Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

ISU KUIL: MAJLIS DIALOG BERSAMA MB KECOH GARA-GARA ADA SIKAP "KEPALA LEMBU"!!

Label:

Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi ini - bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Mereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.

Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.

Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.

Kira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.

Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.

Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.

Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu.

Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.

Perbincangan hampir dua jam itu tidak berjalan lancar apabila penduduk sering menyampuk dan mempertikaikan penjelasan yang diberikan. Hanya kedengaran bunyi bising dan ungkapan tidak puas hati seperti "tipu", "kamu mahu keputusan" dan "ya atau tidak?".

Ia bermula apabila penduduk enggan membenarkan Khalid Samad berucap kerana didakwa tidak mempunyai kuasa membuat apa-apa.

Mereka juga enggan mendengar penjelasan lain dan menuntut Khalid Ibrahim membuat
keputusan segera sama ada untuk mengekalkan cadangan itu atau memindahkannya ke tempat lain.

Apabila majlis dibuka kepada soalan, kelihatan rata-rata penduduk Melayu mendominasi sesi itu bagi melepaskan geram kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwanya sebelum ini lambat memberikan respons untuk berbincang.

Ketegangan itu dilihat sampai ke kemuncaknya apabila seorang penduduk setempat beragama Hindu yang tampil memberikan cadangannya, hampir dibaling dengan kerusi.

Bercakap soal toleransi kaum, R Gunaretinam menimbulkan kemarahan penduduk Melayu kerana berkata, setiap rumah kawasan mempunyai surau dan masjid bagi kegunaan masyarakat Islam.

"Kita boleh terima azam lima kali sehari," katanya, disambut bantahan besar hadirin dalam majlis itu yang bangun dan menjerit beliau berhenti berucap.

Terdapat beberapa orang penduduk menghampiri beliau dengan keadaan marah, tetapi kira-kira 30 penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam berjaya mengawal keadaan.

Ucapan akhir Khalid Ibrahim bagaimanapun sedikit sebanyak menenteramkan keadaan, walaupun masih ada yang tidak berpuas hati.

"Minta semua bertenang. Selepas ini tidak ada perbincangan lagi. Tidak ada lagi soal berbangkit pasal Seksyen 23 lagi," katanya sambil mendakwa faham perasaan penduduk, walaupun disuarakan dengan cara yang "tidak tertib sangat".

SUMBER di sini.

KES 3 KERUSI DUN PERAK: SPR BERTINDAK LUAR KUASA SEKAT P/RAYA - PEGUAM

Label:

Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertindak di luar bidang kuasa dan peranannya kerana enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu paad Jumaat.

Peguam Datuk S.Ambiga menyifatkan sebagai tidak sah dan tidak rasional keputusan SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu tidak kosong akibat pelantikan jawatan ketiga-tiga penyandangnya seperti yang diputuskan oleh Speaker ketika itu, V.Sivakumar.

"Responden keempat (SPR) telah mengambil kuasa dan hak Speaker bagi menentukan bahawa peletakan jawatan berlaku," katanya di hadapan Hakim Lau Bee Lan di kamar.

Ambiga, yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, berhujah mewakili Sivakumar dalam permohonannya bagi satu semakan kehakiman untuk mengarahkan SPR supaya mengisytiharkan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong dan mengadakan pilihan raya kecil.

Sivakumar menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu, Adun Jelapang, Hee Yit Foong, dan SPR sebagai responden.

Dalam hujahnya, Ambiga berkata bahawa menerusi sepucuk surat kepada Sivakumar pada 5 Feb 2009, SPR telah menyatakan bahawa ia tidak dapat menentukan yang ketiga-tiga kerusi itu kosong, dan dengan itu, tidak boleh mengadakan pilihan raya.

"Setelah menetapkan yang ia tidak dapat memastikan bahawa kekosongan telah berlaku, SPR telah membuat keputusan bercanggah bahawa ketiga-tiga kerusi itu masih disandang oleh responden pertama hingga ketiga," katanya.

Sivakumar, 38, memohon perintah mahkamah bagi membatalkan keputusan SPR itu dan mengarahkan suruhanjaya itu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi itu.

Beliau juga memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Mahkamah menetapkan 9 Sept ini bagi mendengar hujah balas SPR yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said.

SUMBER di sini.

MB SELANGOR & ADUN PELABUHAN KLANG: APA CERITA SEBENARNYA?

Label:

Sejauh manakah kebenaran cerita ini? Atau adakah media yang mensensasikannya? Apa yang pasti, hanya MB Selangor yang dapat menjelaskan perkara ini.

Bagi Tok Kiyai, mungkin ini hanyalah perselisihan faham biasa yang berlaku dalam sebuah organisasi yang perlu diselesaikan dengan cara hikmah.

