Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Harga makanan & minuman naik bulan depan!!

Label:

Saya petik:

[kosmo] KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.

Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.

Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.

(Gambar sekadar hiasan)

"POLIS pukul saya kerana mahu DUIT!"

Label:

Kejadian ini bukannya berlaku kepada polis di India tetapi polis Malaysia yang majoritinya mengucap dua kalimah syahadah....Jika benarlah dakwaan mangsa, alangkah kecewanya rakyat Malaysia. Ketua Polis Negara perlu mengambil serius kejadian ini supaya kepercayaan rakyat terhadap PDRM tidak terjejas...

Saya petik:

[MR] Dia ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Bermuntah darahnya, terpelantingnya pada dinding. Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana. Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya. Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya beliau membuat laporan polis.

Demikianlah pengalaman Chia Bung Hing (gambar), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput. Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis. Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.

Chia Bung Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana. Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis.

Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman. Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis. Chia Bung Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli. Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah.

Demikianlah pengalaman lima hari Chia Bung Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini. Chia Bung Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.

Sembunyikan diri dalam longkang

Chia Bung Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian. Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Bung Hing setelah tiba di balai.

Apabila dihubungi dengan telefon, barulah mereka mendapati bahawa Chia Bung Hing bersembunyi di dalam longkang kerana terlalu takut untuk masuk ke Balai Polis secara bersendirian. Meskipun melalui segala penyeksaan ini, Chia Bung Hing masih bersyukur, "Saya berterima kasih kepada Tuhan, kerana nyawa saya masih hidup bila keluar (dari balai polis). Saya ingat, dalam balai polis ... saya akan mati di situ. Saya rasa tak ada harapan lagi. Bila saya minta nak hubungi isteri dan ibu, mereka memijak saya dengan lebih kuat... Jadi saya percaya saya akan mati."

Chia Bung King menyeru, "Saya mengharapkan bantuan anda. Saya tidak berharap peristiwa macam ni berulang. Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat, banyak yang dipukul mati..."

Beliau menahan sebak ketika mengenang apa yang berlaku beberapa hari lalu, berkata "Dengan bantuan YB dan peguam, rakyat, jangan perkara ini berulang pada orang lain... Saya masih berani untuk tampil dan menyuarakannya, kerana ia berlaku pada diri saya. Walaupun doktor kata tidak apa lagi (kecederaannya), tapi saya asyik pening kepala saja beberapa hari ni..."

Polis nampak wang nota

Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Bung King memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana menuju ke Kota Damansara. Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen memandu. Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau menyeluk saku depan seluarnya. Menurut Chia, polis meminta wang daripadanya, tetapi ditolak Chia.

Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje. Kalau you angkat duit saya, saya akan report balai." Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."

Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan kamera telefon bimbitnya. Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang. Polis mahu duit!"

Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini, malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku. Beliau dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway. Beliau terus dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.

Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai. "You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia. Chia mendakwa bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar balai dengan RM5,000.

Chia Bung King ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor. Chia menjelaskan bahawa dirinya memungut wang pendapatan di ketiga-tiga kedainya pada hari itu, untuk membayar jamuan hari jadi ibunya di restoran. Malah, beliau membawa dana bantuan untuk seorang penganut agama dari persatuan kuil-nya. Ini menjelaskan mengapa beliau membawa wang tunai begitu banyak pada dirinya ketika ditahan.

Diugut polis

Chia Bung King diugut untuk membuat laporan bahawa kecederaannya disebabkan kemalangan jalan raya, seandainya beliau mahu dibenarkan untuk menelefon isteri dan ibunya, dan dibebaskan. Malah, polis yang menggarinya berkata, "Kalau you tak buat report itu, saya akan taruh parang besar yang berdarah dan taruh dadah dalam kereta awak kasi you supaya kaukau (dahsyat), dan lokap sama lu long term."

Pada jam 3 pagi 19 November, Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah. Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis. Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.

Chia ditolak oleh polis yang menggarinya sehingga jatuh berguling-guling dari tingkat ketujuh hingga ke tingkat ketiga. Chia mendengar suara polis berbunyi "Mahu tolak lu mati". Pada ketika itu, Chia sudah muntah darah dan berbuih di mulut. Menurut Chia lagi, beliau dibawa oleh lima anggota polis ke satu padang dan ditolak jatuh, namun beliau tidak mati, dan akhirnya dibawa ke hospital.

Selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman. Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan majistret. Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama Azizuddin. Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.

Chia yang dilepaskan pada 22 Disember, membuat aduan polis semula di balai polis Shah Alam pada 23 Disember bersama Lim Lip Eng. Beliau tidak lagi menaruh kepercayaan kepada polis di IPD Petaling Jaya, dan beliau mendakwa dirinya masih mampu cam polis yang memukulnya.

Menurut Lim Lip Eng, IPK Selangor telah mengesahkan mereka akan menjalankan siasatan ke atas balai polis Kota Damansara dan mengambil keterangan daripada mangsa kes ini.

Doktor Samseng: Tumbuk, pijak dan ugut untuk suntik racun maut kepada pesakit wanita

Label:

Memang samseng dan tidak berrmoral. Sanggup mengugut untuk menyuntik racun maut ke dalam badan pesakit. Kementerian Kesihatan perlu mengambil tindakan serius terhadap doktor berkenaan jika benar dakwaan yang dibuat mangsa.

Saya petik:

[HM] SUBANG JAYA: Hanya kerana mahu mendapatkan laporan perubatan mengenai penyakitnya, seorang wanita berusia 25 tahun cedera di muka dan badan selepas ditumbuk serta dipijak doktor yang merawatnya di sebuah klinik swasta, di sini, kelmarin.

Malah, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, doktor berusia 40 tahun terbabit turut mengugut untuk menyuntik mangsa dengan ubat didakwa mengandungi racun yang boleh membunuh.

