Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Majlis Peguam terkejut tayang video seks di mahkamah

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 25 Jun — Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee menegaskan Mahkamah Majistret tidak sepatutnya membenarkan tayangan semula rakaman video seks, yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana trio Datuk T telah pun mengaku bersalah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Lim berkata tindakan mahkamah membenarkan tayangan rakaman video seks itu dalam perbicaraan pagi semalam adalah sesuatu “amat luar biasa.”

Ini kerana jelas beliau, sepatutnya sekiranya tertuduh mengaku bersalah mana-mana bahan bukti tidak perlu didedahkan.

“Tidak perlu buat macam itu sebab mereka sudah mengaku bersalah, saya hairan kenapa rakaman video seks itu disiarkan dalam mahkamah.

“Ini satu prosedur yang amat luar biasa, saya terkejut kenapa ia berlaku... kalau sudah mengaku bersalah sepatutnya tidak perlu (dedahkan bahan bukti),” kata beliau lagi.

Pagi semalam, ketiga-tiga Datuk T telah mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks dan dikenakan denda keseluruhan RM5,500.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pihak tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh — ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Shazryl didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.

Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Sementara, Abdul Rahim pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.

Mengulas lanjut, jelas Lim, tindakan mahkamah itu juga tidak selari dengan prosedur biasa yang dilakukan dalam kes sedemikian.

“Dan, ini tidak selari dengan prosedur biasa, lagipun biasanya kalau mahu dedahkan bahan bukti ia dibuat ketika perbicaraan ketika pesalah tidak mengaku bersalah, sedangkan hari ini (semalam) mereka mengaku bersalah.

“Kalau kita ikut prosedur biasa, pesalah akan didakwa, kemudian hakim akan tanya sama ada mereka mengaku bersalah atau tidak dan jika mengaku bersalah hukuman akan terus dijatuhkan.

“Hukuman pula berdasarkan dengan kesalahan yang mereka lakukan, jadi tidak perlu untuk mahkamah bawa bahan bukti,” katanya.

Ditanya mengenai hukuman yang dikenakan terhadap Datuk T, Lim berkata, keputusan tersebut relevan dengan kesalahan yang dilakukan.

“Dalam kes ini, saya merasakan hukuman yang dikenakan kepada mereka bertiga relevan, tiada masalah dengan itu.

“Cuma tindakan yang menayangkan video seks itu yang jadi persoalan,” katanya.

Datuk T telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontonkan rakaman video seks itu kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu.

Mengikut laporan media, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim berkata, lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Anwar.

Shafee memberitahu pakar video Amerika yang dirujuk Polis Diraja Malaysia telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

“Ini bererti A and B adalah orang yang serupa,” katanya sambil mendakwa mengikut laporan 4 Jun lalu, Profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan bagi foto Anwar.

Shafie menunjukkan salinan laporan tersebut kepada wartawan tetapi enggan membenarkan salinan dokumen itu dibuat.

Dalam fakta kes yang dibacakan di mahkamah, mahkamah juga mendengar bahawa pakar tersebut mengesahkan bahawa video itu tulen tanpa pengubahsuaian dan ia dirakam dengan perakam DVR milik Shazryl.

Senarai perarakan Bersih 2.0 di luar negara

Label:

Saya petik:

[SH] SHAH ALAM - Perarakan Himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bakal diadakan di beberapa negara luar, termasuk Amerika Syarikat (AS) pada tarikh sama sebagaimana disahkan jawatan kuasa pemandunya.

Jawatankuasa Bersih 2.0, Haris Ibrahim berkata, perarakan itu membabitkan warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara.

Menurutnya, tindakan mereka itu membuktikan sokongan padu terhadap penganjuran perhimpunan yang mendapat tentangan ramai pihak.

“Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat menganjurkan perarakan di kawasan mereka tinggal.

“Kami menganggap rakyat Malaysia di luar negara membuktikan semua lapisan percaya pada keperluan pembaharuan pilihan raya dan mempertahankan demokrasi,” katanya.

Beliau berkata, Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, AS, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Australia me-ngambil bahagian dalam perarakan itu jika mereka percaya perlunya pili-han raya bersih, bebas dan adil di Malaysia.

“Rakyat Malaysia di luar negara perlu datang dan menuntut hak undi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),” katanya.

Menurutnya, perarakan Bersih 2.0 di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada jam 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney (12 tengah hari); Tower of the Sun, Osaka di Jepun (3 petang); pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles (10 pagi); Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi).

Mak cik ini 13 tahun menahan GELORA

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Bukan saja diabaikan sebagai isteri, malah wanita ini ibarat digantung tanpa tali oleh suaminya sejak 13 tahun dulu gara-gara disihir dan ‘diikat’ seorang wanita lain.

Sejak itu juga, Zaimah, 53, sering tertekan dan terpaksa menguruskan segala keperluan rumah dan menjaga tujuh anaknya seorang diri. Malah, suaminya juga tidak mempedulikan keluarganya selain mengabaikan nafkah zahir dan batin.

Menurut Zaimah, ketika mula berkahwin dengan suaminya 33 tahun dulu, lelaki itu seorang yang penyayang walaupun panas baran.

Perubahan sikap suaminya dipercayai berpunca daripada perbuatan seorang wanita yang menjalin hubungan dengan suaminya menggunakan ilmu sihir bagi ‘mengikat’ nafsu suaminya.

“Sudah 13 tahun saya tidak dilayan seperti isteri. Macam-macam alasan diberi suami. Ketika berada di rumah, dia sering mengabaikan tanggungjawabnya dan tidak mahu bersama saya kerana alasan kononnya dia mati pucuk.

“Alasan itu tidak munasabah. Selepas beberapa bulan saya diberitahu mengenai masalah itu, dia pernah kembali bersama saya dan tiada sebarang perubahan pada nafsu seksnya.

“Saya yakin nafsunya diikat wanita itu selepas beberapa pengamal perubatan yang saya temui memberikan jawapan sama,” katanya.

Bukan setakat itu, suaminya juga dipercayai berkahwin dengan wanita terbabit di negara jiran tanpa pengetahuannya.

“Seorang rakan memberitahu dia terserempak suami saya yang ketika itu membawa seorang wanita dan seorang anak kecil yang diperkenalkan sebagai keluarga barunya.

“Hati isteri mana tidak terguris selepas mengetahui suaminya berkahwin tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, selepas didesak pelbagai soalan dia masih mengunci mulut dan tidak mengaku sudah berkahwin.

“Saya tidak kisah jika dia mahu bermadu, tetapi jangan sampai melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Ini tidak, sudahlah nafkah batin tidak diberi, dia turut melupakan nafkah zahir.

“Akhirnya, saya terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan demi menanggung keperluan seharian sambil membesarkan anak,” katanya.

Menurut Zaimah, pengamal perubatan yang ditemui memberitahu suaminya disihir seseorang sehingga menjadikannya lupa kepada isteri, keluarga dan anak.

“Saya diberitahu suami mungkin diberi makanan seperti nasi kangkang dan kotoran wanita (haid) oleh perempuan itu. Sebab itu dia lupa tanggungjawabnya dan kini terikat dengan wanita tidak berhati perut terbabit.

“Saya sedih. Jika benar wanita itu ingin memiliki suami saya, biar dengan cara betul. Jangan menyeksa saya dan keluarga dengan ‘mainan’ kotor.

“Begitupun, kini saya reda dengan ketentuan Ilahi. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil. Saya yakin, dia (wanita) tidak akan bahagia dengan caranya. Saya bertekad tidak memaafkan mereka,” katanya.

Lebih malang, sejak bertahun hidup terseksa kerana ditinggalkan suami, Zaimah kini diceraikan ketika cuba meminta penjelasan mengenai perubahan sikap suaminya itu yang jarang pulang ke rumah.

“Sejak 13 tahun dulu, dia jarang pulang ke rumah. Kebiasaannya, dia akan balik rumah seminggu sekali. Begitupun, dia hanya pulang dua minggu sekali dan kemudian sebulan sekali.

“Kini, saya langsung tidak berjumpanya. Anak-anak juga mengalami nasib sama apabila tidak berjumpa ayah mereka. Kami seakan-akan sudah tawar hati. Selepas berjumpa puluhan pengamal perubatan, ustaz dan bomoh, sihir itu masih tidak terlerai dan sikapnya masih sama.

“Pernah sekali saya bertanya mengenai masalah ini dengannya, namun dia naik angin dan melafazkan cerai kepada saya menerusi SMS pada Mei lalu.

“Tidak cukup dengan itu, dia menelefon serta memaki-hamun saya sebelum melafazkan cerai buat kali kedua. Saya yakin suami berada di bawah pengaruh wanita itu dan saya tidak akan sesekali memaafkannya,” katanya.

Bertahun-tahun hidup merana, Zaimah sudah membawa perkara ini ke mahkamah syariah berikutan suaminya sudah melafazkan cerai selain tidak sanggup menerima pelbagai tekanan.

“Sudah berkali-kali kes kami disebut di mahkamah, tetapi suami tetap tidak muncul ketika prosiding. Begitupun, jika dia tidak muncul untuk kali terakhir, saya akan mendapatkan tuntutan fasakh daripada mahkamah.

“Selain itu, saya akan menyiasat sama ada benar dia sudah berkahwin dengan wanita terbabit ataupun hanya bersekedudukan dengannya. Selepas itu, saya akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Cuma sehari. Pendakwaan trio Umno satu konspirasi?

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 25 Jun: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada prosiding kes melibatkan trio Umno Datuk T di Mahkamah Majistret yang sudah tertangguh hampir tiga bulan, tetapi dapat diselesaikan semalam sebahagian daripada konspirasi bersama Peguam Negara dan pihak polis.

“Apa yang berlaku di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur (semalam) dalam kes (trio Umno) Datuk T trio dan seks video Sri Carcosa merupakan salah guna proses mahkamah, menyebabkan proses kehakiman negara menjadi bahan ketawa.

“Misalnya, terdapat satu testimoni seorang pakar bahawa orang lelaki dalam video seks itu 99.99 peratus adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” selar Kit Siang, sambil menyoal kredibiliti testimoni pakar tersebut apabila ia tidak dicabar oleh sebarang kenyataan oleh para pakar yang lain.

“Ini menyebabkan testimoni tersebut menjadi akuan satu belah yang tidak lebih daripada khabar cakap,” tambah beliau.

Semalam, trio Umno atau Datuk T mengaku bersalah mengedarkan video lucah dan masing-masing didenda antara RM3,000 hingga RM1,000 setiap seorang.
Ketiga-tiga mereka, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik didenda RM1,000; Datuk Shazryl Eskay Abdullah RM3,000 manakala bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim RM1,500.

Namun, bagi Kit Siang, apa yang melucukan pada prosiding di Mahkamah Majistret pagi semalam ialah cara Datuk T menjustifikasikan jenayah mereka kononnya demi kepentingan negara.

“Apa yang boleh lebih penting untuk negara selain memperjuangkan pembasmian rasuah, terutamanya budaya rasuah semasa pemimpin negara apabila Indeks Rasuah Ketelusan Antarabangsa (Transparency International) menunjukkan kejatuhan teruk dari tangga 23 di 1995 ke 56 dalam masa 11 tahun,” bidas Kit Siang.

Bahkan, kata beliau, trio Umno itu dilayan seperti VVIP, dan dibenarkan untuk meninggalkan mahkamah tanpa membayar duit denda yang dikenakan.

