Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

SOLAT MINTA HUJAN BERSAMA TUAN GURU: HUJAN TURUN SERTA MERTA

Label:

KOTA BHARU - Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan semalam (12 Mac) bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan.

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah. Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi semalam itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat. Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya Nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.
(Dioetik dari The Malaysian Insider)

SAPP Bergabung dengan PR Untuk Tumbangkan BN

Label:

KUALA LUMPUR : Parti Progresif Sabah (SAPP) bekerjasama dengan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen adalah untuk menumbangkan pentadbiran Barisan Nasional yang ada ketika ini.

"Pendirian kami kekal bahawa kami keluar dari kerajaan BN pada 2008 kerana kami hilang kepercayaan terhadap BN dalam menyelesaikan masalah sabah yang semakin hari semakin buruk," kata presidennya, Datuk Yong Teck Lee yang dipetik media.

Menurut beliau, sebarang pembohongan oleh beberapa orang ahli politik di Kota Kinabalu, Sipitang dan Sandakan dan di Internet dalam beberapa hari ini kononnya Sapp sedang kembali kepada BN adalah percubaan terdesak untuk melemahkan perjuangaan Sapp untuk Sabah.

Beliau sebelum itu menolak komen Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menjangkakan bahawa dua wakil rakyat Sapp itu berada di dalam 'blok bebas'.

Beliau menegaskan parti Progresif Sabah (SAPP), yang keluar daripada BN dua tahun lalu tidak akan menyertai 'blok bebas' oleh anggota-anggota Parlimen yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.

"Dua Ahli Parlimen (MP) Sapp, Sapp, Datuk Eric Majimbun dan Datuk Dr Chua Soon Bui bukan individu bebas.

"Mereka dari Sapp mewakili kepentingan Sabah. Bagaimanapun, Sapp akan menyertai badan-badan bukan BN yang memperjuangkan kepentingan Sabah.

“Atas dasar ini, dua MP Sapp adalah sebahagian daripada Kaukus Parlimen mengenai petroleum diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah kerana ini menyentuh kepentingan Sabah secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan di media di sini.

SUMBER di sini.

Najib Terdesak, Peralat Mahkamah - Yusmadi Yusof

Label:

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperalatkan aspek perundangan bagi memberi tekanan kepada kemaraan Pakatan Rakyat hanya akan memakan diri kelak.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata kerakusan jentera pemerintah mencengkam pimpinan Pakatan Rakyat dalam belenggu perundangan hanya membusukkan nilai institusi itu.

Ia berikutan apa sahaja yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat, baik prosedur mahupun keputusan penghakiman, ia jauh menyimpang dari peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan terdesak pihak tidak bertanggungjawab ini akan memakan diri," kata Yusmadi."

Ini merupakan satu contoh yang tidak baik kepada perundangan negara kerana apa yang diputuskan kelak akan menjadi kes contoh yang akan membina sistem perundangan itu sendiri," tegas beliau.

Kes-kes terdahulu menjadi bukti betapa pimpinan Pakatan Rakyat ditekan secara hebat dan melampau melalui institusi perundangan yang patuh pada telunjuk kerajaan Umno BN.

Ia termasuk kes konspirasi ke-2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selain banyak kes lain yang menyaksikan satu demi satu keputusan tidak menyebelahinya.

Begitu juga keputusan mahkamah dalam menentukan siapa menteri besar Perak yang sah hingga menonjolkan kepincangan antara hakim mahkamah tinggi dengan hakim mahkamah rayuan.

Semuanya semata-mata bagi memberi kemenangan bergaya kepada UMNO Barisan Nasional.

Kes saman anwar terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang memecatnya dari Kabinet juga diramal bakal dipolitikkan sepertimana lazim.

"disini yang kita lihat adalah rakyat. bagaimana institusi perundangan telah disalahguna dan yang lebih malang dari segi tafsiran undang- undang itu sendiri apabila ianya digunapakai terhadap pimpinan pembangkang ia seolah- olah mempunyai satu tafsiran yang berbeza," katanya.

Yusmadi memberi amaran kepada jentera pemerintah supaya menghentikan corak pemerintahan yang menghalalkan undang- undang demi kepentingan politik.

"Saya menggesa pihak bertanggungjawab supaya lebih berhati- hati menggunakan perkataan ini kerana yang akan merugikan besok adalah bukan kami orang politik tapi negara dan rakyat secara keseluruhannya," tambah beliau.

SUMBER di sini.

ZULKIFLI NOORDIN DILIHAT SEBAGAI PELAMPAU AGAMA DAN RASIS - Dr Teng Hock

Label:

Gerakan Pulau Pinang menggesa kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menerima anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, yang disingkir daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas, sebagai anggotanya.

Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan (gambar)berkata Zulkifli yang kini menjadi anggota Parlimen Bebas, dilihat sebagai seorang pelampau agama dan rasis.

"Beliau disingkirkan oleh PKR kerana tidak bersedia menerima kepelbagaian bangsa.

"Menerima beliau masuk Umno dan BN tidak akan mencerminkan BN sebagai sebuah parti campuran pelbagai bangsa yang sederhana berkhidmat bagi kepentingan semua rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Dr Teng, yang juga naib presiden Gerakan, berkata Zulkifli telah mengetuai satu bantahan yang sangat bising untuk mengganggu Forum Masuk Islam Majlis Peguam di sini pada 9 Ogos, 2008.

Beliau berkata Gerakan agak "cemas" dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pintu Umno "sentiasa terbuka" kepada sesiapa yang ingin menjadi anggotanya termasuk Zulkifli.

Dr Teng berkata BN pada amnya dan khasnya Umno janganlah menerima pelampau agama dan rasis dalam kumpulannya. Sumber di sini.

Artikel dari blog Parti Gerakan: Don’t accept Zulkifli into BN, Dr Teng

PM asyik dengna Facebook, Tiada Masa untuk Malaysia - Lim Kit Siang

Label:

Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Perdana Menteri Najib Abdul Razak lebih sibuk bermain Facebook dari menguruskan hal-ehwal negara.

Beliau berkata pengakuan Setiausaha Politik Najib, Datuk Seri Shahlan Ismail bahawa Najib secara peribadinya menjawab hingga 600 pesanan di Facebook menunjukkan bahawa isu-isu rakyat Malaysia tidak diberi perhatian serius.

