Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

[PANAS] WikiLeaks dedah Kekayaan Tun Mahathir, anak & kroni

Label:

WikiLeaks Releases Secret Bank Accounts of Mahathir's family and his cronies

FIXED DEPOSIT ACCOUNTS OF MAHATHIR'S WIFE AND 5 OF HIS CHILDREN AS WELL AS HIS CRONIES

The information regarding the Fixed Deposit Accounts of Mahathir's

wife and 3 of his children are as below.

These accounts were opened at an Israeli Singapore-based bank in the

neighboring country of Singapore .

The bank is ISRAELI NATIONAL BANK.

That vast amount of monies could have been derived through the following:

i. Deposited by an agent of the Israeli Government or any other

foreign government.

ii. Derived from various companies of Mahathir's cronies.

iii. Or could be part of the RM1Bil missing from UMNO's account which

Anwar Ibrahim brought up before he was dismissed from UMNO.

Details of accounts are as follow:

Family of Dr. Mahathir:

1. Name : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed Ali

Post : Wife of Prime Minister

Passport No. : D 173596 (M)

Bank : Israeli National Bank

Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)

3 years

Account No : AGF-2192-2442- 722-(X)

Amount : USD 4,000,000.00

Date of opening account : 25/06/95

Date of Maturity : 25/06/98

(Maturity continued to 25/06/2001)

(Extension interest agreed upon)

2. Name : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed Ali

Account No : FA-4196-2493- 313 (A)

Amount : USD 8,000,000.00

Date of opening account : 09/06/97

Date of Maturity : 09/06/00

3. Name : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed Ali

Account No : DD-3919-714- 271-(A)

Amount : USD 5,500,000.00

Date of opening account : 06/12/95

Date of Maturity : 06/12/98

4. Name : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed Ali

Account No : FB-5614-1499- 515 (C)

Amount : USD 9,800,000.00

Date of opening account : 12/11/97

Date of Maturity : 12/11/2000

5. Name : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed Ali

Account No : CE-2418-7172- 492 (E)

Amount : USD 5,000,000.00

Date of opening account : 07/03/98

Date of Maturity : 07/03/01

6. Name : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed Ali

Account No : GB-6921-4212- 712 (F)

Amount : USD 6,650,000.00

Date of opening account : 19/03/95

Date of Maturity : 19/03/98

(Maturity continuity to 19/03/2001)

7. Name : Ms Marina Bte Mahathir

Post : Daughter ; Malaysia AIDS Council President

Passport No. : R 671918 (M)

Account No : C-719-418-210 (M)

Amount : USD 13,000,000.00

Date of opening account : 17/06/96

Date of Maturity : 17/06/99

8. Name : Ms Marina Bte Mahathir

Account No : F-817-200-11 (C)

Amount : USD 12,500,000.00

Date of opening account : 03/12/96

Date of Maturity : 03/12/99

9. Name : Ms Marina Bte Mahathir

5 years

Account No : G-211-922-718- 2 (D)

Amount : USD 15,000,000.00

Date of opening account : 12/07/97

Date of Maturity : 12/07/02

10. Name : Mr Mokhzani Bin Mahathir

Post : Son of Prime Minister

Passport No. : R 719325 (M)

1 years

Account No : F-3532-3310- 501 (NG)

Amount : USD 15,500,000.00

Date of opening account : 21/09/98

Date of Maturity : 21/09/99

Maklumat terperinci sila klik sumber, di sini.

Datuk maut ditikam angkara 4 pencuri termasuk cucu sendiri!!

Label:

Berkemungkinan empat suspek tersebut adalah mat gian. Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit demi dadah. Tetak bapa, tikam ibu dan sebagainya tidak menjadi halangan bagi mereka. Kalau ada seorang sahaja mat gian dalam sesebuah kawasan perumahan sudah cukup membuatkan penghuninya hidup gelisah. Bila "urat" otak mereka sudah putus beginilah kelakuannya. Semua kerana gian dadah, perosak umat Islam selain arak dan zina!!

Saya petik:

[KS] JEMPOL – Sepasang suami isteri tidak menyangka kepulangan mereka ke rumah di Felda Palong Dua di sini selepas menghadiri majlis tahlil disambut dengan tragedi apabila si suami mati ditikam oleh salah seorang daripada empat pencuri yang memecah masuk teratak itu kelmarin.

Kejadian pukul 9 malam itu mengakibatkan Mohtar Yusoh, 71, mati di lokasi kejadian selepas cedera parah ditikam di belakang badan dengan sebilah pisau oleh suspek.

Lebih mengejutkan apabila salah seorang daripada empat suspek tersebut merupakan cucu lelaki Mohtar berusia 17 tahun yang datang ke situ dari Melaka tanpa pengetahuan pasangan tersebut.

Isteri mangsa, Halimah Mad Yasin, 57, menceritakan, kejadian itu berlaku sebaik mereka sampai di rumah selepas menghadiri majlis tahlil di Bukit Rokan di sini.

Katanya, sebaik tiba, suaminya hairan apabila melihat rumah mereka terdedah dan terdapat kesan digeledah selain terdapat suara orang membuat bising seolah-olah sedang mencari sesuatu yang berharga.

Adun Sri Muda Bakal didakwa!!

Label:

Saya petik:

Polis Perlu Sedikit Masa Lagi Lengkapkan Kertas Siasatan Kes Hina Sultan Selangor

[MStar] KUALA LUMPUR: Polis memerlukan sedikit masa lagi untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei menghina Sultan Selangor di dalam blognya, sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kes tersebut masih dalam siasatan.

"Buat masa ini kita akan melihat dan berbincang dengan Attorney-General's chambers (Pejabat Peguam Negara) untuk sebarang keputusan dan berkemungkinan ada arahan-arahan tertentu yang kita kena terima lagi," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Shuhaimi sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor 'beraja di mata, bersultan di hati' dalam blognya pada 30 Dis lepas.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan pada 4 Jan lepas, berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. -BERNAMA

Rupa-rupa First Lady of Malaysia (F.L.O.M) wujud di Jabatan Perdana Menteri

Label:

BAHAGIAN F.L.O.M.

Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod
Pegawai Khas

Saleha binti Mohd Rabani
Pembantu Peribadi

G. Vimala
Pen. Pegawai Tugas Khas

Siti Zaiton binti Abdul Ghani
Pembantu Peribadi

Rizal bin Mansor
Pen. Pegawai Tugas Khas

Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed
Pen. Pegawai Tugas Khas

FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M

Siapakah sebenarnya 'First Lady' dalam negara sistem raja berpelembagaan? Bukankah ianya hak milik kepada YTM Permaisuri Agong??

Satu persoalan yang kerap ditanya-tanya dan jawapan sebenar masih kelabu. Tetapi sejauh mana kelabunya jawapan kepada persoalan siapakah Wanita Pertama Negara, ia tidak pernah menjadi satu kebenaran untuk digunakan samada secara rasmi ataupun tidak rasmi ke atas sesiapa sahaja dalam negara ini waima isteri kepada Perdana Menteri.

Apabila istilah 'First Lady' ini digunakan walaupun secara tidak rasmi, ia satu pengkhianatan ke atas institusi Agong. Apatah lagi jika istilah tersebut digunakan secara rasmi, pasti si 'pencuri' istilah diraja itu harus dihukum dan dibuang negeri!

F.L.O.M Divisyen - Apakah fungsinya bahagian ini apabila ia diletakkan sebaris dengan bahagian lain dalam carta organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apakah ianya untuk 'menjaga' kebajikan isteri kepada Perdana Menteri?

Sepertimana yang tertera dalam laman web rasmi Perdana Menteri Malaysia, FLOM adalah satu penghinaan yang jelas bukan sahaja ke atas Tuanku Agong, tetapi ia juga penghinaan dan penganiayaan terhadap seluruh rakyat Malaysia apabila buat pertama kali dalam sejarah satu division dibangunkan hanya semata-mata untuk pengurusan seorang isteri Perdana Menteri.

Ia termasuklah mengurus untuk mendapatkan bajet-bajet yang tidak masuk akal seperti berlangsungnya Sidang Kemuncak "First Ladies" yang diadakan pada 11 hingga 13 Oktober tahun lalu di sebuah hotel terkemuka negara. Apabila konvensyen yang dihadiri oleh kebanyakkan Wanita Pertama negara-negara Afrika itu menelan belanja RM4.5 juta untuk period 3 hari, apakah ia masuk dek akal?

Tidak cukup dengan PERMATA, peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isteri perdana menteri juga disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak. Apakah ianya berkait rapat dengan penubuhan FLOM dan menjadi jalan kepada apa jua bentuk 'perniagaan'. Hapuskan kegilaan ini segera!!

Dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen. Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. FLOM atau nama panjangnya First Lady of Malaysia adalah sepatutnya disebut sebagai Pejabat Isteri Perdana Menteri.

Hari ini, ketika Najib mengarahkan rakyat marhein mengubah cara hidup dengan mengurangkan pelbagai jenis subsidi sebagai isyarat, sepatutnya berasa malu kerana membenarkan tertubuhnya sebuah pejabat Isteri Perdana Menteri. Penubuhan FLOM Divisyen ini juga menunjukkan betapa urusan pentadbiran negara sedikit sebanyak telah bercampur-aduk dengan perihal rumah tangga. Adalah lebih baik Najib mengumumkan satu jawatan menteri khas untuk isterinya.

Bilakah FLOM ditubuhkan? Untuk pengetahuan semua, nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh cukup terkenal kerana terlibat dalam perjumpaan Saiful Bukhari untuk memohon biasiswa di Pejabat Perdana Menteri. Anda melihat nama Khairil Anas sebagai salah seorang pegawai tertinggi dalam carta laman web JPM, tetapi adalah menjadi pelik apabila tidak seorang pun perasan kewujudan FLOM yang cartanya sedikit atas dari kedudukan nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh sedangkan nama Khairil Anas merupakan satu nama yang mempunyai kekerapan tinggi dalam enjin carian ketika namanya meletup satu masa dulu.

Sehingga hari ini, berapakah bajet yang telah dibelanjakan oleh FLOM tidak diketahui. Untuk apa bajet dikeluarkan? Apa yang dibelanjakan? Adakah ianya perlu dan berkepentingan? Sekadar mana keperluan Bahagian FLOM ini relevan? Apakah penubuhan Bahagian FLOM ini menjadi punca akan perbelanjaan dan peruntukkan untuk JPM jauh meningkat pada tahun ini ??

Justeru, kita sebagai rakyat harus mendesak agar bahagian yang tidak perlu seperti FLOM ini dibubarkan segera kerana tidak nampak akan keperluannya untuk kepentingan negara, selain daripada suatu pembaziran yang nyata. Kerajaan terpaksa menanggung pembayaran gaji yang lumayan terhadap setiap staf-staf yang bekerja di bawah pentadbiran bahagian FLOM. Ia termasuk juga gaji untuk pegawai-pegawai tertingginya yang pasti ada yang mencecah belasan ribu. Semua pembayaran ini untuk apa jika tidak untuk isteri Perdana Menteri dan kroninya?

Kepada wartawan, sila jalankan tugas anda untuk membuat terjahan ke Pejabat Bahagian FLOM di bawah Jabatan Perdana Menteri ini. Cuba tanya Najib apakah fungsinya Department First Lady of Malaysia dan tanya sama Rosmah, betulkah bajet FLOM melebihi bajet untuk pembangunan orang asli dan pembangunan Islam di negara ini? Sedikit keberanian pasti mengubah segala-galanya. Saya menunggu wartawan berani untuk memecah kebuntuan FLOM!!

Last but not least, mungkin ada yang bertanya, apakah kaitnya FLOM dengan isteri Perdana Menteri? Mungkin ada yang mempersoalkan, benarkah FLOM ini benar-benar ditubuhkan untuk Rosmah?

Harap sedikit lagi bersabar, akan saya bentangkan dalam satu lagi sesi pendedahan Divisyen First Lady of Malaysia! FLOM belum berakhir di sini dan akan diteruskan sehingga Department FLOM dibubarkan !!

