagi apabila mengikuti perkembangan kes di Perak sekarang.
Apakah babak-babak kartun sudah mulai meresap ke dalam politik Malaysia.

Anggota parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin berkata, krisis politik di Perak tidak akan selesai selagi mandat tidak dikembalikan kepada rakyat.

“Mahkamah bukan jalan terbaik bagi menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Perak sekarang. Tengoklah apa yang berlaku hari ini. Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar.

“Tetapi hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi. Tidakkah ini seperti kartun yang ditertawakan orang luar,” katanya ketika ditemui di sini.

Hari ini Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Ramly Mohd Ali yang mendengar permohonan Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.
Peguam Zambry berhujah penangguhan keputusan mahkamah semalam penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Semalam Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Mohamad berkata, mahkamah bukan lagi jalan terbaik bagi menyelesaikan isu yang berbangkit di Perak sekarang.

“Ini kerana dari awal lagi krisis di Perak berpunca daripada sikap rakus pemimpin Umno selepas hilang kuasa pada pilihan raya umum lalu,” katanya.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, BN terlalu takut kehilangan kuasa yang dirampas Febuari lalu apabila segera membuat rayuan bagi menghalang keputusan dibuat Mahkamah Tinggi.

“BN perlu menyedari keangkuhan dan kerakusan akan membawa padah. Sepatutnya mereka lebih profesional sebelum bertindak merampas Perak dahulu,” ujarnya.
Menurutnya impak daripada rampasan kuasa tersebut secara jelas menyebabkan suasana di Perak tidak lagi tenteram.

Bagaimanapun kata beliau peluang untuk kembali landasan asal masih ada sekiranya diberi semula kepada rakyat bagi menentukan hak mereka sebagai pemilih.

SALAHKAH ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AYAT AL-QURAN?

Label:

Rasulullah SAW biasa menghantar surat kepada para pembesar dan raja-raja untuk menyeru kepada Islam. Di dalam surat baginda terdapat ayat-ayat suci al-Quran, perkataan Bismillah, dan Muhammad Rasulullah.

Kini apabila terdapat dalam kalangan orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran, maka muncullah mereka yang mengaku Islam yang mempertikaikannya seolah-olah merekalah yang hebat dan menjaga al-Quran sedangkan mereka sebenarnya telah menjauhkan diri daripada al-Quran dan menolak sumber perundangan dan syariatnya yang sepatutnya dilaksanakan secara menyeluruh.

Laungan bantahan ini hanyalah sekadar retorik untuk kepentingan politik sempit mereka yang semakin terjerumus ke arah kehancuran. Mereka bimbang jika golongan Non Muslim memahami kebenaran, kemurnian, keadilan Islam, dan mukjizat al-Quran, maka sokongan terhadap mereka semakin menjadi semakin tipis dan akhirnya mereka terbuang dan pupus.

Para sarjana Barat termasuk bangsa Yahudi telah lama membaca al-Quran dan mengkajinya, serta mengamalkan dalam kehidupan mereka seperti kaedah pemakanan, kesihatan, ilmu sains seperti geologi, astronomi, alam sekitar dan sebagainya.

Mengapakah golongan yang mengaku hebat ini tidak membantah? Bahkan terdapat para pelajar Islam sendiri yang berguru dengan mereka di universiti-universiti yang terletak di Barat. Mereka melenting bila hal ini berlaku, sebaliknya mereka sendiri yang membelakangi al-Quran, bahkan berapa ramaikah anak-anak Muslim yang buta jawi dan al-Quran pada masa kini.

Sepatutnya kita berasa gembira apabila orang bukan Islam mula menghayati kebenaran al-Quran dan Islam, dan berdoa supaya mereka diberi hidayah oleh Allah Taala, bukan menyekat mereka daripada berusaha mendekati islam dan kebenarannya.

Marilah kita membaca dan merenung petikan beberapa pendapat ulama-ulama silam yang bermazhab Syafii tentang hukum orang kafir membaca al-Quran supaya jelas kepada kita dan sedar ebtapa islam itu untuk seluruh umat manusia.

1. Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini kitabnya Mughni al-Muhtaj menjelaskan:
"Adapun orang kafir, maka dia tidak ditegah daripada mmbaca al-Quran, kerana dia tidak beriktikad tentang haramnya perbuatan demikian, sebagaimana kata al-Mawardi." (Mughni al-Muhtaj, jilid 1 halaman 72)

2. Pengarang kitab I'ana al-Talibin telah memetik keterangan dari kitab Busyra al-Karim seperti berikut:

"Maka tidak ditegah orang kafir daripada membaca al-Quran, jika dia tidak bersikap menentang dan diharap dia akan memeluk Islam."
(I'anah al-Talibin, jilid 1 halaman 85)

3. Syeikh Daud al-Fatani dalam kitabnya Bughyah al-Tullab berkata:

"…orang kafir maka jangan ditegahkan dia daripada membaca al-Quran kerana tiada iktikad akan haramnya jika kita harap akan Islamnya"
(Bughyah al-Tullab, jilid 1, halaman 49)

Semoga bermanfaat untuk semua

DIALOG ANTARA LALAT DENGAN LEBAH TENTANG TAIK

Label:

1. Satu hari Si Lebah terserempak dengan Sang Lalat yang sedang mengerumuni dan makan taik. Si Lebah bertanya: "Wahai kekanda, mengapa suka makan taik? Mengapa tak nak makan madu bunga, ia sedap, wangi dan bersih. Taik kotor dan busuk.” Jawab Sang Lalat, "Ia memang makanan aku. Kalau tak makan sehari, aku terpaksa masuk hospital kerana sakit teruk. Madu bunga aku dah cuba tapi tak ada selera, badan aku jadi kurus kering.” Kata Si Lebah, "Suka hati kekandalah, aku dah nasihat, tanggungjawab aku dah selesai". Lantas Si Lebah mohon diri untuk berpisah.

2. Polimik politik di Perak tentang siapa betul , siapa salah antara UMNO/BN dan Pakatan Rakyat boleh dijawab dengan memahami intisari dialog antara lalat dengan lebah di atas. UMNO/BN mempertahankan tindakan merampas kuasa di Perak sebagai betul kerana mempertahankan Melayu. Walaupun tindakan tersebut melibatkan penculikan, peras ugut, perangkap seks dan imbuhan rasuah untuk mendapatkan sokongan katak-katak lompat.

3. Bagi Pakatan Rakyat pula tindakan menubuhkan kerajaan dengan membelakangkan pilihan rakyat dan membuang speaker secara paksa tanpa melalui usul yang teratur tetap salah dan tidak mengikut perlembagaan. Bagi Pakatan Rakyat, isu rasuah, perangkap seks dan guna 'BOMOH' adalah keji dan dosa-dosa yang besar.

4. Kalau nak berhujah, sehari suntuk pun tak akan selesai. Bawa ke mahkamah pun tak akan selesai kerana manusia yang beriman dengan manusia yang zalim atau fasik mempunyai sistem nilai yang berbeza. Bagi orang beriman kebenaran adalah dari Allah S.W.T dan tidak ada keraguan pada-Nya. Dosa dan pahala garis pemisahnya jelas. Bagi orang-orang zalim atau fasik kebenaran atau kebatilan boleh berubah mengikut kepentingan diri dan hawa nafsu. Yang memimpin mereka adalah Syaitan dan Iblis.

5. Dalam negara kita ramai ahli-ahli politik sekular dan tidak ketinggalan juga terdapat orang-orang yang diberikan amanah untuk menjaga undang-undang baik polis atau hakim-hakim yang berpegang kepada falsafah lalat. Bagi mereka kebenaran tidak penting asal saja kocek dan perut mereka dibuncitkan dengan duit-duit haram. Bagi mereka kuasa bukan amanah tetapi wasilah untuk menempah tiket untuk ke 'NAR'!!!

SUMBER: http://peraknangis.blogspot.com/2009/05/dialog-antara-lalat-dan-lebah-tentang.html
Siapakah Hakim Datuk Ramly?
Sabtu, Mei 16, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Links to this post

Jumaat, Mei 15, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Mei 14, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Mei 13, 2009 | Author: Tuk Kiyai