Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Siapa dalang yang memberi maklumat kepada Daily Mail sehingga Kapten Zaharie dituduh ada kaitan dengan kehilangan pesawat?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan juruterbang MH370 yang hilang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan mempersoalkan siapa yang memberikan maklumat kepada akhbar Daily Mail, London sehingga mereka boleh menuduh beliau mempunyai kaitan dengan juruterbang pesawat itu.

Dalam ucapannya di majlis pelancaran Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi, Anwar berkata, ini semua adalah perbuatan pihak tertentu untuk memburukkan beliau.

"Siapa yang beri maklumat kepada Daily Mail mendakwa dia penyokong Anwar yang fanatik? Kemudian semua media Umno dan BN pertikai hubungan Anwar dengan Zaharie. Saya hendak beritahu jangan zalim kepada Zaharie dan keluarga. Dia hanya juruterbang professional.

“Kamu cuai, kamu tidak tahu menjaga radar. Kamu tidak tahu menjaga keselamatan negara. Kamu tidak boleh jawab hilang pesawat, kamu hendak salahkan juruterbang tanpa sedikit pun bukti. Saya katakan tanpa alasan dan bukti, kita pertahankan maruah dan profesionalisme juruterbang Zaharie,” katanya.

Beliau dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat sebelum ini kesal kerana permohonan mereka agar kerajaan memberikan penjelasan di Parlimen mengenainya ditolak.

"Bagi penjelasan kat Parlimen tak nak. Kemudian heboh (Kapten) Zaharie (Ahmad Shah) kenal Anwar. Zaharie adik beradik dengan menantu Anwar. Siapa adik beradik saya salah. Siapa sokong saya berdosa. Ini apa punya politik?” katanya.

Anwar berkata, Kapten Zaharie, juruterbang MH370 itu tidak boleh dipersalahkan dalam misteri kehilangan peesawat itu selagi belum didapati bersalah.

Katanya, sokongan sepenuhnya perlu diberikan kepada keluarga juruterbang dan kerajaan perlu segera menghentikan spekulasi melibatkan juruterbang itu.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kini masuk minggu ketiga.

Beliau berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu meletakkan jawatannya sekiranya gagal memberi penjelasan bagaimana radar Malaysia gagal mengesan hala tuju pesawat itu.

Katanya, kegagalan Malaysia mengesan hala tuju pesawat berkenaan melambangkan krisis keselamatan yang serius dalam negara meskipun dibekalkan dengan radar tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Kenapa radar tidak berfungsi dan perlu dijawab oleh menteri pertahanan. Jika beliau gagal memberikan jawapan maka perlu meletakkan jawatan. Isu ini membabitkan keselamatan negara. Pesawat melintasi empat negeri di Malaysia namun tidak dapat dikesan radar. Ini bahaya kerana kecuaian," katanya.

Sementara itu, Anwar juga menyelar kerajaan persekutuan Umno Barisan Nasional (BN) sengaja menggunakan badan kehakiman bagi menghalangnya bertanding sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.

Ketua pembangkang itu berkata, segala aset dan kekuatan yang digunakan kerajaan bagi menghalang perjalanannya dalam kerjaya politik tidak akan dapat mengaburi mata kasar rakyat.

"Saya sebut Langkah Kajang, mahkamah awalkan (perbicaraan). Daripada nak jadi Adun Kajang, dia nak hantar pergi Penjara Kajang. Celaka. Dia ingat rakyat bodoh. Mahkamah adalah tunggak yang dijamin Perlembagaan. Namun tunggak itu satu demi satu kian rapuh.

"Saya tunjuk di muka menteri. Kamu ingat kamu zalim, kamu peralatkan hakim, kamu salah laku. Kami akan diam? Saya nak beritahu, rakyat akan bangkit lawan kamu habis-habisan. Rakyat boleh menolak jika diizinkan Allah,” katanya ketika berucap di Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, malam tadi.

Awal bulan ini, Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar namun membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada minggu berikutnya.

Dengan hukuman ini, kerjaya politik Anwar hampir berakhir setelah beliau tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang akan diadakan Ahad ini.

Anwar berkata, selepas ini akan lebih ramai pemimpin pembangkang dihadapkan ke mahkamah namun ia tidak akan mampu melunturkan semangat rakyat.

Katanya, perlakuan kerajaan Umno dan BN itu tidak diubah seperti samseng yang akan menambahkan lagi rasa tidak selesa yang seterusnya membakar keinginan rakyat untuk menggulingkan kerajaan.