[Mstar] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini muncul dengan kenyataan rasmi buat pertama kalinya sejak isu yang mengaitkannya untuk menyertai Umno tersebar luas dengan membidas bosnya sendiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan beliau tidak sihat untuk melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Bercakap secara eksklusif dengan akhbar The Star, Badrul menafikan segala dakwaan negatif yang dilemparkan ke atas dirinya apatah lagi dalam soal yang mengaitkannya dengan Umno dan juga isu berkaitan kedudukan mentalnya selepas kononnya terlibat dalam kemalangan.

“Saya tidak terlibat dalam kemalangan sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak termasuk Menteri Besar. Jadi saya tak faham kenapa saya diserang secara pribadi. Apa yang Menteri Besar takut sangat ni?’’ tanya beliau.

Berhubung spekulasi yang beliau akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul menjelaskan, dia masih wakil rakyat Pelabuhan Klang mewakili PKR.

Dan apabila ditanya kenapa selama ini beliau menghilangkan diri, jawab Badrul, beliau tidak pernah menghilangkan diri tetapi sengaja menjauhkan diri daripada pemimpin PKR dan juga majlis rasmi PKR untuk mengelak tercetusnya sebarang kontroversi lagi.

“Tapi saya nak beritahu, saya tidak menghilangkan diri dari kawasan saya dan juga pengundi saya. Saya bertemu dengan mereka selalu khususnya semasa terawih,’’ ujarnya. Sumber-sumber memberitahu The Star, perasaan di anaktirikan oleh pejabat Menteri Besar bukan dirasai oleh Badrul seorang malah beberapa lagi Adun yang lain khususnya dalam soal pembahagian peruntukkan pembangunan kepada kawasan Dewan Undangan Negeri berjumlah RM500,000 setiap kawasan.

The Star difahamkan, Khalid Ibrahim telah melantik Setiausaha Politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Adun Seri Setia untuk menguruskan peruntukkan pembangunan bagi Dun Pelabuhan Klang sejak tersebarnya cerita kononnya Badrul tidak sihat untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

[thestar] Badrul: I’M NOT MENTALLY ILL
PETALING JAYA: Port Klang assemblyman Ba­­­­­­drul Hisham Abdullah has scoffed at a suggestion that he is too sick to perform his du­­ties.

The PKR elected representative, who has not been seen in public for weeks, is angry at talk that he is mentally ill.

Responding to a statement by Selangor Men­tri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim that he was suffering from a medical condition due to an accident, Badrul said: “What is he talking about?

“I was not involved in any accident, as claimed by certain quarters.”

Badrul also hit out at Khalid, who is also the PKR Selangor liaison chief, for suggesting that he was incapacitated following an accident.

“I do not understand why personal attack is levelled against me. What is the Mentri Besar afraid of?’’ he said when contacted yesterday.

Breaking his silence for the first time following speculation that he was quitting PKR, Ba­­drul said he was still a party member serving as Port Klang assemblyman.

Badrul said he purposely shied away from meeting PKR leaders and the media to avoid further controversy.

“But I am not shying away from constituents. I meet them regularly, especially during terawih prayers,” he said.

Sources said Badrul and several other assemblymen felt that they were being treated as stepchildren when the Mentri Besar’s office denied them the right to decide on disbursement of their annual constituency allocation amounting to RM500,000 each.

Khalid had been reported as saying that the decision on Badrul’s status as assemblyman would be made after Sept 23, following a proposed discussion with Badrul and state speaker Teng Chang Khim.

Khalid had declined to confirm whether Badrul would be asked to quit as Port Klang assemblyman to pave the way for another by-election.

AL-FATIHAH: ADUN BAGAN PINANG (N9) MENINGGAL

Label:

Nampaknya negara akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil iaitu pilihan raya kecil yang ke-9 apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi.

DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.

Pada pilihan raya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.

Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.

Menurut laporan awal, kematian Azman adalah disebabkan serangan jantung. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang di Hospital Pakar Seremban. Azman berusia 55 tahun.

Kerusi DUN Bagan Pinang secara tradisinya adalah kubu BN. Sebelum ini calon BN, Mohd Faizal Ramli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi.

Bagaimanapun dalam situasi politik negara sekarang, adalah jelas sekali, pilihan raya kecil yang bakal diadakan nanti pasti menyaksikan persaingan yang sengit.

Apatah lagi Parlimen Telok Kemang sekarang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat. Terdapat lima DUN di dalam kawasan Parlimen Telok Kemang. Tiga dikuasai oleh pembangkang manakala BN dua kerusi.

Kerusi-kerusi yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat ialah DUN Chuah (PKR), DUN Lukut (Dap) dan DUN Port Dickson (PKR).

Manakala DUN yang dikuasai BN pula selain Bagan Pinang ialah DUN Linggi.
SUMBER: Mstar

ISU KEPALA LEMBU: DALANG DIKENAL PASTI TETAPI MENGAPA TIDAK DITANGKAP?

