Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Dah la Perkosa Anak, Siap Rakam Pulak...Memang Bapak Setan!!

Label:

(Gambar hiasan)

Peribahasa "Haruan makan anak" tidak lagi sesuai bagi kes ini. Apa yang lebih sesuai ialah "Bapak Setan"!!

[HM] KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar ‘bapa setan’ apabila tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, dekat sini.

Lebih keji, lelaki berusia 49 tahun itu turut merakamkan perbuatan terkutuknya merogol anak yang kini berusia 14 tahun di dalam bilik dengan telefon bimbitnya sebelum menyimpan rakaman berkenaan.

Difahamkan, setiap kali melakukan perbuatan kejinya, lelaki terbabit mengugut akan memukul atau mencederakan mangsa jika membongkarkan rahsia selama enam tahun itu kepada ibunya atau sesiapa saja.

Bagaimanapun, episod duka mangsa berakhir selepas remaja terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, menceritakan kejadian itu kepada seorang guru wanita di sekolahnya.

Terkejut dengan pendedahan itu, guru wanita berkenaan menghantar mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Lipis untuk membuat laporan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, ketika dihubungi semalam, mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di HKL mengesahkan mangsa dirogol dan sepasukan anggota polis menyerbu rumah suspek sebelum menahan lelaki itu ketika dia berehat di rumahnya, kira-kira jam 2.15 petang kelmarin.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit lelaki terbabit yang digunakannya ketika merakamkan perbuatan terkutuk itu sebelum dibawa ke IPD Lipis untuk siasatan lanjut.

Remaja Bawah Umur Teguk Arak Dalam Pesta ‘Ladies Night’

Label:

(Gambar hiasan)

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa!!

Tetapi adakah pemuda dan pemudi di bawah yang kita mahukan menjadi pewaris negara Malaysia?

[HM] KUALA LUMPUR: Bagai tidak percaya menyaksikan ratusan remaja bawah umur leka berpesta ‘ladies night’ sambil meneguk arak di sebuah pusat hiburan terkemuka di Jalan Yap Ah Sak, Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.

Namun, kegembiraan remaja terbabit tidak bertahan lama apabila pusat hiburan itu dikepung sebelum diserbu polis dan menahan 111 pengunjung.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 2.30 pagi oleh sepasukan tiga pegawai dan 15 anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas mendapat maklumat berhubung aktiviti tidak bermoral itu.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata pihaknya percaya pusat hiburan itu menjadi tumpuan remaja kerana tiada sekatan dilakukan pusat itu terhadap remaja bawah umur.

“Seramai 67 remaja perempuan dan 44 lelaki bawah umur ditahan untuk diambil keterangan dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada ibu bapa mereka.

“Hasil soal siasat, majoriti remaja terbabit ditahan untuk kali pertama bagi kesalahan berkenaan. Mereka dibebaskan atas jaminan ibu bapa selepas diberi kaunseling,” katanya ketika dihubungi. Razali berkata, hasil risikan pihaknya, setiap minggu terutama malam Khamis pusat hiburan terbabit meriah kerana selalu menganjurkan parti ‘ladies night’.

Turut ditahan, seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga pengurus pusat hiburan terbabit.

“Polis akan mendakwa pengurus itu di mahkamah kerana membenarkan remaja bawah umur memasuki pusat hiburan itu tanpa sekatan had umur dan majoritinya pelajar sekolah.

“Kami akan usulkan perkara ini kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyekat sebarang pembaharuan lesen pusat hiburan itu,” katanya.

Menurutnya, pusat hiburan itu beroperasi sejak setahun lalu dan keuntungan motif utama pusat hiburan terbabit membenarkan remaja bawah umur memasuki tanpa sekatan.

“Pusat hiburan terbabit pernah diserbu dua kali masing-masing oleh IPK Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Polis akan menyiasat kes ini mengikut Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 yang boleh dikenakan hukuman maksimum RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” jelasnya.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan remaja bawah 21 tahun tidak dibenarkan memasuki premis hiburan di ibu kota apabila Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 dipinda pada 2003.

Anak Saya Masih Dara Walaupun Sudah Dinikahi

Label:

KOTA BHARU - Siti Sarnan Mat Ali, 42, ibu kepada Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang pernah menggemparkan negara kerana didakwa telah dinikahkan dengan Shamsuddin Che Deraman atau lebih dikenali sebagai Sudin Ajaib memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa anaknya tidak sempat disetubuhi lelaki itu.

"Anak saya memberitahu dia tidak sempat disetubuhi suaminya walaupun lelaki itu cuba menarik seluarnya ketika ingin 'bergurau' di sebuah hotel di sini," katanya yang memberi keterangan pada prosiding perbicaraan untuk membatalkan perkahwinan pasangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abdullah Man.

Siti Sarnan yang mewakili plaintif (Siti Nur Zubaidah) berkata demikian ketika menjawab soalan peguam mereka, Mohd. Zaki Zainal Abidin sama ada anaknya itu pernah bersetubuh selepas pasangan tersebut berkahwin.

Sementara itu, defendan pertama yang juga bapa kepada Siti Nur Zubaidah, Hussin Salleh, 54, turut hadir di mahkamah sementara defendan kedua, Shamsuddin pula tidak hadir dan kedua-dua mereka tidak diwakili mana-mana peguam.

Ibu kanak-kanak itu berkata, anaknya mendakwa dia bertindak menendang suaminya dan melarikan diri apabila lelaki itu cuba menarik seluarnya selepas mereka berkahwin.

"Malah hasil pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Selangor juga mendapati anak saya tidak disetubuhi," ujarnya.

