Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Gadis ini Robengah?

Label:

Benarkan si gadis ini Robengah yang menjadi mangsa rogol pemuda malaya?

Saya petik:

Raja diminta bersihkan kabinet daripada menteri perogol

[HD] TASEK GELUGOR, 31 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon Raja-Raja Melayu bertindak membersihkan nama negara apabila dua orang pemimpin negara ini dikaitkan dengan kezaliman terhadap rakyat asing.

"Perdana Menteri sampai hari ini tidak pernah dilihat bersih ekoran pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu dan ketika Perdana Menteri dilihat begitu gagal membersihkan namanya, tiba-tiba sejak beberapa hari lalu berulang lagi kehebohan tentang seorang menteri kabinet dituduh merogol warga Indonesia yang menjadi orang gajinya.

"Pelbagai peristiwa selepas pembunuhan Altantuya menyebabkan Perdana Menteri semakin dilihat tidak bersih ekoran pembunuhan wanita Mongolia itu manakala dokumen yang mengaitkan menteri berkenaan dengan perbuatan merogol orang gajinya semakin tersebar.

"Kesemua itu membusukkan nama negara dan menyebabkan negara ini dipandang hina," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ceramahnya di Karnival Jubli Perak PAS Tasek Gelugor.

Sebelum ini, Harakahdaily dan lain-lain media telah menyiarkan laporan WikiLeaks serta temubual dengan pihak-pihak terbabit tentang menteri kebinet yang dipercayai terlibat memperkosa pembantu rumah warga Indonesianya tiga tahun lalu.

Mahfuz yakin Raja-Raja Melayu tidak sanggup membiarkan nama baik negara terus buruk dan warga negara ini dipandang hina akibat perkara tersebut.

"Sokongan Raja-Raja Melayu amat diperlukan untuk membolehkan rakyat menuntut supaya diadakan suruhanjaya siasatan terhadap perkara itu bagi membersihkan nama baik negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Ketika para pelabur telah pun diingatkan oleh Bank 0f America Merrill Lynch supaya mengurangkan pelaburan ke negara ini, beliau bimbang keadaan ekonomi negara akan bertambah buruk jika Raja-Raja Melayu tidak bertindak tegas dengan segera untuk membersihkan nama baik negara ini.

Sebelum itu, dalam ucapannya di karnival itu, Mahfuz mengecam keras tindakan Umno yang semakin jelas memperalatkan Raja-Raja Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa.

Beliau menyeru Raja-Raja Melayu supaya tidak membiarkan diri mereka diperalat dan menjadi "balang oksigen" yang menyambung nafas Umno yang penuh dengan sejarah kerakusan mengkhianati orang-orang Melayu.

Sebelum ini, Mahfuz mengingatkan bahawa pihaknya akan berkempen secara ofensif dan habis-habisan ke seluruh negara untuk mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu.

Hebatnya "industri pelacuran" di ibu kota

Label:

(Kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti apa yang berlaku di dalam gambar di atas - Melepaskan nafsu serakah di tepi-tepi jalan seperti anjing kelaparan)

Begitulah realitinya di Malaysia, khususnya di ibu kota. Pusat-pusat pelacuran tumbuh seperti cendawan selepas hujan walaupun pihak berkuasa sering melakukan serbuan dan tangkapan. Persoalannya, mengapakah "taukeh-taukeh industri pelacuran" ini tidak serik menjalankan kegiatan mereka? Jawapannya mudah sahaja. Permintaan yang terlalu tinggi terhadap aktiviti tidak bermoral ini dan "incomenya" lumayan. Pelanggannya mudah didapati bermula dari kelas rendah hinggalah peringkat VIP. Mereka ini menjalankan kegiatan di semua tempat bermula dari rumah rehat hingalah ke hotel lima bintang. Malah orang Islam juga tidak terkecuali menjadi pelanggan. Beginilah jadinya jika agama diketepikan dalam kehidupan dan menjadikan nafsu serakah sebagai tuhan....

Saya petik:

DBKL roboh 262 bilik pelacuran

[KS] KUALA LUMPUR - Sebanyak 262 buah bilik kecil yang selama ini menjadi tempat untuk pelacur melayan pelanggan di Jalan Petaling dan Jalan Silang di sini dirobohkan semalam.

Operasi besar-besaran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu diadakan bagi membasmi kegiatan pelacuran yang menjadikan dua kawasan itu sebagai sarang maksiat.

Timbalan Penguasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Tanda Usoh memberitahu, pihaknya telah melakukan operasi seumpama itu sebanyak sembilan kali, namun pelacur masih terus beroperasi di kawasan berkenaan.

Katanya, dalam operasi semalam, sebanyak 225 bilik yang dibina di dalam 10 premis bangunan di Jalan Petaling telah dimusnahkan manakala di Jalan Silang pula melibatkan 37 bilik di sebuah premis dua tingkat.

"Kita bertindak merobohkan semua penghadang bilik yang diperbuat daripada papan lapis. Pelacur tidak tinggal di situ sebaliknya menggunakan bilik-bilik itu sebagai lokasi pelacuran sahaja," katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini semalam.

BONUS RM25,000 untuk setiap pemain

Label:

DUA wira negara, kapten, Safiq Rahim (kiri) dan peledak terbanyak kejohanan, Safee Sali memperaga trofi di KLIA, petang semalam.

Saya petik:

Bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi: Azzuddin

[BH] BONUS lumayan – sekitar RM25,000 – menunggu wira skuad Harimau Malaya pimpinan K Rajagobal yang mengerah keringat habis-habisan menamatkan kemarau 14 tahun menjuarai Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata presiden persatuan, Sultan Ahmad Shah akan membuat satu pengumuman penting mengenai ganjaran menarik itu setibanya pulang ke tanah air, minggu depan.

“Tuanku seorang yang sangat bermurah hati dan tidak berkira dengan pemain negara. Apa yang pasti bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi,” katanya selepas menyambut skuad negara yang pulang ke tanah air, semalam selepas menewaskan Indonesia dalam final di Stadium Gelora Bung Karno.

Angka besar yang bakal menggembungkan kocek pemain negara itu berpandu kepada perkiraan kasar hadiah kemenangan AS$100,000 (RM308,450) andai dibahagikan sama rata kepada 22 pemain serta RM5,000 setiap orang daripada Kementerian Belia dan Sukan dan RM4,000 setiap orang menerusi Tabung Akujanji Ganjaran Skuad Negara setakat ini.

Berpandu kepada kejayaan bersejarah itu, angka itu mungkin bertambah dengan FAM juga mungkin bermurah hati menambah wang sendiri buat menceriakan pemain kebangsaan sebagai satu penghargaan mengharumkan nama badan induk itu di pentas global.

Sementara itu, Azzuddin berkata skuad negara akan dikekalkan namun dalam masa yang sama tidak menutup pintu memasukkan lebih ramai bakat baru pada masa depan

"TIGER SHOW" di Hotel Marriot Putrajaya: Apa tindakan Jabatan Agama?

Label:

Saya petik:

Tiger show: Jabatan Agama diminta bertindak

[HD] KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pihak berwajib terutama Jabatan Agama Islam didesak menyiasat dan bertindak segera terhadap penganjuran satu pesta maksiat, pertunjukkan "Tiger Show", dalam Majlis Makan Malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi ketika membuat desakan itu berkata, pertunjukkan itu bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.

"Lebih menyedihkan lagi, rata-rata yang hadir dalam majlis itu ialah bangsa Melayu yang beragama Islam," tegasnya kepada Harakahdaily hari ini.

Sambil menyifatkan majlis tersebut telah menghina Islam dan umatnya, beliau berkata, rata-rata pekerja difahamkan amat tersinggung dengan majlis sedemikian.

"Tidak memadai dengan pertunjukkan-pertunjukkan seperti yang sudah sering kita dengar dianjurkan di kelab-kelab malam, tetapi kini penganjur dengan beraninya mempersembahkan pertunjukkan lucah itu dalam majlis makan malam anjuran syarikat kepada pekerja dan tetamu mereka secara terbuka di Hotel Marriot," katanya.

Penganjuran majlis yang mengandungi pertunjukkan lucah itu diketahui oleh beliau setelah dihubungi oleh seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan.

Individu tersebut kemudiannya telah menyerahkan 4 keping gambar kepada beliau bagi membuktikan keadaan majlis tersebut yang ternyata amat mengaibkan.

"Saya hitamkan gambar tersebut kerana tidak sanggup untuk menyiarkan gambar asal yang dikirimkan kepada saya kerana ia terlalu lucah dan memalukan.

"Ini satu mungkar yang tidak sepatutnya dianjurkan. Saya berharap agar pihak berwajib terutama jabatan agama Islam bertindak tegas," katanya.

(Gambar sekadar hiasan)

Saya bukan lesbian..

Label:

Gambar 'panas' ini tersebar menyebabkan pengacara 8TV Quickly tercalar

Saya tidak hairan dan pelik jika hal ini terjadi kepada orang bukan Islam tetapi saya geram jika ada Melayu Islam secara terang-terangan mengaku gay/lesbian malah berani dan bangga dengan slogan, "Saya gay, saya ok". Mereka ini mewarisi perangai umat Nabi Lut yang telah dibinasakan oleh Allah...