Kit Siang, yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, turut menyoal Peguam Negara sama ada beliau bersetuju bahawa ia adalah relevan untuk mengurangkan hukuman terhadap sesiapa saja, sama ada mencuri dokumen atau melanggar Akta Rahsia Rasmi, sekitanya jenayah itu dilakukan dengan tujuan murni seperti mendedahkan rasuah besar melibatkan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin dalam kerajaan.

“Soalan yang saya hendak ajukan ialah sama ada Peguam Negara dan polis adalah sebahagian daripada konspirasi dalam salah guna kuasa proses mahkamah trio Datuk T yang menyebabkan kelewatan tiga bulan dalam mendakwa mereka supaya kononnya ‘testimoni pakar’ dapat disiapkan dan dilaporkan ke mahkamah untuk menuduh bahawa orang di dalam seks video Carcosa ialah Anwar,” soal Kit Siang.

Jika ya, beliau berkata kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Polis Negara harus menjelaskan mengapa mereka kompromi dalam kebebasan, profesionalisme dan integriti pejabat mereka dengan melibatkan diri dalam permainan politik trio Umno Datuk T dan ketua-ketua mereka dalam Umno.

Najib NAFI jumpa Rahim Tamby Chik bincang video seks

Label:

Saya petik:

[BH] KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menganggap dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduhnya ada berjumpa bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berhubung isu video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang itu sebagai satu pembohongan.

“Tan Sri Rahim tak berjumpa saya... itu satu pembohongan. Dia (Anwar) boleh dakwa, tapi dia (Rahim) tidak jumpa saya,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN), di sini malam tadi.

Perdana Menteri mengulas dakwaan Anwar seperti dilaporkan laman portal berita kelmarin, kononnya Abdul Rahim ada mengadakan pertemuan dengan Najib berhubung isu video seks berkenaan.
 
Gadis jual dara untuk milik iPhone 4

Label:

Saya petik:

[BH] BEIJING: Remaja di China begitu serius dan bersungguh-sungguh untuk produk Apple yang mahal hingga sanggup menggadai maruah diri. 

Akhbar Korean Herald memetik Biznewschina sebagai melaporkan seorang remaja ‘jiulinghou’ (merujuk kepada mereka yang lahir pada 1990-an) menulis dalam Weibo – versi Twitter China – bahawa dia mengimpikan mahu memiliki iPhone 4 sendiri tetapi tidak dibenarkan bapanya.

Beliau kemudian memutuskan untuk menjual daranya kepada seseorang yang boleh membelikannya peralatan telefon bimbit itu.

(Gambar hiasan)

Polis arah jangan jual baju Bersih

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 23 Jun: Polis malam tadi mengarahkan seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur agar tidak menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan.

Amaran tersebut yang didakwa "arahan pihak atasan" diberikan kepada beliau pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.

Ceramah tersebut dihadiri Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

"Pada mulanya dia datang ke gerai saya, minta ambil gambar. Lepas ambik gambar, saya tanya awak siapa. Dia bagitau dia polis sambil tunjuk IC polis.

"Kemudian dia ambik dua helai baju Bersih, dan suruh saya jangan jual baju itu. Katanya arahan dari atasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, beliau kemudiannya dijemput ke Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda dan dirakam kenyataan selama 20 minit.

Arahan tersebut dipercayai ada kaitan dengan rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.

Dalam respon segera, Shuhaimi turut mempersoal tindakan pihak berkuasa itu.

"Sejak bila jual baju tak boleh? Umno BN makin gila," tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, polis juga telah memberi amaran kepada penganjur himpunan itu agar membatalkan hasrat mereka.

Ratusan laporan polis juga turut dibuat di seluruh negara termasuk oleh Umno.

Selain itu, polis juga memberi amaran akan membuat tangkapan awal sebagai pencegahan.

Bagaimanapun, Bersih sehingga kini tetap dengan pendirian akan meneruskan himpunan itu.

P/S: Terdesak dan takutnya umporno dengan kebangkitan rakyat....

Ibu tunggal mati bersalin dalam tandas

Label:

Saya petik:
[HM] JASIN: Seorang ibu tunggal dan bayinya yang baru dilahirkan ditemui mati di dalam tandas sebuah kilang di Taman Perindustrian Merlimau, dekat sini, antara jam 3 pagi hingga 8 pagi semalam.

Difahamkan mangsa berusia 30 tahun berasal dari Kemendor, Jasin dekat sini, ditemui mati bersama-sama bayi perempuan yang baru dilahirkan oleh seorang tukang cuci ketika mahu membersihkan tandas wanita di situ.

Sumber polis yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut kerana masih menunggu laporan bedah siasat mangsa pagi ini di Hospital Jasin. Sumber itu berkata ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita terbabit dikatakan memasuki tandas berkenaan dan dipercayai tiba-tiba melahirkan anak. 
Mangsa dipercayai mati akibat pendarahan banyak dan menahan kesakitan seorang diri,” katanya. Difahamkan mangsa menumpang di rumah abangnya di Kampung Kilang Berapi, di sini.

(Gambar hiasan)

Rahim: Kami berjaya dedahkan 'maksiat'

Label:

Saya petik:
[MK] Walau agak kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah berjaya mencapai tujuannnya dalam "mendedahkan kemaksiatan" yang didakwa dilakukan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas ketua menteri Melaka itu juga mendakwa, individu yang ditunjukkan dalam bahan kes perbicaraan hari ini juga tidak boleh lagi dikatakan "mirip Anwar."

datuk t charged 240611 rahim thamby chik"Hari ini dalam mahkamah kita melihat perkara sebenarnya didedahkan

"Kita tidak dapat menerima lagi apa-apa penafian daripada mana-mana pihak.

"Kita sekarang yakin Anwar Ibrahim terlibat dalam video ini dan melakukan kemaksiatan," katanya dalam sidang media selepas perbicaraan kes berkenaan hari ini.

Kesahihan berhubung identiti individu lelaki dalam video berkenaan bagaimanapun tidak diputuskan dalam mahkamah hari ini.

Ia bagaimanapun dinyatakan dalam fakta kes pendakwaan yang menyebut, pelaku seks lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah menyerupai Anwar.

P/s: Bagaimana pula dengan maksiat ini? Sila klik di sini.

Dua pelajar kerap ponteng akhirnya terbongkar!!

Label:

Saya petik:

[HM] AMPANG: Akibat ketagih seks, dua pelajar sebuah sekolah di Ampang di sini sanggup ponteng bagi melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam tandas sebuah restoran di Taman Melawati sejak Mac sebelum rahsia mereka terbongkar, Selasa lalu.

Difahamkan, pasangan terbabit masing-masing pelajar tingkatan tiga dan empat sering ponteng sekolah dan menjadikan restoran berkenaan sebagai tempat melepak bersama rakan lain sebelum bertukar kepada adegan panas dalam tandas. 

Kejadian itu hanya diketahui guru mereka apabila pelajar perempuan berusia 15 tahun itu menceritakan perbuatan terkutuk mereka kepada guru berkenaan selepas didesak beberapa kali.

Malah, pelajar terbabit kini dalam ketakutan selepas diugut pasangannya untuk mendedahkan hubungan seks mereka kepada ibu bapanya dan rakan jika dia enggan menyerahkan wang sebanyak RM150 bagi menyimpan rahsia mereka.

Sumber berkata, guru itu yang prihatin dengan masalah dihadapi pelajarnya mendekati pelajar perempuan berkenaan ketika kelas bengkel jahitan kira-kira jam 9 pagi Selasa lalu untuk bertanya kenapa dia kerap ponteng.

Ibu rela diri dinoda demi selamatkan anak

Label:

 Saya petik:

[HM] PETALING JAYA: Pilihan setan. Itu situasi getir terpaksa dipilih seorang wanita berusia 40 tahun sama ada mahu dirinya atau anak perempuannya berusia lapan tahun dirogol dalam kejadian pecah rumah di Kampung Subang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dan anaknya tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berusia 30-an yang pada mulanya mahu merompak.

Demi menjaga kesucian anaknya, si ibu dirogol suspek sambil detik hitam terbabit disaksikan kanak-kanak itu. Difahamkan, ketika kejadian suami mangsa keluar bekerja.

Sumber polis berkata, mangsa dan anaknya yang tidur nyenyak di rumah berkenaan dikejutkan seorang lelaki tidak dikenali.

“Tersentak dengan itu, mangsa merayu dikasihani selain memberitahu akan menyerahkan semua barangan berharga miliknya kepada suspek asalkan dia dan anaknya tidak disentuh,” katanya.

Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

“Terkejut dengan itu, mangsa merayu dan berusaha mempertahankan dirinya. Namun, wanita itu mengalah apabila suspek mengugut untuk menodai anak perempuannya jika melawan.

“Selepas dirogol, suspek mengambil beberapa barangan berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai dianggarkan bernilai RM500 sebelum melarikan diri,” katanya.

Mangsa menghubungi polis sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, selepas mangsa memberi keterangan, dia dan anaknya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, untuk pemeriksaan dan rawatan.

Difahamkan, sehingga kini suspek belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan insiden itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 376 Kanun Keseksaan (KK).
(Gambar hiasan) 

[VIDEO] Jaringan GOL menarik Malaysia melawan Lubnan

Label:

MALAYSIA 2  LUBNAN 1

Saya petik:

[kosmo] MALAYSIA melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi meskipun terpaksa beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir.

Jaringan Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada separuh masa pertama sudah cukup untuk mengesahkan laluan Malaysia ke pusingan seterusnya meskipun Chadi Atie berjaya mengubah kedudukan kepada 2-1 pada separuh masa kedua.

Aksi skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mendapat sokongan padu daripada 10,000 peminat tempatan.

Malaysia mara dengan agregat 2-1 setelah mencatat keputusan seri 0-0 pada aksi pertama di Beirut pada Ahad lalu.

Dengan kejayaan itu, Malaysia kini berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi merebut tiga slot automatik dan satu slot playoff ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Pada aksi malam tadi, Kim Swee melakukan dua perubahan dengan Affize Faisal Mamat menggantikan Mahali Jasuli yang digantung satu perlawanan manakala Syahrul Azwari Ibrahim menggantikan tempat Izzaq Faris Ramlan.

Jurulatih Lebanon, Samir Saad pula hanya menukar seorang pemain iaitu Jad Noureddine yang diturunkan untuk mengambil alih posisi Hassan Chaito.

Malaysia tidak menunggu lama apabila memperoleh gol pertama seawal minit kelapan menerusi rembatan Irfan dari dalam kotak penalti selepas berlaku keadaan kelam-kabut berpunca daripada sepakan sudut Wan Zack Haikal.

Di sebalik penguasaan penuh Malaysia, Lebanon hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-36 tetapi rembatan kaki kiri pemain sayap, Mohamad Haidar sekadar menggegar palang gol.

Malaysia terus selesa apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-40 hasil penyudah kemas Wan Zack selepas menerima lorongan baik Gary Steven Robbat dari bahagian tengah.

Namun malang menimpa Gary Steven apabila dia dibuang padang pada minit ke-50 selepas menerima kad kuning kedua akibat mengasari pemain Lebanon.

Akibatnya, Lebanon berjaya menghasilkan gol pertama pada minit ke-63 menerusi Chadi untuk menjadikan kedudukan 2-1 tetapi Malaysia kental bertahan sehingga wisel penamat.