Tidak cukup dengan itu, tunang mangsa berusia 27 tahun yang cuba menenangkan keadaan selain mendapatkan penjelasan mengenai tindakan ganas doktor terbabit turut diserang dan dipukul. Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa yang sudah tiga minggu mengalami demam dan belum pulih walaupun beberapa kali mendapatkan rawatan di klinik terbabit meminta doktor itu mengeluarkan laporan perubatan tahap kesihatannya.

“Ini kerana mangsa mahu mendapatkan rawatan di klinik lain disebabkan kecewa kerana masih tidak sembuh biarpun sudah lama mendapatkan rawatan di klinik itu.

“Mangsa mendakwa dia bimbang dan hairan mengapa penyakitnya tidak sembuh walaupun doktor terbabit mengatakan dia hanya demam biasa.

“Tindakan mangsa menyebabkan doktor itu berang dan dia mula memarahi serta memaki hamun mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran,” katanya.

Sumber itu berkata, doktor terbabit yang gagal mengawal kemarahannya menumbuk muka mangsa menyebabkan wanita itu terjatuh sebelum badannya dipijak. “Mangsa berlari keluar dari bilik rawatan dan meminta pertolongan tunangnya yang menunggu di tempat letak kereta. Namun, ketika tunang mangsa cuba mendapatkan penjelasan dia diserang doktor terbabit yang meluru keluar dari kliniknya,” katanya.

Menurutnya, selepas doktor itu berhenti menyerang dan masuk ke dalam klinik mangsa bersama tunangnya meninggalkan tempat kejadian. Bagaimanapun, doktor itu keluar semula dari klinik dan menerkam ke arah pasangan itu sambil menunjukkan satu jarum suntikan yang didakwanya memiliki ubat beracun yang mahu disuntik ke badan mereka.

“Pasangan terbabit bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya melarikan diri walaupun dikejar suspek,” kata sumber itu.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

(Gambar sekadar hiasan)

Pendedahan WikiLeaks: Siapa Menteri Kabinet yang merogol amah dari Indonesia?

Label:

Saya petik:

WikiLeaks: Abdullah gagal bertindak kejadian rogol melibatkan menterinya?

[FMT] PETALING JAYA: Pendedahan WikiLeaks berhubung kejadian rogol terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Menteri Kabinet era mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat mampu menggugat hubungan Malaysia-Indonesia dan menjejaskan imej negara.

"Walaupun laporan WikiLeaks ini boleh diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia.

"Tambahan pula semenjak kebelakangan ini, begitu banyak kejadian-kejadian yang menyebabkan perselisihan faham rakyat antara kedua-dua negara berjiran ini," demikian menurut Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya tokoh wanita negara ini yang menduduki kerusi Timbalan Speaker turut memberitahu FMT, kejadian seperti ini haruslah ditangani dengan telus.

"Saya bukan mengulas tentang laporan ini tetapi secara umumnya, kita tidak boleh mengamalkan budaya yang membezakan layanan undang-undang terhadap orang kenamaan dan rakyat biasa.

"Walau siapa pun yang dituduh, ia perlu menjalani proses perundangan yang sama seperti orang lain dengan telus. Apatah lagi jika membabitkan seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin dan merupakan pemimpin di peringkat pembuat dasar," katanya lagi.

"Undang-undang sama untuk semua. Kalau tidak bagaimana kita hendak memastikan orang yang berpengaruh dan ada kedudukan ini lebih bertanggungjawab sekiranya mereka mendapat layanan yang istimewa apabila mereka melanggar undang-undang," katanya lagi.

Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seumpama ini dan tindakan undang-undang haruslah diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan dan pihak yang melindungi perbuatan seperti ini.

Penganiayaan terhadap wanita

"Kalaulah laporan WikiLeaks ini sahih, saya mengutuk sekeras-kerasnya dan tindakan undang-undang harus diambil terhadap sebarang kejadian penganiayaan terhadap wanita lebih-lebih lagi jenayah rogol dan termasuklah yang melindunginya," ujar beliau.

Sebelum ini dalam satu laporan blog Rocky Bru yang nama sebenarnya Ahirudin Atan hari ini menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri ketika era Abdullah menerajui pentadbiran kerajaan telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.

Menurutnya, kejadian tersebut turut diketahui oleh Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.

Bagaimanapun menurut blog itu lagi, menteri terbabit hanya digugurkan sebagai menteri dalam satu rombakan kabinet yang dibuat oleh Abdullah tidak berapa lama selepas beliau mengetahui berita itu.

Beliau turut mencatatkan, pada masa ini menteri tersebut kembali aktif dari persaraannya apabila dilantik semula sebagai pengerusi sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk pula.

Rocky Bru yang juga terkenal sebagai blogger proUmno juga menjelaskan, cerita tersebut telah sampai ke pengetahuannya semenjak tiga tahun lalu namun hanya dapat disahkan apabila pendedahan dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini.

Susulan peristiwa yang berlaku pada tahun 2007 ini, ketika mangsa ditemuramah di kampungnya di Jawa Tengah pada Julai tahun yang sama, mangsa telah membuat pengakuan terhadap kejadian itu.

Akhirnya laporan kejadian yang berlaku ketika tempoh perkhidmatan mangsa tersebut bersama bekas menteri terbabit menjangkau lapan tahun telah dibuat dan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Indonesia dan juga Pejabat PM sendiri.

Menurut sebuah badan NGO pula, kejadian yang menimpa amah yang mempunyai dua orang anak itu turut diketahui oleh suaminya tetapi disebabkan perasaan takut dan malu, tiada usaha yang serius dijalankan untuk mendakwa menteri terbabit.

