Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Kerajaan Jemput Israel Masuk Malaysia?

Label:

"Negara kita bukan diceroboh (seperti Israel menceroboh Palestin) tetapi kita menjemput penceroboh masuk ke Malaysia" - MP Rantau Panjang.

MP Sibu Meninggal Dunia.

Label:

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang. Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.

Sementara itu, Bernama memetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.
-
Malaysiakini

APCO: Dr Lo' Lo' Buat Laporan Polis

Label:

KUALA LUMPUR, 9 April: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali hari ini membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, mengenai pembabitan Kerajaan Malaysia dengan APCO Worldwide.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat memohon satu siasatan terperinci dilakukan terhadap APCO Worldwide. - harakah

Isu APCO: YDP Agong Perlu Campur Tangan -Anwar Ibrahim

Label:

Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menghantar surat kepada Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin memohon supaya menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan segala bentuk kontrak dengan Israel yang menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata, surat tersebut ditulis bagi meminta segala hubungan dengan Apco Worldwide dan syarikat B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PL diberhentikan dengan segera.

Anwar pada sidang media di Parlimen berkata beliau merujuk penjelasannya kali ini kepada beberapa surat yang diterimanya sebagai bukti yang diminta oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Antara surat tersebut ialah Surat Pengarah Jabatan Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 sementara satu lagi surat dimajukan kepada Surat Pengarah Logistik 3 Disember 2008 kepada KSU," katanya.

Rasis Jadi Makanan umNO Dulu, Kini dan Selamanya

Label:

Krisis kronik yang berlaku dalam pucuk pimpinan Umno seringkali ditutup dengan provokasi perkauman oleh segelintir pemimpinnya.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shahrin, Umno seharusnya berterima kasih kepada orang Melayu kerana sanggup diperalatkan oleh Umno semata-mata untuk kepentingan politik mereka sejak puluhan tahun lalu.

"Isu perkauman sentiasa menjadi makanan Umno bagi melindungi kepincangan dan masalah dalaman yang dihadapi mereka," kata Badrul ketika dihubungi Erapakatan hari ini.

Terdahulu, Noh Omar dalam ucapannya dalam satu konvensyen anjuran Barisan Nasional (BN) berkata, orang Melayu telah banyak berkorban untuk bukan Melayu.

Menurut Noh lagi, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima kasih kerana diberikan kerakyatan.

Kenyataan Noh yang berbaur rasis itu telah menyebabkan 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis tersebut.

Selain itu, tindakan majlis yang hanya menjemput pemimpin utama dari Umno untuk duduk di pentas utama menimbulkan kemarahan sekutu mereka. -EP

AGEN PERISIK ISRAEL DI BUKIT AMAN?

Label:

Di Parlimen semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujudnya "agen-agen" yang pernah bekerja untuk Tel Aviv bertindak sebagai kontraktor di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia.

Anwar mendakwa agen-agen Israel pernah bekerja di bilik server komunikasi PDRM Bukit Aman.

Adakah benar dakwaan Anwar itu? Kalau melihat kepada isu APCO yang hangat sekarang ini, dakwaan Anwar ada asasnya.

Tian Chua Serah Notis Bawa Usul Tamatkan Perkhidmatan Apco Worldwide

Label:

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua semalam menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat bagi membawa usul untuk mendesak kerajaan Persekutuan pimpinan Umno Barisan Nasional supaya menamatkan perkhidmatan Apco Worldwide.

Notis itu berbunyi: "Saya mohon mencadangkan bahawa parlimen Malaysia mendesak kerajaan segerakan membatal perjanjian Apco Worldwide Sdn Bhd dan menghentikan kerjasama sama sekali kerana ia mengancam keselamatan dan mencabuli kedaulatan negara."Penglibatan Apco secara tidak langsung dalam pentadbiran negara Malaysia ataupun penasihat kepada perdana menteri akan menggadaikan maruah kepada Zionis."

Dalam pada itu, Malaysiakini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula menyerahkan notis untuk merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ketua Pembangkang itu sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan ke Dewan Rakyat berhubung kenyataannya di dalam dewan yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Mengikut Nazri, BN akan mengemukakan usul itu pada 22 April, hari terakhir bagi sidang pertama, penggal ketiga bagi sesi parlimen ke-12.Anwar berhadapan dengan tindakan dikenakan amaran ataupun penggantungan daripada menghadiri sidang dewan, bergantung kepada keputusan jawatankuasa itu. -tvs

UMNO-BN AKAN HILANG SOKONGAN MELAYU DI HULU SELANGOR - KU LI

Label:

Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah menjangkakan KEADILAN-Pakatan Rakyat akan mampu menarik sokongan pengundi Melayu yang menyokong Umno-Barisan Nasional sekiranya parti itu menamakan calon Melayu yang berwibawa dan mempunyai ketokohan.