Bagaimanapun, Siti Sarnan memberitahu, anaknya hanya mendakwa dirotan di punggung oleh suaminya kerana tidak menunaikan sembahyang.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka memandangkan anaknya belum baligh dan masih bersekolah.

Menurutnya, anak kedua daripada enam beradik itu juga belum matang dan belum layak bergelar isteri kerana tidak pandai memasak serta suka bermain seperti kanak-kanak lain.

"Selain itu, jarak usia anak saya dengan suaminya jauh kira-kira 30 tahun malah dari segi fizikal mereka juga amat berbeza," katanya.

Siti Sarnan berkata, beliau diberitahu oleh suaminya bahawa anak perempuannya itu telah berkahwin dengan Shamsuddin di sebuah madrasah di bandar Machang pada 18 Februari lalu.

"Saya juga mempertikaikan tentang tatacara perkahwinan mereka kerana tiada surat nikah dan tiada apa-apa rekod pun yang membuktikan perkahwinan mereka," katanya.

Abdullah kemudian mengarahkan Siti Sarnan membawa saksi ketika sambungan bicara yang ditetapkan pada 13 Oktober ini.

-kosmo

Datuk Dua Cucu Mengaku Berkhalwat dengan Janda

Label:

(Gambar hiasan)

Janganlah kita hanya melihat perbuatan maksiat seperti zina, khalwat, dan sebagainya berlaku dalam kalangan remaja sahaja malah golongan yang telah berusia pun tidak terkecuali. Pada usia yang agak lanjut dan ketika "kubur memanggil" pun masih ada yang tidak sedar lagi dan masih melakukan perbuatan terkutuk....

[SH] BESUT- Seorang datuk yang mempunyai dua cucu berusia 55 tahun didenda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas mengaku salah berkhalwat dengan seorang ibu tunggal berusia 38 tahun.

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof memerintahkan lelaki yang turut mempunyai tujuh anak itu dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda seperti dikenakan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa berkhalwat setelah didapati berkurung dengan pasangannya dalam sebuah chalet sehingga mendatangkan syak.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik chalet dekat Pantai Peranginan Air Tawar, di sini jam 11.50 tengah malam, 24 Mac lalu.

Agnes Monica Pula Dikaitkan dengan Gambar Bogel?

Label:

JAKARTA: Penyanyi lagu Matahariku, Agnes Monica, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang beredar di internet baru-baru ini adalah dirinya.

Kata pengurus selebriti berdarah campuran Indonesia - Cina itu, Chrish, gambar berkenaan dipalsukan kerana tidak menampakkan diri sebenarnya.

“Gambar itu tidak mempunyai tanda lahir seperti yang ada pada tubuh Agnes,” katanya, semalam.

Minggu lalu, gambar seorang wanita menyerupai Agnes, 24, dalam tab mandi beredar di Internet dan menimbulkan tanda tanya orang ramai, terutama pengguna laman sembang.

Kata Chrish, kesahihan gambar itu juga tidak boleh diterima akal kerana memaparkan wajah Agnes yang lengkap bersolek walaupun ketika mandi.

“Saya yakin Agnes akan membasuh dulu mukanya sebelum mandi,” katanya.

Seorang pengkaji, Abimanyu Wachjoewidajat, turut meragui kesahihan gambar berkenaan.

“Foto itu dibuat dengan penyuntingan kurang teliti kerana ada dua corak warna kulit berbeza di antara wajah dan tubuh.

“Belahan rambut Agnes juga biasanya dari kiri ke kanan tetapi gambar itu menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Agnes berkata, orang ramai sentiasa menganggap personaliti terkenal sentiasa bersifat ‘suci’.

“Pantang-larang masih kuat dan orang ramai menganggap personaliti terkenal mesti bebas daripada kesalahan walaupun semua kita adalah manusia,” katanya. - Agensi

-metro

Kerana Pasir, Umno Selangor Berpecah....Kem Khir Toyo dan Kem Noh Omar

Label:

Persaingan di kalangan pemimpin Umno Selangor dalam mengutarakan isu pasir kini dilihat semakin ketara, terutama di antara kem penyokong Datuk Seri Khir Toyo dan Datuk Noh Omar.

Kedua-dua pihak dilihat saling ke hadapan dalam mengutarakan isu kecurian pasir yang kian membelenggu pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat, namun usaha ini berlangsung secara berasingan dan tidak secara bersepadu.

Pada 11 Julai lalu, Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor, bertindak membawa media ke kawasan melombong pasir di kawasan Kampung Bukit Changgang di daerah Dengkil.

Kemudiannya, pada 14 Julai pula, Noh pula memberi kenyataan kepada media selepas meninjau aktiviti pengeluaran pasir, dengan menaiki helikopter di sekitar Dengkil, Kuala Langat dan Batang Berjuntai.

Khir, pada malam semalam pula bertindak membawa beberapa orang penulis blog untuk meninjau satu kawasan perlombongan pasir di Kuala Selangor sehingga jam 1 pagi.

Kalangan penulis blog pro-Umno ini dikatakan tidak begitu menyukai Noh - yang juga timbalan ketua perhubungan Umno Selangor - yang pernah mencemuh golongan blogger sebagai kumpulan "musang berbulu ayam."

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khir bagaimanapun menafikan wujudnya persaingan antara mereka dan menyifatkan hubungan mereka kini dalam keadaan baik.

'Membesar bersama'

"Saya membesar sekali dengan beliau di satu kampung. Takkanlah kami hendak bergaduh.

"Saya sebagai pemimpin di peringkat negeri, Datuk Noh di peringkat persekutuan. Apabila dia pun (jalankan usaha sama), ini seolah-oleh memberi sokongan kepada usaha kita," jelasnya.

Persaingan antara kedua pemimpin ini mula dilihat susulan daripada cadangan untuk membolehkan jawatan pengerusi perhubungan Umno di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat diserahkan semula kepada pemimpin tempatan.