"NO ENTRY" redakan nafsu buas si pemandu teksi

Label:

Tidak semua pemandu teksi berperangai begini tetapi sebagai penumpang kita perlu sentiasa berwaspada. Kepada kaum wanita yang sentiasa menggunakan perkhidmatan teksi, sebaiknya anda mencatat atau mengingati apa-apa maklumat berkenaan teksi yang dinaiki jika berlaku se

Saya petik:

Selamat dari diperkosa kerana haid

[HM] KUALA LUMPUR: Disebabkan datang bulan, seorang wanita berusia awal 30-an terselamat daripada dirogol seorang pemandu teksi di Jalan Raja Chulan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pemandu teksi berusia lewat 30-an terbabit memberhentikan kenderaannya di lorong belakang sebuah bangunan dan cuba merogol mangsa.

Menurut sumber, mangsa tidak menaruh syak kepada suspek berikutan suspek mendakwa akan menggunakan jalan pintas untuk menghantarnya ke rumah di Pandan Indah kerana ketika itu jalan utama terlalu sesak.

“Sebaik suspek memberhentikan kenderaannya, dia menoleh ke tempat duduk belakang sebelum mula menggoda mangsa.

“Suspek mendakwa tidak mengenakan caj sekiranya mangsa bersetuju melayaninya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang terkejut mempertahankan diri menyebabkan suspek lebih agresif dan cuba menanggalkan pakaian mangsa.

“Lelaki terbabit mula hilang selera apabila dia mendapati mangsa datang bulan. Namun, bagi melepaskan geramnya, suspek mencabul mangsa.

“Selepas itu, suspek mengarahkan mangsa keluar daripada kenderaannya dan mengugut mangsa supaya merahsiakan perkara terbabit.

“Suspek memecut kenderaan meninggalkan mangsa di kawasan kejadian,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

(Gambar sekadar hiasan)

PANAS!! ADUN Selising Jawab Tuduhan Khalwat dan Zina

Label:

Semua orang Islam tahu bahawa dosa membuat fitnah itu lebih besar daripada membunuh tetapi mengapakah masih ramai lagi manusia laknatullah yang berani melakukan perkara tersebut. Mungkinkah mereka seronok dapat melakukan fitnah? Semoga mereka juga "seronok" di akhirat nanti

Saya petik:

'Dakwaan saya berzina fitnah besar, khianat'

[UM] PASIR PUTEH 22 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.

"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.

Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.

Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.

Logo 1Malaysia dilarang di Selangor. Apa reaksi PM 1Malaysia?

Label:

Logo di atas dilarang di Selangor

Kerajaan Negeri Selangor melarang logo 1Malaysia pada banner dan papan iklan yang dipasang di Selangor. Alasannya ialah kerana logo tersebut merupakan logo politik dan menyalahi undang-undang kecil kerajaan tempatan. Betul ke? Kalau betul, apa reaksi anda? Setuju atau sebaliknya.

Tindakan Kerajaan Selangor ini memberi tamparan hebat buat PM Najib yang mendakwa 1Malaysia hasil ciptaannya.

Kalau tak silap saya, sebelum ini Kerajaan Selangor juga melarang/mengharamkan Islam Hadari hasil idea Pak Lah Badawi.

Anggota PDRM cabul rakan setugas dibebaskan

Label:

Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja hatta dalam pasukan yang menjaga keselamatan negara. Jadi, berhati-hatilah selalu terutamanya anggota wanita.

Saya petik:

Keterangan mangsa tidak konsisten, gugup jawab soalan

[BH] PETALING JAYA: Selepas lebih setahun digantung kerja, seorang konstabel polis dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan mencabul kehormatan seorang Inspektor wanita yang juga rakan setugasnya, tahun lalu.

Majistret Aishah Hijriah Arshad, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Yusri Yusof, 36, di akhir kes pendakwaan.
Aishah berkata, mahkamah mendapati keterangan mangsa tidak konsisten dengan laporan yang diberikan.

Terdapat percanggahan keterangan yang diberikan oleh mangsa dalam kes itu kerana berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa menyatakan beliau dipeluk dari arah belakang dan cuba dicium di pipi kanan serta paha kanannya diusap sebanyak dua hingga tiga kali oleh tertuduh.

Sebaliknya, ketika pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan, mangsa tidak dapat mengesahkan sama ada beliau dipeluk ataupun tertuduh hanya memegang bahunya, katanya.

Aishah berkata, mangsa juga dilihat teragak-agak untuk menjawab dan tidak yakin untuk memberi jawapan ketika pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.

Selain itu, katanya, keterangan mangsa tanpa keterangan sokongan tidak dapat membuktikan tertuduh menggunakan kekerasan jenayah ke atasnya.

Tindakan mangsa yang tidak memaklumkan kejadian yang berlaku ke atas dirinya dengan serta-merta dilihat tidak munasabah kerana sebagai pegawai polis, mangsa mempunyai pengetahuan apa yang terjadi kepada dirinya salah di sisi undang-undang dan mangsa sememangnya ada banyak peluang untuk bercerita masalah yang dihadapi dengan rakan sebiliknya, katanya.

Tertuduh dituduh mencabul mangsa berusia 25 tahun di pejabat Detektif Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya di sini, pada jam 5.35 petang, 26 Mei 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen manakala tertuduh diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Laden.

(Gambar sekadar hiasan)

"Sultan yang Setan" akhirnya dicekup polis

Label:

Polis telah menahan pemilik akaun facebook "Sultan Yang Setan" yang diburu sejak Ogos lepas kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata lelaki berumur 40 tahun itu yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail Januari lepas, diberkas di ibu negara pada 29 November lepas.

Turut dirampas ialah lima telefon bimbit dan PDA pelbagai jenis, empat komputer riba, dan perkakas komputer, katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Satu pasukan petugas telah menyiasat kes itu selepas lima laporan polis dibuat tentang kewujudan laman itu.

Syed Ismail berkata siasatan mendapati lelaki yang berasal dari ibu negara dan bergerak sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja.

Akaun tersebut menggunakan alamat e-mel 'pendekar.bentan@gmail.com' namun identiti yang digunakan adalah kepunyaan individu lain, katanya.

Syed Ismail berkata lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan.

"Motif suspek mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealisme sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana
politik," katanya.