Malah menurut bekas Menteri Kewangan itu Barisan Nasional tidak akan mempunyai jalan mudah menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tersebut.

"Pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional. PKR akan mampu menarik banyak sokongan pengundi Melayu sekiranya calon Melayunya baik.

"Barisan Nasional tidak akan mendapat sokongan pundi Melayu," kata beliau selepas menyampaikan ceramah berhubung isu royalti minyak di Kota Kinbabalu, Sabah semalam.

PRK Hulu Selangor yang dijangka berlangsung pada 25 April depan diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen dari KEADILAN, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71 tahun minggu lalu akibat barah otak.

MIC telah menamakan calon tunggalnya, Datuk G. Palanivel sebelum pucuk pimpinan BN membuat keputusan muktamad sementara Umno Bahagian Hulu Selangor telah menghantar memorandum kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mendesak supaya kerusi itu diserahkan kembali kepada Umno.

Penyokong bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga telah memasang kain rentang dan poster untuk menonjolkan beliau sebagai calon berpotensi. SK

FITNAH TERHADAP ANWAR MODAL UMNO DI HULU SELANGOR

Label:

Umno Barisan Nasional dijangka menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai modal kempen politik dengan menabur pelbagai fitnah dalam usaha memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Demikian jangkaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi beliau sebaliknya menganggap strategi sedemikian belum tentu menguntungkan parti pemerintah itu kerana pengundi kian bijak menilai.

"Kalau Barisan Nasonal menggunakan pilihan raya ini untuk membuat fitnah kepada Anwar, teruskanlah. Itu terpulang pada rakyat untuk menerima kenyataan tersebut, rakyat bebas untuk mendengar,” katanya.

Seramai 64,500 pemilih berdaftar termasuk 799 pengundi pos bakal memilih Ahli Parlimen berikutan penyandang dari Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Zainal Abdin Ahmad meninggal dunia 25 Mac lalu.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan media arus perdana harus lebih bertanggungjawab dan adil supaya rakyat memperoleh maklumat yang tepat, seterusnya mencapai keputusan terbaik.

“Saya harap laporan berita itumesti saksama. Apa yang dikatakan oleh Barisan Nasional, apa yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat, semua mesti ditulis supaya rakyat dapat mengadili,” katanya

Dalam pada itu, Khalid berharap pembangunan yang dilaksanakan Pakatan Rakyat sepanjang dua tahun memerintah Selangor dapat diterangkan kepada rakyat berikutan media arus perdana cuba memadamkan fakta itu.

“Saya mahu berjumpa dengan rakyat. Saya mahu beritahu yang saya sudah menjalankan tugas lebih daripada dua tahun. Jadi saya hendak turun untuk bertanya sama ada rakyat faham apa yang saya lakukan, apa lagi mesti saya lakukan,” katanya.
-tvs
Kerajaan Jemput Israel Masuk Malaysia?
Sabtu, April 10, 2010 | Author: Tuk Kiyai

"Negara kita bukan diceroboh (seperti Israel menceroboh Palestin) tetapi kita menjemput penceroboh masuk ke Malaysia" - MP Rantau Panjang.

MP Sibu Meninggal Dunia.
Jumaat, April 09, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang. Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.

Sementara itu, Bernama memetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.
-
Malaysiakini
APCO: Dr Lo' Lo' Buat Laporan Polis
Jumaat, April 09, 2010 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR, 9 April: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali hari ini membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, mengenai pembabitan Kerajaan Malaysia dengan APCO Worldwide.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat memohon satu siasatan terperinci dilakukan terhadap APCO Worldwide. - harakah
Isu APCO: YDP Agong Perlu Campur Tangan -Anwar Ibrahim
Jumaat, April 09, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menghantar surat kepada Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin memohon supaya menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan segala bentuk kontrak dengan Israel yang menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata, surat tersebut ditulis bagi meminta segala hubungan dengan Apco Worldwide dan syarikat B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PL diberhentikan dengan segera.

