Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Sidang Media YB Azmin Ali

Tan Sri Khalid Rupanya Seorang yang Kedekut...

'Tiada perjanjian MB Selangor mesti PKR'

Tiada perjanjian yang mengatakan kerusi menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di negeri itu, tegas Pemuda PAS Negeri.
 
Justeru Timbalannya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR negeri, termasuk Azmin Ali tidak melatah serta "mencermin dan sedar diri" sendiri sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Pemuda PAS negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR adalah ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri kendiri.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN Selangor melebihi PAS dan DAP," katanya merujuk kepada keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu.

Pakatan berjaya menewaskan BN dengan kemenangan PKR sebanyak 14 kerusi serta PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi.

PKR sebelum ini parti dominan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi keadaannya kini berubah, sehingga dispekulasikan rakan Pakatannya dari PAS berminat sama. -malaysiakini

Jasad kaku gadis sunti akibat jenayah seksual

ACHA tidak dapat menahan kesedihan mengenang nasib anak perempuannya.

KLANG – “Mak jangan pergi dulu, biar Cinang pergi dulu.”

Demikian kata-kata terakhir Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, atau nama manjanya Cinang,  kepada ibunya, Acha Kusain, 31.

Menurut Acha, anak ketiga daripada tujuh beradik itu mengungkapkan kata-kata tersebut dua hari lalu.

“Saya tidak menyangka ia membawa maksud Cinang akan pergi buat selama-lamanya.  Ya... Cinang pergi dulu sebelum saya,” katanya sambil mengalirkan air mata ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, semalam.

Cinang ditemui mati dipercayai dirogol sebelum dibunuh di sebuah padang di Jalan Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, kelmarin.

Mayat kanak-kanak itu ditemui seorang wanita yang melalui kawasan padang berkenaan, kira-kira jam 10.30 malam. Mangsa ditemui terbaring berhampiran tempat parkir bas kilang di sini.

Sebelum itu, mangsa keluar rumahnya di Lorong Batu Nilam 1E, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Cinang tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu rumah terkunci dan kakak keduanya yang berada di dalam rumah tidak mempunyai kunci pendua.

Kanak-kanak itu terpaksa berada di luar rumah sementara menunggu kakak sulungnya pulang dari kerja di Kuala Lumpur.

Pada awalnya keluarga berkenaan menyangkakan Cinang keluar bermain namun semuanya meleset selepas gagal dikesan.

Gerakan mencari dilakukan serta merta oleh ahli keluarga dan jiran namun mereka dikejutkan dengan penemuan mayat mangsa.

Menurut Acha, Cinang  anak yang baik, peramah dan sentiasa mendengar kata.

Katanya, dia bersama suami, Mohd Noor Mustafa, 31, sentiasa menitik beratkan soal keselamatan anak-anak. Ini berikutan keluaga tersebut baru dua bulan tinggal di situ selepas berpindah dari Kuantan, Pahang.

“Jika Cinang pergi ke kedai, pasti ada peneman. Pagar rumah pula sentiasa berkunci.
“Ini kerana saya takut kejadian culik berlaku terhadap anak-anak saya. Bagaimanapun, ia tetap berlaku,” katanya.

Sekali lagi ibu kepada kanak-kanak malang itu gagal menahan perasaan sedih. Air mata terus mengalir.

Rakan dan anak sulung pasangan itu mententeramkan Acha yang sentiasa duduk di lantai bilik mayat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan berhubung penemuan mayat mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan pada anggota badan. Bagaimanapun terdapat kesan pendarahan pada kemaluan mangsa,” katanya, semalam.

Mohamad berkata, siasatan polis mempercayai mangsa dibunuh ditempat lain sebelum ditinggalkan di lokasi berkenaan.

“Kita juga menemui penyodok tanah di kawasan berhampiran. Jarak rumah dengan lokasi mayatnya ditemui hanya 200 meter,” katanya.

Beliau berkata, polis menahan dua lelaki berusia 19 dan 24 tahun kira-kira jam 6 pagi, di kawawan berhampiran, semalam, untuk membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk bantu siasatan.

 -sinarharian

P/s: Ramainya manusia berhati binatang....Malaysia oh Malaysia...Rosak semuanya.... 

Ahmad Said Kekal MB Terengganu

Ahmad Said dijangka angkat sumpah dalam tempoh terdekat

KUALA TERENGGANU 9 Mei - Datuk Seri Ahmad Said dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar buat penggal kedua dalam tempoh terdekat ini.

Terdahulu, beliau dilihat keluar dari Istana Badariah, Batu Burok di sini kira-kira pukul 3.03 petang tadi selepas menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin selama hampir 15 minit. - UTUSAN ONLINE

P/s: Dok ghok cetong....

Mohd Rashid Hasnon dilantik TKM 1 baru P Pinang

DUN Pantai Jerejak, Mohd Rashid Hasnon telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM) Pulau Pinang.

Rashid menggantikan bekas TKM I,  Datuk Mansor Othman yang juga pengerusi PKR negeri, yang bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum Ahad ini.

Rashid adalah seorang ahli lama PKR sejak zaman reformasi dan penglibatannya sebelum ini dalam Jemaah Islaah Malaysia akan membantu kerajaan yang diterajui DAP menangkis tentangan dari NGO yang pro-Umno, yang cenderung mengkritik kepimpinan kerana kurang perwakilan Melayu atau Islam.

Beliau telah membuktikan kemampuan untuk mengekalkan
kerusinya di Perai itu dengan majoriti yang lebih tinggi  daripada 2008 (dari 5,176 kepada 7,959). Manakala P Ramasamy dikekalkan sebagai TKM II.

Pada masa ini terdapat 11 jawatan exco negeri yang perlu dikongsi bersama antara tiga parti yang memerintah negeri itu.

PKR telah memenangi satu kerusi tambahan (dari sembilan kepada 10) dalam pilihan raya umum Ahad lalu, dan telah diberikan satu lagi jawatan exco.

PAS tidak berjaya menambah sebarang kerusi kepada satu kerusi yang diwakilinya sekarang.

NONEPKR sebelum ini memegang jawatan exco hal ehwal agama, perdagangan domestik dan hal ehwal pengguna (Abdul Malik Kassim) dan exco pertanian dan industri asas tani, pembangunan luar bandar dan tebatan banjir (Law Choo Kiang).

Abdul Malik (kanan) dikekalkan dalam jawatan tersebut.

ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo menggantikan ADUN Air Itam, Wong Hon Wai sebagai exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa.

Portfolio ini sangat penting kerana isu-isu perumahan telah menarik perhatian dalam tempoh lima tahun yang lalu dan dijangka menjadi cabaran yang lebih besar kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan janji-janji pilihan raya untuk menyediakan rumah kos sederhana dan mampu milik untuk rakyat.

