Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Bapa mohon bantuan rawat anak khunsa

Label:

KUALA TERENGGANU - Tatkala umat Islam lain bergembira menyambut Ramadan dengan pelbagai juadah berbuka puasa, seorang bapa di Kampung Tuan Chik Haji di sini, hanya mampu termenung mengenang nasib anaknya yang menghidap penyakit ketumbuhan buah pinggang.

Bagi Marzuki Rani, 50, seorang nelayan dengan pendapatan tidak menentu saban bulan, Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak membawa sebarang pengertian apabila seorang daripada 12 anaknya disahkan menghidap penyakit berkenaan, selain memiliki dua kemaluan, atau lebih tepat khunsa.

Anaknya, Muhammad Aidiel Ashraf Mustaqin Marzuki, 5, perlu diberi rawatan rapi walau apapun halangan yang terpaksa dihadapi, termasuk kekangan kewangan.

Marzuki berkata, penyakit anak kesebelasnya itu mula dikesan apabila darah keluar ketika Muhammad Aidiel membuang air kecil sekitar Oktober tahun lepas.

“Isteri saya, Rokiah Nasir, 41, mendapati kencing anak kami berdarah, lalu membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pembedahan,” katanya ketika ditemui semalam.

Marzuki berkata, mulai saat itu, dia sering kesuntukan duit kerana terpaksa berulang alik merawat anaknya di HSNZ dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Sepanjang tempoh pembedahan dan menjalani rawatan susulan anak di HKL pada 20 November lepas, saya terpaksa mencari duit sehingga RM12,000 untuk makan minum dan tambang,” katanya.

Bedah enam minggu lagi

Menurutnya, Muhammad Aidiel kini mendapat rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dua kali seminggu, iaitu pada Ahad dan Khamis, untuk memasukkan ubat kemoterapi bagi menghilang rasa sakit dan tidak bermaya anaknya itu.

“Setiap kali isteri saya pergi di HUSM Kubang Kerian, dia memerlukan sekurang-kurangnya RM300 dan RM500 untuk kemoterapi dan perbelanjaan makan minum serta tambang perjalanan.

“Saya cuma nelayan, mana nak dapatkan duit sebanyak itu setiap kali pergi mendapatkan rawatan di sana,” katanya.

Marzuki juga berkata, memandangkan Muhammad Aidiel khunsa, seorang doktor mengesyorkan anaknya itu menjalani pembedahan membuang kemaluan perempuan dan ia dijangka dilakukan dalam tempoh enam minggu lagi.

Bagaimanapun, dia tidak tahu di mana pembedahan itu akan dilakukan kerana belum dimaklumkan doktor.

Selain itu, Muhammad Aidiel berdepan masalah mata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyakit ketumbuhan buah pinggang yang dihidapnya.

Marzuki berkata, dia menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan.

“Walaupun dapat bantuan daripada JKM, ia masih belum cukup untuk saya merawat anak. Saya cuba juga minta bantuan daripada sumber lain, namun sehingga kini masih hampa,” katanya sayu.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Marzuki menerusi talian 019-9812337. BERNAMA 
-SH

Sindiket edar IC: Inilah petualang negara!!

Label:

PAS S'gor dakwa tangkap sindiket edar IC

PAS Selangor mendakwa pernah tersua dengan satu kumpulan sindiket yang didakwa mengedar kad pengenalan kepada warga asing dalam satu kejadian beberapa bulan lalu.

Setiausahanya Khairuddin Othman berkata, pihaknya menyerbu dua rumah berasingan di Paya Jaras, Subang dalam satu operasi yang dijalankan bagi menangkap sindiket berkenaan.

Khairuddin mendakwa, "tuan rumah" berkenaan sedang mengedarkan kad pengenalan kepada sekumpulan yang dipercayai warga Indonesia dan Kemboja ketika serbuan dijalankan sekumpulan ahli PAS Selangor.

"Tuan rumah" itu kemudiannya didakwa berjaya melarikan diri sebelum polis tiba ke lokasi berkenaan, kata Khairuddin dalam satu sidang media di pejabat ahli parlimen Shah Alam hari ini.

Dalam kejadian pada Februari lalu itu, sejumlah kad pengenalan yang ditemui di tempat berkenaan kemudiannya disemak menggunakan alat pengimbas, katanya.

Peliknya, kad pengenalan itu boleh dibaca melalui pengimbas tetapi semakan di sistem dalam talian Jabatan Pendafaran Negara (JPN) menunjukkan identiti pemegang kad tersebut sebagai penduduk tetap (PR), katanya.

“Kita sudah buat laporan polis, tetapi tidak ada jawapan,” kata pengamal undang-undang itu lagi yang masih menunggu makluman berhubung hasil siasatan polis berhubung kes berkenaan.

“Kita tidak pertikai ada yang layak dapat IC. Tetapi bila jumpa dalam web JPN (berbeza), itu yang timbul persoalan besar,” katanya yang giat mendedahkan “kelemahan” sistem pilihan raya akhir-akhir ini.

Dalam sidang media sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad pula berkata, kes tersebut mengingatkannya kepada kes yang berlaku di Sabah apabila BN berjaya menguasai semula negeri itu.

“Semua yang terlibat mengaku ceritakan apa dilakukan BN. Jadi ia bukan mustahil (di semenanjung) lebih-lebih lagi pemberian IC memang tidak telus,” katanya yang menyifatkan insiden tersebut “seperti retak kecil atas seketul bongkah ais”.

