Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Suami sertai penguatkuasa agama tangkap isteri berkhalwat

Label:

Saya petik:

[BH] ALOR SETAR: Seorang suami yang mengikut pihak berkuasa agama memberkas isterinya yang berada di rumah bersama lelaki lain, naik berang lalu bertindak menampar isteri dan teman lelakinya dalam serbuan mencegah maksiat di Kuah, Langkawi, awal pagi semalam.

Lelaki terbabit berang dengan perbuatan isterinya kerap membawa lelaki lain pulang ke rumah sejak tiga bulan lalu, hilang sabar dengan perbuatan isterinya bermain kayu tiga hingga sanggup membawa teman lelaki masuk ke bilik tidur mereka.

Akhirnya, lelaki berusia 40-an itu hilang sabar lalu menampar isterinya yang berusia 36 tahun dan teman lelaki ketika serbuan dibuat.
Jurucakap Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi (PADAL), berkata pihaknya menerima maklumat daripada suami wanita terbabit pada kira-kira jam 4 pagi sebelum bergegas ke lokasi dan mendapati rumah dalam keadaan gelap serta pintu berkunci.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berusia 50 tahun yang berseluar panjang dan tidak berbaju membukanya lalu membenarkan pegawai membuat pemeriksaan.

“Lelaki terbabit memberi alasan terpaksa membuka baju kerana basah kuyup akibat hujan ketika dalam perjalanan ke rumah wanita itu dengan menunggang motosikal.

“Wanita terbabit yang memakai baju dan seluar ketat ditemui dalam rumah itu. Dia ditemui ketakutan selepas mendapati suaminya juga turut serta dalam pemeriksaan itu,” katanya di sini, semalam.
“Ketika serbuan dibuat, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai anak pengadu dan wanita terbabit turut berada dalam rumah berkenaan dan sedang nyenyak tidur,” katanya di sini, semalam.

Jurucakap itu berkata, lelaki dan wanita terbabit gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

“Lelaki yang ditahan memberi alasan dia hanya menganggap wanita itu sebagai adik sendiri dan kerap menghantar makanan serta memberi wang kepadanya.

“Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima kerana ketika serbuan dilakukan, pintu rumah itu berkunci dari dalam sehingga menimbul syak mereka melakukan khalwat," katanya.

Jurucakap itu berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1)dan(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

(Gambar sekadar hiasan)

Kenangan malam pertama pengantin di bilik D2

Label:

Ajal jodoh di tangan Tuhan. Dan cerita di bawah adalah berkaitan jodoh. Kalau telah ditakdirkan jodoh dan hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, tentunya majlis akan dilangsungkan walaupun di hospital

Saya petik:

[KS] MELAKA – Malam pertama adalah momen paling indah yang tidak akan dilupakan oleh setiap pasangan yang baru berkahwin sehingga ke akhir hayat.

Namun bagi pasangan Asmani Aziz, 32, dan Kamsiah Abd. Majid, 21, mereka terpaksa meraikan malam pertama mereka di Wad D2 di Hospital Melaka di sini malam tadi.

Ia gara-gara Asmani yang masih menerima rawatan selepas terlibat dengan kemalangan apabila kereta yang pandunya berlanggar dengan sebuah treler di Bukit Rambai dekat sini pada tiga hari lalu.

Sebelum itu, majlis perkahwinan termasuk akad nikah juga diadakan di wad yang sama dan dihadiri kira-kira 100 tetamu.

Majlis tersebut bermula kira-kira pukul 9 pagi apabila rombongan pengantin perempuan diarak bersama bunga manggar dari tingkat bawah hospital hingga ke wad untuk bertemu dengan pengantin lelaki.

Menurut Kamsiah, majlis pernikahannya yang ditetapkan semalam tetap diteruskan selepas mendapat persetujuan pihak hospital.

Laporan polis terhadap artis ini kerana simpan gambar bogel rakan

Label:

Pada saat dunia menghampiri kiamat, atau dikatakan dunia akhir zaman ini, maksiat dan kemungkaran berleluasa dengan begitu dahsyat sekali. Zina, rogol, pembunuhan, dan pelbagai macam kemungkaran melanda masyarakat tanpa mengira peringkat usia. Namun kita patut bersyukur masih ada lagi golongan yang masih berani dan bertanggungjawab dalam menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita juga wajib melakukannya walaupun dengan hati kerana ianya merupakan selemah-lemah iman...

Saya petik:

[HM] JAKARTA: Front Pembela Islam (FPI) semalam membuat laporan polis terhadap bintang rock, Ahmad Dhani (gambar) atas dakwaan menyimpan gambar bogel penyanyi dan pelakon, Dewi Persik (Depe) dalam akaun Twitternya.

"Kami membuat laporan terhadap Ahmad Dhani kerana menyimpan gambar porno Dewi Persik.

"Berserta dengan itu, kami juga membuat laporan terhadap Dewi," kata Ketua FPI cawangan Jakarta, Habib Salim, ketika ditemui di Balai Polis Metro Jaya.

Habib tiba bersama lima wakil FPI dengan membawa gambar berkenaan.

Gambar itu antaranya menunjukkan Dewi berbogel dalam satu filem yang pernah dibintanginya serta gambar Julia Perez yang sudah tersebar di media sebelum ini.

"Gamabr ini adalah bukti. Kami membuat laporan terhadap Depe dulu.

"Mengenai Jupe (Julia Perez), kami masih mencari bukti lengkap," kata Habib. - Agensi

Umnoputra dari Bukit Gantang dapat projek RM2 bilion?

Label:

Tu dia ketuanan umnoputra, bukannya ketuanan Melayu!

Saya petik:

[MK] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-BN memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu, lapor TV Selangor.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan
Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu yang dipercayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya.

"Jadi ada seolah (-olah) satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

Beliau kemudian menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender kementerian pertahanan diberikan kepada kroni Umno berkenaan dengan sewenang-wenangnya.

"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindef.

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks. Tuan punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan kementerian pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan kementerian pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," katanya.

Tragis!! Pengusaha dodol maut terjerumus ke dalam kawah dodol

Label:

Wanita melecur, tangan remuk terperangkap putaran mata mesin

Saya petik:

[BH] TUMPAT: Hasrat seorang pengusaha dodol memenuhi permintaan pasaran yang tinggi ketika cuti sekolah, bertukar tragedi apabila mati terjerumus ke dalam kawah panas dodol yang dimasaknya itu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Kampung Laut dekat sini, mangsa, Wan Zainab Wan Ali, 62, meninggal dunia ketika dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Tumpat, sejurus dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Tumpat.
Mangsa mati dalam keadaan melecur teruk pada kedua-dua kaki dan muka, selain tangan kanannya remuk akibat terperangkap pada putaran mata mesin pengacau dodol berkenaan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tumpat, Yaakub Abdullah berkata, mangsa dipercayai terjerumus dalam kawah selepas tudung dipakainya tersangkut dan terlilit pada batang mesin pengacau dodol terbabit ketika memeriksa masakan berkenaan.

Anak saudara mangsa, Nik Roslan Nik Hussein, 41, berkata beliau bergegas ke bangsal tempat ibu saudaranya mengusahakan dodol selepas terdengar jeritannya meminta tolong.

“Saya bergegas meninjau keadaan mak cik yang bersendirian di bangsal dan terkejut melihatnya sedang dipusing mesin pengacau dodol sambil meraung kesakitan. Saya terus mematikan mesin terbabit sebelum mengambil air menjirusnya dan memanggil bantuan penduduk.
“Penduduk yang datang hanya menyiram air pada dodol panas kerana sukar mengeluarkan mak cik berikutan keadaannya mengerikan dengan kaki tersekat pada sebelah batang mesin,” katanya.

Enam anggota Bomba dan Penyelamat Tumpat yang tiba pada jam 5.30 petang, mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong komponen kawah sebesar satu pemeluk dengan ketinggian kira-kira 1.3 meter itu dan mengeluarkan mangsa yang terus dipeluk anaknya, Zarika, 40, dalam keadaan menyayat hati.

Ganas!! Lelaki Ini Didakwa Lakukan Seks Ganas Sehingga Mencederakan Isterinya

Label:

Lelaki ini mengaku tak bersalah cederakan mangsa selepas pertuduhan dibaca

Salah satu hikmah perkahwinan dalam Islam ialah dapat memenuhi kehendak seksual yang menjadi fitrah manusia dengan jalan yang baik dan halal. Kalaulah si suami melakukan hubungan tersebut sehingga berlaku kecederaan dan menganiayai si isteri, maka di manakah letaknya kasih sayang seorang suami? Cuba anda bayangkan, mengapakah si isteri memilih jalan ke mahkamah untuk menyelesaikan kes ini? Anda mungkin tahu jawapannya. Jadikan pengajaran!!!