Syed Ismail berkata, lelaki mendapat pengetahuan untuk menggunakan internet melalui pembelajaran sendiri selain menggunakan perisian tertentu yang boleh menyembunyikan identitinya.

Katanya tiga orang telah ditahan berhubung kes seumpamanya.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya.

Beliau menasihati para pengguna internet supaya menjaga keselamatan alat-alat yang digunakan untuk membuat capaian internet seperti 'wireless
router' supaya mendaftar keluar jika tidak lagi digunakan.

"Jika tidak mahir dalam penggunaannya dapatkan nasihat pakar cara untuk menggunakannya selain berhati-hati jika ada orang yang tidak dikenali
menggunakan capaian internet di rumah," katanya.

Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster, Syed Ismail menasihatkan mereka supaya tidak mendedahkan maklumat diri dan gambar kepada individu tidak dikenali.

"Jangan tulis sebarang unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam dalam laman-laman sosial kerana polis mampu mengesan sebarang hebahan yang salah," katanya.

- Bernama

PANAS!! Bapa kahwini calon menantu?

Label:

Tu dia...Dapat kat bapa dulu...Kalau dah jodoh nak buat macam mana....Semoga berbahagia.

Saya petik:

Raisuddin Hamzah Didakwa Kahwini Bakal Menantu

[MStar] SHAH ALAM: Bapa mertua kepada Raisuddin Hamzah memberitahu dia mempunyai hasrat mahu menjodohkan anak perempuannya dengan anak lelaki pelakon dan penyanyi popular tahun 80-an tersebut.

Suberi Abdullah, 50, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa, bahawa dia mempunyai dua calon menantu buat anaknya, Siti Fatimah yang telah bernikah dengan Raisuddin di sempadan Thailand.

"Calon pertama adalah anak kepada Raisuddin yang bernama Hamzah manakala calon kedua adalah anak seorang doktor yang dipanggil sebagai Along," katanya semasa disoal oleh peguam syarie Mohd Roshdan Sujak.

Selain itu, Suberi yang mengusahakan kedai makan juga memberitahu, dia tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya kerana faktor jarak usia yang berbeza 31 tahun. "Dia (Raisuddin) tidak sepadan. Semasa akad nikah, umur anak saya baru 19 tahun, masih anak dara dan sedang menuntut di Universiti Selangor (Unisel) di Batang Berjuntai, dekat sini.

"Dia pula berusia 50 tahun dan sudah mempunyai isteri," katanya dan menambah berasa malu dengan perkahwinan tersebut.

Mohd Roshdan mewakili Suberi, 50, pada permohonannya untuk membubarkan perkahwinan antara Siti Fatimah dan Raisuddin mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Mahkamah sama turut mendengar permohonan Raisuddin, 54, yang merupakan bapa kepada penyanyi, Siti Sarah untuk mengesahkan pernikahan yang dilakukan di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007 dengan berwalikan hakim.

Suberi seterusnya memberitahu, Siti Fatimah, 24, sepatutnya berada di rumah pada malam pernikahan tersebut.

"Dia tinggal di asrama.Saya tidak tahu bila dia ke Songkhla. Sebelum 2 Januari 2007, kali terakhir saya berjumpa dia adalah pada Hari Raya Haji tapi saya tidak ingat tarikhnya," katanya.

Menurut Suberi lagi, Siti Fatimah tidak ada memaklumkan atau meminta izin darinya untuk berkahwin mahupun dihubungi oleh mana-mana wakil dari Songkhla yang meminta izin untuk mewalikan anaknya.

"Saya tidak pernah kehilangan kelayakan untuk menjadi wali," tambahnya.

Dia juga memberitahu, dia tidak berada di penjara semasa pernikahan itu berlaku dan boleh dihubungi pada bila-bila masa menerusi telefon bimbit dan talian telefon rumah.

Suberi memberi keterangan selepas Mohd Roshdan memohon untuk menyoal semula anak guamnya ekoran banyak keterangan Suberi tiada di dalam nota prosiding semasa kes itu didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini.

Permohonan itu juga tidak dibantah oleh peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif yang mewakili Sti Fatimah yang dinamakan sebagai responden pertama dan diikuti oleh Raisuddin sebagai responden kedua.

Nor Azmi kemudiannya memohon diberikan sedikit masa untuk membolehkan beliau menyemak nota keterangan sebelum mula menyoal balas Suberi.

Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin membenarkan permohonan itu dan menetapkan 23 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan baru.

Pada prosiding itu, Suberi yang mahu melarikan diri daripada pihak media tertinggal kad pengenalannya di mahkamah yang kemudiannya diambil oleh Mohd Roshdan.

[VIDEO] Karpal puji PAS, terima Islam agama rasmi

Label:

javascript:void(0)

[VIDEO] Aksi terlampau KM Sarawak

Label:

Gambar: Isteri terbaru KM Sarawak

Pastinya anda terfikir aksi terlampau tu hanya bab yang ehem ehem tu...Tetapi KM Sarawak ini memiliki aksi yang terlampau kerana kekayaan yang dimilikinya sedangkan rakyat masih dicengkam kemiskinan....

MESTI DENGAR!! Lagu Baru UMNO

Label:

[VIDEO] Ucapan YB Karpal Singh & Anwar pada Konvensyen Pakatan Rakyat

]

26 terbunuh bas kemalangan di Simpang Pulai!!

Label:

Saya petik:

[mstar] IPOH: Dua puluh enam orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA

Laman web Yayasan 1Malaysia digodam!!

Label:

Saya petik:

[FMT] PETALING JAYA: Penggodam telah meggodam web 1Malaysia dengan menulis slogan anti-Malaysia di laman utamanya.

Slogannya berbunyi, Ganyang Malaysia turut memaparkan gambar seorang lelaki Cina yang tidak dikenali berdiri di hadapan bendera Amerika Syarikat.