Sementara itu, Khairuddin juga mendakwa menemui kepelikan terbaru dalam kontroversi daftar pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, semakannya semalam menemui terdapat nama dalam daftar pemilih tetapi tiada rekod dalam sistem JPN.

“Nombor (kad pengenalan) saja ada,” katanya sambil menyifatkan perkara itu sebagai “kad pengenalan kosong”.-M'kini

[VIDEO] Tidak salah hasut rakyat tumbangkan kerajaan BN - chegubard

Label:

[Wajib Baca] Wanita Islam ini mengaku terima bantuan daripada komuniti gereja di Damansara Utama

Label:

JASMINE mengaku menerima bantuan daripada sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya.

ALKITAB versi bahasa Melayu diberikan kepada setiap orang Islam yang menyertai pertubuhan agama Kristian.

Sogok wang gadai akidah

KUALA LUMPUR: Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.

Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit.
Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan. 

Setiap peserta turut dijanjikan `kehidupan baru’ oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah `penyelamat’ jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama.

Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan.

Ketika ‘diselamatkan’ daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.

Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.
“Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan.

“Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Difahamkan, 50 orang Islam menghadiri majlis itu ketika serbuan dibuat, namun hanya 12 daripada mereka termasuk lapan wanita berjaya ditahan dan diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS di Shah Alam, 9 Ogos ini kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.

Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.

“Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia,” katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.

Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan ‘minuman istimewa’ diikuti upacara pembaptisan. -beritaharian

P/s: Jika benar cerita di atas, tindakan JAIS tempoh hari ada asasnya. Berdasarkan maklumat, terdapatnya unsur-unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan dalam artikel 11(4). Dengan kata lain, ada  usaha untuk memurtadkan orang Islam.

Isteri curang belasah suami

Label:

KAJANG: Seorang suami menerima nasib malang apabila isteri yang dikahwininya bukan saja berlaku curang malah sanggup bertindak membelasahnya menggunakan kayu kaki meja di kediaman mereka di Taman Kajang Ria, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suami malang terbabit cuba bertanyakan perbuatan terkutuk isterinya yang dikesan membawa pulang seorang lelaki ketika ketiadaannya.

Pertanyaan itu menyebabkan wanita berusia lewat 20-an itu tiba-tiba melenting dan mencapai kaki meja yang sudah patah dan membelasah suaminya bertubi-tubi.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila lelaki berusia 31 tahun itu mempersoalkan tindakan isterinya membawa pulang seorang lelaki setiap kali ketiadaannya. 

“Menyedari rahsia dirinya terbongkar, isteri mangsa cuba berdolak-dalik hingga berlaku pertengkaran antara mereka sebelum wanita itu naik berang dan mencapai kaki meja di sudut rumahnya dan memukul mangsa tanpa belas kasihan,” katanya. -hmetro

P/s: Alahai suami.....Kenapa sampai kena pukul? Di mana maruah anda? Kalau sudah terbukti isteri anda curang, lepaskanlah si isteri itu....Dia sudah tidak setia kepada anda!! Janganlah sampai anda dicop dayus...

Lelaki 'pengikis' ini ada 8 isteri....

Label:

KUALA LUMPUR: “Saya terpedaya dengan pujuk rayunya dan tidak menduga dia sudah berkahwin dengan tujuh wanita yang semuanya ditinggalkan begitu saja selepas tembelangnya pecah.

“Dia (suami) memperdaya saya kononnya bakal mewarisi harta pusaka sebanyak RM1.4 juta hasil tinggalan ibu bapanya semata-mata mengaburi saya supaya mengahwininya,” kata pemilik kedai dobi, Latifah, (bukan nama sebenar) isteri kelapan suami barunya berusia 42 tahun yang mengaku golongan atasan bagi memperdaya wanita untuk berkahwin dengannya sebelum mengikis harta mereka.

Sebelum berkahwin pada 31 Ogos tahun lalu di Thailand tanpa pengetahuan keluarga, lelaki itu mendakwa sebagai pengusaha kolam ikan keli di Teluk Kumbar, Pulau Pinang, bagi mengukuhkan pembohongannya.

“Selepas rahsianya terbongkar dia bukan orang kaya, dia mendakwa pula bekerja sebagai pegawai polis dan pegawai imigresen yang digantung kerja. Namun, itu semua dusta belaka yang digunakan suami untuk mendapatkan wang saya sebelum dia menghilangkan diri,” katanya.

Latifah berkata, sebelum berkahwin suaminya mendakwa duda beranak dua, namun hakikatnya, selepas diselidik dia sudah berkahwin dengan tujuh wanita dan kebanyakannya ditinggalkan begitu saja selepas tembelangnya diketahui isteri-isterinya. -hmetro
P/s: Apabila nafsu jahat menguasai diri, halal haram diketepikan. Tanggunglah dosa di akhirat nanti... 

200,000 warga Indonesia didaftar mengundi - Anwar

Label:

MANILA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama sidang editorial The Phillipine Star, dalam rangka lawatannya selama tiga hari ke Filipina.

Selain Warga Indonesia, katanya, rakyat Filipina di Sabah juga dibenarkan untuk mendaftar bagi membolehkan mereka mengundi parti pemerintah itu.

“Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi satu gadaian untuk Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan,” kata Anwar.

Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin merosot berikutan sistem pilihan raya yang semakin kotor.

Ia termasuk kontroversi terbaru membabitkan isu Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya.

“Demokrasi kami semakin merosot. Pilihanraya tidak bebas dan media dikongkong,” kata Anwar.

Sementara itu, Anwar turut menjangkakan beliau akan dihukum dalam kes fitnah yang dihadapinya sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, untuk menafikan haknya bertanding.