Saya petik:

[BH] MELAKA: Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Melaka Tengah, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 30, (gambar) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi.
Beliau yang tidak diwakili peguam mengangguk kepala sebagai tanda memahami pertuduhan ketika jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Tengku Saiful Nizam didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun kerana melakukan kesalahan itu ke atas isterinya yang berumur 29 tahun, di Taman Melaka Baru Fasa 3, Melaka Tengah, di sini sehingga menyebabkan kecederaan ke atas wanita itu pada kira-kira jam 5 pagi, pada 2 Jun 2008.

Tertuduh dan isterinya kini masih dalam proses perceraian.

Pegawai pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus dalam pendakwaannya menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh tetapi selepas mendengar rayuan, Muhammad Hazri membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM6,000.
Beliau kemudian menetapkan 20 Januari 2011 untuk sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh melantik peguam bela.

Baru disahkan bercerai tetapi isteri mendapat anak baru dengan "lelaki" lain?

Label:

AZUAN menunjukkan gambar bekas isterinya, Hasli Azuwa di Alor Setar semalam.

Majlis agama Islam atau Mahkamah Syariah sepatutnya mengambil serius kes ini kerana ia melibatkan hukum. Sekiranya perkahwinan kedua si isteri tersebut tidak sah, apakah hukum bagi anak tersebut?

Saya petik:

[KS] ALOR SETAR – Seorang kakitangan kerajaan di sini, Azuan Abu Bakar, 32, terkejut apabila mendapati isterinya yang baru disahkan bercerai dengannya oleh mahkamah semalam rupa-rupanya sudah berkahwin lain dan mendapat anak baru.

Dia yang berasal dari Taman Desa Ilmu dekat Pokok Sena memberitahu, perceraiannya dengan Hasli Azuwa Johari, 21, melalui cara tebus talak sebanyak RM35,000 baru diputuskan oleh Mahkamah Syariah Alor Setar semalam.

Azuan berkata, dia bernikah dengan Hasli Azuwa pada 19 Ogos 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Amri Helmi yang kini berusia dua tahun enam bulan.

“Tapi pada 11 Februari 2009, isteri saya telah bertindak keluar dari rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan saya,” katanya di sini semalam.

Menurut Azuan, dia sebelum ini tidak pernah melafazkan cerai kepada Hasli Azuwa malah isterinya itu keluar dari rumah pun ketika dia tiada di rumah kerana bekerja.

“Sejak itu, dia tidak pulang ke rumah dan saya ada membuat laporan polis mengenai kehilangannya tetapi semalam saya terkejut apabila mendapat tahu dia telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 20 Mac lalu,” ujarnya.

Pengasas Wikileads akhirnya berjaya ditangkap

Label:

LONDON - Pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange ditangkap polis Britain semalam dengan menggunakan waran tangkap pihak berkuasa Sweden pada 18 November lalu kerana disyaki terbabit dalam jenayah rogol wanita di Sweden.

Assange yang berusia 39 tahun dan berasal dari Australia menyerah diri di sebuah balai polis di sini.

Dia ditangkap selepas lebih 250,000 kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) didedahkan di laman webnya.

Pendedahan itu mencetuskan kekecohan kepada dunia kerana maklumat sulit tersebut melibatkan tingkah laku para pemimpin dunia selain perancangan rahsia beberapa buah negara.

Laman web WikiLeaks turut menjadi sasaran penggodam bagi mengelak orang ramai mengakses laman itu untuk membaca kandungan maklumat sulit tersebut.

"Assange ditangkap oleh polis London pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan dengan menggunakan waran tangkap Eropah (Sweden) dan dia dihadapkan ke mahkamah Majistret Westminster di London (semalam)," kata satu kenyataan polis London.

"Dia dituduh pihak berkuasa Sweden berhubung satu kesalahan melakukan paksaan, dua kesalahan mencabul dan satu kesalahan rogol, semuanya didapati dilakukan pada Ogos 2010," tambah kenyataan sama.

Bekas penggodam komputer itu yang kali terakhir muncul di khalayak pada November lalu menafikan semua tuduhan ke atasnya.

Dia memberitahu, semua tuduhan tersebut berpunca daripada satu pertelingkahan berhubung seks suka sama suka melibatkan dirinya dengan dua wanita selain mempunyai motif politik.

Assange kini terpaksa bergelut dengan sistem perundangan Britain bagi mengelak diekstradisi ke Sweden.

Beberapa peguamnya berkata, Assange seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada dihantar pulang ke Sweden kerana bimbang dia akan diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates yang berada di Afghanistan semalam menyifatkan penangkapan itu sebagai 'berita baik'.

Sementara itu dalam satu kenyataan di laman sosial Twitter, WikiLeaks menyatakan: "Penangkapan ketua pengarang kami, Julian Assange pada hari ini tidak akan menjejaskan operasi kami, kami akan terus mendedahkan lebih banyak kabel diplomatik pada malam ini seperti biasa." - Agensi

-kosmo

Kes "Rosmah Puaka" muncul kembali

Label:

Saya petik:

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Gerakan Solidariti Mahasiswa (SMM) sekali lagi mempersoal motif pendakwaraya membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen berhubung kes 'Rosmah Puaka' membabitkan lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Menurut peguam salah seorang responden, Razlan Jalaludin, kes rayuan tersebut ditetapkan hari ini namun nota kehakiman belum diterima dan mahkamah akan menetapkan satu tarikh untuk mendengar kes tersebut.

Presiden SMM, Shazni Munir yang merupakan salah seorang responden berkata, pihak peguam negara seolah-olah menerima tekanan untuk membuka kembali kes tersebut yang keputusannya telah dibuat Mahkamah Sesyen.

Beliau juga mempersoal mahkamah yang hanya memanggil semula tiga daripada kesemua mereka yang sebelum ini didakwa atas kesalahan cubaan melakukan perbuatan khianat, pencerobohan jenayah dan vandalisme.

"Kita amat kecewa dengan keputusan ini dan seolah-olah di peringkat peguam negara menerima tekanan dariapda pihak-pihak tertentu untuk membuka kembali kes ini," kata beliau dalam sidang media di lobi mahkamah pagi tadi.

Mereka yang dipanggil semula ialah Shazni Munir Mohd Ithnin (22 tahun), Muhammad Aizat Roslan (21), Muhammad Saufi Jelani (21) manakala Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini (21) dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli (21) masih belum menerima sebarang perintah dari mahkamah.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rozana Ali Yusoff pada 24 September lalu yang membebaskan lima mahasiswa terbabit daripada pertuduhan jenayah di bawah Seksyen 427, 436, dan 447 Kanun Keseksaan tanpa dipanggil membela diri.

Hakim memutuskan demikian setelah mendapati tiada bukti keraguan (prima facie) yang menunjukkan lima pelajar itu terbabit dalam kejadian tersebut.

Shazni juga tidak menolak kemungkinan kes itu sengaja dibuka kembali untuk mengalihkan pandangan mahasiswa daripada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara seperti kenaikan harga minyak dan barang keperluan yang lain.

"SMM berharap mahasiswa tidak terlalu menumpukan kepada kes ini sehingga tidak peka terhadap isu-isu semasa yang berlaku dalam negara," katanya.

Beliau turut menegaskan, mahasiswa khususnya mereka yang dipanggil semula tiak akan mengaku kalah dan akan berjuang habis-habisan membela diri yang disifatkan menjadi mangsa keadaan.

"Kalau pihak pendakwaraya bersungguh-sungguh mahu lawan kita dalam kes ini, kita juga bermati-matian akan melawan bagi memastikan nasib kami terbela," katanya.

-Harakahdaily

Nasib Malang Khir Toyo sehingga dua generasi?

Label:

INILAH rumah bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir yang terletak di hujung jalan mati di Seksyen 7, Shah Alam.

Malang sehingga dua generasi? Itulah kata pakar Feng Shui. Orang Islam tidak boleh mempercayainya kerana BOLEH membawa kepada syirik.

Saya petik:

[KS] SHAH ALAM – Apakah ada kaitan sesebuah rumah dengan nasib seseorang?
Dalam kes kedudukan rumah banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang lokasinya terletak di hujung jalan mati, sekurang-kurangnya ada pakar Feng Shui percaya ia boleh menyebabkan nasib malang sehingga dua generasi.

Menurut seorang pakar Feng Shui, Joe Choo, terdapat masalah aliran medan tenaga magnetik di kawasan jalan mati menyebabkan pemilik sesebuah rumah mengalami pemikiran bercelaru dan gagal membuat keputusan yang baik.

