Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Biadap! Bekas calon BN maki hamun MB Kelantan dan rombongan

Label:

(GAMBAR: Mohd Nor Idris memaki rombongan MB Kelantan di rumah bekas Adun Galas)

(Gambar: Bekas Adun Galas, Haji Omar (baju batek biru) menyambut Nik Aziz dan rombongan dengan mesra tetapi Mohd Nor yang ada di situ memaki orang)

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, sebentar tadi.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.
“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.

Ustaz Nor terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.

“Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi,” katanya.

Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.

Aksiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah.

-harakahdaily

Keluarga paksa anak gadis buat laporan polis mendakwa dia dirogol tujuh lelaki

Label:

(Gambar hiasan)

Manusia akan melakukan apa saja untuk menutup malu dan membalas dendam. Cerita di bawah ini juga pasal malu dan dendam. Mungkin kerana anak gadis terlanjur melakukan seks bebas suka sama suka, maka direkanya berbagai cerita.

Saya petik:

[SH] BANDAR BARU KLANG – Gara-gara dendam dan dipaksa keluarga, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa bulan lagi, sanggup membuat laporan polis mendakwa dia dirogol teman lelakinya dan enam rakan teman lelakinya di sebuah hotel di Bandar Klang, beberapa hari lalu.

Mangsa dikenali sebagai Nor membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Klang dengan mendakwa dia dirogol tujuh lelaki dan salah seorang lelaki itu berusia 36 tahun yang dipercayai teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong berkata, dalam laporan polis yang dibuat mangsa, mangsa mendakwa dia dibawa lelaki itu ke hotel dan ditinggalkan di bilik sementara lelaki itu pergi menemui rakannya berhampiran hotel berkenaan.

“Tidak lama kemudian, lelaki itu muncul bersama enam lelaki lain yang bertindak merogolnya.

“Bagaimanapun siasatan polis yang dijalankan mendapati terdapat percanggahan antara dakwaan mangsa dan laporan polis yang turut dibuat lelaki yang dipercayai teman lelakinya,” katanya.

Menurutnya, selepas siasatan dibuat didapati mangsa mengaku yang dia membuat laporan polis kerana didesak keluarganya.

“Malah mangsa mengaku bahawa lelaki yang dituduh merogolnya adalah teman lelakinya dan mangsa turut mengaku melakukan hubungan seks dengan kerelaannya sendiri dan teman lelakinya.

“Dakwaan mangsa bahawa enam lelaki lain merogolnya tidak wujud dan sengaja direka kerana takut dengan desakan keluarga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, teman lelaki mangsa turut membuat laporan yang mendakwa dia dipukul keluarga teman wanitanya yang marah dengan tindakannya.

“Bagaimanapun atas nasihat polis dan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak, mangsa dan keluarganya serta teman lelakinya itu berhasrat menyelesaikan perkara itu secara peribadi.

“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik bagi menjaga nama kedua-dua pihak,” katanya.

Ibu Syaitan: Galak Anak Gadis Berkhalwat

Label:

(Gambar hiasan)

Kepada para ibu/bapa, jangan jadi macam ibu dalam ceita di bawah ini.

Saya petik:

[HM] NUSAJAYA: Untuk mengelakkan anak perempuannya dicekup melakukan maksiat kali kedua, seorang ibu bukan saja bersubahat membenarkan anaknya itu membawa pulang teman lelaki, malah turut menyediakan tempat tidur di rumah mereka di Taman Nusantara di sini.

Beberapa bulan lalu pasangan berkenaan pernah ditangkap khalwat di pusat riadah kawasan perumahan itu, namun tidak insaf, sebaliknya meneruskan kegiatan sumbang dengan ibu si perempuan turut bersekongkol. Bagaimanapun, kelakuan mengaibkan dua beranak itu terbongkar hasil intipan penguat kuasa Jabatan Agama Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Biro Keselamatan dan Jawatankuasa Surau Taman Nusantara, baru-baru ini.

Pengerusi Biro Keselamatan Taman Nusantara, Ismail Rejab, 46, berkata serbuan dijalankan ke rumah dua beranak itu kira-kira jam 5 pagi dan ketika diserbu teman lelaki gadis itu tidur di tingkat bawah manakala teman wanitanya di tingkat atas.

“Pasangan berusia 20-an itu seolah-olah mendapat lesen daripada ibu gadis itu apabila kerap membawa balik teman lelaki pada siang mahupun malam. Kami juga difahamkan ibu itu membenarkan mereka berdua-duaan di rumah.

“Ibu gadis itu berusia 50-an mengakui kesilapan membiarkan anaknya bebas bergaul hingga membawa balik teman lelaki dan berjanji akan mengawasi kegiatan anak perempuannya,” katanya sambil memaklumkan anak wanita itu juga diberi kaunseling supaya tidak mengulangi perbuatannya.

Sementara itu, Ismail berkata, terdahulu, pihaknya membuat serbuan ke sebuah kediaman seorang gadis, 20, yang tinggal bersama rakannya, kira-kira jam 3.30 pagi.

Menurutnya, gadis itu mengambil masa setengah jam membuka pintu rumah.

“Selepas diberi amaran, gadis itu memakai kemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu sebelum pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 23 tahun berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah berada di dalam bilik tidurnya.

“Pasangan itu diserahkan kepada pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Johor manakala teman serumah wanita itu diambil keterangan kerana disyaki bersubahat,” katanya.

Sementara itu, Imam 1 Taman Nusantara, Samsul Adha, 40, berkata pihaknya sentiasa berusaha membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan anak muda di kawasan perumahan itu.

“Kami berharap supaya golongan anak muda tidak memandang ringan usaha membanteras maksiat yang dijalankan,” katanya.

[VIDEO] YB Nizar Menyanyi di Galas

Label:

Bertunang lima orang gadis

Label:

(Gambar hiasan)

Macam-macam cara manusia lakukan untuk jadi kaya. Rasuah, rompak, curi, seludup, jual dadah dan macam-macam lagi. Semuanya kerana duit, berhala di abad ini.

Cerita di bawah pun pasal duit. Menipu untuk duit.

Saya petik:

[SH] KULIM - Hebat sungguh jejaka ini.

Dia sering kelihatan mewah dan bergaya, membuatkan ramai gadis tergoda. Apabila umpan sudah mengena, dia lantas mengatur majlis pertunangan yang cukup meriah.

Bukan seorang, tetapi lima gadis menjadi tunangnya sekali gus.

Namun, jauh di lubuk hati jejaka itu, tiada siapa tahu, dia sebenarnya langsung tiada niat mahu menikahi mereka.

“Ini hanya taktik licik untuk dia memperdaya ‘tunang-tunangnya’ itu,” kata jurucakap polis di sini mengenai taktik menipu seorang lelaki yang memperdaya wanita sehingga kerugian beratus-ratus ribu ringgit.

Selepas bertunang, katanya, lelaki itu akan mempengaruhi mangsa untuk membuat pinjaman peribadi sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit setiap seorang yang dikatakan bertujuan untuk persediaan majlis perkahwinan dan juga perniagaan yang akan mereka jalankan bersama setelah berkahwin kelak.

"Mangsa yang terpedaya, akan mudah dipengaruhi. Apa lagi dia sering berlagak seperti ahli perniagaan yang berjaya serta punya wang yang banyak. Ini meyakinkan mereka untuk melabur dalam perniagaan khayalan itu tanpa sebarang rasa ragu," katanya.

Bagaimanapun katanya, helah lelaki itu hanya terbongkar apabila selepas mendapat wang mangsa, jejaka itu pun hilang khabar berita.

"Setakat ini, kita sudah terima laporan daripada lima mangsa yang kesemuanya mengaku tunang lelaki itu. Mereka berusia antara 23 hingga 30 tahun dan kebanyakannya berstatus eksekutif," katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa mengadu ditipu dengan modus operandi yang hampir sama, sekali gus meyakinkan pelakunya juga adalah orang yang sama.

"Kita sedang berusaha menjejak lelaki itu dan jika ada lagi 'tunangnya' yang lain di luar sana, mereka diminta buat laporan untuk kita siasat," katanya.

Kes nusyuz Exco Wanita Umno 24 Januari depan

Label:

Jadikan iktibar!!

Saya petik:

[HM] SHAH ALAM: Kes nusyuz (ingkar) yang difailkan seorang jurutera terhadap isterinya iaitu Exco Wanita Umno, Senator Datin Paduka Norhayati Onn akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, pada 24 Januari depan.

Hakim Syarie Drs Atras Mohamed Zin menetapkan tarikh itu selepas peguam Muhammad Buruk yang mewakili Mohd Suffian Abdul Aziz, 52, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya tetap meneruskan permohonan nusyuz.

Pada masa sama, mahkamah turut menetapkan 25 November ini untuk membuat keputusan terhadap permohonan Mohd Suffian bagi membatalkan permohonan cerai taklik yang difailkan Norhayati, 47.

Pada 18 Februari 2008, Mohd Suffian memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya mengikut Seksyen 60(2)(3) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Sementara itu, di luar mahkamah, Mohd Suffian memberitahu, beliau akan memberikan keterangan secara lisan dalam prosiding perbicaraan dengan menzahirkan segala perkara yang berlaku dalam rumah tangganya.

Pada prosiding semalam, Mohd Suffian hadir ditemani dua anaknya, Ahmad Razali, 26, dan Siti Hasmah, 23, hasil perkongsian hidup bersama Norhayati.

Norhayati bagaimanapun tidak hadir dan dia diwakili peguam Rubiah Jaafar.

PANAS: UMNO Tak Perlu Undi Cina dan India. Takburnya...

Label:

Pemimpin umno ini dengan sombongnya berkata bahawa umno tak memerlukan undi orang Cina dan India. Itulah parti Melayu....

Mayat Remaja Perempuan dalam Beg Pakaian

Label:

(Gambar: Mayat mangsa)

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Klang di sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang.

"Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa.

"Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa yang bertubuh sederhana, berpakaian gaun biru paras lutut, berkulit sawo matang dan berambut lurus mencecah bahu, tidak diikat dan dipercayai baru mati berdasarkan keadaan mayat yang masih 'segar' dan tidak berbau.

Abdul Jalil berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut yang berdekatan dengan Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA) Taman Ukay Perdana.

"Beberapa helai pakaian termasuk tuala mandi turut ditemui dalam bagasi berkenaan yang disyaki milik mangsa. Bagaimanapun punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga iaitu remaja perempuan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk proses pengecaman dan pengesahan.

- BERNAMA

1 Gadis, 4 lelaki : Seks beramai-ramai sambil menghisap dadah.

Label:

((Gambar: Mangsa ditahan AADK)

Dadah, seks, dan arak. Itulah pakej lengkap yang menghancurkan masa depan remaja Melayu Islam. Confirm dapat penyakit Ancaman Iblis dan Syaitan (AIDS)....

Saya petik:

[Kosmo] JOHOR BAHRU - Melakukan seks beramai-ramai sambil menghisap dadah.

Itulah tindakan yang disyaki sering dilakukan oleh sekumpulan lima penagih dadah sebelum dicekup sepasukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Johor di sebuah pondok haram di Jalan Datuk Dalam di sini petang kelmarin.

Difahamkan, kesemua penagih dadah termasuk seorang wanita berusia 20-an sedang khayal ketika dicekup. Beberapa kondom terpakai juga ditemui bersepah di lantai pondok haram terbabit.

Malah, hasil pemeriksaan di pondok penagih terbabit turut menemui pelbagai pakaian yang disyaki disimpan penagih-penagih terbabit sebagai kemudahan untuk mereka menginap di situ.

Penolong Pegawai AADK Johor, Zulhilmi Ahmat berkata, kesemua penagih terbabit ditahan dalam Ops Res-Q selama tiga jam bermula pukul 3.30 petang kelmarin hasil maklumat orang ramai.