Senarai ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengangkat sumpah di Dewan Sri Penang hari ini ialah:

1. Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan, Maklumat dan Warisan - Ketua Menteri, Lim Guan Eng (Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih) - sedia ada.

2. Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Perhubungan - Timbalan Ketua Menteri 1, Rashid Hasnor (Pantai Jerejak) - baru.

3. Perancang Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi - Timbalan Ketua Menteri 11, P Ramasamy (Perai) - sedia ada.

4. Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik - Chow Kon Yeow (Padang Kota) - sedia ada.

5. Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan - Lim Hock Seng (Bagan Lalang).

6. Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Abdul Malik Kassim (Batu Maung) - sedia ada.

7. Pertanian dan Industri Asas Tani, Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir - Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) - baru.

8. Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Danny Law Heng Kiang (Batu Lanchang).

9. Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar - Phee Boon Poh (Sungai Puyu).

10. Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan - Jagdeep Singh Deo (Datok Keramat).

11. Pembangunan Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Chong Eng (Padang Lalang) - baru.

-malaysiakini

Prestasi buruk BN, Mahathir akan humban Najib macam Pak Lah

KUALA LUMPUR 9 MEI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka berdepan protes daripada ahli Umno seperti pernah dilalui Tun Abdullah Badawi selepas gagal menguasai majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU ke-12.

Tetapi, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Haniza Talha, prestasi Najib kali ini lebih memalukan kerana beliau bukan sahaja gagal mendapat mandat besar, bahkan gagal menawan Selangor semula walaupun pelbagai serangan propaganda bagi merampas negeri itu.

“Najib adalah Pengerusi BN Selangor dan kedudukan ini sepatutnya menguatkan pengaruh BN bagi merampas Selangor tetapi malangnya, BN gagal rampas Selangor malah sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat pula semakin meningkat.

“Alhamdulillah, kemenangan yang kita peroleh menunjukkan rakyat Selangor menolak propaganda dan fitnah Umno BN.

“Jelaslah rakyat tahu menilai kebajikan yang diberikan oleh kita berbanding mempercayai fitnah Umno BN,” kata Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu, sambil menegaskan kemenangan di Selangor tidak menutup hasrat Pakatan Rakyat untuk menentang penipuan dalam PRU lalu.

Mengulas kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap prestasi Najib pula, ujar Haniza, ini membuktikan mantan Perdana Menteri itu mahu kekal berkuasa dengan memperalatkan proksinya.

“Dia yang berkempen konon proksinya adalah pemimpin yang terbaik tetapi apabila proksinya gagal, dia kritik dan gesa digantikan dengan pemimpin baru.

“Pemimpin Umno akhirnya hanya dilihat sebagai alat untuk menjaga kepentingan Mahathir sahaja seperti yang dibuat untuk menaikkan anaknya, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

“Tidak mustahil pula selepas ini, Mahathir akan naikkan Mukhriz pula sebagai Perdana Menteri,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan itu lagi.

Selepas PRU lalu, Mahathir mengakui beliau tidak menjangka prestasi Najib dalam PRU 13 lebih teruk berbanding Abdullah.

Mahathir, yang lantang mengkritik pentadbiran Pak Lah, berkata, beliau menjangka prestasi Najib, sekurang-kurangnya lebih baik daripada Abdullah, yang mengetuai BN menguasai 140 kerusi Parlimen dalam PRU 2004. Malangnya, Najib hanya mampu memenangi 133 kerusi Parlimen – kurang tujuh kerusi berbanding pencapaian Abdullah pada 2008. -keadilandaily

Penipuan Pilihanraya: Anwar Jelajah Seluruh Negara

Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk membuktikan bahawa rakyat masih menyokong pakatan itu.

Sebagai permulaan, ujar Anwar, Sabtu ini beliau akan bersama-sama pimpinan tertinggi PR ke Pulau Pinang untuk menunjukkan pertarungan sengit antara rakyat dengan keraajan yang korup.

"Saya menggalakkan semua warga Pulau Pinang Sabtu ini untuk berpakaian hitam. Kami akan pastikan dan buktikan tidak kurang daripada 30 kerusi Parlimen yang dirampas BN, dalam siri jelajah ini," katanya ketika berucap di Stadium Kelana Jaya, malam tadi.

Ini perhimpunan pertama besar-besaran yang disertai antara 50,000 hingga 100,000 orang sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumumkan Ahad lalu. Penganjuran perhimpunna ini disertai oleh rakyat pelbagai umur, kaum dan agama, di sebalik dakwaan bahawa 'tsunami Cina' menjadi faktor utama mempengaruhi keputusan PRU13.

PR tidak mengiktiraf keputusan yang diumumkan Ahad lalu atas alasan wujud banyak penipuan dan penyelewengan.

Barisan Nasional dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh 133 kerusi manakala baki 89 oleh PR.

Anwar yang juga Ketua Umu PKR mendakwa PR tidak akan berundur dan menyerah kerana pihaknya sebenanya telah memenangi Pilihan Raya Umum Ahad lalu.

Tambah beliau, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengetuai perhimpunan sama di Rusila, Terenggaanu.

Perhimpunan PR bertemakan "Suara Rakyat Suara Keramat" diadakan untuk membantah keputusan PRU13.

Sambil mengulangi keputusan PRU13 lalu sebagai tsunami rakyat Malaysia, Anwar tetap menolak kenyataan Najib sebelum ini yang mengatakan ia adalah tsunami pengundi Cina.

"Apa salah orang Cina berdiri untuk mempertahankan hak mereka? Sehubungan itu, mulai sekarang kita perlu kerja lebih kuat," katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga ketika berucap berkata, "kita akan buat pembersihan," katanya ringkas.

Dalam pada itu, di Rusila, Marang, puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama Pas.

Laporan Harakah Daily menyebut bahawa mereka memenuhi pekarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan Pas dari Dewan Terbuka Tok Guru yang terletak di sebelah masjid itu.

Antara yang menyertai himpunan di perkarangan Masjid Rusila adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas bulan lalu. -sinarharian

Video BLACKOUT 505 Stadium MBPj Kelana Jaya

SPR jadi kambing hitam atau memang tiada integriti?

PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membidas pihak-pihak yang enggan menerima kekalahan pada pilihan raya ke-13 (PRU13), yang sebaliknya menyalahkan pihak lain dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.

Beliau berkata, pihak ini sengaja mencari kesalahan orang lain kerana enggan mengaku kekalahan, dan bagi mereka, pihak paling mudah untuk dijadikan ‘scape goat’ atau kambing hitam ialah SPR, dengan menimbulkan pelbagai persepsi bagi menjejaskan integriti, kredibiliti dan kecekapan badan itu.