Kim Swee yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas perlawanan itu menjelaskan:“Ini membuktikan walaupun kita beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir, pemain telah menunjukkan kesungguhan tinggi. Tapi ini baru permulaan, banyak lagi rintangan perlu diharungi pada peringkat kumpulan nanti,” kata Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan.

Samir pula berkata: “Kami cuba cari gol penyamaan tetapi pemain Malaysia beraksi dengan semangat yang cukup tinggi disebabkan mereka mendapat sokongan padu penyokong.”

Bazar Tok Guru: Peniaga mohon maaf

Label:

Saya petik:

[HD] KOTA BHARU, 23 Jun: “Saya bagi pihak Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB memohon maaf kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mana silap laku saya itu saya mohon maaf,” demikian pengakuan mohon maaf secara terbuka Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad.

Berucap pada sidang media sempena Majlis Pengundian Bazar Tok Guru oleh pada peniaga Majlis Perbandaranan Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Dewan Jubli Perak MPKB di sini semalam, Salim mendakwa sekiranya beliau telah bertindak kasar dan agresif sebelum ini, maka itu adalah sebagai tuntutan daripada ahli persatuannya.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada ahli persatuan serta para peniaga umumnya agar berprasangka baik dengan pihak kerajaan negeri.

Beliau berharap selepas ini, pihak persatuan dan para peniaga berbaik-baik dengan pihak kerajaan negeri dan para pegawainya.

“Berbaik-baik dan jangan salah sangka kepada pimpinan kerajaan negeri dan para pegawainya yang telah banyak membantu kita khususnya dalam segi pemilihan lot-lot gerai di Bazar Tok Guru.

“Kini ada jalan penyelesaian, dan kita pun jemu dah dengan keadaan semasa, berarak sana, berarak sini. Saya sebagai pengerusi persatuan, maka setakat inilah perjuangan saya bersama ahli-ahli saya.

“Saya terimalah mandat kerajaan negeri, dan kita tidak akan bincang (memanjangkan) lagi cerita kita ini,” katanya sambil menyifatkan keputusan pihak kerajaan negeri yang meluluskan dibuang sebanyak 26 gerai dengan nilaian lebih RM2 juta sebagai ‘kebajikan laluan’ di bazar itu adalah sebagai pengorbanan kepada para peniaga berkenaan.

“Ini bermakna, tidak terkiralah pengorbanan kerajaan negeri kepada peniaga-peniaga kita, alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sanusi Osman dalam satu kenyataan media berkata, seramai 230 peniaga telah diundang hari ini (22 Jun 2011) bagi menjalani proses pengundian petak perniagaan di tingkat bawah Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini.

Sementara proses menandatangani perjanjian jual beli akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Jun ini dan serahan milikan kosong akan dilaksanakan sebelum 1 Julai.

“Seramai 326 peniaga dijangka dapat memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru pada 1 Julai 2011,” katanya.

Suspek hina Agong serah diri

Label:

Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU- Salah seorang suspek yang dipercayai menggunakan laman sosial menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyerah diri di Balai Polis Kuala Terengganu, Isnin lalu.

Suspek, 24 tahun beralamat di Taman Sri Aman, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan merupakan bekas pelajar Kolej PTPL, Kota Bharu menyerah diri kira-kira jam 8 malam setelah ‘menghilangkan’ diri sejurus mengetahui dirinya diburu.

Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Datuk Jamshah Mustafa berkata, suspek yang menggunakan nama samaran ‘Nik Rabani’ turut membawa barang kes iaitu sebuah komputer riba, satu alat pengecas dan satu tetikus ketika menyerah diri di hadapan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

“Walaupun suspek dengan sukarela menyerah diri dan mengaku bersalah di atas tindakannya itu tetapi kita tetap mengambil tindakan terhadapnya kerana kesalahan sudah dilakukan.

“Diharapkan selepas ini, ia dapat menjadi pe-ngajaran kepada orang ramai agar jangan sesekali menggunakan laman sosial sebagai tempat bergurau yang melampaui batas,” katanya kepada media dalam satu sidang media, semalam.

Menurut Jamshah, suspek yang kini tidak bekerja ditahan reman selama empat hari sehingga 24 Jun ini untuk siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

Manakala seorang lagi suspek yang dikenal sebagai ‘Kay Shakila’ kini masih diburu.

Sebelum ini, Sinar Harian keluaran 15 Jun menyiarkan Kelab Peminat Terengganu (Terengganu FC) membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini selepas menyedari dua individu dipercayai penyokong sebuah pasukan bola sepak tanah air, sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengguna laman sosial.

Dua individu berkenaan bertindak mengubahsuai gambar Yang di-Pertuan Agong serta mengeluarkan komen yang mempersendakan Ketua Negara Malaysia dengan mengaitkan baginda dengan perlawanan akhir Piala FA yang menjadi milik Terengganu.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, Skuad Penyu itu menewaskan pasukan Red Warriors 2-1.

Royalti P.Ramlee cecah RM200 juta

Label:

Saya petik:

Waris P Ramlee cadang tuntut royalti

[BH] GEORGETOWN: Waris Tan Sri P Ramlee bercadang menuntut royalti daripada bekas majikan seniman agung itu hasil bayaran tayangan filem lakonan Allahyarham di stesen televisyen, termasuk televisyen berbayar yang dikatakan mencecah RM200 juta.

Setakat ini, waris P Ramlee hanya menerima royalti daripada lagu Allahyarham, termasuk RM200,000 yang dibayar syarikat rakaman dan Persatuan Perlindungan Hak Cipta Muzik Malaysia (MACP), pada tahun lalu. 

Bagi tujuan itu, waris Allahyarham melantik peguam, Datuk Hamzah Mohd Kassim bagi mengendalikan urusan berkaitan usaha mendapatkan imbuhan daripada bekas majikan P Ramlee itu.
 
Hamzah semalam mengakui tiada undang-undang jelas berkaitan royalti antara P Ramlee dengan Shaw Brothers, ketika Allahyarham menjadi pelakon di syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, Shaw Brothers mempunyai tanggungjawab sosial untuk memberikan bayaran kepada waris P Ramlee.

“Saya sudah mendapatkan pandangan pakar perundangan dan kami mempunyai ruang mendapatkan sejumlah royalti,” katanya selepas majlis pelancaran Jejak Warisan P Ramlee di Rumah Kelahiran P Ramlee, di sini semalam.

Pelancaran disempurnakan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff.
Hamzah berkata, pihaknya sudah membuat kajian mengenai perkara itu dan berjumpa beberapa rakan Allahyarham serta mendapatkan pandangan pakar undang-undang.

Namun, beliau tidak dapat menyatakan jumlah tepat pendapatan diperoleh Shaw Brothers hasil tayangan filem lakonan P Ramlee melalui televisyen, tetapi menjangkakan mencecah RM200 juta.

“Saya difahamkan, dalam tempoh tiga tahun lalu saja syarikat itu dibayar RM20 juta oleh ASTRO,” katanya yang menyasarkan royalti sebanyak 20 peratus diberikan kepada waris Allahyarham.

Mengenai maklum balas Shaw Brothers, Hamzah berkata, pihaknya akan berunding dengan syarikat itu selepas mendapat semua maklumat berkaitan.

Sementara itu, Mohd Yusoff berkata, PEMENANG menyokong usaha memastikan waris P Ramlee mendapat hak mereka dan berharap persatuan dalam industri perfileman turut membantu bagi memastikan keluarga Allahyarham mendapat pembelaan sewajarnya

Isteri curang ditangkap khalwat dan diceraikan suami kerana Facebook

Label:

Saya petik:

[HM] Seorang duda dan ibu tiga anak masing-masing dihukum denda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas mengaku berkhalwat di rumah kedai, lapan hari sebelum wanita itu diceraikan suaminya, Februari lalu.

Hakim Syarie Drs Atras Mohamad Zin menjatuhkan hukuman itu terhadap jurutera, Saharudin Mohd Yusof, 37, dan pegawai bank, Azilawati Jusoh, 37. Penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak di tingkat dua rumah kedai di No 61/2B, Jalan Pahat K15/K, Dataran Otomobil, Seksyen 15, di sini, jam 3.35 pagi, 2 Februari lalu. Saharudin didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Azilawati didakwa di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen sama. 

Terdahulu, Saharudin dan Azilawati memohon mahkamah mengurangkan jumlah denda dan tidak mengenakan hukuman penjara.

Bagaimanapun, Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmad Khairi membantah permohonan itu atas alasan Saharudin dan Azilawati berpendapatan kira-kira RM5,000 dan RM4,000 sebulan. Berdasarkan fakta kes, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang datang ke tempat kejadian melakukan pemeriksaan mendapati pintu dan pagar tertutup serta berkunci.

“Pihak berkuasa kemudian mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali dan menunggu 15 minit di luar namun pintu masih juga tidak dibuka. 
 
“Selepas itu, amaran dengan kiraan 10 kali dilakukan dan lima minit kemudian, barulah seorang lelaki (Saharudin) yang memakai kemeja T berwarna merah dan berseluar jean panjang membuka pintu,” katanya.

Menurut Khafizah, pemeriksaan menemui seorang wanita yang memakai kemeja T serta berseluar jean di dalam bilik di rumah berkenaan.

Ketika ditahan, suasana di rumah itu suram dan hanya diterangi cahaya lampu dari luar.
 
Azilawati diceraikan suaminya, Norashid Jeran, 39, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, dekat sini pada 10 Februari lalu, selepas bersetuju dengan syarat untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan bongsu, Dhia Delisha Hannan, 1, kepada suaminya. Difahamkan, hubungan pasangan itu retak gara-gara laman sosial popular, Facebook.

Selepas prosiding semalam, Saharudin menyerang dan mengasari seorang jurugambar sehingga memaksanya membongkokkan badannya sambil memeluk kamera bagi mengelakkannya daripada dirampas atau dirosakkan. Bagaimanapun, tindakan pantas rakan jurugambar media lain berjaya mengelak kejadian lebih buruk.

P/s:  Hati-hati apabila menggunakan FB. Banyak kes yang bercerai-berai kerana FB.

(Gambar hiasan) 

Ustaz ini difitnah kerana dedah penyelewengan wang masjid?

Label:

Saya petik:

[SH] SHAH ALAM – Seorang ustaz mendakwa dirinya difitnah pihak tertentu sehingga jawatannya di sebuah masjid di ibu kota digantung.

Imam yang namanya enggan disiarkan itu berkata, kejadian terbabit berlaku selepas dia membongkar kes penyelewengan wang di masjid berkenaan pada 2008.

Menurutnya, dia yang mula berjemaah di masjid terbabit sejak 1973 dan dilantik sebagai imam pada 2005 itu mendapati pihak pengurusannya tidak menjalankan tugas dengan baik.

“Pihak pengurusan masjid berkenaan tidak pernah menjalankan mesyuarat agung dan membentangkan kewangan masjid.

“Apabila saya dedahkan penyelewengan wang masjid, saya dapat sepucuk surat menyatakan tugas saya sebagai imam digantung, pada tahun sama,” katanya.

Dia berkata, dia sudah melaporkan penyelewengan terbabit kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menyiasat perkara itu.

“Saya terkilan kerana ada pihak tertentu memfitnah saya mempunyai masalah disiplin dan memakai pakaian melambangkan parti politik. Akhirnya, jawatan saya digantung,” katanya.