Lihat Laman Rasmi JPM di Sini - http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947

Sumber:edyesdotcom

Si "DARA" ini tampil untuk menyelamatkan negara? WOW!!

Label:

Saya petik:

[TVS] SUBANG JAYA Selepas 13 tahun berlalu, Umi Hafilda hari ini muncul semula di khalayak ramai dengan mengugut untuk menyaman Anwar Ibrahim dan abang kandungnya Azmin Ali.

Adalah tidak jelas kenapa Umi Hafilda menunggu begitu lama untuk mengambil tindakan menyaman Azmin, Anwar, Parti PAS serta beberapa pihak lain untuk RM700 juta.

Pada perbicaraan Anwar tahun 1998, mahkamah diberitahu Umi Hafilda diberi sebuah projek di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan sebuah lagi projek anti dadah bernilai RM2 juta.

Kali ini beliau mendakwa tindakan samannya dibuat sebagai ahli Umno yang setia dan ingin menyelamatkan negara. Umi Halfilda mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan beliau akan menuntut RM300 juta daripada Anwar dan abangnya Azmin Ali.

Umi Hafilda berkata baki wang RM400 juta akan dituntut dari PAS, peguam Karpal Singh dan Datuk Seri Dr Wan Azizah. Namun Umi mengakui peguamnya belum memutuskan tindakan mahkamah yang bakal diambil.

" Peguam saya ada kata mungkin akan menyaman kerajaan tetapi saya dilema di situ, nawaitu saya nak selamatkan negara, selamatkan bangsa, tapi lepas itu saya terpaksa saman kerajaan," katanya.

Umi Hafilda mengaitkan tindakannya kepada kes Anwar pada tahun 1998 yang dibidas hebat di dalam dan luar negara sebagai perbicaraan yang menghalalkan penggunaan bukti direkacipta untuk mensabitkan mantan timbalan perdana menteri itu.

Pada perbicaraan itu, Umi Hafilda mengaku beliau mendapat projek dan imbuhan, hari ini Umi Hafilda menegaskan beliau bertindak sebagai ahli Umno yang mahu menyelamatkan negara.

"Saya asak Pak Lah juga dalam blog saya, saya ahli Umno yang mempunyai prinsip, kita rakyat kita berhak menegur pemimpin, kita bukan nak membodek pemimpin. Apa yang berlaku hari ini, cium tangan cium tangan, jadi pemimpin tak dapat signal yang jelas. Salah satu sebab Umno digambarkan begitu negatif kerana orang dalam sendiri yang membuatnya jadi negatif," katanya.

Sementara itu menurut Ketua Srikandi PKR , Siti Aisyah Shaikh Ismail berkata kemunculan Umi Hafilda adalah watak kitar semula Umno yang semakin lemas dengan gelombang kebangkitan rakyat.

"Saya sering memandang isu ini sebagai isu terdesak daripada UMNO yang mana mewujudkan kembali watak-watak lama yang dikira tidak relevan lagi buat masa ini, untuk mengugat kestabilan Pakatan Rakyat selepas mereka melihat gelombang kebangkitan rakyat khususnya menjelang PRU 13," katanya.

Seperti tahun 1998, Umi sekali lagi menyerang Anwar dan ahli keluarganya sendiri dengan mendakwa mempunyai bukti-bukti mengenai salah laku mereka.

Sekali lagi beliau tidak menjelaskan kenapa bukti-bukti ini tidak diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat sepanjang 13 tahun yang lalu.

"Umi Hafilda sepatutnya tampil dalam keadaan matang bukannya tergesa-gesa menunjukkan bahawa dia dianiaya, kalau betul dia dianiaya, selepas DSAI dibebaskan dari penjara dia harus manfailkan dia turut teraniaya," katanya.

Umi Hafilda tidak berbuat demikian. Sebaliknya menunggu lebih enam tahun untuk sekali lagi mengkitar semula tohmahan dan dakwaan-dakwaan terhadap Anwar dan ahli keluarganya, kali ini sebagai ahli Umno yang setia.

[TERKINI] Jemaah bakar patung peguam minta perlahan azan!!

Label:

Saya petik:

[MK] Kira-kira 100 orang berhimpun di perkarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi membantah tindakan seorang peguam bukan Islam yang meminta laungan azan diperlahankan.

Dengan memegang kain rentang serta laungan Allahuakbar, mereka juga turut membakar patung peguam berkenaan.

Bantahan itu diketuai oleh Pengerusi Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan, Zakaria Awang selepas solat Jumaat.

Dalam kenyataan yang dibacanya, Zakaria berkata Majlis Ayahanda, NGO dan persatuan penduduk dukacita dan terhiris dengan tindakan peguam itu. Katanya, masjid itu wujud 30 tahun lalu dan sepanjang tempoh tersebut, tidak pernah kedengaran tohmahan seperti itu.

Semalam, pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah dilaporkan mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".

Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

[PANAS] Lagi SKANDAL Puteri Umno?

Label:

Oleh: PEMERHATI POLITIK SEMPORNA (PPS)

SKANDAL Pembantu Menteri dengan Ketua Puteri UMNO Kudat sudah malap namun isu Skandal Seks yang melibatkan pemimpin UMNO kembali membadai UMNO Sabah apabila Ketua Puteri UMNO di Pantai Timur Sabah dikatakan sedang ligat bercinta dengan suami orang.

Seorang ahli Puteri UMNO yang tidak mahu namanya didedahkan telah meminta bantuan Sabahkini.net supaya dapat menyelamatkan pergerakan itu daripada skandal seks yang sedang melanda mereka dan bakal menjahamkan masa hadapan perjuangan Puteri UMNO kerana Ketua mereka terlibat dengan cinta terlarang.

“Kami tidak mahu Skandal di Kudat yang merebak ke Lahad Datu kini singgah di tempat kami. Kami kasihan isteri kekasih Ketua kami yang sedang sarat mengandung tetapi suaminya bermain kayu tiga,” ujar Puteri UMNO berkenaan.