Saya petik:

[Mstar] PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, (gambar) menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet.

Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Saya dapat tahu tentang gambar itu daripada rakan saya, Qi dan tak tahu siapa yang menyebarnya.

"Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian.

"Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Julie, dia kesal dengan perlakuannya itu dan ia sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.

"Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya," jelasnya.

Sementara itu, Julie yang telah putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei lalu kini masih lagi belum menemui cintanya.

Katanya dia kini ingin fokus dengan karier pengacaraannya dan pada tahun depan, Julie akan aktif berlakon semula.

"Saya ada keluar dengan seseorang tetapi belum ke tahap serius lagi. Tapi saya masih berkawan baik dengan Qi. Tambah pula kami merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami, Popcorn Studio bersama seorang lagi rakan kongsi lain.

"Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan," katanya.

Polis Malaysia Cekap Tangkap Perogol, Buktinya...

Label:

Saya petik:

Polis tahan tiga suspek serta abang gadis untuk siasatan

[BH] KUALA TERENGGANU: Gara-gara abang tidak dapat menyelesaikan masalah dengan rakannya, si adik dijadikan mangsa apabila dilarikan dan dirogol tiga lelaki di sebuah rumah kosong di Kampung Pasir Panjang, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa berusia 16 tahun berada di rumahnya bersama keluarga di Kampung Belukar Gorek, Bukit Payung didatangi dua suspek iaitu rakan abangnya yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah dan melarikan mangsa menaiki sebuah kereta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata selepas kejadian itu, kakak mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang suspek memberitahu akan menghantar adiknya pulang.

Beliau berkata, kira-kira jam 10 pagi, kakaknya menerima panggilan pula daripada seorang wanita memberitahu adiknya berada dalam keadaan baik, tetapi enggan memberitahu di mana mangsa berada.

“Bimbang dengan keselamatan mangsa, ibunya berusia 52 tahun membuat laporan polis dan selepas melakukan pemeriksaan nombor telefon digunakan suspek wanita, polis mengesan serta menahannya di Kampung Pulau Rusa, Manir.

“Dari soal siasat, polis menyerbu sebuah kedai runcit di kampung sama dan menahan tiga suspek lelaki kira-kira jam 12.20 tengah hari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Manoharan berkata, tidak lama kemudian, polis juga menahan abang mangsa berusia 31 tahun bersama seorang lagi suspek yang dipercayai kawannya ketika membawa pulang adiknya ke rumah.

Katanya, semua suspek yang ditahan berusia 20, 26 dan 27 tahun masing-masing berasal dari Kuala Lipis, Pahang serta Bachok dan dan Pasir Mas, Kelantan bekerja sebagai buruh serta peniaga rokok, manakala wanita menelefon kakaknya berusia 14 tahun dilepaskan dengan jaminan polis.

“Abang mangsa dan semua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Seksyen 376 kerana rogol.

“Polis menyiasat kes ini selepas mangsa mengadu dia dirogol ketika bersama suspek di sebuah rumah kosong dan kita percaya suspek membawa lari mangsa untuk menyelesaikan masalah antara suspek dengan abang mangsa,” katanya.

p/s: Gambar sekadar hiasan (Ketiga-tiga suspek ini pun didakwa atas kesalahan merogol juga, tetapi kes lain)

Pengarah JAIS yang baru

Label:

Saya petik:

Marzuki terima surat lantikan Pengarah JAIS

[BH] SHAH ALAM: Pegawai Daerah Sabak Bernam, Marzuki Hussin semalam mengesahkan beliau menerima surat pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kelmarin, bagi menggantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi yang dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Saya akan melaporkan diri pada 3 Januari ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Marzuki, 56, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Bangi, Kuala Langat sebelum meneruskan pendidikan pada peringkat menengah di Sekolah Tinggi Kajang.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dalam jurusan pengurusan dan geografi (Pengajian Islam) di Universiti Malaya (UM).

Antara jawatan yang disandang beliau sebelum ini ialah Penolong Pengarah Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Sepang; Penolong Setiausaha di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kemudian dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di kementerian sama.

Jawatan lain yang pernah disandang beliau ialah Pengarah Khidmat Pengurusan, Jabatan Veterinar; Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sebelum ke jawatan terakhir iaitu Pegawai Daerah Sabak Bernam.

Beliau adalah anak bongsu daripada 12 beradik dan mempunyai seorang isteri, Shamsiah Md Lajim, 48, yang berkerja sebagai guru serta empat anak.
Pelantikan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan kelmarin.

PROFIL: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

  • Nama: Marzuki Hussin, 56,
  • Isteri: Shamsiah Md Lajim, 48,
  • Anak bongsu daripada 12 beradik

  • Pendidikan:
    - Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Bangi, Kuala Langat sebelum meneruskan pendidikan pada peringkat menengah di Sekolah Tinggi Kajang.
    - Melanjutkan pelajaran dalam jurusan pengurusan dan geografi (Pengajian Islam) di Universiti Malaya (UM).

  • Jawatan:
    Penolong Pengarah Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Sepang; Penolong Setiausaha di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kemudian dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di kementerian sama.
  • Jawatan lain yang pernah disandang beliau ialah Pengarah Khidmat Pengurusan, Jabatan Veterinar; Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sebelum ke jawatan terakhir iaitu Pegawai Daerah Sabak Bernam.
  • [PANAS Mesti baca] Surat aduan adik Robengah sudah terang lagi bersuluh?

    Label:

    Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas. Jika anda besarkan imej surat pada halaman 1 di atas , anda akan nampak nama menteri tersebut di belakang tulisan yang dihitamkan itu.

    Inilah surat yang didakwa dari adik Robengah kepada Migrant Care (NGO). Individu-individu yang terlibat dalam Migrant Care dan Tenaganita adalah jelas kerana disertakan dengan nombor telefon.

    Saya amat bersetuju dengan ucapan dari Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dalam FMT:

    Saya petik:

    Santiago pula menyatakan dakwaan dalam laporan tersebut juga perlu diperhalusi. “Pendedahan ialah pendedahan. Anda tidak tahu samada ia benar atau tidak,” tambah beliau.

    “Anda perlu berhati-hati dengan WikiLeaks. Ia (laporan WikiLeaks) memberi kesan buruk,” kata beliau sambil menambah laporan tersebut mungkin hanya perbincangan di antara Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan kerajaan Malaysia.”

    Mantan presiden Transparency International – Malaysia Ramon Navaratnam bersetuju dengan Santiago.

    “Kesahihan laporan ini dipersoal kecuali jika kita mempunyai dokumen untuk merujuk dan mengesahkan bahawa laporan tersebut bukan tiruan,” kata beliau.

    “Jika ia disahkan benar dan bukti sangat tepat, maka mereka yang bersalah perlu bertanggungjawab. Ini perlu demi integriti ketelusan dan ciri pemerintahan kerajaan yang baik,” tambah Navaratnam.

    Bank Amerika arah pelabur keluar dari Malaysia

    Label:

    Jika umno BN terus-menerus mengamalkan politik "kanggaroo", saya pasti lebih banyak lagi pelabur asing akan keluar dari Malaysia. Beginilah jadinya kalau umno asyik sibuk mempertahankan kuasa.

    Saya petik:

    Bank Amerika arah pelabur keluar - Mahfuz

    [HD] TEMERLOH: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendedahkan terdapat institusi kewangan dari Amerika Syarikat mengarahkan pelabur-pelabur dari negara itu mengalihkan perniagaan ke negara lain selepas isu penggantungan Ketua Pembangkang di parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

    Ahli Parlimen Pokok Sena itu menjelaskan, perkembangan tersebut berlaku akibat timbul krisis keyakinan terhadap pemerhati ekonomi luar negara kerana pertama kali berlaku dalam sejarah negara Komanwel ketua pembangkang digantung.

    Berucap dalam satu majlis dialog isu semasa dengan ahli-ahli PAS Kawasan ini yang berlangsung di pejabat Perhubungan PAS Pahang di sini, Mahfuz berkata keadaan tersebut sudah tentulah merugikan negara dari aspek ekonomi.

    “Saya diberitahu apabila Anwar Ibrahim bersama tiga orang ahli parlimen pembangkang digantung, sebuah bank di Amerika segera menasihatkan para pelabur Amerika yang berurusniaga di sini segera mengalih dana mereka ke negara lain.

    “Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara Komanwel ketua pembangkang digantung dan mereka yang sentiasa memerhati perkembangan bimbang dengan kesan kestabilan politik dan kesannya akan dirasai nanti,” katanya.

    Tambahnya, dengan perkembangan ini dan beberapa faktor yang tidak menyebelahi pemerintah, beliau berpendapat tidak mungkin pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada masa terdekat tetapi tidak akan melebihi tempoh 18 bulan.

    (Gambar sekadar hiasan)

    Kaum India akan menangkan BN di Kedah

    Label:

    Saya petik:

    [MK] Sokongan daripada masyarakat India amat diperlukan bagi menguatkan jentera Barisan BN bagi memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

    Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata masyarakat India di negeri itu mulai sedar akan kesilapan mereka pada pilihan raya umum lepas dan kini kembali menyokong BN.