Jawatan pengerusi perhubungan Umno akan melayakkan penyandangnya dilantik sebagai menteri besar, sekiranya parti tersebut kembali menguasai negeri berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Cadangan itu disuarakan seorang naib presidennya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi - dengan tujuan memulihkan kembali kekuatan parti di Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Pada masa ini, jawatan tersebut disandang oleh pemimpin tertinggi Umno. Di Selangor, jawatan tersebut dipegang presidennya sendiri, Datuk Seri Najib Razak, Terengganu (Datuk Seri Hishammuddin Hussein), Pulau Pinang (Ahmad Zahid), Kedah (Datuk Shafie Apdal) dan Wilayah Persekutuan (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

Khir bagaimanapun menegaskan, Umno Selangor menyokong Najib sepenuhnya sebagai ketua Umno Selangor dan aturan tersebut tidak seharusnya ditukar.

"Di negeri lain saya tidak tahulah, tapi Selangor menyokong sepenuhnya Datuk Najib sebagai pengerusi perhubungan.

"(Najib) menjalankan tugas dengan baik. Umno Selangor selesa dengan (aturan) ini dan kita minta Datuk Najib kekalkan," katanya yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar.

Tambahnya, beliau bagaimanapun menyerahkan kepada keputusan majlis tertinggi Umno yang bermesyuarat petang ini sama ada untuk memutuskan sebaliknya.

- Malaysiakini

Rumah Imam Dibakar kerana Aktif Membanteras Maksiat

Label:

(Gambar hiasan)

KUALA LUMPUR: Rumah imam dan dua ahli jawatankuasa (AJK) Surau At-Taufiqiah di Flat 16 tingkat di Sungai Besi di sini, dibakar awal pagi semalam, dipercayai perbuatan khianat individu yang kurang senang dengan tindakan mereka aktif melakukan usaha membanteras maksiat di kawasan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, individu terbabit dipercayai membakar kawasan luar rumah imam berkenaan di tingkat bawah sebelum membakar rumah dua lagi AJK surau berkenaan di tingkat satu dan sembilan.

Kejadian itu menyebabkan seluruh flat berkenaan terputus bekalan air berikutan paip PVC utama di tingkat sembilan yang menyambung bekalan ke rumah penghuni turut dibakar sehingga menyebabkan limpahan air .

Imam berkenaan, Besar Omar, 60, berkata dia menyedari kebakaran itu kira-kira jam 5.30 pagi selepas keluar rumah untuk ke surau bagi mengimamkan solat Subuh.

“Sebaik keluar rumah, saya lihat jiran sibuk memadamkan ampaian kain di depan rumah saya yang terbakar. Ketika itu baru saya tahu ampaian rumah saya dibakar dan selepas memeriksa, saya dapati baju keluarga saya disidai di ampaian mempunyai kesan terbakar.

“Saya tak risau dengan kebakaran itu, tapi apa yang saya kesalkan sikap individu terutama remaja di kawasan flat ini yang makin tidak berakhlak sehingga sanggup membakar rumah penghuni di sini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Besar yang juga pesara tentera berkata, dalam beberapa ceramah agamanya di surau sebelum ini, dia menegur remaja di flat itu kerana sikap mereka kurang berakhlak.

“Sebelum ini pun ada kes vandalisme apabila pihak tidak bertanggungjawab membuang sesuatu ke atas bumbung surau,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Abu Huzaifah Mohd Radzi, 26, yang tinggal di tingkat satu flat berkenaan berkenaan berkata, dia menyedari kebakaran di rumahnya selepas terhidu bau asap yang memenuhi ruang rumahnya sebelum melihat ampaian di hadapan dijilat api.

“Saya terjaga dari tidur apabila terhidu bau asap sebelum mendapati kepulannya menyelubungi seluruh rumah. Selepas memeriksa kawasan rumah, saya dapati ampaian di depan rumah dijilat api. Saya dan anggota keluarga bertungkus-lumus memadamkan api dan syukur usaha kami berhasil,” katanya.

Abu Huzaifah berkata, dia percaya individu terbabit membakar baju yang digantung pada ampaian berdekatan pintu depan rumah dengan harapan api akan menyambar pintu serta tingkap rumah.

“Saya juga percaya perbuatan khianat ini dilakukan mereka yang marah atau berdendam dengan AJK surau berikutan usaha kami melakukan operasi mencegah maksiat dari semasa ke semasa,” katanya.

Dia yang juga seorang peniaga mendakwa ada saksi melihat kelibat seorang lelaki berbaju cerah menunggu di atas motosikal dalam keadaan mencurigakan ketika kebakaran sebelum melarikan diri apabila kehadirannya disedari penghuni flat itu.

Menurut Abu Huzaifah, selepas selesai memadam api di ampaian rumahnya, dia terdengar bunyi limpahan air dari paip di tingkat atas dan dimaklumkan limpahan itu datang dari tingkat sembilan.

“Saya berlari ke tingkat sembilan dan mendapati ampaian rumah rakan saya yang juga AJK surau turut dibakar dan air memenuhi depan rumahnya selepas paip plastik utama berhampiran ampaian disambar api,” katanya.

Katanya, dia bersama penghuni lain memadam kebakaran itu dan mereka terpaksa menutup bekalan air bagi mengelak air melimpah.

Abu Huzaifah melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Sungai Besi.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

“Polis menyiasat kebakaran itu berdasarkan maklumat mangsa dan orang ramai di tempat kejadian. Setakat ini, motif kebakaran masih dalam siasatan.

“Saksi diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan bencana dengan menggunakan api.