Menurut Puteri UMNO itu, Ketua Puteri dan kekasihnya, seorang pegawai kanan kerajaan telah bercuti di Pulau Mabul baru-baru ini bagi melepaskan perasaan rindu rendam mereka, tanpa segan silu menjalinkan hubungan cinta terlarang.

Sabahkini.net juga turut membuat intipan dan mendapati kesahihan percintaan mereka berdua, sehingga pegawai itu tidak segan silu menghubungi Ketua Puteri berkenaan di hadapan isterinya sendiri melalui SMS.

Sumber: sabahkini

Lelaki mati atas pokok kelapa!!

Label:

MOHD. RIDHUAN (tidak memakai baju) cuba menurunkan mayat lelaki warga Nepal dari atas pokok kelapa di Kampung Tok Musa, Machang Bubuk, Bukit Mertajam semalam.

Bak kata orang, sesungguhnya maut itu tidak mengenal masa dan tempat. Apabila masa sudah tiba, tidak dapat ditangguhkan lagi. Jadikan pengajaran!!

Saya petik:

[KS] BUKIT MERTAJAM – Seorang penduduk Kampung Tok Musa, Machang Bubuk di sini tidak menyangka kehadirannya di sebuah kebun durian yang dipajak daripada seorang penduduk kampung itu malam kelmarin menjadi penyebab kematian seorang lelaki Nepal.

Arshad Abu Seman (gambar), 30, berkata, ketika kejadian dia bersama seorang lagi rakannya pergi ke kebun tersebut pada pukul 10.30 malam untuk menjenguk buah durian.

Sebaik tiba di kebun, menurutnya, dia ternampak kelibat seseorang yang berlari dari kawasan kebunnya ke arah ladang kelapa sawit yang terletak di kawasan berhampiran.

“Ketika itu saya buat tidak tahu kerana tidak mengesyaki apa-apa dan tidak menyangka individu berkenaan cuba mencuri buah durian di kebun saya.

“Namun beberapa minit kemudian, rakan saya memberitahu dia ternampak seseorang sedang memanjat pokok kelapa yang terletak berhampiran kebun saya tanpa diketahui apa tujuannya,” kata Arshad ketika ditemui semalam.

[VIDEO] RM35,000 untuk tangkap pembunuh Teoh!!

Label:

UMNO/BN akan kalah teruk dalam PRU ke-13 jika Najib setuju berdebat dengan Anwar

Label:

Perdana Menteri Dato' Seri Najib dalam ucapan perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri menyifatkan Janji 100 hari Pakatan Rakyat sebagai tindakan populis. Najib berkata, negara akan bangkrap jika janji Pakatan Rakyat dilaksanakan.

Bagi menunaikan Janji 100 Pakatan Rakyat, RM 19 bilion diperlukan. Jumlah yang kelihatan agak besar tetapi bukan sukar untuk diperolehi. Tak perlu pakar ekonomi untuk terangkan....PKZ tak berlaku penyelewengan, pembelian kapal selam dan peralatan ketenteraan lain tidak diberi kepada kroni serta melibatkan komisyen, projek pembangunan melibatkan kewangan kerajaan dilaksanakan secara adil dan telus, pembaziran dapat dielakkan ( lawatan 'rasmi' Rosmah ke Timur Tengah sebagai contoh ??), perkhidmatan kepada syarikat Yahudi Apco Worlwide RM 77 juta setahun dimansuhkan, kos baiki rumah PM RM 66 juta dibatalkan....paling ketara projek Menara 100 tingkat ditolak tepi...RM 19 bilion senang-senang boleh diperolehi.

Apabila Dato Seri Anwar Ibrahim mengajak Najib berdebat dalam isu ekonomi, seperti dijangka Najib mengelak dengan 1001 alasan. Mengapa dan kenapa? Penyelewengan dan pembohongan Umno BN di bawah Najib akan terdedah. Rakyat akan dapat membuat penilaian dan pertimbangan. Kebenaran bakal terbukti dan segala penipuan akan didedahkan satu persatu. Selepas itu, hanya mereka yang tidak normal dan rasional sahaja yang akan terus menyokong Umno/BN.

Saya cukup optimis Umno/BN bakal tersungkur dengan kekalahan yang lebih besar dalam PRU ke 13 jika debat Najib- Anwar menjadi kenyataan. Mana mungkin Najib berani dan mengambil langkah seperti membunuh diri sendiri!

Bagi mengelakan keaiban dan menjaga maruah Najib maka pengampu-pengampu yang cuba mendapat perhatian Najib menawarkan diri untuk 'menggantikan' Najib dengan mencabar DSAI berdebat iaitu Khairy Jamaludin dan Dato Seri Nazri Aziz. Bagi saya Khairy dan Nazri bukan standard dan lawan Anwar. Penentu dasar dan pembuat keputusan besar dalam kerajaan ialah Najib bukan Khairy dan bukan juga Nazri. Maka Khairy dan Nazri duduk diam-diam tak usah sibuk-sibuk!

Sumber di sini.

Sultan arah gelaran "Dato' Seri" kepada Khir Toyo ditarik balik!!

Label:

Tembelang sudah pecah!! Rupa-rupanya arahan Sultan. Sebelum ini anak Toyo ini berkata hanya "penyerahan sementara". Konfiden je dia kata begitu. Seolah-olah tak akan bersalah....Memalukan!!

Saya petik:

[MK] Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Khusrin dalam satu kenyataan hari ini.

“Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” tambahnya.

Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap mantan menteri besar Selangor itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Selain Dr Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.

Khir dianugerahkan gelaran 'Dato Seri' pada 2001 manakala Shamsuddin pula dianugerah gelaran 'Dato' pada 2002.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Khusrin.

Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

Beliau berkata pemulangan semula pingat itu bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

Pada 6 Disember lalu, Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini.