Beliau memberi contoh tuduhan mengenai bekalan elektrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial, yang menurutnya selepas disiasat, perkara itu tidak pernah berlaku.

“Mereka nak nampakkan SPR ini tidak ada integriti, tidak ‘credible’, suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap. Saya rasa cerita yang dibawa ini satu penipuan, pembohongan, dusta yang sangat melampau, sangat keji. Kalau orang Islam yang buat ini dia memang tidak takut dosa besar nampaknya. Sebab bila kita semak semua pihak, soal putus bekalan ini tidak pernah berlaku,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
"
Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak yang menyebar gambar kononnya pengiraan undi dibuat dalam gelap semasa berlaku putus bekalan elektrik, kerana menurutnya perkara itu tidak pernah berlaku, dan gambar itu mungkin dibuat menggunakan tipu helah kamera.

Menurutnya persepsi merupakan mainan penting dalam politik, dan pihak kalah biasanya akan berusaha mencipta persepsi bahawa SPR ini satu badan yang tidak berwibawa, tidak berintegriti, sedangkan ia hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.

Beliau memberi contoh kenyataan seorang ahli politik yang secara terangan mendakwa kononnya SPR langsung tidak laksanakan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, sedangkan katanya sebanyak 19 penambahbaikan diperkenalkan pada PRU13 berasaskan cadangan jawatankuasa ini.

Katanya, ia boleh dilihat dengan ketara seperti pengenalan dakwat kekal, tiada tempoh bantahan, calon tidak boleh berundur, undi awal, dan banyak lagi, namun persepsi SPR tidak membuat penambahbaikan tetap cuba dibangkitkan ahli politik itu semata-mata untuk menjejaskan integriti dan kredibilitinya.

Abdul Aziz berkata, dakwat kekal diperkenalkan bagi mengelak pemilih mengundi lebih dari sekali, walaupun dalam sejarah negara ini tidak pernah dibuktikan ada orang mengundi lebih dari sekali, namun SPR tetap terima cadangan penggunaan dakwat itu secara positif.

Bagaimanapun menurutnya ada pihak sebaliknya sengaja cuba menjejaskan integriti SPR, berusaha sedaya upaya dengan pelbagai cara untuk menghilangkan kesan dakwat itu, semata-mata untuk menimbulkan keraguan orang ramai.

Namun menurutnya SPR tetap akan menerima segala teguran, mengkaji segala laporan daripada pelbagai pihak berhubung penggunaan dakwat kekal itu dan akan berusaha menambah baik aspek penggunaan dakwat kekal itu pada pilihan raya akan datang.

Merujuk kepada tohmahan mengenai kewujudan pengundi hantu, Abdul Aziz berkata, beliau merasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang terlalu bertindak mengikut emosi sehingga bukan sahaja menimbulkan kekecohan, malah beliau difahamkan ada juga pemilih yang dihalang dari menunaikan tanggungjawab mengundi, semata-mata kerana rupa parasnya tidak seperti rakyat tempatan.

Beliau berkata, saringan utama paling penting dalam menentukan kesahihan pengundi adalah kad pengenalan, yang kemudiannya akan dibandingkan dengan daftar pemilih, dan hanya SPR dan polis sahaja yang berhak menahan seseorang untuk memeriksa kad pengenalannya.

“Saya diberitahu ada dua bas bawa orang asing nak ke kilang ditahan oleh kumpulan pemantau dari parti yang bertanding dengan kasar sekali, sudah tentu orang tu takut, lintang pukang lari, kerana emosi itulah jadinya,” katanya. - Bernama

P/s: Malu beb malu...Seluruh dunia mengatakan PRU13 adalah 'dirty election"....

Elok ibu negeri Pahang dipindah ke Pekan

KUALA LUMPUR: PAS Pahang mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan Pekan sebagai sebuah bandaraya, kerana bilangan pengundi bagi Pekan jauh lebih besar berbanding ibu negeri Pahang, Kuantan.

“Atau lebih elok kalau ibu negeri Pahang dipindahkan ke Pekan memandangkan kepadatan penduduk di kawasan Pekan meningkat secara mendadak,” tulis Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam facebook.
Menurutnya, Parlimen Pekan mempunyai jumlah pemilih seramai lebih 67,000 sedangkan Kuantan yang menjadi ibu negeri hanya seramai 47,000 sahaja.

“Pertambahan lebih 20,000 pengundi mencerminkan kadar kelahiran mendadak berlaku di Pekan, mungkin kerana kesuburan makanan 1Malaysia yang diperkenalkan PM,” tulis beliau lagi.

Tuanku tolak nama Husam: MB Kelantan

KOTA BHARU – Nama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan tidak mendapat restu daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk berada dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyebabkan beliau terpaksa disingkirkan di saat-saat akhir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Husam sudah dimasukkan di tempat yang paling atas di antara barisan pimpinan terpilih namun ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah diteruskan kelmarin.

Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.

“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut, tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan mengenai penyingkiran nama Husam.

Sementara itu, sebelum itu Mohd Nuri mengadakan sidang media untuk mendesak penjelasan daripada Ahmad kerana berpendapat Husam layak dilantik semula sebagai exco.

Dalam masa sama, Ahmad mengakui Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan selama 14 tahun untuk tempoh tiga penggal pemerintahan Kerajaan Pas Kelantan adalah antara exco yang banyak memberikan sumbangan.

Selain itu, Ahmad berkata, penyingkiran itu tiada kaitan dengan masalah peribadi atau atas hasutan mana-mana kumpulan sebaliknya ia bersandar sepenuhnya kepada keputusan sultan.

“Jadi kita angkatlah nama-nama ganti apabila potong yang dua orang itu, dan saya rasa memang ini sangat berat, seolah-olah mahu jejak pun rasa berat masa nak angkat sumpah.

"Itulah keadaan sebenarnya, tidak ada mana-mana kumpulan nak menidakkan. Saya pun tidak ada kumpulan, tiada. Kita memerintah ini ada termasuk sultan, itu yang termaktub dalam Perlembagaan, mesti mendapat keizinan baginda. Kalau tidak izin, kita tidak boleh angkat sumpah,” katanya. -sinarharian

Khalid kekal MB Selangor

SHAH ALAM – Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskannya, individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemilihan kini tertumpu kepada calon Pas dan calon Melayu-Islam PKR kerana calon DAP tidak tersenarai memandangkan syarat status quo calon menteri besar mesti terdiri daripada calon Melayu-Islam dan mendapat perkenan Sultan.

Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah. -sinarharian

Perkasa pun sokong calon PAS jadi MB Selangor....kah kah kah...