"Ganyang Malaysia" merupakan slogan yang biasa digunakan oleh kumpulan-kumpulan berhaluan kanan tegar Indonesia seperti Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).

Tiada pertubuhan mengaku bertanggungjawab untuk serangan ini meskipun perkataan "Ahli Syurga Crew" tertera di penghujung laman itu.

Laman lain di laman web itu tidak terusik.

Dalam reaksi spontannya, pengerusi Yayasan 1Malaysia Chandra Muzaffar melahirkan rasa terkejut. Beliau memberitahu bahawa belum melawat laman webnya selama beberapa hari yang lepas dan tidak mengetahui perkara ini.

"Saya akan menelefon pejabat untuk mengetahui perkara selanjutnya," kata beliau kepada FMT.

Kerana nak cepat kaya, disoroknya syabu dalam alat sulit dan coli!!

Label:

Hisssh...Macam-macam cara orang ingin menjadi cepat kaya termasuk menyeludup dadah...Tapi kalau dah buat kerja terkutuk, lama-lama dapat dihidu jua. Kalau sudah sepuluh kali terlepas, mungkin kali berikutnya diberkas pihak berkuasa jua...

Saya petik:

[KS] JAKARTA - Seorang wanita berusia 28 tahun yang mengaku pernah menjadi amah di Malaysia dan Singapura ditangkap kerana membawa sebahagian dadah syabu yang disembunyikan di dalam kemaluan dan colinya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia membawa syabu seberat 643 gram dan ditangkap di sebuah hotel di sini selepas pegawai-pegawai pihak berkuasa Lapangan Terbang Sukarno-Hatta mencurigai gelagatnya yang tiba dari Malaysia pada Jumaat lalu.

Selepas disoal siasat, wanita itu mengaku diberi upah sebanyak RM2,500 untuk membawa dadah tersebut ke Indonesia.

Menurutnya, dia ditawar pekerjaan untuk membawa dadah tersebut oleh seorang rakannya yang pernah menjadi amah di Malaysia.

Wanita itu berkata, rakannya itu memberitahu, dia perlu menemui seorang lelaki di Malaysia.

Setibanya di Malaysia, dia diminta kembali ke Jakarta dengan membawa syabu itu

Lelaki itu mengajar wanita tersebut cara untuk menyembunyikan dadah tersebut. - Agensi

(Gambar sekadar hiasan)

SB wanita ini menyelinap masuk ke program Muslimat PAS?

Label:

Saya petik:

[AM] Semalam 18 disember saya ke Program Pemerkasaan Parti. Tahniah buat pihak penganjur kerana program ini cukup bagus. Touching sungguh...TAK BOLAH CERITA LEBIH-LEBIH DI SINI...

Tetapi apa yang lebih touching lagi apabila ada seorang "MINAH" ni teringin juga nak masuk dalam program kami..Mula tanya dia kata surirumah..Tanya kali kedua dia kata ada kerjaya..Tanya kali ketiga dia kata polis..
Minta kad kuasanya tak mau bagi pulak..Berlakon konon nak dapatkan maklumat...
Bagi penduduk Shah Alam kalau terjumpa "MINAH ini Tolong kirim salam banyak-banyak..

PANAS! Isteri derita suami miliki "nafsu buas"

Label:

Beginilah padahnya apabila si suami gemar menonton filem dot dot ganas. Akhirnya si isteri menjadi mangsa....Italic

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Malang bagi satu pasangan suami isteri apabila rumah tangga yang pada mulanya aman damai kini bergolak hanya kerana situasi janggal - si suami mempunyai selera pelik ketika bersama.

Mana tidaknya, si isteri yang inginkan dirinya dibelai dengan kasih sayang dan sentuhan manja, sebaliknya diratah suami yang lebih berselera melihat isteri disakiti.

Itulah nasib malang menimpa Niza, 26, yang tidak tahan dengan kelakuan suami, Ramli, 26, seolah-olah beraksi dalam filem lucah ganas mat saleh.

Ada kalanya Ramli mengikat Niza di katil sambil memukul atau setidak-tidaknya mencubit bahagian tertentu tubuhnya. Bahkan, pernah juga suaminya itu memasukkan sesuatu pada kemaluan isterinya untuk mendapat rangsangan seks.

Selepas hampir dua tahun diperlakukan begitu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Niza akhirnya nekad melarikan diri untuk pulang ke pangkuan keluarganya yang menetap di sekitar Gombak, dekat sini, pada Oktober lalu. Niza berkata, dia sudah kerap menasihati suami supaya tidak melayannya sedemikian rupa, tetapi ia tidak pernah bertahan lama.

“Lama kelamaan dia akan mengulanginya semula. Sebab itu, saya tidak dapat bertahan lagi.

“Sebagai isteri, saya hanya mahu dia (suami) melayan saya sebagaimana isteri normal yang lain. Jika berterusan begini, saya rasa cukup terseksa,” katanya.

Menurut Niza, pada mulanya dia hanya mahu untuk mengasingkan diri bersama suami buat sementara waktu dan tinggal bersama keluarga namun apabila memikirkan suami yang mungkin tidak akan berubah, dia mengambil keputusan untuk bercerai.

“Keluarga sering bertanya dan mendesak, apa masalah saya dengan suami. Saya beritahu mereka kami berkelahi dan hanya mendiamkan diri jika ditanya puncanya.

“Saya malu untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Bagaimanapun, selepas nekad untuk berpisah dengan suami, akhirnya saya terpaksa jelaskan semuanya pada ibu saya,” katanya.

Niza berkata, keluarga menghalang keputusannya untuk bercerai dan mereka mahu perkahwinan mereka diselamatkan.

Katanya, mulanya dia buntu untuk menyelamatkan rumah tangga mereka kerana tidak sanggup menerima layanan buas suaminya lagi.

“Ayah menjelaskan pada saya suami mungkin boleh berubah jika dirawat.