“Kedudukan rumah di hujung jalan mati menyebabkan tiada aliran tenaga. Ia ibarat sebuah kenderaan yang hanya boleh membuat pusingan U.

“Ia membawa makna orang yang tinggal di rumah tersebut berada dalam keadaan tidak tentu arah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sultan Kelantan gesa bersatu atas kalimah tauhid, bukan bersatu atas perpaduan Melayu

Label:

KOTA BHARU, 7 Dis: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menggesa umat Islam khususnya rakyat di negeri ini supaya menggerakkan usaha mewujudkan umat Islam bersatu padu atas ‘kalimah tauhid’.

Ini penting bagi merealisasikan status umat Islam sebagai ‘khaira ummah’ dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang di akhirat kelak.

Baginda mengajak umat Islam supaya sedar dan insaf bahawa tanggungjawab besar itu tidak akan berjaya dicapai tanpa perpaduan dan persaudaraan di kalangan ummah.

“Sudah tiba masanya kita sebagai satu ummah melaksanakan muhasabah diri dan menilai semula tahap perpaduan yang diamalkan di kalangan umat Islam pada hari ini, sekaligus melakukan anjakan perubahan atau ‘penghijrahan’ ke arah suatu tahap yang lebih baik dalam aspek hubungan sesama manusia,” titah baginda pada Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1432 Hijriah di Balai Islam, Lundang dekat sini, malam tadi.

Baginda mengajak rakyat dan umat Islam supaya sama-sama menghayati ruh dan semangat perjuangan ‘hijrah’ yang telah diteladani dari Junjungan Besar Nabi Muhammad khususnya dalam aspek perhubungan dan persaudaraan sesama Islam dan masyarakat bukan Islam.

“Sejarah Hijratul Rasul sendiri telah membuktikan kejayaan kita menempa kegemilangan hasil kerjasama erat antara kaum Ansar dan Muhajirin.

“Di hadapan kita terbentang masa depan yang tidak diketahui untung nasibnya, bergantung kepada fungsi dan peranan masing-masing. Kita semua bakal mencorakkan wajah kejatuhan atau kebangkitan semula umat Islam,” titah baginda.

Pada sambutan Hijratul Rasul bertema “Satu Ummah, Satu Matlamat” itu, baginda turut menekankan komitmen ummah dalam amalan sunnah yang merupakan kunci kekuatan dan kejayaan dalam mendidik ruh dan hati supaya menjadi baik, tenang dan bersangka baik.

Bagi menjunjung kegemilangan Islam, baginda menaruh penuh harapan agar umat Islam sama-sama berusaha mengembalikan kemuliaan umat Islam dan bangsa dengan bertaqwa kepada Allah.

“Dengan semangat Hijrah untuk memartabatkan umat Islam di negeri Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya, marilah kita membangunkan masyarakat dengan budaya Islam yang unggul iaitu ‘faqiihan’, ‘rahiiman’, ‘ilman’ dan ‘salaaman’ dalam menelunsuri kehidupan masa depan kita yang kian mencabar,” titah baginda.

-Harakahdaily

[VIDEO] Barang naik: Ubah gaya hidup atau ubah kerajaan?

Label:

Harga gandum, beras dan minyak masak akan naik sedikit masa lagi?

Label:

Anda masih percaya kepada menteri PDNKK apabila dia mengatakan tidak ada kenaikan pada harga gandum, beras dan minyak masak sekarang? Saya tidak percaya...

Masih ingat apa jaminan menteri ini kepada rakyat pada 2 November lalu? Katanya:

"Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat,". Baca kenyataan penuh beliau DISINI

Malangnya pada 3 December 2010 berkuatkuasa pada jam 12.01 minit pagi harga petrol RON95 telah dinaikkan 5 sen menjadikannya berharga RM1.90 seliter.

Dua hari sebelum itu petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Harga diesel pula dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula dinaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Jadi, apa lagi yang rakyat boleh harapkan kepada menteri untuk membela nasib mereka?

Saya petik:

Tiada Kenaikan Harga Gandum, Beras Dan Minyak Masak Sekarang..

[MStar] KUALA LUMPUR: Harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail SabriYaakob.

Beliau berkata kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.

"Setakat ini, tidak ada perbincangan untuk menaikkan harga gandum, beras dan minyak masak. Tapi kita tidak boleh kata, tidak akan ada kenaikan, bukan jaminan.

"Tapi perkara ini juga akan mengikut keadaan kerana setakat ini, kerajaan menanggung kos yang agak tinggi memandangkan gandum terpaksa diimport," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah kedai harga patut 2010 di sini, Isnin.

Mengenai penyelarasan harga gula, petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) baru-baru ini, Ismail Sabri berkata siri perbincangan akan dijalankan dengan beberapa pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan tertentu bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak berpatutan.

"Kita akan terus berbincang dan akan dijalankan dengan secepat mungkin bagimenangani kenaikan harga barang yang melampau yang boleh membebankan pengguna,"katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, sebanyak 441 premis daripada 20 kategori telah dipilih untuk diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut merangkumi kategori antaranya barang kulit/kasut/beg, barangan elektrik dan elektronik, barang kraftangan dan antik, batik/songket, kamera dan jam tangan.

Restoran Ukhuwah Rakyat 1Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah khas Kedai Harga Patut yang menyediakan hidangan makanan pada harga RM1.

Ismail Sabri berkata anugerah dan pengiktirafan yang diberi itu boleh ditarik balik sekiranya didapati premis-premis berkenaan gagal mengekalkan prestasi mereka sebagai Kedai Harga Patut.

"Kita akan sentiasa memantau dan sekiranya didapati kedai-kedai itu tidak lagi patuh kriteria yang ditetapkan, kementerian boleh tarik balik dan batalkan sijil itu bila-bila masa.

"Sebab itu, kita menggalakkan peniaga terus kekal dan patuhi kriteria yang dimenangi. Selagi ikut kriteria, plak dan sijil akan kekal di premis mereka," katanya. - BERNAMA

TERBONGKAR!! SYABAS guna aset Kerajaan Selangor bernilai RM10.9 billion secara percuma

Label:

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memberi lampu hijau kepada kerajaan Selangor untuk meneruskan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Menurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin (kiri), lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma.

Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu.

Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas.

Ekoran penemuan itu, kata Faekah, kerajaan Selangor kini boleh menawarkan "tidak kurang daripada dua pilihan" kepada SYABAS - kedua-duanya, menurutnya, akan menguntungkan rakyat Selangor.

Katanya, mereka boleh sama ada menerima tawaran RM5.7 bilion, atau menyewa atau membeli aset kerajaan negeri bernilai RM10.9 bilion dan terus menguruskan bekalan air di Selangor, tetapi dengan syarat.

"(SYABAS) menjalankan perniagaan, kami faham mereka perlu dapat
keuntungan, tetapi ia harus terhad dan syarat kenaikan tarif hendaklah dipenuhi.

"Jika (SYABAS) memilih untuk membeli atau menyewa aset, contohnya RM30 juta sebulan, maka ia akan menyelesaikan kos kami untuk meneruskan program bekalan air percuma," katanya.

Faekah berkata, penduduk Kuala Lumpur juga akan mendapat manfaat daripada kawalan kenaikan tarif, walaupun mereka mungkin tidak menerima bekalan 20 meter padu percuma dari kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, ianya terpulang kepada SYABAS untuk menerima atau menolak tawaran Selangor itu, yang akan terus mengenakan tekanan terhadap syarikat konsesi berkenaan.

Semalam, 48 orang ditangkap selepas kira-kira 7,000 bersama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco kerajaan negeri berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air kepada Yang di-Pertuan Agong.

MESTI BACA!! Sebab kerajaan BN terpaksa naikkan harga barang

Label:

Mengapa harga barang naik?
-Kerana hutang negara bertambah dengan begitu mendadak. Pada tahun ini (2010) hutang negara berjumlah RM408 billion. Jadi BN terpaksa naikkan harga barang dengan mengurangkan subsidi. Mengapa hutang bertambah dengan begitu tinggi? Kerana rasuahlah yang menyebabkan hutang negara bertambah. Sungguhpun Petronas untung RM 70 billion setahun tetapi hutang negara masih juga bertambah. Ke mana perginya hasil Petronas? Kerana rasuah, rakyat kini sudah mula sakit.