“Mereka (Umno-BN) akan menghukum saya sebelum pilihanraya untuk menafikan hak saya untuk bertanding,” ujar Anwar.

Ketua Umum KEADILAN itu tiba di Manila semalam dan turut diundang untuk menyampaikan syarahan di Universiti Filipina di Diliman, Quezon City.

Beliau turut diiringi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar. - KeadilanDaily

Ingat cerita mayat dikerat 15 semalam? Ini cerita susulannya

Label:

Mayat Ditemui Di Taman Kosas Milik Wanita Dan Kanak-Kanak Lelaki

KUALA LUMPUR: Mayat yang ditemui di tingkat lima, Blok Chryssa, Apartment Astaria di Taman Kosas, Ampang semalam disahkan seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Amiruddin Jamaluddin berkata mayat pertama yang dijumpai dalam keadaan dikerat-kerat masih belum diketahui identiti dan bangsanya.

"Hasil bedah siasat mengesahkan badan yang dikerat milik seorang wanita dan cap jari mangsa telah diambil untuk semakan lanjut.

"Manakala mayat kanak-kanak lelaki ditemui dalam plastik dan lengkap tubuh badan, dipercayai berusia lima hingga enam tahun," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), Khamis.

Beliau berkata polis masih menyiasat, merakam keterangan saksi dan sedang memeriksa rekod orang hilang.

Pada Rabu, badan manusia yang dikerat kepada beberapa bahagian selain organ dijumpai dalam dua beg plastik selain usus dan perut manusia dalam mangkuktandas di unit itu. - BERNAMA

Pihak Ketiga Bukan Punca Ally Iskandar Putus Tunang

Label:

Tinggal kenangan

Tinggal kenangan...

SHAH ALAM: Personaliti TV3, Ally Iskandar, 35 mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal, 25, telah putus pada 30 Julai lalu.

Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.

“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada rakamkan program Mentor Raya di sini, Khamis.

Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.

Katanya, mereka berdua pernah mengimpikan untuk menjadi pasangan bahagia dalam rumah tangga tetapi sayang sekali ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.

Keputusan memutuskan tali pertunangan itu juga membuatkan Ally berasa kecewa dan ralat kerana sangkanya, dengan usia yang semakin meningkat dan mempunyai kerjaya yang kukuh, dia dapat endirikan rumah tangga secepat mungkin

Malah ujar Ally lagi keluarganya turut bersedih dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi mereka amat gembira semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelum ini.

“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya.

Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka.

Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu.

Sementara itu, Ally menegaskan bahawa keputusan tersebut tiada kaitan dengan dirinya yang mahu mengikut jejak langkah seperti pemain bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat yang juga memutuskan pertunangannya dengan Elia pada hari yang sama.

"Saya harap, tiada spekulasi atau pandangan buruk yang berlaku kerana saya mendapat tahu, ada orang menganggap saya sengaja mahu mengikut jejak Fahmi untuk memutuskan pertunangan ini," tegasnya. -MStar

Jais serbu gereja: PAS Selangor akan panggil Hasan Ali, tuntut penjelasan

Label:

SHAH ALAM, 5 Ogos — PAS Selangor menuntut penjelasan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali berhubung dakwaan ada usaha mahu memurtadkan orang Islam pada satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata, selain itu pihaknya juga mahu menunggu laporan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai serbuan itu yang turut disertai polis.

“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan Jais dan mesyuarat dewan (harian) bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.

“Kita nak tengoklah apa bukti yang dia (Hasan) kata ada itu,” katan beliau pada sidang media di pejabatnya di sini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam memberitahu setakat ini, hanya Hasan yang mengaitkan program anjuran Harapan Komuniti dengan tujuan mahu memurtadkan umat Islam.

“Jais sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

“Setakat ini , ‘kecuali satu’ tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam,” tambah Khalid.

Kelmarin, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum. -TMI

Ibu terkejut anak gadis 'bersahur' dengan lelaki Indon

Label:

KAJANG: Seorang ibu yang mahu mengejutkan anaknya untuk bersahur tergamam sejurus mendapati seorang lelaki tidur nyenyak bersama anak gadisnya dalam kejadian di Batu 18, Hulu Langat, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika ibu mangsa masuk ke dalam bilik tidur anaknya yang berusia 14 tahun untuk mengejutkannya.

“Sebaik masuk, ibu mangsa terkejut apabila mendapati mangsa tidur bersama seorang lelaki warga Indonesia berusia 21 tahun yang dipercayai teman lelakinya.

“Lelaki terbabit yang terkejut dengan kehadiran ibu mangsa bingkas bangun lalu memohon maaf selain mengaku hanya tidur dan tidak melakukan apa-apa bersama mangsa,” katanya.

Katanya, ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan pengakuan lelaki itu mendesaknya untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Atas desakan berterusan ibu mangsa, lelaki itu mengaku sudah melakukan hubungan seks dengan mangsa ketika ahli keluarga lain sedang tidur. “Lelaki itu juga mahu bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu yang melarikan diri membuat laporan di Balai Polis Batu 18, Hulu Langat,” katanya. -hmetro

P/s: Astaghfirullah...Baru 14 tahun sudah buat kerja terkutuk....

(Gambar hiasan) 

Bayi putus kepala ditarik ibu ketika lahir

Label:

MELAKA: Panik apabila bayi luar nikah yang dilahirkannya berada dalam kedudukan songsang, seorang wanita nekad menarik kaki bayi itu sehingga menyebabkan bahagian kepalanya terputus.

Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit yang berusia 24 tahun bertambah panik lalu membuang mayat bayi baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di tingkat bawah rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Sri Lanang, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 6 petang Selasa lalu ketika wanita terbabit yang hamil enam bulan melahirkan bayinya bersendirian.

Menurutnya, selepas mengalami pendarahan akibat melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan seorang diri, wanita terbabit kemudian menghubungi ibunya.

“Ibunya kemudian membawa wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka jam 9 malam hari sama. Ketika menerima rawatan, doktor mendapati dia baru bersalin dan mengesyaki ada yang tidak kena lalu terus membuat laporan polis,” katanya. -hmetro

Bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengaku diarah pangkah 500 kertas undi pos

Label:

AMPANG 4 OGOS: Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipertikai apabila seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil mengaku menanda hampir 500 kertas undi pos di kem Sandakan pada pilihan raya umum 1986.

Mohd Nasir Ahmad yang berkhidmat selama 19 tahun dengan ATM menjelaskan pada ketika itu beliau bersama seorang rakan terpaksa akur kepada arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tentera walaupun menyedari kesalahan yang bakal dilakukan.

"Saya disuruh buka karung undi dan diarahkan untuk memangkah kertas undi sebanyak 900, dan dibahagi dua bersama rakan. Undi adalah mengikut citarasa saya dan saya sedar telah ambil hak orang lain," jelas beliau dalam sebuah forum anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia sebentar tadi.

Antara ahli panel terdiri daripada Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat dan AJK Pas Johor, Mohd Mohzit Mohid yang berpengalaman menjadi agen parti pada waktu pilihan raya.

Forum yang berlangsung kira-kira dua jam itu tadi antaranya mendedahkan kesalahan pilihan raya berkaitan undi pos yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu dan Bagan Pinang beserta bukti melibatkan komplot SPR dengan parti Barisan Nasional (BN).

Ini termasuk 62 peratus undi petugas SPR yang tidak dikembalikan dipercayai telah dijual ke pasaran gelap untuk tujuan manipulasi keputusan undi agar berpihak kepada parti BN di Sibu.

Tambah Suhaizan, PRK Sibu yang dimenangi Pakatan Rakyat dengan perbezaan 7.5 peratus mengalahkan BN mempunyai perbezaan amat ketara pada undi pos di mana PR hanya memperoleh 70 undi berbanding BN sebanyak 2,323 undi.

Perkara lain yang turut dibincangkan dalam forum tadi termasuk isu berkempen di dalam kem-kem polis dan tentera, undi awal (advance voting), undi dua kali, pengundi hantu dan sistem biometrik.-tvs

P/s: Memang lahanat mereka ini.....

Pelajar agama diliwat dan didera pelajar senior

Label:

SUNGAI PETANI – Mengarut dan jiwa setan. Demikian luahan seorang bapa mangsa buli dan liwat terhadap pentadbiran sebuah sekolah agama di daerah Baling yang mendiamkan perbuatan terkutuk pelajarnya.

Bapa murid malang itu berkata, anak lelakinya yang berusia sembilan tahun bukan sahaja dipukul, didera dan dibelasah oleh tiga pelajar ‘senior’ sekolah terbabit namun turut diliwat setiap hari dalam masa sebulan lebih.

Katanya, niatnya menghantar anak ketiga daripada lima beradik itu ke sekolah agama terbabit bertujuan untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Saya sebak dengan kejadian yang menimpa anak saya ini kerana tindakan tiga pelajar berusia 12 tahun mendera seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dengan pelbagai cara adalah tidak masuk akal.

“Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul walaupun difahamkan pihak sekolah terdapat kesan lebam disebabkan alahan tetapi sebaik sahaja disahkan doktor, saya mula rasa tak sedap hati,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pada 20 Jun lalu, dia mendaftarkan anaknya ke sekolah terbabit dan kesemua murid perlu melalui minggu orientasi selama 40 hari tanpa dibenarkan pulang atau berjumpa waris.

“Namun apabila tiba hari perjumpaan 30 Julai lalu, saya terkejut mendapati separuh mukanya lebam dan bengkak termasuk di bahagian tangan dan kaki selain telinga menjadi hitam, dan darah keluar melalui hidungnya membuatkan saya terus membawanya ke hospital,” katanya.

Menurutnya, disebabkan kejadian itu, anaknya menjadi pendiam, lemah, mengalami muntah dan trauma sehingga ke hari ini.

“Apabila dipujuk baru diceritakan bahawa dia pernah dipukul di bahagian belakang sampai patah kerusi, diterajang, dicekik, disuruh telan tulang cencaru, dipaksa makan nasi dengan banyak dan kemudian ditampar pipi, dan paling teruk dia pernah diliwat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada pengurusan asrama namun mereka disarankan agar tidak membuat laporan polis dan cuba selesaikan secara aman.

Katanya, beliau sendiri pengsan sebaik sahaja mengetahui berita itu dan menjelaskan kepercayaannya kepada sekolah berkenaan sudah tiada.

Selain beliau, seorang lagi bapa turut mendedahkan kejadian serupa juga berlaku ke atas anak lelaki kembarnya yang berusia lapan tahun. Mereka juga didera dan dipukul pelajar senior sekolah yang sama.

Kedua-dua bapa mangsa ditemui wakil Sinar Harian di rumah saudara mangsa pertama di Sungai Petani.

“Saya mula menyedari bahawa kedua-dua anak dipukul sebaik sahaja pihak pengurusan sekolah menghubungi ibu bapa bertanyakan sama ada mereka menghidap penyakit alahan selepas tiga minggu mendaftarkan mereka.