Turut ditemui ialah beberapa kad pengenalan, lesen memandu, kad-kad bank serta kad kredit dipercayai diperoleh daripada kegiatan ragut yang dilakukan oleh penagih-penagih terbabit.

Katanya, selain itu, beberapa dadah jenis heroin, morfin dan ganja juga ditemui.

"Pihak kami percaya pondok haram yang didirikan ini merupakan markas penagih-penagih dadah berkumpul untuk menghisap dadah selain melakukan aktiviti maksiat."Hasil siasatan juga mendapati pondok yang berdindingkan kayu serta beratap kain khemah itu dipercayai telah didirikan baru-baru ini," katanya semasa dihubungi semalam

Gadis ini disimbah cuka getah kerana dendam

Label:

(Gambar mangsa)

Kesian si gadis ini. Kejam sungguh si jantan pelaku itu. Kalau tidak puas hati pun janganlah sampai melakukan sedemikian rupa...Pihak berkuasa sepatutnya menjatuhkan hukuman yang sama kepada pelaku iaitu dengan menyimbah cuka getah juga ke badan pelaku sebagai balasan atas perbuatan jahat itu. Itulah hukuman takzir dalam Islam....

Saya petik:

[HM] GEORGETOWN: “Pada malam kejadian, lelaki itu datang dengan menunggang motosikal dan secara tiba-tiba dia menyimbah ‘air’ ke muka saya sambil mengejek, ‘padan muka hang’ sebelum beredar.

“Saya tersentak dan terkejut apabila muka dan badan menjadi sejuk seketika sebelum bertukar panas, selain seluruh kulit bertukar menjadi hitam seakan-akan terbakar dan membengkak,” kata seorang gadis yang parah akibat disimbah cuka getah di Taman Cenderawasih, Seberang Prai Selatan (SPS), 17 Oktober lalu.

Gadis berusia 21 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ain, mendakwa menjadi mangsa balas dendam selepas menolak cinta lelaki terbabit.

Ain berkata, sebelum kejadian, dia bersama ibunya berada di rumah neneknya.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya tidak jauh dari situ, kira-kira jam 11 malam, dia terdengar bunyi deruman enjin motosikal yang tiba-tiba berhenti berhampirannya sebelum seorang lelaki tiba-tiba menyimbah cuka getah ke arahnya.

Berikutan kejadian itu, hasratnya untuk mengikat tali pertunangan pada Aidiladha ini mungkin tidak kesampaian apabila hampir 70 peratus muka, tangan dan badannya melecur teruk.

Katanya, dia mengenali lelaki itu kerana sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk berkenalan tetapi ditolaknya secara baik.

“Sudah beberapa kali saya beritahu mempunyai teman lelaki, namun dia tidak dapat menerimanya. Malah, dia pernah mengekori saya setiap kali pergi dan balik kerja sehinggalah saya berhenti bekerja di kilang, Julai lalu.

“Saya ketika itu menjadi kerani mengenali lelaki berusia 26 tahun berkenaan yang menjadi operator di kilang sama di Nibong Tebal, April lalu. Dia pernah meluahkan perasaan cinta serta sayang kepada saya, tapi saya tak dapat menerimanya kerana bakal bertunang, bulan depan,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, semalam.

Ain berkata, pada malam sebelum kejadian, lelaki itu ada menelefon kerana mahu menemuinya tetapi dia menolak dengan baik dan tidak menyangka lelaki berkenaan sanggup bertindak sekejam itu, sekali gus memusnahkan masa depannya.

“Sejurus disimbah cuka getah, saya berlari ke rumah ibu tidak jauh dari rumah nenek untuk meminta bantuan lalu dihantar ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke HPP untuk rawatan lanjut,” katanya.

Berikutan itu, dia berharap lelaki terbabit dikenakan tindakan sewajarnya berikutan kesengsaraan dialaminya dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

Keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu mengejutkan mereka sekeluarga kerana tidak menyangka lelaki terbabit akan bertindak sekejam itu.

Sementara itu, Ketua Polis Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, pihaknya menahan suspek yang bekerja sebagai kelindan lori di rumahnya pada 20 Oktober lalu.

Beliau berkata, motif kejadian dipercayai berpunca daripada mangsa tidak membalas cinta suspek. Lelaki itu dipercayai menggunakan cuka getah yang diisi dalam kole untuk menyimbah ke muka dan badan mangsa.

“Mangsa cedera teruk akibat melecur pada bahagian mata putih dan muka sebelah kiri, kedua-dua lengan tangan serta bahagian belakang badan,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut polis mendapati suspek positif dadah dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau, dua membabitkan dadah serta satu kes jenayah.

Shafien berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan cedera parah dengan senjata yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Shafien berkata, suspek didakwa di Mahkamah Seksyen Butterworth hari ini.

Seorang Tokoh Umno Kelantan Bersiap Tinggalkan Parti. Sidang Akhbar 1 November Ini

Label:

Siapakah gerangan yang akan keluar parti umno itu? Sama-samalah kita tunggu.Apa yang pasti, Umno Kelantan menuju kehancuran...

Saya petik:

[MSO] NASIB Umno Kelantan, selepas dikejutkan dengan penjualan alis pelolongan bangunan Umno Kota Bharu dan dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan, Umno Kelantan berdepan dengan satu lagi berita menyayukan parti berkenaan. Seorang tokoh parti itu dikatakan akan bertindak keluar dari Umno dalam tempoh terdekat.

Surat keluar dari Umno katanya sudah pun dibuat. Surat itu akan diserahkan pada hujung bulan ini, 30 Oktober. Selepas penyerahan surat itu satu sidang akhbar akan diadakan di Kuala Lumpur. Perhimpunan agung yang baru lalu adalah perhimpunan perpisahan tokoh berkenaan dengan parti yang disertai sejak zaman remaja.

Ternyata ucapan dan rangsangan Najib Razak untuk membawa perubahan dan tranformasi kepada Umno tidak menyentuh hati tokoh berkenaan untuk terus berada dalam Umno. Gilang gemilang wajah puteri mungkin sudah tidak mampu mengikat langkahnya dari keluar dari rumah Umno. Mungkin keadaa Umno sudah teruk berbau sehinggakan beliau mengambil keputusan itu.

Tidak dapat dipastikan apakah tindakan tokoh berkenaan akan disertai dengan segerombolan para pengikut dan penyokongnya? Tidak juga dipastikan apakah tindakan itu satu persaraan beliau dalam politik ataupun akan menyertai parti Pakatan Rakayt? Tetapi dari cakap-cakap orang sekelilingnya tindakan itu bakal memberi tsunami politik kepada Umno Kelantan terutamanya dibahagiannya.

Apa sudah jadi dengan Umno Kelantan? Apakah ini menunjukkan kelemahan Mustapa Mohamed sebagai pengerusi perhubungan ataupun salah siapa? Tentu ada sebab musabab kenapa tokoh berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk mengucapkan sayonara kepada Umno? Elok juga kalau Umno Kelantan membuat kajian menyeluruh kenapa tokoh berkenaan sanggup meninggalkan parti yang dikatakan keramat itu.

Mungkin Umno sudah kehilangan keramat atau dianggap berkarat oleh tokoh berkenaan. Kerana kalau Umno masih membawa berkat dan rahmat nan mungkin tokoh yang dikatakan pernah berpeluh pelai untuk membela dan menjaga hayat Umno sanggup berbuat demikian. Apa-apa pun kita tunggu apakah alasan dan sebab musabab yang akan dinyatakan oleh tokoh berkenaan dalam sidang akhbar yang dijangka pada 1 November nanti.

Calon PKR Batu Sapi dan dua yang lain terjatuh ke dalam laut. Tiada Kemalangan jiwa berlaku

Label:

Daifnya jeti...
Tapi bagus juga jeti tersebut roboh semasa calon ini melaluinya. Bukan apa dapat juga pengalaman merasai saat-saat cemas itu. Sekurang-kurang dapat juga idea untuk melakukan sesuatu untuk kempen Batu Sapi. hehehe...
Alahai, begitu nasib rakyat. Bila ada kematian barulah beriya-iya nak buat jeti baru....

Saya petik:

[SH] SANDAKAN - Ia merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah apabila beliau terjatuh ke dalam laut apabila pelantar jeti tempat beliau berpijak tiba-tiba roboh.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, Ansari bersama krew berita NTV7 serta beberapa pekerja parti tiba di Pulau Api-Api dari pulau berhampiran selepas apa ditakrifkannya sebagai 'misi mengumpul maklumat'.

"Yang mula-mula naik ke jeti (pelantar) selepas bot rapat di pelantar itu ialah krew NTV7. Selepas itu saya. Apabila saya melihat jeti (pelantar) itu agak goyah, saya tidak bagi sesiapa lagi naik.

"Malangnya, disebabkan bot itu (yang mereka naiki) bergoyang, pengarah pilihan raya PKR turut naik ke atas jeti menyebabkan ketiga-tiga kami jatuh ke dalam laut, habis basah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mujurlah kesemua mereka selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun basah kuyup dan petugas NTV7 sempat menyelamatkan kameranya daripada basah.

Bagaimanapun, telefon bimbit Blackberry serta kamera miliknya, bernilai kira-kira RM4,000 rosak kerana terjatuh ke dalam laut.

Ansari berkata, beliau juga bersyukur kerana hanya pelantar jeti yang roboh dan bukannya keseluruhan jeti itu memandangkan terdapat wanita mengandung dan ibu yang membawa kanak-kanak kecil sedang menunggu di atas jeti ketika kejadian itu.

Sehubungan itu, Ansari meminta Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya supaya mengarahkan agensi berkaitan untuk segera membaiki jeti berkenaan.

AJK umno berkelulusan PHD kena tangkap basah?

Label:

Ada tak AJK umno atau JKKKKKK yang ingin menafikan berita di bawah ini?

Saya petik:

[PPB] Pulau Pinang: Sekiranya laporan di dalam akhbar KOSMO tentang seorang pensyarah wanita yang ditangkap berdua-duaan dengan lelaki warga Indonesia di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir benar seperti khabar angin yang kecoh kini, maka sahlah beliau adalah AJK UMNO Bahagian Parit Buntar.

Pensyarah yang mempunyai kelulusan PHD ini merupakan pimpinan tertinggi Wanita UMNO Bahagian Parit Buntar. Beliau adalah antara pemimpin UMNO Bahagian yang disebut-sebut akan dicalonkan bertanding di Parlimen Parit Buntar pada pilihanraya umum ke 12. Memandangkan berita penangkapan ini sudah tersebar di akhbar-akhbar utama negara, maka peluang beliau untuk dicalonkan semakin tipis.

Menurut satu sumber, pensyarah ini tidak disukai oleh pemimpin wanita UMNO di Parit Buntar kerana perwatakannya yang tidak disukai dan bukan anak tempatan. Pensyarah yang mengajar di sebuah universiti di sini dikatakan berasal dari Pengkalan Baharu, Bruas. Namun beliau masih terpilih sebagai AJK Bahagian dan Wanita UMNO kerana kelulusan akademiknya yang tinggi dan penyokong kuat kepada Ketua UMNO Bahagian.

Berita ini sudah tersebar meluas dan menjadi bualan penduduk di Parit Buntar. Seorang penduduk yang ditemui berkata, jika berita ini benar ia amat memalukan UMNO sendiri kerana Presiden UMNO baru sahaja dinobatkan sebagai Bapa Pembangunan Insan tetapi lihatlah insan berada di bawah kepimpinannya.

Pusat Hiburan Malam: Umno-BN Mahu Bawa Budaya Kuning Rosakkan Akhlak Rakyat

Label:

KUALA LUMPUR 27 Okt - Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) tidak berasas memandangkan industri hiburan di negara ini adalah berkala sederhana dan memerlukan banyak perbelanjaan.