-metro

Seorang Lagi Ditahan ISA Di Bawah Pentadbiran Najib

Label:

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menahan seorang lagi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya demi memerangi keganasan Jemaah Islamiah (JI) dalam negara.

Mohammad Fadzlullah Abdul Razak, 28, ditahan di Sungai Buluh, Selangor pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

"Polis cakap dia ditahan kerana keganasan antarabangsa," ujar Hasnol Hadi Abdul Razak, 25, ketika ditemui pagi tadi, di sini.

Menurut beliau, pihak terbabit kemudiannya menggeledah rumah bapanya ala-ala samseng tanpa waran.

Dalam penggeledahan tersebut, katanya, mereka merampas dua komputer riba, topeng, tali, kompas serta sebilah pisau, sehingga menakutkan beliau sekeluarga.

Mereka turut menuduh abangnya masih bergiat dalam aktiviti keganasan di Thailand sejak beberapa hari lalu.

Sedangkan, katanya lagi, abangnya yang juga graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu sudah setahun bekerja dan hidup aman damai bersama-sama beliau sekeluarga, di sini.

"Dia bukan baru sehari dua balik sini (Malaysia), sudah setahun dia bekerja di sini, tapi polis kata dia baru sehari dua balik ke Malaysia selepas berjihad," katanya yang juga juruteknik IT sebuah firma di Shah Alam.

Tidak cukup dengan itu, ujarnya, mereka turut mengugut bapanya sehari selepas abangnya ditahan tanpa bicara.

"Ada (kecam), dia telefon bapa saya dan ugut, saya boleh ditahan 5 tahun kerana saya tanya tentang abang saya," beliau menambah.

Menurut beberapa sumber, Mohammad Fadzlullah dipercayai ditahan menurut Seksyen 73(1) ISA untuk disoal siasat selama 60 hari.

Pun begitu, kebiasaannya, mereka yang ditahan tanpa bicara melewati tempoh masa tersebut, bergantung pada keputusan Najib dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan keluarga mangsa telahpun membuat aduan kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sabtu lalu.

Dilaporkan, Suaram telahpun bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman secara percuma.

"Suaram akan bantu, minta dia boleh diwakili peguam, keluarkan abang dulu," jelasnya.

-harakahdaily

Video Porno Selebriti: Apa Reaksi Presiden Indonesia

Label:

(GAMBAR menunjukkan protes skandal video seks selebriti Indonesia di sebatang jalan raya di Jakarta pada 19 Jun lalu)

JAKARTA – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berasa malu dan sedih ekoran skandal video seks melibatkan artis popular Indonesia yang tersebar luas di Internet baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

“Saya ingin tegaskan bahawa ini kali pertama perkara yang membabitkan masalah moral dengan munculnya rakaman video lucah dan keadaan itu membuatkan saya berasa sedih dan malu,” katanya.

Seorang pegawai Majlis Ulama Indonesia (MUI), KH M Ichwan Sam mendedahkan perasaan Susilo itu kepada wartawan selepas MUI mengadakan pertemuan dengan Presiden tersebut semalam.

Menurut Ichwan, Susilo berharap pihak berkuasa undang-undang seperti hakim, peguam dan polis bertindak tegas ke atas individu-individu yang terlibat melakukan rakaman video lucah dan mengedarkannya.

“Presiden meminta agar semua ketua keluarga, orang tua, para pendidik dan ulama mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi menangani masalah moral yang berlaku kini.

“Susilo turut meminta masalah-masalah tersebut dibahas secara telus pada persidangan MUI,” kata Ichwan.

Indonesia kini gempar dengan skandal video seks melibatkan pengacara televisyen terkenal, Cut Tari dan Luna Maya bersama penyanyi terkenal, Ariel Peterpan.

Setakat ini Ariel ditahan oleh polis dan disyaki sebagai pengedar video seks itu. -Agensi

– kosmo

Ahli Perniagaan yang Dikaitkan dengan PM Bersama Paris Hilton

Label:

(Gambar: Jho Low (kiri sekali) di atas bot mewah bersama Paris Hilton (tiga dari kiri)

KUALA LUMPUR - Nama Malaysia sekali lagi tercetak dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Menurut AFP, akhbar Perancis, Corse Matin melaporkan Paris Hilton ditahan di lapangan terbang Corsica selepas marijuana yang dibawa dalam bagnya dihidu oleh anjing pengesan.

Dalam laporannya, akhbar itu berkata, Hilton sedang mengembara bersama dengan seorang personaliti yang rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia ketika beliau ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun beliau dikatakan dilepaskan selepas setengah jam disoalsiasat.

Ekoran itu, pelbagai pihak tertanya-tanya siapakah lelaki itu.

Hari ini, media melaporkan, lelaki itu adalah Taek Jho Low, seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang berjaya mendapat hak untuk membangunkan tapak lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan siapakah orang misteri yang dikatakan rapat dengan anak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah mansor.

Shamsul mencabar perkara itu di Kota Bharu semasa Kongres PKR yang diadakan di sana bulan lalu.

Menurut Shamsul, Jho Low telah berjaya mendapatkan kontrak untuk membangunkan semula TUDM dengan nilai RM500 juta.

Bagi Shamsul, dakwaan ini sangat serius kerana cara hidup Jho Low di luar negara sangat meragukan.

Isteri Gagal Kawal Nafsu kerana Angkara Suami Dayus

Label:

(Gambar hiasan)

Angkara suami dayus, makin ramai wanita di negara ini menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.

Lebih memburukkan keadaan, ada yang terjerumus ke lembah hina kerana gagal menahan godaan syaitan selepas hidup kesepian tanpa belaian suami biarpun diri masih ‘bergetah’.