Label:

Hairan bin ajaib. Itulah peliknya dalam isu kepala lembu di Shah Alam. Pihak berkuasa dikatakan telah mengenalpasti dalang "kepala lembu" tetapi setakat ini tiada tindakan diambil. Adakah kerana dalang ini sebulu dan "sekepala" dengan menteri?

[HARAKAHDAILY]PETALING JAYA, 3 Sept: Pemimpin Pakatan Rakyat Selangor hari ini membuat satu laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasanya dengan 'memberi perlindungan' kepada kumpulan yang memprotes pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Daerah Petaling Jaya tengahari tadi diketuai Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Turut serta membuat laporan itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud, Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan 21 pemimpin pakatan rakyat lain.

Mereka mendakwa Hishamudin melalui kenyataannya semalam telah mengganggu siasatan yang sedang dijalankan pihak polis terhadap kumpulan penunjuk perasaan yang mengarak serta menendang kepala lembu di hadapan bangunan Sekriteriat Kerajaan Negeri Selangor SUK 28 Ogos lalu.

Ianya merujuk kepada kenyataan menteri itu yang di anggap cubaan 'membela dan menyelamatkan' golongan perusuh tersebut apabila menyatakan tindakan mengarak dan menendang kepala lembu oleh mereka itu bukan untuk mencetuskan api perkauman mahupun menghina agama lain.

Hishamudin menyatakan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan kumpulan perusuh berkenaan di Shah Alam semalam.

Bercakap kepada pemberita di perkarangan balai polis itu tadi, para pemimpin pakatan bagaimanapun menganggap kenyataan beliau itu sebagai membuat keputusan terlebih awal, mendahului keputusan sebenar siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis.

"Hari ini sudah menjadi suatu yang agak sukar untuk PDRM menjalankan siasatan secara bebas dan terbuka kerana sebelum selesai siasat lagi, menterinya sudah menyatakan mereka (kumpulan perusuh) ini tidak bermaksud untuk mencetuskan api perkauman ataupun penentangan agama," Ujar Dr. Dzulkifli Ahmad

Menurut mereka juga kenyataan Hishamuddin itu secara tidak langsung boleh dianggap sebagai satu arahan dari pihak kementerian kepada pasukan polis yang menyiasat, supaya memberhentikan siasatan mereka.

"Pada saya, dia (Hishamudin) sepatutnta tidak perlu untuk berjumpa pun dengan kumpulan perusuh itu. Kenyataannya itu adalah satu arahan secara tak langsung kepada pegawai di bawahnya supaya samada tidak meneruskan siasatan ataupun tidak perlu ambil tindakan," ujar Dr. Siti Mariah yang turut bersama pada sidang tersebut.

"Ini satu campur tangan dan jelas berlaku penyalahgunaan kuasa dan SPRM diharap ambil tindakan terhadap beliau (Hishamuddin). Dan saya belum dengar lagi mufti buat apa-apa fatwa tentang perkara ini, saya nak dengar sebab mereka begitu senyap," ujarnya lagi.

Pada sidang media tadi juga, Charles dan Xavier sekali lagi mendesak Perdana Menteri, agar mengambil tindakan terhadap Menteri Dalam negeri itu kerana dianggap telah memalukan kabinet dan bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang digagaskan Datuk Seri Najib.

Deskan sama kali pertama dibuat Charles dan Xavier semalam apabila meminta supaya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipecat atau meletak jawatan dari Kabinet selepas Menteri Dalam Negeri itu dilihat menyebelahi kumpulan yang terlibat dengan demontrasi kepala lembu minggu lalu itu.

Selain mereka, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad turut mencabar Menteri Dalam Negeri itu bersemuka dengannya jika beliau benar-benar tidak memihak dalam menangani isu protes mengarak serta memijak-mijak kepala lembu di Shah Alam 28 Ogos lalu.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari.

Beliau menyifatkan menteri itu seolah-olah mengiakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik.

Sehingga kini, 28 laporan polis berhubung isu ini telah pun dibuat pelbagai pihak.

______________________________

KOMEN PEMBACA

______________________________

1. Sah, hishamuddin ketuai dan dalang utama dalam kes arak kepala lembu. Tangkap hishamuddin dan ISAkan dia. - Amir, Klang.

2. Beginilah rupernya bila seorang menteri yang tak berkelayakkan langsung pegang jawatan...hari tuh dia cakap tak ada tukang rotan Kartika (padahal benda rotan tu pernah dipraktiskan dikelantan)...sekarang dia pi sokong pula pemprotes2 kepala lembu padahal mengarak kepala lembu itu menghina agama hindu...islam sendiri melarang penganutnya hina agama lain....habis..apa cerita ini... harap2..kaum india dan kaum cina...perhatikanlah gelagat pemimpin UMNO ini....tolonglah keluar dari MCA ataupun MIC kerana 2 parti yang bersekongkol dengan UMNO ini pasti tidak akan memperjuangkan apa-apa benda pun untuk anda semua kecuali duduk untuk bersekongkol dengan UMNO - Melayu Budiman, Nilai.

