12
Feb
2010

Kongsi Info: tokkiyai65@gmail.com
12
Feb
2010
12
Feb
undefined
12
Feb
undefined
11
Feb
2010
11
Feb
undefined
10
Feb
2010
10
Feb
undefined
PUTRAJAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan keputusan sebulat suara (5-0) oleh lima panel hakim di Mahkamah Persekutuan di sini (semalam) mengenai siapa menteri besar Perak yang sah adalah saat yang paling memalukan buat sistem kehakiman.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan mahkamah tersebut yang mengisytihar Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar yang sah.
Lima hakim yang membuat keputusan itu ialah Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria, Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.
V Sivakumar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diusung keluar dari DUN bagi mengosongkan kerusinya secara paksa berkata, "hanya DUN dan bukan sultan yang boleh menentukan siapa yang mempunyai majoriti."
Menteri Besar yang digulingkan, Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, "keputusan ini bermakna sultan boleh menyingkir menteri besar bila-bila masa, di mana sahaja."
Exco kanan Barisan Nasional (BN) Perak, Hamidah Osman berkata, "saya rasa bersyukur dan berharap keputusan ini dapat diterima oleh semua pihak."
Para penyokong BN bersorak ketika pemimpin-pemimpin mereka meninggalkan Mahkamah Persekutuan manakala para penyokong Pakatan Rakyat membalas dengan laungan "Tipu", "Rasuah", "Bubar DUN."
SUMBER di sini.
09
Feb
2010
09
Feb
undefined
09
Feb
undefined
[themalaysianinsider] KUALA LUMPUR, Feb 9 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meramalkan akan ada anggota parti itu yang bertindak keluar daripada PKR secara beramai-ramai dalam masa dua hingga tiga minggu ini.
Peguam itu berkata demikian ketika PKR berhadapan dengan desas-desus beberapa wakil rakyatnya akan keluar parti itu sebelum sambutan Tahun Baru Cina.
Bagaimanapun wakil rakyat berkenaan yang dihubungi menafikan mereka akan berbuat demikian.
Malam tadi bekas Bendahari PKR Wilayah Persekutuan keluar parti dan kembali ke pangkuan Umno.
Dakwanya senario itu berkemungkinan akan berlaku disebabkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota parti terhadap kepimpinan tertinggi PKR yang langsung tidak mengendahkan aduan mereka berhubung masalah yang dihadapi dengan DAP.
“Dah lama aduan dibuat tentang DAP... sejak awal-awal Pakatan Rakyat
ditubuhkan lagi.
“Bukan tak guna saluran dalaman... sudah disuarakan dalam mesyuarat dan sebagainya tetapi tiada tindakan diambil,” katanya dalam Program Soal Jawab yang disiarkan TV3 malam tadi.
Beliau mendakwa DAP tidak diperlukan dan merupakan ‘duri dalam daging’ kepada pakatan tersebut.
“DAP merupakan punca masalah-masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Seperti di Kedah di mana DAP ugut kerajaan tentang pusat pembelaan babi... bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin ditekan sehingga berhenti,” katanya.
Ditanya risiko tindakan mengeluarkan DAP daripada Pakatan Rakyat akan
menyebabkan pakatan itu hilang kuasa di negeri-negeri yang mereka tadbir sekarang, Zulkifli berkata risiko itu perlu diambil kerana apa yang penting ialah rakyat dan negara.
Selain itu, Zulkifli juga berkata PAS dan PKR seharusnya mengambil peluang untuk mengadakan perbincangan ‘Islamiah’ dengan Umno dan membuang perasaan buruk sangka atau prejudis.
“Siapa yang memartabatkan perjuangan Islam adalah sahabat kita, tak kiralah PKR, PAS atau Umno,” katanya.
Baru-baru ini Zulkifli membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana perbezaan pendapat dalam isu penggunaan nama Allah.
Beliau kini menunggu keputusan Lembaga Disiplin PKR yang mendakwa tindakan beliau itu sebagai melampaui batas.
08
Feb
2010
Ini kerana pihak peguam tidak berpuas hati dengan cara hakim mengendalikan permohonan mereka terhadap bantahan berhubung liputan Utusan Malaysia supaya diambil tindakan menghina mahkamah.
Pada 4 Februari lalu, Anwar mengecam laporan akhbar berkenaan pada hari itu yang disifatkan sebagai kotor, biadab dan jijik.
Menurutnya, laporan Utusan muka depan hari ini bertajuk "Tak rela diliwat lagi" sebagai memetik kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah cubaan fitnah kerana tiada dalam rekod mahkamah sepanjang perbicaraan semalam.
Karpal pula memohon mahkamah mengenakan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar tersebut.
Katanya, laporan itu dibuat dengan niat jahat kerana apa yang tiada dalam prosiding perbicaraan kes liwat itu dilaporkan dalam artikel berkenaan. Sumber di sini.
08
Feb
undefined
Saiful, pengadu dalam kes ini, dijangka diperiksa balas oleh peguam Karpal Singh (gambar) yang mengetuai barisan pembelaan yang terdiri daripada Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C V Prabhakaran, Sankara Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando, dan Mohd Razlan Jalaluddin.
Prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini dijadual bermula kira-kira 9 pagi ini. Baca lanjut di sini.PUTRAJAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan keputusan sebulat suara (5-0) oleh lima panel hakim di Mahkamah Persekutuan di sini (semalam) mengenai siapa menteri besar Perak yang sah adalah saat yang paling memalukan buat sistem kehakiman.

Prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini dijadual bermula kira-kira 9 pagi ini. Baca lanjut di sini.Pengunjung yang dihormati,
Email: tokkiyai65@gmail.com
© All Rights Reserved. :::TUK KIYAI - ISU SEMASA:::
Powered by : Blogger.com | Blogger Templates by SkinPress.com | Blogger Templates