Menurut beliau, tidak pernah ada di dalam statistik negara yang menunjukkan industri itu boleh menjana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Pada satu masa dahulu, sektor pelancongan dikatakan boleh memberikan sumbangan sekitar 10 hingga 12 peratus sahaja kepada KDNK tetapi berdasarkan kepada perkembangan semasa industri pelancongan ia memerlukan lebih banyak perbelanjaan daripada menghasilkan pendapatan.

"Ini merupakan industri yang disebut sebagai penjana utama negara," jelas beliau di Dewan rakyat semalam.

Namun demikian, apabila dibandingkan dengan negara jiran, Thailand di mana sektor pelancongannya terkesan akibat kekacauan dan demonstrasi dan rusuhan berpanjangan selama lebih setahun, Malaysia kata Azan gagal memanfaatkan peluang tersebut untuk menarik pelancong datang ke Malaysia.

"Satu tahun kalendar telah membuktikan kita gagal mengalih perhatian pelancong dari berkunjung ke Thailand ke negara kita," kata beliau ketika ditemui Suara Keadilan di lobi Parlimen petang semalam.

Justeru, menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan akan memerlukan lebih perbelanjaan di samping risiko rakyat tempatan menjadi korban apabila menceburi bidang hiburan mengikut ETP.

"Berdasarkan bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), saya tidak nampak langsung ada signifikannya sumbangan pendapatan daripada kelab malam, spa dan sebagainya.

"Cuma yang ada merupakan cukai dan lesen yang dikutip daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Industri ini juga dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti negatif dan jenayah seperti pelacuran, persundalan dan menyebabkan mutu akhlak di kalangan bahagian penguatkuasa yang terlibat dengan bayaran bulanan dan kutipan bayaran perlindungan.

"Industri ini kalau disebut sebagai salah satu program untuk menjanakan pendapatan di bawah ETP, apa yang saya boleh buat simpulkan bahawa kerajaan sudah tidak ada sumber pendapatan yang selain dari industri tersebut," kata Azan lagi.

Di bawah cadangan ETP, program tersebut akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan.

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
-Suarakeadilan

Wanita 50-an dicekup bersama lelaki Bangla

Label:

(Gambar hiasan)

Kata orang umur 40 merupakan usia matang dan usia penentu bagi seseorang memilih jalan hidup sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya. Jika umur tersebut masih dipenuhi dengan perbuatan mungkar dan maksiat, agak-agak bolehkah seseorang itu berobah ke arah yang baik? Atau umur 50 baru nak berubah? Kita tidak tahu bila malaikat maut datang menjemput....

Saya petik:

[HM] KULIM: Perbuatan mencurigakan beberapa lelaki warga asing yang sering memasuki rumah seorang jiran berstatus janda akhirnya terjawab apabila rumah berkenaan diperiksa Penguat kuasa, Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK).

Pengadu terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tidak tahan melihat lelaki dipercayai warga Bangladesh sering mengunjungi rumah janda itu setiap kali masuk waktu solat Jumaat, Maghrib atau Isyak.

“Ada ketikanya bukan seorang, malah beberapa orang lelaki Bangladesh masuk pada waktu yang sama membuatkan saya curiga,” katanya.

Menurutnya, dia bertambah curiga apabila mengetahui rumah itu dihuni seorang janda berusia 50 tahun, manakala anaknya tidak tinggal bersamanya.

Sementara itu, pemeriksaan Penguat kuasa PADK ke atas rumah itu pada jam 11.15 malam kelmarin menemui seorang wanita berusia 50 tahun dan pasangannya warga Bangladesh berusia 30 tahun di dalam rumah itu.

Bagaimanapun, anggota PADK terpaksa menunggu lebih lima minit sebelum wanita itu membuka pintu rumahnya dan mendapati seorang lelaki warga asing turut berada di dalam rumah itu dipercayai tiada hubungan muhrim dengan wanita itu.

Ketua Unit Penguat Kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, mereka bertindak atas maklumat orang awam dan melakukan pemeriksaan ke atas rumah itu.

“Siasatan awal mendapati pasangan itu mengakui sebagai pasangan kekasih, manakala lelaki warga Bangladesh itu memberi alasan kepada penguat kuasa dia menghantar makanan kepada pasangannya.

“Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada mereka akan berkahwin, lelaki itu menolak untuk berkahwin sebaliknya wanita itu bersungguh-sungguh berkata mereka akan berkahwin,” katanya.

Pasangan itu dipercayai bekerja di kilang yang sama dan mulai menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

“Mereka dibawa ke balai polis Lunas untuk membuat laporan dan akan disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enekmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.

“Sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 seorang,” katanya.

Tsunami di Sumatera: 113 maut, 502 hilang

Label:

Saya petik:

JAKARTA - Kira-kira 113 orang maut dan ratusan lagi termasuk sekumpulan peluncur ombak Australia hilang kelmarin setelah ombak besar tsunami yang dicetuskan satu gempa bumi kuat melanda Kepulauan Mentawai di perairan Sumatera dengan memusnahkan perkampungan dan rumah.

Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Mujiarto berkata, menurut maklumat terkini seramai 113 ornag terbunuh.

Menurut Pertubuhan Palang Merah Indonesia, bilangan mereka yang masih hilang ialah 502 orang.

Agensi Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan, gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Mentawai, barat pulau Sumatera pada pukul 9.42 malam kelmarin waktu tempatan.

Gempa itu berpusat pada kedalaman 20.6 kilometer, 280 kilometer ke selatan bandar Padang.

Beberapa pegawai berkata, bencana itu mencetuskan tsunami setinggi tiga meter yang menghanyutkan 10 buah kampung.

Sekumpulan pelancong Australia melaporkan bahawa bot mereka yang dinaiki 15 orang musnah dipukul ombak yang kelihatan seperti tembok air menghempas sebuah teluk selepas gempa bumi bawah laut itu berlaku.

Sebahagian mereka terpaksa berpaut pada pokok-pokok untuk terus hidup.

Agensi Kaji Selidik Geologi AS menyatakan, gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.42 malam (waktu tempatan) pada kedalaman 20.6 kilometer, dan berpusat 280 kilometer ke selatan bandar Padang.

Mudjiharto berkata, tsunami di Mentawai melanda sejauh 600 meter ke darat di Pulau Pagai Selatan, lokasi paling teruk terjejas.

Sementara itu, seorang warga Australia, Rick Hallet menyatakan, dia bersama 15 yang lain melihat seolah-olah satu tembok air bergerak ke arah botnya yang dinaiki mereka di sebuah teluk di kepulauan Mentawai.

"Kami mendengar bunyi ngauman yang amat kuat," kata Hallet yang menguruskan perniagaan sewa bot di Sumatera.

"Saya terus melihat ke laut dan kami melihat tembok air itu menuju ke arah kami. Tsunami itu melambungkan sebuah bot ke arah kami dan bot kami meletup akibat rempuhan," tambahnya.

Kumpulan itu termasuk sembilan warga Australia itu kemudian bertindak pantas dengan terjun ke dalam air ketika bot mereka meletup.

Beberapa orang daripada mereka dihanyutkan sejauh 200 meter ke darat.- Agensi

-kosmo

PRK Galas: Tiada Kelibat Ku Li timbul tanda tanya

Label:

Guano muko Ku Li tok napok sebenta jah maso penamaan calon di Galas tadi? Pelik tuh...Ko dio tahu doh umno ake kaloh?

Ambo petik:

[mstar] GUA MUSANG: Kelibat Pengarah Pilihanraya Kecil Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak kelihatan di Pusat Penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang pada proses penamaan calon yang berlangsung hari ini menimbil tanda tanya.

Bagaimanapun difahamkan Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan Ku Li berada bersama-sama penyokong BN di luar pusat penamaan calon.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, Tengku Razaleigh hadir dan bersama-sama calon pada sebelah pagi namun kini berkumpul bersama penyokong dan pengundi di luar pusat berkenaan.

"Ku Li ada, beliau hadir... tapi tak naik atas. Beliau luangkan masa bersama-sama pengundi dan penyokong di bawah," katanya.

Sementara itu calon BN, Ab Aziz Yusoff ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan Tengku Razaleigh bagi memberi sokongan moral kepadanya, beliau berkata Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu mahu menghabiskan masanya bersama pengundi di luar pusat penamaan calon.

Ditanya sama ada Tengku Razaleigh berkecil hati atau merajuk dengan beberapa perkara, Ab Aziz berkata: "Beliau nak jalan jauh, tak larat... bukan merajuk apa."

Pilihan raya kecil DUN Galas yang akan diadakan pada 4 November depan menyaksikan saingan dua penjuru antara Ab Aziz daripada BN yang akan menentang calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.

Wajib Lulus Sejarah: Bagi menyelamatkan survival politik umno?

Label:

(Gambar hiasan)

Saya petik:

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke mempersoalkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sewaktu Perhimpunan Agung Umno Ke-61.

Beliau berkata, kenapa perkara penting itu diumumkan di Perhimpunan Agung Umno sedangkan ia sepatutnya dibawa ke Kabinet bukan media.

“Apa yang saya ingin sampaikan adalah konsep perkongsian kuasa Barisan Nasional (BN) adalah palsu. Parti komponen lain di bawah BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dipinggirkan dalam menentukan dasar kerajaan.

“Umno yang menentukan segala-galanya. Ia hanya diumumkan di hadapan beberapa Menteri dalam Perhimpunan Agung Umno dan bukan melalui rundingan di Kabinet,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini pada Selasa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013 sewaktu menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 pada Sabtu.

Pada masa ini, subjek Sejarah adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar sekolah menengah tetapi tidak wajib lulus.

Anthony yang juga Ketua Pemuda Sosialis DAP berkata, dasar seumpama itu amat penting dan sudah tentu memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ini katanya, ia sepatutnya perlu melalui rundingan di Kabinet, di kalangan rakyat dan berharap agar Muhiyiddin mengkaji semula keputusan itu.

“Kita bukan mahu menyentuh perkara baik buruk sama ada menetapkan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus atau tidak tetapi sekurang-kurangnya ia perlu mendapat rundingan dan kajian di Kabinet dan di kalangan rakyat.

“Ia seharusnya perlu dirundingkan secara bersama sebelum sebarang keputusan dilakukan,” katanya.

-Mstar

Pelajar mengaku telah beberapa kali melakukan "hubungan terlarang" dengan rakan sebelum ditangkap

Label:

(Gambar hiasan)

Bila ditangkap, suspek didakwa merogol. Tapi suspek telah mengaku melakukan "hubungan seks" dengan rakannya beberapa kali. Pelik bin ajaib. Kalau mengadakan "hubungan seks" atas dasar suka sama suka dipanggil berzina manakala perbuatan memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan pula dipanggil merogol. Dalam kes di bawah ini, suspek mengaku telah beberapa kali melakukannya sebelum ditangkap...

Saya petik:

AMPANG: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas disyaki merogol rakan sekolahnya, pelajar perempuan berusia 13 tahun di rumah mangsa di sekitar Ulu Klang di sini, Jumaat lalu.

Suspek berusia 16 tahun dikatakan melarikan diri ketika sedang melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah pelajar perempuan apabila bilik itu diserbu bapa dan bapa saudara mangsa, pada jam 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata mangsa mengaku di hadapan bapa dan bapa saudaranya dia pernah mengadakan hubungan seks dengan suspek beberapa kali sebelum ini.

Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, dan anggota polis menahan suspek di rumahnya di sekitar Keramat, pada hari sama.

“Suspek turut mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan mangsa ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Pasangan itu mengaku mereka sering menjalinkan hubungan haram di rumah pelajar perempuan itu ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah,” katanya di sini, semalam.
Abd Jalil menasihatkan kepada semua ibu bapa supaya menjadikan kes itu sebagai contoh dengan memberikan perhatian lebih kepada anak mereka terutama perempuan dan dinasihatkan tidak meninggalkan anak mereka keseorangan di dalam rumah.
-beritaharian

PRK Galas: Pertandingan dua penjuru

Label:

GUA MUSANG - Tempoh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang di sini ditutup pada pukul 10 pagi ini.

Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid dalam tempoh sejam proses itu berlangsung sejak pukul 9 pagi ini.

Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusof, 49, dan Dr Zulkefli Mohamad, 44, daripada Pas.

Sebaik tempoh pencalonan ditutup, Wan Mustapha mempamerkan borang-borang pencalonan di papan kenyataan berhadapan pusat penamaan itu untuk semakan umum.

Tempoh bantahan dibuka selama sejam dan tamat pada pukul 11 pagi.

-sinarharian

Anak Gadis 16 Tahun Ini pulak Lari

Label:

Dunia akhir zaman... Perempuan ingin berkelakuan lelaki dan perempuan pula ingin berkelakuan perempuan. Ada juga yang"bernafsu" sesama kaum sejenis. Perbuatan tersebut merupakan dosa besar yang mendapat kemurkaan Allah. Ambillah pengajaran daripada kisah Nabi Lut yang dimusnahkan oleh Allah kerana kemungkaran yang mereka lakukan iaitu homoseks. Semoga gadis ini tidak terjebak dalam kancah maksiat itu.

Saya petik:

[HM] KUCHING: Sepasang suami isteri terpaksa ‘terbang’ ratusan kilometer dari Melaka, semalam, selepas mendapat tahu anak gadis mereka berusia 16 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak 23 hari lalu sedang bercuti di bandar raya ini bersama gurunya yang dipercayai seorang pengkid.

Abu Kassim Ismail, 58, dan isterinya, Faridah Hassan, 56, mendakwa membuat keputusan untuk datang ke Kuching sebaik mendapat tahu anaknya, Khalilah yang menghilangkan diri sejak 8 Oktober lalu, kini dipercayai berada bersama guru wanita berusia 24 tahun itu.

Abu Kassim yang bingung mengenai nasib Khalilah berkata, sebelum ini anaknya memiliki sifat baik dan tidak pernah membantah cakap ibu bapanya selain cemerlang mendapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Katanya, sebaik anaknya yang bersekolah agama di Melaka mengenali guru yang juga penyelia asrama berkenaan, pada April lalu, dia mengesyaki sesuatu pelik berlaku ke atas anaknya sehingga mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Khalilah tinggal di asrama.

“Guru itu pernah datang dan tidur di rumah, malah saya langsung tidak mengesyaki niat buruknya. Saya mula sangsi selepas mendapat tahu anak saya sudah lama tidak ke sekolah tapi berada di rumah guru terbabit,” katanya ketika ditemui, semalam.

Kehilangan anak bongsu daripada lima beradik itu hanya disedari selepas Khalilah dilaporkan tidak pulang ke rumah sebaik tamat persekolahan di sebuah sekolah agama di Melaka pada 8 Oktober lalu.

“Pada hari kejadian, saya menghantarnya ke sekolah dan pada hari itu jugalah dia menduduki ujian. Namun, sehingga petang saya menunggunya, namun kelibatnya tidak muncul, sehingga saya membuat laporan di Balai Polis Jasin, Melaka,” katanya.

Abu Kassim berkata, dia hanya mengesyaki Khalilah berada di Sarawak selepas menemui keratan tempahan yang dibuat di sebuah agensi pelancong di kediaman guru terbabit di asrama sekolah anaknya.

“Kami kemudiannya ke agensi terbabit dan mengesahkan dia dan Khalilah bercuti di Sarawak,” katanya.

Katanya, kehadiran mereka ke Sarawak diperkuatkan lagi selepas guru berkenaan dikatakan memberitahu rakan kepada anaknya menerusi laman Facebook pada Jumaat lalu.

Usaha Abu Kassim menghubungi guru berkenaan bagaimanapun gagal selepas telefon bimbit dimatikan.

PR akan mewarisi hutang BN jika memerintah negara?

Label:

Ditakdirkan Malaysia diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR), sudah pasti bebanan hutang negara akan dipikul oleh kerajaan PR. Seperti di Kelantan, apabila PAS mengambil alih kerajaan daripada BN, PAS terpaksa membayar balik taik-taik hutang yang ditinggalkan oleh BN.

Saya petik:

Hutang Negara pada Paras Tertinggi - Ketua Audit Negara

[MK] Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK. Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar. Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan

Isteri Meraung Melihat Suami...

Label:

(Gambar hiasan)

Tragis dan memilukan....Berhati-hatilah ketika di jalan raya.

Saya petik:

[HM] PETALING JAYA: Seorang isteri hanya mampu meraung apabila suaminya dirempuh di hadapannya ketika menukar tayar kereta yang pancit berhampiran Lebuhraya Pantai Baru (NPE) menghala ibu negara di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi di kilometer 17.8 lebuh raya itu, Tan Tong Jin, 44, menukar tayar hadapan sebelah kiri kereta Proton Iswara yang pancit sebelum dirempuh dari belakang sebaik melepasi Tol di PJS 2, di sini.

Jurucakap polis berkata, keadaan sekeliling yang gelap dipercayai punca mangsa dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi warna perak yang baru melepasi tol berkenaan.

“Ekoran rempuhan itu, Tan tercampak 20 meter dari kenderaannya. “Mangsa mati di tempat kejadian akibat parah. Sehingga petang ini (semalam), pemandu terbabit belum membuat laporan polis,” katanya.

Remaja berbuat maksiat atas bumbung apartmen akhirnya dicekup penduduk. Gadis 12 tahun maut gara-gara elak dicekup

Label:

(Gambar: Atas bumbung, tempat remaja melakukan maksiat)

Maut...Itulah kesudahan bagi seorang remaja perempuan selepas terjatuh dari apartmen dalam usaha melarikan diri. Suatu kejadian yang memalukan. Apa tidaknya, lari kerana takut ditangkap kerana melakukan kesalahan. Wahai remaja, ambillah iktibar!!! Janganlah melakukan sesuatu yang yang menjatuhkan maruah diri dan keluarga.

Saya petik:

[SH] DAMANSARA DAMAI – Bimbang diri dicekup selepas kegiatan sumbang bersama tiga remaja lelaki dihidu penduduk, seorang budak perempuan berusia 12 tahun nekad bertindak ala Spiderman turun dari kawasan tangki Tingkat 7 sebuah apartmen untuk menyelamatkan diri.

Namun, usahanya sia-sia selepas maut terjatuh dipercayai tergelincir ketika menuruni bumbung balkoni untuk Tingkat 6 apartmen terbabit.

Mangsa yang cedera parah tidak sedarkan diri kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.

Dalam kejadian di Blok E, Apartmen Lestari di sini tengah hari semalam, mangsa dikatakan cuba melarikan apabila kegiatan sumbangnya bersama tiga remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dihidu penduduk.

Terdahulu mangsa dikatakan sanggup ponteng kelas tuisyen dan naik ke tangki air yang terletak di Tingkat 7 bersama tiga remaja lain.

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berjaya ditahan manakala dua yang lain sempat melarikan diri.

Sinar Harian difahamkan, remaja lelaki tersebut pernah ditahan polis sebanyak empat kali atas pelbagai kesalahan dan dibuang sekolah kerana masalah disiplin

Ketua Blok E, Arbiishah Basir berkata, kumpulan remaja berkenaan sering menjadikan kawasan tangki air di blok berkenaan sebagai tempat melampiaskan nafsu.

Menurutnya sebaik menerima maklumat mengenai kegiatan remaja berkenaan, dia bersama ahli jawatankuasa blok bergegas ke lokasi.

”Jalan masuk ke tangki air itu berkunci jadi kami gegarkan pintu utamanya , jadi mereka panik terus lari dan cuba turun melalui balkoni,” katanya.

Sementara itu tinjauan Sinar Harian ke kawasan tangki air tersebut menemui kondom, coli dan seluar dalam membuktikan kawasan tersebut sememangnya menjadi lokasi maksiat.

Pengurus Bangunan, Maznah Mohamad berkata, kawasan tangki air itu sememangnya lokasi popular melakukan maksiat.

”Kita memang kunci pintu laluan utama ke tangki, tapi mereka masuk melalui melalui celah tangga,” katanya.

Gadis Jual Diri di Facebook?

Label:

Perempuan kini semakin berani menawarkan khidmat seks di laman-laman sosial untuk mereka yang ingin memuaskan nafsu...Begitulah jika perasaan malu dan pegangan agama sudah hilang dalam jiwa mereka. halal haram tidak menjadi pertimbangan lagi. Bila duit diutamakan maka bodi diperdagangkan pun tak kisah. Tunggulah azab daripada Allah!!! Baca di sini.

Baca juga di bawah ini. Saya petik:

HM] KUALA LUMPUR: Sekali imbas, sebuah rumah di Ampang, dekat sini, kelihatan seperti kediaman biasa dihuni sekumpulan anak gadis dari desa yang merantau ke ibu kota untuk mencari rezeki.

Namun selepas diselidik, rupa-rupanya rumah itu menyimpan pelbagai rahsia penghuninya, termasuk menawarkan khidmat urut tiga dalam satu iaitu urut biasa, batin atau khidmat seks jika bayaran ditawarkan pelanggan memuaskan.

Segala-galanya bermula apabila seorang penghuni rumah itu diperangkap menerusi perbualan di laman sosial selepas Metro Ahad memperoleh maklumat mengenai kegiatan itu.

Siasatan mendapati ‘perniagaan’ gadis itu, Ana, 20, agak unik apabila dia meminta deposit 50 peratus sebagai tempahan dan bayaran itu perlu dimasukkan ke dalam akaunnya.

Selepas wang dimasukkan, dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memberitahu alamat kediamannya, selain menentukan masa perkhidmatan.

Tanpa menyedari dirinya terperangkap, Ana menceritakan aktiviti itu dilakukan untuk mencari wang dengan cara mudah dan selamat.

“Aktiviti ini saya lakukan secara ‘part-time’. Bila ada pelanggan hubungi saya menerusi laman sosial, baru saya melayan. Jika tiada, saya melepak bersama rakan.

“Lagipun, bukan susah untuk mengurut. Kebetulan, saya pandai mengurut. Ada yang mahu saya urut betul-betul. Ada juga yang hanya mahukan urutan batin dan khidmat seks.

“Biasanya saya tidak menyediakan khidmat seks. Namun jika ada yang memujuk dan membayar lebih, saya menerimanya,” katanya yang mampu memperoleh pendapatan hingga RM3,000 sebulan.

Menurut Ana, rakan serumahnya turut melakukan aktiviti sama.

Malah, katanya, setiap pelanggan yang mahukan khidmat berkenaan diberi alamat rumah dan diminta datang ke situ.

“Saya menjalankan aktiviti di rumah. Saya dan rakan menyewa rumah sebagai tempat kediaman tetapi jika mahu khidmat kami, pelanggan akan datang ke rumah.

“Begitupun, saya meminta mereka memasukkan wang ke dalam akaun saya terlebih dulu sebelum memberi alamat dan nombor telefon. Takut nanti mereka memperalatkan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Ana hanya menjalankan kegiatan haramnya pada waktu siang ketika waktu pejabat bagi mengelak aktiviti itu dihidu jiran atau pihak berkuasa.

Baginya, tempoh lapan jam itu mencukupi untuk mendapatkan pendapatan ala eksekutif muda setiap bulan tanpa perlu bekerja keras dan hanya menunggu pelanggan di rumah.

“Siapa mampu beri semua ini kepada saya? Jika bukan berusaha sendiri, saya tidak dapat miliki semua ini. Walaupun sekadar separuh masa, pulangannya lumayan.

“Paling banyak saya dapat mengumpul RM3,000 sebulan. Jika diikutkan, ia cukup banyak bagi kerja separuh masa,” katanya.