3. Heret Hishamuddin kemuka pengadilan,inilah Penghianat Bangsa berlagak memegang " KERIS" tetapi menikam Bangsa sendiri. - Anak Jati Selangor.

4.Tiada guna lapor pada polis, sebab polis Diraja Malaysia sekarang telah jadi polis Ditaktor UMNO/BN. jadi lapor pun tidak akan ada tindakan yang diambil. -Patrick, EON.

5.Minta semua penyokong PAS @ PR menggertak (buat sidang media besar-besaran)Hishamuddin habis-habisan supaya dia kecut "telo" dan minta maaf seperti yang dilakukan ketika menghunus keris sewaktu perhimpunan UMNO yang lepas. Hishamuddin pengecut! Tak layak jadi pemimpin! -Shah,KL.

6. Harap pihak harakah dapat menyiarkan gambar2 demonstran kepala lembu secara berkala, bulatkan muka dan bertanya kepada pembaca siapa mereka dan jika pembaca kenal hubungi pihak harakah, Insyallah rakyat akan berkerja sama, kita jangan biarkan rakyat bertanya-tanya apa tindakan kita bila POLIS tidak bertindak. Gerenti mereka akan kecut perut. Dah banyak kejadian tanpa penyudah. Pembunuhan Almarhum Abd Samad Goul hingga Memali. - Azlan, Hulu Langat.

7.Nampaknya isu kepala lembu ni agak sukar nak diselesaikan bila menteri di KDN sendiri sanggup jumpa penunjuk perasaan hari tu,Kalau kita buat demontrasi kat Bandar KL dia cepat-cepat bertindak,yang di depan SUK Selangor pulak,acuh tak acuh aja. Inilah yang dikatakan umno/bn mendahului rakyat,,,,jangan bimbang PRU 13 ni kita tengok sapa yang kena. - SM Noor, Terengganu.

8. Apa guna jikakalau hal ini pun dia nak membelahi pihak dalang UMNO yang buat kacau di sek 23 Shah Alam... Ini menunjukkan bahawa amalan parti lebih penting daripada urusan keselamatan negara ini! - Simon Templer,Shah ALam.

KRISIS UMNO T'GANU: BILA 9 ADUN UMNO AKAN SERTAI PKR?

Label:

UMNO Terengganu dilanda krisis. Krisis rumah tangga UMNO. Itulah hakikatnya. Ini diakui sendiri oleh TPM Muhyiddin.

Menurut maklumat, hanya sebahagian kecil sahaja wakil rakyat Umno yang hadir dalam pertemuan tertutup para pemimpin Umno dengan Muhyidin itu semalam.

Pada majlis berbuka puasa pula, hanya empat sahaja anggota Exco dan satu sahaja Adun Umno yang kelihatan bersama Muhyidin di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang.

Rosol Wahid,Adun Ajil, yang kawasannya terletak dalam Parlimen Hulu Terengganu juga tidak kelihatan. Begitu juga bekas MB Datuk Seri Idris Jusoh.

Inilah realiti permasalahan Umno di Terengganu sekarang sehingga Muhyidin dalam menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam krisis di Terengganu sekarang.

Bilakah 9 ADUN BN Terengganu akan menyeberang kepada Pakatan Rakyat dan membentuk kerajaan baru? Kita tunggu kesudah episod ini nanti.

Tok Kiyai nasihatkan kepada 9 ADUN ini, tinggalkanlah UMNO yang hampir maut itu. Tinggalkan UMNO yang memperjuangkan kebangsaan yang sempit itu. Marilah bersama-sama parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua iaitu Islam. Semoga bulan Ramadan yang mulia ini, kita semua sedar dan insaf bahawa perjuangan yang membelakangkan Islam tidak akan ke mana-mana. Tiada nilai di sini Allah.

KRISIS DUN PERAK: PROSES KE ARAH KEHANCURAN UMNO BN

Label:

Seramai 600 anggota parti komponen BN di Perak didakwa akan menyertai PKR pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di Ipoh, Sabtu ini.

Bekas anggota parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, UMNO, MIC dan PPP dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

"Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di Ipoh hari ini.

Beliau mendakwa lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini adalah gelombang pertama... ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM.

"Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.

Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Yap yang juga bekas naib pengerusi MCA bahagian Ipoh Timur berkata, anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea "sistem dua parti" dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas menteri kesihatan itu.

Yap bersama bekas menteri kesihatan Datuk Chua Jui Meng dan bekas senator David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lepas.
SUMBER di sini.