“Namun keesokan harinya, pihak sekolah ada menghubungi semula untuk memaklumkan bahawa kedua-duanya akan dibawa menjalani rawatan akibat penyakit tersebut,” katanya.

Beliau berkata, dia segera ke sekolah bagi melihat sendiri penyakit alahan kerana dihubungi kali ketiga oleh pihak sekolah supaya mengambil mereka berdua akibat penyakit berlanjutan.

“Saya juga terkejut apabila doktor mengesahkan kesan lebam di mata kedua-dua anak adalah akibat dipukul,” katanya yang terus membuat laporan polis selepas mengetahui kejadian berkenaan.

Menurutnya, anaknya pernah dikurung dalam almari sehingga berpeluh, dipukul dengan batang paip, ditampar di bahagian muka dan turut mengalami kesan lebam serta hidung berdarah.

Mangsa yang liwat menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani manakala pasangan kembar dirawat di Hospital Kulim. Masing-masing menjalani rawatan selama tiga hari.

Beliau berkata, sebagai ibu bapa mereka meminta pihak berkuasa membuat siasatan terperinci ke atas perkara tersebut secepat mungkin dan tindakan sewajarnya perlu dikenakan ke atas tiga murid terlibat serta pengurusan sekolah yang membiarkan perkara itu berlarutan.

“Kami juga akan membawa perkara ini ke mahkamah supaya pengadilan sewajarnya diterima pihak berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Mat Daud Mat Hassan ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit.

Menurutnya, tiga murid yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan telah ditahan di bawah Seksyen 377 (a) bagi siasatan lanjut.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian mendapatkan reaksi pihak sekolah gagal apabila panggilan tidak berjawab. -sinarharian

P/s: Memalukan!!! Berlaku di sekolah agama...Pengetua/pentadbir sekolah perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kerana membiarkan perkara ini berlarutan.  

PRU 13 awal atau lewat, Najib tetap didesak berundur?

Label:

Melihat kepada lautan manusia pada 9 Julai 2011, ramai menjangka Perdana Menteri Najib Razak tidak berani untuk membubarkan parlimen pada tahun ini.  Igauan bagaimana perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 mencetuskan tsunami politik pada 8 Mac 2008 masih menghantui Barisan Nasional.  Seandainya PRU ke-13 diadakan pada tahun ini, Najib berkemungkinan besar mengulangi nasib mantan PM, Abdullah Ahmad Badawi.

Lebih-lebih lagi, cara dan pendekatan kerajaan Najib Razak mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 telah mencungkil ketidakpuasan ramai, dari Sasterawan Negara yang menjadi ikon budaya, hinggalah bekas mufti yang berpengaruh dalam bidang agama; dari mereka yang berada di atas pagar, hinggalah pewaris tokoh UMNO sendiri - Marina Mahathir.

Mengikut perhitungan biasa, kerajaan Najib dijangka memerlukan tempoh dalam setahun untuk memperbaiki keadaaan, atau sekurang-kurangnya meredakan ketidakpuasan ini.  Dengan kata lain, PRU 13 paling mungkin diadakan pada tahun 2012 selepas Jun, malah tidak mustahil diheret sehingga awal tahun 2013.

Semakin lama PRU ditunda....

Namun demikian, perkiraan UMNO mungkin tidak mengikut logik biasa.  Semakin lama PRU ke-13 ditunda, bermakna semakin berat bebannya.  Pertama, UMNO-BN tidak mempunyai alasan untuk menundakan reformasi sistem pilihan raya.  Perlu diingatkan bagaimana impak "BERSIH 1.0" memuncak apabila SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum hari pengundian PRU 12.  Kerajaan Najib sama ada kehilangan undi berikutan "ketidaksempatan" melakukan reformasi sistem pilihan raya, ataupun tumbang kerana sistem pilihan raya yang bersih, adil dan bebas.

Dari segi ekonominya, semakin lama PRU 13 ditunda, maka kerajaan BN perlu bergelut dalam situasi inflasi yang semakin melonjak.  Harga minyak semestinya akan meningkat, selain tarif elektrik yang telah dijanjikan akan dikaji setiap enam bulan.  Keadaannya akan lebih parah dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, malah dijangka "meleset" pada tahun 2012.  Pengurangan subsidi hampir pasti berlaku.  Meskipun dibuat juga peruntukan bajet (gula) untuk meraih undi, persoalan yang melantun-lantun adalah, dari mana datangnya wang itu?

Dari segi politiknya pula, seandainya PRU 13 dijalankan pada 2012 mahupun 2013, pengundi Sarawak akan tertanya-tanya, bilakah Ketua Menteri Taib Mahmud bersara?  Meskipun menang dalam pertarungan sengit PRN Sarawak pada April 2011, namun BN sedar bahawa angin perubahan semakin kencang.  Seandainya Taib Mahmud dikekalkan, maka ia menghulurkan senjata kepada Pakatan Rakyat untuk menyerang dirinya.  Sebaliknya, jikalau Taib Mahmud digugurkan, maka pertentangan kepentingan akan berlaku, antara Taib Mahmud (gambar bawah) yang sudah 30 tahun berkuasa di bumi kenyalang, dengan kepentingan kerajaan persekutuan.