Selain Ana, Linda, 20, turut menjalankan aktiviti sama. Dia yang terpengaruh dengan rakannya mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu seawal usia 19 tahun.

Menurut Linda, rakannya sering menayangkan kemewahan di depannya dan disebabkan perasaan ingin tahu, dia mula bertanya dan kemudian turut mencuba.

“Dulu, saya melayari laman sosial hanya di rumah. Jika ada pelanggan, saya bawa mereka ke rumah rakan. Mula-mula takut juga tetapi bila sudah biasa, ia tidak menjadi masalah.

“Saya mengenakan bayaran RM100 bagi setiap sesi urutan. Begitupun, saya tidak menawarkan khidmat seks. Terpulang kepada pelanggan mahu yang mana satu, urut biasa atau batin,” katanya yang beroperasi di sebuah kondominium di ibu kota.

Pada mulanya, Linda mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, namun apabila terjebak dengan kemewahan cara mudah, impian itu dilupakan.

“Bukan mudah untuk hidup senang sekarang. Bagi saya, pelajaran belum tentu menjamin masa depan. Jadi apa salahnya saya bekerja seperti ini?

“Bezanya, saya mengurut di rumah dan bukan di pusat urutan mahupun spa. Sekurang-kurangnya, saya mendapat bayaran bersih dan tidak menerusi orang ketiga.

“Lagipun, mengurut di rumah lebih selesa. Tidak ramai tahu aktiviti kami dan saya hanya memilih pelanggan yang tidak dikenali. Namun, jika pelanggan mahu urutan melegakan kesakitan, saya tetap melayan,” katanya yang menawarkan khidmat sepenuh masa, termasuk malam.

Ibu Syak Anak Gadisnya Dilarikan Orang

Label:

(Gambar: Siti Sakinah)

Saya petik:

[HM] POKOK SENA: Ibu kepada bakal pengantin yang hilang ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Pegawai, Alor Setar, pada 16 Oktober lalu, mengesyaki ada individu tertentu yang berniat jahat melarikan anaknya, Siti Sakinah Ismail, 25, untuk tujuan tidak baik.

Zaiton Abdul Halim, 58, percaya anak bongsu daripada empat beradik itu berkemungkinan besar disembunyikan individu tertentu di tempat yang sukar dikesan dan dipercayai masih berada di negeri itu.

“Itu naluri saya sebagai seorang ibu, hati saya berat mengatakan ada individu yang sembunyikan dan berkemungkinan mereka masih berada di negeri ini atau paling jauh di Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kolam, di sini, semalam.

Semalam akhbar ini melaporkan Siti Sakinah yang dijadual melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemuda dari Kuala Sanglang, Perlis, pada 20 November depan, hilang ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Jalan Pegawai, Alor Setar, Sabtu lalu.

Siti Sakinah disedari hilang selepas pengurus tempat kerjanya menelefon ibunya pada jam 9.30 pagi memaklumkan mengenai perkara itu.

Kehilangan Siti Sakinah membingungkan keluarganya berikutan kereta Perodua Viva merah hati yang dipandunya turut tidak dapat dikesan.

Sebaik menyedari kehilangannya, beberapa ahli keluarganya mencari di sekitar Alor Setar sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Pokok Sena sehari kemudian dan sehingga kini masih gagal dikesan. “Saya tak percaya anak saya melarikan diri. Ini mesti perbuatan pihak tertentu yang tidak senang apabila mengetahui dia hendak berkahwin.

“Saya juga tidak percaya dia berada di negara jiran (Selatan Thailand) kerana dia tidak mempunyai dokumen perjalanan ke luar negara,” katanya. Zaiton berkata, jika Siti Sakinah tidak ditemui, majlis kenduri akan tetap diadakan pada 20 November depan kerana kad jemputan sudah diedarkan.

“Saya berharap Siti Sakinah akan pulang menjelang hari perkahwinannya, kerana semua persiapan sudah dilakukan kedua-dua pihak,” katanya.

Biadap! Bekas calon BN maki hamun MB Kelantan dan rombongan
Sabtu, Oktober 30, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(GAMBAR: Mohd Nor Idris memaki rombongan MB Kelantan di rumah bekas Adun Galas)

(Gambar: Bekas Adun Galas, Haji Omar (baju batek biru) menyambut Nik Aziz dan rombongan dengan mesra tetapi Mohd Nor yang ada di situ memaki orang)

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, sebentar tadi.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.
“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.

Ustaz Nor terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.

“Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi,” katanya.

Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.

Aksiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah.

-harakahdaily

(Gambar hiasan)

Manusia akan melakukan apa saja untuk menutup malu dan membalas dendam. Cerita di bawah ini juga pasal malu dan dendam. Mungkin kerana anak gadis terlanjur melakukan seks bebas suka sama suka, maka direkanya berbagai cerita.

Saya petik:

[SH] BANDAR BARU KLANG – Gara-gara dendam dan dipaksa keluarga, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa bulan lagi, sanggup membuat laporan polis mendakwa dia dirogol teman lelakinya dan enam rakan teman lelakinya di sebuah hotel di Bandar Klang, beberapa hari lalu.

Mangsa dikenali sebagai Nor membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Klang dengan mendakwa dia dirogol tujuh lelaki dan salah seorang lelaki itu berusia 36 tahun yang dipercayai teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong berkata, dalam laporan polis yang dibuat mangsa, mangsa mendakwa dia dibawa lelaki itu ke hotel dan ditinggalkan di bilik sementara lelaki itu pergi menemui rakannya berhampiran hotel berkenaan.

“Tidak lama kemudian, lelaki itu muncul bersama enam lelaki lain yang bertindak merogolnya.

“Bagaimanapun siasatan polis yang dijalankan mendapati terdapat percanggahan antara dakwaan mangsa dan laporan polis yang turut dibuat lelaki yang dipercayai teman lelakinya,” katanya.

Menurutnya, selepas siasatan dibuat didapati mangsa mengaku yang dia membuat laporan polis kerana didesak keluarganya.

“Malah mangsa mengaku bahawa lelaki yang dituduh merogolnya adalah teman lelakinya dan mangsa turut mengaku melakukan hubungan seks dengan kerelaannya sendiri dan teman lelakinya.

“Dakwaan mangsa bahawa enam lelaki lain merogolnya tidak wujud dan sengaja direka kerana takut dengan desakan keluarga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, teman lelaki mangsa turut membuat laporan yang mendakwa dia dipukul keluarga teman wanitanya yang marah dengan tindakannya.

“Bagaimanapun atas nasihat polis dan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak, mangsa dan keluarganya serta teman lelakinya itu berhasrat menyelesaikan perkara itu secara peribadi.

“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik bagi menjaga nama kedua-dua pihak,” katanya.
Ibu Syaitan: Galak Anak Gadis Berkhalwat
Jumaat, Oktober 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Kepada para ibu/bapa, jangan jadi macam ibu dalam ceita di bawah ini.

Saya petik:

[HM] NUSAJAYA: Untuk mengelakkan anak perempuannya dicekup melakukan maksiat kali kedua, seorang ibu bukan saja bersubahat membenarkan anaknya itu membawa pulang teman lelaki, malah turut menyediakan tempat tidur di rumah mereka di Taman Nusantara di sini.

Beberapa bulan lalu pasangan berkenaan pernah ditangkap khalwat di pusat riadah kawasan perumahan itu, namun tidak insaf, sebaliknya meneruskan kegiatan sumbang dengan ibu si perempuan turut bersekongkol. Bagaimanapun, kelakuan mengaibkan dua beranak itu terbongkar hasil intipan penguat kuasa Jabatan Agama Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Biro Keselamatan dan Jawatankuasa Surau Taman Nusantara, baru-baru ini.

Pengerusi Biro Keselamatan Taman Nusantara, Ismail Rejab, 46, berkata serbuan dijalankan ke rumah dua beranak itu kira-kira jam 5 pagi dan ketika diserbu teman lelaki gadis itu tidur di tingkat bawah manakala teman wanitanya di tingkat atas.

“Pasangan berusia 20-an itu seolah-olah mendapat lesen daripada ibu gadis itu apabila kerap membawa balik teman lelaki pada siang mahupun malam. Kami juga difahamkan ibu itu membenarkan mereka berdua-duaan di rumah.

“Ibu gadis itu berusia 50-an mengakui kesilapan membiarkan anaknya bebas bergaul hingga membawa balik teman lelaki dan berjanji akan mengawasi kegiatan anak perempuannya,” katanya sambil memaklumkan anak wanita itu juga diberi kaunseling supaya tidak mengulangi perbuatannya.

Sementara itu, Ismail berkata, terdahulu, pihaknya membuat serbuan ke sebuah kediaman seorang gadis, 20, yang tinggal bersama rakannya, kira-kira jam 3.30 pagi.

Menurutnya, gadis itu mengambil masa setengah jam membuka pintu rumah.

“Selepas diberi amaran, gadis itu memakai kemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu sebelum pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 23 tahun berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah berada di dalam bilik tidurnya.

“Pasangan itu diserahkan kepada pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Johor manakala teman serumah wanita itu diambil keterangan kerana disyaki bersubahat,” katanya.

Sementara itu, Imam 1 Taman Nusantara, Samsul Adha, 40, berkata pihaknya sentiasa berusaha membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan anak muda di kawasan perumahan itu.

“Kami berharap supaya golongan anak muda tidak memandang ringan usaha membanteras maksiat yang dijalankan,” katanya.

[VIDEO] YB Nizar Menyanyi di Galas
Jumaat, Oktober 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Bertunang lima orang gadis
Jumaat, Oktober 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Macam-macam cara manusia lakukan untuk jadi kaya. Rasuah, rompak, curi, seludup, jual dadah dan macam-macam lagi. Semuanya kerana duit, berhala di abad ini.

Cerita di bawah pun pasal duit. Menipu untuk duit.

Saya petik:

[SH] KULIM - Hebat sungguh jejaka ini.

Dia sering kelihatan mewah dan bergaya, membuatkan ramai gadis tergoda. Apabila umpan sudah mengena, dia lantas mengatur majlis pertunangan yang cukup meriah.

Bukan seorang, tetapi lima gadis menjadi tunangnya sekali gus.

Namun, jauh di lubuk hati jejaka itu, tiada siapa tahu, dia sebenarnya langsung tiada niat mahu menikahi mereka.

“Ini hanya taktik licik untuk dia memperdaya ‘tunang-tunangnya’ itu,” kata jurucakap polis di sini mengenai taktik menipu seorang lelaki yang memperdaya wanita sehingga kerugian beratus-ratus ribu ringgit.

Selepas bertunang, katanya, lelaki itu akan mempengaruhi mangsa untuk membuat pinjaman peribadi sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit setiap seorang yang dikatakan bertujuan untuk persediaan majlis perkahwinan dan juga perniagaan yang akan mereka jalankan bersama setelah berkahwin kelak.

"Mangsa yang terpedaya, akan mudah dipengaruhi. Apa lagi dia sering berlagak seperti ahli perniagaan yang berjaya serta punya wang yang banyak. Ini meyakinkan mereka untuk melabur dalam perniagaan khayalan itu tanpa sebarang rasa ragu," katanya.

Bagaimanapun katanya, helah lelaki itu hanya terbongkar apabila selepas mendapat wang mangsa, jejaka itu pun hilang khabar berita.

"Setakat ini, kita sudah terima laporan daripada lima mangsa yang kesemuanya mengaku tunang lelaki itu. Mereka berusia antara 23 hingga 30 tahun dan kebanyakannya berstatus eksekutif," katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa mengadu ditipu dengan modus operandi yang hampir sama, sekali gus meyakinkan pelakunya juga adalah orang yang sama.