"Jumaat saya dihukum. Isninnya pula Karpal Singh dan sekarang beratur yang lain seperti (Ahli Parlimen Seremban) Anthony Loke, (Ahli Parlimen Pandan) Rafizi Ramli dan (Ahli Parlimen Batu) Chua Tian Chang. Puluhan lagi. Negeri apa ini? Saudara hendak biar samseng itu terus berkuasa?

"Apakah undang-undang itu boleh dijadikan alat perkakas untuk dipermainkan? Kamu boleh fitnah sebanyak mungkin, kamu boleh guna jentera sebanyak mungkin. Guna wang dan beli orang sebanyak mungkin. Rakyat tetap bangkit dan gulingkan kamu daripada tampok pemerintahan,” katanya.

Ketua umum PKR itu berkata, pengundurannya daripada bertanding dalam PRK Kajang menjadikan Pakatan Rakyat (PR) tampil dengan calon yang lebih berkredibiliti.

Katanya, segala yang ditakdirkan tidak sesekali mematahkan semangat perjuangan dalam arena politik meskipun tohmahan dan fitnah terus dilemparkan.

"Sekarang dia nak halang saya bertanding di Kajang. Dia dah lantik (Datuk Seri Dr Wan) Azizah seorang yang lebih layak untuk bertanding di Kajang. Saya pasrah kalau ditakdirkan saya derita lagi. Saya sedia tetapi saya tidak undur setapak pun daripada perjuangan ini.

“Jangan ugut saya. Saya tahu saya bukan muda tetapi saya tidak boleh menerima fitnah ini berterusan. Saya sedikit pun tidak menyesal dan salahkan Kajang. Baru hendak langkah Kajang sudah kena lima tahun penjara,” katanya dalam himpunan yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. – 22 Mac, 2014. -TheMalaysianInsider

P/s: Ini semua kerja dajjal yang bersekongkol dengan Yahudi....Isu sekarang ialah negara gagal dalam sistem keselamatan.  Passport yang dicuri boleh digunakan di Malaysia. Radar pula gagal mengesan pergerakan pesawat dan untuk menutup isu ini maka diciptakan spekulasi yang tidak masuk akal. Simulator pun disiasat...Pelik!!!  

Video: Raja Bomoh VIP Dicabar Pendekar Pahang...

MH370: Inikah dia?

KUALA LUMPUR: Apakah misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang ghaib daripada radar sejak 8 Mac lalu akan mula terjawab hari ini — pada hari ke-13 usaha mengesannya?

Apakah objek yang dikesan oleh satelit di selatan Lautan Hindi adalah bahagian daripada pesawat Boeing 777-200 itu? Apakah petunjuk kali ini betul dan tidak seperti beberapa petunjuk sebelum ini yang kemudiannya disahkan tidak betul?

Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengetuai misi mencari pesawat yang hilang itu di jalur selatan dengan kerjasama Angkatan Tentera Australia, Tentera Udara New Zealand dan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Awal hari ini, ia menerima imej satelit yang menunjukkan dua objek yang boleh jadi ada kaitan dengan pesawat yang dicari itu.

"Ini satu petunjuk. Ini mungkin petunjuk yang terbaik yang ada setakat ini," kata Ketua Pengarah Bahagian Kecemasan AMSA, John Young dalam satu sidang media yang jadi perhatian dunia tengahari tadi.

map sar aussie 1
Pelan rancangan laluan NTSB dalam misi SAR MH370

Satu daripada objek itu dikatakan berukuran 24 meter panjang. Objek yang kedua itu lebih kecil. Apakah ini bahagian daripada pesawat MH370? Boleh jadi ya, boleh jadi tidak.

Semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari di jalur selatan itu kemudiannya mengerahkan pesawat dan kapal laut masing-masing ke kawasan carian yang terletak lebih kurang 2,500 kilometer ke barat daya Perth. Sesetengahnya sudah tiba dan beberapa lagi akan sampai dalam waktu yang terdekat.

Sebuah pesawat tiba di kawasan itu pada pukul 10.50 pagi tadi waktu Malaysia. Lima buah pesawat dijadual tiba pada pukul 12 tengahari manakala dua buah pesawat lagi berlepas ke kawasan itu pada pukul 3 petang dan 5 petang.

Sebuah kapal dagang yang kebetulan ada dekat kawasan itu juga menyahut seruan untuk menyertai operasi. Ia dijangka tiba pada pukul 3 petang.