19 Pemanas "KAMBING TUA" dicekup!!

Label:

SEBAHAGIAN daripada 19 GRO warga asing yang ditahan polis di Seremban.
Bar usang tawar khidmat tak bermoral kena serbu

Saya petik:

[BH] SEREMBAN: Rahsia sebuah bar yang kelihatan usang di Jalan Utam Singh di sini, tetapi sentiasa dipenuhi warga tua setiap malam, akhirnya terbongkar apabila premis berkenaan diserbu polis kerana menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO).

Premis di tingkat bawah bangunan lama menempatkan rumah kedai tiga tingkat itu sering dikunjungi golongan terbabit untuk melepak sehingga awal pagi sebelum keluar dalam keadaan mabuk.

Orang ramai di kawasan itu termasuk peniaga kedai berhampiran menyangka bar itu menjadi tumpuan golongan terbabit berkumpul bersama rakan seusia untuk menghabiskan masa lapang, tanpa menyedari kewujudan sebarang aktiviti haram.

Bagaimanapun, serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Sabtu lalu, membongkar kegiatan tidak bermoral itu yang membabitkan lelaki tua bergelar ‘datuk.’

Sumber berkata, bar itu menawarkan GRO warga asing berusia antara 20 hingga 30-an dengan bayaran serendah RM50 sejam untuk menemankan pelanggan yang kebanyakannya lelaki tua.

"GRO warga asing terbabit sedia menghiburkan lelaki tua miang dan disebabkan itu mereka ketagih untuk berkunjung ke bar berkenaan setiap malam.

"Biasanya, pelanggan datang secara berkumpulan dan mengambil seorang atau dua GRO untuk menemankan mereka minum arak sambil berseronok dan difahamkan, GRO itu turut memberi peluang kepada pelanggan meraba tubuh mereka dengan bayaran tertentu yang dipersetujui bersama," katanya yang tidak menolak kemungkinan ada GRO menawarkan khidmat seks di luar premis terbabit dengan pelanggan tertentu.

Dalam operasi bermula jam 8.20 malam itu, 19 GRO warga asing ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Ketua Operasi D7 IPK Negeri Sembilan, Cif Inspektor Hasbullah Hamzah, berkata 32 pelanggan lelaki yang kebanyakannya orang tua berusia 50 hingga 74 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui ketika serbuan itu terkejut apabila mengetahui pembabitan lelaki tua berkenaan dalam kegiatan tidak bermoral itu.

“Kedatangan ramai ‘kambing tua’ ke bar itu disebabkan tarikan layanan GRO warga asing terbabit. Bagi mengelak kegiatan itu dicurigai, kumpulan lelaki tua berkenaan berpakaian biasa seperti melepak di kedai kopi, tetapi sebenarnya mahu berhibur dengan ditemani GRO berkenaan," kata seorang daripada mereka.

[VIDEO] Lagi Demo Sokong Sultan & Kerajaan Selangor

Label:

PELIK!! Hasan Ali boleh bekerja dengan Khusrin

Label:

Semalam pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang antara lain berkata, beliau boleh bekerja dengan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin kerana beliau pernah bekerja dengan kerajaan.

Hassan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana "ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada."

Ekoran kenyataan tersebut, PAS memberikan ingatan kepada pimpinannya di Selangor supaya tidak bertindak atau membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian yang telah diputuskan parti itu seperti yang dinyatakan oleh presidennnya baru-baru ini.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu bersama dengan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa mereka akan menyokong penuh pucuk pimpinan kerajaan negeri di Selangor dalam menghadapi isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri.

Antaranya adalah menyokong penuh cadangan meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam perlantikan pegawai kanan kerajaan negeri sebagaimana yang diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor. "Saya ingin mengingatkan semua pihak khususnya pimpinan PAS Selangor supaya tidak membuat kenyataan atau tindakan yang berbeza dengan apa yang telah dinyatakan sebagai pendirian parti.

Dipetik dari Malaysiakini

Lelaki BERCOLI maut jatuh kondo!!

Label:

Apakah motif lelaki tersebut memakai coli? Adakah ia merupakan amalan untuk menjadikan dirinya kebal atau sebagai PENDINDING diri apabila mencuri? Rasanya Spiderman tidak pernah memakai coli!!!

Saya petik:

Mangsa parah di muka, tangan

[BH] KUALA LUMPUR: Misteri menyelubungi kematian seorang lelaki yang terjatuh dari Tingkat 12 Kondominium Sentul Utama di sini, pagi semalam, apabila orang ramai menemui mayatnya dalam keadaan memakai coli berwarna kuning dan berseluar jeans.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Shanizam Aman, 25, dari Taman Datuk Senu di sini, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka, tangan dan kaki.

Seorang saksi mendakwa melihat mangsa terjatuh ke atas alat pemancar Astro di tingkat dua bangunan itu sebelum terhempas ke atas lantai berhampiran kolam renang.

Tiga telefon bimbit, seutas tasbih dan segugus kunci ditemui berdekatan mayat mangsa, namun tiada dokumen pengenalan diri.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, sebuah rumah di Tingkat 12 blok berkenaan cuba dipecah masuk namun disedari tuan rumahnya.

“Lebih kurang jam 5.30 pagi, saya terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi seperti orang cuba membuka kunci pintu balkoni.

“Keadaan agak gelap tapi saya nampak seorang lelaki cuba masuk melalui balkoni dan terus menjerit dan memanggil anak saya,” dakwa wanita tuan rumah yang enggan dikenali.

Beliau yang tinggal di rumah itu bersama anak dan menantu serta seorang cucu mendakwa, sejurus dia menjerit dan memanggil anaknya, lelaki terbabit melarikan diri namun tidak pasti bagaimana penceroboh terbabit meloloskan diri.

“Unit rumah bersebelahan rumah saya tidak berpenghuni dan jerijinya tidak berkunci. Saya syak dia mungkin memanjat ke balkoni rumah saya melalui balkoni rumah itu.

“Saya tidak tahu ada lelaki terjatuh sehinggalah diberitahu jiran. Saya juga tidak pasti sama ada lelaki terjatuh itu adalah lelaki sama yang cuba memecah masuk rumah saya,” katanya.

[GEMPAR] Video Seks Bekas Menteri Kabinet tersebar di Tenang!! Angkara Siapa?