“Mulanya, saya kurang yakin bagaimana soal yang membabitkan hubungan seks dan nafsu begini boleh dirawat.

“Namun selepas memikirkannya dengan keadaan waras, apa salahnya untuk mencuba. Lagi pula, suami tidak membantah dan bersedia untuk mendapatkan rawatan jika perlu demi menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.

Kini, Ramli dibawa mendapatkan rawatan secara Islam bagi membuangkan selera pelik yang membelenggu dirinya ketika bersama dengan isteri.

Ketika ditemui, Ramli tidak menafikan dia suka menyakiti isterinya ketika berasmara semata-mata untuk mendapatkan kepuasan.

“Jika tidak berbuat demikian, saya tidak akan berasa ghairah. Bagaimanapun, saya tahu dia (Niza) tidak suka saya buat dia begitu.

“Masalahnya, sukar pula untuk saya mengawal diri. Jadi keputusan untuk mendapatkan rawatan begini mungkin adalah jalan terbaik untuk saya, lagi pula saya sangat menyayangi isteri dan tidak mahu berpisah dengannya,” katanya.

Ramli berkata, dia nekad untuk mengubah sikapnya dan berharap hubungan mereka suami isteri berkekalan.

Sehubungan itu, katanya, dia akan membuang sikap buruknya yang ada kala gemar menonton filem lucah ganas dan pelik, selain cuba bersikap normal kepada isteri ketika bersama.

“Saya difahamkan juga ada kemungkinan nafsu pelik yang saya miliki ini adalah disebabkan keturunan atau saka. Saya tidak pasti mengenainya, tetapi tidak salah berubat.

“Saya sedar apa yang saya lakukan pada isteri tidak patut sebagai seorang yang beragama Islam. Saya sepatutnya melayan dan membelai dia dengan baik.

“Saya bersyukur, isteri masih memberi peluang kepada saya. Begitu juga dengan keluarga yang ambil berat dan cuba menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.

SAH!! KM Sarawak kahwini gadis Lubnan 28 tahun

Label:

Gambar: KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selamat dinikahkan dengan gadis Lubnan berusia 28 tahun (gambar kecil) di Kuching, malam tadi.

KM Sarawak telah selamat memilih pasangan hidup baru beliau. Selepas ini rakyat Sarawak pula tidak sabar-sabar untuk memilih wakil rakyat mereka dalam piliharaya nanti...

Saya petik:

[BH] Kuching: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.

Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.

Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.

Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.

“Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari,” katanya.

Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu.
Harga makanan & minuman naik bulan depan!!
Sabtu, Disember 25, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[kosmo] KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.

Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.

Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.

(Gambar sekadar hiasan)

Links to this post
"POLIS pukul saya kerana mahu DUIT!"
Jumaat, Disember 24, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Disember 23, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Tidak semua pemandu teksi berperangai begini tetapi sebagai penumpang kita perlu sentiasa berwaspada. Kepada kaum wanita yang sentiasa menggunakan perkhidmatan teksi, sebaiknya anda mencatat atau mengingati apa-apa maklumat berkenaan teksi yang dinaiki jika berlaku se

Saya petik:

Selamat dari diperkosa kerana haid

[HM] KUALA LUMPUR: Disebabkan datang bulan, seorang wanita berusia awal 30-an terselamat daripada dirogol seorang pemandu teksi di Jalan Raja Chulan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pemandu teksi berusia lewat 30-an terbabit memberhentikan kenderaannya di lorong belakang sebuah bangunan dan cuba merogol mangsa.

Menurut sumber, mangsa tidak menaruh syak kepada suspek berikutan suspek mendakwa akan menggunakan jalan pintas untuk menghantarnya ke rumah di Pandan Indah kerana ketika itu jalan utama terlalu sesak.

“Sebaik suspek memberhentikan kenderaannya, dia menoleh ke tempat duduk belakang sebelum mula menggoda mangsa.

“Suspek mendakwa tidak mengenakan caj sekiranya mangsa bersetuju melayaninya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang terkejut mempertahankan diri menyebabkan suspek lebih agresif dan cuba menanggalkan pakaian mangsa.

“Lelaki terbabit mula hilang selera apabila dia mendapati mangsa datang bulan. Namun, bagi melepaskan geramnya, suspek mencabul mangsa.

“Selepas itu, suspek mengarahkan mangsa keluar daripada kenderaannya dan mengugut mangsa supaya merahsiakan perkara terbabit.

“Suspek memecut kenderaan meninggalkan mangsa di kawasan kejadian,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

(Gambar sekadar hiasan)

Links to this post
PANAS!! ADUN Selising Jawab Tuduhan Khalwat dan Zina
Khamis, Disember 23, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Semua orang Islam tahu bahawa dosa membuat fitnah itu lebih besar daripada membunuh tetapi mengapakah masih ramai lagi manusia laknatullah yang berani melakukan perkara tersebut. Mungkinkah mereka seronok dapat melakukan fitnah? Semoga mereka juga "seronok" di akhirat nanti

Saya petik:

'Dakwaan saya berzina fitnah besar, khianat'

[UM] PASIR PUTEH 22 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.

"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.

Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.

Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.

Links to this post
Logo 1Malaysia dilarang di Selangor. Apa reaksi PM 1Malaysia?
Khamis, Disember 23, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Logo di atas dilarang di Selangor

Kerajaan Negeri Selangor melarang logo 1Malaysia pada banner dan papan iklan yang dipasang di Selangor. Alasannya ialah kerana logo tersebut merupakan logo politik dan menyalahi undang-undang kecil kerajaan tempatan. Betul ke? Kalau betul, apa reaksi anda? Setuju atau sebaliknya.

Tindakan Kerajaan Selangor ini memberi tamparan hebat buat PM Najib yang mendakwa 1Malaysia hasil ciptaannya.

Kalau tak silap saya, sebelum ini Kerajaan Selangor juga melarang/mengharamkan Islam Hadari hasil idea Pak Lah Badawi.