"Amat menakjubkan, kerana Najib tidak ada masa untuk tugas-tugasnya. Andaikata beliau luangkan satu minit untuk satu pesanan Facebook - maka Najib telah membuang hampir 600 minit, bersamaan 10 jam, untuk 600 pesanan," kata Kit Siang.

Shahlan Ismail membuat pengakuan itu dalam sesi penerangan kepada 500 penjawat awam dan pemimpin setempat oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan baru-baru ini.

SUMBER: tvS

MP KHIANAT: SOLAT HAJAT 7 HARI 7 MALAM BERMULA SABTU INI

Label:

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata, solat Hajat tujuh malam bagi memohon hukuman Allah terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli yang keluar parti akan dimulakan pada Sabtu ini.

Menurut Ahmad, tindakan itu terpaksa diambil kerana selepas tamat tempoh tujuh hari yang diberikan kepadanya - supaya kembali kepada Pakatan Rakyat atau mengisytiharkan sokongan terbuka kepada gabungan itu - gagal ditunaikan.
Sama-samalah kita berdoa supaya kita tidak termasuk dalam kalangan pengkhianat kepada amanah Allah...

ANWAR IBRAHIM AKAN DISOAL SIASAT POLIS ESOK

Label:

Polis akan merakam kenyataan Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi esok berhubung ceramah beliau ke seluruh negara.Kenyataan Anwar akan dirakam pada jam 11 pagi di ibupejabat PKR di Merchant Square, Tropicana.

Menurut seorang pegawai pejabat PKR, mereka menerima surat untuk tujuan tersebut dari ibupejabat polis Seberang Perai Tengah.Surat tersebut, katanya, yang bertarikh 4 Mac, meminta bantuan Anwar dalam siasatan tersebut.

Ia berkaitan dengan empat laporan polis berhubung ceramah beliau di Pulau Pinang bagi menjelaskan mengenai kes liwat terhadap beliau.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
SUMBER: MK

PELBAGAI PROGRAM UNTUK MENAIKKAN POPULARITI NAJIB RAZAK YANG MENJUNAM?

Label:

Populariti Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia semakin merosot meskipun pelbagai taktik digunakan oleh media arus perdana untuk melonjakkan imejnya sebagai pemimpin yang kononnya dekat dengan rakyat.

Malah jika berdasarkan kempen khusus yang diusahakan oleh TV3 untuk membina imej Najib sebagai pemimpin yang berwawasan dengan slogan 1 Malaysianya, langkah itu ternyata amat memalukan.

Suara Keadilan melaporkan, TV3 menerbitkan program yang diberi nama "Soal Jawab" yang ditayangkan di waktu "perdana" pada setiap Isnin sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun bilangan penonton atau "rating" yang diharap dapat membantu mengekang kemerosotan penonton stesen televisyen itu tidak berhasil walaupun yang diundang untuk bersoal jawab dengan hos sama ada Datuk Ahmad Talib mahu pun Datuk Manja Ismail ialah Datuk Seri Najib Razak sendiri.

“Ini memberi gambaran bahawa rakyat tidak berminat dengan omong dan slogan kosong Najib. Kempen 1Malaysia langsung tidak menarik minat rakyat," menurut sumber penerbitan TV3.

Adalah difahamkan bahawa syarikat pemantauan data dan trend penonton televisyen, AGB Nielsen mencatatkan hanya 270,000 orang menonton wawancara Ahmad Talib dengan Najib pada 18 Januari lalu.

Ini adalah jauh lebih rendah daripada wawancara dengan sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein yang mencatat 487,000 penonton pada Selasa 12 Januari. Difahamkan "Soal Jawab" dengan menteri ini ditayangkan Selasa kerana beliau tidak sempat datang pada hari Isnin.

Sumber itu memberitahu "rating" yang dicatatkan bagi rancangan ini pada slot perdana amatlah mengecewakan. Lazimnya pada slot jam 10 hingga 11 malam "rating" yang dapat dipungut oleh TV3 ialah sekitar 1.5 juta hingga 2 juta penonton.

Yang pasti program "Soal Jawab" dilihat sebagai satu program propaganda politik dan ini menjengkelkan penonton kerana kandungannya kebanyakannya adalah dari sudut Kerajaan sahaja.

Sumber itu memberitahu bahawa apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulfkifli Nordin dijemput untuk bualbicara, "rating"nya ialah jauh lebih baik daripada siaran yang menampilkan Najib. Difahamkan wawancara Zulkifli mencatat 438,000 penonton.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, wawancara dengan Perdana Menteri itu tidak mendapat sambutan kerana Najib tidak mempunyai kewibawaan dan kredibiliti di mata rakyat, malah dalam partinya sendiri.

"Keadaan itu menunjukkan bahawa masyarakat tidak dapat menerima dan ia merupakan satu protes secara jelas terhadap kepimpinan Najib. Ahli Umno sendiri yang dikatakan mempunyai keahlian lebih 2 juta tidak mengikuti rancangan itu,"katanya.

"Perkara ini sangat mengejutkan dan sekiranya perkembangan ini berterusan, ia akan membawa kepada satu lagi "grand design" untuk menjatuhkan Najib sepertimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah (mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi) apabila popularitinya jatuh merudum dan merosot teruk,"katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, rancangan soal jawab itu tidak menjurus kepada soalan-soalan asas mengenai Najib iaitu kredibiliti beliau dan hubung kaitnya dengan pelbagai skandal.

"Rakyat tidak yakin beliau sebagai perdana menteri kerana sehingga sekarang beliau tidak boleh membersihkan dirinya dengan pelbagai skandal dan tuduhan jenayah yang dihadapi beliau. Kita tidak tuduh beliau membunuh Altantuya, tetapi sehingga kini Najib tidak menafikan dan seolah ingin melindungi jenayah itu," katanya.

Menurutnya, kredibiliti Najib telah musnah teruk kerana dikaitkan dengan pelbagai skandal termasuk rasuah dalam pembelian kapal selam dan kehilangan enjin pesawat TUDM.

Mutakhir ini TV3 berusaha menerbitkan program yang boleh memperbaiki imej pemimpin kerajaan, terutama Perdana Menteri.

Antaranya termasuk "Terubok Masin untuk PM".