Anwar pada sidang media di Parlimen berkata beliau merujuk penjelasannya kali ini kepada beberapa surat yang diterimanya sebagai bukti yang diminta oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Antara surat tersebut ialah Surat Pengarah Jabatan Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 sementara satu lagi surat dimajukan kepada Surat Pengarah Logistik 3 Disember 2008 kepada KSU," katanya.
Rasis Jadi Makanan umNO Dulu, Kini dan Selamanya
Khamis, April 08, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Krisis kronik yang berlaku dalam pucuk pimpinan Umno seringkali ditutup dengan provokasi perkauman oleh segelintir pemimpinnya.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shahrin, Umno seharusnya berterima kasih kepada orang Melayu kerana sanggup diperalatkan oleh Umno semata-mata untuk kepentingan politik mereka sejak puluhan tahun lalu.

"Isu perkauman sentiasa menjadi makanan Umno bagi melindungi kepincangan dan masalah dalaman yang dihadapi mereka," kata Badrul ketika dihubungi Erapakatan hari ini.

Terdahulu, Noh Omar dalam ucapannya dalam satu konvensyen anjuran Barisan Nasional (BN) berkata, orang Melayu telah banyak berkorban untuk bukan Melayu.

Menurut Noh lagi, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima kasih kerana diberikan kerakyatan.

Kenyataan Noh yang berbaur rasis itu telah menyebabkan 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis tersebut.

Selain itu, tindakan majlis yang hanya menjemput pemimpin utama dari Umno untuk duduk di pentas utama menimbulkan kemarahan sekutu mereka. -EP
AGEN PERISIK ISRAEL DI BUKIT AMAN?
Rabu, April 07, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Di Parlimen semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujudnya "agen-agen" yang pernah bekerja untuk Tel Aviv bertindak sebagai kontraktor di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia.

Anwar mendakwa agen-agen Israel pernah bekerja di bilik server komunikasi PDRM Bukit Aman.

Adakah benar dakwaan Anwar itu? Kalau melihat kepada isu APCO yang hangat sekarang ini, dakwaan Anwar ada asasnya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua semalam menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat bagi membawa usul untuk mendesak kerajaan Persekutuan pimpinan Umno Barisan Nasional supaya menamatkan perkhidmatan Apco Worldwide.

Notis itu berbunyi: "Saya mohon mencadangkan bahawa parlimen Malaysia mendesak kerajaan segerakan membatal perjanjian Apco Worldwide Sdn Bhd dan menghentikan kerjasama sama sekali kerana ia mengancam keselamatan dan mencabuli kedaulatan negara."Penglibatan Apco secara tidak langsung dalam pentadbiran negara Malaysia ataupun penasihat kepada perdana menteri akan menggadaikan maruah kepada Zionis."

Dalam pada itu, Malaysiakini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula menyerahkan notis untuk merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ketua Pembangkang itu sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan ke Dewan Rakyat berhubung kenyataannya di dalam dewan yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Mengikut Nazri, BN akan mengemukakan usul itu pada 22 April, hari terakhir bagi sidang pertama, penggal ketiga bagi sesi parlimen ke-12.Anwar berhadapan dengan tindakan dikenakan amaran ataupun penggantungan daripada menghadiri sidang dewan, bergantung kepada keputusan jawatankuasa itu. -tvs
UMNO-BN AKAN HILANG SOKONGAN MELAYU DI HULU SELANGOR - KU LI
Isnin, April 05, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah menjangkakan KEADILAN-Pakatan Rakyat akan mampu menarik sokongan pengundi Melayu yang menyokong Umno-Barisan Nasional sekiranya parti itu menamakan calon Melayu yang berwibawa dan mempunyai ketokohan.

Malah menurut bekas Menteri Kewangan itu Barisan Nasional tidak akan mempunyai jalan mudah menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tersebut.

"Pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional. PKR akan mampu menarik banyak sokongan pengundi Melayu sekiranya calon Melayunya baik.

"Barisan Nasional tidak akan mendapat sokongan pundi Melayu," kata beliau selepas menyampaikan ceramah berhubung isu royalti minyak di Kota Kinbabalu, Sabah semalam.

PRK Hulu Selangor yang dijangka berlangsung pada 25 April depan diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen dari KEADILAN, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71 tahun minggu lalu akibat barah otak.

MIC telah menamakan calon tunggalnya, Datuk G. Palanivel sebelum pucuk pimpinan BN membuat keputusan muktamad sementara Umno Bahagian Hulu Selangor telah menghantar memorandum kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mendesak supaya kerusi itu diserahkan kembali kepada Umno.

Penyokong bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga telah memasang kain rentang dan poster untuk menonjolkan beliau sebagai calon berpotensi. SK
FITNAH TERHADAP ANWAR MODAL UMNO DI HULU SELANGOR
Ahad, April 04, 2010 | Author: Tuk Kiyai