    "Saya yakin masyarakat India di negeri ini telah menunjukkan sokongan padu kepada kepimpinan BN dalam usaha untuk merampas kembali Kedah daripada kepimpinan parti pakatan," katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan bersama kepimpinan Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), yang diketuai Pengerusi IPF Kedah, K Velauthan di Pejabat Umno di Alor Setar hari ini.

    Pertemuan itu sebagai tanda sokongan IPF terhadap pelantikan Ahmad Bashah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru.

    Ahmad Bashah yakin ia satu petanda baik bagi kesemua parti komponen BN Kedah dan ketiga-tiga parti komponen India berganding bahu untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada BN.

    Velauthan berkata IPF sentiasa memberi sokongan padu kepada Ahmad Bashah dalam usaha mengatur strategi baru bagi merampas kembali Kedah daripada parti pakatan pada pilihan raya umum kelak.

    "IPF akan bekerjasama dengan Umno dan akan bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan BN menang pada pilihan raya umum nanti," katanya. --Bernama

    Menteri perkosa amah: Rupanya isteri menteri hantar amah balik ke negara asal

    Label:

    Saya petik:

    [HD] KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

    Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

    "Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

    Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

    Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
    (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

    Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

    Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

    Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

    "Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

    Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

    Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

    "Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

    Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

    "Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

    Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

    Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

    Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

    Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

    Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

    Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

    Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

    Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

    Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

    Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

    Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

    Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

    Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

    Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

    Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

    Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.

    Pelajar 14 tahun dirogol 8 lelaki!! Nak tiru Pak Menteri?

    Label:

    Kepada ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, jagalah anak anda dengan sebaik mungkin. Janganlah berlaku seperti kes di bawah ini.

    Saya petik:

    [SH] SEKINCHAN – Padah mengikut nafsu, lapan remaja, termasuk seorang pelajar menengah atas, bakal berdepan tindakan mahkamah kerana disyaki mencabul dan merogol seorang pelajar 14 tahun secara bergilir dalam kawasan sawah berhampiran Parit Pakat Tali Air 6, di sini, 18 Disember lalu.

    Suspek berusia antara 16 dan 22 tahun itu berjaya dijejaki dan diberkas polis setelah menerima aduan daripada mangsa, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Tanjung Karang, Kuala Selangor.

    Ketua Polis Daerah, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, semua suspek ditahan reman sebelum pertuduhan dibacakan hari ini di Mahkamah Seksyen Klang dan Mahkamah Majistret Kuala Selangor mengikut Seksyen 376 dan 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan mencabul.

    Menurut beliau, dalam kejadian antara jam 4 dan 5 pagi itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal bersama seorang rakan sebaya sebelum dihampiri kumpulan lelaki berkenaan yang bertindak mengganggu dan menghalang perjalanan.

    “Mangsa terperangkap dan dipercayai dirogol secara bergilir oleh lapan suspek berkenaan. Rakannya berjaya menyelamatkan diri.

    “Kami tidak menolak kemungkinan semua suspek penduduk tempatan dan mereka adalah kumpulan lepak di kawasan itu,” katanya.

    Laporan polis dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Derah (IPD) Sabak Bernam.

    Noor Mushar berkata, buat masa ini, mangsa berada dalam keadaan stabil dan menumpang buat sementara di kediaman rakannya di sini.

    Beliau berkata, kejadian seumpama itu dapat dielakkan sekiranya ibu bapa mengambil berat mengenai aktiviti ahli keluarga, lebih-lebih lagi remaja.

    Jelasnya, meskipun pada musim cuti sekolah, kegiatan anak perlu sentiasa dipantau dan diawasi apatah lagi membabitkan anak perempuan.

    “Sebagai ibu bapa kita mesti tahu di mana dan dengan siapa mereka berkawan, jangan terlalu mudah melepaskan anak keluar apatah lagi membiarkan mereka keluar sehingga lewat malam,” katanya.

    (Gambar sekadar hiasan)

    Mengapa si dia ini dilantik Pengerusi Felda?

    Label:

    Mengapakah si dia?

    Saya petik:

    [FMT] KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

    Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

    Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Pelantikan ini juga berkuatkuasa pada 1 Jan 2011.

    Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusof di atas perkhidmatan beliau menerajui Felda bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Disember 2010.

    Di bawah kepimpinan Mohd Yusof, Felda telah mengalami transformasi membanggakan serta menempa pelbagai kejayaan, sekali gus menjadi penyumbang ekonomi negara, menurut kenyataan itu.

    Mohd Isa, yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari 1982 hingga 2004, merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno.

    Beliau merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

    Beliau menang besar dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Oktober 2009 mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.

    - Bernama

    10 Perkara dalam Buku Jingga PR yang menakutkan BN & kroni

    Label:

    Buku Jingga mengariskan beberapa perkara antaranya:

    1. Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

    2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

    3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan memperkenal imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.

    4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

    5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

    7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

    8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.

    9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.

    10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

    Abang izin adik ditiduri rakan

    Label:

    Saya petik:

    JAIK tahan dua beradik dengan pasangan di bilik berasingan sebuah hotel

    [BH] ALOR SETAR: Seorang abang 'bermurah hati' membiarkan rakannya meniduri adik perempuannya di sebuah hotel murah di Jalan Alor Mengkudu, di sini sebelum pasangan itu dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), petang kelmarin.
    Dalam ‘Ops Krismas’ itu, lelaki terbabit yang berusia 24 tahun turut dicekup berkhalwat dengan pasangannya berusia 22 tahun yang juga rakan adik perempuannya di sebuah bilik berasingan hotel berkenaan.
    Siasatan mendapati pasangan yang ditangkap berkhalwat itu baru mengenali antara satu sama lain.

    Ketua Operasi JAIK, Md Nasir Md Dali, berkata dalam pemeriksaan lanjut, lelaki terbabit hanya berseluar jeans tanpa baju manakala pasangannya memakai baju tidur nipis bertali halus tanpa coli dan seluar dalam.

    “Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan mengaku baru berkenalan,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

    Md Nasir berkata, pemeriksaan di bilik kedua pula, penguat kuasa JAIK menemui seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian lengkap berdua-duaan tanpa ikatan sehingga menimbulkan syak.
    Beliau berkata, ketika disoal siasat wanita itu mengaku dia adik kepada lelaki yang ditahan di bilik pertama dan datang ke hotel murah itu bersama rakannya yang juga pasangan khalwat abangnya.

    “Lelaki berusia 24 tahun dan rakannya itu bekerja sebagai nelayan di Kuala Kedah, manakala adik perempuannya dan seorang lagi wanita masing-masing tidak bekerja.

    “Apa yang mengejutkan mengapa abang wanita itu sanggup membiarkan adiknya tidur semalaman dengan rakannya di bilik hotel itu,” katanya.

    Kicap pekat berperisa CICAK!!

    Label:

    NORAZURA menunjukkan bangkai cicak yang dijumpai dalam botol kicap soya pekat di Taman Merpati, Kangar semalam.

    Bayangkan anda dan keluarga memakan kicap yang ada bangkai cicak di dalam botol. Memang meloyakan tekak...

    Saya petik:

    [KS] KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.

    Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

    Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

    "Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

    "Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

    2 anggota polis ditahan disyaki pukul lelaki ini

    Label:

    (Gambar mangsa)

    Benarkah lelaki tersebut disyaki membawa dadah? Baca di sini.

    Saya petik:

    [MK] Dua anggota polis, dipercayai memukul seorang lelaki yang ditahan semasa sekatan jalan raya kerana disyaki membawa dadah Sabtu lepas, ditahan hari ini.

    Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata kedua-dua anggota berpangkat konstabel serta berumur 25 dan 27 tahun dari Balai Polis Kota Damansara itu ditahan selepas kawad cam oleh lelaki berkenaan semalam.

    "Dalam kawad cam itu, enam orang telah dibuat kawad cam dan daripada jumlah itu, dua telah ditahan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

    Beliau berkata sebelum itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat laporan yang dibuat mangsa berhubung kejadian tersebut.

    "Polis melihat kes ini adalah serius dan wujudnya penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota polis, dan tiada sebarang diskriminasi jika mereka bersalah," katanya.

    Bagaimanapun, Tun Hisan berkata siasatan mendapati terdapat elemen palsu dalam laporan polis lelaki tersebut.

    "Selepas itu, satu laporan telah dibuat oleh pasukan itu tentang laporan lelaki tersebut yang dipercayai mempunyai elemen palsu.

    "Seramai 20 orang telah direkodkan percakapannya, termasuk doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki itu, polis yang ditahan serta orang awam," katanya.

    Beliau berkata penahanan kedua anggota polis yang berkhidmat selama empat tahun itu bukan bermakna mereka bersalah tetapi bagi membantu siasatan, dan mereka akan ditahan reman mulai esok.

    "Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya. Sabtu lepas, seorang lelaki mendakwa dipukul beberapa anggota polis ketikaditahan dalam sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara kerana disyaki membawa dadah, dan wangnya sebanyak RM13,000 telah diambil anggota polis tersebut.
    - Bernama

    Kerana gilakan amah, suami sanggup keji bodi isteri

    Label:

    Ini bukan kes menteri kabinet Malaysia yang merogol amah seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks tetapi berlaku kepada rakyat biasa. Kerana suami syok amah Indonesia. bodi isteri dikeji....