Ahad lalu sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, TV3 menyiarkan slot wawancara Najib dengan kanak-kanak yang berlakon sebagai wartawan dan penyampai berita.

"Ini adalah cara terdesak TV3 untuk mengampu Najib. Dan Najib yang tidak ada modal ikutkan sahaja. Walhal itu adalah eksploitasi kanak-kanak untuk mengiklankan betapa peramahnya Najib dengan generasi muda," kata Johari.

Di peringkat sekolah pula, ada syarikat separa kerajaan menganjurkan pertandingan menulis "Warkah untuk PM" bagi membuat Najib dan rakyat umumnya berasa generasi muda amat kagum dengan anak bekas Perdana Menteri Malaysia kedua itu.

SUMBER di sini.

JANGAN AMANAHKAN NEGARA MALAYSIA KEPADA PEROMPAK, PERASUAH - ANWAR

Label:

Walau sekaya mana sesebuah negara, walau sebanyak mana sumber galiannya tapi jika ditadbir kerajaan yang korup, ekonomi negara tidak mampu bertahan, apatah lagi berkembang.

Demikian kata Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas corak pimpinan UMNO-BN yang bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Pembangkang itu pada ceramah perdana 2 tahun Pakatan Rakyat malam semalam mahu pemimpin-pemimpin gagasan itu terus mempertahankan hak rakyat.

Ribuan rakyat terdiri dari pelbagai kaum menghadiri majlis yang berlangsung di Stadium Malawati bagi mendapatkan maklumat sebenar.

Apatah lagi media arus perdana tidak serik-serik membuat fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak tahu mentadbir, waima kerajaan Umno-BN sebenarnya dihimpit gejala rasuah.

“Sekarang yang merompak ini lah yang melaungkan pertahan Melayu. Dia rompak dahuklu, kemudian dia kata pertahan Melayu. Kita pun angguk, dan dia rompak lagi. Mana boleh kita harapkan negara dan bangsa di tangan perompak!" tegas Anwar.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor berkata, pemimpin yang telus dalam mentadbir sesebuah negara merupakan pemimpin yang amanah dalam menjaga hak rakyat yang disandarkan ke bahu mereka.

Dengan lantang, beliau menegaskan Pakatan Rakyat sama sekali tidak bertoleransi dengan pemimpin yang menyeleweng.

“ Saya hendak tanya Exco Kerajaan Negeri, Tan Sri Khalid, Teresa Kok, Yaacob, Xavier, Ean, Ronnie Liu, tanah apa yang dia dapat? Kalau kita tahu satu inci tanah kerajaan negeri Selangor, ada nama ini ambil, esok mereka tersingkir dari jawatan Exco," katanya.

SUMBER di sini.

KU LI ISYTIHAR MP BEBAS PADA SIDANG DEWAN RAKYAT BULAN INI?

Label:

Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas, apabila dewan rakyat bersidang pada bulan ini?

Sumber maklumat dari PKR memberitahu bahawa Tengku Razaleigh Hamzah (gambar kiri) yang melontarkan kritikan secara terbuka kepada UMNO sejak beberapa bulan kebelakangan ini, lantaran daripada isu royalti minyak di Kelantan, bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas.

Ketika menjawab soalan MerdekaReview melalui email, ahli parlimen Gua Musang, Kelantan ini menafikan bahawa dirinya akan berbuat demikian pada persidangan dewan rakyat yang akan datang. Walau bagaimanapun, beliau enggan meramalkan apa yang bakal berlaku pada beberapa bulan yang akan datang. Baca selanjutnya, klik di sini.

SAYA DICEKIK, DIBELASAH, DAN DIPIJAK FRU - MANGSA

KUALA LUMPUR : Saya dicekik, dibelasah dan dipijak oleh puluhan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sehinggakan saya sukar bernafas.

Itu luahan Najib Mahfuz, 25 (gambar) salah seorang mangsa keganasan FRU yang bertindak mengganggu ceramah Pakatan Rakyat sempena sambutan ulang tahun ke dua gagasan itu di di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Najib berkata, beliau bersama rakan yang lain cuba mempertahankan Pengerusi Penganjur yang sedang berucap ketika itu, Azmin Ali sebelum puluhan pasukan FRU yang lengkap dengan cota, perisai dan senapang naik ke pentas memburu setiap orang yang ada di atas termasuklah menyerang Ahli Parlimen (MP) PR.

"Dalam keadaan kelam kabut itu, puluhan FRU itu memukul sesiapa sahaja di atasa pentas termasuklah kami yang mengawal YB Azmin.

Rempuhan FRU dan polis pada malam ini merupakan satu lagi titik hitam keselamatan negara kerana polis dan FRU semakin mengganggu rakyat yang berhimpun secara aman berbanding memburu penjenayah di luar sana," katanya kepada erapakatan.com semalam.

Beliau mengalami kecederaan dibahagian muka, kepala, leher dan beberapa bahagian anggota badan yang lain.

Sehubungan itu, beliau bersama dua rakan lain yang turut dibelasah dan mengalami pendarahan malam tadi melakukan rawatan lanjut di hospital sebelum membuat laporan polis di balai berhampiran.

Wakil rakyat PR yang turut berada di pentas ketika itu terpaksa memasuki dewan bagi mengelak dibelasah oleh FRU tersebut.

Mereka termasuklah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Senator Negeri Selangor, Dr. Syed Husin Ali, MP Segambut, Lim Lip Eng, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, MP Pokok Sena, Mahfuz Omar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pimpinan PR yang lain.

Azmin Ali yang juga pengucap ke dua malam tadi memberitahu hadirin bahawa perhimpunan itu sah kerana ia merupakan tanah persendirian yang dimiliki kerajaan negeri Selangor dengan pengerusinya ialah Khalid selaku MB Selangor yang sebelum itu merupakan pengucap pertama.

"Tempat yang kita kumpul malam ini dimiliki oleh kerajaan Selangor, bukannya Umno ataupun (Datin Seri) Rosmah Mansor. Ini tanah persendirian, pemiliknya adalah MB (Tan Sri) Khalid Ibrahim.

"Kita kumpul sini dengan aman, Umno jangan takut (kepada) rakyat, polis marilah berkawan dengan rakyat," katanya yang menerima tepukan gemuruh ribuan rakyat sambil melaungkan reformasi dan bertakbir.