Menurutnya, sebagai imam, dia hanya mahu menegakkan kebenaran dan tidak mahu terus berselindung dengan penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam masjid berkenaan.

Sila pakai baju kuning 2 Julai ini

Label:

Saya petik: 
2 Julai pra himpunan aman Bersih 2.0

[HD] KUALA LUMPUR, 22 Jun: Sebagai suatu usaha menyahut seruan himpunan aman Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu kota, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai ini sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 yang berwarna kuning.

Katanya, ia sebagai warm up (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

“Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai ini tidak perlu diadakan sebarang himpunan, cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap himpunan aman ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.

“Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2 Julai 2011 ini. Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0,” ujarnya.

Jelasnya, rasional seruan itu adalah sebagai warm up (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0.

Tambahnya, ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap himpunan aman nanti dengan mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihan raya yang bersih dan adil di masa akan datang.

Ini juga, ujarnya membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan aman Bersih 2.0 adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit dan ingin menunjukkan bahawa himpunan nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara.

Selain itu, katanya 2 Julai sebagai hari memakai baju kuning sebagai tarikan atau promosi terhadap rakyat Malaysia yang lain agar turut sama mengambil bahagian menyertai himpunan itu.

“Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai nanti adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka,” katanya.

Ibu tunggal dakwa dirogol adik ipar

Label:

Saya petik:

[BH] SEGAMAT: Seorang ibu tunggal berusia 54 tahun mendakwa dirogol empat kali oleh adik iparnya yang berusia 48 tahun ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Sungai Gatom, Labis, dekat sini, sejak setahun lalu.

Kejadian terbaru berlaku di ruang tamu rumah mangsa Sabtu lalu ketika ibu tunggal empat anak itu sedang tidur, jam 2.30 pagi.

Ketika kejadian, mangsa mendakwa baru pulang daripada majlis perkahwinan di Pahang bersama dua adiknya sebelum dia mengambil ubat darah tinggi dan tidur di ruang tamu rumahnya, tetapi terjaga jam 2.30 pagi dan melihat suspek berada di atas badan serta merogolnya.
 
Mangsa turut mendakwa seperti dipukau dan mungkin kesan ubat darah tinggi diambil menyebabkannya tidak sedar apa yang berlaku ketika kejadian.

Tidak berpuas hati dengan perlakuan adik iparnya itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Labis, Ahad lalu sebelum dihantar ke Hospital Daerah Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

Perbuatan adik ipar mangsa dikatakan sudah berlaku sejak tahun lalu, namun mangsa takut untuk membuat laporan kerana bimbang diugut oleh lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. 

Difahamkan suspek yang menetap di Bukit Pasir, Muar dan bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan sepasukan polis di Jalan Ibrahim, dekat sini, sehari selepas laporan dibuat mangsa. 

(Gambar hiasan)

Jamil Khir, Pengarah Jawi SALAH GUNA wang zakat biaya kos guaman

Label:

Baucer yuran guaman kes qazaf yang dikatakan dibiayai mengguna wang zakat

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mempersoal salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.

Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada amanah rakyat, Saifuddin berkata, Che Mat Ali yang juga merangkap Setiusaha Jawi telah memohon dan meluluskan sendiri penggunaan wang zakat berkenaan.

“Datuk Che Mat Ali meluluskan kepada Datuk Che Mat Ali. Itu dari segi tata kelolanya, jelas (salah) ,” kata Saifuddin ketika sidang media di parlimen hari ini.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

“Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Ketua Audit Negara menyiasat salahguna wang itu kerana individu yang sama memohon dan meluluskan peruntukan wang itu.

“Dari segi undang-undang yang memohon dan meluluskan orang yang sama, jadi kita minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara untuk menyiasat,” kata Saifuddin.

Berita Berkaitan: PKR Desak Ketua Audit Negara, SPRM Siasat Salah Guna Wang Zakat

Himpunan Bersih 2.0 tidak salah dari segi tujuan, kata Dr Asri

Label:

Saya petik:

[FMT] KUALA LUMPUR, 22 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak salah dari segi tujuan.

Ini kerana jelas Dr Asri, matlamat dan tujuan utama Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang sepatutnya tidak dinafikan oleh kerajaan.

“Jika tujuannya baik dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik... jika tujuannya baik, caranya salah maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.

“Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

“Setelah saya mendengar taklimat Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan menilainya saya dapati tujuannya baik iaitu menuntut hak yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru jelas beliau, Himpunan Bersih 2.0 perlu diadakan demi masa depan politik yang lebih baik tanpa mengira mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.

“Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.

“Maka, saya tidak mempertikaikan Himpunan Bersih 2.0 di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum kerana tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihan raya,” katanya.

Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0 yang akan berarak ke Istana Negara dari tiga lokasi berbeza.

Menurut Asri (gambar), beliau tidak menolak demonstrasi yang akan diadakan itu akan mengancam keselamatan negara sekiranya ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menegaskan demonstrasi sepatutnya menjadi pilihan terakhir setelah tuntutan yang dibuat tidak ditunaikan.

Justeru, Asri menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan tuntutan yang dibuat Bersih bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.

“Namun oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.

“Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan, saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan...dan pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai,” katanya.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimumu 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

“Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.

“Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih 2.0 hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati,” tegas Asri.

Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyertai demonstrasi itu agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh membawa berlakunya rusuhan.

“Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.

“Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa,” katanya.

Tambah Asri, hasrat rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak akan dapat dilaksanakan tanpa bantuan semua pihak termasuk kerajaan.

“Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak termasuk polis, rakyat dan golongan atasan.

“Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai perhimpunan Bersih 2.0 merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu dan memastikan perhimpunan itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat,” katanya.

Al-Quran dibuang di pusat kitar semula

Label:

Saya petik:

[SH] BATU PAHAT - Pejabat Agama Daerah ini terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang al-Quran dan kitab sewenang-wenangnya.

Pentadbirnya, Mustaffa Omar berkata demikian selepas mengesan banyak al-Quran dan kitab lama yang diletak di tepi sebuah pusat kitar semula di Jalan Parit Besar di sini baru-baru ini.

Perbuatan seperti itu, katanya, bertentangan dengan peraturan.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pendidikan Pejabat Agama Batu Pahat serta unit penerbitan di Kementerian Dalam Negeri telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan telah menjalankan siasatan di premis berkenaan pada 15 Jun lalu.

“Kami dapati beberapa naskhah al-Quran serta beratus-ratus kitab, termasuk yang dimakan anai-anai, dilonggokkan di satu sudut di pusat kitar semula itu.

“Kami kemudian memaklumkannya kepada pengurusan pusat berkenaan dan mereka memberi kerjasama serta membenarkan kami mengambil semua naskhah al-Quran, buku dan kitab lama yang terdapat di situ,” katanya ketika ditemui di pusat kitar semula berkenaan, petang kelmarin.

Mustaffa berkata, antara yang ditemui adalah kitab lama seperti Minhaj Abidin karangan Imam Ghazali yang sering dijadikan bahan mengajar atau rujukan utama beberapa guru sekolah pondok. Sebahagian besarnya dikarang penulis serta diterbitkan di Indonesia dan dipercayai tidak lagi laku untuk dijual.

Semua al-Quran dan kitab itu dibawa ke pejabat agama daerah ini.

Beliau menyifatkan mereka yang membuang al-Quran dan kitab seperti itu tidak tahu cara untuk melupuskannya. 

P/s: Cara lupus al-Quran klik di sini. 

'Kita tak takut hadapi ancaman godam' kata Rais.

Label:

Saya petik:
 
[MK] Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengarahkan pihak-pihak yang berkaitan supaya bersedia dengan "benteng dan perisai" bagi menghadapi ancaman pihak tertentu yang mahu menyerang laman web Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 4 Julai ini.

Beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dan Cybersecurity supaya tidak memandang ringan terhadap ancaman tersebut.

"Kita tidak takut untuk menghadapinya (ancaman itu) kerana kita telah bersedia. Saya meminta SKMM tidak mengambil ringan tentang perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada konvensyen CommunicAsia 2011 di Marina Bay Sands Convention Center di Singapura.

Dengan "lapisan dan perisai" yang telah diwujudkan oleh pakar-pakar teknikal kerajaan, adalah tidak mudah untuk menembusi laman-laman web kerajaan walaupun ada di antaranya menjadi mangsa kepada pengodam itu.

Ditanya sama ada beliau melihat serangan pengodam terhadap laman-laman web milik kerajaan Malaysia itu mempunyai agenda tertentu, Rais mengesyaki ia mempunyai tujuan tertentu dan tidak hanya "main-main."

Serangan pengodam yang sehingga kini telah menjejaskan kira-kira 200 laman web di Malaysia, katanya, bertujuan jahat dan tidak berperikemanusiaan tetapi kerajaan tidak gentar untuk menghadapinya.

"Saya ada syak-wasangka ini bukan setakat main-main. Ini ada tujuan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej sesuatu pihak, berkemungkinan pihak kerajaan dan pihak-pihak yang lain," katanya.

Tindakan pengodam terbabit, kata beliau, bukan sahaja merendahkan kepentingan kerajaan dan pemimpin-pemimpin, tetapi ia juga turut menjejaskan kepentingan rakyat.

"Mereka (pengodam) itu tidak sedar, ia (tindakan mereka) telah meranapkan, menjatuhkan kepentingan rakyat," katanya sambil meminta supaya rakyat bangkit menentang kegiatan pengodam itu.

- Bernama

12 bersekedudukan dicekup di Kulim

Label:

Saya petik:

[SH] MAHANG - Seramai 12 dicekup dan dua daripadanya merupakan rakyat tempatan dalam satu serbuan yang dijalankan Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) kerana bersekedudukan di sebuah rumah di Estet Ladang Sungai Dingin kira-kira jam 12.50 pagi, kelmarin.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, penduduk kampung di sekitar lokasi kejadian sudah lama membuat pemantauan sebelum memaklumkan perkara itu kepada PADK untuk diambil tindakan.

Menurutnya, semua lelaki terlibat merupakan pekerja estet manakala pasangan wanita pekerja industri.

“PADK menerima maklumat dan pergi ke lokasi bersama enam penguat kuasa membuat pemantauan. Setelah mengesahkan bahawa terdapat beberapa pasangan dalam rumah, PADK mengambil tindakan mengepung rumah itu. PADK kemudiannya memperkenalkan diri dan meminta kebenaran membuat pemeriksaan.

“PADK menemui lima lelaki dan lima wanita warga Indonesia serta sepasangan kekasih warga tempatan berada dalam rumah itu. Ada di antaranya berada dalam bilik bersama pasangan masing-masing. Dari siasatan dijalankan PADK mendapati ke semua yang berada dalam rumah tidak mempunyai hubungan mahram, ” katanya.

Menurutnya, semua pasangan yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 jika disabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Pasangan lelaki ditahan di lokap Balai Polis Kulim manakala pasangan wanita ditahan di Balai Polis Lunas.

“PADK kemudiannya membebaskan ke semua terlibat dengan ikat jamin dan mengarahkan mereka untuk hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan untuk dibicarakan.

“Sekiranya ingkar berbuat demikian, PADK akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka terlibat, “ katanya.

Azmi meminta kerjasama orang ramai untuk terus memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat kepada PADK sekiranya ternampak sebarang perlakuan maksiat.