    Saya petik:

    [HM] KUALA LUMPUR: Remuk hati seorang isteri apabila suami yang dikahwini lebih 20 tahun lalu mengeji payudaranya sudah tidak menarik sebelum meninggalkannya untuk menjalin hubungan cinta dengan pembantu rumah warga Indonesia.

    Isteri malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 43, mendakwa suaminya yang berusia 45 tahun mengabaikan dia dan anak-anak sejak tiga bulan lalu hingga langsung tidak menghulurkan nafkah.

    “Hati saya bertambah sakit apabila suami tanpa segan silu memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu tahun depan.

    “Paling menyedihkan apabila bentuk fizikal saya yang tidak lagi menarik selain payudara saya yang sudah kendur dijadikan bahan sindiran untuk menghina dan mencaci saya di depan anak.

    “Dia sering bersungut kononnya saya malas menjaga badan menyebabkan dia hilang selera setiap kali bersama saya. Maruah saya dihina hingga saya malu apatah lagi bila dia sengaja bercakap dengan suara tinggi hingga didengar jiran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gombak.

    Faridah mendakwa, suaminya juga sering membandingkan dirinya dengan amah Indonesia itu yang didakwa berkulit tegang dan gebu kerana mengamalkan pemakanan jamu selain petua awet muda.

    Faridah yang mendirikan rumah tangga pada 1990 berkata, keadaan kekurangan fizikal dialami banyak berpunca dari faktor genetik selain terpaksa menyusukan semua enam anaknya ketika mereka kecil. Kini anaknya berusia antara lima hingga 20 tahun.

    “Akibat kesempitan hidup, saya tidak mampu membelikan susu tepung dan terpaksa memberi susu badan kepada semua anak. Ada antaranya yang menghisap susu badan sehingga berusia lima tahun. Mungkin faktor itu menyebabkan payudara saya tidak lagi menarik,” katanya.

    Dia yang bergantung hidup dengan menjual kuih dan nasi lemak memberitahu kesibukannya berniaga selain menguruskan anak-anak serta rumah tangga menyebabkan keadaan dirinya sering kali tidak terurus.

    “Saya sedih diperlakukan seolah-olah saya tiada harga diri. Di matanya, saya cukup jijik hingga makanan yang saya hidangkan sering kali tidak dijamah,” katanya.

    Kata Faridah, sebelum ini dia banyak berkorban untuk keluarga kerana menyedari pendapatan suaminya yang kecil selain perlu menanggung kos sewa rumah, persekolahan dan makan minum keluarga.

    “Namun apa yang saya lakukan ini langsung tidak dihargai apabila dia kemaruk bermain cinta dengan gadis Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah.

    “Perkara ini hanya saya sedari apabila telefon bimbit suami saya kerap berdering pada waktu malam sebelum dia dilihat gemar berbual dalam keadaan berbisik.

    “Rasa curiga menyebabkan saya memberanikan diri bertanya sebelum dia tanpa berselindung menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu dan meminta saya memberi persetujuan,” katanya.

    (Gambar sekadar hiasan)

    Harga makanan & minuman naik bulan depan!!

    Label:

    Saya petik:

    [kosmo] KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.

    Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.

    Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.

    (Gambar sekadar hiasan)

    "POLIS pukul saya kerana mahu DUIT!"

    Label:

    Kejadian ini bukannya berlaku kepada polis di India tetapi polis Malaysia yang majoritinya mengucap dua kalimah syahadah....Jika benarlah dakwaan mangsa, alangkah kecewanya rakyat Malaysia. Ketua Polis Negara perlu mengambil serius kejadian ini supaya kepercayaan rakyat terhadap PDRM tidak terjejas...

    Saya petik:

    [MR] Dia ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Bermuntah darahnya, terpelantingnya pada dinding. Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana. Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya. Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya beliau membuat laporan polis.

    Demikianlah pengalaman Chia Bung Hing (gambar), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput. Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis. Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.

    Chia Bung Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana. Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis.

    Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman. Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis. Chia Bung Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli. Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah.

    Demikianlah pengalaman lima hari Chia Bung Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini. Chia Bung Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.

    Sembunyikan diri dalam longkang

    Chia Bung Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian. Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Bung Hing setelah tiba di balai.

    Apabila dihubungi dengan telefon, barulah mereka mendapati bahawa Chia Bung Hing bersembunyi di dalam longkang kerana terlalu takut untuk masuk ke Balai Polis secara bersendirian. Meskipun melalui segala penyeksaan ini, Chia Bung Hing masih bersyukur, "Saya berterima kasih kepada Tuhan, kerana nyawa saya masih hidup bila keluar (dari balai polis). Saya ingat, dalam balai polis ... saya akan mati di situ. Saya rasa tak ada harapan lagi. Bila saya minta nak hubungi isteri dan ibu, mereka memijak saya dengan lebih kuat... Jadi saya percaya saya akan mati."

    Chia Bung King menyeru, "Saya mengharapkan bantuan anda. Saya tidak berharap peristiwa macam ni berulang. Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat, banyak yang dipukul mati..."

    Beliau menahan sebak ketika mengenang apa yang berlaku beberapa hari lalu, berkata "Dengan bantuan YB dan peguam, rakyat, jangan perkara ini berulang pada orang lain... Saya masih berani untuk tampil dan menyuarakannya, kerana ia berlaku pada diri saya. Walaupun doktor kata tidak apa lagi (kecederaannya), tapi saya asyik pening kepala saja beberapa hari ni..."

    Polis nampak wang nota

    Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Bung King memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana menuju ke Kota Damansara. Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen memandu. Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau menyeluk saku depan seluarnya. Menurut Chia, polis meminta wang daripadanya, tetapi ditolak Chia.

    Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje. Kalau you angkat duit saya, saya akan report balai." Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."

    Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan kamera telefon bimbitnya. Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang. Polis mahu duit!"

    Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini, malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku. Beliau dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway. Beliau terus dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.

    Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai. "You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia. Chia mendakwa bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar balai dengan RM5,000.

    Chia Bung King ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor. Chia menjelaskan bahawa dirinya memungut wang pendapatan di ketiga-tiga kedainya pada hari itu, untuk membayar jamuan hari jadi ibunya di restoran. Malah, beliau membawa dana bantuan untuk seorang penganut agama dari persatuan kuil-nya. Ini menjelaskan mengapa beliau membawa wang tunai begitu banyak pada dirinya ketika ditahan.

    Diugut polis

    Chia Bung King diugut untuk membuat laporan bahawa kecederaannya disebabkan kemalangan jalan raya, seandainya beliau mahu dibenarkan untuk menelefon isteri dan ibunya, dan dibebaskan. Malah, polis yang menggarinya berkata, "Kalau you tak buat report itu, saya akan taruh parang besar yang berdarah dan taruh dadah dalam kereta awak kasi you supaya kaukau (dahsyat), dan lokap sama lu long term."

    Pada jam 3 pagi 19 November, Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah. Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis. Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.

    Chia ditolak oleh polis yang menggarinya sehingga jatuh berguling-guling dari tingkat ketujuh hingga ke tingkat ketiga. Chia mendengar suara polis berbunyi "Mahu tolak lu mati". Pada ketika itu, Chia sudah muntah darah dan berbuih di mulut. Menurut Chia lagi, beliau dibawa oleh lima anggota polis ke satu padang dan ditolak jatuh, namun beliau tidak mati, dan akhirnya dibawa ke hospital.

    Selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman. Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan majistret. Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama Azizuddin. Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.

    Chia yang dilepaskan pada 22 Disember, membuat aduan polis semula di balai polis Shah Alam pada 23 Disember bersama Lim Lip Eng. Beliau tidak lagi menaruh kepercayaan kepada polis di IPD Petaling Jaya, dan beliau mendakwa dirinya masih mampu cam polis yang memukulnya.

    Menurut Lim Lip Eng, IPK Selangor telah mengesahkan mereka akan menjalankan siasatan ke atas balai polis Kota Damansara dan mengambil keterangan daripada mangsa kes ini.

    Doktor Samseng: Tumbuk, pijak dan ugut untuk suntik racun maut kepada pesakit wanita

    Label:

    Memang samseng dan tidak berrmoral. Sanggup mengugut untuk menyuntik racun maut ke dalam badan pesakit. Kementerian Kesihatan perlu mengambil tindakan serius terhadap doktor berkenaan jika benar dakwaan yang dibuat mangsa.

    Saya petik:

    [HM] SUBANG JAYA: Hanya kerana mahu mendapatkan laporan perubatan mengenai penyakitnya, seorang wanita berusia 25 tahun cedera di muka dan badan selepas ditumbuk serta dipijak doktor yang merawatnya di sebuah klinik swasta, di sini, kelmarin.

    Malah, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, doktor berusia 40 tahun terbabit turut mengugut untuk menyuntik mangsa dengan ubat didakwa mengandungi racun yang boleh membunuh.

    Tidak cukup dengan itu, tunang mangsa berusia 27 tahun yang cuba menenangkan keadaan selain mendapatkan penjelasan mengenai tindakan ganas doktor terbabit turut diserang dan dipukul. Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa yang sudah tiga minggu mengalami demam dan belum pulih walaupun beberapa kali mendapatkan rawatan di klinik terbabit meminta doktor itu mengeluarkan laporan perubatan tahap kesihatannya.

