Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Lembaga hitam ganggu penduduk Bentong

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[kosmo] BENTONG – Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.

Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.

Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.

Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.

Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.

“Kami ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan kami mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.

“Kemudian, lembaga itu mempersendakan kami sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan kami cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya,” ceritanya di sini semalam.

Rombongan dihalang tinjau Pusat Fidlot Shahrizat Jalil

Label:

Saya petik:

[KD] GEMAS 3 Nov: Rombongan pimpinan KEADILAN yang membuat lawatan ke Pusat Fidlot Kebangsaan hari ini dihalang daripada masuk meninjau ladang lembu itu.

Rombongan itu yang dianjurkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Adun Sikamat, Aminuddin Harun disertai kira-kira 30 orang termasuk wartawan dan aktivis NGO, Jingga 13.

Rombongan itu tiba di pusat fidlot itu yang dimiliki National Fidlot Corporation (NFC) pada kira-kira jam 12.40 tengahari namun dihalang pihak keselamatan yang enggan membuka pintu pagar utama.

Rafizi Ramli cuba berunding dengan pengawal keselamatan dan menjelaskan bahawa KEADILAN sendiri telah menghantar surat rasmi kepada pihak (NFC).

Malah, kata Rafizi, Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sendiri sebelum ini pernah menegaskan yang pintu pusat fidlot itu akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati sebagai bukti ketelusan kerajaan dalam penganugerahan projek itu.

“Ini kemudahan kerajaan. Bukan milik swasta,” kata Rafizi merujuk kepada RM250 juta yang dilaburkan kerajaan BN kepada NFC yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

“Kita datang berdasarkan jemputan daripada Menteri Pertanian. (Beliau kata), sesiapa yang mahu datang, beliau akan buka pintu,” kata Rafizi lagi.

Pengawal keselamatan yang menjaga pagar kemudiannya berkata beliau menerima arahan daripada majikannya yang mengarahkan agar tidak menerima sesiapa untuk melawat hari ini.

Rafizi kemudiannya cuba berunding agar NFC membenarkan wartawan untuk masuk dan meninjau kawasan ternakan lembu seluas 5 ribu ekar dan didakwa menternak sehingga 1500 ekor lembu pada satu-satu masa itu.

Beliau juga meminta pengawal keselamatan itu memanggil mana-mana pegawai NFC untuk berunding namun kedua-dua permintaan itu tidak dihiraukan.

Malah, pengawal keselamatan itu juga mengugut untuk memanggil polis jika rombongan itu tidak bersurai dalam masa 10 minit.

Namun anehnya, di dalam pagar NFC sendiri kelihatan 3 orang lelaki yang kelihatan seperti polis Cawangan Khas membuat rakaman video ke atas rombongan terbabit.

NFC mencuri tumpuan orang ramai apabila ia diketahui diterajui Agro Science Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil.

Ia diberikan peruntukan kewangan sebanyak RM250 juta melalui RMK 9 namun sehingga ke hari ini gagal memenuhi keperluan pasaran sebanyak 40 peratus yang sepatutnya dipenuhi.

Sehingga ke hari ini, sebanyak RM141 juta telah diberikan kepada Agro Science dengan RM6 juta dalam bentuk geran dan RM135 juta lagi dalam bentuk pinjaman kadar rendah sebanyak 2 peratus setahun.

Menurut Rafizi, persoalan utama sekarang adalah Agro Science diberikan kadar pinjaman yang sangat rendah oleh kerajaan namun ia gagal melaksanakan tugas utamanya malah ada ura-ura daging lembu yang dihasilkan digunakan untuk memenuhi keperluan restoran mewah keluarga Shahrizat. Justeru, Rafizi menuntut Shahrizat tampil menjelaskan perkara itu serta membersihkan namanya jika benar NFC dan Agro Science tiada apa-apa untuk disorokkan

Jamil Khir seleweng wang zakat, kali ini untuk burukkan Pas – Mahfuz

Label:

Mahfuz menunjukkan surat arahan Jamil kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ' Bukti Pas bukan parti Islam'

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 2 Nov: Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menuntut penjelasan segera Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana menyeleweng wang zakat untuk tujuan politik.

Berdasarkan satu surat, katanya, menteri itu didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.

Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagih wang zakat.

Buku itu pula diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau difahamkan, kandungan buku itu turut diulas dengan memburukkan Pas.

“Kita tiada masalah jika diserang, tetapi isunya ialah, mengapa serang Pas guna wang zakat?.

“Miskin sangatkah Umno sampai wang zakat pun diseleweng untuk tujuan politik umno,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ni.

Petikan surat itu berbunyi ‘sukacita dimaklumkan bahawa YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di JPM telah bersetuju untuk membeli buku itu sebanyak 250 unit,’

‘Mohon kerjasama tuan untuk membuat pembayaran ke syarikat itu,’ kenyataan surat itu dipetik dan ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Jamil Khir, Leftenan Kolonel Ab Jabar Mohamad Aris.

Beliau difahamkan, kursus yang sudah tiga kali diadakan itu turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri.

Manakala ucapan penutup disampaikan oleh bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.

“Kursus itu kata peserta tidak lebih kepada brainwash untuk mereka dan mebmuruk-burukkan Pas atas nama program Jakim,” kata Mahfuz yang turut mengedar salinan surat itu kepada media.

Jamil sebelum ini didakwa menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu bagi membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali dalam isu qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
P/s: Alahai. Orang yang tahu agama pun tak tahu dosa pahala ke?