Label:

Saya petik:

Video Lucah: PAS minta Polis Bertegas

[HD] LABIS, 12 Jan: Semua ahli dan petugas PAS diminta menyerahkan kepada pihak polis jika terjumpa video lucah yang dikatakan pelakunya adalah seorang bekas menteri kabinet.

Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS untuk Dun Tenang, Salahudin Ayub berkata, beliau telah membuat arahan itu apabila terbaca berita dalam sebuah laman web kononnya video yang pernah dihebahkan itu kini muncul semula di Tenang.

"Kita tidak mahu difitnahkan terlibat dengan penyebaran video itu dan kita telah arahkan semua petugas atau ahli kita menyerahkan video itu kepada polis jika ia dijumpai di Tenang," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Menurut Salehudin, PAS tidak akan terlibat dalam penyebaran video sedemikian kerana ia amat bertentangan dengan dasar PAS.

"Kami bimbang ia satu provokasi terhadap kerukunan pilihan raya kecil ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Sejak dari awal lagi, PAS mahu pilihan raya kecil di Tenang berjalan dengan aman tanpa sebarang provokosi. Ini kerana, PAS bimbang jika kekecohan, ia akan menyusahkan para pengundi untuk keluar menjalankan tugas mereka sebagai warganegara.

Malaysiakini hari ini melaporkan, isu video ini muncul kembali apabila orang yang membuat laporan polis tentang video ini 2008 lalu, Lim Kok Long, sekali lagi membuat laporan.

Kali ini beliau melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mendakwa polis telah tidak mengambil tindakan terhadap bekas menteri berkenaan.

Menurut laporan sebuah akhbar Cina, Lim Kok Long tidak berpuas hati kerana polis tidak mengambil tindakan ke atas bekas menteri itu yang sepatutnya diambil tindakan di bawah seksyen 377A, Penal Code.

Bimbang juga di Selangor

Sementara itu, kebimbangan yang sama berlaku kepada Pakatan Rakyat di Selangor apabila satu kain rentang yang provokatif dinaikkan dengan meletakkan lambang PAS, PKR dan DAP pada kain rentang itu.

Pakatan Rakyat Selangor hari ini menafikan bahawa gabungan itu menggantung kain rentang yang yang didakwa menolak campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri.

"Kami menafikan ianya daripada pihak kami. Daripada isu kandungan (kain rentang) ia bercanggah dengan (pendirian) Pakatan.

"Kita tidak mahu ada sengketa dengan pihak Istana. Ia terbukti apabila MB dan Exco hadir dalam majlis Sultan (dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri," kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, terdapat tiga kain rentang, di mana salah satu daripadanya berbunyi "Dimanakah Keadilan Sultan Dalam isu pemilihan SUK Siapa Lebih Berhak?" ditemui di Seksyen 9, Shah Alam.

Dua lagi kain rentang ditemui di seksyen 13 dan satu lagi bulatan di kawasannya.

Menurutnya lagi, dalam kain rentang tersebut tertera bendera ketiga-tiga parti gabungan Pakatan, dan tertulis biro penerangan PKR Selangor.

(Gambar sekadar hiasan)

[PANAS] Siapa ahli politik di Perak cabul jurusolek di kelab malam?

Label:

Ap nak jadi? Dulu di Kuala Lumpur ada kes ramas punggung pelayan dan kini di Perak pula ada kes ramas buah dada. Siapakah ahli politik di Perak yang berkelakuan sumbang di malam tahun baru itu? Satu lagi kes yang tidak bermoral!! Sebab itulah rakyat terjebak dengan pelbagai masalah gejala sosial. Kita tunggu siasatan polis Perak terhadap kes ini.

Saya petik:

[MK] Seorang jurusolek mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak mencabul kehormatannya pada sambutan menjelang tahun baru.

SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya.

“Dia terima SMS itu selepas buat laporan polis. Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kedua berhubung SMS berkenaan,” kata peguamnya, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi.

“Ada antara SMS itu menggunakan huruf 'F' dalam perkataan bahasa Inggeris.”

Jurusolek itu pada dalam laporannya berkata pada kejadian 31 Disember tahun lalu, ahli politik yang terkenal itu meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh.

“Laporan polis dengan jelas menyatakan dia dicabul oleh ahli politik tertentu. Sekarang kes sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada mendalkwa atau tidak individu berkenaan,” kata Leong.

Menurut beberapa laporan media, Ketua Polis Perak, Mohd Shukri Dahlan mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas.

Leong juga menafikan bahawa wanita itu telah menerima pampasan dari ahli berkenaan supaya menutup kes tersebut.

[18SX] LAWAK: Suami gagal masukkan BUAH zakar!!

Label:

(Gunakan kanta untuk membaca soalan meletup daripada En. Rahman)

Macam-macam manusia abad ini...kah kah kah!!

Saya petik:

[BOOF] Nampaknya encik Rahman ni terkeliru dengan apa yang nak ditanyakan. Tapi kita fikir baik la yer yang encik Rahman dari Johor Bahru tu nak tanya soalan lain tapi tak tahu nak tulis apa yang sepatutnya, jadi beliau belasah je tulis ‘buah zakar’ asalkan ianya ada kaitan dengan persoalan yang ingin diajukan. Agaknya cam tu lah? Huhu..

Tapi tak tau ler kan, kot-kot encik Rahman memang dah berusaha sedaya upaya untuk memasukkan buah zakar beliau (seperti yang dituliskan pada akhbar) tapi tak pernah nak berjaya. Anda pulak jangan gatai-gatai bayangkan cara yang cuba encik Rahman tu buat, sebab tu soalan tersebut diajukan kepada mereka yang pakar. Hehehe.. Bak kata Allahyarham P.Ramlee dalam filemnya “Cakap biar teghang”.

[GEMPAR] ADUN Sri Muda letak jawatan adalah PALSU!!

Label:

(Gambar ADUN Sri Muda YB Shuhaimi)

Tajuk berita di atas adalah PALSU semata-mata. Berita tersebut adalah berdasarkan SMS palsu yang diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sila klik di sini

Mungkin juga blog di bawah ini bersumberkan SMS tersebut.