    “Ini kerana mangsa mahu mendapatkan rawatan di klinik lain disebabkan kecewa kerana masih tidak sembuh biarpun sudah lama mendapatkan rawatan di klinik itu.

    “Mangsa mendakwa dia bimbang dan hairan mengapa penyakitnya tidak sembuh walaupun doktor terbabit mengatakan dia hanya demam biasa.

    “Tindakan mangsa menyebabkan doktor itu berang dan dia mula memarahi serta memaki hamun mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran,” katanya.

    Sumber itu berkata, doktor terbabit yang gagal mengawal kemarahannya menumbuk muka mangsa menyebabkan wanita itu terjatuh sebelum badannya dipijak. “Mangsa berlari keluar dari bilik rawatan dan meminta pertolongan tunangnya yang menunggu di tempat letak kereta. Namun, ketika tunang mangsa cuba mendapatkan penjelasan dia diserang doktor terbabit yang meluru keluar dari kliniknya,” katanya.

    Menurutnya, selepas doktor itu berhenti menyerang dan masuk ke dalam klinik mangsa bersama tunangnya meninggalkan tempat kejadian. Bagaimanapun, doktor itu keluar semula dari klinik dan menerkam ke arah pasangan itu sambil menunjukkan satu jarum suntikan yang didakwanya memiliki ubat beracun yang mahu disuntik ke badan mereka.

    “Pasangan terbabit bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya melarikan diri walaupun dikejar suspek,” kata sumber itu.

    Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

    (Gambar sekadar hiasan)

    Pendedahan WikiLeaks: Siapa Menteri Kabinet yang merogol amah dari Indonesia?

    Label:

    Saya petik:

    WikiLeaks: Abdullah gagal bertindak kejadian rogol melibatkan menterinya?

    [FMT] PETALING JAYA: Pendedahan WikiLeaks berhubung kejadian rogol terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Menteri Kabinet era mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat mampu menggugat hubungan Malaysia-Indonesia dan menjejaskan imej negara.

    "Walaupun laporan WikiLeaks ini boleh diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia.

    "Tambahan pula semenjak kebelakangan ini, begitu banyak kejadian-kejadian yang menyebabkan perselisihan faham rakyat antara kedua-dua negara berjiran ini," demikian menurut Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha ketika dihubungi hari ini.

    Beliau yang telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya tokoh wanita negara ini yang menduduki kerusi Timbalan Speaker turut memberitahu FMT, kejadian seperti ini haruslah ditangani dengan telus.

    "Saya bukan mengulas tentang laporan ini tetapi secara umumnya, kita tidak boleh mengamalkan budaya yang membezakan layanan undang-undang terhadap orang kenamaan dan rakyat biasa.

    "Walau siapa pun yang dituduh, ia perlu menjalani proses perundangan yang sama seperti orang lain dengan telus. Apatah lagi jika membabitkan seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin dan merupakan pemimpin di peringkat pembuat dasar," katanya lagi.

    "Undang-undang sama untuk semua. Kalau tidak bagaimana kita hendak memastikan orang yang berpengaruh dan ada kedudukan ini lebih bertanggungjawab sekiranya mereka mendapat layanan yang istimewa apabila mereka melanggar undang-undang," katanya lagi.

    Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seumpama ini dan tindakan undang-undang haruslah diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan dan pihak yang melindungi perbuatan seperti ini.

    Penganiayaan terhadap wanita

    "Kalaulah laporan WikiLeaks ini sahih, saya mengutuk sekeras-kerasnya dan tindakan undang-undang harus diambil terhadap sebarang kejadian penganiayaan terhadap wanita lebih-lebih lagi jenayah rogol dan termasuklah yang melindunginya," ujar beliau.

    Sebelum ini dalam satu laporan blog Rocky Bru yang nama sebenarnya Ahirudin Atan hari ini menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri ketika era Abdullah menerajui pentadbiran kerajaan telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.

    Menurutnya, kejadian tersebut turut diketahui oleh Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.

    Bagaimanapun menurut blog itu lagi, menteri terbabit hanya digugurkan sebagai menteri dalam satu rombakan kabinet yang dibuat oleh Abdullah tidak berapa lama selepas beliau mengetahui berita itu.

    Beliau turut mencatatkan, pada masa ini menteri tersebut kembali aktif dari persaraannya apabila dilantik semula sebagai pengerusi sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk pula.

    Rocky Bru yang juga terkenal sebagai blogger proUmno juga menjelaskan, cerita tersebut telah sampai ke pengetahuannya semenjak tiga tahun lalu namun hanya dapat disahkan apabila pendedahan dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini.

    Susulan peristiwa yang berlaku pada tahun 2007 ini, ketika mangsa ditemuramah di kampungnya di Jawa Tengah pada Julai tahun yang sama, mangsa telah membuat pengakuan terhadap kejadian itu.

    Akhirnya laporan kejadian yang berlaku ketika tempoh perkhidmatan mangsa tersebut bersama bekas menteri terbabit menjangkau lapan tahun telah dibuat dan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Indonesia dan juga Pejabat PM sendiri.

    Menurut sebuah badan NGO pula, kejadian yang menimpa amah yang mempunyai dua orang anak itu turut diketahui oleh suaminya tetapi disebabkan perasaan takut dan malu, tiada usaha yang serius dijalankan untuk mendakwa menteri terbabit.

    Gadis ini Robengah?
    Jumaat, Disember 31, 2010 | Author: Tuk Kiyai

    Benarkan si gadis ini Robengah yang menjadi mangsa rogol pemuda malaya?

    Saya petik:

    Raja diminta bersihkan kabinet daripada menteri perogol

    [HD] TASEK GELUGOR, 31 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon Raja-Raja Melayu bertindak membersihkan nama negara apabila dua orang pemimpin negara ini dikaitkan dengan kezaliman terhadap rakyat asing.

    "Perdana Menteri sampai hari ini tidak pernah dilihat bersih ekoran pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu dan ketika Perdana Menteri dilihat begitu gagal membersihkan namanya, tiba-tiba sejak beberapa hari lalu berulang lagi kehebohan tentang seorang menteri kabinet dituduh merogol warga Indonesia yang menjadi orang gajinya.

    "Pelbagai peristiwa selepas pembunuhan Altantuya menyebabkan Perdana Menteri semakin dilihat tidak bersih ekoran pembunuhan wanita Mongolia itu manakala dokumen yang mengaitkan menteri berkenaan dengan perbuatan merogol orang gajinya semakin tersebar.

    "Kesemua itu membusukkan nama negara dan menyebabkan negara ini dipandang hina," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ceramahnya di Karnival Jubli Perak PAS Tasek Gelugor.

    Sebelum ini, Harakahdaily dan lain-lain media telah menyiarkan laporan WikiLeaks serta temubual dengan pihak-pihak terbabit tentang menteri kebinet yang dipercayai terlibat memperkosa pembantu rumah warga Indonesianya tiga tahun lalu.

    Mahfuz yakin Raja-Raja Melayu tidak sanggup membiarkan nama baik negara terus buruk dan warga negara ini dipandang hina akibat perkara tersebut.

    "Sokongan Raja-Raja Melayu amat diperlukan untuk membolehkan rakyat menuntut supaya diadakan suruhanjaya siasatan terhadap perkara itu bagi membersihkan nama baik negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

    Ketika para pelabur telah pun diingatkan oleh Bank 0f America Merrill Lynch supaya mengurangkan pelaburan ke negara ini, beliau bimbang keadaan ekonomi negara akan bertambah buruk jika Raja-Raja Melayu tidak bertindak tegas dengan segera untuk membersihkan nama baik negara ini.

    Sebelum itu, dalam ucapannya di karnival itu, Mahfuz mengecam keras tindakan Umno yang semakin jelas memperalatkan Raja-Raja Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa.

    Beliau menyeru Raja-Raja Melayu supaya tidak membiarkan diri mereka diperalat dan menjadi "balang oksigen" yang menyambung nafas Umno yang penuh dengan sejarah kerakusan mengkhianati orang-orang Melayu.

    Sebelum ini, Mahfuz mengingatkan bahawa pihaknya akan berkempen secara ofensif dan habis-habisan ke seluruh negara untuk mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu.

    Hebatnya "industri pelacuran" di ibu kota
    Jumaat, Disember 31, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    (Kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti apa yang berlaku di dalam gambar di atas - Melepaskan nafsu serakah di tepi-tepi jalan seperti anjing kelaparan)

    Begitulah realitinya di Malaysia, khususnya di ibu kota. Pusat-pusat pelacuran tumbuh seperti cendawan selepas hujan walaupun pihak berkuasa sering melakukan serbuan dan tangkapan. Persoalannya, mengapakah "taukeh-taukeh industri pelacuran" ini tidak serik menjalankan kegiatan mereka? Jawapannya mudah sahaja. Permintaan yang terlalu tinggi terhadap aktiviti tidak bermoral ini dan "incomenya" lumayan. Pelanggannya mudah didapati bermula dari kelas rendah hinggalah peringkat VIP. Mereka ini menjalankan kegiatan di semua tempat bermula dari rumah rehat hingalah ke hotel lima bintang. Malah orang Islam juga tidak terkecuali menjadi pelanggan. Beginilah jadinya jika agama diketepikan dalam kehidupan dan menjadikan nafsu serakah sebagai tuhan....