“Sehingga kini PADK membuat rondaan pencegahan maksiat setiap malam untuk memastikan Kulim bebas dari sebarang perlakuan mungkar, “ katanya.

[VIDEO] Hitler berang SKMM sekat internet

Label:

Berita baik untuk lelaki BERPOLIGAMI

Label:

(Gambar hiasan)

Saya petik:

Insentif poligami bersyarat

[BH] KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan menimbang cadangan untuk memberi insentif kepada pengamal poligami di negeri ini yang mampu menguruskan isteri dan keluarga dengan baik mengikut syariat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata antara syarat dipertimbangkan ialah ketua keluarga itu hendaklah mengisytiharkan isteri masing-masing dan membawa mereka ke dalam masyarakat. 

“Mengenai cadangan supaya insentif diberi kepada keluarga yang mengamalkan poligami dan menunjukkan contoh baik, kerajaan negeri menyambut baik cadangan itu, cuma biasanya pengamal poligami ini sukar untuk dikenal pasti kerana ramai tidak mengisytiharkan isteri kedua dan seterusnya,” katanya ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim, semalam.

Pada sesi DUN Kelantan kelmarin, Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Pasir Tumboh) mencadangkan supaya satu insentif diberikan kepada pengamal poligami contoh yang mampu mengurus isteri dan keluarga dengan baik.

Wan Ubaidah ketika diminta mengulas lanjut mengenai insentif berkenaan di luar dewan berkata, setakat ini pihaknya masih belum mempunyai kriteria khusus bagi membolehkan pengamal poligami mendapat insentif seumpama itu.

Ditanya sama ada insentif dimaksudkan berbentuk wang tunai atau sebaliknya, beliau berkata perkara itu masih baru dan akan dibincangkan kemudian.

Mengulas sama ada ADUN yang mengamalkan poligami juga layak menerima insentif berkenaan, beliau berkata ia boleh dipertimbangkan sekiranya pihak berkaitan tidak mempunyai halangan.

“Insentif ini tak semestinya lelaki yang berkahwin dengan armalah (ibu tunggal) tetapi boleh juga anak dara, yang penting ketua keluarga ini berjaya mengurus isteri dan keluarga, kriteria pula kita kena bincang, kena ada syarat, tidak berbalah.

“Mereka kenalah isytihar isteri masing-masing seperti Salleh Yaakob (artis yang berkahwin empat), tak bolehlah sembunyi (jika berkahwin lebih daripada satu), kalau (berkahwin) tiga, maka kena jelaskan ada tiga (isteri) itu.

“Isytihar ini bermaksud poligami ini dimaklumkan kepada keluarga, masyarakat tahu dia berpoligami dan membawa isterinya ke dalam masyarakat... yang (menjadi masalah) beratnya ialah ada kahwin satu, kemudian cerai satu, seorang wanita bahagia manakala seorang lain menderita, jika poligami ini kita tak boleh terimalah,” katanya.

--------------------------------------------------------------------------
Apa komen Datuk Seri Shahrizat Jalil? 

Saya petik:

‘Lemahkan institusi keluarga’

[HM] KUALA LUMPUR: “Sepatutnya insentif diberikan kepada suami atau ketua keluarga yang menjaga isteri dan anak dengan baik. Beri insentif sebegini (kepada suami berpoligami) hanya akan melemahkan institusi keluarga.”

Demikian kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai kesediaan Kerajaan Kelantan untuk memberikan insentif khas sama ada wang atau sumbangan lain kepada lelaki yang mengamalkan poligami di negeri itu.

Shahrizat berkata, tindakan kerajaan Pas Kelantan itu lebih kepada usaha untuk memancing undi menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Ini menunjukkan mereka terdesak mencari isu untuk meraih undi menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya yang dihubungi, semalam.

Menurutnya, tindakan Kerajaan Kelantan itu tidak akan membantu memperkukuh nilai kekeluargaan di negara ini sebaliknya ia hanya gimik politik.

“Kementerian berpendapat institusi keluarga tidak boleh diperlekeh dan dipandang rendah. Malaysia dan negara Islam lain komited untuk meletakkan hubungan kekeluargaan di tahap yang baik dan disanjung tinggi.

“Sewajarnya penghargaan diberikan kepada suami yang menunjukkan kesungguhan menjaga isteri dan keluarga dengan baik, bukan yang hendak menambah isteri. Tanggungjawab utama suami ialah menjaga keluarga terutama anak-anak,” katanya.

Sementara itu, pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, menyambut baik cadangan suami yang berpoligami diberi insentif kerana langkah itu secara tidak langsung membantu suami terbabit menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.

“Perkara baik mesti disokong, cuma jangan ada pihak mengambil kesempatan. Bagi saya, rezeki datang daripada Allah dan Alhamdulillah, saya mampu menyara keluarga dengan rezeki yang diperoleh,” katanya yang dihubungi, semalam.

Beliau yang memiliki empat isteri berkata, walaupun ada pihak yang berpandangan negatif terhadap suami yang berpoligami, hakikatnya ia selaras dengan sunnah Rasulullah.

“Saya tidak menjangka akan berkahwin lagi, ini bahagian saya dan mungkin satu ujian, tetapi saya bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan Allah,” katanya.

P/s: Itulah standard jawapan Menteri Wanita. Apakah yang melemahkan institusi keluarga.? Adakah kerana amalan poligami atau gejala sosial seperti zina?

Majlis Peguam terkejut tayang video seks di mahkamah
Sabtu, Jun 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 25 Jun — Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee menegaskan Mahkamah Majistret tidak sepatutnya membenarkan tayangan semula rakaman video seks, yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana trio Datuk T telah pun mengaku bersalah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Lim berkata tindakan mahkamah membenarkan tayangan rakaman video seks itu dalam perbicaraan pagi semalam adalah sesuatu “amat luar biasa.”

Ini kerana jelas beliau, sepatutnya sekiranya tertuduh mengaku bersalah mana-mana bahan bukti tidak perlu didedahkan.

“Tidak perlu buat macam itu sebab mereka sudah mengaku bersalah, saya hairan kenapa rakaman video seks itu disiarkan dalam mahkamah.

“Ini satu prosedur yang amat luar biasa, saya terkejut kenapa ia berlaku... kalau sudah mengaku bersalah sepatutnya tidak perlu (dedahkan bahan bukti),” kata beliau lagi.

Pagi semalam, ketiga-tiga Datuk T telah mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks dan dikenakan denda keseluruhan RM5,500.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pihak tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh — ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Shazryl didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.

Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Sementara, Abdul Rahim pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.

Mengulas lanjut, jelas Lim, tindakan mahkamah itu juga tidak selari dengan prosedur biasa yang dilakukan dalam kes sedemikian.

“Dan, ini tidak selari dengan prosedur biasa, lagipun biasanya kalau mahu dedahkan bahan bukti ia dibuat ketika perbicaraan ketika pesalah tidak mengaku bersalah, sedangkan hari ini (semalam) mereka mengaku bersalah.

“Kalau kita ikut prosedur biasa, pesalah akan didakwa, kemudian hakim akan tanya sama ada mereka mengaku bersalah atau tidak dan jika mengaku bersalah hukuman akan terus dijatuhkan.

“Hukuman pula berdasarkan dengan kesalahan yang mereka lakukan, jadi tidak perlu untuk mahkamah bawa bahan bukti,” katanya.

Ditanya mengenai hukuman yang dikenakan terhadap Datuk T, Lim berkata, keputusan tersebut relevan dengan kesalahan yang dilakukan.

“Dalam kes ini, saya merasakan hukuman yang dikenakan kepada mereka bertiga relevan, tiada masalah dengan itu.

“Cuma tindakan yang menayangkan video seks itu yang jadi persoalan,” katanya.

Datuk T telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontonkan rakaman video seks itu kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu.

Mengikut laporan media, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim berkata, lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Anwar.

Shafee memberitahu pakar video Amerika yang dirujuk Polis Diraja Malaysia telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

“Ini bererti A and B adalah orang yang serupa,” katanya sambil mendakwa mengikut laporan 4 Jun lalu, Profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan bagi foto Anwar.

Shafie menunjukkan salinan laporan tersebut kepada wartawan tetapi enggan membenarkan salinan dokumen itu dibuat.

Dalam fakta kes yang dibacakan di mahkamah, mahkamah juga mendengar bahawa pakar tersebut mengesahkan bahawa video itu tulen tanpa pengubahsuaian dan ia dirakam dengan perakam DVR milik Shazryl.
Links to this post
Senarai perarakan Bersih 2.0 di luar negara
Sabtu, Jun 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[SH] SHAH ALAM - Perarakan Himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bakal diadakan di beberapa negara luar, termasuk Amerika Syarikat (AS) pada tarikh sama sebagaimana disahkan jawatan kuasa pemandunya.

Jawatankuasa Bersih 2.0, Haris Ibrahim berkata, perarakan itu membabitkan warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara.

Menurutnya, tindakan mereka itu membuktikan sokongan padu terhadap penganjuran perhimpunan yang mendapat tentangan ramai pihak.

“Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat menganjurkan perarakan di kawasan mereka tinggal.

“Kami menganggap rakyat Malaysia di luar negara membuktikan semua lapisan percaya pada keperluan pembaharuan pilihan raya dan mempertahankan demokrasi,” katanya.

Beliau berkata, Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, AS, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Australia me-ngambil bahagian dalam perarakan itu jika mereka percaya perlunya pili-han raya bersih, bebas dan adil di Malaysia.

“Rakyat Malaysia di luar negara perlu datang dan menuntut hak undi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),” katanya.

Menurutnya, perarakan Bersih 2.0 di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada jam 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney (12 tengah hari); Tower of the Sun, Osaka di Jepun (3 petang); pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles (10 pagi); Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi).
Links to this post
Mak cik ini 13 tahun menahan GELORA
Sabtu, Jun 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Bukan saja diabaikan sebagai isteri, malah wanita ini ibarat digantung tanpa tali oleh suaminya sejak 13 tahun dulu gara-gara disihir dan ‘diikat’ seorang wanita lain.

Sejak itu juga, Zaimah, 53, sering tertekan dan terpaksa menguruskan segala keperluan rumah dan menjaga tujuh anaknya seorang diri. Malah, suaminya juga tidak mempedulikan keluarganya selain mengabaikan nafkah zahir dan batin.

Menurut Zaimah, ketika mula berkahwin dengan suaminya 33 tahun dulu, lelaki itu seorang yang penyayang walaupun panas baran.

Perubahan sikap suaminya dipercayai berpunca daripada perbuatan seorang wanita yang menjalin hubungan dengan suaminya menggunakan ilmu sihir bagi ‘mengikat’ nafsu suaminya.

“Sudah 13 tahun saya tidak dilayan seperti isteri. Macam-macam alasan diberi suami. Ketika berada di rumah, dia sering mengabaikan tanggungjawabnya dan tidak mahu bersama saya kerana alasan kononnya dia mati pucuk.

“Alasan itu tidak munasabah. Selepas beberapa bulan saya diberitahu mengenai masalah itu, dia pernah kembali bersama saya dan tiada sebarang perubahan pada nafsu seksnya.

“Saya yakin nafsunya diikat wanita itu selepas beberapa pengamal perubatan yang saya temui memberikan jawapan sama,” katanya.