"Kita sedang berusaha menjejak lelaki itu dan jika ada lagi 'tunangnya' yang lain di luar sana, mereka diminta buat laporan untuk kita siasat," katanya.

Kes nusyuz Exco Wanita Umno 24 Januari depan
Jumaat, Oktober 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Jadikan iktibar!!

Saya petik:

[HM] SHAH ALAM: Kes nusyuz (ingkar) yang difailkan seorang jurutera terhadap isterinya iaitu Exco Wanita Umno, Senator Datin Paduka Norhayati Onn akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, pada 24 Januari depan.

Hakim Syarie Drs Atras Mohamed Zin menetapkan tarikh itu selepas peguam Muhammad Buruk yang mewakili Mohd Suffian Abdul Aziz, 52, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya tetap meneruskan permohonan nusyuz.

Pada masa sama, mahkamah turut menetapkan 25 November ini untuk membuat keputusan terhadap permohonan Mohd Suffian bagi membatalkan permohonan cerai taklik yang difailkan Norhayati, 47.

Pada 18 Februari 2008, Mohd Suffian memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya mengikut Seksyen 60(2)(3) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Sementara itu, di luar mahkamah, Mohd Suffian memberitahu, beliau akan memberikan keterangan secara lisan dalam prosiding perbicaraan dengan menzahirkan segala perkara yang berlaku dalam rumah tangganya.

Pada prosiding semalam, Mohd Suffian hadir ditemani dua anaknya, Ahmad Razali, 26, dan Siti Hasmah, 23, hasil perkongsian hidup bersama Norhayati.

Norhayati bagaimanapun tidak hadir dan dia diwakili peguam Rubiah Jaafar.
PANAS: UMNO Tak Perlu Undi Cina dan India. Takburnya...
Jumaat, Oktober 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Pemimpin umno ini dengan sombongnya berkata bahawa umno tak memerlukan undi orang Cina dan India. Itulah parti Melayu....
Mayat Remaja Perempuan dalam Beg Pakaian
Jumaat, Oktober 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar: Mayat mangsa)

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Klang di sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang.

"Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa.

"Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa yang bertubuh sederhana, berpakaian gaun biru paras lutut, berkulit sawo matang dan berambut lurus mencecah bahu, tidak diikat dan dipercayai baru mati berdasarkan keadaan mayat yang masih 'segar' dan tidak berbau.

Abdul Jalil berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut yang berdekatan dengan Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA) Taman Ukay Perdana.

"Beberapa helai pakaian termasuk tuala mandi turut ditemui dalam bagasi berkenaan yang disyaki milik mangsa. Bagaimanapun punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga iaitu remaja perempuan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk proses pengecaman dan pengesahan.

- BERNAMA
1 Gadis, 4 lelaki : Seks beramai-ramai sambil menghisap dadah.
Khamis, Oktober 28, 2010 | Author: Tuk Kiyai
((Gambar: Mangsa ditahan AADK)

Dadah, seks, dan arak. Itulah pakej lengkap yang menghancurkan masa depan remaja Melayu Islam. Confirm dapat penyakit Ancaman Iblis dan Syaitan (AIDS)....

Saya petik:

[Kosmo] JOHOR BAHRU - Melakukan seks beramai-ramai sambil menghisap dadah.

Itulah tindakan yang disyaki sering dilakukan oleh sekumpulan lima penagih dadah sebelum dicekup sepasukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Johor di sebuah pondok haram di Jalan Datuk Dalam di sini petang kelmarin.

Difahamkan, kesemua penagih dadah termasuk seorang wanita berusia 20-an sedang khayal ketika dicekup. Beberapa kondom terpakai juga ditemui bersepah di lantai pondok haram terbabit.

Malah, hasil pemeriksaan di pondok penagih terbabit turut menemui pelbagai pakaian yang disyaki disimpan penagih-penagih terbabit sebagai kemudahan untuk mereka menginap di situ.

Penolong Pegawai AADK Johor, Zulhilmi Ahmat berkata, kesemua penagih terbabit ditahan dalam Ops Res-Q selama tiga jam bermula pukul 3.30 petang kelmarin hasil maklumat orang ramai.

Turut ditemui ialah beberapa kad pengenalan, lesen memandu, kad-kad bank serta kad kredit dipercayai diperoleh daripada kegiatan ragut yang dilakukan oleh penagih-penagih terbabit.

Katanya, selain itu, beberapa dadah jenis heroin, morfin dan ganja juga ditemui.

"Pihak kami percaya pondok haram yang didirikan ini merupakan markas penagih-penagih dadah berkumpul untuk menghisap dadah selain melakukan aktiviti maksiat."Hasil siasatan juga mendapati pondok yang berdindingkan kayu serta beratap kain khemah itu dipercayai telah didirikan baru-baru ini," katanya semasa dihubungi semalam
Gadis ini disimbah cuka getah kerana dendam
Khamis, Oktober 28, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar mangsa)

Kesian si gadis ini. Kejam sungguh si jantan pelaku itu. Kalau tidak puas hati pun janganlah sampai melakukan sedemikian rupa...Pihak berkuasa sepatutnya menjatuhkan hukuman yang sama kepada pelaku iaitu dengan menyimbah cuka getah juga ke badan pelaku sebagai balasan atas perbuatan jahat itu. Itulah hukuman takzir dalam Islam....

Saya petik:

[HM] GEORGETOWN: “Pada malam kejadian, lelaki itu datang dengan menunggang motosikal dan secara tiba-tiba dia menyimbah ‘air’ ke muka saya sambil mengejek, ‘padan muka hang’ sebelum beredar.

“Saya tersentak dan terkejut apabila muka dan badan menjadi sejuk seketika sebelum bertukar panas, selain seluruh kulit bertukar menjadi hitam seakan-akan terbakar dan membengkak,” kata seorang gadis yang parah akibat disimbah cuka getah di Taman Cenderawasih, Seberang Prai Selatan (SPS), 17 Oktober lalu.

Gadis berusia 21 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ain, mendakwa menjadi mangsa balas dendam selepas menolak cinta lelaki terbabit.

Ain berkata, sebelum kejadian, dia bersama ibunya berada di rumah neneknya.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya tidak jauh dari situ, kira-kira jam 11 malam, dia terdengar bunyi deruman enjin motosikal yang tiba-tiba berhenti berhampirannya sebelum seorang lelaki tiba-tiba menyimbah cuka getah ke arahnya.

Berikutan kejadian itu, hasratnya untuk mengikat tali pertunangan pada Aidiladha ini mungkin tidak kesampaian apabila hampir 70 peratus muka, tangan dan badannya melecur teruk.

Katanya, dia mengenali lelaki itu kerana sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk berkenalan tetapi ditolaknya secara baik.

“Sudah beberapa kali saya beritahu mempunyai teman lelaki, namun dia tidak dapat menerimanya. Malah, dia pernah mengekori saya setiap kali pergi dan balik kerja sehinggalah saya berhenti bekerja di kilang, Julai lalu.

“Saya ketika itu menjadi kerani mengenali lelaki berusia 26 tahun berkenaan yang menjadi operator di kilang sama di Nibong Tebal, April lalu. Dia pernah meluahkan perasaan cinta serta sayang kepada saya, tapi saya tak dapat menerimanya kerana bakal bertunang, bulan depan,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, semalam.

Ain berkata, pada malam sebelum kejadian, lelaki itu ada menelefon kerana mahu menemuinya tetapi dia menolak dengan baik dan tidak menyangka lelaki berkenaan sanggup bertindak sekejam itu, sekali gus memusnahkan masa depannya.

“Sejurus disimbah cuka getah, saya berlari ke rumah ibu tidak jauh dari rumah nenek untuk meminta bantuan lalu dihantar ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke HPP untuk rawatan lanjut,” katanya.

Berikutan itu, dia berharap lelaki terbabit dikenakan tindakan sewajarnya berikutan kesengsaraan dialaminya dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

Keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu mengejutkan mereka sekeluarga kerana tidak menyangka lelaki terbabit akan bertindak sekejam itu.

Sementara itu, Ketua Polis Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, pihaknya menahan suspek yang bekerja sebagai kelindan lori di rumahnya pada 20 Oktober lalu.

Beliau berkata, motif kejadian dipercayai berpunca daripada mangsa tidak membalas cinta suspek. Lelaki itu dipercayai menggunakan cuka getah yang diisi dalam kole untuk menyimbah ke muka dan badan mangsa.

“Mangsa cedera teruk akibat melecur pada bahagian mata putih dan muka sebelah kiri, kedua-dua lengan tangan serta bahagian belakang badan,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut polis mendapati suspek positif dadah dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau, dua membabitkan dadah serta satu kes jenayah.

Shafien berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan cedera parah dengan senjata yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Shafien berkata, suspek didakwa di Mahkamah Seksyen Butterworth hari ini.

Siapakah gerangan yang akan keluar parti umno itu? Sama-samalah kita tunggu.Apa yang pasti, Umno Kelantan menuju kehancuran...

Saya petik:

[MSO] NASIB Umno Kelantan, selepas dikejutkan dengan penjualan alis pelolongan bangunan Umno Kota Bharu dan dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan, Umno Kelantan berdepan dengan satu lagi berita menyayukan parti berkenaan. Seorang tokoh parti itu dikatakan akan bertindak keluar dari Umno dalam tempoh terdekat.

Surat keluar dari Umno katanya sudah pun dibuat. Surat itu akan diserahkan pada hujung bulan ini, 30 Oktober. Selepas penyerahan surat itu satu sidang akhbar akan diadakan di Kuala Lumpur. Perhimpunan agung yang baru lalu adalah perhimpunan perpisahan tokoh berkenaan dengan parti yang disertai sejak zaman remaja.

Ternyata ucapan dan rangsangan Najib Razak untuk membawa perubahan dan tranformasi kepada Umno tidak menyentuh hati tokoh berkenaan untuk terus berada dalam Umno. Gilang gemilang wajah puteri mungkin sudah tidak mampu mengikat langkahnya dari keluar dari rumah Umno. Mungkin keadaa Umno sudah teruk berbau sehinggakan beliau mengambil keputusan itu.

Tidak dapat dipastikan apakah tindakan tokoh berkenaan akan disertai dengan segerombolan para pengikut dan penyokongnya? Tidak juga dipastikan apakah tindakan itu satu persaraan beliau dalam politik ataupun akan menyertai parti Pakatan Rakayt? Tetapi dari cakap-cakap orang sekelilingnya tindakan itu bakal memberi tsunami politik kepada Umno Kelantan terutamanya dibahagiannya.

Apa sudah jadi dengan Umno Kelantan? Apakah ini menunjukkan kelemahan Mustapa Mohamed sebagai pengerusi perhubungan ataupun salah siapa? Tentu ada sebab musabab kenapa tokoh berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk mengucapkan sayonara kepada Umno? Elok juga kalau Umno Kelantan membuat kajian menyeluruh kenapa tokoh berkenaan sanggup meninggalkan parti yang dikatakan keramat itu.

Mungkin Umno sudah kehilangan keramat atau dianggap berkarat oleh tokoh berkenaan. Kerana kalau Umno masih membawa berkat dan rahmat nan mungkin tokoh yang dikatakan pernah berpeluh pelai untuk membela dan menjaga hayat Umno sanggup berbuat demikian. Apa-apa pun kita tunggu apakah alasan dan sebab musabab yang akan dinyatakan oleh tokoh berkenaan dalam sidang akhbar yang dijangka pada 1 November nanti.
Daifnya jeti...
Tapi bagus juga jeti tersebut roboh semasa calon ini melaluinya. Bukan apa dapat juga pengalaman merasai saat-saat cemas itu. Sekurang-kurang dapat juga idea untuk melakukan sesuatu untuk kempen Batu Sapi. hehehe...
Alahai, begitu nasib rakyat. Bila ada kematian barulah beriya-iya nak buat jeti baru....