    Saya petik:

    DBKL roboh 262 bilik pelacuran

    [KS] KUALA LUMPUR - Sebanyak 262 buah bilik kecil yang selama ini menjadi tempat untuk pelacur melayan pelanggan di Jalan Petaling dan Jalan Silang di sini dirobohkan semalam.

    Operasi besar-besaran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu diadakan bagi membasmi kegiatan pelacuran yang menjadikan dua kawasan itu sebagai sarang maksiat.

    Timbalan Penguasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Tanda Usoh memberitahu, pihaknya telah melakukan operasi seumpama itu sebanyak sembilan kali, namun pelacur masih terus beroperasi di kawasan berkenaan.

    Katanya, dalam operasi semalam, sebanyak 225 bilik yang dibina di dalam 10 premis bangunan di Jalan Petaling telah dimusnahkan manakala di Jalan Silang pula melibatkan 37 bilik di sebuah premis dua tingkat.

    "Kita bertindak merobohkan semua penghadang bilik yang diperbuat daripada papan lapis. Pelacur tidak tinggal di situ sebaliknya menggunakan bilik-bilik itu sebagai lokasi pelacuran sahaja," katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini semalam.

    BONUS RM25,000 untuk setiap pemain
    Jumaat, Disember 31, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    DUA wira negara, kapten, Safiq Rahim (kiri) dan peledak terbanyak kejohanan, Safee Sali memperaga trofi di KLIA, petang semalam.

    Saya petik:

    Bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi: Azzuddin

    [BH] BONUS lumayan – sekitar RM25,000 – menunggu wira skuad Harimau Malaya pimpinan K Rajagobal yang mengerah keringat habis-habisan menamatkan kemarau 14 tahun menjuarai Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin.

    Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata presiden persatuan, Sultan Ahmad Shah akan membuat satu pengumuman penting mengenai ganjaran menarik itu setibanya pulang ke tanah air, minggu depan.

    “Tuanku seorang yang sangat bermurah hati dan tidak berkira dengan pemain negara. Apa yang pasti bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi,” katanya selepas menyambut skuad negara yang pulang ke tanah air, semalam selepas menewaskan Indonesia dalam final di Stadium Gelora Bung Karno.

    Angka besar yang bakal menggembungkan kocek pemain negara itu berpandu kepada perkiraan kasar hadiah kemenangan AS$100,000 (RM308,450) andai dibahagikan sama rata kepada 22 pemain serta RM5,000 setiap orang daripada Kementerian Belia dan Sukan dan RM4,000 setiap orang menerusi Tabung Akujanji Ganjaran Skuad Negara setakat ini.

    Berpandu kepada kejayaan bersejarah itu, angka itu mungkin bertambah dengan FAM juga mungkin bermurah hati menambah wang sendiri buat menceriakan pemain kebangsaan sebagai satu penghargaan mengharumkan nama badan induk itu di pentas global.

    Sementara itu, Azzuddin berkata skuad negara akan dikekalkan namun dalam masa yang sama tidak menutup pintu memasukkan lebih ramai bakat baru pada masa depan
    "TIGER SHOW" di Hotel Marriot Putrajaya: Apa tindakan Jabatan Agama?
    Khamis, Disember 30, 2010 | Author: Tuk Kiyai

    Saya petik:

    Tiger show: Jabatan Agama diminta bertindak

    [HD] KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pihak berwajib terutama Jabatan Agama Islam didesak menyiasat dan bertindak segera terhadap penganjuran satu pesta maksiat, pertunjukkan "Tiger Show", dalam Majlis Makan Malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu.

    Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi ketika membuat desakan itu berkata, pertunjukkan itu bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

    Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.

    "Lebih menyedihkan lagi, rata-rata yang hadir dalam majlis itu ialah bangsa Melayu yang beragama Islam," tegasnya kepada Harakahdaily hari ini.

    Sambil menyifatkan majlis tersebut telah menghina Islam dan umatnya, beliau berkata, rata-rata pekerja difahamkan amat tersinggung dengan majlis sedemikian.

    "Tidak memadai dengan pertunjukkan-pertunjukkan seperti yang sudah sering kita dengar dianjurkan di kelab-kelab malam, tetapi kini penganjur dengan beraninya mempersembahkan pertunjukkan lucah itu dalam majlis makan malam anjuran syarikat kepada pekerja dan tetamu mereka secara terbuka di Hotel Marriot," katanya.

    Penganjuran majlis yang mengandungi pertunjukkan lucah itu diketahui oleh beliau setelah dihubungi oleh seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan.

    Individu tersebut kemudiannya telah menyerahkan 4 keping gambar kepada beliau bagi membuktikan keadaan majlis tersebut yang ternyata amat mengaibkan.

    "Saya hitamkan gambar tersebut kerana tidak sanggup untuk menyiarkan gambar asal yang dikirimkan kepada saya kerana ia terlalu lucah dan memalukan.

    "Ini satu mungkar yang tidak sepatutnya dianjurkan. Saya berharap agar pihak berwajib terutama jabatan agama Islam bertindak tegas," katanya.

    (Gambar sekadar hiasan)

    Saya bukan lesbian..
    Khamis, Disember 30, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    Gambar 'panas' ini tersebar menyebabkan pengacara 8TV Quickly tercalar

    Saya tidak hairan dan pelik jika hal ini terjadi kepada orang bukan Islam tetapi saya geram jika ada Melayu Islam secara terang-terangan mengaku gay/lesbian malah berani dan bangga dengan slogan, "Saya gay, saya ok". Mereka ini mewarisi perangai umat Nabi Lut yang telah dibinasakan oleh Allah...

    Saya petik:

    [Mstar] PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, (gambar) menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet.

    Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

    "Saya dapat tahu tentang gambar itu daripada rakan saya, Qi dan tak tahu siapa yang menyebarnya.

    "Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian.

    "Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

    Tambah Julie, dia kesal dengan perlakuannya itu dan ia sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

    "Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.

    "Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya," jelasnya.

    Sementara itu, Julie yang telah putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei lalu kini masih lagi belum menemui cintanya.

    Katanya dia kini ingin fokus dengan karier pengacaraannya dan pada tahun depan, Julie akan aktif berlakon semula.

    "Saya ada keluar dengan seseorang tetapi belum ke tahap serius lagi. Tapi saya masih berkawan baik dengan Qi. Tambah pula kami merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami, Popcorn Studio bersama seorang lagi rakan kongsi lain.

    "Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan," katanya.

    Polis Malaysia Cekap Tangkap Perogol, Buktinya...
    Rabu, Disember 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    Saya petik:

    Polis tahan tiga suspek serta abang gadis untuk siasatan

    [BH] KUALA TERENGGANU: Gara-gara abang tidak dapat menyelesaikan masalah dengan rakannya, si adik dijadikan mangsa apabila dilarikan dan dirogol tiga lelaki di sebuah rumah kosong di Kampung Pasir Panjang, di sini, awal pagi kelmarin.
    Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa berusia 16 tahun berada di rumahnya bersama keluarga di Kampung Belukar Gorek, Bukit Payung didatangi dua suspek iaitu rakan abangnya yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah dan melarikan mangsa menaiki sebuah kereta.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata selepas kejadian itu, kakak mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang suspek memberitahu akan menghantar adiknya pulang.

    Beliau berkata, kira-kira jam 10 pagi, kakaknya menerima panggilan pula daripada seorang wanita memberitahu adiknya berada dalam keadaan baik, tetapi enggan memberitahu di mana mangsa berada.

    “Bimbang dengan keselamatan mangsa, ibunya berusia 52 tahun membuat laporan polis dan selepas melakukan pemeriksaan nombor telefon digunakan suspek wanita, polis mengesan serta menahannya di Kampung Pulau Rusa, Manir.

    “Dari soal siasat, polis menyerbu sebuah kedai runcit di kampung sama dan menahan tiga suspek lelaki kira-kira jam 12.20 tengah hari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
    Manoharan berkata, tidak lama kemudian, polis juga menahan abang mangsa berusia 31 tahun bersama seorang lagi suspek yang dipercayai kawannya ketika membawa pulang adiknya ke rumah.

    Katanya, semua suspek yang ditahan berusia 20, 26 dan 27 tahun masing-masing berasal dari Kuala Lipis, Pahang serta Bachok dan dan Pasir Mas, Kelantan bekerja sebagai buruh serta peniaga rokok, manakala wanita menelefon kakaknya berusia 14 tahun dilepaskan dengan jaminan polis.

    “Abang mangsa dan semua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Seksyen 376 kerana rogol.

    “Polis menyiasat kes ini selepas mangsa mengadu dia dirogol ketika bersama suspek di sebuah rumah kosong dan kita percaya suspek membawa lari mangsa untuk menyelesaikan masalah antara suspek dengan abang mangsa,” katanya.

    p/s: Gambar sekadar hiasan (Ketiga-tiga suspek ini pun didakwa atas kesalahan merogol juga, tetapi kes lain)
    Pengarah JAIS yang baru
    Rabu, Disember 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    Saya petik:

    Marzuki terima surat lantikan Pengarah JAIS

    [BH] SHAH ALAM: Pegawai Daerah Sabak Bernam, Marzuki Hussin semalam mengesahkan beliau menerima surat pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kelmarin, bagi menggantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi yang dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri.