Jumlah hutang negara mengikut tahun:
Tahun 2007 - RM267 billion
Tahun 2008 - RM285 billlion
Tahun 2009 - RM362 billion
Tahun 2010 - RM408 billion

BN pun tahu, rakyat akan marah dengan kenaikan harga barang ini. Sebab itulah mereka menaikkan harga barang seperti petrol dan gula secara SENYAP-SENYAP.

Jika rakyat masih tidak sedar akan hal ini, rakyat pasti akan menerima padahnya. Siapa yang susah? Orang kampung yang berpendapatan kais pagi makan malam, peneroka bandar yang bekerja demi mengalas perut anak-anak, dan kakitangan kerajaan gred bawahan.

p/s: orang umno tak kisah dengan kenaikan harga barang ini. Sebab mereka faham dengan masalah pemimpin mereka yang mentadbir Malaysia. Malah mereka sanggup berkorban apa saja...

PANAS!!! Parti Maju Sabah (SAPP) keluar BN. MCA bila lagi?

Label:

Saya petik:

[FMT] KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) keluar BN kerana tidak sanggup melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam kepimpinanan BN, kata Timbalan Presiden sapp, Datuk Eric Mojimbun.

Tegasnya, teguran yang dibuat oleh parti-parti kecil dalam BN khususnya, SAPP, langsung tidak diambil peduli oleh mereka, walaupun tujuan SAPP adalah ikhlas demi melihat kelangsungan pentadbiran dan kepimpinan BN menuju ke arah landasan yang betul.

“Kita bukan merajuk tetapi tindakan kita mahu menyelamatkan rakyat dan negeri ini dari terus menuju kemunduran yang berterusan, kerana kita dalam 47 tahun bersama membentuk Malaysia hak asasi kita mengikut dalam Perlembagaan terus terbiar, maksudnya kita rakyat Sabah terus dibelenggu kemiskinan,” kata beliau ketika berucap merasmikan majlis induksi ahli-ahli baru SAPP kawasan Kemabong di Hotel Perkasa dekat sini pagi tadi.

Hadir sama, Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Frankie Chong Yu Chee, mantan Menteri Kewangan semasa kerajaan Parti Berjaya Datuk Haji Mohd Noor Mansor, Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah, Ahli Majlis Tertinggi Steven Gaimin dan Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman, Rudy Sulaiman Mairi.

Eric seterusnya menegaskan bahawa selagi kepimpinan SAPP masih berada dalam BN selagi itu hak parti itu bersuara lantang untuk menyuarakan sesuatu perkara yang bertentangan dengan aspirasi rakyat khususnya di Sabah tidak digalakkan malah dilabel sebagai menentang dasar perjuangan kerajaan BN.

Tegas beliau, SAPP tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap kelibat segelintir pemimpin bersifat kuku besi Kuala Lumpur berhubung penyelesaian masalah pendatang asing tanpa izin (PATI), kad pengenalan palsu, penyelewengan dan korupsi yang berleluasa sehingga sehingga kini masalah tersebut masih tergantung.

“Perjuangan SAPP semata-mata untuk membela rakyat Sabah dalam usaha mahu memertabatkan bangsa dan maruah negeri selain meningkatkan taraf hidup rakyat dengan harapan lambat laun rakyat akan terkeluar daripada kepompong kemiskinan,” tegas Eric.

Eric yang juga Ahli Parlimen Sepanggar seterusnya menegaskan, bahawa agak malang sekali laporan media baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila Bank Dunia mengatakan Sabah merupakan negeri yang termiskin di Malaysia.

“Saya bertanya diri saya sendiri, siapa yang mengakibatkan masalah ini berlaku? Sejurus itu ia mengingkat saya, siapa lagi kalau bukan tindak tanduk pemimpin pemimpin Umno di Semenanjung yang suka membazir dan menggunakan peruntukan yang berlebihan untuk kroni-kroni mereka tetapi tidak sampai kepada sasaran tepat. Siapa yang menjadi mangsa? Sudah tentunya kita di Sabah kerana pembangunan tidak sampai.

Kalau sampai pun lambat,” tegas beliau dengan nada kesal sambil merujuk beberapa kawasan di pedalaman yang penduduknya merungut kerana jalanraya rosak terok tidak dinaik taraf malah rakyat mendakwa setiap hari bergelut dengan lumpur.

Terdahulu, wakil peserta Induksi Kemabong yang juga mantan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Kemabong Saul Salleh yang telah menyertai SAPP sebulan lalu berkata, beliau tidak sanggup lagi bersekongkol dengan perjuangan Umno yang sering dicurigai rakyat keikhlasannya terhadap membangunkan kawasan di situ.

Katanya, cukuplah Umno bertapak di situ selama empat penggal namun untuk meneruskannya sudah tidak ada kemungkinan lagi kerana mereka telah muak dengan kelibat buruk kepimpinan Umno selama ini ibarat pepatah ada mengatakan “Bertuan di mata, ber ‘Raja’ di mulut dan ber ‘Sultan’ di hati”.

Sebaliknya tegas Saul, rakyat jelata di peringkat akar umbi sudah faham dengan jelas bahawa mereka (rakyat) memerlukan perjuangan sebuah parti tempatan seperti SAPP kerana hanya parti tempatan sahaja yang mengerti masalah rakyat di Sabah dan mampu menyelesaikan masalah mereka.

Khir Toyo Mengaku Tidak Bersalah Atas Pemilikan 2 Lot Tanah, Banglo

Label:

Saya petik:

[MStar] SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Isnin, atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7, di sini pada harga yang jauh lebih murah berbanding harga asal.

Pengakuan Mohamad Khir direkodkan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan pada pukul 12.05 tengah hari Isnin.

Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan bagi dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, dua tanah lot dan sebuah rumah yang terletak di nombor 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, di sini melalui Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Bekas Menteri Besar yang kini merupakan Ketua Pembangkang Selangor didakwa mendapatkan hartanah tersebut pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut dibeli oleh Ditamas Sdn Bhd dengan harga RM6.5 juta, pada 23 Disember 2004.

Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh Mohamad Khir pada 29 Mei 2007 di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor yang terletak di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di sini.

Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai Menteri Besar pada 2001 sehingga Barisan Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum 2008.

Mohamad Khir tiba di mahkamah pada pukul 11.25 pagi dalam keadaan tidak bergari dan diiringi oleh beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendakwaan terhadap Mohamad Khir, yang juga seorang doktor gigi dikendalikan sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain Abdul Gani, turut hadir bagi pihak pendakwaan ialah Ketua Unit Pendakwaan, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Jabatan Peguam Negara, Dzukifli Ahmad.

Abdul Gani menawarkan jaminan RM1juta memandangkan kesalahan yang dilakukan oleh Mohamad Khir adalah serius dan melibatkan jumlah yang tinggi.

“Tertuduh adalah seorang wakil rakyat dan menjawat jawatan tertinggi di Selangor pada masa tersebut. Oleh itu, beliau sepatutnya lebih tahu dan tidak melakukan kesalahan tersebut.

“Saya perlu menawarkan jumlah yang dapat memberi jaminan bukan sahaja kepada pihak pendakwaan, tetapi kepada semua untuk memberi jaminan kepada sistem perundangan,”katanya.

Bagaimanapun, peguam M.Athimulan yang mewakili Mohamad Khir merayu supaya jumlah tersebut dikurangkan.

“Tertuduh adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang dan beliau tidak akan melarikan diri serta akan menghadiri perbicaraan di mahkamah.

“Tujuan jaminan juga hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah dan jumlah jaminan yang terlalu tinggi seolah-olah akan menghukum beliau yang masih belum dibuktikan bersalah,” kata Athimulan. Selain Athimulan, barisan pembelaan turut diwakili peguam Mohd Afifuddin Hafifi.

Azhaniz Teh selepas mempertimbangkan rayuan membenarkan Mohamad Khir dibebaskan dengan jaminan RM750,000 dengan seorang penjamin. Beliau juga membenarkan permohonan Abdul Gani untuk memindahkan kes untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Di mahkamah sama, Shamsuddin, 52, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat melakukan kesalahan tersebut dengan Mohamad Khir di tempat dan masa yang sama.

Tertuduh yang beralamat di Jalan Gobek 11-9, di sini didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama dan Seksyen 165 kanun sama.

Azhaniz Teh menetapkan jumlah jaminan untuk Shamsuddin pada jumlah yang sama dengan Mohamad Khir, iaitu RM750,000 dengan seorang penjamin.

Turut berada di mahkamah ialah Pengarah Siasatan SPRM Putrajaya, Mustaffa Ali dan Ketua Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Maahad.

Pada sidang media yang diadakan selepas prosiding mahkamah, Abdul Gani berkata, terdapat beberapa saksi yang terlibat dengan kes tersebut kini diletakkan di bawah Program Perlindungan Saksi.