SHAH ALAM – Pas Selangor berhak menuntut jawatan Menteri Besar emandangkan parti itu berjaya memperolehi 15 kerusi Dun pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berbanding lapan kerusi pada PRU12.
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, dengan kelebihan yang ada pada Pas, PKR dan DAP tiada pilihan kecuali memberi laluan kepada parti itu mengepalai Selangor.

Bagaimanapun katanya, kewibawaan Pas akan hilang sekiranya Pas gagal menuntut hak tersebut memandangkan sepanjang penggal lalu Pas banyak bertolak ansur dan hanya menurut segala keputusan yang dibuat.

“Itu sewajarnya kerana rakyat sokong dan undi Pas, sebab hendak melihat Pas memerintah Selangor. PKR dan DAP perlu bagi laluan kepada Pas.

“Kalau betul-betul memartabatkan Islam, Pas kena sedar diri, tunjukkan kehebatan dan kemampuan mereka mentadbir Selangor berlandaskan Islam dan mendukung Islam seperti pegangan parti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Abu Bakar berkata, selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang mengangkat Islam dan Melayu, Perkasa menyokong sekiranya calon Pas dipilih menjadi Menteri Besar.

Beliau berkata, Pas Selangor perlu mengambil peluang tersebut kerana ALLAH sudah menunjukkan kemenangan berpihak kepada Pas iaitu daripada lapan kerusi pada PRU12 kepada 15 kerusi pada pilihan raya kali ini.

“Dulu Pas hanya ada lapan kerusi, tidak boleh buat apa-apa dan tidak boleh cakap apa-apa tetapi sekarang kerusi Pas banyak.

“Tetapi kalau Pas tunduk lagi pada PKR dan DAP, orang Melayu Islam dalam mungkin akan lari dan kecewa dengan parti itu,” katanya. -sinarharian

P/S: Betul ke Perkasa ni mengangkat martabat Islam dan Melayu? Tengok pada perangai macam samseng...

Video: Husam Musa terguris kerana tidak dimaklumkan...Kopiah putih pun ada dendam dan 'Gila" jawatan?

P/s: Puak-puak berkopiah putih pun jenis 'gila' kuasa juga ke?....Sepatutnya Dato' Husam dimaklumkan mengenai apa-apa keputusan. Bukankah dia pun calon yang menang? Puak-puak berkopiah putih pun nak tunjuk hebat jugak ke? Betulkan niat tu...PAS Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian dalam hal ini. Apa-apapun saya sokong Tok Guru...

"Konspirasi" Jatuhkan Husam Musa: Ini Komen Tuan Punya Badan...

Sidang Media Dato Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar Kelantan Yang Baru

Mereka Suruh Pakatan Rakyat Ikut Undang-undang Tetapi Mereka?

KUALA LUMPUR - Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, petisyen itu boleh dibuat dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.

Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.

Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.

"Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad," katanya ketika diwawancara dalam rancangan 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV, malam tadi.
 
Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang melibatkan 40 petisyen.

Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.

Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

"Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang.

Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU," katanya. - Bernama

Video: Penipuan di Parlimen Jerai. Bangla diangkut menggunakan bas sekolah....

Untuk melihat video, klik di sini.

Video karung kertas undi 'dilarikan'?

Mudahnya karung ini dibawa keluar...Saksikan

Atau di sini

Video helikopter bawa 2 kotak undi dijatuhkan untuk tujuan apa?

Di saat kaum melayu terpinga2 bagaimana nak halang penipuan SPR,kaum cina dan india kehadapan dan menghalang penipuan dari berlaku. Sebab tu kerusi DAP banyak selamat..

Jam : 3:50pm
Lokasi : Sungai siput (u), . Sungai BulohPerak
Tempat : Padang bola sepak.

Sebuah helikopter dengan logo MCA dilihat menrunkan 2 pakej kertas undi SPR dipercayai mengandungi kertas yang telah di undi undi di dalamnya.

Ini penipaun!! jelas SPR adalah badan yang amat meragukan ketelusannya... jika macam ni lah kerja SPR.. sampai kiamat dan habis negara tergadai baru lah BN kalah atas jalanraya...sebab dengan cara undi dah tak boleh harap dah!
Untuk melihat video, klik di sini

Sumber: kingofgoblok

Lagu Banglasia...

Nurul Izzah dan Lim Kit Siang Masih Mendahului

Proses penjumlahan undi bermula seawal jam 6 petang di pusat 8,245 pusat pengundian di seluruh negara dengan diperhatikan oleh ejen calon parti masing-masing.

LAPORAN LANGSUNG
8.20pm: Di Lembah Pantai, penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) kemnbali mendahului calon BN Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dalam kiraan undi.

PKR - 11941
BN - 10,623
Bebas - 74

Jumlah pengundi: 72,533
8.18pm: Raja Nong Chik (BN) kembali mendahului di hadapan penyandang Nurul Izzah (PKR) di kawasan parlimen Lembah Pantai.
PKR – 8722
BN – 9090
Jumlah pengundi: 72,533 

8.13pm: Lim Kit Siang (DAP) terus mendahului Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.
 
DAP - 7,619
BN - 6,336

Jumlah pengundi: 106,864
8.06pm: Di Labis, Johor, calon DAP Ramakrishnan Suppiah mendahului penyandang dari BN, Chua Tee Yong (BN).

DAP - 3,561
BN - 2,225

Jumlah pengundi: 37,787
8.05pm: Di Lembah Pantai, penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) mendahului buat kali pertama mengatasi Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dalam kiraan undi.

PKR - 7,746
BN - 7,128
Bebas - 54

Jumlah pengundi: 72,533
7.59pm: Di Air Putih, penyandang Lim Guan Eng (DAP) mendahului jauh di hadapan Tan Ken Keong (BN) untuk kerusi DUN tersebut.

DAP - 3,180
BN - 655
 
Jumlah pengundi: 13,848
7.56pm: Rafizi Ramli (PKR) mendahului di Pandan dengan diekori rapat Lim Chin Yee (BN).

PKR – 9, 845
BN – 4,117 
Jumlah pengundi: 83,936

7.46pm: 
Pakatan Rakyat mendahului di dua kerusi parlimen yang disasarkan di Johor:
Di Segamat, Chua Jui Meng (PKR) mendahului penyandang Datuk Ser Dr S Subramaniam (BN). 

PKR - 5,855 
BN – 4,227

Jumlah pengundi: 47,115

Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) mendahului penyandang Hou Kok Chung (BN).
 
DAP - 5,369 
BN - 3,390

Jumlah pengundi: 86,914
7.47pm: TAK RASMI: Tengku Adnan menang di Putrajaya
7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului di dua kerusi Parlimen yang disasarnya Johor;

Di Segamat, Datuk Chua Jui Meng (PKR) mendahului penyandang MP S Subramaniam (BN).