Saya petik:

[SH] SANDAKAN - Ia merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah apabila beliau terjatuh ke dalam laut apabila pelantar jeti tempat beliau berpijak tiba-tiba roboh.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, Ansari bersama krew berita NTV7 serta beberapa pekerja parti tiba di Pulau Api-Api dari pulau berhampiran selepas apa ditakrifkannya sebagai 'misi mengumpul maklumat'.

"Yang mula-mula naik ke jeti (pelantar) selepas bot rapat di pelantar itu ialah krew NTV7. Selepas itu saya. Apabila saya melihat jeti (pelantar) itu agak goyah, saya tidak bagi sesiapa lagi naik.

"Malangnya, disebabkan bot itu (yang mereka naiki) bergoyang, pengarah pilihan raya PKR turut naik ke atas jeti menyebabkan ketiga-tiga kami jatuh ke dalam laut, habis basah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mujurlah kesemua mereka selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun basah kuyup dan petugas NTV7 sempat menyelamatkan kameranya daripada basah.

Bagaimanapun, telefon bimbit Blackberry serta kamera miliknya, bernilai kira-kira RM4,000 rosak kerana terjatuh ke dalam laut.

Ansari berkata, beliau juga bersyukur kerana hanya pelantar jeti yang roboh dan bukannya keseluruhan jeti itu memandangkan terdapat wanita mengandung dan ibu yang membawa kanak-kanak kecil sedang menunggu di atas jeti ketika kejadian itu.

Sehubungan itu, Ansari meminta Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya supaya mengarahkan agensi berkaitan untuk segera membaiki jeti berkenaan.

AJK umno berkelulusan PHD kena tangkap basah?
Rabu, Oktober 27, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Ada tak AJK umno atau JKKKKKK yang ingin menafikan berita di bawah ini?

Saya petik:

[PPB] Pulau Pinang: Sekiranya laporan di dalam akhbar KOSMO tentang seorang pensyarah wanita yang ditangkap berdua-duaan dengan lelaki warga Indonesia di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir benar seperti khabar angin yang kecoh kini, maka sahlah beliau adalah AJK UMNO Bahagian Parit Buntar.

Pensyarah yang mempunyai kelulusan PHD ini merupakan pimpinan tertinggi Wanita UMNO Bahagian Parit Buntar. Beliau adalah antara pemimpin UMNO Bahagian yang disebut-sebut akan dicalonkan bertanding di Parlimen Parit Buntar pada pilihanraya umum ke 12. Memandangkan berita penangkapan ini sudah tersebar di akhbar-akhbar utama negara, maka peluang beliau untuk dicalonkan semakin tipis.

Menurut satu sumber, pensyarah ini tidak disukai oleh pemimpin wanita UMNO di Parit Buntar kerana perwatakannya yang tidak disukai dan bukan anak tempatan. Pensyarah yang mengajar di sebuah universiti di sini dikatakan berasal dari Pengkalan Baharu, Bruas. Namun beliau masih terpilih sebagai AJK Bahagian dan Wanita UMNO kerana kelulusan akademiknya yang tinggi dan penyokong kuat kepada Ketua UMNO Bahagian.

Berita ini sudah tersebar meluas dan menjadi bualan penduduk di Parit Buntar. Seorang penduduk yang ditemui berkata, jika berita ini benar ia amat memalukan UMNO sendiri kerana Presiden UMNO baru sahaja dinobatkan sebagai Bapa Pembangunan Insan tetapi lihatlah insan berada di bawah kepimpinannya.

KUALA LUMPUR 27 Okt - Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) tidak berasas memandangkan industri hiburan di negara ini adalah berkala sederhana dan memerlukan banyak perbelanjaan.

Menurut beliau, tidak pernah ada di dalam statistik negara yang menunjukkan industri itu boleh menjana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Pada satu masa dahulu, sektor pelancongan dikatakan boleh memberikan sumbangan sekitar 10 hingga 12 peratus sahaja kepada KDNK tetapi berdasarkan kepada perkembangan semasa industri pelancongan ia memerlukan lebih banyak perbelanjaan daripada menghasilkan pendapatan.

"Ini merupakan industri yang disebut sebagai penjana utama negara," jelas beliau di Dewan rakyat semalam.

Namun demikian, apabila dibandingkan dengan negara jiran, Thailand di mana sektor pelancongannya terkesan akibat kekacauan dan demonstrasi dan rusuhan berpanjangan selama lebih setahun, Malaysia kata Azan gagal memanfaatkan peluang tersebut untuk menarik pelancong datang ke Malaysia.

"Satu tahun kalendar telah membuktikan kita gagal mengalih perhatian pelancong dari berkunjung ke Thailand ke negara kita," kata beliau ketika ditemui Suara Keadilan di lobi Parlimen petang semalam.

Justeru, menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan akan memerlukan lebih perbelanjaan di samping risiko rakyat tempatan menjadi korban apabila menceburi bidang hiburan mengikut ETP.

"Berdasarkan bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), saya tidak nampak langsung ada signifikannya sumbangan pendapatan daripada kelab malam, spa dan sebagainya.

"Cuma yang ada merupakan cukai dan lesen yang dikutip daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Industri ini juga dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti negatif dan jenayah seperti pelacuran, persundalan dan menyebabkan mutu akhlak di kalangan bahagian penguatkuasa yang terlibat dengan bayaran bulanan dan kutipan bayaran perlindungan.

"Industri ini kalau disebut sebagai salah satu program untuk menjanakan pendapatan di bawah ETP, apa yang saya boleh buat simpulkan bahawa kerajaan sudah tidak ada sumber pendapatan yang selain dari industri tersebut," kata Azan lagi.

Di bawah cadangan ETP, program tersebut akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan.

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
-Suarakeadilan
Wanita 50-an dicekup bersama lelaki Bangla
Rabu, Oktober 27, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Kata orang umur 40 merupakan usia matang dan usia penentu bagi seseorang memilih jalan hidup sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya. Jika umur tersebut masih dipenuhi dengan perbuatan mungkar dan maksiat, agak-agak bolehkah seseorang itu berobah ke arah yang baik? Atau umur 50 baru nak berubah? Kita tidak tahu bila malaikat maut datang menjemput....

Saya petik:

[HM] KULIM: Perbuatan mencurigakan beberapa lelaki warga asing yang sering memasuki rumah seorang jiran berstatus janda akhirnya terjawab apabila rumah berkenaan diperiksa Penguat kuasa, Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK).

Pengadu terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tidak tahan melihat lelaki dipercayai warga Bangladesh sering mengunjungi rumah janda itu setiap kali masuk waktu solat Jumaat, Maghrib atau Isyak.

“Ada ketikanya bukan seorang, malah beberapa orang lelaki Bangladesh masuk pada waktu yang sama membuatkan saya curiga,” katanya.

Menurutnya, dia bertambah curiga apabila mengetahui rumah itu dihuni seorang janda berusia 50 tahun, manakala anaknya tidak tinggal bersamanya.

Sementara itu, pemeriksaan Penguat kuasa PADK ke atas rumah itu pada jam 11.15 malam kelmarin menemui seorang wanita berusia 50 tahun dan pasangannya warga Bangladesh berusia 30 tahun di dalam rumah itu.

Bagaimanapun, anggota PADK terpaksa menunggu lebih lima minit sebelum wanita itu membuka pintu rumahnya dan mendapati seorang lelaki warga asing turut berada di dalam rumah itu dipercayai tiada hubungan muhrim dengan wanita itu.

Ketua Unit Penguat Kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, mereka bertindak atas maklumat orang awam dan melakukan pemeriksaan ke atas rumah itu.

“Siasatan awal mendapati pasangan itu mengakui sebagai pasangan kekasih, manakala lelaki warga Bangladesh itu memberi alasan kepada penguat kuasa dia menghantar makanan kepada pasangannya.

“Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada mereka akan berkahwin, lelaki itu menolak untuk berkahwin sebaliknya wanita itu bersungguh-sungguh berkata mereka akan berkahwin,” katanya.

Pasangan itu dipercayai bekerja di kilang yang sama dan mulai menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

“Mereka dibawa ke balai polis Lunas untuk membuat laporan dan akan disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enekmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.

“Sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 seorang,” katanya.

Tsunami di Sumatera: 113 maut, 502 hilang
Rabu, Oktober 27, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

JAKARTA - Kira-kira 113 orang maut dan ratusan lagi termasuk sekumpulan peluncur ombak Australia hilang kelmarin setelah ombak besar tsunami yang dicetuskan satu gempa bumi kuat melanda Kepulauan Mentawai di perairan Sumatera dengan memusnahkan perkampungan dan rumah.

Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Mujiarto berkata, menurut maklumat terkini seramai 113 ornag terbunuh.

Menurut Pertubuhan Palang Merah Indonesia, bilangan mereka yang masih hilang ialah 502 orang.

Agensi Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan, gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Mentawai, barat pulau Sumatera pada pukul 9.42 malam kelmarin waktu tempatan.

Gempa itu berpusat pada kedalaman 20.6 kilometer, 280 kilometer ke selatan bandar Padang.

Beberapa pegawai berkata, bencana itu mencetuskan tsunami setinggi tiga meter yang menghanyutkan 10 buah kampung.

Sekumpulan pelancong Australia melaporkan bahawa bot mereka yang dinaiki 15 orang musnah dipukul ombak yang kelihatan seperti tembok air menghempas sebuah teluk selepas gempa bumi bawah laut itu berlaku.

Sebahagian mereka terpaksa berpaut pada pokok-pokok untuk terus hidup.

Agensi Kaji Selidik Geologi AS menyatakan, gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.42 malam (waktu tempatan) pada kedalaman 20.6 kilometer, dan berpusat 280 kilometer ke selatan bandar Padang.

Mudjiharto berkata, tsunami di Mentawai melanda sejauh 600 meter ke darat di Pulau Pagai Selatan, lokasi paling teruk terjejas.

Sementara itu, seorang warga Australia, Rick Hallet menyatakan, dia bersama 15 yang lain melihat seolah-olah satu tembok air bergerak ke arah botnya yang dinaiki mereka di sebuah teluk di kepulauan Mentawai.

"Kami mendengar bunyi ngauman yang amat kuat," kata Hallet yang menguruskan perniagaan sewa bot di Sumatera.

"Saya terus melihat ke laut dan kami melihat tembok air itu menuju ke arah kami. Tsunami itu melambungkan sebuah bot ke arah kami dan bot kami meletup akibat rempuhan," tambahnya.

Kumpulan itu termasuk sembilan warga Australia itu kemudian bertindak pantas dengan terjun ke dalam air ketika bot mereka meletup.

Beberapa orang daripada mereka dihanyutkan sejauh 200 meter ke darat.- Agensi

-kosmo

PRK Galas: Tiada Kelibat Ku Li timbul tanda tanya
Selasa, Oktober 26, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Guano muko Ku Li tok napok sebenta jah maso penamaan calon di Galas tadi? Pelik tuh...Ko dio tahu doh umno ake kaloh?

Ambo petik:

[mstar] GUA MUSANG: Kelibat Pengarah Pilihanraya Kecil Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak kelihatan di Pusat Penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang pada proses penamaan calon yang berlangsung hari ini menimbil tanda tanya.

Bagaimanapun difahamkan Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan Ku Li berada bersama-sama penyokong BN di luar pusat penamaan calon.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, Tengku Razaleigh hadir dan bersama-sama calon pada sebelah pagi namun kini berkumpul bersama penyokong dan pengundi di luar pusat berkenaan.

"Ku Li ada, beliau hadir... tapi tak naik atas. Beliau luangkan masa bersama-sama pengundi dan penyokong di bawah," katanya.

Sementara itu calon BN, Ab Aziz Yusoff ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan Tengku Razaleigh bagi memberi sokongan moral kepadanya, beliau berkata Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu mahu menghabiskan masanya bersama pengundi di luar pusat penamaan calon.