“Sehingga kini, sekurang-kurangnya terdapat 16 saksi dan pihak kami juga akan memohon supaya tarikh awal diberikan bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi dan juga perbicaraan dijalankan dengan segera,” katanya.

Abdul Gani juga menambah, beliau berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

“Saya tidak menafikan siasatan oleh SPRM mengambil masa yang agak lama, tetapi saya amat berpuas hati dengan hasilnya yang sangat menyeluruh dan membawa kepada pertuduhan hari ini,” katanya.

GAPS syok sendiri!! Hanya 150 ahli adakan perhimpunan semalam

Label:

Tiada sambutan dan syok sendiri sahaja. Kenapa hanya 150 orang (versi Berita Hairan la). Katanya GAPS ni adalah gabungan lebih 50 NGO termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor, Gerakan Belia 4B Selangor, GPMS Selangor, Kesatuaan Pelajar Melayu Selangor termasuk persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di negeri itu. WOW!!! Tak boleh ke mengatasi atau seramai demontrasi bantah penswastaan air anjuran Pakatan Rakyat?

Saya petik:

[BH] KUALA LUMPUR: Lebih 150 ahli Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka pada jam 11 pagi, sebelum bersurai atas nasihat polis, semalam.

Perhimpunan diketuai Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin bersama beberapa ahli gabungan kemudian ke Istana Negara pada jam 1 tengah hari bagi menyerahkan memorandum ‘30 Perkara Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor Pemerintahan Pakatan Rakyat’ kepada wakil istana.

“Kita berkumpul secara aman bertujuan menyerahkan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong, bagaimanapun selepas mendengar arahan polis, kita bersurai dan dibenarkan menyerahkannya (memorandum),” katanya.
Hamidzun berkata, memorandum antara lain, mendakwa kerajaan negeri membatalkan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, Hulu Selangor selain merampas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) juga di Hulu Selangor.

GAPS turut mendakwa, kerajaan negeri membazir wang rakyat dengan membelanjakan hampir RM800,000 bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor selain membenarkan masjid digunakan sebagai ‘gelanggang’ politik pada khutbah Jumaat.

“Semua penyelewengan itu berlaku kerana kelemahan pentadbiran, pengurusan dan kepemimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pemimpin nombor satu Selangor, ” katanya.

Hamidzun berkata, memorandum yang sama itu turut diserahkan kepada wakil Sultan Sharafuddin Idris Shah, kelmarin antara lain merayu Sultan Selangor menasihati kerajaan negeri supaya melucutkan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kerana mendakwa tidak menyumbang sebarang kemajuan.

52 ditahan sertai protes air di KL dibebaskan

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Dis - Kesemua 52 orang termasuk seorang remaja berusia 15 tahun yang ditahan kerana melanggar arahan polis dengan cuba meneruskan perarakan protes air ke Istana Negara hari ini dibebaskan kira-kira pukul 6 petang tadi (semalam).

Selain itu, turut ditahan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara Dr Nasir Hashim dan empat pelajar.

Peguam R. Sivarasa ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata 50 orang telah dibebaskan kira-kira pukul 6 petang selepas memberikan keterangan di pusat Pasukan Gerakan Am, Cheras manakala dua orang lagi dibebaskan kira-kira pukul 8 malam.

"Saya telah dimaklumkan jumlah sebenar yang ditahan adalah seramai 52 orang termasuk seorang remaja berusia 15 tahun, kesemua yang ditahan petang tadi adalah lelaki.

"Lima puluh orang telah dibebaskan petang tadi manakala yang dua orang lagi terpaksa ditahan kerana tidak membawa kad pengenalan, namun setelah berbincang kita meminta supaya ahli keluarga mereka datang membawa kad pengenalan. Kedua-dua mereka adalah seorang Melayu dan seorang Cina.

"Jadi sekarang semua sudah selesai, semuanya sudah dibebaskan," kata Sivarasa yang juga bekas naib presiden PKR.

Terdahulu Nasir, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan setiausaha agungnya S. Arutchelvan ditahan semula di kawasan Istana Negara selepas mereka dilepaskan di Masjid Negara.

Sebelum itu, mereka ditahan di hab pengangkutan awam KL Sentral.

Kesemua mereka ditahan selepas kira-kira 5,000 penyokong ingkar dengan arahan polis supaya bersurai daripada mengadakan perarakan protes air ke Istana Negara.

Mereka ditahan selepas polis mengerahkan kira-kira 300 anggota untuk mengambil tindakan dengan menyerbu masuk ke pekarangan Masjid Negara sebelum menahan mereka.

Sebelum itu, polis terpaksa menyembur air pemedih mata dan juga gas pemedih mata untuk menghalang penyokong-penyokong daripada meneruskan perarakan ke Istana Negara.

Namun begitu Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dibenarkan untuk ke Istana Negara dengan diiringi polis bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Memorandum yang mengadungi 150,000 tandatangan rakyat Selangor itu diterima Pegawai Akhbar Istana Negara Khairi Abdul Rahman yang mewakili bagi pihak Yang di-Pertuan Agong.

Terlebih dahulu sebelum menyerahkan memorandum itu, Khalid turut berada di Masjid Negara untuk bersama kira-kira 1,000 penyokong yang menyertai demonstrasi dan perarakan aman itu.

Melalui memorandum itu, Khalid memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar hak air dikembalikan kepada rakyat melalui pengambilalihan oleh kerajaan Selangor.

Dalam memorandum itu, Khalid berkata, kerajaan persekutuan perlu mengembalikan semula hak air kepada rakyat dengan menyerahkan semula kuasa kerajaan Selangor dalam isu berkaitan perkhidmatan air.

[VIDEO] Demonstrasi bantah penswastaan air selangor berjaya walaupun ramai ditangkap polis!!

Label:

Sultan Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana masih suami isteri yang sah

Label:

Saya petik:

KOTA BAHRU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini menolak permohonan pengesahan lafaz cerai bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra terhadap isteri keduanya Cik Puan Elia Suhana Ahmad (gambar) yang difailkan seorang wanita Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman pada Mac lalu.

Hakim Abdullah Man yang membuat keputusan itu berkata ini kerana mahkamah mendapati plaintif gagal mengemukakan saksi yang mencukupi mendengar pengesahan lafaz cerai itu selain tiada saksi lain ketika Abdullah menghadap Sultan Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian pada 30 Okt lalu.

"Mahkamah telah membuat keputusan berdasarkan kepada tiga perkara iaitu yang pertama sama ada pihak ketiga boleh memohon bagi pengesahan lafaz cerai, yang keduanya apakah plaintif mempunyai saksi yang mencukupi dan ketiga apakah yang berlaku di Istana antara saya dan Sultan boleh diterima di mahkamah.

"Berdasarkan itu mahkamah hari ini menolak permohonan plaintif (Nik Rorhana)bagi memohon pengesahan lafaz cerai ini dan plaintif boleh membuat rayuan berhubung keputusan ini dalam tempoh 14 hari," kata Abdullah sewaktu membacakan penghakimannya.

Pada prosiding hari ini Nik Rorhana hadir manakala defendan Elia Suhana, 31, tidak hadir atas alasan tidak sihat.

Pada 21 Mac lalu, Elia Suhana melalui peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan mengemukakan permohonan untuk membatalkan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Sultan Ismail Petra terhadapnya yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac lalu.

Sultan Ismail Petra yang ketika itu masih Sultan Kelantan didakwa menjatuhkan talak tiga terhadap Elia Suhana pada 12 Feb lalu di hadapan beberapa orang saksi ketika dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Sebelum itu, Abdullah berkata atas isu yang pertama mahkamah memutuskan pihak ketiga iaitu Nik Rorhana berhak memfailkan permohonan lafaz cerai bagi pihak Sultan Ismail Petra itu berdasarkan kepada hukum syarak.

"Bagi isu yang kedua mahkamah mendapati plaintif telah gagal mengemukakan saksi yang mencukupi dan hanya mengemukakan seorang saksi iaitu seorang doktor dan mahkamah berpuas hati dengan keterangannya.

"Bagaimanapun keterangan saksi yang kedua mahkamah tidak berpuas hati kerana keterangannya tidak mencukupi sebagai saksi," katanya.

Abdullah berkata dalam isu yang ketiga Sultan Ismail Petra hanya membenarkan seorang hakim sahaja untuk ditemubual berhubung pengesahan lafaz cerai baginda itu yang diadakan di Istana Mahkota pada 30 Okt lalu.

"Jika saya yang Font sizemenjadi saksi dalam pertemuan itu siapa pula yang boleh menjadi hakim dan hakim tidak boleh menjadi saksi," katanya.