Seandainya BN gagal menyelesaikan konflik ini, maka angin perubahan dijangka bertiup ke Sabah, dua negeri yang melanjutkan denyutan jantung BN di Putrajaya.  Perlu diambil kira juga negeri Johor, yang mana sebelum ini Menteri Besar Abdul Ghani sendiri menjangkakan angin perubahan yang lebih kencang berbanding 8 Mac 2008.  MCA menyumbang tujuh daripada 26 kerusi parlimen di Johor, dan tujuh ini berpotensi jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.  Melihat kepada senario terkini, persoalan yang lebih merunsingkan Najib/BN adalah, daripada 15 kerusi parlimen yang dipegang MCA sekarang, berapa yang mampu dipertahankan?

Kegaglan Najib menarik sokongan

Najib bermula dari mana Abdullah Ahmad Badawi terjatuh.  Jelas, slogan 1Malaysia-nya menyasarkan pengundi yang berada di "pertengahan", yang mual dengan politik perkauman.  Sementara itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP)-nya pula menyasarkan pengundi bandar, yang menaruh harapan agar sistem dan struktur ekonomi diperbetulkan.  Golongan ini tidak menunjukkan kecenderungan politik parti yang tegar, mereka dijangka kembali ke pangkuan BN seandainya kehidupan harian dan keadaan negara diperbaiki.

Akhirnya kesemua daripada mereka dihampakan.  Sama ada PERKASA diwujudkan atas restu Najib (gambar kiri) kerana "politik talam dua muka", mahupun sabotaj dalaman parti - sudah tidak penting.  Politik itu persepsi.  Persepsi umum adalah PERKASA berjaya menggagalkan 1Malaysia dan ETP yang digagaskan Najib, dan Najib selaku seorang PM gagal mengawal keadaan sehingga PERKASA dibiarkan bermaharajarela.

Najib semakin tersepit.  Bukan sahaja golongan yang berada di "tengah-tengah" ini dikecewakan, malah ikon-ikon tertentu yang berpengaruh turut mengasingkan diri dari regim ini, bahkan melontarkan kritikan terhadapnya.  Ikon budaya, Sasterawan Negara A.Samad Said dalam wawancara bersama Malaysiakini

Baru-baru ini, bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) dikaitkan pula dengan fahaman Wahabi, dan aktiviti terrorisme.  Meskipun sesetengah pandangan beliau dianggap kritikal terhadap kerajaan, namun Dr. MAZA tidak semestinya berpihak kepada PR.  Misalnya, beliau pernah dikecam keras apabila mencadangkan agar Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berundur.  Maknanya, terdapat ruang untuk BN "engage" pemimpin yang berpengaruh seperti ini.  Namun, mengaitkan MAZA dengan pengganas adalah sesuatu yang sukar dipertahankan, walaupun Utusan Malaysia, kerana MAZA pernah menulis kolum untuk akhbar tersebut.

Pendekatan Najib mengendali BERSIH 2.0 seolah-olah menggali kubur untuk dirinya.  Titik pusingannya berlaku apabila Najib berdolak-dalik dalam isu "stadium", yang menyebabkan ramai beralih untuk bersimpati terhadap BERSIH 2.0.  Dan apabila gas pemedih mata dilepaskan bertalu-talu ke dalam lautan manusia yang merangkumi warga emas, budak kecil... yang melangkaui batas kaum dan agama, imej Najib ranap dalam sekelip mata.

Pergelutan dalam UMNO

Kini Najib berdepan dengan tekanan dalam partinya.  Dari perkiraan sesetengah pemimpin UMNO, BN tetap mampu mempertahankan kerajaan persekutuan pada PRU 13, meskipun mungkin gagal mengembalikan majoriti dua pertiga, dan beberapa kerajaan negeri, malah mungkin kehilangan Negeri Sembilan!

Apapun berlaku, senario ini tidak memihak kepada Najib.  Najib tetap akan digulingkan dalam UMNO seandainya, Pertama, gagal mengembalikan majoriti dua pertiga dalam parlimen; Kedua, gagal mengembalikan kuasa beberapa kerajaan negeri, misalnya Selangor.
Ketiga, gagal meraih sokongan bukan Melayu.

Dari kaca mata sesetengah pimpinan UMNO, UMNO-BN akan hilang kuasa jikalau semakin lama PRU 13 ditunda.  Maka tidak mustahil seandainya Najib didesak untuk mengadakan PRU 13 pada Oktober tahun ini.
 
Sama ada PRU 13 diadakan pada tahun ini mahupun tahun 2012, malah 2013, Najib perlu bersedia untuk menyusuri jejak Abdullah Ahmad Badawi.  Abdullah gagal apabila menghampakan pengundi yang mahu melihat perubahan yang dijanjikannya.  Nasib yang sama akan menimpa Najib.  Cuma, nasib Najib mungkin lebih malang daripada Abdullah, kerana beliau mempunyai kes Scorpene yang bakal berlangsung perbicaraannya di Perancis! - MerdekaReview

Selepas 8TV, TV9 pula HINA ibadat Sahur

Label:

Pemuda PAS desak TV9 tarik balik iklan sahur

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam agama Islam.
Sehubungan itu, ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, DPPNS mengecam tindakan TV9 menyiarkan iklan berkaitan ibadah sahur yang secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

Dalam iklan tersebut telah mengisahkan dua orang yang berjiran, seoarang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur di mana penghujung iklan tersebut memaparkan bahawa si lelaki tidak sempat bersahur kerana telah berkumandang azan Subuh manakala si perempuan jirannya pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana berasa pasti si lelaki jirannya tidak sempat bersahur.

“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” ujar Hasbullah kepada Harakahdaily.

Beliau menjelaskan, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah s.a.w. terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Menurutnya, sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah.