Malaysia sebelum ini mengirimkan dua kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) -- KD Kelantan dan KD Selangor untuk menyertai operasi di jalur selatan.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyampaikan perkembangan terbaru ini pada pukul 10 pagi tadi. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga diberikan taklimat sama oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.

"Setakat ini, pihak berkuasa Australia masih belum memastikan apakah objek berkenaan ada kaitan dengan misi mencari MH370," kata Hishammuddin dalam satu kenyataan.

map sar aussie 2
Pelan pencarian yang dirancang untuk 19 Mac 2014

Usaha mengesan objek yang dirakamkan oleh satelit itu bukan mudah. Jarak penglihatan di kawasan berkenaan dilaporkan tidak begitu baik biarpun cuaca dilaporkan sederhana. Tetapi setakat ini dunia diberitahu bahawa "inilah petunjuk terbaik".

Beberapa petunjuk sebelum ini terbukti tidak betul dan pada suatu ketika disifatkan sebagai membantutkan tumpuan usaha mencari dan menyelamat. Ada tompokan minyak yang dijumpai di Laut China Selatan yang kemudiannya disahkan bukan daripada pesawat. Ada objek yang dikesan oleh pihak berkuasa Vietnam yang kemudiannya didapati tidak ada kena-mengena dengan pesawat MH370. Ada juga imej satelit yang dikeluarkan oleh China yang kemudiannya diumumkan sebagai "telah tersilap edar". Terakhir, penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah pada pagi kejadian. Itupun tidak benar serta dinafikan oleh tentera dan pihak berkuasa penerbangan Maldives.

Tetapi apakah imej satelit yang diterima oleh pihak berkuasa di Australia ini akan memberikan kita gambaran awal apa yang sebenarnya terjadi kepada pesawat MH370?

"Kita perlu sampai ke sana terlebih dulu, cari (objek itu), lihat dan nilai untuk mengetahui apakah ia bermakna atau tidak," kata Young.

Beliau juga memberi dua peringatan: usaha mencari objek yang dirakamkan oleh satelit itu tidak mudah dan kalau ditemui nanti, ia mungkin tidak ada hubung kait dengan pesawat MH370.

Tetapi setakat hari ini — pada hari ke-13 — operasi mengesan pesawat MH370 yang hilang dengan penuh misteri mendapat petunjuk baru. Adakah ini harinya — selepas kita menunggu selama hampir dua minggu khabar berita pesawat yang hilang itu? Apakah ini yang dicari-cari sejak 8 Mac lalu?
 -astroawani

Mayat dalam tong yang bersimen

 JENGKAUT digunakan untuk mengeluarkan mayat yang dimasukkan ke dalam tong dram di Simpang Bukit Pelandok, Port Dickson.

 Port Dickson: Dua daripada enam suspek kes samun dan bunuh di Cheras, Selangor tiga bulan lalu mengaku membunuh seorang ahli perniagaan.

Sumber polis berkata, dua suspek terbabit dibawa polis ke Bukit Pelandok, Lukut, di sini, pada jam 6 petang semalam di lokasi mayat ahli perniagaan itu ditanam. 

“Pemeriksaan forensik menemui tong berisi simen di tepi jalan simpang tiga ke Bukit Pelandok itu.
“Difahamkan mangsa dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu,” katanya.

Mangsa dipercayai ditembak sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam tong dan disimen kemudian ditanam di lokasi kejadian.

Ketua Polis Kuala Lumpur dijangka mengadakan sidang media hari ini. 
-harian metro

Tidur dekat mayat rakan

Muhamad Putera (kiri) dikunjungi dua rakan sekelasnya ketika dia menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar, semalam.

KUALA KANGSAR – “Saya nampak mereka terkapai-kapai, tapi tak boleh nak selamatkan, keadaan sangat bahaya, sudahnya saya hanya mampu menangis lihat mereka,” kata salah seorang mangsa yang selamat, Siti Azimah Mohd Fitri, 17.

Menurutnya, dia tidak mampu menyelamatkan dua rakannya itu berikutan tidak pandai berenang sebelum menjerit meminta bantuan seorang lagi rakan, Muhamad Putera Rafaii yang tidak jauh dari tebing Sungai Gading, lokasi dua mangsa ditemui lemas.

“Setibanya Putera ke tebing Sungai Gading, kami tidak nampak mereka lagi.

"Sebelum itu, kami bercadang untuk menyeberangi sungai itu untuk menjejaki kumpulan lain, tidak sangka jadi begini.