PKR - 5,855
BN - 4,227

Jumlah pengundi: 47,115

Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) mendahului penyandang MP Hou Kok Chung (BN).
 
DAP - 5,369
BN - 3,390

Jumlah pengundi: 86,914
7.40pm: Calon PKR Ahmad Faidi Saidi mendahului dalam kiraan undi awal di Pasir Gudang, menentang Normala Abdul Samad (BN).

PKR - 5,131
BN - 3731

Seramai 15,798 pengundi didaftarkan di kawasan parlimen yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.
       
7:31pm: TAK RASMI Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) menewaskan Datuk Husam Musa (PAS) di Putrajaya.

BN - 9804 
PAS - 4366
Seramai 101,121 didaftarkan sebagai pengundi di kawasan ini.

7:31pm: Di Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN), mendahului dengan selesa di hadapan Nurul Izzah Anwar (PKR). Calon Bebas Rusli Baba di tempat tercorot.
 
BN - 2,410
PKR - 986
Bebas - 5

7.29pm: 
Lim Kit Siang (DAP) terus mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 4,719
BN - 4,642 

7.24pm: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan “Pakatan Rakyat telah menang”.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan maksud sebenar tulisannya itu, yang dimuatkan di Facebook dan Twitter malam ini.
Kami menggesa Umno dan SPR agar tidak merampas keputusan ini," katanya dalam tulisan tersebut.

Keputusan pilihan raya kini sedang diperolehi sedikit demi sedikit dari pusat penjumlahan.

7.24pm: 
Lim Kit Siang (DAP) mendahului di Gelang Patah. Datuk Abdul Ghani Othman (BN) kini dipintas dengan lebih 100 undi.

DAP - 3,567
BN - 3,422
 
7.22pm: 
Su Keong Siong (DAP) mendahului Kathleen Wong Mei Yin (BN) di Ipoh Timor, Perak.

BN - 6,379
DAP  - 25,305
 
7.16pm:
 Timbalan Menteri Pulau Pinang P Ramasamy (DAP) sedang mendahului kiraan undi bagi kerusi DUN Perai. 
DAP - 2,055
BN - 545
Bebas - 5
-malaysiakini

Husam: Najib dan Muhyiddin Memporak perandakan sistem demokrasi dalam sejarah Malaysia

Sidang Media YB Azmin Ali
Jumaat, Mei 10, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Tan Sri Khalid Rupanya Seorang yang Kedekut...
Jumaat, Mei 10, 2013 | Author: Tuk Kiyai

'Tiada perjanjian MB Selangor mesti PKR'
Jumaat, Mei 10, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Tiada perjanjian yang mengatakan kerusi menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di negeri itu, tegas Pemuda PAS Negeri.
 
Justeru Timbalannya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR negeri, termasuk Azmin Ali tidak melatah serta "mencermin dan sedar diri" sendiri sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Pemuda PAS negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR adalah ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri kendiri.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN Selangor melebihi PAS dan DAP," katanya merujuk kepada keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu.

Pakatan berjaya menewaskan BN dengan kemenangan PKR sebanyak 14 kerusi serta PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi.

PKR sebelum ini parti dominan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi keadaannya kini berubah, sehingga dispekulasikan rakan Pakatannya dari PAS berminat sama. -malaysiakini
Jasad kaku gadis sunti akibat jenayah seksual
Jumaat, Mei 10, 2013 | Author: Tuk Kiyai

ACHA tidak dapat menahan kesedihan mengenang nasib anak perempuannya.

KLANG – “Mak jangan pergi dulu, biar Cinang pergi dulu.”

Demikian kata-kata terakhir Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, atau nama manjanya Cinang,  kepada ibunya, Acha Kusain, 31.

Menurut Acha, anak ketiga daripada tujuh beradik itu mengungkapkan kata-kata tersebut dua hari lalu.

“Saya tidak menyangka ia membawa maksud Cinang akan pergi buat selama-lamanya.  Ya... Cinang pergi dulu sebelum saya,” katanya sambil mengalirkan air mata ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, semalam.

Cinang ditemui mati dipercayai dirogol sebelum dibunuh di sebuah padang di Jalan Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, kelmarin.

Mayat kanak-kanak itu ditemui seorang wanita yang melalui kawasan padang berkenaan, kira-kira jam 10.30 malam. Mangsa ditemui terbaring berhampiran tempat parkir bas kilang di sini.

Sebelum itu, mangsa keluar rumahnya di Lorong Batu Nilam 1E, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Cinang tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu rumah terkunci dan kakak keduanya yang berada di dalam rumah tidak mempunyai kunci pendua.

Kanak-kanak itu terpaksa berada di luar rumah sementara menunggu kakak sulungnya pulang dari kerja di Kuala Lumpur.

Pada awalnya keluarga berkenaan menyangkakan Cinang keluar bermain namun semuanya meleset selepas gagal dikesan.

Gerakan mencari dilakukan serta merta oleh ahli keluarga dan jiran namun mereka dikejutkan dengan penemuan mayat mangsa.

Menurut Acha, Cinang  anak yang baik, peramah dan sentiasa mendengar kata.

Katanya, dia bersama suami, Mohd Noor Mustafa, 31, sentiasa menitik beratkan soal keselamatan anak-anak. Ini berikutan keluaga tersebut baru dua bulan tinggal di situ selepas berpindah dari Kuantan, Pahang.

“Jika Cinang pergi ke kedai, pasti ada peneman. Pagar rumah pula sentiasa berkunci.
“Ini kerana saya takut kejadian culik berlaku terhadap anak-anak saya. Bagaimanapun, ia tetap berlaku,” katanya.

Sekali lagi ibu kepada kanak-kanak malang itu gagal menahan perasaan sedih. Air mata terus mengalir.

Rakan dan anak sulung pasangan itu mententeramkan Acha yang sentiasa duduk di lantai bilik mayat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan berhubung penemuan mayat mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan pada anggota badan. Bagaimanapun terdapat kesan pendarahan pada kemaluan mangsa,” katanya, semalam.

Mohamad berkata, siasatan polis mempercayai mangsa dibunuh ditempat lain sebelum ditinggalkan di lokasi berkenaan.

“Kita juga menemui penyodok tanah di kawasan berhampiran. Jarak rumah dengan lokasi mayatnya ditemui hanya 200 meter,” katanya.

Beliau berkata, polis menahan dua lelaki berusia 19 dan 24 tahun kira-kira jam 6 pagi, di kawawan berhampiran, semalam, untuk membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk bantu siasatan.

 -sinarharian

P/s: Ramainya manusia berhati binatang....Malaysia oh Malaysia...Rosak semuanya.... 
Ahmad Said Kekal MB Terengganu
Khamis, Mei 09, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Ahmad Said dijangka angkat sumpah dalam tempoh terdekat

KUALA TERENGGANU 9 Mei - Datuk Seri Ahmad Said dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar buat penggal kedua dalam tempoh terdekat ini.