Ikuti gelora hidup empat wanita yang berkongsi nasib sama iaitu ditinggalkan suami tidak berhati perut, cuma pendekatan mereka mungkin berbeza dalam mengatasi kemelut perkahwinan.

LIZA, 28:
“HANYA Tuhan tahu betapa deritanya jiwa dan batin saya tidak dapat bersama suami selama enam tahun sejak bergelar isteri pada 2004.

Mungkin kerana perkahwinan kami atas dasar menurut kemahuan keluarga dan bukan kerana hubungan cinta, saya menjadi mangsa keadaan, dan enam tahun juga saya tidak mendapat belaian suami.

Kalau enam bulan saya boleh bertahan lagi (tidak bersetubuh bersama suami), tetapi bayangkan sehingga enam tahun dia tidak pernah menyentuh saya, malah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Wanita mana tidak dahagakan belaian lelaki, tambahan pula bila bersuami. Akibat tekanan perasaan, akhirnya saya gagal mengawal nafsu. Saya bertemu kembali bekas teman lelaki dan melakukan hubungan seks dengannya setiap kali bertemu.

uami mula menjauhkan diri daripada saya selepas setahun mendirikan rumah tangga dan dia kini menetap di sekitar Johor Bahru, Johor.

Saya sedar tindakan mengadakan hubungan bersama bekas teman lelaki adalah salah, lagi pula dia sudah berumah tangga, tetapi saya menganggap suami punca segala kemelut itu berlaku.

Daripada apa yang dapat saya rasakan, dia (suami) seakan-akan sangat membenci saya. Kalau tidak inginkan saya sebagai isteri, mengapa tidak ceraikan saya, sebaliknya dia menghilang entah ke mana.

Saya sungguh menderita, hidup sendiri tanpa ada zuriat. Adakalanya apabila tidak bertemu bekas kekasih, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memuaskan keinginan batin. Ia memang menyakitkan jiwa saya.

Bagaimanapun, perbuatan saya mengadakan hubungan dengan lelaki lain dan pergolakan suami akhirnya sampai ke pengetahuan keluarga masing-masing.

Selepas berubat secara Islam di Sinar Zamdurrani bersama Ustaz Shahran Shafie, suami saya didakwa terkena sihir oleh bekas kekasihnya sehingga membuatkan dia membenci saya.

Saya insaf di atas dosa yang pernah dilakukan dan berharap dapat menyelamatkan kembali rumah tangga. Semuanya terpulang kepada suami, saya berharap dia dapat menerima saya sebagai isteri. Jika tidak, saya mahu dilepaskan.”

SHIMA, 32:
“TIGA tahun digantung tidak bertali, saya terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki menampung hidup bersama dua anak.

Malah kerana gagal menahan gelora nafsu akibat ketiadaan suami, saya sanggup melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu dan kadangkala terlanjur dengan teman lelaki.

Bagaimanapun jauh di lubuk hati, saya menyedari perkara itu mengundang dosa.

Saya sedar mengenai halal dan haram. Malah, saya dan teman lelaki juga bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun saya tidak boleh kerana masih terikat dengan suami.

Kali terakhir saya mendengar berita mengenainya ialah tiga tahun lalu. Itupun daripada seorang kawan yang mengatakan suami saya berkahwin lain. Selepas puas mencari, saya masih tidak menjumpai tempat mereka menetap.

Sebab itu, kerana dahagakan kasih sayang, saya mula mencari teman lelaki. Dua anak saya juga memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang bapa. Alhamdulillah, saya menemui seorang lelaki yang sanggup menerima saya.

Apapun, saya masih berusaha mencari suami untuk mendapatkan kata putus daripadanya. Saya tidak pernah berhenti mencarinya. Lagipun saya tidak tahan menanggung azab digantung tidak bertali seperti ini. Wanita mana sanggup diperlakukan seperti ini?

Jika masih gagal mengesannya, saya akan mendapatkan khidmat nasihat jabatan agama Islam. Mungkin mereka ada cara untuk menyelesaikan perkara ini supaya saya tidak lagi bergelumang dengan dosa.”

-metro
Dah la Perkosa Anak, Siap Rakam Pulak...Memang Bapak Setan!!
Sabtu, Julai 24, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Julai 23, 2010 | Author: Tuk Kiyai
KOTA BHARU - Siti Sarnan Mat Ali, 42, ibu kepada Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang pernah menggemparkan negara kerana didakwa telah dinikahkan dengan Shamsuddin Che Deraman atau lebih dikenali sebagai Sudin Ajaib memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa anaknya tidak sempat disetubuhi lelaki itu.

"Anak saya memberitahu dia tidak sempat disetubuhi suaminya walaupun lelaki itu cuba menarik seluarnya ketika ingin 'bergurau' di sebuah hotel di sini," katanya yang memberi keterangan pada prosiding perbicaraan untuk membatalkan perkahwinan pasangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abdullah Man.

Siti Sarnan yang mewakili plaintif (Siti Nur Zubaidah) berkata demikian ketika menjawab soalan peguam mereka, Mohd. Zaki Zainal Abidin sama ada anaknya itu pernah bersetubuh selepas pasangan tersebut berkahwin.

Sementara itu, defendan pertama yang juga bapa kepada Siti Nur Zubaidah, Hussin Salleh, 54, turut hadir di mahkamah sementara defendan kedua, Shamsuddin pula tidak hadir dan kedua-dua mereka tidak diwakili mana-mana peguam.

Ibu kanak-kanak itu berkata, anaknya mendakwa dia bertindak menendang suaminya dan melarikan diri apabila lelaki itu cuba menarik seluarnya selepas mereka berkahwin.

"Malah hasil pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Selangor juga mendapati anak saya tidak disetubuhi," ujarnya.