Ikan kerapu gergasi Sarawak

Label:

SEORANG lelaki memegang ikan kerapu seberat 200 kilogram yang ditangkap di perairan Miri, Sarawak semalam. 

Saya petik:

[kosmo] IKAN GERGASI. Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas kejayaan menangkap seekor kerapu gergasi semalam.

Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.

Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000.

Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram.

Isteri jual gambar bogel melalui FB

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.

Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.

“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.

Lagi cerita pensyarah gila seks cabul siswi

Label:

Gambar hiasan

 Saya petik:
Pensyarah hati syaitan

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan kolej swasta diheret dari sebuah tempat letak kereta di Sentul di sini, sebelum dirogol pensyarahnya sendiri, pagi kelmarin. Gambar fail.

Sebelum kejadian, pensyarah berusia lingkungan 40-an berkenaan memperdaya mangsa berjumpa di pejabatnya di sebuah kolej swasta di ibu kota dengan alasan berbincang mengenai pelajaran, jam 9 pagi.

Sebaik mangsa tiba di biliknya, lelaki terbabit mengugut akan menggagalkan pelajar itu dalam peperiksaan pada setiap semester jika enggan keluar bersarapan dengannya.

Sumber polis berkata, mangsa yang bimbang dengan ugutan berkenaan terpaksa akur, namun sebaik masuk ke dalam kereta, pensyarah itu membawa pelajar itu ke rumahnya di Sentul. “Ketika dalam perjalanan, telefon bimbit mangsa dirampas dan sejurus tiba di kawasan letak kereta di kediamannya, pensyarah itu mengheret mangsa hingga ke rumahnya.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, mangsa dipukul dan dua tangannya diikat. Baju mangsa dikoyak sebelum dia dirogol pensyarah itu,” katanya.

Menurutnya, sebelum meninggalkan pelajar itu bersendirian, pensyarah berkenaan membasahkan pakaian mangsa dipercayai bagi mengelakkannya melarikan diri.

“Biarpun pakaiannya basah, mangsa tetap memakai semula pakaiannya sebelum cuba meloloskan diri namun gagal disebabkan pintu berkunci.

“Lelaki itu mengugut membunuh mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit menghantar mangsa ke stesen transit aliran ringan (LRT) di Jalan Tun Razak, di sini, sebelum sekali lagi mengugut membunuh mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada orang lain.

Katanya, mangsa menghubungi kakaknya sebelum menceritakan kejadian berkenaan.

Mangsa yang ditemani kakaknya membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

Ini kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu membabitkan pensyarah melakukan jenayah seksual terhadap penuntut wanita masing-masing.

Pada 29 0ktober lalu, Harian Metro melaporkan perbuatan seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia lingkungan 50-an yang mencabul pelajar perempuan di bilik universiti berkenaan.

Pensyarah terbabit didakwa memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan.

Saiful Apek nafi guna ganja

Label:

Saya petik:

[BH] PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Saiful Apek dan tiga rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan menggunakan ganja, pada Jun tahun lalu.

Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42 dan tiga krew produksinya, Noremy Mohamad, 28, Shah Zainatull Ehsan Al Muazam Shah Yahya, 28 dan Shaiful Baharom, 24, membuat pengakuan itu di depan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini, pada jam 11.00 malam, 12 Jun 2010.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 dan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Ahmad Solihin memerintahkan Saiful Apek yang memakai kemeja hitam dan tiga tertuduh lain diikat jamin RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember depan sebutan semula kes.

Saiful Apek dan tiga tertuduh lain kemudian dibebaskan mahkamah dengan ikat jaminan sementara menunggu perbicaraan.

Sementara itu, seorang lagi krew produksi Saiful, Mohammad Shafarul Abdul Rahim, 25, mengaku bersalah dan didenda RM3,000 atas tuduhan sama yang dilakukan pada masa dan tempat sama.

Dia juga dihukum denda RM2,000 kerana memiliki 0.09 gram ganja ketika serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah di Nombor 306, Blok C, Sunway Court Apartment, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway di sini, pada jam 10.00 malam, tarikh sama.

Isu kontroversi: Khairul Fahmi nafi ambil arak

Label:

GAMBAR Apek bersama beberapa wanita seksi ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini tersebar di internet.

Saya petik:

[BH] KOTA BHARU: Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek yang sebelum ini dikatakan memutuskan pertunangan dengan teman wanitanya akibat kehadiran orang ketiga, sekali lagi terbabit dalam kontroversi apabila gambarnya bersama beberapa wanita seksi di restoran eksklusif disiarkan dalam blog dan portal hiburan.

Khairul Fahmi berkata, gambarnya bersama kenalan, Dahlia Teck dan beberapa rakan wanita itu dirakam ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, tetapi menafikan mengambil minuman keras walaupun minuman itu ada dihidangkan seperti dalam gambar berkenaan.
“Saya tidak sentuh (arak) dan muka saya ketika itu merah kerana suasana dalam itu (parti) panas dan sesak, menyebabkan muka saya jadi begitu. Dalam parti itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga saya tidak kenal langsung. Jadi, saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu atau siapakah empunya sebenar gambar itu.

“Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam), selepas dimaklumkan seorang rakan, saya agak terkejut. Tetapi, saya ingin menegaskan yang saya tidak ada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dilihat dalam gambar," katanya ketika dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Beliau mengulas mengenai gambarnya bersama Dahlia serta dua wanita lain, manakala foto kedua menunjukkan enam wanita termasuk Dahlia bergambar di tempat yang sama.