KRISIS BN TERENGGANU: MUHYIDDIN TURUN KE HULU TERENGGANU HARI INI

Label:

KERANA BERITA DI ATAS KE MUHYIDDIN TURUN KE HULU TERENGGANU?

[HARAKAHDAILY] Di tengah-tengah spekulasi sembilan Adun Umno akan meninggalkan parti untuk menyertai Pakatan Rakyat, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin turun ke Terengganu hari ini.

Beliau dijadualkan akan pergi ke pusat masalah dan lubuk kepada Ketua Pembangkang Dun Terengganu, Datuk Harun Taib iaitu Hulu Terengganu.

Muhyidin dijadualkan berjumpa dengan ketua masyarakat jam lima petang ini di Pejabat Umno Hulu Terengganu. Sebenarnya pertemuan petang ini adalah dengan pemimpin Umno tetapi oleh kerana lawatan ini atas nama timbalan perdana menteri, dalam kertas program Muhyidin di sebut bertemu dengan ketua masyarakat.

Muhyidin kemudiannya dijadualkan berbuka puasa di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang. Untuk solat Isya dan Terawih pula Muhyidin memilih Masjid Telok Menara yang terletak dalam Dun Manir yang diwakili Harun Taib.

Ketua Umno Hulu Terengganu yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu adalah Tengku Putera Tengku Awang. Yang Dipertuan PAS Hulu Terengganu adalah Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS.

Sebelum ini, sebuah akhbar politik mingguan, Siasah melaporkan dimuka depannya, jika terbentuk kerajaan baru di Terengganu, Harun adalah calon Menteri Besarnya. Ini kerana, dia adalah ketua pembangkang Dun dan juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.

ImageMenurut sumber PKR, sembilan Adun Umno telah bersetuju untuk menyertai mereka dan seterusnya bergabung dengan PAS bagi membentuk kerajaan baru di Terengganu.

Adun Ajil, Rosol Wahid menolak laporan ini tetapi Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk lompat parti.

Pertemuan juga telah diadakan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel terkenal di Kemaman sebelum ini.

Ketika kemuncak masalah Umno Terengganu sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Hussein telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Dengan kedatangan Muhyidin ke Terengganu hari ini ada yang membuat andaian seolah-olah Hisham gagal untuk menyelesaikan masalah di Terengganu sehingga Muhyidin terpaksa turun sendiri.

AWAS, HUKUMAN PENJARA KE ATAS PEROKOK!!

Label:

Berhati-hati...Jika anda seorang perokok dan bercadang ke Negara China, jangan merokok di tempat awam kerana anda mungkin di penjara lima hari.

[SINAR HARIAN] Golongan perokok di China menghadapi hukuman penjara lima hari jika ditangkap merokok di stesen minyak, pusat memberi-belah, restoran dan kafe Internet.

Hukuman terbaru itu dibuat sebagai usaha mewujudkan persekitaran harmoni menjelang upacara menyambut ulang tahun ke-60 pemerintahan kerajaan komunis.

Larangan yang dikeluarkan Kementerian Keselamatan Awam itu adalah sebahagian pelan tindakan 50 hari bagi mewujudkan persekitaran selesa menjelang Hari Kebangsaan pada 1 Oktober ini.

Menurut kementerian, pesalah pertama adalah seorang lelaki berusia 56 tahun yang ditangkap minggu lalu dan dipenjarakan di bandar raya Chongging, di tengah China.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Zhao itu ditangkap pada Sabtu lalu ketika sedang merokok di sebuah pusat membeli belah di bandar raya tersebut. Hukuman ke atas Zhao dibantah oleh anak lelakinya yang berpendapat hukuman denda sudah memadai.

NAJIB HILANG KAWALAN KE ATAS UMNO

Label:

Apakah Datuk Seri Najib Razak mengawal penuh Umno kini? Nampaknya ramai yang tidak bersetuju dengannya. Kawalan beliau hanya sama sebagaimana Tun Abdullah Badawi mengawal Umno sebelum ini sahaja.

Persoalan ini menjadi topik yang hangat sejak kebelakangan ini apabila Najib memperkenalkan konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Berdasarkan konsep ini, kelihatan Najib mahu menyatukan rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini di bawah banner satu Malaysia.

Maknanya, usaha hendaklah dibuat oleh semua pihak khasnya Umno sendiri untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia ini.

Jelas sekali, apa yang diusahakan oleh Najib adalah sebagai satu usaha beliau untuk menarik kembali sokongan orang bukan Melayu, Cina dan India, yang lari dari Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Ini kerana dalam pilihan raya umum lalu, lebih 70 peratus pengundi Cina dan India dikatakan lari kepada Pakatan Rakyat. Ini menyebabkan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan kalah di kubu masing-masing.