“Sungai itu kelihatan seperti kolam dengan air tenang. Kami ingatkan airnya cetek kerana dari tepi kami nampak dasar sungai itu hanya sejengkal, tidak sangka ia dalam.

Di antara kami, hanya Putera sahaja pandai berenang,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kangsar di sini, semalam.

Siti Azimah yang pernah mengikuti ekspedisi sama tahun lalu mengakui, masih trauma dan tidak bercadang mengikuti ekspedisi lasak kelak selepas kejadian meragut dua nyawa rakannya itu.

Katanya, dia bersyukur dapat kembali ke pangkuan keluarga, namun masih bersedih.

“Walaupun boleh tidur, kadang-kadang saya masih teringat," katanya.

Sementara itu, Muhamad Putera turut menceritakan perit jerih mereka berdua meneruskan perjalanan mencari jalan pulang selepas berpisah dengan kumpulan lain selepas tragedi itu.

Katanya, mereka terpaksa mencari tempat teduh dengan tidur di celah-celah batu yang dingin ketika hujan lebat pada malam kejadian.

“Pada hari kedua, kami berusaha mencari mereka berdua di pesisir sungai dan menemui Adam Asraf Azman dalam keadaan tertiarap di tebing sungai. Kami berdua cuba menarik mayat Adam ke tepi tetapi kaki dia tersangkut dekat celah-celah batu.

“Kami sedih terpaksa meninggalkan dia (Adam) di situ sebelum berusaha mencari jalan keluar dengan menuruni gunung dan tidur kira-kira 500 meter dari mayat Adam,” katanya.

Muhamad Putera berkata, mereka memasang unggun api bagi mengelakkan kesejukan dan bergilir-gilir menjaga antara satu sama lain.

“Kami guna segala ikhtiar kehidupan yang dipelajari dalam ekspedisi ini dengan menggunakan sungai sebagai sumber minuman.

“Kami bernasib baik apabila membawa makanan dalam tin yang disandang sepanjang perjalanan itu dan ketika ditemui, kami ingin memasak makanan berikutan kelaparan dan keletihan,” katanya.

Pada Ahad lalu, empat pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Padang Rengas dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Bubu di Ulu Kenas.

Kehilangan keempat-empat pelajar itu disedari guru pengiring mereka ketika menuruni gunung tersebut kira-kira jam 2.30 petang.

Pelajar yang semuanya berusia 17 tahun menyertai perkhemahan yang dianjurkan kolej berkenaan bersama 21 pelajar lain dengan ditemani enam guru pengiring.- sinarharian

MH370 : Landasan Pendaratan Pesawat Dikenal Pasti

MAKLUMAT data mendapati pesawat MH370 berhubung enam kali dengan satelit dan yang terakhir direkodkan pada jam 8.11 pagi pada waktu tempatan 8 Mac lalu bukti pesawat itu tidak mengalami masalah teknikal meskipun transporder sudah dimatikan berhampiran sempadan kawalan trafik udara antara Malaysia dan Vietnam. 

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan data satelit berkenaan, kajian dilakukan pakar bagi menentukan laluan yang digunakan MH370. 

Menurutnya, isyarat itu dikesan pada tempoh pesawat hilang daripada titik Igari untuk sempadan kawalan trafik udara Vietnam dan Malaysia dan ‘air turn back’ ke Selat Melaka. 

Sidang media semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pesawat berkenaan mempunyai tempoh 30 minit sahaja selepas itu untuk melakukan penerbangan sebelum kehabisan minyak. 

Walau bagaimanapun beliau sebelum itu turut menafikan pesawat berkenaan mendarat di Pengkalan Tentera Diego Garcia milik AS di Lautan Hindi. 

Jadi ke mana pesawat yang hendak kehabisan minyak boleh melakukan pendaratan cemas? 

Seperti yang diketahui umum di kawasan Lautan Hindi cukup luas dan mempunyai banyak pulau-pulau kecil. 

Menurut pakar, MH370 boleh mendarat dengan selamat pada landasan pendek yang bukan khas untuk kegunaan pesawat komersial sepertinya. 

Jika mendarat dengan kawalan juruterbang di laut, pesawat dianggarkan mengambil masa tiga minit untuk meluncur sebelum terhenti dan terapung sebelum tenggelam jika air memasuki kabin sepenuhnya. 

Berbeza dengan sebarang pendaratan di daratan seperti padang pasir, pesawat boleh mengalami banyak kerosakan kerana permukaan tidak rata dan keras yang boleh menyebabkan MH370 melambung atau terhempas di luar kawalan. 