Mengulas lanjut, Apek berkata dia sentiasa menjadi perhatian umum, selain ramai yang mahu bergambar bersamanya.

“Ke mana saya pergi, sudah pasti akan bertemu peminat dan mereka mahu merakam gambar. Pada parti hari jadi berkenaan, saya tidak terkecuali menjadi perhatian dan ada yang mengambil gambar," katanya.

Bagaimanapun, Khairul Fahmi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang menjejaskan prestasi permainan dan persiapannya menjelang Sukan Sea 2011, di Indonesia, namun berjanji akan menjelaskannya lebih lanjut selepas kejohanan itu.

“Memang pada saat ini, saya mahu memberi tumpuan kepada Sukan Sea. Saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana sudah dekat (perlawanan). Selepas perlawanan selesai, saya akan memberikan penjelasan kepada media dan buat apa yang patut.

Kalau boleh memang saya tidak mahu beban fikiran dengan benda seperti ini (kontroversi)," katanya.

Sebelum ini, Apek memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, tetapi menafikan ia berpunca daripada orang ketiga yang dikenali sebagai Dahlia. 

P/s: Kepada Apek, saya nasihatkan supaya janganlah sertai majlis-majlis yang boleh mengundang fitnah. Lebih-lebih lagi majlis yang dihidangkan dengan minuman setan....Macam nilah jadinya...  

Remuk hati isteri bila suami seorang gay terbongkar

Label:

BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.

Saya petik:
KLANG: “Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.

Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.

Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.

Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

“Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. “Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.

Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.

“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.

“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya.

Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah. “Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.

“Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.

Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.

"Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya.

“Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.

Bekas amil zakat dipenjara empat tahun, tiga sebatan kerana pecah amanah

Label:

Saya petik:

KULAIJAYA: Seorang bekas amil dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melakukan pecah amanah membabitkan RM19,510.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman itu selepas Redzuan Mohd Said, 28, bekas imam sebuah masjid di sini, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Redzuan, sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim sebanyak RM19,510 dengan menyalahgunakan wang itu untuk kegunaan sendiri di Pasaraya Tesco di sini antara 16 Ogos tahun lepas dan 4 Sept tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Zaiton mengarahkan hukuman penjara terhadap Redzuan dijalankan bermula dari tarikh tangkapan iaitu 28 Okt lepas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya A. Karthiyayini manakala Redzuan tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Peneroka Gugusan Chini pula saman Felda RM200 juta

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[KD] PEKAN 1 Nov: Felda terus berdepan musibah demi musibah apabila ratusan lagi peneroka bakal memfailkan saman terhadap lembaga itu.

Terbaru, seramai 400 lagi peneroka Felda dari Gugusan Chini, Pahang menyatakan hasrat mereka menyaman Felda sebanyak RM200 juta kerana memanipulasi Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG).

Hasrat itu dinyatakan mereka sewaktu hadir pada sesi dialog anjuran KEADILAN Cabang Pekan 31 Oktober lalu di Markas Pas di Felda Chini 3, Pahang.

Mereka menandatangani borang Waran untuk Bertindak bagi melantik peguam mewakili mereka pada majlis yang sama.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN Pahang, Suhaimi Said berkata peneroka terbabit mahu menyaman Felda mengambil iktibar daripada peneroka Felda Jengka yang berbuat perkara sama.

“Di kawasan Chini, peratus perahan KPG adalah sekadar 18-19% seperti di Felda Jengka sebelum peneroka-peneroka Jengka mengambil tindakan menyaman Felda.

“Alhamdulillah, kini peneroka-peneroka di Felda Jengka sudah pun memperolehi peratusan perahan KPG diatas kadar 20-21% setelah menyaman Felda,” tulis Suhaimi di dalam blognya.

Saman yang akan dikemukakan peneroka itu juga akan mengambil kira tempoh 15 tahun ke belakang dan jumlah tuntutan termasuk ke atas buah kelapa sawit rosak yang turut diproses Felda, kata Suhaimi.

Pada majlis yang sama, wakil dari Felda Chini Timur dan Felda Keratong 10 turut menyatakan hasrat mereka untuk menyaman Felda dan mahu dialog yang sama diadakan di tempat mereka, kata Suhaimi.

Selain berdepan dengan manipulasi KPG, hak peneroka Felda juga dimanipulasi apabila kerajaan bercadang menyenaraikan Felda di Bursa Malaysia tahun hadapan.

Hasrat kahwin 11.11.11 berkecai

Label:

Saya petik:
[SH] RANTAU PANJANG – Hasrat seorang lelaki mengakhiri zaman bujangnya bersama gadis pilihan pada 11.11.11 tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia akibat sawan ketika melihat taut ditahannya di Lubok Katong, Kubang Kuau, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa, Zainuddin Mamat,28, dikatakan ke sungai bersama sepupunya, Mohamad Had,19, melihat tauk ditahan petang Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Tengku Azman Tengku Abdullah berkata, sebaik sampai ke tempat kejadian, mangsa meminta sepupunya menunggunya di pagar berhampiran sementara dia ke kawasan danau seorang diri.

Menurutnya, lebih kurang 15 minit kemudian, sepupu mangsa memanggilnya setelah dia tidak keluar dari danau berkenaan, namun tidak mendapat sebarang tindak balas darinya.

“Sepupunya yang mula mengesyaki sesuatu berlaku kepada mangsa terus ke tempat kejadian dan melihatnya dalam keadaan tertiarap.