Bukan setakat itu, suaminya juga dipercayai berkahwin dengan wanita terbabit di negara jiran tanpa pengetahuannya.

“Seorang rakan memberitahu dia terserempak suami saya yang ketika itu membawa seorang wanita dan seorang anak kecil yang diperkenalkan sebagai keluarga barunya.

“Hati isteri mana tidak terguris selepas mengetahui suaminya berkahwin tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, selepas didesak pelbagai soalan dia masih mengunci mulut dan tidak mengaku sudah berkahwin.

“Saya tidak kisah jika dia mahu bermadu, tetapi jangan sampai melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Ini tidak, sudahlah nafkah batin tidak diberi, dia turut melupakan nafkah zahir.

“Akhirnya, saya terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan demi menanggung keperluan seharian sambil membesarkan anak,” katanya.

Menurut Zaimah, pengamal perubatan yang ditemui memberitahu suaminya disihir seseorang sehingga menjadikannya lupa kepada isteri, keluarga dan anak.

“Saya diberitahu suami mungkin diberi makanan seperti nasi kangkang dan kotoran wanita (haid) oleh perempuan itu. Sebab itu dia lupa tanggungjawabnya dan kini terikat dengan wanita tidak berhati perut terbabit.

“Saya sedih. Jika benar wanita itu ingin memiliki suami saya, biar dengan cara betul. Jangan menyeksa saya dan keluarga dengan ‘mainan’ kotor.

“Begitupun, kini saya reda dengan ketentuan Ilahi. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil. Saya yakin, dia (wanita) tidak akan bahagia dengan caranya. Saya bertekad tidak memaafkan mereka,” katanya.

Lebih malang, sejak bertahun hidup terseksa kerana ditinggalkan suami, Zaimah kini diceraikan ketika cuba meminta penjelasan mengenai perubahan sikap suaminya itu yang jarang pulang ke rumah.

“Sejak 13 tahun dulu, dia jarang pulang ke rumah. Kebiasaannya, dia akan balik rumah seminggu sekali. Begitupun, dia hanya pulang dua minggu sekali dan kemudian sebulan sekali.

“Kini, saya langsung tidak berjumpanya. Anak-anak juga mengalami nasib sama apabila tidak berjumpa ayah mereka. Kami seakan-akan sudah tawar hati. Selepas berjumpa puluhan pengamal perubatan, ustaz dan bomoh, sihir itu masih tidak terlerai dan sikapnya masih sama.

“Pernah sekali saya bertanya mengenai masalah ini dengannya, namun dia naik angin dan melafazkan cerai kepada saya menerusi SMS pada Mei lalu.

“Tidak cukup dengan itu, dia menelefon serta memaki-hamun saya sebelum melafazkan cerai buat kali kedua. Saya yakin suami berada di bawah pengaruh wanita itu dan saya tidak akan sesekali memaafkannya,” katanya.

Bertahun-tahun hidup merana, Zaimah sudah membawa perkara ini ke mahkamah syariah berikutan suaminya sudah melafazkan cerai selain tidak sanggup menerima pelbagai tekanan.

“Sudah berkali-kali kes kami disebut di mahkamah, tetapi suami tetap tidak muncul ketika prosiding. Begitupun, jika dia tidak muncul untuk kali terakhir, saya akan mendapatkan tuntutan fasakh daripada mahkamah.

“Selain itu, saya akan menyiasat sama ada benar dia sudah berkahwin dengan wanita terbabit ataupun hanya bersekedudukan dengannya. Selepas itu, saya akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.
Links to this post
Cuma sehari. Pendakwaan trio Umno satu konspirasi?
Sabtu, Jun 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 25 Jun: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada prosiding kes melibatkan trio Umno Datuk T di Mahkamah Majistret yang sudah tertangguh hampir tiga bulan, tetapi dapat diselesaikan semalam sebahagian daripada konspirasi bersama Peguam Negara dan pihak polis.

“Apa yang berlaku di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur (semalam) dalam kes (trio Umno) Datuk T trio dan seks video Sri Carcosa merupakan salah guna proses mahkamah, menyebabkan proses kehakiman negara menjadi bahan ketawa.

“Misalnya, terdapat satu testimoni seorang pakar bahawa orang lelaki dalam video seks itu 99.99 peratus adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” selar Kit Siang, sambil menyoal kredibiliti testimoni pakar tersebut apabila ia tidak dicabar oleh sebarang kenyataan oleh para pakar yang lain.

“Ini menyebabkan testimoni tersebut menjadi akuan satu belah yang tidak lebih daripada khabar cakap,” tambah beliau.

Semalam, trio Umno atau Datuk T mengaku bersalah mengedarkan video lucah dan masing-masing didenda antara RM3,000 hingga RM1,000 setiap seorang.
Ketiga-tiga mereka, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik didenda RM1,000; Datuk Shazryl Eskay Abdullah RM3,000 manakala bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim RM1,500.

Namun, bagi Kit Siang, apa yang melucukan pada prosiding di Mahkamah Majistret pagi semalam ialah cara Datuk T menjustifikasikan jenayah mereka kononnya demi kepentingan negara.

“Apa yang boleh lebih penting untuk negara selain memperjuangkan pembasmian rasuah, terutamanya budaya rasuah semasa pemimpin negara apabila Indeks Rasuah Ketelusan Antarabangsa (Transparency International) menunjukkan kejatuhan teruk dari tangga 23 di 1995 ke 56 dalam masa 11 tahun,” bidas Kit Siang.

Bahkan, kata beliau, trio Umno itu dilayan seperti VVIP, dan dibenarkan untuk meninggalkan mahkamah tanpa membayar duit denda yang dikenakan.

Kit Siang, yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, turut menyoal Peguam Negara sama ada beliau bersetuju bahawa ia adalah relevan untuk mengurangkan hukuman terhadap sesiapa saja, sama ada mencuri dokumen atau melanggar Akta Rahsia Rasmi, sekitanya jenayah itu dilakukan dengan tujuan murni seperti mendedahkan rasuah besar melibatkan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin dalam kerajaan.

“Soalan yang saya hendak ajukan ialah sama ada Peguam Negara dan polis adalah sebahagian daripada konspirasi dalam salah guna kuasa proses mahkamah trio Datuk T yang menyebabkan kelewatan tiga bulan dalam mendakwa mereka supaya kononnya ‘testimoni pakar’ dapat disiapkan dan dilaporkan ke mahkamah untuk menuduh bahawa orang di dalam seks video Carcosa ialah Anwar,” soal Kit Siang.

Jika ya, beliau berkata kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Polis Negara harus menjelaskan mengapa mereka kompromi dalam kebebasan, profesionalisme dan integriti pejabat mereka dengan melibatkan diri dalam permainan politik trio Umno Datuk T dan ketua-ketua mereka dalam Umno.
Links to this post
Najib NAFI jumpa Rahim Tamby Chik bincang video seks
Sabtu, Jun 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[BH] KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menganggap dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduhnya ada berjumpa bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berhubung isu video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang itu sebagai satu pembohongan.

“Tan Sri Rahim tak berjumpa saya... itu satu pembohongan. Dia (Anwar) boleh dakwa, tapi dia (Rahim) tidak jumpa saya,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN), di sini malam tadi.

Perdana Menteri mengulas dakwaan Anwar seperti dilaporkan laman portal berita kelmarin, kononnya Abdul Rahim ada mengadakan pertemuan dengan Najib berhubung isu video seks berkenaan.
 
Links to this post
Gadis jual dara untuk milik iPhone 4
Jumaat, Jun 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[BH] BEIJING: Remaja di China begitu serius dan bersungguh-sungguh untuk produk Apple yang mahal hingga sanggup menggadai maruah diri. 

Akhbar Korean Herald memetik Biznewschina sebagai melaporkan seorang remaja ‘jiulinghou’ (merujuk kepada mereka yang lahir pada 1990-an) menulis dalam Weibo – versi Twitter China – bahawa dia mengimpikan mahu memiliki iPhone 4 sendiri tetapi tidak dibenarkan bapanya.

Beliau kemudian memutuskan untuk menjual daranya kepada seseorang yang boleh membelikannya peralatan telefon bimbit itu.

(Gambar hiasan)
Links to this post
Polis arah jangan jual baju Bersih
Jumaat, Jun 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 23 Jun: Polis malam tadi mengarahkan seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur agar tidak menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan.

Amaran tersebut yang didakwa "arahan pihak atasan" diberikan kepada beliau pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.

Ceramah tersebut dihadiri Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

"Pada mulanya dia datang ke gerai saya, minta ambil gambar. Lepas ambik gambar, saya tanya awak siapa. Dia bagitau dia polis sambil tunjuk IC polis.

"Kemudian dia ambik dua helai baju Bersih, dan suruh saya jangan jual baju itu. Katanya arahan dari atasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, beliau kemudiannya dijemput ke Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda dan dirakam kenyataan selama 20 minit.

Arahan tersebut dipercayai ada kaitan dengan rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.

Dalam respon segera, Shuhaimi turut mempersoal tindakan pihak berkuasa itu.

"Sejak bila jual baju tak boleh? Umno BN makin gila," tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, polis juga telah memberi amaran kepada penganjur himpunan itu agar membatalkan hasrat mereka.

Ratusan laporan polis juga turut dibuat di seluruh negara termasuk oleh Umno.

Selain itu, polis juga memberi amaran akan membuat tangkapan awal sebagai pencegahan.

Bagaimanapun, Bersih sehingga kini tetap dengan pendirian akan meneruskan himpunan itu.

P/S: Terdesak dan takutnya umporno dengan kebangkitan rakyat....
Links to this post
Ibu tunggal mati bersalin dalam tandas
Jumaat, Jun 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[HM] JASIN: Seorang ibu tunggal dan bayinya yang baru dilahirkan ditemui mati di dalam tandas sebuah kilang di Taman Perindustrian Merlimau, dekat sini, antara jam 3 pagi hingga 8 pagi semalam.

Difahamkan mangsa berusia 30 tahun berasal dari Kemendor, Jasin dekat sini, ditemui mati bersama-sama bayi perempuan yang baru dilahirkan oleh seorang tukang cuci ketika mahu membersihkan tandas wanita di situ.

Sumber polis yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut kerana masih menunggu laporan bedah siasat mangsa pagi ini di Hospital Jasin. Sumber itu berkata ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita terbabit dikatakan memasuki tandas berkenaan dan dipercayai tiba-tiba melahirkan anak. 
Mangsa dipercayai mati akibat pendarahan banyak dan menahan kesakitan seorang diri,” katanya. Difahamkan mangsa menumpang di rumah abangnya di Kampung Kilang Berapi, di sini.

(Gambar hiasan)
Links to this post
Rahim: Kami berjaya dedahkan 'maksiat'
Jumaat, Jun 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[MK] Walau agak kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah berjaya mencapai tujuannnya dalam "mendedahkan kemaksiatan" yang didakwa dilakukan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas ketua menteri Melaka itu juga mendakwa, individu yang ditunjukkan dalam bahan kes perbicaraan hari ini juga tidak boleh lagi dikatakan "mirip Anwar."

datuk t charged 240611 rahim thamby chik"Hari ini dalam mahkamah kita melihat perkara sebenarnya didedahkan

"Kita tidak dapat menerima lagi apa-apa penafian daripada mana-mana pihak.

"Kita sekarang yakin Anwar Ibrahim terlibat dalam video ini dan melakukan kemaksiatan," katanya dalam sidang media selepas perbicaraan kes berkenaan hari ini.