Para pemimpin Umno yang bertanding di kawasan yang ramai pengundi Cina dan India juga kalah.

Pendekatan Najib ini samalah dengan pendekatan yang diambil oleh Tun Abdullah ketika Umno kalah teruk dalam pilihan raya 1999 lalu. Oleh kerana ketika itu orang Melayu yang lari dari Umno, maka pendekatan yang diambil adalah pendekatan Islam iaitu untuk menarik kembali pengundi Melayu. Maka lahirlah konsep Islam Hadhari.

Abdullah berjaya tetapi hanya sekali sahaja iaitu dalam pilihan raya 2004. Selepas itu, BN kalah teruk dalam pilihan raya 2008 apabila masing-masing mula sedar konsep Islam Hadhari itu. Ia hanya pendekatan reaktif Umno untuk membeli kembali undi Melayu.

Sebagaimana 1 Malaysia sekarang, Islam Hadhari juga mendapat sokongan berbelah bahagi dalam Umno sendiri. Yang menariknya, sebagaimana sekarang, timbalan Abdullah ketika itu, iaitu Najib yang kelihatan tidak berapa menyokong konsep itu.

Mentor Najib, Tun Dr Mahathir menyifatkan Islam Hadhari satu ajaran baru yang mengelirukan.

Sebagaimana Abdullah mempunyai seorang anak muda di belakang segala programnya iaitu Khairy Jamaludin, Najib juga ada. Pemuda itu adalah Omar Mustafa Ong. Omar adalah arkitek di belakang 1 Malaysia Najib. Keyakinan kepada Omar menyebabkan Najib sanggup berdepan dengan mentornya Tun Dr Mahathir dalam isu perlantikan Omar ke Lembaga Pengarah Petronas.

Sebagaimana yang Abdullah hadapi, itulah juga yang dihadapi oleh Najib kini. Akhbar rasmi Umno sendiri, Utusan Malaysia dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin dilihat tidak bersama dengan konsep 1 Malaysia Najib.

Sebuah laman web melaporkan, Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Koh Tsuu Koon pernah bertanya dalam mesyuarat Kabinet tentang cara akhbar Umno itu membuat laporan.

Muhyidin dilaporkan telah mempertahankan pendekatan akhbar itu dengan berkata, itu yang diperlukan oleh BN. Kuat sokongan Melayu kepada Umno, kuatlah BN.

Pendekatan kedua-dua mereka ini jelas menjadi ikutan di peringkat bawahan Umno. Di Shah Alam, sekumpulan NGO yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno sanggup berarak dengan kepala lembu berdarah ke bangunan SUK Selangor. Ia jelas sekali satu provokasi dan penghinaan kepada penganut agama Hindu.

Walaupun Datuk Ibrahim Ali, salah seorang tokoh utama pendekatan perkauman Umno ini, cuba memutar belitkan fakta dengan berkata 'kepala lembu adalah lambang PAS dicucuk hidung oleh DAP' namun Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sendiri tidak bersetuju dengan tafsiran Ibrahim itu.

Khairy melalui Twitternya berkata, "Ibrahim Ali said checks by his org showed that the cow's head not aimed at Hindus but at MB& non-Hindu Excos. — Must think Msians stupid."

(Kata Ibrahim Ali, semakan oleh orang-orangnya mendapati, kepala lembu itu bukan ditujukan kepada Hindu tetapi MB dan Exco bukan-Hindu — mesti dia fikir orang Malaysia bodoh).

Persoalan yang tinggal kini adalah sejauh manakah 1 Malaysia boleh bertahan? Apakah ia mampu menghasilkan megic sebagaimana Islam Hadhari yang membawa kemenangan besar kepada BN 2004 lalu?

Nampaknya, dengan penentangan dan pendekatan dua nakhoda dalam Umno sekarang, 1 Malaysia tidak akan membawa Umno ke mana-mana. Silap-silap hanya ke longkang waktu sahaja. Bahkan ada yang meramalkan, tempoh pentadbiran Najib sebagai PM tidak akan melebihi tempoh Abdullah Badawi.

Zulkifli Sulong

SUMBER di sini.

NIZAR: SIDANG DUN PERAK DI HOTEL

Label:

Tu dia...Gaya seorang Speaker yang gentleman...

Setuju yeop....

Sidang berjalan dengan lancar - maklumlah guna RON95

ANTARA USUL YANG DILULUSKAN

Usul pertama diluluskan sebulat suara - yang mengesahkan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan DUN mengenai:

1. (Speaker BN) Datuk R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).

2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa bertindak sebagai speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker.

SUMBER di sini.

SIDANG DUN PERAK: YB NGEH KOO HAM DITANGKAP!!

Label:

ADUN Pakatan Rakyat Perak nekad untuk meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini walaupun pihak polis melarang semua pihak daripada berhimpun di bangunan sekretariat kerajaan negeri.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN Pakatan mula tiba di bangunan tersebut pada kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir ialah kira-kira 150 penyokong mereka.