“Setelah menariknya, sepupunya mendapati dia telah meninggal dan balik ke rumahnya kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian untuk memaklumkan perkara tersebut kepada abangnya,” katanya kepada pemberita petang semalam.

Tengku Azman berkata, jenazah kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Pasir Mas untuk bedah siasat.

Menurutnya, berdasarkan cerita bapanya, mangsa yang pernah bekerja kilang elektronik di Johor ini menghidap sawan sejak kecil dan turut terkena serangan penyakit itu sehari sebelum kejadian.

“Jenazah mangsa dituntut keluarga kira-kira jam 6 petang untuk dikebumikan di kampung halaman mangsa,” katanya.

Rosmah beli mutiara RM487,000 di Australia?

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 1 Nov: Ketika berita mengenai anak Datuk Seri Najib Razak dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti Facebook menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memakai rantai mutiara.

Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu.

Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Akhbar The West Australian melaporkan, seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Namun akhbar itu tidak menamakan wanita terbabit.

Spekulasi bertiup kencang apabila blogger dan peminat politik mengaitkan wanita berkenaan dengan Rosmah- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.

Selain itu, akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika negara dibebani dengan hutang sebanyak RM437 juta dan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup.

Rosmah sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London.

Beliau juga gemar mempamerkan kemewahan termasuk memakai beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.

Minggu lalu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin meminta Rosmah menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan itu.

Dua madu sepakat berkhalwat dengan seorang lelaki

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] SEREMBAN: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.

Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.

Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.

“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.

“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya.

Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.

Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.

“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram,” katanya.

Umur baru 7 & 8 tahun tapi sudah pecah 26 rumah

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

PUTRAJAYA: Usia mereka baru tujuh dan lapan tahun, tetapi bijak mengatur strategi serta menjadi dalang aktiviti pecah rumah membabitkan 26 rumah jirannya di Blok D Apartmen Fasa 4C Kuarters Kerajaan, Presint 8, di sini, sejak enam bulan lalu.

Bagaimanapun, kegiatan dua sahabat baik itu terbongkar selepas memulangkan cakera padat (CD) yang dicuri kepada rakan sepermainan mereka yang juga anak mangsa pecah rumah yang tinggal di blok sama. Kedua-dua pencuri cilik itu ditahan di rumah masing-masing pada jam 5.40 dan 6.30 petang, Jumaat lalu, selepas dipercayai mencuri wang RM350 dan sebuah telefon bimbit Sony Ericsson milik bapa rakan mereka.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Polis Abdul Razak Abd Majid, berkata kanak-kanak itu mengaku memecah masuk rumah jiran ketika penghuninya tiada di rumah menggunakan kunci yang disorokkan penghuni di dalam kasut.

“Mereka masuk ke dalam rumah terbabit menggunakan kunci yang dijumpai dan mengambil apa saja barang disukai.

“Malah, suspek juga ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan terbabit terutama ketika penghuni keluar bekerja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Putrajaya di sini, semalam. Abdul Razak berkata, hasil pemeriksaan di rumah suspek, polis menemui pelbagai barangan berharga termasuk dua kasut yang dibeli dari wang curi, jam tangan Casio, topi, pemacu pena (pendrive), wang RM14 dan telefon bimbit. “Barangan yang ditemui itu dipercayai tidak sempat dijual, malah kami difahamkan terdapat beberapa barangan yang sudah dipulangkan kepada pemiliknya oleh ibu bapa mereka selepas mendapati ia bukan kepunyaan mereka,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak sekolah untuk memberikan kaunseling serta nasihat kepada kanak-kanak terbabit.

“Kami bimbang dengan usia yang muda mereka sudah pandai mencuri. Kami tidak mahu kegiatan mereka berterusan kerana tindakan itu akan menghancurkan masa depan kanak-kanak itu. 
“Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak itu tahu kegiatan anak mereka. Justeru, kami menasihati ibu bapa lain supaya prihatin dan peka tingkah laku anak mereka,” katanya. Abdul Razak berkata, secara purata setiap bulan polis menerima lapan kes membabitkan pecah rumah penduduk di sini. “Kami menasihati penduduk di Putrajaya supaya tidak sesekali meletakkan kunci di dalam kasut ketika meninggalkan rumah. “Perbuatan ini sering dilakukan penduduk di sini kerana mahu memudahkan anak mereka sekiranya pulang dari sekolah, tetapi ia menjadikan kediaman mereka sasaran penjenayah,” katanya.

Drama isteri muda terbongkar!!

Label:

Saya petik:

KUALA LUMPUR: Dia memperkenalkan diri sebagai penerbit drama berstatus Datin dan pada hakikatnya, wanita itu bijak ‘bermain wayang’ apabila memperdaya banyak pihak termasuk suaminya.

Itu kelicikan wanita berusia 34 tahun yang setakat ini memperdayakan sekurang-kurangnya lima mangsa membabitkan kerugian mencecah RM250,000.

Selain lima mangsa berkenaan, suami wanita itu sendiri yang mahu dikenali sebagai Datuk Faizal membuat laporan polis mengenai penipuan isteri keduanya itu selepas mendapati dirinya diperalatkan.

Faizal berkata, dia menyedari penipuan isterinya itu selepas terbaca SMS dihantar beberapa mangsa ke telefon bimbit miliknya yang digunakan wanita terbabit sejak tiga tahun lalu.