Azmin hanya berucap kira-kira 18 minit sebelum Polis bersama FRU merempuh rakyat yang melakukan benteng manusia di bawah pentas dan menyerbu ruang pentas ceramah.

Sejumlah puluhan FRU, turut kelihatan malam tadi sejumlah lima trak FRU dengan kelengkapan penuh turut kelihatan selain ratusan polis yang mengelilingi tempat ceramah malam tadi.

SUMBER di sini.

PAS TIDAK PERLUKAN ZULKIFLI NOORDIN - YB MAHFUZ

Label:

oleh: YB Dato' Hj Mahfuz Omar

“Mungkin dia (Tuan Ibrahim) berniat dakwah, tapi saya anggap kenyataan itu masih bersifat peribadi yang tidak perlu dipolemikkan,”

Keterbukaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS seperti yang dilaporkan akhbar elektronik mStar hari ini wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.

PAS seharusnya menghormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama,"

Sekiranya PAS menerima Zulkifli, PAS boleh dilihat tidak menghormati ketetapan berupa disiplin yang ditetapkan oleh PKR sendiri.

Ini kerana, dengan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS, boleh mengakibatkan isu disiplin yang dialami oleh PKR mungkin berpindah pada PAS pula.

"Selepas PKR, mungkin PAS pula berdepan dengan ahli-ahli yang tidak disiplin, yang akhirnya tidak juga menyelesai masalah pokok (disiplin) dalam Pakatan Rakyat sendiri.

“Orang yang tidak ada disiplin dalam parti kawan kita, tiba-tiba kita (PAS) pula atas nama 'terbuka' nak ambil orang itu masuk ke dalam parti kita,”

Sekiranya Zulkifli dibawa menyertai PAS, saya menjangkakan bahawa PAS sendiri bakal dilihat serong oleh para pemimpin Pakatan Rakyat serta rakyat sendiri.

Zulkifli yang dilihat acapkali bersikap provokasi, tidak beretika menurut prinsip organisasi serta tidak dilihat bersikap toleransi dengan penganut agama-agama lain sebelum ini, membolehkan PAS sendiri dilihat serong kelak.

“Dia dilihat cukup provokatif dalam isu kalimah ‘Allah’ umpamanya, kadang-kadang dilihat begitu 'mengganggu' muafakat Pakatan Rakyat (atas nama) Melayu, sedangkan Islam tidak mengajar sedemikian (dan) PAS pula adalah parti yang toleransi lagi (bersikap) sederhana dengan semua kaum dan penganut agama sebagaimana yang ditunjukkan (oleh) Nabi Muhammad s.a.w.”

PAS seharusnya membuat pertimbangan yang sewajarnya mengikut kaedah yang disarankan menurut disiplin ilmu Islam.

“Seingat saya, Islam ada ajar kita ‘menolak kemudharatan itu lebih baik dari mengambil maslahah (kebaikan)’ (maka) kalau dia (Zulkifli) ini kita boleh anggap sebagai suatu mudharat (disebabkan) tidak disiplin dalam PKR, apakah jaminan kebaikan yang PAS akan dapat kalau dia sertai kita (PAS),”.

“Kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat sedikit sebanyak pun turut terganggu dari segi organisasi walaupun dia (Zulkifli) sebelum ini bermasalah dalam PKR, kalau dia duduk dalam PAS (maka) lebih-lebih lagilah,”

Pun begitu, saya menganggap masalah disiplin Zulkifli hanya masalah berkaitan organisasi parti semata-mata.

“Masalah dia ini (adalah) masalah berkaitan organisasi parti, maka saya anggap masalah disiplin dia setakat itu saja, tak lebih dari itu.

“Etika dalam parti penting bagi saya, (maka) elok PAS menerima pemimpin yang berdisiplin saja,”

POLIS GEMPUR CERAMAH ANWAR IBRAHIM DI KG BARU. PERBUATAN TERDESAK UMNO?

Label:

KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR - Konvensyen 2 Tahun Pakatan Rakyat gempar apabila polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan dikerah menggempur majlis tersebut.

Dalam kejadian 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan Pakatan Rakyat terkejut dengan keganasan mendadak ini.

Wartawan kami di lapangan melaporkan ramai yang menjadi mangsa hayunan belantan, bahkan ada yang turut dipijak selepas terjatuh.

Sasaran mereka adalah pentas utama, yang menempatkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Orang-ramai segera memenuhi ruang pentas, mengutuk keganasan ini. Laungan reformasi kembali bergema di padang bersejarah ini, yang pernah menyaksikan kebangkitan rakyat Malaya menentang penjajah.

Ketika kejadian berlaku, Anwar bagaimanapun belum tiba di lokasi. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berjaya diselamatkan, manakala Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berundur dan mengekalkan solidariti mereka dari dalam Kelab Sultan Sulaiman.

"Kita tidak akan berundur, ketika menghadapi kuku besi kezaliman," laung seorang aktivis.
Laungan reformasi semakin kuat, dan polis kelihatan berwaspada dengan raifal pelancar gas pemedih mata.

Polis memberi alasan bahawa permit ceramah hanyalah untuk di dalam dewan sahaja. Dua trak meriam air dikerah ke lokasi, mendesak orang-ramai mengosongkan padang Kelab Sultan Sulaiman.

Sebaik sahaja Anwar tiba, polis memberi keizinan untuk meneruskan ceramah.

Orang-ramai kini memenuhi segenap ruang dewan, untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ini adalah kejadian kedua polis menghalang acara Pakatan Rakyat. Polis malam semalam menghentikan makan malam anjuran DAP di Kepong.

Pada malam ini, dua tahun lalu, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di empat negeri dan merampas 82 kerusi Parlimen dalam satu kemenangan bersejarah yang menafikan majoriti dua-pertiga Umno-BN.

SIDANG MEDIA ANWAR IBRAHIM & PR - 8 MAC

Label:

Sidang media YB Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang; YB Lim Guan Eng dan Naib Presiden Pas; YB Salahudin Ayob bersempena ulangtahun kedua pentadbiran Pakatan Rakyat. Berikut adalah butiran sidang media tersebut:

Tarikh: Hari Isnin, 08 Mac 2010
Masa: 12 tengahari
Tempat: Ibu pejabat PKR, Merchant Square, Tropicana.

Semua dijemput hadir.