Peguam mewakili Elia Suhana, Fakhrul Azman Abu Hassan ketika ditemui di luar mahkamah berkata sepatutnya apa yang berlaku di Istana Mahkota pada ketika itu ia perlu dihadiri plaintif, defendan, peguam yang mewakili kedua-duanya dan termasuk hakim.

"Apa yang berlaku ia sudah tidak mematuhi prosedur kerana hakim pada masa yang sama tidak boleh menjadi saksi. "Dengan keputusan mahkamah hari ini Cik Puan Elia Suhana dan Al-Sultan (Sultan Ismail Petra) masih lagi merupakan suami isteri yang sah," katanya.

Sementara itu, peguam plaintif, Zainul Rijal Abu Bakar berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya itu sama ada untuk memfailkan rayuan atas keputusan itu atau sebaliknya. - BERNAMA
Suami sertai penguatkuasa agama tangkap isteri berkhalwat
Sabtu, Disember 11, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[BH] ALOR SETAR: Seorang suami yang mengikut pihak berkuasa agama memberkas isterinya yang berada di rumah bersama lelaki lain, naik berang lalu bertindak menampar isteri dan teman lelakinya dalam serbuan mencegah maksiat di Kuah, Langkawi, awal pagi semalam.

Lelaki terbabit berang dengan perbuatan isterinya kerap membawa lelaki lain pulang ke rumah sejak tiga bulan lalu, hilang sabar dengan perbuatan isterinya bermain kayu tiga hingga sanggup membawa teman lelaki masuk ke bilik tidur mereka.

Akhirnya, lelaki berusia 40-an itu hilang sabar lalu menampar isterinya yang berusia 36 tahun dan teman lelaki ketika serbuan dibuat.
Jurucakap Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi (PADAL), berkata pihaknya menerima maklumat daripada suami wanita terbabit pada kira-kira jam 4 pagi sebelum bergegas ke lokasi dan mendapati rumah dalam keadaan gelap serta pintu berkunci.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berusia 50 tahun yang berseluar panjang dan tidak berbaju membukanya lalu membenarkan pegawai membuat pemeriksaan.

“Lelaki terbabit memberi alasan terpaksa membuka baju kerana basah kuyup akibat hujan ketika dalam perjalanan ke rumah wanita itu dengan menunggang motosikal.

“Wanita terbabit yang memakai baju dan seluar ketat ditemui dalam rumah itu. Dia ditemui ketakutan selepas mendapati suaminya juga turut serta dalam pemeriksaan itu,” katanya di sini, semalam.
“Ketika serbuan dibuat, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai anak pengadu dan wanita terbabit turut berada dalam rumah berkenaan dan sedang nyenyak tidur,” katanya di sini, semalam.

Jurucakap itu berkata, lelaki dan wanita terbabit gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

“Lelaki yang ditahan memberi alasan dia hanya menganggap wanita itu sebagai adik sendiri dan kerap menghantar makanan serta memberi wang kepadanya.

“Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima kerana ketika serbuan dilakukan, pintu rumah itu berkunci dari dalam sehingga menimbul syak mereka melakukan khalwat," katanya.

Jurucakap itu berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1)dan(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

(Gambar sekadar hiasan)
Kenangan malam pertama pengantin di bilik D2
Sabtu, Disember 11, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Ajal jodoh di tangan Tuhan. Dan cerita di bawah adalah berkaitan jodoh. Kalau telah ditakdirkan jodoh dan hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, tentunya majlis akan dilangsungkan walaupun di hospital

Saya petik:

[KS] MELAKA – Malam pertama adalah momen paling indah yang tidak akan dilupakan oleh setiap pasangan yang baru berkahwin sehingga ke akhir hayat.

Namun bagi pasangan Asmani Aziz, 32, dan Kamsiah Abd. Majid, 21, mereka terpaksa meraikan malam pertama mereka di Wad D2 di Hospital Melaka di sini malam tadi.

Ia gara-gara Asmani yang masih menerima rawatan selepas terlibat dengan kemalangan apabila kereta yang pandunya berlanggar dengan sebuah treler di Bukit Rambai dekat sini pada tiga hari lalu.

Sebelum itu, majlis perkahwinan termasuk akad nikah juga diadakan di wad yang sama dan dihadiri kira-kira 100 tetamu.

Majlis tersebut bermula kira-kira pukul 9 pagi apabila rombongan pengantin perempuan diarak bersama bunga manggar dari tingkat bawah hospital hingga ke wad untuk bertemu dengan pengantin lelaki.

Menurut Kamsiah, majlis pernikahannya yang ditetapkan semalam tetap diteruskan selepas mendapat persetujuan pihak hospital.

Laporan polis terhadap artis ini kerana simpan gambar bogel rakan
Jumaat, Disember 10, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Pada saat dunia menghampiri kiamat, atau dikatakan dunia akhir zaman ini, maksiat dan kemungkaran berleluasa dengan begitu dahsyat sekali. Zina, rogol, pembunuhan, dan pelbagai macam kemungkaran melanda masyarakat tanpa mengira peringkat usia. Namun kita patut bersyukur masih ada lagi golongan yang masih berani dan bertanggungjawab dalam menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita juga wajib melakukannya walaupun dengan hati kerana ianya merupakan selemah-lemah iman...

Saya petik:

[HM] JAKARTA: Front Pembela Islam (FPI) semalam membuat laporan polis terhadap bintang rock, Ahmad Dhani (gambar) atas dakwaan menyimpan gambar bogel penyanyi dan pelakon, Dewi Persik (Depe) dalam akaun Twitternya.

"Kami membuat laporan terhadap Ahmad Dhani kerana menyimpan gambar porno Dewi Persik.

"Berserta dengan itu, kami juga membuat laporan terhadap Dewi," kata Ketua FPI cawangan Jakarta, Habib Salim, ketika ditemui di Balai Polis Metro Jaya.

Habib tiba bersama lima wakil FPI dengan membawa gambar berkenaan.

Gambar itu antaranya menunjukkan Dewi berbogel dalam satu filem yang pernah dibintanginya serta gambar Julia Perez yang sudah tersebar di media sebelum ini.

"Gamabr ini adalah bukti. Kami membuat laporan terhadap Depe dulu.

"Mengenai Jupe (Julia Perez), kami masih mencari bukti lengkap," kata Habib. - Agensi

Umnoputra dari Bukit Gantang dapat projek RM2 bilion?
Jumaat, Disember 10, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Tu dia ketuanan umnoputra, bukannya ketuanan Melayu!

Saya petik:

[MK] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-BN memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu, lapor TV Selangor.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan
Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu yang dipercayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya.

"Jadi ada seolah (-olah) satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

Beliau kemudian menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender kementerian pertahanan diberikan kepada kroni Umno berkenaan dengan sewenang-wenangnya.

"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindef.

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks. Tuan punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan kementerian pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan kementerian pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," katanya.
Tragis!! Pengusaha dodol maut terjerumus ke dalam kawah dodol
Jumaat, Disember 10, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Wanita melecur, tangan remuk terperangkap putaran mata mesin

Saya petik:

[BH] TUMPAT: Hasrat seorang pengusaha dodol memenuhi permintaan pasaran yang tinggi ketika cuti sekolah, bertukar tragedi apabila mati terjerumus ke dalam kawah panas dodol yang dimasaknya itu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Kampung Laut dekat sini, mangsa, Wan Zainab Wan Ali, 62, meninggal dunia ketika dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Tumpat, sejurus dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Tumpat.
Mangsa mati dalam keadaan melecur teruk pada kedua-dua kaki dan muka, selain tangan kanannya remuk akibat terperangkap pada putaran mata mesin pengacau dodol berkenaan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tumpat, Yaakub Abdullah berkata, mangsa dipercayai terjerumus dalam kawah selepas tudung dipakainya tersangkut dan terlilit pada batang mesin pengacau dodol terbabit ketika memeriksa masakan berkenaan.

Anak saudara mangsa, Nik Roslan Nik Hussein, 41, berkata beliau bergegas ke bangsal tempat ibu saudaranya mengusahakan dodol selepas terdengar jeritannya meminta tolong.

“Saya bergegas meninjau keadaan mak cik yang bersendirian di bangsal dan terkejut melihatnya sedang dipusing mesin pengacau dodol sambil meraung kesakitan. Saya terus mematikan mesin terbabit sebelum mengambil air menjirusnya dan memanggil bantuan penduduk.
“Penduduk yang datang hanya menyiram air pada dodol panas kerana sukar mengeluarkan mak cik berikutan keadaannya mengerikan dengan kaki tersekat pada sebelah batang mesin,” katanya.

