Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Achik Spin maut kemalangan

Label:

Penyanyi kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) petang tadi.

Allahyarham yang berada di dalam kenderaan MPV yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Najib Tunduk kpd Tekanan Obama Modal Kempen PR Hulu S'gor.

Label:

Pakatan Rakyat menambah senarai modal kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor dengan kini mengeskploitasi isu kerajaan menghentikan bekalan minyak kepada Iran, langkah untuk menarik sokongan pengundi Melayu.

Bercakap kepada kira-kira 200 peneroka Felda di sini malam tadi Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keputusan itu sebagai satu tindakan tunduk kepada Amerika Syarikat (AS) yang masih berdegil mahu mengenakan sekatan ke atas Iran.

Majoriti umat Islam negara sini secara umum menentang tekanan AS terhadap Iran, yang melihat tindakan mengenakan sekatan sebagai lobi Israel.

Anwar membangkitkan isu tersebut pada pertemuan parti itu menjelang hari penamaan calon kerusi Parlimen Hulu Selangor pagi ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin hipokrit yang tidak berprinsip.

Laporan agensi asing yang memetik Najib kelmarin mengesahkan Malaysia telah menghentikan bekalan minyak kepada Iran dengan memberi amaran Teheran semakin dekat dalam menghadapi sekatan baru masyarakat antarabangsa berhubung program nuklearnya.

Pengumuman Najib keluar tiga hari selepas mengadakan perbincangan dengan Obama.

Najib tidak berkata bila Petronas menghentikan bekalan minyak kepada Iran tetapi dipercayai dibuat pertengahan bulan lepas.

Pada satu pihak kata Anwar, Putrajaya mengkritik AS dalam soal konflik Palestin-Israeli tetapi pada masa yang sama tunduk kepada tekanan Washington atas nama “hubungan dua hala yang bertambah baik.”

Anwar berkata perkara itu dilakukan hanya untuk memperbaiki imej Najib.

“Apabila usaha Presiden AS Barrack Obama gagal dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestin, saya mengkritik beliau. Tetapi apabila Obama menggesa sekatan ke atas Iran, saya kata okey tetapi bagaimana dengan Israel.

“Apa yang Najib lakukan? Beliau menyokong AS mengenakan sekatan ke atas Iran,” kata Anwar dengan disusuli tepukan daripada hadirin.

Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kini menggunakan sentimen anti-Israel untuk menarik sokongan pengundi tempatan kaum Melayu yang dianggarkan lebih 50 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar.

Sejak dua minggu lalu Pakatan Rakyat sudah mula menggunakan isu khidmat perhubungan awam APCO Worldwide, yang didakwa digunakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang mengamalkan konsep 1 Malaysia.

Firma itu juga didakwa pernah membangunkan gagasan One Israel.

Turut hadir malam tadi ialah penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas menteri besar Perak yang dijatuhkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

“Kini sudah terdedah BN bayar APCO RM78 juta hanya bagi Najib mengambil gambar bersama Obama,” kata Lim.
-theMalaysianInsider

'Tukang Kecoh" kempen P/raya di Hulu Selangor Dikenal Pasti - Polis

Label:

Polis mengenal pasti beberapa individu yang mungkin mengganggu perjalanan kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

“Mereka ini dikenal pasti sebagai tukang kecoh. Apabila mereka mula buat (sesuatu yang lebih mengancam ketenteraman awam), kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar kepada pemberita ketika meninjau pelaksanaan kamera litar tertutup (CCTV) bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Katanya polis tidak menolak kemungkinan kumpulan itu terlibat dalam penyebaran SMS berunsur fitnah dan juga dalam blog bagi mempengaruhi dan mengganggu 64,500 pengundi di kawasan Hulu Selangor.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan diadakan esok manakala pengundian ialah pada 25 April ini.

“Anggota polis telahpun dikerahkan mengawasi dan menahan mereka jika mereka mula bertindak hingga menggugat ketenteraman awam,” kata Khalid.