Saya petik:

[MSO] Seorang Adun Selangor yang menjadi perhatian dan sasaran golongan redikal dua tiga hari lepas katanya akan membuat kejutan pagi ini dengan mengumumkan perletakan jawatan. Belum dipastikan apakah Adun itu akan melepaskan kerusi yang disandang kini ataupun jawatan dalam kerajaan dan parti.

Katanya pengumuman akan dibuat pagi ini di pejabatnya di Shah Alam.

Sekiranya benar berlaku perletakkan jawatan Adun berkenaan ia akan membuka satu lagi polemik dalam politik Selangor. Peristiwa itu akan dipergunakan oleh UBN untuk terus menyerang Pakatan Rakyat.

Apakah ini sebahagian lagi daripada episod pihak tertentu yang hendak menggoncangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor?

Remaja 14 tahun dakwa dicabul 'USTAZ" ketika rawatan

Label:

Sebelum berjumpa mana-mana bomoh hatta bomoh bertaraf ustaz sekalipun, kita perlu mengetahui cara perubatan yang diamalkan. Adakah cara tersebut menepati syariat Islam? Kalau bomoh menyuruh memakai kain tuala atau berkemban dan duduk berdua-duaan dalam bilik, ada sesuatu yang tidak kena pada bomoh itu. Maka SYAITAN/JIN akan memainkan peranannya. Jadi berhati-hatilah...

Saya petik:

[BH] NIBONG TEBAL: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dicabul kehormatan oleh seorang ustaz ketika sedang mendapatkan rawatan kononnya untuk mengeluarkan penyakit buatan orang di rumah lelaki itu di Sungai Bakap di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dibawa oleh ibunya ke rumah suspek yang berusia 43 tahun untuk mendapatkan rawatan setelah dia sering berasa tidak tenteram dan kerap bertengkar dengan ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata apabila tiba di rumah suspek, mangsa diminta menukar pakaian dengan hanya bertuala sebelum diminta masuk ke bilik air.

Ibu mangsa pula diminta menunggu di luar dan membaca al-Quran.

“Ketika bersama suspek di dalam bilik, remaja itu mendakwa dia dicabul oleh ustaz itu sambil membaca jampi,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas pulang daripada berubat, mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya.

Berikutan itu, mangsa dibawa ke Balai Polis Sungai Bakap pada hari kejadian untuk membuat laporan, katanya.

Berikutan laporan itu, polis menahan ustaz berkenaan yang juga seorang pendakwah bebas pada keesokannya bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati suspek yang menerima pendidikan tinggi di Syria, sudah berkahwin dan mempunyai lima anak.

Suspek dibebaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan.

(Gambar sekadar hiasan)

Pengarah Pelajaran Johor calon umno di Tenang?

Label:

Lebih baik bagi Pengarah Pelajaran Johor ini meletak jawatan dan menjadi calon umno daripada mengarah guru untuk menyokong dan membantu kempen parti rasuah itu. Guru bukannya bodoh untuk menilai parti yang baik untuk mereka....

Saya petik:

Pengarah pelajaran Johor dicabar jadi calon Tenang

[MK] Pemuda PAS hari ini membidas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mohd Puad Zarkashi kerana mempertahankan seorang pegawai kanan kementerian itu yang secara terang-terangan berkempen untuk BN menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang.

Ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat berkata justifikasi Puad membela tindakan pengarah pelajaran Johor, Markom Giran (gambar) amat memalukan dan tidak dapat diterima.

“Dalam kenyataannya semalam Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan.

“Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh pengarah pelajaran Johor tersebut. Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Markom yang rakamannya boleh diperolehi dengan mudah di YouTube,” katanya dalam satu kenyataan.

Bukti di YouTube

Menurut Suhaizan, Mohd Puad juga boleh merujuk dengan pembantu khas beliau, Zahari Sharif yang turut hadir dalam taklimat berkenaan.

“Secara jelas Markom mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi calon BN dalam pilihan raya kecil Dun Tenang,” katanya.

Pengarah pelajaran itu juga dilaporkan mendesak guru kaunseling mengerakan jentera bagi membantu kerajaan memenangi pilihanraya kali ini.

Sehubungan itu, Suhaizan mahu Markom memberi notis 24 jam dan berhenti sebagai pengarah pendidikan Johor dan menjadi calon BN pada pilihan raya kecil itu.

“Beliau dilihat berpotensi memandangkan beliau sudah dikenali ramai melalui media baru dan kebetulan beliau sudah hampir bersara awal tahun ini,” katanya. Menurut Suhaizan, tindakan Mohd Puad yang secara jelas berpihak kepada Markom tanpa kajian yang mendalam dilihat sebagai tindakan yang tidak profesional.

Pilih kasih Umno

“Jika Mohd Puad (bawah, kanan) boleh bertindak sedemikian rupa bagaimana beliau boleh berperanan secara berkesan sebagai ahli parlimen Batu Pahat dan timbalan menteri Pelajaran. Bayangkan bagaimana Mohd Puad boleh bertindak secara adil jika terdapat laporan-laporan guru terlibat dengan pembangkang.

“Saya sangat khuatir ramai lagi warga pendidik yang akan menjadi mangsa dasar pilih kasih seorang timbalan menteri,” katanya.

Markom dilaporkan juga meminta guru kaunseling berbangsa Cina dan India membuat program motivasi di sekolah jenis kebangsaan. Selepas program berkenaa, guru berkenaan dikehendaki berjumpa ibu bapa pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan politik mereka.

Terdapat empat kategori ibu bapa iaitu hijau adalah penyokong pembangkang, kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN.

“Markom juga mendesak kepada guru-guru kaunseling menukarkan kecenderungan poitik ibu bapa daripada kelabu kepada biru. Jika pegawai pendidikan tidak boleh berfungsi maka mereka akan ditukarkan ke tempat lain,” katanya.

Justeru, Suhaizan berkata mengkategorikan pengundi sebagai hijau, kelabu, putih dan biru itu langsung tidak boleh dianggap usaha menyokong dasar kerajaan.