Bagaimanapun, Siti Sarnan memberitahu, anaknya hanya mendakwa dirotan di punggung oleh suaminya kerana tidak menunaikan sembahyang.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka memandangkan anaknya belum baligh dan masih bersekolah.

Menurutnya, anak kedua daripada enam beradik itu juga belum matang dan belum layak bergelar isteri kerana tidak pandai memasak serta suka bermain seperti kanak-kanak lain.

"Selain itu, jarak usia anak saya dengan suaminya jauh kira-kira 30 tahun malah dari segi fizikal mereka juga amat berbeza," katanya.

Siti Sarnan berkata, beliau diberitahu oleh suaminya bahawa anak perempuannya itu telah berkahwin dengan Shamsuddin di sebuah madrasah di bandar Machang pada 18 Februari lalu.

"Saya juga mempertikaikan tentang tatacara perkahwinan mereka kerana tiada surat nikah dan tiada apa-apa rekod pun yang membuktikan perkahwinan mereka," katanya.

Abdullah kemudian mengarahkan Siti Sarnan membawa saksi ketika sambungan bicara yang ditetapkan pada 13 Oktober ini.

-kosmo

Datuk Dua Cucu Mengaku Berkhalwat dengan Janda
Khamis, Julai 22, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Janganlah kita hanya melihat perbuatan maksiat seperti zina, khalwat, dan sebagainya berlaku dalam kalangan remaja sahaja malah golongan yang telah berusia pun tidak terkecuali. Pada usia yang agak lanjut dan ketika "kubur memanggil" pun masih ada yang tidak sedar lagi dan masih melakukan perbuatan terkutuk....

[SH] BESUT- Seorang datuk yang mempunyai dua cucu berusia 55 tahun didenda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas mengaku salah berkhalwat dengan seorang ibu tunggal berusia 38 tahun.

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof memerintahkan lelaki yang turut mempunyai tujuh anak itu dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda seperti dikenakan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa berkhalwat setelah didapati berkurung dengan pasangannya dalam sebuah chalet sehingga mendatangkan syak.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik chalet dekat Pantai Peranginan Air Tawar, di sini jam 11.50 tengah malam, 24 Mac lalu.
Agnes Monica Pula Dikaitkan dengan Gambar Bogel?
Khamis, Julai 22, 2010 | Author: Tuk Kiyai

JAKARTA: Penyanyi lagu Matahariku, Agnes Monica, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang beredar di internet baru-baru ini adalah dirinya.

Kata pengurus selebriti berdarah campuran Indonesia - Cina itu, Chrish, gambar berkenaan dipalsukan kerana tidak menampakkan diri sebenarnya.

“Gambar itu tidak mempunyai tanda lahir seperti yang ada pada tubuh Agnes,” katanya, semalam.

Minggu lalu, gambar seorang wanita menyerupai Agnes, 24, dalam tab mandi beredar di Internet dan menimbulkan tanda tanya orang ramai, terutama pengguna laman sembang.

Kata Chrish, kesahihan gambar itu juga tidak boleh diterima akal kerana memaparkan wajah Agnes yang lengkap bersolek walaupun ketika mandi.

“Saya yakin Agnes akan membasuh dulu mukanya sebelum mandi,” katanya.

Seorang pengkaji, Abimanyu Wachjoewidajat, turut meragui kesahihan gambar berkenaan.

“Foto itu dibuat dengan penyuntingan kurang teliti kerana ada dua corak warna kulit berbeza di antara wajah dan tubuh.

Seorang pengkaji, Abimanyu Wachjoewidajat, turut meragui kesahihan gambar berkenaan.

“Foto itu dibuat dengan penyuntingan kurang teliti kerana ada dua corak warna kulit berbeza di antara wajah dan tubuh.

“Belahan rambut Agnes juga biasanya dari kiri ke kanan tetapi gambar itu menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Agnes berkata, orang ramai sentiasa menganggap personaliti terkenal sentiasa bersifat ‘suci’.

“Pantang-larang masih kuat dan orang ramai menganggap personaliti terkenal mesti bebas daripada kesalahan walaupun semua kita adalah manusia,” katanya. - Agensi

-metro

Persaingan di kalangan pemimpin Umno Selangor dalam mengutarakan isu pasir kini dilihat semakin ketara, terutama di antara kem penyokong Datuk Seri Khir Toyo dan Datuk Noh Omar.

Kedua-dua pihak dilihat saling ke hadapan dalam mengutarakan isu kecurian pasir yang kian membelenggu pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat, namun usaha ini berlangsung secara berasingan dan tidak secara bersepadu.

Pada 11 Julai lalu, Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor, bertindak membawa media ke kawasan melombong pasir di kawasan Kampung Bukit Changgang di daerah Dengkil.

Kemudiannya, pada 14 Julai pula, Noh pula memberi kenyataan kepada media selepas meninjau aktiviti pengeluaran pasir, dengan menaiki helikopter di sekitar Dengkil, Kuala Langat dan Batang Berjuntai.

Khir, pada malam semalam pula bertindak membawa beberapa orang penulis blog untuk meninjau satu kawasan perlombongan pasir di Kuala Selangor sehingga jam 1 pagi.

Kalangan penulis blog pro-Umno ini dikatakan tidak begitu menyukai Noh - yang juga timbalan ketua perhubungan Umno Selangor - yang pernah mencemuh golongan blogger sebagai kumpulan "musang berbulu ayam."

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khir bagaimanapun menafikan wujudnya persaingan antara mereka dan menyifatkan hubungan mereka kini dalam keadaan baik.

'Membesar bersama'

"Saya membesar sekali dengan beliau di satu kampung. Takkanlah kami hendak bergaduh.