Sekretariat Pakatan Rakyat

SAYA DENGAN RASMINYA MENYERTAI UMNO...

Label:

"Saya dengan ini mengisytiharkan menyertai umno kerana dengan umnolah wadah yang sesuai untuk saya membela Islam dengan cara saya..."

Apakah ucapan di atas akan diucapkan oleh MP Zulkifli Noordin nanti? Mungkin esok, lusa atau minggu depan. Mungkinkah dia akan mengikut jejak langkah "katak-katak" sebelum ini?

Atau adakah beliau tetap setia bersama PKR? Kita tunggu apa reaksi MP ini...Adakah dia bersedia menghadapi solat Hajat 7 hari 7 malam pengundi Kulim - Bandar Baharu?

SOLAT MINTA HUJAN BERSAMA TUAN GURU: HUJAN TURUN SERTA MERTA
Sabtu, Mac 13, 2010 | Author: Tuk Kiyai

KOTA BHARU - Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan semalam (12 Mac) bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan.

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah. Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi semalam itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat. Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya Nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.
(Dioetik dari The Malaysian Insider)
Links to this post
SAPP Bergabung dengan PR Untuk Tumbangkan BN
Jumaat, Mac 12, 2010 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR : Parti Progresif Sabah (SAPP) bekerjasama dengan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen adalah untuk menumbangkan pentadbiran Barisan Nasional yang ada ketika ini.

"Pendirian kami kekal bahawa kami keluar dari kerajaan BN pada 2008 kerana kami hilang kepercayaan terhadap BN dalam menyelesaikan masalah sabah yang semakin hari semakin buruk," kata presidennya, Datuk Yong Teck Lee yang dipetik media.

Menurut beliau, sebarang pembohongan oleh beberapa orang ahli politik di Kota Kinabalu, Sipitang dan Sandakan dan di Internet dalam beberapa hari ini kononnya Sapp sedang kembali kepada BN adalah percubaan terdesak untuk melemahkan perjuangaan Sapp untuk Sabah.

Beliau sebelum itu menolak komen Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menjangkakan bahawa dua wakil rakyat Sapp itu berada di dalam 'blok bebas'.

Beliau menegaskan parti Progresif Sabah (SAPP), yang keluar daripada BN dua tahun lalu tidak akan menyertai 'blok bebas' oleh anggota-anggota Parlimen yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.

"Dua Ahli Parlimen (MP) Sapp, Sapp, Datuk Eric Majimbun dan Datuk Dr Chua Soon Bui bukan individu bebas.

"Mereka dari Sapp mewakili kepentingan Sabah. Bagaimanapun, Sapp akan menyertai badan-badan bukan BN yang memperjuangkan kepentingan Sabah.

“Atas dasar ini, dua MP Sapp adalah sebahagian daripada Kaukus Parlimen mengenai petroleum diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah kerana ini menyentuh kepentingan Sabah secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan di media di sini.

SUMBER di sini.
Links to this post
Najib Terdesak, Peralat Mahkamah - Yusmadi Yusof
Jumaat, Mac 12, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperalatkan aspek perundangan bagi memberi tekanan kepada kemaraan Pakatan Rakyat hanya akan memakan diri kelak.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata kerakusan jentera pemerintah mencengkam pimpinan Pakatan Rakyat dalam belenggu perundangan hanya membusukkan nilai institusi itu.

Ia berikutan apa sahaja yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat, baik prosedur mahupun keputusan penghakiman, ia jauh menyimpang dari peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan terdesak pihak tidak bertanggungjawab ini akan memakan diri," kata Yusmadi."

Ini merupakan satu contoh yang tidak baik kepada perundangan negara kerana apa yang diputuskan kelak akan menjadi kes contoh yang akan membina sistem perundangan itu sendiri," tegas beliau.

Kes-kes terdahulu menjadi bukti betapa pimpinan Pakatan Rakyat ditekan secara hebat dan melampau melalui institusi perundangan yang patuh pada telunjuk kerajaan Umno BN.

Ia termasuk kes konspirasi ke-2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selain banyak kes lain yang menyaksikan satu demi satu keputusan tidak menyebelahinya.

Begitu juga keputusan mahkamah dalam menentukan siapa menteri besar Perak yang sah hingga menonjolkan kepincangan antara hakim mahkamah tinggi dengan hakim mahkamah rayuan.

Semuanya semata-mata bagi memberi kemenangan bergaya kepada UMNO Barisan Nasional.

Kes saman anwar terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang memecatnya dari Kabinet juga diramal bakal dipolitikkan sepertimana lazim.

"disini yang kita lihat adalah rakyat. bagaimana institusi perundangan telah disalahguna dan yang lebih malang dari segi tafsiran undang- undang itu sendiri apabila ianya digunapakai terhadap pimpinan pembangkang ia seolah- olah mempunyai satu tafsiran yang berbeza," katanya.

Yusmadi memberi amaran kepada jentera pemerintah supaya menghentikan corak pemerintahan yang menghalalkan undang- undang demi kepentingan politik.

"Saya menggesa pihak bertanggungjawab supaya lebih berhati- hati menggunakan perkataan ini kerana yang akan merugikan besok adalah bukan kami orang politik tapi negara dan rakyat secara keseluruhannya," tambah beliau.

SUMBER di sini.
Links to this post

Gerakan Pulau Pinang menggesa kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menerima anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, yang disingkir daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas, sebagai anggotanya.

Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan (gambar)berkata Zulkifli yang kini menjadi anggota Parlimen Bebas, dilihat sebagai seorang pelampau agama dan rasis.

"Beliau disingkirkan oleh PKR kerana tidak bersedia menerima kepelbagaian bangsa.

"Menerima beliau masuk Umno dan BN tidak akan mencerminkan BN sebagai sebuah parti campuran pelbagai bangsa yang sederhana berkhidmat bagi kepentingan semua rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Dr Teng, yang juga naib presiden Gerakan, berkata Zulkifli telah mengetuai satu bantahan yang sangat bising untuk mengganggu Forum Masuk Islam Majlis Peguam di sini pada 9 Ogos, 2008.

Beliau berkata Gerakan agak "cemas" dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pintu Umno "sentiasa terbuka" kepada sesiapa yang ingin menjadi anggotanya termasuk Zulkifli.

Dr Teng berkata BN pada amnya dan khasnya Umno janganlah menerima pelampau agama dan rasis dalam kumpulannya. Sumber di sini.