Links to this post
Anggota PDRM cabul rakan setugas dibebaskan
Khamis, Disember 23, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja hatta dalam pasukan yang menjaga keselamatan negara. Jadi, berhati-hatilah selalu terutamanya anggota wanita.

Saya petik:

Keterangan mangsa tidak konsisten, gugup jawab soalan

[BH] PETALING JAYA: Selepas lebih setahun digantung kerja, seorang konstabel polis dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan mencabul kehormatan seorang Inspektor wanita yang juga rakan setugasnya, tahun lalu.

Majistret Aishah Hijriah Arshad, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Yusri Yusof, 36, di akhir kes pendakwaan.
Aishah berkata, mahkamah mendapati keterangan mangsa tidak konsisten dengan laporan yang diberikan.

Terdapat percanggahan keterangan yang diberikan oleh mangsa dalam kes itu kerana berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa menyatakan beliau dipeluk dari arah belakang dan cuba dicium di pipi kanan serta paha kanannya diusap sebanyak dua hingga tiga kali oleh tertuduh.

Sebaliknya, ketika pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan, mangsa tidak dapat mengesahkan sama ada beliau dipeluk ataupun tertuduh hanya memegang bahunya, katanya.

Aishah berkata, mangsa juga dilihat teragak-agak untuk menjawab dan tidak yakin untuk memberi jawapan ketika pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.

Selain itu, katanya, keterangan mangsa tanpa keterangan sokongan tidak dapat membuktikan tertuduh menggunakan kekerasan jenayah ke atasnya.

Tindakan mangsa yang tidak memaklumkan kejadian yang berlaku ke atas dirinya dengan serta-merta dilihat tidak munasabah kerana sebagai pegawai polis, mangsa mempunyai pengetahuan apa yang terjadi kepada dirinya salah di sisi undang-undang dan mangsa sememangnya ada banyak peluang untuk bercerita masalah yang dihadapi dengan rakan sebiliknya, katanya.

Tertuduh dituduh mencabul mangsa berusia 25 tahun di pejabat Detektif Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya di sini, pada jam 5.35 petang, 26 Mei 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen manakala tertuduh diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Laden.

(Gambar sekadar hiasan)
Links to this post
"Sultan yang Setan" akhirnya dicekup polis
Rabu, Disember 22, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Polis telah menahan pemilik akaun facebook "Sultan Yang Setan" yang diburu sejak Ogos lepas kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata lelaki berumur 40 tahun itu yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail Januari lepas, diberkas di ibu negara pada 29 November lepas.

Turut dirampas ialah lima telefon bimbit dan PDA pelbagai jenis, empat komputer riba, dan perkakas komputer, katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Satu pasukan petugas telah menyiasat kes itu selepas lima laporan polis dibuat tentang kewujudan laman itu.

Syed Ismail berkata siasatan mendapati lelaki yang berasal dari ibu negara dan bergerak sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja.

Akaun tersebut menggunakan alamat e-mel 'pendekar.bentan@gmail.com' namun identiti yang digunakan adalah kepunyaan individu lain, katanya.

Syed Ismail berkata lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan.

"Motif suspek mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealisme sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana
politik," katanya.

Syed Ismail berkata, lelaki mendapat pengetahuan untuk menggunakan internet melalui pembelajaran sendiri selain menggunakan perisian tertentu yang boleh menyembunyikan identitinya.

Katanya tiga orang telah ditahan berhubung kes seumpamanya.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya.

Beliau menasihati para pengguna internet supaya menjaga keselamatan alat-alat yang digunakan untuk membuat capaian internet seperti 'wireless
router' supaya mendaftar keluar jika tidak lagi digunakan.

"Jika tidak mahir dalam penggunaannya dapatkan nasihat pakar cara untuk menggunakannya selain berhati-hati jika ada orang yang tidak dikenali
menggunakan capaian internet di rumah," katanya.

Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster, Syed Ismail menasihatkan mereka supaya tidak mendedahkan maklumat diri dan gambar kepada individu tidak dikenali.

"Jangan tulis sebarang unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam dalam laman-laman sosial kerana polis mampu mengesan sebarang hebahan yang salah," katanya.

- Bernama
Links to this post
PANAS!! Bapa kahwini calon menantu?
Rabu, Disember 22, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Tu dia...Dapat kat bapa dulu...Kalau dah jodoh nak buat macam mana....Semoga berbahagia.

Saya petik:

Raisuddin Hamzah Didakwa Kahwini Bakal Menantu

[MStar] SHAH ALAM: Bapa mertua kepada Raisuddin Hamzah memberitahu dia mempunyai hasrat mahu menjodohkan anak perempuannya dengan anak lelaki pelakon dan penyanyi popular tahun 80-an tersebut.

Suberi Abdullah, 50, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa, bahawa dia mempunyai dua calon menantu buat anaknya, Siti Fatimah yang telah bernikah dengan Raisuddin di sempadan Thailand.

"Calon pertama adalah anak kepada Raisuddin yang bernama Hamzah manakala calon kedua adalah anak seorang doktor yang dipanggil sebagai Along," katanya semasa disoal oleh peguam syarie Mohd Roshdan Sujak.

Selain itu, Suberi yang mengusahakan kedai makan juga memberitahu, dia tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya kerana faktor jarak usia yang berbeza 31 tahun. "Dia (Raisuddin) tidak sepadan. Semasa akad nikah, umur anak saya baru 19 tahun, masih anak dara dan sedang menuntut di Universiti Selangor (Unisel) di Batang Berjuntai, dekat sini.

"Dia pula berusia 50 tahun dan sudah mempunyai isteri," katanya dan menambah berasa malu dengan perkahwinan tersebut.

Mohd Roshdan mewakili Suberi, 50, pada permohonannya untuk membubarkan perkahwinan antara Siti Fatimah dan Raisuddin mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Mahkamah sama turut mendengar permohonan Raisuddin, 54, yang merupakan bapa kepada penyanyi, Siti Sarah untuk mengesahkan pernikahan yang dilakukan di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007 dengan berwalikan hakim.