Jika teori ini tepat, MH370 yang dilaporkan dikendalikan secara manual oleh seseorang yang mahir di dalam kokpit akan melalui kawasan Kepulauan Andaman selepas isyarat terakhir dipercayai dari pesawat itu dikesan radar Tentera Udara Diraja Malaysia di situ. 

Pulau Nicobar yang terletak Lautan Hindi mempunyai tiga landasan kapal terbang tinggal yang sudah tidak digunakan. Salah satu daripadanya adalah Lapangan Terbang Campbell Bay yang terletak 190 kilometer Utara Kepulauan Sumatera. 

Selain itu, terdapat sebuah lagi landasan kapal terbang dibina tentera Jepun pada tahun 1942 hingga 1945. Landasan ini kemudiannya diubahsuai dan dipanjangkan sehingga 8,886 kaki oleh Tentera Udara India pada 1967. 

Sebuah lagi landasan kapal terbang terletak di Utara antara Pulau Andaman dan Nicobar. Ialah Landasan Kapal Terbang Shibpur yang kini juga sudah tidak lagi digunakan. 

Landasan kapal terbang tinggal juga wujud di Pulau Koko yang dikatakan dimiliki oleh tentera Myanmar dan sesetengahnya mengatakan ianya kini di bawah kekuasaan China. 

Pilihan terakhir, MH370 juga boleh mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Veer Savarkar atau lebih dikenali sebagai ‘Portblair’ milik Negara India di pulau yang sama yang difahamkan kini dalam proses pengubahsuaian.

MH370: Landasan Diego Garcia antara ditemui dalam simulator Kapten Zaharie

KUALA LUMPUR: Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.
Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

"Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharie," kata sumber tersebut kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.

Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.-astroawani

MH370 berada di belakang pesawat Singapura menuju utara?

Teori mengatakan pesawat MH370 mungkin mengikuti secara rapat pesawat Singapore Airlines (SIA) ke Barcelona tanpa berjaya dikesan oleh radar muncul di internet selepas 10 hari operasi misi mencari dan menyelamat antarabangsa diadakan.

Teori ini konsisten dengan laluan pesawat sepanjang laluan yang berakhir di Laut Kaspia di utara dan selatan Lautan Hindi di selatan, ia sedang dicari oleh sekurang-kurangnya 26 negara.

Juruterbang dihubungi oleh The Malaysian Insider mempunyai teori sama mengatakan sesiapa sahaja yang mengawal Boeing 777-200ER yang masih hilang itu boleh memadamkan semua lampu pesawat dan terbang sepanjang malam untuk mengelakkan hubungan visual.

“Sebaik sahaja transponder dipadamkan dan lampu dimalapkan, pesawat MH370 terbang di udara tanpa boleh dikesan. Ia boleh mengikuti pesawat lain secara dekat, atau berada di bawah mereka tanpa sesiapa mengetahui.

"Pesawat lain boleh diketahui kedudukannya melalui perbualan radio," kata seorang juruterbang kepada The Malaysian Insider.

Pencarian MH370 atas talian
Penyumbang di laman sosial Reddit bernama "Sweeperguy" dan juruterbang Keith Ledgerwood mencadangkan teori pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER yang hilang mengikut secara rapat pesawat SQ68 ke Barcelona sepanjang keseluruhan masa tujuh jam mereka berada di udara.

Secara kebetulan, pesawat SQ68 merupakan Boeing 777-300 ER, lebih panjang sebanyak 33 kaki daripada pesawat Malaysia Airlines dan terbang berhampiran MH370 semasa ia hilang daripada radar tentera Malaysia pada 2.15 pagi pada 8 Mac, 2014.

Teori ini berlegar-legar di prune.org atau Professional Pilots Rumour Network dan di akaun Tumblr Ledgerwoord selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kawasan baru misi mencari dan menyelamat pesawat yang mempunyai 239 penumpang termasuk anak kapal.

"Saya fikir ia hanya rapat di belakang. Pada awal pagi dan tanpa maklumat perisikan/amaran, jika pengendali radar perasan dua pulangan radar utama di kawasan sama, tetapi mendapat tindak balas mod 3A/C dari salah satu pesawat, ia mungkin tidak akan menarik perhatian," Sweeperguy menulis di Reddit pada Sabtu.

Mode 3/A digunakan untuk mengenal pasti setiap pesawat dalam kawasan liputan radar. Mod C digunakan untuk meminta/melaporkan ketinggian pesawat, menurut Wikipedia.