Artikel dari blog Parti Gerakan: Don’t accept Zulkifli into BN, Dr Teng
Links to this post

Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Perdana Menteri Najib Abdul Razak lebih sibuk bermain Facebook dari menguruskan hal-ehwal negara.

Beliau berkata pengakuan Setiausaha Politik Najib, Datuk Seri Shahlan Ismail bahawa Najib secara peribadinya menjawab hingga 600 pesanan di Facebook menunjukkan bahawa isu-isu rakyat Malaysia tidak diberi perhatian serius.

"Amat menakjubkan, kerana Najib tidak ada masa untuk tugas-tugasnya. Andaikata beliau luangkan satu minit untuk satu pesanan Facebook - maka Najib telah membuang hampir 600 minit, bersamaan 10 jam, untuk 600 pesanan," kata Kit Siang.

Shahlan Ismail membuat pengakuan itu dalam sesi penerangan kepada 500 penjawat awam dan pemimpin setempat oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan baru-baru ini.

SUMBER: tvS
Links to this post
MP KHIANAT: SOLAT HAJAT 7 HARI 7 MALAM BERMULA SABTU INI
Rabu, Mac 10, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata, solat Hajat tujuh malam bagi memohon hukuman Allah terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli yang keluar parti akan dimulakan pada Sabtu ini.

Menurut Ahmad, tindakan itu terpaksa diambil kerana selepas tamat tempoh tujuh hari yang diberikan kepadanya - supaya kembali kepada Pakatan Rakyat atau mengisytiharkan sokongan terbuka kepada gabungan itu - gagal ditunaikan.
Sama-samalah kita berdoa supaya kita tidak termasuk dalam kalangan pengkhianat kepada amanah Allah...
Links to this post
ANWAR IBRAHIM AKAN DISOAL SIASAT POLIS ESOK
Rabu, Mac 10, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Polis akan merakam kenyataan Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi esok berhubung ceramah beliau ke seluruh negara.Kenyataan Anwar akan dirakam pada jam 11 pagi di ibupejabat PKR di Merchant Square, Tropicana.

Menurut seorang pegawai pejabat PKR, mereka menerima surat untuk tujuan tersebut dari ibupejabat polis Seberang Perai Tengah.Surat tersebut, katanya, yang bertarikh 4 Mac, meminta bantuan Anwar dalam siasatan tersebut.

Ia berkaitan dengan empat laporan polis berhubung ceramah beliau di Pulau Pinang bagi menjelaskan mengenai kes liwat terhadap beliau.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
SUMBER: MK
Links to this post

Populariti Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia semakin merosot meskipun pelbagai taktik digunakan oleh media arus perdana untuk melonjakkan imejnya sebagai pemimpin yang kononnya dekat dengan rakyat.

Malah jika berdasarkan kempen khusus yang diusahakan oleh TV3 untuk membina imej Najib sebagai pemimpin yang berwawasan dengan slogan 1 Malaysianya, langkah itu ternyata amat memalukan.

Suara Keadilan melaporkan, TV3 menerbitkan program yang diberi nama "Soal Jawab" yang ditayangkan di waktu "perdana" pada setiap Isnin sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun bilangan penonton atau "rating" yang diharap dapat membantu mengekang kemerosotan penonton stesen televisyen itu tidak berhasil walaupun yang diundang untuk bersoal jawab dengan hos sama ada Datuk Ahmad Talib mahu pun Datuk Manja Ismail ialah Datuk Seri Najib Razak sendiri.

“Ini memberi gambaran bahawa rakyat tidak berminat dengan omong dan slogan kosong Najib. Kempen 1Malaysia langsung tidak menarik minat rakyat," menurut sumber penerbitan TV3.

Adalah difahamkan bahawa syarikat pemantauan data dan trend penonton televisyen, AGB Nielsen mencatatkan hanya 270,000 orang menonton wawancara Ahmad Talib dengan Najib pada 18 Januari lalu.

Ini adalah jauh lebih rendah daripada wawancara dengan sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein yang mencatat 487,000 penonton pada Selasa 12 Januari. Difahamkan "Soal Jawab" dengan menteri ini ditayangkan Selasa kerana beliau tidak sempat datang pada hari Isnin.

Sumber itu memberitahu "rating" yang dicatatkan bagi rancangan ini pada slot perdana amatlah mengecewakan. Lazimnya pada slot jam 10 hingga 11 malam "rating" yang dapat dipungut oleh TV3 ialah sekitar 1.5 juta hingga 2 juta penonton.

Yang pasti program "Soal Jawab" dilihat sebagai satu program propaganda politik dan ini menjengkelkan penonton kerana kandungannya kebanyakannya adalah dari sudut Kerajaan sahaja.

Sumber itu memberitahu bahawa apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulfkifli Nordin dijemput untuk bualbicara, "rating"nya ialah jauh lebih baik daripada siaran yang menampilkan Najib. Difahamkan wawancara Zulkifli mencatat 438,000 penonton.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, wawancara dengan Perdana Menteri itu tidak mendapat sambutan kerana Najib tidak mempunyai kewibawaan dan kredibiliti di mata rakyat, malah dalam partinya sendiri.

"Keadaan itu menunjukkan bahawa masyarakat tidak dapat menerima dan ia merupakan satu protes secara jelas terhadap kepimpinan Najib. Ahli Umno sendiri yang dikatakan mempunyai keahlian lebih 2 juta tidak mengikuti rancangan itu,"katanya.

"Perkara ini sangat mengejutkan dan sekiranya perkembangan ini berterusan, ia akan membawa kepada satu lagi "grand design" untuk menjatuhkan Najib sepertimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah (mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi) apabila popularitinya jatuh merudum dan merosot teruk,"katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, rancangan soal jawab itu tidak menjurus kepada soalan-soalan asas mengenai Najib iaitu kredibiliti beliau dan hubung kaitnya dengan pelbagai skandal.

"Rakyat tidak yakin beliau sebagai perdana menteri kerana sehingga sekarang beliau tidak boleh membersihkan dirinya dengan pelbagai skandal dan tuduhan jenayah yang dihadapi beliau. Kita tidak tuduh beliau membunuh Altantuya, tetapi sehingga kini Najib tidak menafikan dan seolah ingin melindungi jenayah itu," katanya.