“Ogos lalu saya membayar bil telefon itu yang sebelumnya tidak aktif selepas gagal melunaskan bil RM2,000. Sebaik telefon diaktifkan, saya terkejut apabila mendapati SMS diterima daripada nombor tidak dikenali yang meminta imbuhan hasil satu perniagaan berasaskan pelaburan.
Lembaga hitam ganggu penduduk Bentong
Jumaat, November 04, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:

[kosmo] BENTONG – Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.

Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.

Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.

Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.

Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.

“Kami ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan kami mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.

“Kemudian, lembaga itu mempersendakan kami sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan kami cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya,” ceritanya di sini semalam.
Links to this post
Rombongan dihalang tinjau Pusat Fidlot Shahrizat Jalil
Khamis, November 03, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[KD] GEMAS 3 Nov: Rombongan pimpinan KEADILAN yang membuat lawatan ke Pusat Fidlot Kebangsaan hari ini dihalang daripada masuk meninjau ladang lembu itu.

Rombongan itu yang dianjurkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Adun Sikamat, Aminuddin Harun disertai kira-kira 30 orang termasuk wartawan dan aktivis NGO, Jingga 13.

Rombongan itu tiba di pusat fidlot itu yang dimiliki National Fidlot Corporation (NFC) pada kira-kira jam 12.40 tengahari namun dihalang pihak keselamatan yang enggan membuka pintu pagar utama.

Rafizi Ramli cuba berunding dengan pengawal keselamatan dan menjelaskan bahawa KEADILAN sendiri telah menghantar surat rasmi kepada pihak (NFC).

Malah, kata Rafizi, Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sendiri sebelum ini pernah menegaskan yang pintu pusat fidlot itu akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati sebagai bukti ketelusan kerajaan dalam penganugerahan projek itu.

“Ini kemudahan kerajaan. Bukan milik swasta,” kata Rafizi merujuk kepada RM250 juta yang dilaburkan kerajaan BN kepada NFC yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

“Kita datang berdasarkan jemputan daripada Menteri Pertanian. (Beliau kata), sesiapa yang mahu datang, beliau akan buka pintu,” kata Rafizi lagi.

Pengawal keselamatan yang menjaga pagar kemudiannya berkata beliau menerima arahan daripada majikannya yang mengarahkan agar tidak menerima sesiapa untuk melawat hari ini.

Rafizi kemudiannya cuba berunding agar NFC membenarkan wartawan untuk masuk dan meninjau kawasan ternakan lembu seluas 5 ribu ekar dan didakwa menternak sehingga 1500 ekor lembu pada satu-satu masa itu.

Beliau juga meminta pengawal keselamatan itu memanggil mana-mana pegawai NFC untuk berunding namun kedua-dua permintaan itu tidak dihiraukan.

Malah, pengawal keselamatan itu juga mengugut untuk memanggil polis jika rombongan itu tidak bersurai dalam masa 10 minit.

Namun anehnya, di dalam pagar NFC sendiri kelihatan 3 orang lelaki yang kelihatan seperti polis Cawangan Khas membuat rakaman video ke atas rombongan terbabit.

NFC mencuri tumpuan orang ramai apabila ia diketahui diterajui Agro Science Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil.

Ia diberikan peruntukan kewangan sebanyak RM250 juta melalui RMK 9 namun sehingga ke hari ini gagal memenuhi keperluan pasaran sebanyak 40 peratus yang sepatutnya dipenuhi.

Sehingga ke hari ini, sebanyak RM141 juta telah diberikan kepada Agro Science dengan RM6 juta dalam bentuk geran dan RM135 juta lagi dalam bentuk pinjaman kadar rendah sebanyak 2 peratus setahun.

Menurut Rafizi, persoalan utama sekarang adalah Agro Science diberikan kadar pinjaman yang sangat rendah oleh kerajaan namun ia gagal melaksanakan tugas utamanya malah ada ura-ura daging lembu yang dihasilkan digunakan untuk memenuhi keperluan restoran mewah keluarga Shahrizat. Justeru, Rafizi menuntut Shahrizat tampil menjelaskan perkara itu serta membersihkan namanya jika benar NFC dan Agro Science tiada apa-apa untuk disorokkan
Links to this post
Jamil Khir seleweng wang zakat, kali ini untuk burukkan Pas – Mahfuz
Khamis, November 03, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Mahfuz menunjukkan surat arahan Jamil kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ' Bukti Pas bukan parti Islam'

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 2 Nov: Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menuntut penjelasan segera Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana menyeleweng wang zakat untuk tujuan politik.

Berdasarkan satu surat, katanya, menteri itu didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.

Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagih wang zakat.

Buku itu pula diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau difahamkan, kandungan buku itu turut diulas dengan memburukkan Pas.

“Kita tiada masalah jika diserang, tetapi isunya ialah, mengapa serang Pas guna wang zakat?.

“Miskin sangatkah Umno sampai wang zakat pun diseleweng untuk tujuan politik umno,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ni.

Petikan surat itu berbunyi ‘sukacita dimaklumkan bahawa YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di JPM telah bersetuju untuk membeli buku itu sebanyak 250 unit,’

‘Mohon kerjasama tuan untuk membuat pembayaran ke syarikat itu,’ kenyataan surat itu dipetik dan ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Jamil Khir, Leftenan Kolonel Ab Jabar Mohamad Aris.

Beliau difahamkan, kursus yang sudah tiga kali diadakan itu turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri.

Manakala ucapan penutup disampaikan oleh bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.