Terdahulu, beliau dilihat keluar dari Istana Badariah, Batu Burok di sini kira-kira pukul 3.03 petang tadi selepas menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin selama hampir 15 minit. - UTUSAN ONLINE

P/s: Dok ghok cetong....
Mohd Rashid Hasnon dilantik TKM 1 baru P Pinang
Khamis, Mei 09, 2013 | Author: Tuk Kiyai

DUN Pantai Jerejak, Mohd Rashid Hasnon telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM) Pulau Pinang.

Rashid menggantikan bekas TKM I,  Datuk Mansor Othman yang juga pengerusi PKR negeri, yang bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum Ahad ini.

Rashid adalah seorang ahli lama PKR sejak zaman reformasi dan penglibatannya sebelum ini dalam Jemaah Islaah Malaysia akan membantu kerajaan yang diterajui DAP menangkis tentangan dari NGO yang pro-Umno, yang cenderung mengkritik kepimpinan kerana kurang perwakilan Melayu atau Islam.

Beliau telah membuktikan kemampuan untuk mengekalkan
kerusinya di Perai itu dengan majoriti yang lebih tinggi  daripada 2008 (dari 5,176 kepada 7,959). Manakala P Ramasamy dikekalkan sebagai TKM II.

Pada masa ini terdapat 11 jawatan exco negeri yang perlu dikongsi bersama antara tiga parti yang memerintah negeri itu.

PKR telah memenangi satu kerusi tambahan (dari sembilan kepada 10) dalam pilihan raya umum Ahad lalu, dan telah diberikan satu lagi jawatan exco.

PAS tidak berjaya menambah sebarang kerusi kepada satu kerusi yang diwakilinya sekarang.

NONEPKR sebelum ini memegang jawatan exco hal ehwal agama, perdagangan domestik dan hal ehwal pengguna (Abdul Malik Kassim) dan exco pertanian dan industri asas tani, pembangunan luar bandar dan tebatan banjir (Law Choo Kiang).

Abdul Malik (kanan) dikekalkan dalam jawatan tersebut.

ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo menggantikan ADUN Air Itam, Wong Hon Wai sebagai exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa.

Portfolio ini sangat penting kerana isu-isu perumahan telah menarik perhatian dalam tempoh lima tahun yang lalu dan dijangka menjadi cabaran yang lebih besar kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan janji-janji pilihan raya untuk menyediakan rumah kos sederhana dan mampu milik untuk rakyat.

Senarai ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengangkat sumpah di Dewan Sri Penang hari ini ialah:

1. Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan, Maklumat dan Warisan - Ketua Menteri, Lim Guan Eng (Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih) - sedia ada.

2. Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Perhubungan - Timbalan Ketua Menteri 1, Rashid Hasnor (Pantai Jerejak) - baru.

3. Perancang Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi - Timbalan Ketua Menteri 11, P Ramasamy (Perai) - sedia ada.

4. Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik - Chow Kon Yeow (Padang Kota) - sedia ada.

5. Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan - Lim Hock Seng (Bagan Lalang).

6. Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Abdul Malik Kassim (Batu Maung) - sedia ada.

7. Pertanian dan Industri Asas Tani, Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir - Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) - baru.

8. Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Danny Law Heng Kiang (Batu Lanchang).

9. Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar - Phee Boon Poh (Sungai Puyu).

10. Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan - Jagdeep Singh Deo (Datok Keramat).

11. Pembangunan Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Chong Eng (Padang Lalang) - baru.

-malaysiakini
Prestasi buruk BN, Mahathir akan humban Najib macam Pak Lah
Khamis, Mei 09, 2013 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR 9 MEI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka berdepan protes daripada ahli Umno seperti pernah dilalui Tun Abdullah Badawi selepas gagal menguasai majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU ke-12.

Tetapi, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Haniza Talha, prestasi Najib kali ini lebih memalukan kerana beliau bukan sahaja gagal mendapat mandat besar, bahkan gagal menawan Selangor semula walaupun pelbagai serangan propaganda bagi merampas negeri itu.

“Najib adalah Pengerusi BN Selangor dan kedudukan ini sepatutnya menguatkan pengaruh BN bagi merampas Selangor tetapi malangnya, BN gagal rampas Selangor malah sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat pula semakin meningkat.

“Alhamdulillah, kemenangan yang kita peroleh menunjukkan rakyat Selangor menolak propaganda dan fitnah Umno BN.

“Jelaslah rakyat tahu menilai kebajikan yang diberikan oleh kita berbanding mempercayai fitnah Umno BN,” kata Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu, sambil menegaskan kemenangan di Selangor tidak menutup hasrat Pakatan Rakyat untuk menentang penipuan dalam PRU lalu.

Mengulas kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap prestasi Najib pula, ujar Haniza, ini membuktikan mantan Perdana Menteri itu mahu kekal berkuasa dengan memperalatkan proksinya.

“Dia yang berkempen konon proksinya adalah pemimpin yang terbaik tetapi apabila proksinya gagal, dia kritik dan gesa digantikan dengan pemimpin baru.

“Pemimpin Umno akhirnya hanya dilihat sebagai alat untuk menjaga kepentingan Mahathir sahaja seperti yang dibuat untuk menaikkan anaknya, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

“Tidak mustahil pula selepas ini, Mahathir akan naikkan Mukhriz pula sebagai Perdana Menteri,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan itu lagi.

Selepas PRU lalu, Mahathir mengakui beliau tidak menjangka prestasi Najib dalam PRU 13 lebih teruk berbanding Abdullah.

Mahathir, yang lantang mengkritik pentadbiran Pak Lah, berkata, beliau menjangka prestasi Najib, sekurang-kurangnya lebih baik daripada Abdullah, yang mengetuai BN menguasai 140 kerusi Parlimen dalam PRU 2004. Malangnya, Najib hanya mampu memenangi 133 kerusi Parlimen – kurang tujuh kerusi berbanding pencapaian Abdullah pada 2008. -keadilandaily
Penipuan Pilihanraya: Anwar Jelajah Seluruh Negara
Khamis, Mei 09, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk membuktikan bahawa rakyat masih menyokong pakatan itu.

Sebagai permulaan, ujar Anwar, Sabtu ini beliau akan bersama-sama pimpinan tertinggi PR ke Pulau Pinang untuk menunjukkan pertarungan sengit antara rakyat dengan keraajan yang korup.