Suberi seterusnya memberitahu, Siti Fatimah, 24, sepatutnya berada di rumah pada malam pernikahan tersebut.

"Dia tinggal di asrama.Saya tidak tahu bila dia ke Songkhla. Sebelum 2 Januari 2007, kali terakhir saya berjumpa dia adalah pada Hari Raya Haji tapi saya tidak ingat tarikhnya," katanya.

Menurut Suberi lagi, Siti Fatimah tidak ada memaklumkan atau meminta izin darinya untuk berkahwin mahupun dihubungi oleh mana-mana wakil dari Songkhla yang meminta izin untuk mewalikan anaknya.

"Saya tidak pernah kehilangan kelayakan untuk menjadi wali," tambahnya.

Dia juga memberitahu, dia tidak berada di penjara semasa pernikahan itu berlaku dan boleh dihubungi pada bila-bila masa menerusi telefon bimbit dan talian telefon rumah.

Suberi memberi keterangan selepas Mohd Roshdan memohon untuk menyoal semula anak guamnya ekoran banyak keterangan Suberi tiada di dalam nota prosiding semasa kes itu didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini.

Permohonan itu juga tidak dibantah oleh peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif yang mewakili Sti Fatimah yang dinamakan sebagai responden pertama dan diikuti oleh Raisuddin sebagai responden kedua.

Nor Azmi kemudiannya memohon diberikan sedikit masa untuk membolehkan beliau menyemak nota keterangan sebelum mula menyoal balas Suberi.

Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin membenarkan permohonan itu dan menetapkan 23 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan baru.

Pada prosiding itu, Suberi yang mahu melarikan diri daripada pihak media tertinggal kad pengenalannya di mahkamah yang kemudiannya diambil oleh Mohd Roshdan.
Links to this post
[VIDEO] Karpal puji PAS, terima Islam agama rasmi
Rabu, Disember 22, 2010 | Author: Tuk Kiyai

javascript:void(0)
Links to this post
[VIDEO] Aksi terlampau KM Sarawak
Selasa, Disember 21, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Gambar: Isteri terbaru KM Sarawak

Pastinya anda terfikir aksi terlampau tu hanya bab yang ehem ehem tu...Tetapi KM Sarawak ini memiliki aksi yang terlampau kerana kekayaan yang dimilikinya sedangkan rakyat masih dicengkam kemiskinan....
Links to this post
MESTI DENGAR!! Lagu Baru UMNO
Selasa, Disember 21, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Links to this post
[VIDEO] Ucapan YB Karpal Singh & Anwar pada Konvensyen Pakatan Rakyat
Isnin, Disember 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai

]

Links to this post
26 terbunuh bas kemalangan di Simpang Pulai!!
Isnin, Disember 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[mstar] IPOH: Dua puluh enam orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA

Links to this post
Laman web Yayasan 1Malaysia digodam!!
Isnin, Disember 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[FMT] PETALING JAYA: Penggodam telah meggodam web 1Malaysia dengan menulis slogan anti-Malaysia di laman utamanya.

Slogannya berbunyi, Ganyang Malaysia turut memaparkan gambar seorang lelaki Cina yang tidak dikenali berdiri di hadapan bendera Amerika Syarikat.

"Ganyang Malaysia" merupakan slogan yang biasa digunakan oleh kumpulan-kumpulan berhaluan kanan tegar Indonesia seperti Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).

Tiada pertubuhan mengaku bertanggungjawab untuk serangan ini meskipun perkataan "Ahli Syurga Crew" tertera di penghujung laman itu.

Laman lain di laman web itu tidak terusik.

Dalam reaksi spontannya, pengerusi Yayasan 1Malaysia Chandra Muzaffar melahirkan rasa terkejut. Beliau memberitahu bahawa belum melawat laman webnya selama beberapa hari yang lepas dan tidak mengetahui perkara ini.

"Saya akan menelefon pejabat untuk mengetahui perkara selanjutnya," kata beliau kepada FMT.
Links to this post
Kerana nak cepat kaya, disoroknya syabu dalam alat sulit dan coli!!
Isnin, Disember 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Hisssh...Macam-macam cara orang ingin menjadi cepat kaya termasuk menyeludup dadah...Tapi kalau dah buat kerja terkutuk, lama-lama dapat dihidu jua. Kalau sudah sepuluh kali terlepas, mungkin kali berikutnya diberkas pihak berkuasa jua...

Saya petik:

[KS] JAKARTA - Seorang wanita berusia 28 tahun yang mengaku pernah menjadi amah di Malaysia dan Singapura ditangkap kerana membawa sebahagian dadah syabu yang disembunyikan di dalam kemaluan dan colinya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia membawa syabu seberat 643 gram dan ditangkap di sebuah hotel di sini selepas pegawai-pegawai pihak berkuasa Lapangan Terbang Sukarno-Hatta mencurigai gelagatnya yang tiba dari Malaysia pada Jumaat lalu.

Selepas disoal siasat, wanita itu mengaku diberi upah sebanyak RM2,500 untuk membawa dadah tersebut ke Indonesia.

Menurutnya, dia ditawar pekerjaan untuk membawa dadah tersebut oleh seorang rakannya yang pernah menjadi amah di Malaysia.

Wanita itu berkata, rakannya itu memberitahu, dia perlu menemui seorang lelaki di Malaysia.

Setibanya di Malaysia, dia diminta kembali ke Jakarta dengan membawa syabu itu

Lelaki itu mengajar wanita tersebut cara untuk menyembunyikan dadah tersebut. - Agensi

(Gambar sekadar hiasan)

Links to this post
SB wanita ini menyelinap masuk ke program Muslimat PAS?
Ahad, Disember 19, 2010 | Author: Tuk Kiyai