Katanya, sedangkan dalam Islam jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, DPPNS mendesak supaya TV9 menarik balik tayangan iklan tersebut dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di dalam negara ini.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya,” ujarnya. -HarakahDaily

Disimbah asid sebelum tarawih

Label:

KOTA BHARU – “Ketika itu saya sedang membelek senaskhah akhbar di kedai runcit sebelum tiba-tiba bahagian kanan muka dan belakang badan saya terasa panas.”

Demikian cerita Faizal Halim Rustam, 37, yang mengalami cedera parah selepas disimbah sejenis cecair dipercayai asid dalam kejadian di hadapan sebuah kedai runcit di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat tarawih sebelum singgah di kedai runcit tersebut untuk membeli minuman.

Menurutnya, selepas membeli minuman, dia membelek-belek senaskhah akhbar seketika sebelum tiba-tiba muka dan badannya terasa panas dan pedih seolah-olah terbakar.

“Muka dan badan saya terasa seperti terbakar dan saya terus berlari ke sebuah klinik yang terletak kira-kira 30 meter dari kedai runcit tersebut untuk mendapatkan rawatan.

“Sebaik sampai ke klinik tersebut, kakitangannya kemudian menyapukan krim ke seluruh anggota badan serta muka saya.

“Memandangkan kecederaan dianggap serius, saya kemudian dihantar ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC),” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, berikutan kecederaan pada bahagian mata yang agak serius setelah diperiksa oleh doktor di KBMC, beliau kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapat rawatan lanjut.

Ketika ditanya mengenai punca kejadian tersebut, Faizal berkata, ia mungkin disebabkan oleh dengki namun, beliau enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak nampak dan tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan itu.

“Saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan dan menangkap suspek yang melakukan perbuatan ini kerana ketika kejadian, saya pasti terdapat beberapa orang lain yang menyaksikannya di kedai tersebut,” ujarnya.

Berikutan kejadian itu, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Sesiapa yang menyaksikan kejadian tersebut diharap tampil untuk membantu siasatan,” katanya. -kosmo

Mayat dikerat 15 bahagian

Label:

AMPANG JAYA – Tragis dan meloyakan. Itulah gambaran yang boleh diberikan terhadap penemuan mayat manusia yang telah dipisahkan dengan sebelah kaki dan beberapa bahagian organ dalamannya dibuang ke dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Blok Chryssa, Apartmen Astaria, Taman Kosas di sini semalam.

Sebelum penemuan mayat itu, penghuni di blok itu mengadu terdapat bau yang kurang menyenangkan di kawasan sekitarnya.

Menyedari perkara itu, pihak penyelenggara apartmen telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah kosong di tingkat lima dan menemui kaki sebelah kiri dan beberapa bahagian organ di dalam mangkuk tandas di rumah tersebut sebelum bertindak membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihak polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada pengurus bangunan itu pada pukul 4 petang memaklumkan dia menjumpai kaki dan beberapa bahagian badan lain manusia di dalam sebuah rumah.

“Hasil pemeriksaan polis bersama pihak patalogi menjumpai sebelah kaki kiri dan organ dalaman manusia yang dibuang ke dalam mangkuk tandas.

“Berdasarkan maklumat patalogi, mayat itu dipercayai telah dibuang kurang daripada seminggu lalu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Amiruddin berkata, turut ditemui bahagian lain badan mayat itu yang disimpan di dalam beberapa helai beg plastik.

Difahamkan, beg plastik tersebut ditemui tergantung di atas siling tandas dan diletakkan di beberapa ruang dalam tandas tersebut serta banyak kesan tompokan darah di dalam rumah itu.

Beliau berkata, setakat ini pihak polis masih menyiasat identiti dan jantina mayat memandangkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan terbiar sejak 10 tahun yang lalu. -kosmo

Wan Azizah: Minta jauhkan saya jadi seperti Rosmah

Label:

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, rakyat Malaysia tidak akan melihat beliau membeli-belah di luar negara seperti sesetengah isteri para menteri.

Ditanya sekiranya beliau mungkin akan kerap membeli-belah di luar negara sekiranya Anwar menjadi perdana menteri, Wan Azizah berkata, "minta jauhkanlah saya jadi seperti Rosmah."

Menurut Wan Azizah, beliau sebelum ini pernah melawat luar negara ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum dipecat daripada kerajaan BN.

Namun dalam lawatannya itu beliau sekadar melawat muzium seperti kompleks muzium kajian Smithsonian di Amerika Syarikat dan juga Museum of London.

"Saya telah pergi ke luar negara dan bertemu seorang isteri duta (Malaysia) dan dia bertanya saya, 'ke mana Datin Seri mahu kunjungi?'.

"Saya beritahu dia, muzium Smithsonian bagus. Kemudian dia beritahu saya, 'andalah isteri menteri pertama yang ajak saya pergi ke muzium," katanya lagi dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

NONEKatanya perkara yang sama juga berlaku apabila beliau mengunjungi Museum of London bersama isteri kepada seorang duta Malaysia.

Wan Azizah berkata, isteri duta berkenaan selepas itu memberitahunya bahawa itulah kali pertama beliau berkunjung ke muzium di negara itu. - m'kini

Ini kerja PENGKHIANAT negara!!

Label:

1,100 penduduk tetap dalam daftar pemilih di Selangor

KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas mendakwa di Selangor sahaja, terdapat 1100 nama penduduk tetap (PR) yang dikesan telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata demikian, susulan pendedahan Malaysiakini semalam yang berjaya mengesan kewujudan seorang penduduk tetap bernama Mismah yang didaftarkan sebagai pemilih berdaftar dalam laman web SPR.