"Saya menggalakkan semua warga Pulau Pinang Sabtu ini untuk berpakaian hitam. Kami akan pastikan dan buktikan tidak kurang daripada 30 kerusi Parlimen yang dirampas BN, dalam siri jelajah ini," katanya ketika berucap di Stadium Kelana Jaya, malam tadi.

Ini perhimpunan pertama besar-besaran yang disertai antara 50,000 hingga 100,000 orang sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumumkan Ahad lalu. Penganjuran perhimpunna ini disertai oleh rakyat pelbagai umur, kaum dan agama, di sebalik dakwaan bahawa 'tsunami Cina' menjadi faktor utama mempengaruhi keputusan PRU13.

PR tidak mengiktiraf keputusan yang diumumkan Ahad lalu atas alasan wujud banyak penipuan dan penyelewengan.

Barisan Nasional dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh 133 kerusi manakala baki 89 oleh PR.

Anwar yang juga Ketua Umu PKR mendakwa PR tidak akan berundur dan menyerah kerana pihaknya sebenanya telah memenangi Pilihan Raya Umum Ahad lalu.

Tambah beliau, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengetuai perhimpunan sama di Rusila, Terenggaanu.

Perhimpunan PR bertemakan "Suara Rakyat Suara Keramat" diadakan untuk membantah keputusan PRU13.

Sambil mengulangi keputusan PRU13 lalu sebagai tsunami rakyat Malaysia, Anwar tetap menolak kenyataan Najib sebelum ini yang mengatakan ia adalah tsunami pengundi Cina.

"Apa salah orang Cina berdiri untuk mempertahankan hak mereka? Sehubungan itu, mulai sekarang kita perlu kerja lebih kuat," katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga ketika berucap berkata, "kita akan buat pembersihan," katanya ringkas.

Dalam pada itu, di Rusila, Marang, puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama Pas.

Laporan Harakah Daily menyebut bahawa mereka memenuhi pekarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan Pas dari Dewan Terbuka Tok Guru yang terletak di sebelah masjid itu.

Antara yang menyertai himpunan di perkarangan Masjid Rusila adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas bulan lalu. -sinarharian
Video BLACKOUT 505 Stadium MBPj Kelana Jaya
Khamis, Mei 09, 2013 | Author: Tuk Kiyai

SPR jadi kambing hitam atau memang tiada integriti?
Khamis, Mei 09, 2013 | Author: Tuk Kiyai

PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membidas pihak-pihak yang enggan menerima kekalahan pada pilihan raya ke-13 (PRU13), yang sebaliknya menyalahkan pihak lain dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.

Beliau berkata, pihak ini sengaja mencari kesalahan orang lain kerana enggan mengaku kekalahan, dan bagi mereka, pihak paling mudah untuk dijadikan ‘scape goat’ atau kambing hitam ialah SPR, dengan menimbulkan pelbagai persepsi bagi menjejaskan integriti, kredibiliti dan kecekapan badan itu.

Beliau memberi contoh tuduhan mengenai bekalan elektrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial, yang menurutnya selepas disiasat, perkara itu tidak pernah berlaku.

“Mereka nak nampakkan SPR ini tidak ada integriti, tidak ‘credible’, suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap. Saya rasa cerita yang dibawa ini satu penipuan, pembohongan, dusta yang sangat melampau, sangat keji. Kalau orang Islam yang buat ini dia memang tidak takut dosa besar nampaknya. Sebab bila kita semak semua pihak, soal putus bekalan ini tidak pernah berlaku,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
"
Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak yang menyebar gambar kononnya pengiraan undi dibuat dalam gelap semasa berlaku putus bekalan elektrik, kerana menurutnya perkara itu tidak pernah berlaku, dan gambar itu mungkin dibuat menggunakan tipu helah kamera.

Menurutnya persepsi merupakan mainan penting dalam politik, dan pihak kalah biasanya akan berusaha mencipta persepsi bahawa SPR ini satu badan yang tidak berwibawa, tidak berintegriti, sedangkan ia hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.

Beliau memberi contoh kenyataan seorang ahli politik yang secara terangan mendakwa kononnya SPR langsung tidak laksanakan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, sedangkan katanya sebanyak 19 penambahbaikan diperkenalkan pada PRU13 berasaskan cadangan jawatankuasa ini.

Katanya, ia boleh dilihat dengan ketara seperti pengenalan dakwat kekal, tiada tempoh bantahan, calon tidak boleh berundur, undi awal, dan banyak lagi, namun persepsi SPR tidak membuat penambahbaikan tetap cuba dibangkitkan ahli politik itu semata-mata untuk menjejaskan integriti dan kredibilitinya.

Abdul Aziz berkata, dakwat kekal diperkenalkan bagi mengelak pemilih mengundi lebih dari sekali, walaupun dalam sejarah negara ini tidak pernah dibuktikan ada orang mengundi lebih dari sekali, namun SPR tetap terima cadangan penggunaan dakwat itu secara positif.

Bagaimanapun menurutnya ada pihak sebaliknya sengaja cuba menjejaskan integriti SPR, berusaha sedaya upaya dengan pelbagai cara untuk menghilangkan kesan dakwat itu, semata-mata untuk menimbulkan keraguan orang ramai.

Namun menurutnya SPR tetap akan menerima segala teguran, mengkaji segala laporan daripada pelbagai pihak berhubung penggunaan dakwat kekal itu dan akan berusaha menambah baik aspek penggunaan dakwat kekal itu pada pilihan raya akan datang.

Merujuk kepada tohmahan mengenai kewujudan pengundi hantu, Abdul Aziz berkata, beliau merasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang terlalu bertindak mengikut emosi sehingga bukan sahaja menimbulkan kekecohan, malah beliau difahamkan ada juga pemilih yang dihalang dari menunaikan tanggungjawab mengundi, semata-mata kerana rupa parasnya tidak seperti rakyat tempatan.

Beliau berkata, saringan utama paling penting dalam menentukan kesahihan pengundi adalah kad pengenalan, yang kemudiannya akan dibandingkan dengan daftar pemilih, dan hanya SPR dan polis sahaja yang berhak menahan seseorang untuk memeriksa kad pengenalannya.

“Saya diberitahu ada dua bas bawa orang asing nak ke kilang ditahan oleh kumpulan pemantau dari parti yang bertanding dengan kasar sekali, sudah tentu orang tu takut, lintang pukang lari, kerana emosi itulah jadinya,” katanya. - Bernama

P/s: Malu beb malu...Seluruh dunia mengatakan PRU13 adalah 'dirty election"....

Elok ibu negeri Pahang dipindah ke Pekan
Rabu, Mei 08, 2013 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR: PAS Pahang mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan Pekan sebagai sebuah bandaraya, kerana bilangan pengundi bagi Pekan jauh lebih besar berbanding ibu negeri Pahang, Kuantan.