    "Saya akan melaporkan diri pada 3 Januari ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
    Marzuki, 56, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Bangi, Kuala Langat sebelum meneruskan pendidikan pada peringkat menengah di Sekolah Tinggi Kajang.

    Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dalam jurusan pengurusan dan geografi (Pengajian Islam) di Universiti Malaya (UM).

    Antara jawatan yang disandang beliau sebelum ini ialah Penolong Pengarah Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Sepang; Penolong Setiausaha di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kemudian dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di kementerian sama.

    Jawatan lain yang pernah disandang beliau ialah Pengarah Khidmat Pengurusan, Jabatan Veterinar; Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sebelum ke jawatan terakhir iaitu Pegawai Daerah Sabak Bernam.

    Beliau adalah anak bongsu daripada 12 beradik dan mempunyai seorang isteri, Shamsiah Md Lajim, 48, yang berkerja sebagai guru serta empat anak.
    Pelantikan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan kelmarin.

    PROFIL: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

  • Nama: Marzuki Hussin, 56,
  • Isteri: Shamsiah Md Lajim, 48,
  • Anak bongsu daripada 12 beradik

  • Pendidikan:
    - Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Bangi, Kuala Langat sebelum meneruskan pendidikan pada peringkat menengah di Sekolah Tinggi Kajang.
    - Melanjutkan pelajaran dalam jurusan pengurusan dan geografi (Pengajian Islam) di Universiti Malaya (UM).

  • Jawatan:
    Penolong Pengarah Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Sepang; Penolong Setiausaha di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kemudian dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di kementerian sama.
  • Jawatan lain yang pernah disandang beliau ialah Pengarah Khidmat Pengurusan, Jabatan Veterinar; Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sebelum ke jawatan terakhir iaitu Pegawai Daerah Sabak Bernam.

  • Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas. Jika anda besarkan imej surat pada halaman 1 di atas , anda akan nampak nama menteri tersebut di belakang tulisan yang dihitamkan itu.

    Inilah surat yang didakwa dari adik Robengah kepada Migrant Care (NGO). Individu-individu yang terlibat dalam Migrant Care dan Tenaganita adalah jelas kerana disertakan dengan nombor telefon.

    Saya amat bersetuju dengan ucapan dari Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dalam FMT:

    Saya petik:

    Santiago pula menyatakan dakwaan dalam laporan tersebut juga perlu diperhalusi. “Pendedahan ialah pendedahan. Anda tidak tahu samada ia benar atau tidak,” tambah beliau.

    “Anda perlu berhati-hati dengan WikiLeaks. Ia (laporan WikiLeaks) memberi kesan buruk,” kata beliau sambil menambah laporan tersebut mungkin hanya perbincangan di antara Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan kerajaan Malaysia.”

    Mantan presiden Transparency International – Malaysia Ramon Navaratnam bersetuju dengan Santiago.

    “Kesahihan laporan ini dipersoal kecuali jika kita mempunyai dokumen untuk merujuk dan mengesahkan bahawa laporan tersebut bukan tiruan,” kata beliau.

    “Jika ia disahkan benar dan bukti sangat tepat, maka mereka yang bersalah perlu bertanggungjawab. Ini perlu demi integriti ketelusan dan ciri pemerintahan kerajaan yang baik,” tambah Navaratnam.
    Bank Amerika arah pelabur keluar dari Malaysia
    Rabu, Disember 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    Jika umno BN terus-menerus mengamalkan politik "kanggaroo", saya pasti lebih banyak lagi pelabur asing akan keluar dari Malaysia. Beginilah jadinya kalau umno asyik sibuk mempertahankan kuasa.

    Saya petik:

    Bank Amerika arah pelabur keluar - Mahfuz

    [HD] TEMERLOH: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendedahkan terdapat institusi kewangan dari Amerika Syarikat mengarahkan pelabur-pelabur dari negara itu mengalihkan perniagaan ke negara lain selepas isu penggantungan Ketua Pembangkang di parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

    Ahli Parlimen Pokok Sena itu menjelaskan, perkembangan tersebut berlaku akibat timbul krisis keyakinan terhadap pemerhati ekonomi luar negara kerana pertama kali berlaku dalam sejarah negara Komanwel ketua pembangkang digantung.

    Berucap dalam satu majlis dialog isu semasa dengan ahli-ahli PAS Kawasan ini yang berlangsung di pejabat Perhubungan PAS Pahang di sini, Mahfuz berkata keadaan tersebut sudah tentulah merugikan negara dari aspek ekonomi.

    “Saya diberitahu apabila Anwar Ibrahim bersama tiga orang ahli parlimen pembangkang digantung, sebuah bank di Amerika segera menasihatkan para pelabur Amerika yang berurusniaga di sini segera mengalih dana mereka ke negara lain.

    “Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara Komanwel ketua pembangkang digantung dan mereka yang sentiasa memerhati perkembangan bimbang dengan kesan kestabilan politik dan kesannya akan dirasai nanti,” katanya.

    Tambahnya, dengan perkembangan ini dan beberapa faktor yang tidak menyebelahi pemerintah, beliau berpendapat tidak mungkin pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada masa terdekat tetapi tidak akan melebihi tempoh 18 bulan.

    (Gambar sekadar hiasan)
    Kaum India akan menangkan BN di Kedah
    Selasa, Disember 28, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    Saya petik:

    [MK] Sokongan daripada masyarakat India amat diperlukan bagi menguatkan jentera Barisan BN bagi memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

    Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata masyarakat India di negeri itu mulai sedar akan kesilapan mereka pada pilihan raya umum lepas dan kini kembali menyokong BN.

    "Saya yakin masyarakat India di negeri ini telah menunjukkan sokongan padu kepada kepimpinan BN dalam usaha untuk merampas kembali Kedah daripada kepimpinan parti pakatan," katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan bersama kepimpinan Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), yang diketuai Pengerusi IPF Kedah, K Velauthan di Pejabat Umno di Alor Setar hari ini.

    Pertemuan itu sebagai tanda sokongan IPF terhadap pelantikan Ahmad Bashah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru.

    Ahmad Bashah yakin ia satu petanda baik bagi kesemua parti komponen BN Kedah dan ketiga-tiga parti komponen India berganding bahu untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada BN.

    Velauthan berkata IPF sentiasa memberi sokongan padu kepada Ahmad Bashah dalam usaha mengatur strategi baru bagi merampas kembali Kedah daripada parti pakatan pada pilihan raya umum kelak.

    "IPF akan bekerjasama dengan Umno dan akan bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan BN menang pada pilihan raya umum nanti," katanya. --Bernama
    Saya petik:

    [HD] KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

    Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

    "Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

    Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

    Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
    (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

    Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

    Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

    Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

    "Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

    Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

    Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

    "Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

    Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

    "Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

    Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

    Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

    Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

    Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

    Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

    Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

    Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

    Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

    Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

    Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

    Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

    Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

    Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

    Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

    Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

    Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.

    Pelajar 14 tahun dirogol 8 lelaki!! Nak tiru Pak Menteri?
    Isnin, Disember 27, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    Kepada ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, jagalah anak anda dengan sebaik mungkin. Janganlah berlaku seperti kes di bawah ini.

    Saya petik:

    [SH] SEKINCHAN – Padah mengikut nafsu, lapan remaja, termasuk seorang pelajar menengah atas, bakal berdepan tindakan mahkamah kerana disyaki mencabul dan merogol seorang pelajar 14 tahun secara bergilir dalam kawasan sawah berhampiran Parit Pakat Tali Air 6, di sini, 18 Disember lalu.

    Suspek berusia antara 16 dan 22 tahun itu berjaya dijejaki dan diberkas polis setelah menerima aduan daripada mangsa, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Tanjung Karang, Kuala Selangor.

    Ketua Polis Daerah, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, semua suspek ditahan reman sebelum pertuduhan dibacakan hari ini di Mahkamah Seksyen Klang dan Mahkamah Majistret Kuala Selangor mengikut Seksyen 376 dan 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan mencabul.

    Menurut beliau, dalam kejadian antara jam 4 dan 5 pagi itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal bersama seorang rakan sebaya sebelum dihampiri kumpulan lelaki berkenaan yang bertindak mengganggu dan menghalang perjalanan.

    “Mangsa terperangkap dan dipercayai dirogol secara bergilir oleh lapan suspek berkenaan. Rakannya berjaya menyelamatkan diri.

    “Kami tidak menolak kemungkinan semua suspek penduduk tempatan dan mereka adalah kumpulan lepak di kawasan itu,” katanya.

    Laporan polis dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Derah (IPD) Sabak Bernam.

    Noor Mushar berkata, buat masa ini, mangsa berada dalam keadaan stabil dan menumpang buat sementara di kediaman rakannya di sini.

    Beliau berkata, kejadian seumpama itu dapat dielakkan sekiranya ibu bapa mengambil berat mengenai aktiviti ahli keluarga, lebih-lebih lagi remaja.

    Jelasnya, meskipun pada musim cuti sekolah, kegiatan anak perlu sentiasa dipantau dan diawasi apatah lagi membabitkan anak perempuan.