Penggendongan pada SQ68
Menurut laman sesawang Singapore Airlines, pesawat SQ68 dijadualkan meninggalkan lapangan terbang Changi pada 1.05 pagi ke Barcelona, 25 minit selepas MH370 terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing, satu arah yang berlainan.

“Jika MH370 berpatah balik selepas komunikasi terputus pada 0130 dan terbang melalui Malaysia dan tempat yang dibincangkan sebelum ini, ia akan berada di 200NM NW di Pulau Pinang pada 0215.

“Kedudukan ini hanya 30NM di belakang SQ68 yang juga merupakan 777 pada 2.15 pagi,” tulis Sweeperguy di Reddit, menggunakan waktu Malaysia.

Sweeperguy berkata, jika MH370 mengikuti SQ68 sepanjang sepanjang utara-barat India, yang beliau spekulasikan, pesawat hilang itu akan berhampiran pesawat SIA di Pakistan, lima jam daripada kedudukan terakhir diketahui pada 2.15 pagi.

“Jadi, dengan mengikuti SQ68 dengan kelajuan dan altitud sama, sukar bagi operator radar India untuk mengesan atau mempersoalkan dua radar utama, selagi dia merasakan ia dijangkakan daripada SQ68", katanya.

Dalam tulisan di akaun Tumblr, Ledgerwood membuat kesimpulan sama penerbangan MH370 terbang ke semua titik laluan pelayaran dinyatakan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga ia berhampiran dengan SQ68 lebih kurang jam 2.15 pagi.

Beliau berkata, semasa memeriksa rekod penerbangan SQ68, jelas bahawa MH370 berada secara langsung di belakang pesawat SIA pada kira-kira 18:00 UTC dan selepas 15 minit mengikuti SIA68.

MH370 tidak dapat dikesan tanpa transponder
“Saya percaya MH370 berkemungkinan terbang di belakang SIA68 melalui kawasan udara India dan Afghanistan.

“Oleh kerana MH370 terbang secara bergelap tanpa transponder/output ADS-B, SIA68 mungkin tidak perasan MH370 berada berhampiran dan apabila melalui kawasan udara India, ia hanya akan memberi satu isyarat di radar, dengan hanya maklumat transponder SIA68 kepada ATC dan skrin radar tentera,” tulis Ledgerwood dalam satu tulisan yang sudah tersebar luas.

Beliau berkata penerbangan SIA itu tidak akan mengesan pesawat hilang MH370 kerana "Boeing 777 menggunakan sistem TCAS untuk mengelakkan lalu lintas; sistem ini biasanya akan memberi amaran dan visual kepada juruterbang jika pesawat lain terlalu dekat".

Tetapi sistem itu hanya beroperasi apabila menerima maklumat transponder daripada pesawat lain dan memaparkannya kepada juruterbang itu, katanya, sambil menambah "Jika MH370 terbang tanpa transponder, SIA68 tidak akan dapat melihatnya".

"Selain itu, sistem TCAS di atas kapal MH370 akan membolehkan juruterbang mengesan dan mendekati SIA68 di Selat Melaka seperti kelihatan ianya dilakukan.

"Sistem ini akan menunjukkan mereka arah penerbangan, perjalanan dan ketinggian dalam perjalanan yang akan membolehkan mereka untuk memintas di belakang Boeing 777 lain tepat pada waktunya," kata Ledgerwood.

Beliau berkata, walaupun MH370 tidak mengikut SQ68 ke Sepanyol, ia akan bebas daripada bayangan pesawat jet SIA yang lebih besar dan "kemudian diterbangkan ke laluan untuk ke tapak pendaratan akhir" seperti wilayah China Xingjian, Kyrgyzstan, atau Turkmenistan.

"Setiap lokasi akhir ini akan menepati dengan sempurna dengan jumlah 7.5 jam masa penerbangan dan mengikuti SIA68.

"Selain itu, semua lokasi ini memungkinkan dan berada di ‘ARC’ serta sesuai dengan data yang disediakan oleh Inmarsat dari ping terakhir diketahui SATCOM pada 01:11 UTC," kata Ledgerwood.

Tiada tanda MH370
Tetapi negara Asia Tengah seperti Kazakhstan dan Kyrgyzstan berkata semalam tiada pesawat tidak dikenali melalui ruang udara mereka pada 8 Mac, tidak memungkinkan pesawat Malaysia Airlines yang hilang berpatah balik melalui laluan utara Thailand, menurut laporan Reuters.