“Kursus itu kata peserta tidak lebih kepada brainwash untuk mereka dan mebmuruk-burukkan Pas atas nama program Jakim,” kata Mahfuz yang turut mengedar salinan surat itu kepada media.

Jamil sebelum ini didakwa menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu bagi membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali dalam isu qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
P/s: Alahai. Orang yang tahu agama pun tak tahu dosa pahala ke?
Links to this post
Ikan kerapu gergasi Sarawak
Khamis, November 03, 2011 | Author: Tuk Kiyai
SEORANG lelaki memegang ikan kerapu seberat 200 kilogram yang ditangkap di perairan Miri, Sarawak semalam. 

Saya petik:

[kosmo] IKAN GERGASI. Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas kejayaan menangkap seekor kerapu gergasi semalam.

Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.

Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000.

Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram.
Links to this post
Isteri jual gambar bogel melalui FB
Khamis, November 03, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.

Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.

“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.
Links to this post
Lagi cerita pensyarah gila seks cabul siswi
Khamis, November 03, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

 Saya petik:
Pensyarah hati syaitan

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan kolej swasta diheret dari sebuah tempat letak kereta di Sentul di sini, sebelum dirogol pensyarahnya sendiri, pagi kelmarin. Gambar fail.

Sebelum kejadian, pensyarah berusia lingkungan 40-an berkenaan memperdaya mangsa berjumpa di pejabatnya di sebuah kolej swasta di ibu kota dengan alasan berbincang mengenai pelajaran, jam 9 pagi.

Sebaik mangsa tiba di biliknya, lelaki terbabit mengugut akan menggagalkan pelajar itu dalam peperiksaan pada setiap semester jika enggan keluar bersarapan dengannya.

Sumber polis berkata, mangsa yang bimbang dengan ugutan berkenaan terpaksa akur, namun sebaik masuk ke dalam kereta, pensyarah itu membawa pelajar itu ke rumahnya di Sentul. “Ketika dalam perjalanan, telefon bimbit mangsa dirampas dan sejurus tiba di kawasan letak kereta di kediamannya, pensyarah itu mengheret mangsa hingga ke rumahnya.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, mangsa dipukul dan dua tangannya diikat. Baju mangsa dikoyak sebelum dia dirogol pensyarah itu,” katanya.

Menurutnya, sebelum meninggalkan pelajar itu bersendirian, pensyarah berkenaan membasahkan pakaian mangsa dipercayai bagi mengelakkannya melarikan diri.

“Biarpun pakaiannya basah, mangsa tetap memakai semula pakaiannya sebelum cuba meloloskan diri namun gagal disebabkan pintu berkunci.

“Lelaki itu mengugut membunuh mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit menghantar mangsa ke stesen transit aliran ringan (LRT) di Jalan Tun Razak, di sini, sebelum sekali lagi mengugut membunuh mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada orang lain.

Katanya, mangsa menghubungi kakaknya sebelum menceritakan kejadian berkenaan.

Mangsa yang ditemani kakaknya membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

Ini kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu membabitkan pensyarah melakukan jenayah seksual terhadap penuntut wanita masing-masing.

Pada 29 0ktober lalu, Harian Metro melaporkan perbuatan seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia lingkungan 50-an yang mencabul pelajar perempuan di bilik universiti berkenaan.

Pensyarah terbabit didakwa memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan.
Links to this post
Saiful Apek nafi guna ganja
Rabu, November 02, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[BH] PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Saiful Apek dan tiga rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan menggunakan ganja, pada Jun tahun lalu.

Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42 dan tiga krew produksinya, Noremy Mohamad, 28, Shah Zainatull Ehsan Al Muazam Shah Yahya, 28 dan Shaiful Baharom, 24, membuat pengakuan itu di depan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini, pada jam 11.00 malam, 12 Jun 2010.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 dan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Ahmad Solihin memerintahkan Saiful Apek yang memakai kemeja hitam dan tiga tertuduh lain diikat jamin RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember depan sebutan semula kes.

Saiful Apek dan tiga tertuduh lain kemudian dibebaskan mahkamah dengan ikat jaminan sementara menunggu perbicaraan.

Sementara itu, seorang lagi krew produksi Saiful, Mohammad Shafarul Abdul Rahim, 25, mengaku bersalah dan didenda RM3,000 atas tuduhan sama yang dilakukan pada masa dan tempat sama.

Dia juga dihukum denda RM2,000 kerana memiliki 0.09 gram ganja ketika serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah di Nombor 306, Blok C, Sunway Court Apartment, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway di sini, pada jam 10.00 malam, tarikh sama.
Links to this post
Isu kontroversi: Khairul Fahmi nafi ambil arak
Rabu, November 02, 2011 | Author: Tuk Kiyai
GAMBAR Apek bersama beberapa wanita seksi ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini tersebar di internet.

Saya petik:

[BH] KOTA BHARU: Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek yang sebelum ini dikatakan memutuskan pertunangan dengan teman wanitanya akibat kehadiran orang ketiga, sekali lagi terbabit dalam kontroversi apabila gambarnya bersama beberapa wanita seksi di restoran eksklusif disiarkan dalam blog dan portal hiburan.

Khairul Fahmi berkata, gambarnya bersama kenalan, Dahlia Teck dan beberapa rakan wanita itu dirakam ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, tetapi menafikan mengambil minuman keras walaupun minuman itu ada dihidangkan seperti dalam gambar berkenaan.
“Saya tidak sentuh (arak) dan muka saya ketika itu merah kerana suasana dalam itu (parti) panas dan sesak, menyebabkan muka saya jadi begitu. Dalam parti itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga saya tidak kenal langsung. Jadi, saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu atau siapakah empunya sebenar gambar itu.

“Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam), selepas dimaklumkan seorang rakan, saya agak terkejut. Tetapi, saya ingin menegaskan yang saya tidak ada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dilihat dalam gambar," katanya ketika dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Beliau mengulas mengenai gambarnya bersama Dahlia serta dua wanita lain, manakala foto kedua menunjukkan enam wanita termasuk Dahlia bergambar di tempat yang sama.

Mengulas lanjut, Apek berkata dia sentiasa menjadi perhatian umum, selain ramai yang mahu bergambar bersamanya.

“Ke mana saya pergi, sudah pasti akan bertemu peminat dan mereka mahu merakam gambar. Pada parti hari jadi berkenaan, saya tidak terkecuali menjadi perhatian dan ada yang mengambil gambar," katanya.

Bagaimanapun, Khairul Fahmi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang menjejaskan prestasi permainan dan persiapannya menjelang Sukan Sea 2011, di Indonesia, namun berjanji akan menjelaskannya lebih lanjut selepas kejohanan itu.

“Memang pada saat ini, saya mahu memberi tumpuan kepada Sukan Sea. Saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana sudah dekat (perlawanan). Selepas perlawanan selesai, saya akan memberikan penjelasan kepada media dan buat apa yang patut.

Kalau boleh memang saya tidak mahu beban fikiran dengan benda seperti ini (kontroversi)," katanya.

Sebelum ini, Apek memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, tetapi menafikan ia berpunca daripada orang ketiga yang dikenali sebagai Dahlia. 

P/s: Kepada Apek, saya nasihatkan supaya janganlah sertai majlis-majlis yang boleh mengundang fitnah. Lebih-lebih lagi majlis yang dihidangkan dengan minuman setan....Macam nilah jadinya...  
Links to this post
Remuk hati isteri bila suami seorang gay terbongkar
Rabu, November 02, 2011 | Author: Tuk Kiyai

BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.

Saya petik:
KLANG: “Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.

Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.

Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.

Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

“Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. “Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.

Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.

“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.

“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya.

Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah. “Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.

“Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.

Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.

"Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya.

“Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.
Links to this post
Bekas amil zakat dipenjara empat tahun, tiga sebatan kerana pecah amanah
Selasa, November 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

KULAIJAYA: Seorang bekas amil dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melakukan pecah amanah membabitkan RM19,510.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman itu selepas Redzuan Mohd Said, 28, bekas imam sebuah masjid di sini, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Redzuan, sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim sebanyak RM19,510 dengan menyalahgunakan wang itu untuk kegunaan sendiri di Pasaraya Tesco di sini antara 16 Ogos tahun lepas dan 4 Sept tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Zaiton mengarahkan hukuman penjara terhadap Redzuan dijalankan bermula dari tarikh tangkapan iaitu 28 Okt lepas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya A. Karthiyayini manakala Redzuan tidak diwakili peguam. - BERNAMA
Links to this post
Peneroka Gugusan Chini pula saman Felda RM200 juta
Selasa, November 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:

[KD] PEKAN 1 Nov: Felda terus berdepan musibah demi musibah apabila ratusan lagi peneroka bakal memfailkan saman terhadap lembaga itu.

Terbaru, seramai 400 lagi peneroka Felda dari Gugusan Chini, Pahang menyatakan hasrat mereka menyaman Felda sebanyak RM200 juta kerana memanipulasi Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG).

Hasrat itu dinyatakan mereka sewaktu hadir pada sesi dialog anjuran KEADILAN Cabang Pekan 31 Oktober lalu di Markas Pas di Felda Chini 3, Pahang.

Mereka menandatangani borang Waran untuk Bertindak bagi melantik peguam mewakili mereka pada majlis yang sama.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN Pahang, Suhaimi Said berkata peneroka terbabit mahu menyaman Felda mengambil iktibar daripada peneroka Felda Jengka yang berbuat perkara sama.

“Di kawasan Chini, peratus perahan KPG adalah sekadar 18-19% seperti di Felda Jengka sebelum peneroka-peneroka Jengka mengambil tindakan menyaman Felda.

“Alhamdulillah, kini peneroka-peneroka di Felda Jengka sudah pun memperolehi peratusan perahan KPG diatas kadar 20-21% setelah menyaman Felda,” tulis Suhaimi di dalam blognya.

Saman yang akan dikemukakan peneroka itu juga akan mengambil kira tempoh 15 tahun ke belakang dan jumlah tuntutan termasuk ke atas buah kelapa sawit rosak yang turut diproses Felda, kata Suhaimi.

Pada majlis yang sama, wakil dari Felda Chini Timur dan Felda Keratong 10 turut menyatakan hasrat mereka untuk menyaman Felda dan mahu dialog yang sama diadakan di tempat mereka, kata Suhaimi.

Selain berdepan dengan manipulasi KPG, hak peneroka Felda juga dimanipulasi apabila kerajaan bercadang menyenaraikan Felda di Bursa Malaysia tahun hadapan.
Links to this post
Hasrat kahwin 11.11.11 berkecai
Selasa, November 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[SH] RANTAU PANJANG – Hasrat seorang lelaki mengakhiri zaman bujangnya bersama gadis pilihan pada 11.11.11 tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia akibat sawan ketika melihat taut ditahannya di Lubok Katong, Kubang Kuau, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa, Zainuddin Mamat,28, dikatakan ke sungai bersama sepupunya, Mohamad Had,19, melihat tauk ditahan petang Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Tengku Azman Tengku Abdullah berkata, sebaik sampai ke tempat kejadian, mangsa meminta sepupunya menunggunya di pagar berhampiran sementara dia ke kawasan danau seorang diri.