"Saya sebagai pemimpin di peringkat negeri, Datuk Noh di peringkat persekutuan. Apabila dia pun (jalankan usaha sama), ini seolah-oleh memberi sokongan kepada usaha kita," jelasnya.

Persaingan antara kedua pemimpin ini mula dilihat susulan daripada cadangan untuk membolehkan jawatan pengerusi perhubungan Umno di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat diserahkan semula kepada pemimpin tempatan.

Jawatan pengerusi perhubungan Umno akan melayakkan penyandangnya dilantik sebagai menteri besar, sekiranya parti tersebut kembali menguasai negeri berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Cadangan itu disuarakan seorang naib presidennya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi - dengan tujuan memulihkan kembali kekuatan parti di Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Pada masa ini, jawatan tersebut disandang oleh pemimpin tertinggi Umno. Di Selangor, jawatan tersebut dipegang presidennya sendiri, Datuk Seri Najib Razak, Terengganu (Datuk Seri Hishammuddin Hussein), Pulau Pinang (Ahmad Zahid), Kedah (Datuk Shafie Apdal) dan Wilayah Persekutuan (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

Khir bagaimanapun menegaskan, Umno Selangor menyokong Najib sepenuhnya sebagai ketua Umno Selangor dan aturan tersebut tidak seharusnya ditukar.

"Di negeri lain saya tidak tahulah, tapi Selangor menyokong sepenuhnya Datuk Najib sebagai pengerusi perhubungan.

"(Najib) menjalankan tugas dengan baik. Umno Selangor selesa dengan (aturan) ini dan kita minta Datuk Najib kekalkan," katanya yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar.

Tambahnya, beliau bagaimanapun menyerahkan kepada keputusan majlis tertinggi Umno yang bermesyuarat petang ini sama ada untuk memutuskan sebaliknya.

- Malaysiakini

Rumah Imam Dibakar kerana Aktif Membanteras Maksiat
Rabu, Julai 21, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

KUALA LUMPUR: Rumah imam dan dua ahli jawatankuasa (AJK) Surau At-Taufiqiah di Flat 16 tingkat di Sungai Besi di sini, dibakar awal pagi semalam, dipercayai perbuatan khianat individu yang kurang senang dengan tindakan mereka aktif melakukan usaha membanteras maksiat di kawasan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, individu terbabit dipercayai membakar kawasan luar rumah imam berkenaan di tingkat bawah sebelum membakar rumah dua lagi AJK surau berkenaan di tingkat satu dan sembilan.

Kejadian itu menyebabkan seluruh flat berkenaan terputus bekalan air berikutan paip PVC utama di tingkat sembilan yang menyambung bekalan ke rumah penghuni turut dibakar sehingga menyebabkan limpahan air .

Imam berkenaan, Besar Omar, 60, berkata dia menyedari kebakaran itu kira-kira jam 5.30 pagi selepas keluar rumah untuk ke surau bagi mengimamkan solat Subuh.

“Sebaik keluar rumah, saya lihat jiran sibuk memadamkan ampaian kain di depan rumah saya yang terbakar. Ketika itu baru saya tahu ampaian rumah saya dibakar dan selepas memeriksa, saya dapati baju keluarga saya disidai di ampaian mempunyai kesan terbakar.

“Saya tak risau dengan kebakaran itu, tapi apa yang saya kesalkan sikap individu terutama remaja di kawasan flat ini yang makin tidak berakhlak sehingga sanggup membakar rumah penghuni di sini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Besar yang juga pesara tentera berkata, dalam beberapa ceramah agamanya di surau sebelum ini, dia menegur remaja di flat itu kerana sikap mereka kurang berakhlak.

“Sebelum ini pun ada kes vandalisme apabila pihak tidak bertanggungjawab membuang sesuatu ke atas bumbung surau,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Abu Huzaifah Mohd Radzi, 26, yang tinggal di tingkat satu flat berkenaan berkenaan berkata, dia menyedari kebakaran di rumahnya selepas terhidu bau asap yang memenuhi ruang rumahnya sebelum melihat ampaian di hadapan dijilat api.

“Saya terjaga dari tidur apabila terhidu bau asap sebelum mendapati kepulannya menyelubungi seluruh rumah. Selepas memeriksa kawasan rumah, saya dapati ampaian di depan rumah dijilat api. Saya dan anggota keluarga bertungkus-lumus memadamkan api dan syukur usaha kami berhasil,” katanya.

Abu Huzaifah berkata, dia percaya individu terbabit membakar baju yang digantung pada ampaian berdekatan pintu depan rumah dengan harapan api akan menyambar pintu serta tingkap rumah.

“Saya juga percaya perbuatan khianat ini dilakukan mereka yang marah atau berdendam dengan AJK surau berikutan usaha kami melakukan operasi mencegah maksiat dari semasa ke semasa,” katanya.

Dia yang juga seorang peniaga mendakwa ada saksi melihat kelibat seorang lelaki berbaju cerah menunggu di atas motosikal dalam keadaan mencurigakan ketika kebakaran sebelum melarikan diri apabila kehadirannya disedari penghuni flat itu.

Menurut Abu Huzaifah, selepas selesai memadam api di ampaian rumahnya, dia terdengar bunyi limpahan air dari paip di tingkat atas dan dimaklumkan limpahan itu datang dari tingkat sembilan.

“Saya berlari ke tingkat sembilan dan mendapati ampaian rumah rakan saya yang juga AJK surau turut dibakar dan air memenuhi depan rumahnya selepas paip plastik utama berhampiran ampaian disambar api,” katanya.

Katanya, dia bersama penghuni lain memadam kebakaran itu dan mereka terpaksa menutup bekalan air bagi mengelak air melimpah.