Ditanya sama ada Tengku Razaleigh berkecil hati atau merajuk dengan beberapa perkara, Ab Aziz berkata: "Beliau nak jalan jauh, tak larat... bukan merajuk apa."

Pilihan raya kecil DUN Galas yang akan diadakan pada 4 November depan menyaksikan saingan dua penjuru antara Ab Aziz daripada BN yang akan menentang calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.

Wajib Lulus Sejarah: Bagi menyelamatkan survival politik umno?
Selasa, Oktober 26, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Saya petik:

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke mempersoalkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sewaktu Perhimpunan Agung Umno Ke-61.

Beliau berkata, kenapa perkara penting itu diumumkan di Perhimpunan Agung Umno sedangkan ia sepatutnya dibawa ke Kabinet bukan media.

“Apa yang saya ingin sampaikan adalah konsep perkongsian kuasa Barisan Nasional (BN) adalah palsu. Parti komponen lain di bawah BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dipinggirkan dalam menentukan dasar kerajaan.

“Umno yang menentukan segala-galanya. Ia hanya diumumkan di hadapan beberapa Menteri dalam Perhimpunan Agung Umno dan bukan melalui rundingan di Kabinet,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini pada Selasa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013 sewaktu menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 pada Sabtu.

Pada masa ini, subjek Sejarah adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar sekolah menengah tetapi tidak wajib lulus.

Anthony yang juga Ketua Pemuda Sosialis DAP berkata, dasar seumpama itu amat penting dan sudah tentu memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ini katanya, ia sepatutnya perlu melalui rundingan di Kabinet, di kalangan rakyat dan berharap agar Muhiyiddin mengkaji semula keputusan itu.

“Kita bukan mahu menyentuh perkara baik buruk sama ada menetapkan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus atau tidak tetapi sekurang-kurangnya ia perlu mendapat rundingan dan kajian di Kabinet dan di kalangan rakyat.

“Ia seharusnya perlu dirundingkan secara bersama sebelum sebarang keputusan dilakukan,” katanya.

-Mstar

(Gambar hiasan)

Bila ditangkap, suspek didakwa merogol. Tapi suspek telah mengaku melakukan "hubungan seks" dengan rakannya beberapa kali. Pelik bin ajaib. Kalau mengadakan "hubungan seks" atas dasar suka sama suka dipanggil berzina manakala perbuatan memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan pula dipanggil merogol. Dalam kes di bawah ini, suspek mengaku telah beberapa kali melakukannya sebelum ditangkap...

Saya petik:

AMPANG: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas disyaki merogol rakan sekolahnya, pelajar perempuan berusia 13 tahun di rumah mangsa di sekitar Ulu Klang di sini, Jumaat lalu.

Suspek berusia 16 tahun dikatakan melarikan diri ketika sedang melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah pelajar perempuan apabila bilik itu diserbu bapa dan bapa saudara mangsa, pada jam 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata mangsa mengaku di hadapan bapa dan bapa saudaranya dia pernah mengadakan hubungan seks dengan suspek beberapa kali sebelum ini.

Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, dan anggota polis menahan suspek di rumahnya di sekitar Keramat, pada hari sama.

“Suspek turut mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan mangsa ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Pasangan itu mengaku mereka sering menjalinkan hubungan haram di rumah pelajar perempuan itu ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah,” katanya di sini, semalam.
Abd Jalil menasihatkan kepada semua ibu bapa supaya menjadikan kes itu sebagai contoh dengan memberikan perhatian lebih kepada anak mereka terutama perempuan dan dinasihatkan tidak meninggalkan anak mereka keseorangan di dalam rumah.
-beritaharian
PRK Galas: Pertandingan dua penjuru
Selasa, Oktober 26, 2010 | Author: Tuk Kiyai
GUA MUSANG - Tempoh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang di sini ditutup pada pukul 10 pagi ini.

Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid dalam tempoh sejam proses itu berlangsung sejak pukul 9 pagi ini.

Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusof, 49, dan Dr Zulkefli Mohamad, 44, daripada Pas.

Sebaik tempoh pencalonan ditutup, Wan Mustapha mempamerkan borang-borang pencalonan di papan kenyataan berhadapan pusat penamaan itu untuk semakan umum.

Tempoh bantahan dibuka selama sejam dan tamat pada pukul 11 pagi.

-sinarharian

Anak Gadis 16 Tahun Ini pulak Lari
Selasa, Oktober 26, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Dunia akhir zaman... Perempuan ingin berkelakuan lelaki dan perempuan pula ingin berkelakuan perempuan. Ada juga yang"bernafsu" sesama kaum sejenis. Perbuatan tersebut merupakan dosa besar yang mendapat kemurkaan Allah. Ambillah pengajaran daripada kisah Nabi Lut yang dimusnahkan oleh Allah kerana kemungkaran yang mereka lakukan iaitu homoseks. Semoga gadis ini tidak terjebak dalam kancah maksiat itu.

Saya petik:

[HM] KUCHING: Sepasang suami isteri terpaksa ‘terbang’ ratusan kilometer dari Melaka, semalam, selepas mendapat tahu anak gadis mereka berusia 16 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak 23 hari lalu sedang bercuti di bandar raya ini bersama gurunya yang dipercayai seorang pengkid.

Abu Kassim Ismail, 58, dan isterinya, Faridah Hassan, 56, mendakwa membuat keputusan untuk datang ke Kuching sebaik mendapat tahu anaknya, Khalilah yang menghilangkan diri sejak 8 Oktober lalu, kini dipercayai berada bersama guru wanita berusia 24 tahun itu.

Abu Kassim yang bingung mengenai nasib Khalilah berkata, sebelum ini anaknya memiliki sifat baik dan tidak pernah membantah cakap ibu bapanya selain cemerlang mendapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Katanya, sebaik anaknya yang bersekolah agama di Melaka mengenali guru yang juga penyelia asrama berkenaan, pada April lalu, dia mengesyaki sesuatu pelik berlaku ke atas anaknya sehingga mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Khalilah tinggal di asrama.

“Guru itu pernah datang dan tidur di rumah, malah saya langsung tidak mengesyaki niat buruknya. Saya mula sangsi selepas mendapat tahu anak saya sudah lama tidak ke sekolah tapi berada di rumah guru terbabit,” katanya ketika ditemui, semalam.

Kehilangan anak bongsu daripada lima beradik itu hanya disedari selepas Khalilah dilaporkan tidak pulang ke rumah sebaik tamat persekolahan di sebuah sekolah agama di Melaka pada 8 Oktober lalu.

“Pada hari kejadian, saya menghantarnya ke sekolah dan pada hari itu jugalah dia menduduki ujian. Namun, sehingga petang saya menunggunya, namun kelibatnya tidak muncul, sehingga saya membuat laporan di Balai Polis Jasin, Melaka,” katanya.

Abu Kassim berkata, dia hanya mengesyaki Khalilah berada di Sarawak selepas menemui keratan tempahan yang dibuat di sebuah agensi pelancong di kediaman guru terbabit di asrama sekolah anaknya.

“Kami kemudiannya ke agensi terbabit dan mengesahkan dia dan Khalilah bercuti di Sarawak,” katanya.

Katanya, kehadiran mereka ke Sarawak diperkuatkan lagi selepas guru berkenaan dikatakan memberitahu rakan kepada anaknya menerusi laman Facebook pada Jumaat lalu.

Usaha Abu Kassim menghubungi guru berkenaan bagaimanapun gagal selepas telefon bimbit dimatikan.

PR akan mewarisi hutang BN jika memerintah negara?
Selasa, Oktober 26, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Ditakdirkan Malaysia diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR), sudah pasti bebanan hutang negara akan dipikul oleh kerajaan PR. Seperti di Kelantan, apabila PAS mengambil alih kerajaan daripada BN, PAS terpaksa membayar balik taik-taik hutang yang ditinggalkan oleh BN.

Saya petik:

Hutang Negara pada Paras Tertinggi - Ketua Audit Negara

[MK] Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK. Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar. Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan
Isteri Meraung Melihat Suami...
Isnin, Oktober 25, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Tragis dan memilukan....Berhati-hatilah ketika di jalan raya.

Saya petik:

[HM] PETALING JAYA: Seorang isteri hanya mampu meraung apabila suaminya dirempuh di hadapannya ketika menukar tayar kereta yang pancit berhampiran Lebuhraya Pantai Baru (NPE) menghala ibu negara di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi di kilometer 17.8 lebuh raya itu, Tan Tong Jin, 44, menukar tayar hadapan sebelah kiri kereta Proton Iswara yang pancit sebelum dirempuh dari belakang sebaik melepasi Tol di PJS 2, di sini.

Jurucakap polis berkata, keadaan sekeliling yang gelap dipercayai punca mangsa dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi warna perak yang baru melepasi tol berkenaan.

“Ekoran rempuhan itu, Tan tercampak 20 meter dari kenderaannya. “Mangsa mati di tempat kejadian akibat parah. Sehingga petang ini (semalam), pemandu terbabit belum membuat laporan polis,” katanya.
(Gambar: Atas bumbung, tempat remaja melakukan maksiat)

Maut...Itulah kesudahan bagi seorang remaja perempuan selepas terjatuh dari apartmen dalam usaha melarikan diri. Suatu kejadian yang memalukan. Apa tidaknya, lari kerana takut ditangkap kerana melakukan kesalahan. Wahai remaja, ambillah iktibar!!! Janganlah melakukan sesuatu yang yang menjatuhkan maruah diri dan keluarga.

Saya petik:

[SH] DAMANSARA DAMAI – Bimbang diri dicekup selepas kegiatan sumbang bersama tiga remaja lelaki dihidu penduduk, seorang budak perempuan berusia 12 tahun nekad bertindak ala Spiderman turun dari kawasan tangki Tingkat 7 sebuah apartmen untuk menyelamatkan diri.

Namun, usahanya sia-sia selepas maut terjatuh dipercayai tergelincir ketika menuruni bumbung balkoni untuk Tingkat 6 apartmen terbabit.

Mangsa yang cedera parah tidak sedarkan diri kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.

Dalam kejadian di Blok E, Apartmen Lestari di sini tengah hari semalam, mangsa dikatakan cuba melarikan apabila kegiatan sumbangnya bersama tiga remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dihidu penduduk.

Terdahulu mangsa dikatakan sanggup ponteng kelas tuisyen dan naik ke tangki air yang terletak di Tingkat 7 bersama tiga remaja lain.

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berjaya ditahan manakala dua yang lain sempat melarikan diri.

Sinar Harian difahamkan, remaja lelaki tersebut pernah ditahan polis sebanyak empat kali atas pelbagai kesalahan dan dibuang sekolah kerana masalah disiplin

Ketua Blok E, Arbiishah Basir berkata, kumpulan remaja berkenaan sering menjadikan kawasan tangki air di blok berkenaan sebagai tempat melampiaskan nafsu.

Menurutnya sebaik menerima maklumat mengenai kegiatan remaja berkenaan, dia bersama ahli jawatankuasa blok bergegas ke lokasi.

”Jalan masuk ke tangki air itu berkunci jadi kami gegarkan pintu utamanya , jadi mereka panik terus lari dan cuba turun melalui balkoni,” katanya.

Sementara itu tinjauan Sinar Harian ke kawasan tangki air tersebut menemui kondom, coli dan seluar dalam membuktikan kawasan tersebut sememangnya menjadi lokasi maksiat.

Pengurus Bangunan, Maznah Mohamad berkata, kawasan tangki air itu sememangnya lokasi popular melakukan maksiat.

”Kita memang kunci pintu laluan utama ke tangki, tapi mereka masuk melalui melalui celah tangga,” katanya.
Gadis Jual Diri di Facebook?
Ahad, Oktober 24, 2010 | Author: Tuk Kiyai