Terdahulu pada majlis itu, Abu Seman berkata Kementerian Dalam Negeri ketika ini memberikan tumpuan kepada penambahan pemasangan dan integrasi CCTV sebagai langkah memerangi jenayah.
“Sebagai contoh, CCTV yang ada akan diintegrasikan terus ke IPD atau mana-mana Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) berdekatan untuk tindakan terus dan pantas menahan mana-mana pelaku jenayah yang telah dikesan,” katanya.

Abu Seman berkata tumpuan kepada CCTV ini merupakan satu daripada tiga elemen penting memerangi jenayah selain tumpuan kepada orang dan peralatan atau kenderaan.
— Bernama

PRK Parlimen Sibu: 16 Mei Hari Pengundian - SPR

Label:

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebentar tadi telah mengumumkan tarikh bagi piliharaya kecil Parlimen Sibu, Sarawak.

Tarikh Penamaan Calon: 8 Mei 2010

Tarikh Mengundi: 16 Mei 2010 (sekiranya ada pertandingan)

Akhirnya umno Tunduk kepada MIC...

Label:

Selepas rundingan demi rundingan dan disertakan dengan pelbagai ancaman, akhirnya MIC dikatakan dapat tiga dan Umno tidak dapat apa-apa di Hulu Selangor.
.
Ketua Penerangan MIC Pusat, P Kamalanathan dilaporkan telah dipilih sebagai calon, manakala Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel dijanjikan kerusi senator dan timbalan menteri.

Keputusan ini dikatakan kompromi terbaik dan dikatakan sebagai menang-menang selepas MIC berkeras mahukan Palanivel bertanding di kerusi itu.

Umno tidak bersetuju dengan Palanivel dan lebih senang dengan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor, V Mugilan. Namun, MIC bahagian mengugut akan menentang keputusan itu dan MIC Pusat pula mengugut akan memecat beliau dari MIC.

“Ini formula terbaik, situasi menang-menang... sebenarnya dengan ini MIC akan mendapat satu kerusi senator dan timbalan menteri tambahan,” kata seorang pemimpin kanan MIC kepada satu laman web.

Perebutan siapa yang akan menjadi calon BN di Hulu Selangor menjadi sengit apabila Umno Bahagian Hulu Selangor mahukan calon Umno iaitu bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib bertanding di situ.

Beliau dikatakan bakal mengulangi kegemilangan Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang apabila bekas MB Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad diletakkan di situ.

Namun, dari awal lagi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin menolak Muhamad dengan berkata, Muhamad tentu tidak mahu bertanding di situ.

Padahal ramai yang beranggapan, Muhyidin menolak Muhamad kerana kedua-duanya adalah musuh ketat selepas kedua-duanya bertanding merebut jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan yang lalu.

Selepas perundingan dibuat, Umno bersetuju calon MIC bertanding di situ tetapi dengan syarat bukannya G. Palanivel, timbalan presiden MIC yang pernah beberapa penggal menjadi anggota parlimen di situ.

Ekoran itu nama Kalamathan dan Mugilan timbul. Namun, MIC berkeras mahukan Palanivel bertanding di situ.

Jika tidak mereka akan memboikotnya manakala MIC pula mengugut akan memecat Mugilan jika beliau dipilih BN bertanding di situ.Hasilnya, MIC dapat kesemuanya, calon iaitu Ketua Penerangan MIC Pusat, P. Kalamathan dan kerusi senator serta satu kerusi timbalan menteri iaitu untuk Palanivel.

-harakahdaily

Kamal Calon BN Hulu Selangor?

Label:

MIC akhirnya berkompromi untuk menerima calon gantian — Ketua Penerangan pusat P. Kamalanathan (gambar) untuk mewakili parti itu bertanding di Hulu Selangor.

Parti komponen ketiga terbesar itu menerima muka baru itu selepas siri mesyuarat membabitkan pemimpin-pemimpin kanan MIC di rumah Presiden Datuk Seri S. Samy Vellu di sini sejak 10 pagi tadi.

Menurut sumber, Samy Vellu kini dalam perjalanan untuk mengadakan pertemuan susulan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malam tadi MIC membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon jika pucuk kepimpinan BN menolak syor mereka iaitu meletakkan Palanivel dan menyerahkan kerusi itu kepada Umno untuk bertanding.