Menurutnya, lebih kurang 15 minit kemudian, sepupu mangsa memanggilnya setelah dia tidak keluar dari danau berkenaan, namun tidak mendapat sebarang tindak balas darinya.

“Sepupunya yang mula mengesyaki sesuatu berlaku kepada mangsa terus ke tempat kejadian dan melihatnya dalam keadaan tertiarap.

“Setelah menariknya, sepupunya mendapati dia telah meninggal dan balik ke rumahnya kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian untuk memaklumkan perkara tersebut kepada abangnya,” katanya kepada pemberita petang semalam.

Tengku Azman berkata, jenazah kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Pasir Mas untuk bedah siasat.

Menurutnya, berdasarkan cerita bapanya, mangsa yang pernah bekerja kilang elektronik di Johor ini menghidap sawan sejak kecil dan turut terkena serangan penyakit itu sehari sebelum kejadian.

“Jenazah mangsa dituntut keluarga kira-kira jam 6 petang untuk dikebumikan di kampung halaman mangsa,” katanya.
Links to this post
Rosmah beli mutiara RM487,000 di Australia?
Selasa, November 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 1 Nov: Ketika berita mengenai anak Datuk Seri Najib Razak dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti Facebook menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memakai rantai mutiara.

Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu.

Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Akhbar The West Australian melaporkan, seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Namun akhbar itu tidak menamakan wanita terbabit.

Spekulasi bertiup kencang apabila blogger dan peminat politik mengaitkan wanita berkenaan dengan Rosmah- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.

Selain itu, akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika negara dibebani dengan hutang sebanyak RM437 juta dan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup.

Rosmah sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London.

Beliau juga gemar mempamerkan kemewahan termasuk memakai beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.

Minggu lalu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin meminta Rosmah menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan itu.
Links to this post
Dua madu sepakat berkhalwat dengan seorang lelaki
Selasa, November 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] SEREMBAN: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.

Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.

Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.

“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.

“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya.

Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.

Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.

“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram,” katanya.
Links to this post
Umur baru 7 & 8 tahun tapi sudah pecah 26 rumah
Selasa, November 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:

PUTRAJAYA: Usia mereka baru tujuh dan lapan tahun, tetapi bijak mengatur strategi serta menjadi dalang aktiviti pecah rumah membabitkan 26 rumah jirannya di Blok D Apartmen Fasa 4C Kuarters Kerajaan, Presint 8, di sini, sejak enam bulan lalu.

Bagaimanapun, kegiatan dua sahabat baik itu terbongkar selepas memulangkan cakera padat (CD) yang dicuri kepada rakan sepermainan mereka yang juga anak mangsa pecah rumah yang tinggal di blok sama. Kedua-dua pencuri cilik itu ditahan di rumah masing-masing pada jam 5.40 dan 6.30 petang, Jumaat lalu, selepas dipercayai mencuri wang RM350 dan sebuah telefon bimbit Sony Ericsson milik bapa rakan mereka.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Polis Abdul Razak Abd Majid, berkata kanak-kanak itu mengaku memecah masuk rumah jiran ketika penghuninya tiada di rumah menggunakan kunci yang disorokkan penghuni di dalam kasut.

“Mereka masuk ke dalam rumah terbabit menggunakan kunci yang dijumpai dan mengambil apa saja barang disukai.

“Malah, suspek juga ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan terbabit terutama ketika penghuni keluar bekerja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Putrajaya di sini, semalam. Abdul Razak berkata, hasil pemeriksaan di rumah suspek, polis menemui pelbagai barangan berharga termasuk dua kasut yang dibeli dari wang curi, jam tangan Casio, topi, pemacu pena (pendrive), wang RM14 dan telefon bimbit. “Barangan yang ditemui itu dipercayai tidak sempat dijual, malah kami difahamkan terdapat beberapa barangan yang sudah dipulangkan kepada pemiliknya oleh ibu bapa mereka selepas mendapati ia bukan kepunyaan mereka,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak sekolah untuk memberikan kaunseling serta nasihat kepada kanak-kanak terbabit.

“Kami bimbang dengan usia yang muda mereka sudah pandai mencuri. Kami tidak mahu kegiatan mereka berterusan kerana tindakan itu akan menghancurkan masa depan kanak-kanak itu. 
“Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak itu tahu kegiatan anak mereka. Justeru, kami menasihati ibu bapa lain supaya prihatin dan peka tingkah laku anak mereka,” katanya. Abdul Razak berkata, secara purata setiap bulan polis menerima lapan kes membabitkan pecah rumah penduduk di sini. “Kami menasihati penduduk di Putrajaya supaya tidak sesekali meletakkan kunci di dalam kasut ketika meninggalkan rumah. “Perbuatan ini sering dilakukan penduduk di sini kerana mahu memudahkan anak mereka sekiranya pulang dari sekolah, tetapi ia menjadikan kediaman mereka sasaran penjenayah,” katanya.
Links to this post
Drama isteri muda terbongkar!!
Isnin, Oktober 31, 2011 | Author: Tuk Kiyai