Abu Huzaifah melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Sungai Besi.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

“Polis menyiasat kebakaran itu berdasarkan maklumat mangsa dan orang ramai di tempat kejadian. Setakat ini, motif kebakaran masih dalam siasatan.

“Saksi diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan bencana dengan menggunakan api.

-metro
Seorang Lagi Ditahan ISA Di Bawah Pentadbiran Najib
Selasa, Julai 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menahan seorang lagi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya demi memerangi keganasan Jemaah Islamiah (JI) dalam negara.

Mohammad Fadzlullah Abdul Razak, 28, ditahan di Sungai Buluh, Selangor pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

"Polis cakap dia ditahan kerana keganasan antarabangsa," ujar Hasnol Hadi Abdul Razak, 25, ketika ditemui pagi tadi, di sini.

Menurut beliau, pihak terbabit kemudiannya menggeledah rumah bapanya ala-ala samseng tanpa waran.

Dalam penggeledahan tersebut, katanya, mereka merampas dua komputer riba, topeng, tali, kompas serta sebilah pisau, sehingga menakutkan beliau sekeluarga.

Mereka turut menuduh abangnya masih bergiat dalam aktiviti keganasan di Thailand sejak beberapa hari lalu.

Sedangkan, katanya lagi, abangnya yang juga graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu sudah setahun bekerja dan hidup aman damai bersama-sama beliau sekeluarga, di sini.

"Dia bukan baru sehari dua balik sini (Malaysia), sudah setahun dia bekerja di sini, tapi polis kata dia baru sehari dua balik ke Malaysia selepas berjihad," katanya yang juga juruteknik IT sebuah firma di Shah Alam.

Tidak cukup dengan itu, ujarnya, mereka turut mengugut bapanya sehari selepas abangnya ditahan tanpa bicara.

"Ada (kecam), dia telefon bapa saya dan ugut, saya boleh ditahan 5 tahun kerana saya tanya tentang abang saya," beliau menambah.

Menurut beberapa sumber, Mohammad Fadzlullah dipercayai ditahan menurut Seksyen 73(1) ISA untuk disoal siasat selama 60 hari.

Pun begitu, kebiasaannya, mereka yang ditahan tanpa bicara melewati tempoh masa tersebut, bergantung pada keputusan Najib dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan keluarga mangsa telahpun membuat aduan kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sabtu lalu.

Dilaporkan, Suaram telahpun bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman secara percuma.

"Suaram akan bantu, minta dia boleh diwakili peguam, keluarkan abang dulu," jelasnya.

-harakahdaily

Video Porno Selebriti: Apa Reaksi Presiden Indonesia
Selasa, Julai 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai

(GAMBAR menunjukkan protes skandal video seks selebriti Indonesia di sebatang jalan raya di Jakarta pada 19 Jun lalu)

JAKARTA – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berasa malu dan sedih ekoran skandal video seks melibatkan artis popular Indonesia yang tersebar luas di Internet baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

“Saya ingin tegaskan bahawa ini kali pertama perkara yang membabitkan masalah moral dengan munculnya rakaman video lucah dan keadaan itu membuatkan saya berasa sedih dan malu,” katanya.

Seorang pegawai Majlis Ulama Indonesia (MUI), KH M Ichwan Sam mendedahkan perasaan Susilo itu kepada wartawan selepas MUI mengadakan pertemuan dengan Presiden tersebut semalam.

Menurut Ichwan, Susilo berharap pihak berkuasa undang-undang seperti hakim, peguam dan polis bertindak tegas ke atas individu-individu yang terlibat melakukan rakaman video lucah dan mengedarkannya.

“Presiden meminta agar semua ketua keluarga, orang tua, para pendidik dan ulama mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi menangani masalah moral yang berlaku kini.

“Susilo turut meminta masalah-masalah tersebut dibahas secara telus pada persidangan MUI,” kata Ichwan.

Indonesia kini gempar dengan skandal video seks melibatkan pengacara televisyen terkenal, Cut Tari dan Luna Maya bersama penyanyi terkenal, Ariel Peterpan.

Setakat ini Ariel ditahan oleh polis dan disyaki sebagai pengedar video seks itu. -Agensi

– kosmo

Ahli Perniagaan yang Dikaitkan dengan PM Bersama Paris Hilton
Selasa, Julai 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai

(Gambar: Jho Low (kiri sekali) di atas bot mewah bersama Paris Hilton (tiga dari kiri)

KUALA LUMPUR - Nama Malaysia sekali lagi tercetak dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Menurut AFP, akhbar Perancis, Corse Matin melaporkan Paris Hilton ditahan di lapangan terbang Corsica selepas marijuana yang dibawa dalam bagnya dihidu oleh anjing pengesan.

Dalam laporannya, akhbar itu berkata, Hilton sedang mengembara bersama dengan seorang personaliti yang rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia ketika beliau ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun beliau dikatakan dilepaskan selepas setengah jam disoalsiasat.

Ekoran itu, pelbagai pihak tertanya-tanya siapakah lelaki itu.

Hari ini, media melaporkan, lelaki itu adalah Taek Jho Low, seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang berjaya mendapat hak untuk membangunkan tapak lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan siapakah orang misteri yang dikatakan rapat dengan anak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah mansor.

Shamsul mencabar perkara itu di Kota Bharu semasa Kongres PKR yang diadakan di sana bulan lalu.

Menurut Shamsul, Jho Low telah berjaya mendapatkan kontrak untuk membangunkan semula TUDM dengan nilai RM500 juta.

Bagi Shamsul, dakwaan ini sangat serius kerana cara hidup Jho Low di luar negara sangat meragukan.
Isteri Gagal Kawal Nafsu kerana Angkara Suami Dayus
Isnin, Julai 19, 2010 | Author: Tuk Kiyai