“Atau lebih elok kalau ibu negeri Pahang dipindahkan ke Pekan memandangkan kepadatan penduduk di kawasan Pekan meningkat secara mendadak,” tulis Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam facebook.
Menurutnya, Parlimen Pekan mempunyai jumlah pemilih seramai lebih 67,000 sedangkan Kuantan yang menjadi ibu negeri hanya seramai 47,000 sahaja.

“Pertambahan lebih 20,000 pengundi mencerminkan kadar kelahiran mendadak berlaku di Pekan, mungkin kerana kesuburan makanan 1Malaysia yang diperkenalkan PM,” tulis beliau lagi.
Tuanku tolak nama Husam: MB Kelantan
Rabu, Mei 08, 2013 | Author: Tuk Kiyai

KOTA BHARU – Nama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan tidak mendapat restu daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk berada dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyebabkan beliau terpaksa disingkirkan di saat-saat akhir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Husam sudah dimasukkan di tempat yang paling atas di antara barisan pimpinan terpilih namun ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah diteruskan kelmarin.

Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.

“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut, tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan mengenai penyingkiran nama Husam.

Sementara itu, sebelum itu Mohd Nuri mengadakan sidang media untuk mendesak penjelasan daripada Ahmad kerana berpendapat Husam layak dilantik semula sebagai exco.

Dalam masa sama, Ahmad mengakui Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan selama 14 tahun untuk tempoh tiga penggal pemerintahan Kerajaan Pas Kelantan adalah antara exco yang banyak memberikan sumbangan.

Selain itu, Ahmad berkata, penyingkiran itu tiada kaitan dengan masalah peribadi atau atas hasutan mana-mana kumpulan sebaliknya ia bersandar sepenuhnya kepada keputusan sultan.

“Jadi kita angkatlah nama-nama ganti apabila potong yang dua orang itu, dan saya rasa memang ini sangat berat, seolah-olah mahu jejak pun rasa berat masa nak angkat sumpah.

"Itulah keadaan sebenarnya, tidak ada mana-mana kumpulan nak menidakkan. Saya pun tidak ada kumpulan, tiada. Kita memerintah ini ada termasuk sultan, itu yang termaktub dalam Perlembagaan, mesti mendapat keizinan baginda. Kalau tidak izin, kita tidak boleh angkat sumpah,” katanya. -sinarharian

Khalid kekal MB Selangor
Rabu, Mei 08, 2013 | Author: Tuk Kiyai

SHAH ALAM – Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskannya, individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemilihan kini tertumpu kepada calon Pas dan calon Melayu-Islam PKR kerana calon DAP tidak tersenarai memandangkan syarat status quo calon menteri besar mesti terdiri daripada calon Melayu-Islam dan mendapat perkenan Sultan.

Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah. -sinarharian

SHAH ALAM – Pas Selangor berhak menuntut jawatan Menteri Besar emandangkan parti itu berjaya memperolehi 15 kerusi Dun pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berbanding lapan kerusi pada PRU12.
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, dengan kelebihan yang ada pada Pas, PKR dan DAP tiada pilihan kecuali memberi laluan kepada parti itu mengepalai Selangor.

Bagaimanapun katanya, kewibawaan Pas akan hilang sekiranya Pas gagal menuntut hak tersebut memandangkan sepanjang penggal lalu Pas banyak bertolak ansur dan hanya menurut segala keputusan yang dibuat.

“Itu sewajarnya kerana rakyat sokong dan undi Pas, sebab hendak melihat Pas memerintah Selangor. PKR dan DAP perlu bagi laluan kepada Pas.

“Kalau betul-betul memartabatkan Islam, Pas kena sedar diri, tunjukkan kehebatan dan kemampuan mereka mentadbir Selangor berlandaskan Islam dan mendukung Islam seperti pegangan parti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Abu Bakar berkata, selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang mengangkat Islam dan Melayu, Perkasa menyokong sekiranya calon Pas dipilih menjadi Menteri Besar.

Beliau berkata, Pas Selangor perlu mengambil peluang tersebut kerana ALLAH sudah menunjukkan kemenangan berpihak kepada Pas iaitu daripada lapan kerusi pada PRU12 kepada 15 kerusi pada pilihan raya kali ini.

“Dulu Pas hanya ada lapan kerusi, tidak boleh buat apa-apa dan tidak boleh cakap apa-apa tetapi sekarang kerusi Pas banyak.

“Tetapi kalau Pas tunduk lagi pada PKR dan DAP, orang Melayu Islam dalam mungkin akan lari dan kecewa dengan parti itu,” katanya. -sinarharian

P/S: Betul ke Perkasa ni mengangkat martabat Islam dan Melayu? Tengok pada perangai macam samseng...
 
P/s: Puak-puak berkopiah putih pun jenis 'gila' kuasa juga ke?....Sepatutnya Dato' Husam dimaklumkan mengenai apa-apa keputusan. Bukankah dia pun calon yang menang? Puak-puak berkopiah putih pun nak tunjuk hebat jugak ke? Betulkan niat tu...PAS Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian dalam hal ini. Apa-apapun saya sokong Tok Guru...

Mereka Suruh Pakatan Rakyat Ikut Undang-undang Tetapi Mereka?
Selasa, Mei 07, 2013 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR - Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, petisyen itu boleh dibuat dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.

Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.

Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.

"Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad," katanya ketika diwawancara dalam rancangan 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV, malam tadi.
 
Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang melibatkan 40 petisyen.

Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.

Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

"Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang.

Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU," katanya. - Bernama

Untuk melihat video, klik di sini.

Video karung kertas undi 'dilarikan'?
Selasa, Mei 07, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Mudahnya karung ini dibawa keluar...Saksikan

Atau di sini

Di saat kaum melayu terpinga2 bagaimana nak halang penipuan SPR,kaum cina dan india kehadapan dan menghalang penipuan dari berlaku. Sebab tu kerusi DAP banyak selamat..

Jam : 3:50pm
Lokasi : Sungai siput (u), . Sungai BulohPerak
Tempat : Padang bola sepak.

Sebuah helikopter dengan logo MCA dilihat menrunkan 2 pakej kertas undi SPR dipercayai mengandungi kertas yang telah di undi undi di dalamnya.

Ini penipaun!! jelas SPR adalah badan yang amat meragukan ketelusannya... jika macam ni lah kerja SPR.. sampai kiamat dan habis negara tergadai baru lah BN kalah atas jalanraya...sebab dengan cara undi dah tak boleh harap dah!
Untuk melihat video, klik di sini

Sumber: kingofgoblok
Lagu Banglasia...
Selasa, Mei 07, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Nurul Izzah dan Lim Kit Siang Masih Mendahului
Ahad, Mei 05, 2013 | Author: Tuk Kiyai