Bagaimanapun, terdapat sembilan pesawat Malaysia menuju dan dari Eropah melalui kawasan udara Kazakhstan pada 8 Mac, kata pegawai.

Pegawai penerbangan Pakistan dan India termasuk militan Taliban di Afghanistan memberitahu Reuters mereka tidak tahu apa-apa mengenai pesawat hilang itu dan keberadaannya selepas misi mencari dan menyelamat diperluaskan ke kawasan mereka semalam.

Malaysia sudah menghantar nota diplomatik kepada 14 negara untuk meminta bantuan bagi misi mencari dan menyelamat selain radar dan satelit maklumat perisikan.

Misi mencari dan menyelamat pesawat hilang itu berterusan hari ini, 240 jam selepas ia hilang. – 18 Mac, 2014.

-TheMalaysianInsider

Putrajaya khianati perjanjian air, Pakatan desak Selangor hentikan Langat 2

Pakatan Rakyat hari ini mendakwa Putrajaya mengkhianati Perjanjian Persefahaman (MoU) air yang dibuat dengan kerajaan negeri Selangor kerana enggan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) untuk menyelesaikan pertikaian isu pengurusan air di negeri terkaya itu.

Pemimpin Pakatan, Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan bersama berkata WSIA perlu digunakan untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor.

"Ini adalah pengkhianatan ke atas perjanjian yang dibuat dengan kerajaan negeri," kata mereka dalam satu kenyataan pagi ini.

Pada Jumaat, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dilaporkan berkata, ketika ini Putrajaya tidak akan menggunakan WSIA untuk mengambil alih syarikat konsesi air di negeri Selangor.

Pemimpin Pakatan berkata, keputusan berpatah balik itu tidak boleh diterima dan mengejutkan.

Sehingga kini, sejak MoU ditandatangani antara Selangor dan Putrajaya pada 26 Februari lalu, tiga konsesi iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (Splash) masih belum bersetuju dengan tawaran RM9.65 bilion bagi pengambilalihan.

Malah, Dr Maximus sendiri berjanji akan menggunakan WSIA bagi memaksa syarikat konsesi tersebut.

"Tawaran ditolak oleh syarikat konsesi ini.

"Kerajaan pusat gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengesa syarikat konsesi menerima tawaran yang dibuat," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Pakatan menggesa kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak memberi kelulusan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2.

"Kami akan menggesa kerajaan negeri Selangor, Exco dan Dewan Undangan Negeri untuk menangguhkan baki kelulusan yang diperlukan bagi projek Langat 2.

"Tiada keperluan undnag-undang untuk kerajaan negeri memenuhi syarat dalam MoU apabila kerajaan pusat gagal menunjukkan komitmen mereka,” katanya.

Kerajaan negeri Selangor menandatangani MoU dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air berhubung pemilikan konsesi air di Selangor pada Februari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan, antara Khalid dan Maximus di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

MoU tersebut membolehkan Selangor mengambil alih pegangan konsesi air daripada PNSB, Syabas, Splash dan Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass).

Selangor melalui syarikat berkaitan kerajaan miliknya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menawarkan RM9.65 bilion kepada pemegang saham syarikat tersebut.

MoU itu turut menyatakan, Putrajaya turut menyuntik dana RM2 bilion untuk pengambialihan ekuiti daripada konsesi. Sebagai balasan, Selangor akan mengembalikan RM2 bilion aset kepada Putrajaya melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Operasi loji dan rawatan air akan terletak di bawah seliaan KDEB.

Turut dilaporkan, Langat 2 adalah sebahagian daripada projek pemindahan air antara Selangor dan Pahang. Sejumlah RM8 bilion diperuntukkan bagi projek tersebut yang bakal menyaksikan bekalan air mentah disalurkan dari Pahang ke Selangor dan diproses di Langat 2. - 17 Mac, 2014.
-TheMalaysianInsider

Video: Jangan Sampai Saya Hantar KJ Ke Alam Ghaib - Raja Bomoh

Sombongnya tok bomoh ni....

MH307: Mengapakah Tindakan PDRM Tolak Bantuan Interpol sebagai Langkah Bijak?

Polis Malaysia dilaporkan beberapa kali menolak bantuan polis antarabangsa Interpol bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)  MH370.