Menurutnya, kredibiliti Najib telah musnah teruk kerana dikaitkan dengan pelbagai skandal termasuk rasuah dalam pembelian kapal selam dan kehilangan enjin pesawat TUDM.

Mutakhir ini TV3 berusaha menerbitkan program yang boleh memperbaiki imej pemimpin kerajaan, terutama Perdana Menteri.

Antaranya termasuk "Terubok Masin untuk PM".

Ahad lalu sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, TV3 menyiarkan slot wawancara Najib dengan kanak-kanak yang berlakon sebagai wartawan dan penyampai berita.

"Ini adalah cara terdesak TV3 untuk mengampu Najib. Dan Najib yang tidak ada modal ikutkan sahaja. Walhal itu adalah eksploitasi kanak-kanak untuk mengiklankan betapa peramahnya Najib dengan generasi muda," kata Johari.

Di peringkat sekolah pula, ada syarikat separa kerajaan menganjurkan pertandingan menulis "Warkah untuk PM" bagi membuat Najib dan rakyat umumnya berasa generasi muda amat kagum dengan anak bekas Perdana Menteri Malaysia kedua itu.

SUMBER di sini.

Links to this post

Walau sekaya mana sesebuah negara, walau sebanyak mana sumber galiannya tapi jika ditadbir kerajaan yang korup, ekonomi negara tidak mampu bertahan, apatah lagi berkembang.

Demikian kata Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas corak pimpinan UMNO-BN yang bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Pembangkang itu pada ceramah perdana 2 tahun Pakatan Rakyat malam semalam mahu pemimpin-pemimpin gagasan itu terus mempertahankan hak rakyat.

Ribuan rakyat terdiri dari pelbagai kaum menghadiri majlis yang berlangsung di Stadium Malawati bagi mendapatkan maklumat sebenar.

Apatah lagi media arus perdana tidak serik-serik membuat fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak tahu mentadbir, waima kerajaan Umno-BN sebenarnya dihimpit gejala rasuah.

“Sekarang yang merompak ini lah yang melaungkan pertahan Melayu. Dia rompak dahuklu, kemudian dia kata pertahan Melayu. Kita pun angguk, dan dia rompak lagi. Mana boleh kita harapkan negara dan bangsa di tangan perompak!" tegas Anwar.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor berkata, pemimpin yang telus dalam mentadbir sesebuah negara merupakan pemimpin yang amanah dalam menjaga hak rakyat yang disandarkan ke bahu mereka.

Dengan lantang, beliau menegaskan Pakatan Rakyat sama sekali tidak bertoleransi dengan pemimpin yang menyeleweng.

“ Saya hendak tanya Exco Kerajaan Negeri, Tan Sri Khalid, Teresa Kok, Yaacob, Xavier, Ean, Ronnie Liu, tanah apa yang dia dapat? Kalau kita tahu satu inci tanah kerajaan negeri Selangor, ada nama ini ambil, esok mereka tersingkir dari jawatan Exco," katanya.

SUMBER di sini.
Links to this post
KU LI ISYTIHAR MP BEBAS PADA SIDANG DEWAN RAKYAT BULAN INI?
Selasa, Mac 09, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas, apabila dewan rakyat bersidang pada bulan ini?

Sumber maklumat dari PKR memberitahu bahawa Tengku Razaleigh Hamzah (gambar kiri) yang melontarkan kritikan secara terbuka kepada UMNO sejak beberapa bulan kebelakangan ini, lantaran daripada isu royalti minyak di Kelantan, bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas.

Ketika menjawab soalan MerdekaReview melalui email, ahli parlimen Gua Musang, Kelantan ini menafikan bahawa dirinya akan berbuat demikian pada persidangan dewan rakyat yang akan datang. Walau bagaimanapun, beliau enggan meramalkan apa yang bakal berlaku pada beberapa bulan yang akan datang. Baca selanjutnya, klik di sini.
Links to this post
SAYA DICEKIK, DIBELASAH, DAN DIPIJAK FRU - MANGSA
Selasa, Mac 09, 2010 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR : Saya dicekik, dibelasah dan dipijak oleh puluhan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sehinggakan saya sukar bernafas.

Itu luahan Najib Mahfuz, 25 (gambar) salah seorang mangsa keganasan FRU yang bertindak mengganggu ceramah Pakatan Rakyat sempena sambutan ulang tahun ke dua gagasan itu di di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Najib berkata, beliau bersama rakan yang lain cuba mempertahankan Pengerusi Penganjur yang sedang berucap ketika itu, Azmin Ali sebelum puluhan pasukan FRU yang lengkap dengan cota, perisai dan senapang naik ke pentas memburu setiap orang yang ada di atas termasuklah menyerang Ahli Parlimen (MP) PR.

"Dalam keadaan kelam kabut itu, puluhan FRU itu memukul sesiapa sahaja di atasa pentas termasuklah kami yang mengawal YB Azmin.

Rempuhan FRU dan polis pada malam ini merupakan satu lagi titik hitam keselamatan negara kerana polis dan FRU semakin mengganggu rakyat yang berhimpun secara aman berbanding memburu penjenayah di luar sana," katanya kepada erapakatan.com semalam.

Beliau mengalami kecederaan dibahagian muka, kepala, leher dan beberapa bahagian anggota badan yang lain.

Sehubungan itu, beliau bersama dua rakan lain yang turut dibelasah dan mengalami pendarahan malam tadi melakukan rawatan lanjut di hospital sebelum membuat laporan polis di balai berhampiran.

Wakil rakyat PR yang turut berada di pentas ketika itu terpaksa memasuki dewan bagi mengelak dibelasah oleh FRU tersebut.

Mereka termasuklah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Senator Negeri Selangor, Dr. Syed Husin Ali, MP Segambut, Lim Lip Eng, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, MP Pokok Sena, Mahfuz Omar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pimpinan PR yang lain.

Azmin Ali yang juga pengucap ke dua malam tadi memberitahu hadirin bahawa perhimpunan itu sah kerana ia merupakan tanah persendirian yang dimiliki kerajaan negeri Selangor dengan pengerusinya ialah Khalid selaku MB Selangor yang sebelum itu merupakan pengucap pertama.