Manakala pihak polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bangunan tersebut oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air digunakan untuk menutup pintu belakang.

Polis juga menutup kawasan berpokok di mana ADUN Pakatan mengadakan sidang DUN Mac lalu. Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan berkawal di situ.

Pada jam 9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 50 penyokong.

Apabila dihalang oleh pihak polis, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.

"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...

"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.

Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.

Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.

Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja." Para peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.

Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.

Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.

Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.

Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.
SUMBER di sini.

SIDANG DUN AKAN TETAP DIADAKAN HARI INI - NIZAR

Label:

Semalam Dato Seri Nizar menegaskan bahawa Adun-adun Pakatan Rakyat (PR) akan tetap mengadakan sidang DUN pada hari ini. Keputusan ini telah dicapai sebagai memenuhi peraturan Dewan yang mana dalam masa enam bulan sidang DUN itu seharusnya dibuat.

Beliau juga menekankan bahawa Adun-Adun PR yang akan hadir adalah merupakan satu kehadiran yang tenang dan aman. Mereka akan bergerak ke Bangunan SUK dan cuba masuk agar persidangan Dewan dapat diadakan dan Beliau menyatakan bahawa usaha itu dilakukan kerana PR mahu mempertahankan hujah mereka dan mempertahankan hak mereka sebagai ADUN yang mana kemasukan mereka ke dalam dewan sepatutnya tidak boleh dihalang.

Namun begitu jika segala usaha untuk memasuki dewan gagal, beliau telah menyatakan untuk mereka berundur secara aman dan tenang dan berkumpul di lokasi lain bagi meneruskan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak.Walau apa pun yang berlaku hari ini sidang DUN akan tetap dijalankan.

Beliau juga mengingatkan kepada semua supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi bagi melancarkan perjalanan sidang Dun pagi nanti. Sekiranya berlaku sebarang provokasi diminta agar rakyat mengawal diri dan tidak membalas sebarang mainan provokasi jika ia tercetus hari ini.

PAS MOHON AGONG JANGAN SAMBUNG KHIDMAT MUSA HASAN

Label:

PAS memohon Yang Dipertuan Agong supaya tidak memperkenankan cadangan kerajaan untuk menyambung perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang akan berakhir 14 September ini.

Naib Presidennya Dato' Mahfuz Omar berkata, Yang Dipertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan tersebut.

"Yang Dipertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan ini. Yang Dipertuan Agong pernah menolak cadangan Perdana Menteri sebelum ini untuk menyambung perkhidmatan Ketua Hakim Negara," kata beliau dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Gesaan itu dibuat berikutan kegagalan pihak polis menangani kadar jenayah yang semakin meningkat di negara ini.

Beliau juga mencadangkan satu penstrukturan semula dibuat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pembersihan ke atas semua anggota yang didakwa terlibat dengan kumpulan kongsi gelap seperti yang pernah didakwa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan yang membabitkan Musa sendiri.

Penubuhan suruhanjaya berkenaan penting ujarnya kerana pihak polis sendiri tidak berupaya menyiasat kes membabitkan pasukan polis dengan kumpulan kongsi gelap.

"Saya mintak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan membabitkan ketua polis negara sendiri.Ia tak boleh lagi disiasat oleh polis sendiri kerana polis sendiri tak dapat menyiasat kes yang membabitkan penglibatan polis dengan kumpulan kongsi gelap," katanya.

Mahfuz juga yakin masih ramai calon yang layak menggantikan tempat Musa sebagai Ketua Polis Negara.

"Saya percaya sudah tentu ada calon yang terbaik dalam negara kita dan itu kita serah kepada Yang Dipertuan Agong untuk mempertimbang calon-calon di kalangan pegawai polis yang mempunyai integriti yang tinggi," katanya.

Pada 2007, Musa Hassan didakwa terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster.

Blogger Raja Petra Kamaruddin dalam blognya Malaysia Today Sabtu lalu pula menyiarkan akuan bersumpah yang didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.

Antara dakwaan pegawai polis itu, Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.

Beliau juga mendakwa diarahkan untuk menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan.

Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.

Sehubungan itu, Mahfuz meminta kerajaan mempertimbang cadanagn untuk menyambung perkhidmatan Musa yang jelas tecalar dengan dakwaan-dakwaan negatif.
SUMBER: Harakahdaily

HARGA MINYAK NAIK: HADIAH MERDEKA DARI UMNO BN

Label:

Usia 52 tahun dahulu, Almarhum Dr Burhanuddin al-Helmy pernah menyatakan bahawa tanah air ini merdekanya separuh masak. Jika dipaut kalimah itu dengan realiti negara masa kini,ianya boleh ditelusuri dengan mendalam.