Kesahihan berhubung identiti individu lelaki dalam video berkenaan bagaimanapun tidak diputuskan dalam mahkamah hari ini.

Ia bagaimanapun dinyatakan dalam fakta kes pendakwaan yang menyebut, pelaku seks lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah menyerupai Anwar.

P/s: Bagaimana pula dengan maksiat ini? Sila klik di sini.
Links to this post
Dua pelajar kerap ponteng akhirnya terbongkar!!
Jumaat, Jun 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[HM] AMPANG: Akibat ketagih seks, dua pelajar sebuah sekolah di Ampang di sini sanggup ponteng bagi melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam tandas sebuah restoran di Taman Melawati sejak Mac sebelum rahsia mereka terbongkar, Selasa lalu.

Difahamkan, pasangan terbabit masing-masing pelajar tingkatan tiga dan empat sering ponteng sekolah dan menjadikan restoran berkenaan sebagai tempat melepak bersama rakan lain sebelum bertukar kepada adegan panas dalam tandas. 

Kejadian itu hanya diketahui guru mereka apabila pelajar perempuan berusia 15 tahun itu menceritakan perbuatan terkutuk mereka kepada guru berkenaan selepas didesak beberapa kali.

Malah, pelajar terbabit kini dalam ketakutan selepas diugut pasangannya untuk mendedahkan hubungan seks mereka kepada ibu bapanya dan rakan jika dia enggan menyerahkan wang sebanyak RM150 bagi menyimpan rahsia mereka.

Sumber berkata, guru itu yang prihatin dengan masalah dihadapi pelajarnya mendekati pelajar perempuan berkenaan ketika kelas bengkel jahitan kira-kira jam 9 pagi Selasa lalu untuk bertanya kenapa dia kerap ponteng.
Links to this post
Ibu rela diri dinoda demi selamatkan anak
Jumaat, Jun 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai

 Saya petik:

[HM] PETALING JAYA: Pilihan setan. Itu situasi getir terpaksa dipilih seorang wanita berusia 40 tahun sama ada mahu dirinya atau anak perempuannya berusia lapan tahun dirogol dalam kejadian pecah rumah di Kampung Subang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dan anaknya tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berusia 30-an yang pada mulanya mahu merompak.

Demi menjaga kesucian anaknya, si ibu dirogol suspek sambil detik hitam terbabit disaksikan kanak-kanak itu. Difahamkan, ketika kejadian suami mangsa keluar bekerja.

Sumber polis berkata, mangsa dan anaknya yang tidur nyenyak di rumah berkenaan dikejutkan seorang lelaki tidak dikenali.

“Tersentak dengan itu, mangsa merayu dikasihani selain memberitahu akan menyerahkan semua barangan berharga miliknya kepada suspek asalkan dia dan anaknya tidak disentuh,” katanya.

Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

“Terkejut dengan itu, mangsa merayu dan berusaha mempertahankan dirinya. Namun, wanita itu mengalah apabila suspek mengugut untuk menodai anak perempuannya jika melawan.

“Selepas dirogol, suspek mengambil beberapa barangan berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai dianggarkan bernilai RM500 sebelum melarikan diri,” katanya.

Mangsa menghubungi polis sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, selepas mangsa memberi keterangan, dia dan anaknya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, untuk pemeriksaan dan rawatan.

Difahamkan, sehingga kini suspek belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan insiden itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 376 Kanun Keseksaan (KK).
(Gambar hiasan) 
Links to this post
[VIDEO] Jaringan GOL menarik Malaysia melawan Lubnan
Jumaat, Jun 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai

MALAYSIA 2  LUBNAN 1

Saya petik:

[kosmo] MALAYSIA melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi meskipun terpaksa beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir.

Jaringan Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada separuh masa pertama sudah cukup untuk mengesahkan laluan Malaysia ke pusingan seterusnya meskipun Chadi Atie berjaya mengubah kedudukan kepada 2-1 pada separuh masa kedua.

Aksi skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mendapat sokongan padu daripada 10,000 peminat tempatan.

Malaysia mara dengan agregat 2-1 setelah mencatat keputusan seri 0-0 pada aksi pertama di Beirut pada Ahad lalu.

Dengan kejayaan itu, Malaysia kini berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi merebut tiga slot automatik dan satu slot playoff ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Pada aksi malam tadi, Kim Swee melakukan dua perubahan dengan Affize Faisal Mamat menggantikan Mahali Jasuli yang digantung satu perlawanan manakala Syahrul Azwari Ibrahim menggantikan tempat Izzaq Faris Ramlan.

Jurulatih Lebanon, Samir Saad pula hanya menukar seorang pemain iaitu Jad Noureddine yang diturunkan untuk mengambil alih posisi Hassan Chaito.

Malaysia tidak menunggu lama apabila memperoleh gol pertama seawal minit kelapan menerusi rembatan Irfan dari dalam kotak penalti selepas berlaku keadaan kelam-kabut berpunca daripada sepakan sudut Wan Zack Haikal.

Di sebalik penguasaan penuh Malaysia, Lebanon hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-36 tetapi rembatan kaki kiri pemain sayap, Mohamad Haidar sekadar menggegar palang gol.

Malaysia terus selesa apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-40 hasil penyudah kemas Wan Zack selepas menerima lorongan baik Gary Steven Robbat dari bahagian tengah.

Namun malang menimpa Gary Steven apabila dia dibuang padang pada minit ke-50 selepas menerima kad kuning kedua akibat mengasari pemain Lebanon.

Akibatnya, Lebanon berjaya menghasilkan gol pertama pada minit ke-63 menerusi Chadi untuk menjadikan kedudukan 2-1 tetapi Malaysia kental bertahan sehingga wisel penamat.

Kim Swee yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas perlawanan itu menjelaskan:“Ini membuktikan walaupun kita beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir, pemain telah menunjukkan kesungguhan tinggi. Tapi ini baru permulaan, banyak lagi rintangan perlu diharungi pada peringkat kumpulan nanti,” kata Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan.

Samir pula berkata: “Kami cuba cari gol penyamaan tetapi pemain Malaysia beraksi dengan semangat yang cukup tinggi disebabkan mereka mendapat sokongan padu penyokong.”
Links to this post
Bazar Tok Guru: Peniaga mohon maaf
Khamis, Jun 23, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[HD] KOTA BHARU, 23 Jun: “Saya bagi pihak Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB memohon maaf kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mana silap laku saya itu saya mohon maaf,” demikian pengakuan mohon maaf secara terbuka Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad.

Berucap pada sidang media sempena Majlis Pengundian Bazar Tok Guru oleh pada peniaga Majlis Perbandaranan Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Dewan Jubli Perak MPKB di sini semalam, Salim mendakwa sekiranya beliau telah bertindak kasar dan agresif sebelum ini, maka itu adalah sebagai tuntutan daripada ahli persatuannya.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada ahli persatuan serta para peniaga umumnya agar berprasangka baik dengan pihak kerajaan negeri.

Beliau berharap selepas ini, pihak persatuan dan para peniaga berbaik-baik dengan pihak kerajaan negeri dan para pegawainya.

“Berbaik-baik dan jangan salah sangka kepada pimpinan kerajaan negeri dan para pegawainya yang telah banyak membantu kita khususnya dalam segi pemilihan lot-lot gerai di Bazar Tok Guru.

“Kini ada jalan penyelesaian, dan kita pun jemu dah dengan keadaan semasa, berarak sana, berarak sini. Saya sebagai pengerusi persatuan, maka setakat inilah perjuangan saya bersama ahli-ahli saya.

“Saya terimalah mandat kerajaan negeri, dan kita tidak akan bincang (memanjangkan) lagi cerita kita ini,” katanya sambil menyifatkan keputusan pihak kerajaan negeri yang meluluskan dibuang sebanyak 26 gerai dengan nilaian lebih RM2 juta sebagai ‘kebajikan laluan’ di bazar itu adalah sebagai pengorbanan kepada para peniaga berkenaan.

“Ini bermakna, tidak terkiralah pengorbanan kerajaan negeri kepada peniaga-peniaga kita, alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sanusi Osman dalam satu kenyataan media berkata, seramai 230 peniaga telah diundang hari ini (22 Jun 2011) bagi menjalani proses pengundian petak perniagaan di tingkat bawah Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini.

Sementara proses menandatangani perjanjian jual beli akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Jun ini dan serahan milikan kosong akan dilaksanakan sebelum 1 Julai.

“Seramai 326 peniaga dijangka dapat memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru pada 1 Julai 2011,” katanya.
Links to this post
Suspek hina Agong serah diri
Khamis, Jun 23, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU- Salah seorang suspek yang dipercayai menggunakan laman sosial menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyerah diri di Balai Polis Kuala Terengganu, Isnin lalu.

Suspek, 24 tahun beralamat di Taman Sri Aman, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan merupakan bekas pelajar Kolej PTPL, Kota Bharu menyerah diri kira-kira jam 8 malam setelah ‘menghilangkan’ diri sejurus mengetahui dirinya diburu.

Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Datuk Jamshah Mustafa berkata, suspek yang menggunakan nama samaran ‘Nik Rabani’ turut membawa barang kes iaitu sebuah komputer riba, satu alat pengecas dan satu tetikus ketika menyerah diri di hadapan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

“Walaupun suspek dengan sukarela menyerah diri dan mengaku bersalah di atas tindakannya itu tetapi kita tetap mengambil tindakan terhadapnya kerana kesalahan sudah dilakukan.

“Diharapkan selepas ini, ia dapat menjadi pe-ngajaran kepada orang ramai agar jangan sesekali menggunakan laman sosial sebagai tempat bergurau yang melampaui batas,” katanya kepada media dalam satu sidang media, semalam.

Menurut Jamshah, suspek yang kini tidak bekerja ditahan reman selama empat hari sehingga 24 Jun ini untuk siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

Manakala seorang lagi suspek yang dikenal sebagai ‘Kay Shakila’ kini masih diburu.

Sebelum ini, Sinar Harian keluaran 15 Jun menyiarkan Kelab Peminat Terengganu (Terengganu FC) membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini selepas menyedari dua individu dipercayai penyokong sebuah pasukan bola sepak tanah air, sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengguna laman sosial.

Dua individu berkenaan bertindak mengubahsuai gambar Yang di-Pertuan Agong serta mengeluarkan komen yang mempersendakan Ketua Negara Malaysia dengan mengaitkan baginda dengan perlawanan akhir Piala FA yang menjadi milik Terengganu.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, Skuad Penyu itu menewaskan pasukan Red Warriors 2-1.
Links to this post
Royalti P.Ramlee cecah RM200 juta
Khamis, Jun 23, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

Waris P Ramlee cadang tuntut royalti

[BH] GEORGETOWN: Waris Tan Sri P Ramlee bercadang menuntut royalti daripada bekas majikan seniman agung itu hasil bayaran tayangan filem lakonan Allahyarham di stesen televisyen, termasuk televisyen berbayar yang dikatakan mencecah RM200 juta.

Setakat ini, waris P Ramlee hanya menerima royalti daripada lagu Allahyarham, termasuk RM200,000 yang dibayar syarikat rakaman dan Persatuan Perlindungan Hak Cipta Muzik Malaysia (MACP), pada tahun lalu. 