Bagaimanapun laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), menukar status Mismah dari penduduk tetap kepada warganegara kira-kira dua jam selepas perkara itu didedahkan.

“Di Selangor ada lebih kurang 1100 nama penduduk tetap (PR) ini sedang dibantah oleh pihak PAS Negeri dan PAS negeri-negeri lain juga diharapkan dapat meneruskan bantahan yang serupa,” kata Mohd Sany.

Pihaknya memberikan amaran supaya JPN menghentikan perbuatan memberikan taraf warganegara kepada penduduk tetap, sekaligus disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada negara.

Katanya, pihaknya mengambil tindakan lebih tegas termasuk membuat laporan polis di seluruh negeri, menghantar memorandum kepada Suhakam, pihak Kementerian dan juga Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Semalam, PAS Wilayah Persekutuan turut mendakwa mengesan 52 kes penduduk tetap yang disenarai sebagai pengundi ketika mengemukakan bantahan kepada SPR Wilayah Persekutuan.

Sama seperti Malaysiakini, setiausaha PAS kawasan Titiwangsa, Hedzer Ibrahim berkata pada jam 3 petang, 52 penduduk tetap tersebut telah dikategorikan sebagai warganegara Malaysia. -KeadilanDaily

P/s: Satu pengkhianatan kepada negara....

Mentega 'Golden Churn' ada DNA babi

Label:

KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. 

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.-Bharian

P/s: Sesiapa yang telah termakan kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega ini. banyak-banyakkan beristighfar kepada Allah.... 

Empat termasuk Najib dan isterinya enggan ditemu bual peguam Anwar

Label:

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Empat daripada 25 saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan jika sepina dikeluarkan ke atas mereka.

Empat saksi itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar), isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

“Mereka enggan datang ke mahkamah, untuk ditemu bual oleh (pasukan) pembela melainkan mereka diberikan sepina,” kata Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden hari ini.

Temu bual biasanya akan diadakan untuk menentukan sama ada seseorang saksi boleh digunakan untuk memberi keterangan ketika perbicaraan.

Juga difahamkan bahawa seorang lagi saksi, Hasanuddin Abdul Hamid berkata dia hanya bersetuju untuk ditemu bual jika peguamnya turut hadir bersama.

“Kami menerima surat pemakluman mengenai keengganan mereka untuk ditemu bual dan mereka hanya akan muncul di mahkamah jika dikeluarkan sepina,” kata peguam Anwar Sankara Nair. - TMI

Isteri diludah kekasih gelap suami

Label:

SHAH ALAM: Ramadan kali ini tidak bermakna bagi seorang ibu beranak empat berusia 39 tahun apabila dia bukan saja diceraikan suami sebaliknya dia cedera selepas dibelasah lelaki itu di rumah sewa kekasih lelaki itu di Banting, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan mangsa dibelasah suaminya berusia 40-an itu disebabkan wanita terbabit melarang suspek bersekedudukan dengan kekasihnya yang juga warga Indonesia di rumah sewa berkenaan.

Lebih mengaibkan apabila warga Indonesia itu bertindak keji dengan meludah muka mangsa di hadapan suaminya itu ketika pasangan terbabit bertengkar.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa cedera di leher dan badan selepas ditampar dan ditumbuk suaminya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Banting, di sini, menuntut tindakan tegas terhadap suaminya itu.

Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Intan, berkata dia dan anak lelakinya berusia 16 tahun pergi ke rumah sewa wanita terbabit bagi merayu suaminya pulang.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, saya meminta suami pulang ke rumah, namun tindakan saya itu menyebabkan dia berang sebelum memarahi saya.

“Malah, suami saya yang bagaikan dirasuk syaitan memukul saya di hadapan wanita terbabit,” katanya.

Menurut Intan, penderitaannya tidak berakhir di situ apabila suaminya menceraikannya dengan talak satu manakala wanita terbabit meludah mukanya.

“Suami mengarahkan saya dan anak meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya, semalam.

Intan berkata, dia syak suaminya disihir wanita itu kerana lelaki terbabit tidak boleh berada di rumah mereka terutama sebelah malam sejak lima bulan lalu.

Intan berkata, dia sanggup memaafkan suaminya itu dan kembali bersamanya semula demi masa depan mereka sekeluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan menerima laporan kejadian itu. - hmetro

(Gambar hiasan) 

Khairul Fahmi pulangkan kembali cincin

Label:

Tinggal kenangan....

KOTA BHARU: Kontroversi putus tunang penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, hampir menemui noktah apabila hero Harimau Malaya itu mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunangnya dalam masa terdekat.

Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala urusan dilakukan mengikut adat Melayu termasuk menyerahkan semula cincin pertunangan yang bakal disempurnakan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kata Khairul Fahmi, dia tidak turut serta ketika urusan penyerahan cincin itu kerana terpaksa ke Slovakia beberapa minggu bagi menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik.

“Saya sudah meminta keluarga angkat di Kuala Lumpur menyerahkan cincin pertunangan yang saya terima mengikut adat Melayu sebagai tanda tiada lagi ikatan pertunangan. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi masalah lain kerana saya mahu ia diselesaikan secara baik.

“Penyerahan cincin akan dilakukan dalam masa terdekat namun malangnya saya tidak berada di sini kerana terpaksa menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik di Slovakia,” katanya ketika di temui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, malam kelmarin. -hmetro
Bapa mohon bantuan rawat anak khunsa
Sabtu, Ogos 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Ogos 05, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Ogos 04, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Ogos 03, 2011 | Author: Tuk Kiyai