Tahun ini sambutan kemerdekaan berslogankan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Obsesi ini tidak akan padam, itu hakikat dan boleh diterima pakai meskipun kosong rohnya.

Pelbagai mantera diseru, termasuklah memecahkan tembok perkauman, membaikpulih jambatan kepercayaan dan mendahulukan kepentingan rakyat.

Tetapi yang dihadiahkan kepada rakyat kini ialah kepala lembu dan kenaikan harga minyak menjelang jam 12 tengah malam ini.

Di sebalik kemurungan ekonomi mengasak rakyat tanpa henti, tekanan demi tekanan seumpama ini terus dilaksanakan oleh Umno-BN tanpa mengambil kira keadaan rakyat yang rencam. Apakah di mata mereka rakyat akan terus angguk-angguk dan geleng-geleng tanpa pertimbangan?

Merdeka ini bukan lagi separuh masak, tetapi kian basi dek penangan percaturan politik sempit dan menindas.

SUMBER sini.

KES ADUN SEPUTEH: SPR TENTUKAN HARI INI

Label:

Hari ini, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak permintaan Speaker DUN Kedah untuk melucutkan status Adun Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif (foto) yang gagal hadir tanpa izin ke sidang DUN dua kali berturut-turut.

Bagi umno, pilihanraya kecil DUN Seputeh perlu dielakkan agar kesinambungan kekalahan mereka tujuh kali berturut-turut dapat diredakan. Kah kaha kah....

Jika pilihanraya kecil diadakan, Tok Kiyai rasa Umno akan memboikotnya untuk untuk mengelakkan aib yang seterusnya. Bagi Pakatan Rakyat pula, inilah masanya untuk merampas kerusi DUN Seputeh dari UMNO.

Bagi Tok Kiyai, SPR tidak akan mengadakan pilihanraya.....

KES CHUA SOI LEK: DUA AHLI PARLIMEN MCA JOHOR AKAN SERTAI PKR?

Label:

(Foto: Chua Tee Yong: Adakah beliau bakal sertai PKR?)

Penyertaan bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri (Johor) iaitu Datuk Chua Jui Meng ke dalam PKR memberi kekuatan kepada Pakatan Rakyat dan sekaligus memberi tekanan dan tamparan yang cukup hebat buat BN.

Tambahan pula Chua Jui Meng dilihat salah seorang pemimpin MCA dan kerajaan yang lebih neutral dalam menangani isu-isu rakyat. Malah, beliau juga mempunyai wawasan yang jelas terhadap rakyat, hingga ditendang dari pemilihan agung MCA baru-baru ini. Kekalahan beliau, merupakan satu tekanan buat MCA dan keretakan jelas terlihat di sana sini. Kekuatan Chua Jui Meng terus menyemarakkan api perjuangan rakyat terutamanya kaum Cina di negara ini.

Parti terbesar kaum Cina itu kembali dikejutkan dengan berita panas baru-baru ini. Ia berikutan tindakan lembaga displin parti memecat Timbalan Presidennya iaitu Datuk Chua Soi Lek. Pemecatan Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan itu jelas sekali bakal mengundah padah yang besar buat parti tersebut. Ini kerana terdapat laporan yang bertiup kencang di Johor sekarang ini, bahawa terdapat dua orang Ahli Parlimen BN dari negeri itu bakal meninggal pakatan karat biru itu dan bertindak menyertai Pakatan Rakyat (PKR). Soalnya sekarang siapakah ahli parlimen terbabit?

Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen BN dari MCA di Johor. Mereka ialah anak kepada Chua Soi Lek sendiri iaitu YB Chua Tee Yong (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang).

Terdapat kebimbangan yang ketara pada Kerajaan BN Johor tentang perkara ini. Malah terdapat maklumat bahawa Ketua Umum PKR sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan perkara itu dalam sessi lawatannya ke negeri itu pada 6 September 2009 ini. Beliau dijangka mengadakan Pidato Ramadan di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat bersama dengan Datuk Chua Jui Meng dan Saudara Hasmi Hashim. Sementara itu, kebimbangan tentang perkara ini menyebabkan UMNO dan BN Johor kini bagai "cacing kepanasan". Tambahan pula Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin sendiri adalah dari negeri Johor.

Apakah perkara ini tercetus hasil ketidakpuasan hati pihak terbabit terhadap pemecatan Chua Soi Lek itu. Mungkinkah Ahli Parlimen pertama yang bakal membuat keputusan drastik itu adalah anak beliau sendiri Chua Tee Yong?

Links to this post
KES 3 KERUSI DUN PERAK: SPR BERTINDAK LUAR KUASA SEKAT P/RAYA - PEGUAM
Sabtu, September 05, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, September 04, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, September 03, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, September 02, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, September 01, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Ogos 31, 2009 | Author: Tuk Kiyai