    “Sebagai ibu bapa kita mesti tahu di mana dan dengan siapa mereka berkawan, jangan terlalu mudah melepaskan anak keluar apatah lagi membiarkan mereka keluar sehingga lewat malam,” katanya.

    (Gambar sekadar hiasan)
    Mengapa si dia ini dilantik Pengerusi Felda?
    Isnin, Disember 27, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    Mengapakah si dia?

    Saya petik:

    [FMT] KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

    Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

    Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Pelantikan ini juga berkuatkuasa pada 1 Jan 2011.

    Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusof di atas perkhidmatan beliau menerajui Felda bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Disember 2010.

    Di bawah kepimpinan Mohd Yusof, Felda telah mengalami transformasi membanggakan serta menempa pelbagai kejayaan, sekali gus menjadi penyumbang ekonomi negara, menurut kenyataan itu.

    Mohd Isa, yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari 1982 hingga 2004, merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno.

    Beliau merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

    Beliau menang besar dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Oktober 2009 mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.

    - Bernama

    10 Perkara dalam Buku Jingga PR yang menakutkan BN & kroni
    Isnin, Disember 27, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    Buku Jingga mengariskan beberapa perkara antaranya:

    1. Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

    2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

    3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan memperkenal imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.

    4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

    5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

    7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

    8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.

    9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.

    10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
    Abang izin adik ditiduri rakan
    Isnin, Disember 27, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    Saya petik:

    JAIK tahan dua beradik dengan pasangan di bilik berasingan sebuah hotel

    [BH] ALOR SETAR: Seorang abang 'bermurah hati' membiarkan rakannya meniduri adik perempuannya di sebuah hotel murah di Jalan Alor Mengkudu, di sini sebelum pasangan itu dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), petang kelmarin.
    Dalam ‘Ops Krismas’ itu, lelaki terbabit yang berusia 24 tahun turut dicekup berkhalwat dengan pasangannya berusia 22 tahun yang juga rakan adik perempuannya di sebuah bilik berasingan hotel berkenaan.
    Siasatan mendapati pasangan yang ditangkap berkhalwat itu baru mengenali antara satu sama lain.

    Ketua Operasi JAIK, Md Nasir Md Dali, berkata dalam pemeriksaan lanjut, lelaki terbabit hanya berseluar jeans tanpa baju manakala pasangannya memakai baju tidur nipis bertali halus tanpa coli dan seluar dalam.

    “Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan mengaku baru berkenalan,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

    Md Nasir berkata, pemeriksaan di bilik kedua pula, penguat kuasa JAIK menemui seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian lengkap berdua-duaan tanpa ikatan sehingga menimbulkan syak.
    Beliau berkata, ketika disoal siasat wanita itu mengaku dia adik kepada lelaki yang ditahan di bilik pertama dan datang ke hotel murah itu bersama rakannya yang juga pasangan khalwat abangnya.

    “Lelaki berusia 24 tahun dan rakannya itu bekerja sebagai nelayan di Kuala Kedah, manakala adik perempuannya dan seorang lagi wanita masing-masing tidak bekerja.

    “Apa yang mengejutkan mengapa abang wanita itu sanggup membiarkan adiknya tidur semalaman dengan rakannya di bilik hotel itu,” katanya.
    Kicap pekat berperisa CICAK!!
    Isnin, Disember 27, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    NORAZURA menunjukkan bangkai cicak yang dijumpai dalam botol kicap soya pekat di Taman Merpati, Kangar semalam.

    Bayangkan anda dan keluarga memakan kicap yang ada bangkai cicak di dalam botol. Memang meloyakan tekak...

    Saya petik:

    [KS] KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.

    Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

    Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

    "Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

    "Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

    2 anggota polis ditahan disyaki pukul lelaki ini
    Isnin, Disember 27, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    (Gambar mangsa)

    Benarkah lelaki tersebut disyaki membawa dadah? Baca di sini.

    Saya petik:

    [MK] Dua anggota polis, dipercayai memukul seorang lelaki yang ditahan semasa sekatan jalan raya kerana disyaki membawa dadah Sabtu lepas, ditahan hari ini.

    Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata kedua-dua anggota berpangkat konstabel serta berumur 25 dan 27 tahun dari Balai Polis Kota Damansara itu ditahan selepas kawad cam oleh lelaki berkenaan semalam.

    "Dalam kawad cam itu, enam orang telah dibuat kawad cam dan daripada jumlah itu, dua telah ditahan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

    Beliau berkata sebelum itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat laporan yang dibuat mangsa berhubung kejadian tersebut.

    "Polis melihat kes ini adalah serius dan wujudnya penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota polis, dan tiada sebarang diskriminasi jika mereka bersalah," katanya.

    Bagaimanapun, Tun Hisan berkata siasatan mendapati terdapat elemen palsu dalam laporan polis lelaki tersebut.

    "Selepas itu, satu laporan telah dibuat oleh pasukan itu tentang laporan lelaki tersebut yang dipercayai mempunyai elemen palsu.

    "Seramai 20 orang telah direkodkan percakapannya, termasuk doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki itu, polis yang ditahan serta orang awam," katanya.

    Beliau berkata penahanan kedua anggota polis yang berkhidmat selama empat tahun itu bukan bermakna mereka bersalah tetapi bagi membantu siasatan, dan mereka akan ditahan reman mulai esok.

    "Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya. Sabtu lepas, seorang lelaki mendakwa dipukul beberapa anggota polis ketikaditahan dalam sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara kerana disyaki membawa dadah, dan wangnya sebanyak RM13,000 telah diambil anggota polis tersebut.
    - Bernama
    Kerana gilakan amah, suami sanggup keji bodi isteri
    Ahad, Disember 26, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    Ini bukan kes menteri kabinet Malaysia yang merogol amah seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks tetapi berlaku kepada rakyat biasa. Kerana suami syok amah Indonesia. bodi isteri dikeji....

    Saya petik:

    [HM] KUALA LUMPUR: Remuk hati seorang isteri apabila suami yang dikahwini lebih 20 tahun lalu mengeji payudaranya sudah tidak menarik sebelum meninggalkannya untuk menjalin hubungan cinta dengan pembantu rumah warga Indonesia.

    Isteri malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 43, mendakwa suaminya yang berusia 45 tahun mengabaikan dia dan anak-anak sejak tiga bulan lalu hingga langsung tidak menghulurkan nafkah.

    “Hati saya bertambah sakit apabila suami tanpa segan silu memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu tahun depan.

    “Paling menyedihkan apabila bentuk fizikal saya yang tidak lagi menarik selain payudara saya yang sudah kendur dijadikan bahan sindiran untuk menghina dan mencaci saya di depan anak.

    “Dia sering bersungut kononnya saya malas menjaga badan menyebabkan dia hilang selera setiap kali bersama saya. Maruah saya dihina hingga saya malu apatah lagi bila dia sengaja bercakap dengan suara tinggi hingga didengar jiran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gombak.

    Faridah mendakwa, suaminya juga sering membandingkan dirinya dengan amah Indonesia itu yang didakwa berkulit tegang dan gebu kerana mengamalkan pemakanan jamu selain petua awet muda.

    Faridah yang mendirikan rumah tangga pada 1990 berkata, keadaan kekurangan fizikal dialami banyak berpunca dari faktor genetik selain terpaksa menyusukan semua enam anaknya ketika mereka kecil. Kini anaknya berusia antara lima hingga 20 tahun.

    “Akibat kesempitan hidup, saya tidak mampu membelikan susu tepung dan terpaksa memberi susu badan kepada semua anak. Ada antaranya yang menghisap susu badan sehingga berusia lima tahun. Mungkin faktor itu menyebabkan payudara saya tidak lagi menarik,” katanya.

    Dia yang bergantung hidup dengan menjual kuih dan nasi lemak memberitahu kesibukannya berniaga selain menguruskan anak-anak serta rumah tangga menyebabkan keadaan dirinya sering kali tidak terurus.

    “Saya sedih diperlakukan seolah-olah saya tiada harga diri. Di matanya, saya cukup jijik hingga makanan yang saya hidangkan sering kali tidak dijamah,” katanya.

    Kata Faridah, sebelum ini dia banyak berkorban untuk keluarga kerana menyedari pendapatan suaminya yang kecil selain perlu menanggung kos sewa rumah, persekolahan dan makan minum keluarga.

    “Namun apa yang saya lakukan ini langsung tidak dihargai apabila dia kemaruk bermain cinta dengan gadis Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah.

    “Perkara ini hanya saya sedari apabila telefon bimbit suami saya kerap berdering pada waktu malam sebelum dia dilihat gemar berbual dalam keadaan berbisik.

    “Rasa curiga menyebabkan saya memberanikan diri bertanya sebelum dia tanpa berselindung menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu dan meminta saya memberi persetujuan,” katanya.

    (Gambar sekadar hiasan)

    Harga makanan & minuman naik bulan depan!!
    Sabtu, Disember 25, 2010 | Author: Tuk Kiyai
    Saya petik:

    [kosmo] KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.

    Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.

    Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.

    (Gambar sekadar hiasan)

    "POLIS pukul saya kerana mahu DUIT!"
    Jumaat, Disember 24, 2010 | Author: Tuk Kiyai