Enam anggota Bomba dan Penyelamat Tumpat yang tiba pada jam 5.30 petang, mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong komponen kawah sebesar satu pemeluk dengan ketinggian kira-kira 1.3 meter itu dan mengeluarkan mangsa yang terus dipeluk anaknya, Zarika, 40, dalam keadaan menyayat hati.
Lelaki ini mengaku tak bersalah cederakan mangsa selepas pertuduhan dibaca

Salah satu hikmah perkahwinan dalam Islam ialah dapat memenuhi kehendak seksual yang menjadi fitrah manusia dengan jalan yang baik dan halal. Kalaulah si suami melakukan hubungan tersebut sehingga berlaku kecederaan dan menganiayai si isteri, maka di manakah letaknya kasih sayang seorang suami? Cuba anda bayangkan, mengapakah si isteri memilih jalan ke mahkamah untuk menyelesaikan kes ini? Anda mungkin tahu jawapannya. Jadikan pengajaran!!!

Saya petik:

[BH] MELAKA: Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Melaka Tengah, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 30, (gambar) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi.
Beliau yang tidak diwakili peguam mengangguk kepala sebagai tanda memahami pertuduhan ketika jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Tengku Saiful Nizam didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun kerana melakukan kesalahan itu ke atas isterinya yang berumur 29 tahun, di Taman Melaka Baru Fasa 3, Melaka Tengah, di sini sehingga menyebabkan kecederaan ke atas wanita itu pada kira-kira jam 5 pagi, pada 2 Jun 2008.

Tertuduh dan isterinya kini masih dalam proses perceraian.

Pegawai pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus dalam pendakwaannya menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh tetapi selepas mendengar rayuan, Muhammad Hazri membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM6,000.
Beliau kemudian menetapkan 20 Januari 2011 untuk sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh melantik peguam bela.
AZUAN menunjukkan gambar bekas isterinya, Hasli Azuwa di Alor Setar semalam.

Majlis agama Islam atau Mahkamah Syariah sepatutnya mengambil serius kes ini kerana ia melibatkan hukum. Sekiranya perkahwinan kedua si isteri tersebut tidak sah, apakah hukum bagi anak tersebut?

Saya petik:

[KS] ALOR SETAR – Seorang kakitangan kerajaan di sini, Azuan Abu Bakar, 32, terkejut apabila mendapati isterinya yang baru disahkan bercerai dengannya oleh mahkamah semalam rupa-rupanya sudah berkahwin lain dan mendapat anak baru.

Dia yang berasal dari Taman Desa Ilmu dekat Pokok Sena memberitahu, perceraiannya dengan Hasli Azuwa Johari, 21, melalui cara tebus talak sebanyak RM35,000 baru diputuskan oleh Mahkamah Syariah Alor Setar semalam.

Azuan berkata, dia bernikah dengan Hasli Azuwa pada 19 Ogos 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Amri Helmi yang kini berusia dua tahun enam bulan.

“Tapi pada 11 Februari 2009, isteri saya telah bertindak keluar dari rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan saya,” katanya di sini semalam.

Menurut Azuan, dia sebelum ini tidak pernah melafazkan cerai kepada Hasli Azuwa malah isterinya itu keluar dari rumah pun ketika dia tiada di rumah kerana bekerja.

“Sejak itu, dia tidak pulang ke rumah dan saya ada membuat laporan polis mengenai kehilangannya tetapi semalam saya terkejut apabila mendapat tahu dia telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 20 Mac lalu,” ujarnya.

Pengasas Wikileads akhirnya berjaya ditangkap
Rabu, Disember 08, 2010 | Author: Tuk Kiyai
LONDON - Pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange ditangkap polis Britain semalam dengan menggunakan waran tangkap pihak berkuasa Sweden pada 18 November lalu kerana disyaki terbabit dalam jenayah rogol wanita di Sweden.

Assange yang berusia 39 tahun dan berasal dari Australia menyerah diri di sebuah balai polis di sini.

Dia ditangkap selepas lebih 250,000 kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) didedahkan di laman webnya.

Pendedahan itu mencetuskan kekecohan kepada dunia kerana maklumat sulit tersebut melibatkan tingkah laku para pemimpin dunia selain perancangan rahsia beberapa buah negara.

Laman web WikiLeaks turut menjadi sasaran penggodam bagi mengelak orang ramai mengakses laman itu untuk membaca kandungan maklumat sulit tersebut.

"Assange ditangkap oleh polis London pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan dengan menggunakan waran tangkap Eropah (Sweden) dan dia dihadapkan ke mahkamah Majistret Westminster di London (semalam)," kata satu kenyataan polis London.

"Dia dituduh pihak berkuasa Sweden berhubung satu kesalahan melakukan paksaan, dua kesalahan mencabul dan satu kesalahan rogol, semuanya didapati dilakukan pada Ogos 2010," tambah kenyataan sama.

Bekas penggodam komputer itu yang kali terakhir muncul di khalayak pada November lalu menafikan semua tuduhan ke atasnya.

Dia memberitahu, semua tuduhan tersebut berpunca daripada satu pertelingkahan berhubung seks suka sama suka melibatkan dirinya dengan dua wanita selain mempunyai motif politik.

Assange kini terpaksa bergelut dengan sistem perundangan Britain bagi mengelak diekstradisi ke Sweden.

Beberapa peguamnya berkata, Assange seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada dihantar pulang ke Sweden kerana bimbang dia akan diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates yang berada di Afghanistan semalam menyifatkan penangkapan itu sebagai 'berita baik'.

Sementara itu dalam satu kenyataan di laman sosial Twitter, WikiLeaks menyatakan: "Penangkapan ketua pengarang kami, Julian Assange pada hari ini tidak akan menjejaskan operasi kami, kami akan terus mendedahkan lebih banyak kabel diplomatik pada malam ini seperti biasa." - Agensi

-kosmo

Kes "Rosmah Puaka" muncul kembali
Rabu, Disember 08, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Gerakan Solidariti Mahasiswa (SMM) sekali lagi mempersoal motif pendakwaraya membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen berhubung kes 'Rosmah Puaka' membabitkan lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Menurut peguam salah seorang responden, Razlan Jalaludin, kes rayuan tersebut ditetapkan hari ini namun nota kehakiman belum diterima dan mahkamah akan menetapkan satu tarikh untuk mendengar kes tersebut.

Presiden SMM, Shazni Munir yang merupakan salah seorang responden berkata, pihak peguam negara seolah-olah menerima tekanan untuk membuka kembali kes tersebut yang keputusannya telah dibuat Mahkamah Sesyen.

Beliau juga mempersoal mahkamah yang hanya memanggil semula tiga daripada kesemua mereka yang sebelum ini didakwa atas kesalahan cubaan melakukan perbuatan khianat, pencerobohan jenayah dan vandalisme.

"Kita amat kecewa dengan keputusan ini dan seolah-olah di peringkat peguam negara menerima tekanan dariapda pihak-pihak tertentu untuk membuka kembali kes ini," kata beliau dalam sidang media di lobi mahkamah pagi tadi.

Mereka yang dipanggil semula ialah Shazni Munir Mohd Ithnin (22 tahun), Muhammad Aizat Roslan (21), Muhammad Saufi Jelani (21) manakala Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini (21) dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli (21) masih belum menerima sebarang perintah dari mahkamah.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rozana Ali Yusoff pada 24 September lalu yang membebaskan lima mahasiswa terbabit daripada pertuduhan jenayah di bawah Seksyen 427, 436, dan 447 Kanun Keseksaan tanpa dipanggil membela diri.

Hakim memutuskan demikian setelah mendapati tiada bukti keraguan (prima facie) yang menunjukkan lima pelajar itu terbabit dalam kejadian tersebut.

Shazni juga tidak menolak kemungkinan kes itu sengaja dibuka kembali untuk mengalihkan pandangan mahasiswa daripada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara seperti kenaikan harga minyak dan barang keperluan yang lain.

"SMM berharap mahasiswa tidak terlalu menumpukan kepada kes ini sehingga tidak peka terhadap isu-isu semasa yang berlaku dalam negara," katanya.

Beliau turut menegaskan, mahasiswa khususnya mereka yang dipanggil semula tiak akan mengaku kalah dan akan berjuang habis-habisan membela diri yang disifatkan menjadi mangsa keadaan.

"Kalau pihak pendakwaraya bersungguh-sungguh mahu lawan kita dalam kes ini, kita juga bermati-matian akan melawan bagi memastikan nasib kami terbela," katanya.