Dengan keputusan ini MIC berlembut dan mengubah pendiriannya.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan untuk berkompromi minit-minit terakhir ini terpaksa dicapai sebagai jalan keluar dan bagi memastikan majlis pengumuman calon di Bukit Sentosa petang ini berjalan dengan lancar, sekali gus membawa kemenangan kepada BN.

Malah, difahamkan pada pertemuan pagi tadi, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN telah menegaskan kepada MIC bahawa pihaknya sanggup menukar Timbalan Ketua Pemuda MIC pusat V. Mugilan dengan calon lain, tetapi bukannya Datuk G. Palanivel yang disyorkan oleh parti itu dua minggu lalu,Palanivel yang gagal mempertahankan kerusi itu dua tahun lalu dilantik sebagai penyelaras parlimen bagi Hulu Selangor.

Kamalanathan, kelahiran Rawang bandar yang terletak di Bahagian Parlimen Selayang — bahagian jiran dengan Hulu Selangor, merupakan pengarah perhubungan awam syarikat pengedar Beras Jati.

Beliau juga merupakan ahli MIC bahagian Selayang dan penyelaras Pergerakan Putera MIC.

Kamalathan, 44, dilantik sebagai Ketua Penerangan MIC September lalu.

Beliau dan Mugilan telah diteliti oleh pucuk kepimpinan sejak dua minggu lalu walaupun MIC hanya mengemukakan satu nama iaitu Palanivel.

Pengumuman calon BN akan dibuat pukul 4 petang ini oleh Muhyiddin.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pada 17 April.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lalu.Daripada 64,500 pengundi, kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16.964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.

-theMalaysianInsider

Mugilan akan dipecat jika umno memilihnya sebagai calon Hulu Selangor?

Label:

Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibu negara malam tadi.

Dalam sidang akhbar ringkas selepas itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bertindak untuk menghancurkan parti....

BN dah nak hancurr dah.....

Zahid Dipilih kerana Kaya - TPM

Label:

"Saya dimaklumkan dia (Zahid) dipilih kerana dia banyak duit. Itu maklumat yang saya terima daripada banyak saluran media. Jadi bukan pasal dia boleh berkhidmat ke,

"Siapa yang tidak kenal Zaid Ibrahim, apapun, itu keputusan mereka, kita akan hadapi calon ini."

Itulah kata Timbalan Presiden Umno hari ini apabila diminta mengulas pemilihan Zaid, yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai calon PKR untuk pilihan raya kecil itu.

Memang Pelik, Mahkamah Syariah Tolak Qazaf

Label:

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom (gambar) untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.Jamil dan dua responden tersebut telah memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf itu pada 9 Februari lalu.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. - Malaysiakini

Anak Tempatan Bukan Isu - Datuk Zaid Ibrahim

Label:

Dengan menolak andaian beliau bukan “anak tempatan”, Datuk Zaid Ibrahim yang malam tadi diumumkan calon Pakatan Rakyat (PR) bagi kerusi Hulu Selangor memberi jaminan kepada 64,000 pengundi bahawa mereka boleh mengharapkan “wakil rakyat yang baik” jika diberi mandat.

“Itu boleh diharapkan. Wakil rakyat yang cuba selesai masalah dia, wakil yang boleh bersuara bagi pihak dia (pengundi Hulu Selangor),” kata Zaid, bekas anggota Kabinet, malah tidak asing dalam arena politik negara ini.

Serangan pertama dituju ke arah beliau sebaik sahaja diumumkan sebagai calon adalah “Zaid bukan merupakan anak tempatan.”
Sehubungan itu tegas Zaid, soal anak tempatan atau pun tidak, ia bukan isunya dalam pilihan raya khususnya di Hulu Selangor.

Jelas Zaid, anak negeri Kelantan dan pernah bertanding di Kota Baru pada 2002, apa yang penting ialah sama ada wakil rakyat boleh memberi khidmat untuk memenuhi harapan dan menyelesaikan masalah pengundi.

“Ia (Hulu Selangor) hanya setengah jam perjalanan (dari ibu negara). Apa bezanya saya dengan orang yang tinggal di Rawang.