Bagi tujuan itu, waris Allahyarham melantik peguam, Datuk Hamzah Mohd Kassim bagi mengendalikan urusan berkaitan usaha mendapatkan imbuhan daripada bekas majikan P Ramlee itu.
 
Hamzah semalam mengakui tiada undang-undang jelas berkaitan royalti antara P Ramlee dengan Shaw Brothers, ketika Allahyarham menjadi pelakon di syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, Shaw Brothers mempunyai tanggungjawab sosial untuk memberikan bayaran kepada waris P Ramlee.

“Saya sudah mendapatkan pandangan pakar perundangan dan kami mempunyai ruang mendapatkan sejumlah royalti,” katanya selepas majlis pelancaran Jejak Warisan P Ramlee di Rumah Kelahiran P Ramlee, di sini semalam.

Pelancaran disempurnakan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff.
Hamzah berkata, pihaknya sudah membuat kajian mengenai perkara itu dan berjumpa beberapa rakan Allahyarham serta mendapatkan pandangan pakar undang-undang.

Namun, beliau tidak dapat menyatakan jumlah tepat pendapatan diperoleh Shaw Brothers hasil tayangan filem lakonan P Ramlee melalui televisyen, tetapi menjangkakan mencecah RM200 juta.

“Saya difahamkan, dalam tempoh tiga tahun lalu saja syarikat itu dibayar RM20 juta oleh ASTRO,” katanya yang menyasarkan royalti sebanyak 20 peratus diberikan kepada waris Allahyarham.

Mengenai maklum balas Shaw Brothers, Hamzah berkata, pihaknya akan berunding dengan syarikat itu selepas mendapat semua maklumat berkaitan.

Sementara itu, Mohd Yusoff berkata, PEMENANG menyokong usaha memastikan waris P Ramlee mendapat hak mereka dan berharap persatuan dalam industri perfileman turut membantu bagi memastikan keluarga Allahyarham mendapat pembelaan sewajarnya
Links to this post
Saya petik:

[HM] Seorang duda dan ibu tiga anak masing-masing dihukum denda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas mengaku berkhalwat di rumah kedai, lapan hari sebelum wanita itu diceraikan suaminya, Februari lalu.

Hakim Syarie Drs Atras Mohamad Zin menjatuhkan hukuman itu terhadap jurutera, Saharudin Mohd Yusof, 37, dan pegawai bank, Azilawati Jusoh, 37. Penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak di tingkat dua rumah kedai di No 61/2B, Jalan Pahat K15/K, Dataran Otomobil, Seksyen 15, di sini, jam 3.35 pagi, 2 Februari lalu. Saharudin didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Azilawati didakwa di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen sama. 

Terdahulu, Saharudin dan Azilawati memohon mahkamah mengurangkan jumlah denda dan tidak mengenakan hukuman penjara.

Bagaimanapun, Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmad Khairi membantah permohonan itu atas alasan Saharudin dan Azilawati berpendapatan kira-kira RM5,000 dan RM4,000 sebulan. Berdasarkan fakta kes, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang datang ke tempat kejadian melakukan pemeriksaan mendapati pintu dan pagar tertutup serta berkunci.

“Pihak berkuasa kemudian mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali dan menunggu 15 minit di luar namun pintu masih juga tidak dibuka. 
 
“Selepas itu, amaran dengan kiraan 10 kali dilakukan dan lima minit kemudian, barulah seorang lelaki (Saharudin) yang memakai kemeja T berwarna merah dan berseluar jean panjang membuka pintu,” katanya.

Menurut Khafizah, pemeriksaan menemui seorang wanita yang memakai kemeja T serta berseluar jean di dalam bilik di rumah berkenaan.

Ketika ditahan, suasana di rumah itu suram dan hanya diterangi cahaya lampu dari luar.
 
Azilawati diceraikan suaminya, Norashid Jeran, 39, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, dekat sini pada 10 Februari lalu, selepas bersetuju dengan syarat untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan bongsu, Dhia Delisha Hannan, 1, kepada suaminya. Difahamkan, hubungan pasangan itu retak gara-gara laman sosial popular, Facebook.

Selepas prosiding semalam, Saharudin menyerang dan mengasari seorang jurugambar sehingga memaksanya membongkokkan badannya sambil memeluk kamera bagi mengelakkannya daripada dirampas atau dirosakkan. Bagaimanapun, tindakan pantas rakan jurugambar media lain berjaya mengelak kejadian lebih buruk.

P/s:  Hati-hati apabila menggunakan FB. Banyak kes yang bercerai-berai kerana FB.

(Gambar hiasan) 
Links to this post
Ustaz ini difitnah kerana dedah penyelewengan wang masjid?
Khamis, Jun 23, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[SH] SHAH ALAM – Seorang ustaz mendakwa dirinya difitnah pihak tertentu sehingga jawatannya di sebuah masjid di ibu kota digantung.

Imam yang namanya enggan disiarkan itu berkata, kejadian terbabit berlaku selepas dia membongkar kes penyelewengan wang di masjid berkenaan pada 2008.

Menurutnya, dia yang mula berjemaah di masjid terbabit sejak 1973 dan dilantik sebagai imam pada 2005 itu mendapati pihak pengurusannya tidak menjalankan tugas dengan baik.

“Pihak pengurusan masjid berkenaan tidak pernah menjalankan mesyuarat agung dan membentangkan kewangan masjid.

“Apabila saya dedahkan penyelewengan wang masjid, saya dapat sepucuk surat menyatakan tugas saya sebagai imam digantung, pada tahun sama,” katanya.

Dia berkata, dia sudah melaporkan penyelewengan terbabit kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menyiasat perkara itu.

“Saya terkilan kerana ada pihak tertentu memfitnah saya mempunyai masalah disiplin dan memakai pakaian melambangkan parti politik. Akhirnya, jawatan saya digantung,” katanya.

Menurutnya, sebagai imam, dia hanya mahu menegakkan kebenaran dan tidak mahu terus berselindung dengan penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam masjid berkenaan.
Links to this post
Sila pakai baju kuning 2 Julai ini
Khamis, Jun 23, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik: 
2 Julai pra himpunan aman Bersih 2.0

[HD] KUALA LUMPUR, 22 Jun: Sebagai suatu usaha menyahut seruan himpunan aman Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu kota, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai ini sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 yang berwarna kuning.

Katanya, ia sebagai warm up (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

“Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai ini tidak perlu diadakan sebarang himpunan, cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap himpunan aman ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.

“Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2 Julai 2011 ini. Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0,” ujarnya.

Jelasnya, rasional seruan itu adalah sebagai warm up (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0.

Tambahnya, ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap himpunan aman nanti dengan mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihan raya yang bersih dan adil di masa akan datang.

Ini juga, ujarnya membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan aman Bersih 2.0 adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit dan ingin menunjukkan bahawa himpunan nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara.

Selain itu, katanya 2 Julai sebagai hari memakai baju kuning sebagai tarikan atau promosi terhadap rakyat Malaysia yang lain agar turut sama mengambil bahagian menyertai himpunan itu.

“Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai nanti adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka,” katanya.
Links to this post
Ibu tunggal dakwa dirogol adik ipar
Khamis, Jun 23, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[BH] SEGAMAT: Seorang ibu tunggal berusia 54 tahun mendakwa dirogol empat kali oleh adik iparnya yang berusia 48 tahun ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Sungai Gatom, Labis, dekat sini, sejak setahun lalu.

Kejadian terbaru berlaku di ruang tamu rumah mangsa Sabtu lalu ketika ibu tunggal empat anak itu sedang tidur, jam 2.30 pagi.

Ketika kejadian, mangsa mendakwa baru pulang daripada majlis perkahwinan di Pahang bersama dua adiknya sebelum dia mengambil ubat darah tinggi dan tidur di ruang tamu rumahnya, tetapi terjaga jam 2.30 pagi dan melihat suspek berada di atas badan serta merogolnya.
 
Mangsa turut mendakwa seperti dipukau dan mungkin kesan ubat darah tinggi diambil menyebabkannya tidak sedar apa yang berlaku ketika kejadian.

Tidak berpuas hati dengan perlakuan adik iparnya itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Labis, Ahad lalu sebelum dihantar ke Hospital Daerah Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

Perbuatan adik ipar mangsa dikatakan sudah berlaku sejak tahun lalu, namun mangsa takut untuk membuat laporan kerana bimbang diugut oleh lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. 

Difahamkan suspek yang menetap di Bukit Pasir, Muar dan bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan sepasukan polis di Jalan Ibrahim, dekat sini, sehari selepas laporan dibuat mangsa. 

(Gambar hiasan)
Links to this post
Baucer yuran guaman kes qazaf yang dikatakan dibiayai mengguna wang zakat

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mempersoal salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.

Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada amanah rakyat, Saifuddin berkata, Che Mat Ali yang juga merangkap Setiusaha Jawi telah memohon dan meluluskan sendiri penggunaan wang zakat berkenaan.

“Datuk Che Mat Ali meluluskan kepada Datuk Che Mat Ali. Itu dari segi tata kelolanya, jelas (salah) ,” kata Saifuddin ketika sidang media di parlimen hari ini.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

“Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Ketua Audit Negara menyiasat salahguna wang itu kerana individu yang sama memohon dan meluluskan peruntukan wang itu.

“Dari segi undang-undang yang memohon dan meluluskan orang yang sama, jadi kita minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara untuk menyiasat,” kata Saifuddin.

Berita Berkaitan: PKR Desak Ketua Audit Negara, SPRM Siasat Salah Guna Wang Zakat
Links to this post

Saya petik:

[FMT] KUALA LUMPUR, 22 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak salah dari segi tujuan.

Ini kerana jelas Dr Asri, matlamat dan tujuan utama Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang sepatutnya tidak dinafikan oleh kerajaan.

“Jika tujuannya baik dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik... jika tujuannya baik, caranya salah maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.

“Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

“Setelah saya mendengar taklimat Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan menilainya saya dapati tujuannya baik iaitu menuntut hak yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru jelas beliau, Himpunan Bersih 2.0 perlu diadakan demi masa depan politik yang lebih baik tanpa mengira mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.

“Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.

“Maka, saya tidak mempertikaikan Himpunan Bersih 2.0 di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum kerana tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihan raya,” katanya.

Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0 yang akan berarak ke Istana Negara dari tiga lokasi berbeza.

Menurut Asri (gambar), beliau tidak menolak demonstrasi yang akan diadakan itu akan mengancam keselamatan negara sekiranya ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menegaskan demonstrasi sepatutnya menjadi pilihan terakhir setelah tuntutan yang dibuat tidak ditunaikan.

Justeru, Asri menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan tuntutan yang dibuat Bersih bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.

“Namun oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.

“Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan, saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan...dan pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai,” katanya.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimumu 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

“Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.

“Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih 2.0 hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati,” tegas Asri.

Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyertai demonstrasi itu agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh membawa berlakunya rusuhan.

“Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.

“Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa,” katanya.

Tambah Asri, hasrat rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak akan dapat dilaksanakan tanpa bantuan semua pihak termasuk kerajaan.

“Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak termasuk polis, rakyat dan golongan atasan.

“Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai perhimpunan Bersih 2.0 merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu dan memastikan perhimpunan itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat,” katanya.
Links to this post
Al-Quran dibuang di pusat kitar semula
Rabu, Jun 22, 2011 | Author: Tuk Kiyai