-Harakahdaily

Nasib Malang Khir Toyo sehingga dua generasi?
Rabu, Disember 08, 2010 | Author: Tuk Kiyai
INILAH rumah bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir yang terletak di hujung jalan mati di Seksyen 7, Shah Alam.

Malang sehingga dua generasi? Itulah kata pakar Feng Shui. Orang Islam tidak boleh mempercayainya kerana BOLEH membawa kepada syirik.

Saya petik:

[KS] SHAH ALAM – Apakah ada kaitan sesebuah rumah dengan nasib seseorang?
Dalam kes kedudukan rumah banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang lokasinya terletak di hujung jalan mati, sekurang-kurangnya ada pakar Feng Shui percaya ia boleh menyebabkan nasib malang sehingga dua generasi.

Menurut seorang pakar Feng Shui, Joe Choo, terdapat masalah aliran medan tenaga magnetik di kawasan jalan mati menyebabkan pemilik sesebuah rumah mengalami pemikiran bercelaru dan gagal membuat keputusan yang baik.

“Kedudukan rumah di hujung jalan mati menyebabkan tiada aliran tenaga. Ia ibarat sebuah kenderaan yang hanya boleh membuat pusingan U.

“Ia membawa makna orang yang tinggal di rumah tersebut berada dalam keadaan tidak tentu arah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

KOTA BHARU, 7 Dis: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menggesa umat Islam khususnya rakyat di negeri ini supaya menggerakkan usaha mewujudkan umat Islam bersatu padu atas ‘kalimah tauhid’.

Ini penting bagi merealisasikan status umat Islam sebagai ‘khaira ummah’ dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang di akhirat kelak.

Baginda mengajak umat Islam supaya sedar dan insaf bahawa tanggungjawab besar itu tidak akan berjaya dicapai tanpa perpaduan dan persaudaraan di kalangan ummah.

“Sudah tiba masanya kita sebagai satu ummah melaksanakan muhasabah diri dan menilai semula tahap perpaduan yang diamalkan di kalangan umat Islam pada hari ini, sekaligus melakukan anjakan perubahan atau ‘penghijrahan’ ke arah suatu tahap yang lebih baik dalam aspek hubungan sesama manusia,” titah baginda pada Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1432 Hijriah di Balai Islam, Lundang dekat sini, malam tadi.

Baginda mengajak rakyat dan umat Islam supaya sama-sama menghayati ruh dan semangat perjuangan ‘hijrah’ yang telah diteladani dari Junjungan Besar Nabi Muhammad khususnya dalam aspek perhubungan dan persaudaraan sesama Islam dan masyarakat bukan Islam.

“Sejarah Hijratul Rasul sendiri telah membuktikan kejayaan kita menempa kegemilangan hasil kerjasama erat antara kaum Ansar dan Muhajirin.

“Di hadapan kita terbentang masa depan yang tidak diketahui untung nasibnya, bergantung kepada fungsi dan peranan masing-masing. Kita semua bakal mencorakkan wajah kejatuhan atau kebangkitan semula umat Islam,” titah baginda.

Pada sambutan Hijratul Rasul bertema “Satu Ummah, Satu Matlamat” itu, baginda turut menekankan komitmen ummah dalam amalan sunnah yang merupakan kunci kekuatan dan kejayaan dalam mendidik ruh dan hati supaya menjadi baik, tenang dan bersangka baik.

Bagi menjunjung kegemilangan Islam, baginda menaruh penuh harapan agar umat Islam sama-sama berusaha mengembalikan kemuliaan umat Islam dan bangsa dengan bertaqwa kepada Allah.

“Dengan semangat Hijrah untuk memartabatkan umat Islam di negeri Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya, marilah kita membangunkan masyarakat dengan budaya Islam yang unggul iaitu ‘faqiihan’, ‘rahiiman’, ‘ilman’ dan ‘salaaman’ dalam menelunsuri kehidupan masa depan kita yang kian mencabar,” titah baginda.

-Harakahdaily

[VIDEO] Barang naik: Ubah gaya hidup atau ubah kerajaan?
Selasa, Disember 07, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Harga gandum, beras dan minyak masak akan naik sedikit masa lagi?
Selasa, Disember 07, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Anda masih percaya kepada menteri PDNKK apabila dia mengatakan tidak ada kenaikan pada harga gandum, beras dan minyak masak sekarang? Saya tidak percaya...

Masih ingat apa jaminan menteri ini kepada rakyat pada 2 November lalu? Katanya:

"Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat,". Baca kenyataan penuh beliau DISINI

Malangnya pada 3 December 2010 berkuatkuasa pada jam 12.01 minit pagi harga petrol RON95 telah dinaikkan 5 sen menjadikannya berharga RM1.90 seliter.

Dua hari sebelum itu petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Harga diesel pula dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula dinaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Jadi, apa lagi yang rakyat boleh harapkan kepada menteri untuk membela nasib mereka?

Saya petik:

Tiada Kenaikan Harga Gandum, Beras Dan Minyak Masak Sekarang..

[MStar] KUALA LUMPUR: Harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail SabriYaakob.

Beliau berkata kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.

"Setakat ini, tidak ada perbincangan untuk menaikkan harga gandum, beras dan minyak masak. Tapi kita tidak boleh kata, tidak akan ada kenaikan, bukan jaminan.

"Tapi perkara ini juga akan mengikut keadaan kerana setakat ini, kerajaan menanggung kos yang agak tinggi memandangkan gandum terpaksa diimport," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah kedai harga patut 2010 di sini, Isnin.

Mengenai penyelarasan harga gula, petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) baru-baru ini, Ismail Sabri berkata siri perbincangan akan dijalankan dengan beberapa pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan tertentu bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak berpatutan.

"Kita akan terus berbincang dan akan dijalankan dengan secepat mungkin bagimenangani kenaikan harga barang yang melampau yang boleh membebankan pengguna,"katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, sebanyak 441 premis daripada 20 kategori telah dipilih untuk diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut merangkumi kategori antaranya barang kulit/kasut/beg, barangan elektrik dan elektronik, barang kraftangan dan antik, batik/songket, kamera dan jam tangan.

Restoran Ukhuwah Rakyat 1Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah khas Kedai Harga Patut yang menyediakan hidangan makanan pada harga RM1.

Ismail Sabri berkata anugerah dan pengiktirafan yang diberi itu boleh ditarik balik sekiranya didapati premis-premis berkenaan gagal mengekalkan prestasi mereka sebagai Kedai Harga Patut.

"Kita akan sentiasa memantau dan sekiranya didapati kedai-kedai itu tidak lagi patuh kriteria yang ditetapkan, kementerian boleh tarik balik dan batalkan sijil itu bila-bila masa.

"Sebab itu, kita menggalakkan peniaga terus kekal dan patuhi kriteria yang dimenangi. Selagi ikut kriteria, plak dan sijil akan kekal di premis mereka," katanya. - BERNAMA

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memberi lampu hijau kepada kerajaan Selangor untuk meneruskan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Menurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin (kiri), lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma.

Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu.

Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas.

Ekoran penemuan itu, kata Faekah, kerajaan Selangor kini boleh menawarkan "tidak kurang daripada dua pilihan" kepada SYABAS - kedua-duanya, menurutnya, akan menguntungkan rakyat Selangor.

Katanya, mereka boleh sama ada menerima tawaran RM5.7 bilion, atau menyewa atau membeli aset kerajaan negeri bernilai RM10.9 bilion dan terus menguruskan bekalan air di Selangor, tetapi dengan syarat.

"(SYABAS) menjalankan perniagaan, kami faham mereka perlu dapat
keuntungan, tetapi ia harus terhad dan syarat kenaikan tarif hendaklah dipenuhi.

"Jika (SYABAS) memilih untuk membeli atau menyewa aset, contohnya RM30 juta sebulan, maka ia akan menyelesaikan kos kami untuk meneruskan program bekalan air percuma," katanya.

Faekah berkata, penduduk Kuala Lumpur juga akan mendapat manfaat daripada kawalan kenaikan tarif, walaupun mereka mungkin tidak menerima bekalan 20 meter padu percuma dari kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, ianya terpulang kepada SYABAS untuk menerima atau menolak tawaran Selangor itu, yang akan terus mengenakan tekanan terhadap syarikat konsesi berkenaan.

Semalam, 48 orang ditangkap selepas kira-kira 7,000 bersama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco kerajaan negeri berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air kepada Yang di-Pertuan Agong.
MESTI BACA!! Sebab kerajaan BN terpaksa naikkan harga barang
Isnin, Disember 06, 2010 | Author: Tuk Kiyai