“Jadi dari segi fizikal, dari segi geografi, apakah saya orang luar? Orang luar dari mana? Saya orang Selangor. Tapi orang di Hulu Selangor pun tak duduk di situ pun. Ramai cari pekerjaan,” katanya.

“Itu bukan soalan dia. Soalan dia, apakah awak faham masalah Hulu Selangor dan macam mana hendak selasaikan masalah itu. Siapa yang lebih mampu menyelesaikan masalah... itu isunya, bukan di mana dia lahir. Kalau dilahir di Hulu Selangor pun, kalau dia tak faham, dia tak tahu, dia malas, apa gunanya?” katanya.

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider semalam, jelas Zaid, debat mengenai “budak tempatan” atau “orang muda” tidak perlu dijadikan isu pilihan raya kecil di sini.

Sehubungan itu menurut Zaid, atas kapasiti sebagai ahli politik sepenuh masa beliau meluangkan masa yang secukupnya untuk kepentingan masyarakat Hulu Selangor.

“Banyak masa akan saya luangkan sebab saya tiada apa-apa kerja lain untuk dilakukan.

“Saya tidak terlibat dalam bisnes saya, saya tiada kerja. Tiada sebab mengapa... saya tiada kerja sepenuh masa, saya bukan pengarah syarikat besar. Saya ada banyak masa.

“Saya ahli politik seratus peratus, 110 peratus. Jadi saya tidak... jadi saya fikir saya boleh sangat berfokus. Sebagaimana saya mengatakan, saya boleh... tiada masalah. Hulu Selangor sangat dekat, saya boleh pergi bila-bila masa,” kata beliau.

Berkelulusan undang-undang, Zaid, 59, diumumkan dengan rasmi sebagai calon PR-PKR bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Sambil merujuk kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang dikenali sebagai “Che Lah” dari Tumpat pada 1960-an, Zaid memberitahu, beliau mahu berperanan sebagai seorang “Ahli Parlimen yang prihatin.”

Katanya, wakil rakyat itu popular kerana khidmat yang diberikan kepada masyarakat sehingga walaupun enggan bertanding pengundi mendesaknya bertanding.

“Bagi saya itu model contoh. Saya tidak berminat dengan glamor-glamor... tak payah.

“Saya mahu rakyat mengingati saya sebagai ahli politik penyayang... rakyat mengingati saya, saya tidak kisah jika yang lain tidak suka saya,” kata beliau sambil menambah aspek geografi tidak menjadi satu masalah untuk mendampingi rakyat jika diberikan mandat pada 25 April ini,

“Saya akan memiliki pejabat (kekal) saya di Huli Selangor,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR ini.

-the malaysian insider

Kita Akan Bongkar Siapa Zahid Ibrahim - TPM

Label:

Barisan Nasional (BN) akan membongkarkan banyak perkara tentang Datuk Zaid Ibrahim yang bakal diturunkan oleh Pakatan Rakyat bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

“Dalam pilihan raya ini banyak yang kita akan bongkar tentang Zaid Ibrahim ini,” kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Antara Pemimpin BN Perlis Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kangar hari ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN memberitahu:

“Kita tahu latar belakang Zaid Ibrahim. Tapi bagi kita, siapapun kita boleh hadapi,” katanya.

Sehubungan itu kata Timbalan Presiden Umno ini, orang ramai patut ke Kota Baru jika mahu mengetahui dengan mendalam siapa sebenarnya Zaid.

“Kalau pengundi Hulu Selangor nak tahu latar belakang Zaid Ibrahim pergilah ke Kota Baru dan tengok sendiri, Zaid Ibrahim pernah jadi Ahli Parlimen dan ketua bahagian,” katanya.

Maklumat tidak rasmi menyebut, Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat telah dipilih untuk diturunkan di Hulu Selangor kali ini.

Pengumuman rasmi mengenai pemilihan beliau akan dibuat oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat malam ini.

Zaid memenangi kerusi Parlimen Kota Baru pada 2002.

-malaysian insider

Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor

Label:

Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.
.
“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan Malaysiakini di luar rumah ketua pembangkang di Segambut, Kuala Lumpur.

Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu.

Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.