Seorang pegawai kanan penguatkuasaan  undang-undang Barat dipetik oleh ABC News yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai berkata, Interpol menawarkan bantuan beberapa kali tetapi ia ditolak setiap kali oleh pihak berkuasa Malaysia.

“Ia pendekatan sebelum (tragedi) 9/11: maklumat dipegang erat, tidak berkongsi apa-apa,” pegawai itu dipetik sebagai berkata.

ABC juga menyebut, pegawai penguatkuasaan undang-undang kini bimbang masa yang kritikal terbuang begitu sahaja dan sumber maklumat mungkin sudah hilang minggu lepas.

“FBI juga tidak diundang oleh kerajaan Malaysia untuk membantu di lapangan,” kata sumber.

Pesawat MH370 terbang dari Kuala Lumpur pada 128 Mac, jam 12.40 pagi. Ia sepatutnya sampai di Beijing pada 6.30 pagi tetapi hilang secara misteri daripada radar awam pada jam 1.21 pagi.

[Baca berita penuh]
-malaysiakini 

Komen: Jika Interpol dibenarkan membantu PDRM, saya percaya skrip rampasan MH370 akan diolah mengikut kehendak kapitalis-zionis yang sangat mengidamkan pengkalan tentera mereka di perairan Malaysia. Sekaligus dapat menghalang kuasa China di rantau ini...Syabas PDRM!!

MH370 kini berada di Rusia?

Spekulasi terbaru mengatakan bahawa MH370 kini berada di Rusia. Dakwaan ini mungkin ada kebenarannya. Sebab itulah Kerajaan Malaysia mula mengarahkan pasukan penyelamat untuk ke lokasi berkenaan. Benarkah begitu?

Kapal terbang itu juga didakwa pernah mendarat di Nanning China untuk mengisi minyak sebelum meneruskan penerbangan ke Rusia.
Kebijaksanaan Kerajaan diperlukan untuk memastikan semua penumpang dan anak kapal selamat....

Maka timbullah pertanyaan tentang siapakah yang melakukan rampasan tersebut? Sama-samalah kita tunggu jawapannya...

Sebagai umat Islam, marilah berdoa supaya Allah SWT menyelamatkan kita daripada fitnah Dajjal di akhir zaman ini....

Mungkinkah juruterbang rampas pesawat akibat kecewa Anwar bersalah kes Liwat II?

Dengan pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, akhbar Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Kapten Zaharie Ahmad Shah pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.

Akhbar tersebut turut memetik sumber polis yang mengesahkan Zaharie, 53, merupakan seorang aktivis yang lantang dan berkemungkinan kecewa dengan keputusan mahkamah.

Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan di rumah.

Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.

Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan serbuan dilakukan di rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail.

Menurut rakan sekerja Zaharie, beliau merupakan seorang aktivis sosial dan penyokong kuat Anwar serta sangat berminat dengan politik.

Juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Zaharie menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Penyiasat memberitahu Daily Mail, mereka kini sedang mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie adalah sebahagian daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac.

"Siasatan ini banyak membabitkan sensiviti, namun kita harus meneruskan apa sahaja sudut yang menjadi perhatian," lapor Daily Mail memetik penyiasat itu.

Zaharie dipercayai berpisah atau bercerai dengan isterinya biarpun kini mereka masih berkongsi rumah yang sama.

Laporan itu seterusnya menyatakan bahawa serbuan ke atas rumah Zaharie itu dilihat sebagai tindakan susulan selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya semalam, yang mengatakan siasatan kini beralih dan tertumpu kepada kru pesawat berdasarkan petunjuk baru.

Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.

Media antarabangsa itu memetik sumber risikan rasmi Amerika Syarikat yang menyatakan pesawat diterbangkan seorang pakar penerbangan dan hilang daripada radar pada 8 Mac.

Ia kemudiannya disusuli dengan siasatan semula ke atas semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu bagi mencari jawapan termasuk dakwaan kemungkinan pesawat dirampas.

Daily Mail turut melaporkan kemungkinan pesawat itu terbang sehingga 45,000 kaki di mana ia melebihi had perkhidmatan, sebagai percubaan untuk tidak menyedarkan penumpang dan anak kapal. - 16 Mac, 2014. -ThemalaysianInsider

Komen: Satu lagi spekulasi yang amat bodoh....

Jumaat, Mac 21, 2014 | Author: Tuk Kiyai

MH370: Inikah dia?
Khamis, Mac 20, 2014 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Mac 18, 2014 | Author: Tuk Kiyai

Ahad, Mac 16, 2014 | Author: Tuk Kiyai