"Tempat yang kita kumpul malam ini dimiliki oleh kerajaan Selangor, bukannya Umno ataupun (Datin Seri) Rosmah Mansor. Ini tanah persendirian, pemiliknya adalah MB (Tan Sri) Khalid Ibrahim.

"Kita kumpul sini dengan aman, Umno jangan takut (kepada) rakyat, polis marilah berkawan dengan rakyat," katanya yang menerima tepukan gemuruh ribuan rakyat sambil melaungkan reformasi dan bertakbir.

Azmin hanya berucap kira-kira 18 minit sebelum Polis bersama FRU merempuh rakyat yang melakukan benteng manusia di bawah pentas dan menyerbu ruang pentas ceramah.

Sejumlah puluhan FRU, turut kelihatan malam tadi sejumlah lima trak FRU dengan kelengkapan penuh turut kelihatan selain ratusan polis yang mengelilingi tempat ceramah malam tadi.

SUMBER di sini.

Links to this post
PAS TIDAK PERLUKAN ZULKIFLI NOORDIN - YB MAHFUZ
Isnin, Mac 08, 2010 | Author: Tuk Kiyai

oleh: YB Dato' Hj Mahfuz Omar

“Mungkin dia (Tuan Ibrahim) berniat dakwah, tapi saya anggap kenyataan itu masih bersifat peribadi yang tidak perlu dipolemikkan,”

Keterbukaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS seperti yang dilaporkan akhbar elektronik mStar hari ini wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.

PAS seharusnya menghormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama,"

Sekiranya PAS menerima Zulkifli, PAS boleh dilihat tidak menghormati ketetapan berupa disiplin yang ditetapkan oleh PKR sendiri.

Ini kerana, dengan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS, boleh mengakibatkan isu disiplin yang dialami oleh PKR mungkin berpindah pada PAS pula.

"Selepas PKR, mungkin PAS pula berdepan dengan ahli-ahli yang tidak disiplin, yang akhirnya tidak juga menyelesai masalah pokok (disiplin) dalam Pakatan Rakyat sendiri.

“Orang yang tidak ada disiplin dalam parti kawan kita, tiba-tiba kita (PAS) pula atas nama 'terbuka' nak ambil orang itu masuk ke dalam parti kita,”

Sekiranya Zulkifli dibawa menyertai PAS, saya menjangkakan bahawa PAS sendiri bakal dilihat serong oleh para pemimpin Pakatan Rakyat serta rakyat sendiri.

Zulkifli yang dilihat acapkali bersikap provokasi, tidak beretika menurut prinsip organisasi serta tidak dilihat bersikap toleransi dengan penganut agama-agama lain sebelum ini, membolehkan PAS sendiri dilihat serong kelak.

“Dia dilihat cukup provokatif dalam isu kalimah ‘Allah’ umpamanya, kadang-kadang dilihat begitu 'mengganggu' muafakat Pakatan Rakyat (atas nama) Melayu, sedangkan Islam tidak mengajar sedemikian (dan) PAS pula adalah parti yang toleransi lagi (bersikap) sederhana dengan semua kaum dan penganut agama sebagaimana yang ditunjukkan (oleh) Nabi Muhammad s.a.w.”

PAS seharusnya membuat pertimbangan yang sewajarnya mengikut kaedah yang disarankan menurut disiplin ilmu Islam.

“Seingat saya, Islam ada ajar kita ‘menolak kemudharatan itu lebih baik dari mengambil maslahah (kebaikan)’ (maka) kalau dia (Zulkifli) ini kita boleh anggap sebagai suatu mudharat (disebabkan) tidak disiplin dalam PKR, apakah jaminan kebaikan yang PAS akan dapat kalau dia sertai kita (PAS),”.

“Kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat sedikit sebanyak pun turut terganggu dari segi organisasi walaupun dia (Zulkifli) sebelum ini bermasalah dalam PKR, kalau dia duduk dalam PAS (maka) lebih-lebih lagilah,”

Pun begitu, saya menganggap masalah disiplin Zulkifli hanya masalah berkaitan organisasi parti semata-mata.

“Masalah dia ini (adalah) masalah berkaitan organisasi parti, maka saya anggap masalah disiplin dia setakat itu saja, tak lebih dari itu.

“Etika dalam parti penting bagi saya, (maka) elok PAS menerima pemimpin yang berdisiplin saja,”
Links to this post

KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR - Konvensyen 2 Tahun Pakatan Rakyat gempar apabila polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan dikerah menggempur majlis tersebut.

Dalam kejadian 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan Pakatan Rakyat terkejut dengan keganasan mendadak ini.

Wartawan kami di lapangan melaporkan ramai yang menjadi mangsa hayunan belantan, bahkan ada yang turut dipijak selepas terjatuh.

Sasaran mereka adalah pentas utama, yang menempatkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Orang-ramai segera memenuhi ruang pentas, mengutuk keganasan ini. Laungan reformasi kembali bergema di padang bersejarah ini, yang pernah menyaksikan kebangkitan rakyat Malaya menentang penjajah.

Ketika kejadian berlaku, Anwar bagaimanapun belum tiba di lokasi. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berjaya diselamatkan, manakala Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berundur dan mengekalkan solidariti mereka dari dalam Kelab Sultan Sulaiman.

"Kita tidak akan berundur, ketika menghadapi kuku besi kezaliman," laung seorang aktivis.
Laungan reformasi semakin kuat, dan polis kelihatan berwaspada dengan raifal pelancar gas pemedih mata.

Polis memberi alasan bahawa permit ceramah hanyalah untuk di dalam dewan sahaja. Dua trak meriam air dikerah ke lokasi, mendesak orang-ramai mengosongkan padang Kelab Sultan Sulaiman.

Sebaik sahaja Anwar tiba, polis memberi keizinan untuk meneruskan ceramah.

Orang-ramai kini memenuhi segenap ruang dewan, untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ini adalah kejadian kedua polis menghalang acara Pakatan Rakyat. Polis malam semalam menghentikan makan malam anjuran DAP di Kepong.

Pada malam ini, dua tahun lalu, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di empat negeri dan merampas 82 kerusi Parlimen dalam satu kemenangan bersejarah yang menafikan majoriti dua-pertiga Umno-BN.
Links to this post
SIDANG MEDIA ANWAR IBRAHIM & PR - 8 MAC
Ahad, Mac 07, 2010 | Author: Tuk Kiyai