-Malaysiakini

Rakyat Tidak Rela Wang Mereka Dibayar Kepada Israel-Zionis

Label:

Pimpinan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan merelakan wang rakyat digunakan untuk membayar sebuah firma yang terang-terangan didalangi pimpinan Israel-Zionis.

Bercakap depan kira-kira 1,000 penduduk sekitar Taman Chempaka Perdana di sini, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menegaskan latar belakang dan modus operandi APCO Worldwide jelas diragui.

"Lembaga Pengarah APCO ini merencanakan One Israel. Ini bukan kebetulan sebab itu, kita tidak mengizinkan duit rakyat dibayar kepada manusia Israel-Zionis," katanya dengan lantang.

Beliau kesal kerana Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel sebaliknya kerajaan Umno-Barisan Nasional melantik APCO Worldwide sekaligus bersahabat dengan segala bentuk kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.

"Dalam masa sama, kerajaan Umno BN mengambil APCO Worldwide menjadi penasihat komunikasi, maknanya APCO dibayar dalam membantu gerak kerja negara.

"Satu tangan kita serang bermati-matian (isu melibatkan kekejaman Israel) di peringkat antarabangsa, satu tangan kita angkat mereka menjadi penasihat negara," kata Abdullah Sani lagi.

Turut berucap ialah Datuk Seri Nizar Jalaludin yang terkilan kerana pimpinan Umno BN menggunakan wang rakyat yang majoriti beragama Islam untuk disalur kepada dana Israel-Zionis.

"Umno tahu mereka berinteraksi dengan syarikat yang berpangkalan di Tel Aviv. Mereka turut mengesa kerajaan Malaysia dan Parlimen meluluskan bayaran lebih RM20 juta kepada Asiasoft," katanya.

-TVS

Pemuda PAS cabar Kickdefella buat laporan SPRM jika ada bukti

Label:

KOTA BHARU, 12 April — Seorang penulis blog yang mendedahkan dokumen melalui blognya kononnya wujud penyelewengan dalam pengurusan parti dan kerajaan dicabar membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika yakin ada bukti kukuh.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari memberi respons tersebut terhadap beberapa siri tulisan salah seorang blogger sejak kebelakangan ini.

“Saya mencabar beliau jika beliau yakin terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Dato Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar.

“Menteri Besar seringkali membuka ruang pintu siasatan kepada SPRM sepanjang masa bagi membuktikan ketelusan pentadbiran dan kesediaan untuk disiasat jika terdapat mana-mana anggota pentadbiran yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya melalui kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama blogger tersebut.

Difahamkan blogger tersebut adalah Kickdefella yang baru-baru ini mendedahkan penyelewengan kerajaan negeri berhubung urusan pelaksanaan projek pembalakan.

Ahmad Fadhli menyifatkan blogger berkenaan sebagai ‘seorang yang kecewa’ kerana tidak mendapat habuan yang diharapkan.

Beliau merujuk dakwaan terkini blogger berkenaan yang kononnya telah banyak membantu kerajaan PAS dalam pilihan raya.

“Beliau (blogger berkenaan) membuat pengakuan kononnya banyak membantu PAS dalam pilihan raya tetapi pengakuan tersebut langsung tidak disertakan dengan bukti dan fakta yang jelas.

Sinar Harian menyiarkan dakwaan blogger berkenaan mengenai perkara tersebut semalam.

“Saya penuh meyakini bahawa dakwaannya yang banyak membantu kempen PAS di Kelantan adalah merupakan satu pembohongan semata-mata.

“Hakikatnya, beliau lah yang mencari makan dengan kerajaan PAS selama ini.
“Kemungkinan apa yang beliau lakukan hanyalah semata-mata untuk memperagakan kebolehan di dalam mecari maklumat agar dibeli dengan harga yang mahal oleh pihak yang lain” ujarnya.

Dr Pornthip Tidak Hadir Inkues Beng Hock kerana Tekanan Politik?

Label:

Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

-Malaysiakini

Achik Spin maut kemalangan
Sabtu, April 17, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, April 16, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, April 15, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, April 14, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, April 13, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, April 12, 2010 | Author: Tuk Kiyai