“Apakah memaksa guru kaunseling menukar pandangan politik pengundi daripada kelabu kepada biru itu boleh dianggap sebagai usaha menyokong polisi-polisi kerajaan? Intipati taklimat Markom bukan menyokong polisi kerajaan sebaliknya menyokong parti Umno-BN.

“Malah tindakannya telah menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik,” katanya.

Video kempen oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor, sila klik di sini.

[Video] Bukti Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Minta Maaf kepada Ketua Menteri

Label:

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Datuk Mohamed Fadzill Hassan Pulau Pinang dilapor memohon maaf kepada pentadbiran negeri berikutan laporan media yang menyiarkan berita kononnya Pakatan Rakyat telah menyenaraihitamkan 46 kontraktor Melayu.

Perkara itu dinyatakan pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di George Town hari ini.

“Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu, YBhg Datuk Mohamed juga mengambil kesempatan memohon maaf berikutan laporan sesetengah pihak media yang menyiarkan berita yang negeri Pulau Pinang ‘blacklist’ 46 kontraktor Melayu,” kata Lim dalam laman sosial Facebook hari ini.

Dialog itu turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus.

Dalam mesej Twitternya pula Lim menulis, ketua kontraktor Melayu Fadzill juga mohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat anti-Melayu.

-Dipetik dari TheMalaysianInsider

"Menteri" rogol anak dipenjara 18 tahun

Label:

Bapa diibarat seperti "menteri" dalam institusi keluarga. "Menteri" bertanggungjawab menjaga kebajikan setiap ahli keluarga seperti memberikan pendidikan dan sebagainya. Jika "menteri" itu gagal menjalankan tanggungjawab malah bersikap di luar sifat kemanusiaan seperti merogol anak sendiri, apakah gelaran yang layak diterima "menteri" itu?

Saya petik:

Bapa rogol anak dipenjara 18 tahun

[KS] KANGAR — Seorang pengawal keselamatan hari ini dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun serta 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang berusia 12 tahun sebulan di kawasan kebun jati, Felcra Lubok Sireh dekat sini November lalu.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada November lalu.

Pada 3 Disember lepas, di mahkamah yang sama tertuduh, 38, yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah atas tuduhan merogol anak kandungnya pada 22 November 2010 kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan kebun jati, Felcra Lubok Sireh namun hukuman ke atasnya ditangguhkan ke hari ini.

Tertuduh yang menetap di Felcra Lubok Sireh kelihatan tenang menerima hukuman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh mengajak anak perempuannya itu mencari rebung di kebun itu dan apabila sampai di tempat kejadian telah mengarahkan mangsa membuka seluar sebelum merogolnya.

Tertuduh turut mengugut mangsa agar tidak memberitahu sesiapa namun mangsa telah membuat laporan polis. - Bernama

Komen Anwar mengenai kes menteri rogol amah

Label:

Saya petik:

[MK] Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempunyai tanggunjawab untuk menjelaskan mengapa terdapat dwi-standard apabila laporan berita negatif yang membabitkannya ditapis manakala berita buruk membabitkan yang lain disiarkan, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar berkata terdapat dua set undang-undang di negara ini, khususnya jika ia membabitkan seorang menteri atau perdana menteri.

Anwar merujuk kepada cara maklumat disekat. Beliau mengambil contoh, bagaimana pendedahan kontroversial laman sesawang Wikileaks berhubung Datuk Seri Najib Razak ditapis.

"Wikileaks juga merujuk kepada pembunuhan Altantuya dan usaha oleh perdana menteri bagi melindungi dirinya daripada didakwa.

"Terdapat dakwaan atau kenyataan dari Wikileaks, - pertama kepimpinan negara (Malaysia) tidak kompeten, kedua; Najib adalah oportunistik dan ketiga, beliau akan melakukan apa yang terdaya bagi mengelakkan dirinya daripada didakwa berhubung kes pembunuhan Altantuya.

"Mengapa ini disekat? Mengapa apabila ada rujukan ke atas Anwar, awak menghebahkannya?

Siapa kata Rais bersalah?

Anwar, yang juga ketua umum PKR juga menafikan beliau atau mana-mana pemimpin PKR membuat kenyataan mempersoalkan pembabitan Rais dalam dakwaan terpalit dengan kes perogolan amah Indonesia pada 2007.

Amah berkenaan juga telah menafikan dakwaan berkenaan dan disebarkan secara meluas di internet.

Gerakan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan media memberi amaran kepada PKR supaya berhenti mempersoalkan Rais berhubung kejadian itu.

"Kita tidak pernah membuat keputusan dan saya tidak ada mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. Tetapi ada dakwaan, ada penafian, ia siasatan terbuka. Saya tidak pernah mengandaikan Rais itu bersalah.

"Adakan siasatan bebas yang berkecuali. Pendirian kita adalah jelas, kita belum mengeluarkan kenytataan dan jika dapati ada ahli yang membuat tuduhan liar, kita akan menasihatkan mereka. Kita mesti hormati undang-undang,” katanya.

Apa komen Anwar Ibrahim tentang novel INTERLOK?

Label:

PETALING JAYA 11 Jan. — Novel Interlok tidak mempunyai elemen rasis seperti yang disuarakan oleh pihak tertentu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dah baca novel ini sudah lama, saya tidak nampak apa-apa yang rasis pun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Anwar mencadangkan satu perbincangan dilakukan antara mereka yang mempertikaikan mengenai novel itu dan Kementerian Pelajaran.

Beliau diminta mengulas desakan golongan tertentu yang mahukan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain diharamkan daripada dijadikan antara novel untuk komponen sastera Bahasa Malaysia di Tingkatan Lima bermula tahun ini kononnya ia mempunyai unsur yang menghina kaum India di negara ini.

- Bernama
[PANAS] WikiLeaks dedah Kekayaan Tun Mahathir, anak & kroni
Sabtu, Januari 15, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Januari 14, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Januari 13, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Januari 12, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Januari 11, 2011 | Author: Tuk Kiyai