Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

KEHABISAN SUMBER PENDAPATAN NEGARA MAKA GST DIPERKENALKAN?

Label:

Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan kepada seluruh rakyat dinegara ini didakwa berpunca dari kehabisan sumber pendapatan negara akibat berleluasanya amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Oleh itu ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pagi tadi mendakwa GST tersebut lebih sesuai digelar 'Gagau Semua Tempat'.

"Kerajaan kehabisan wang disebabkan ketirisan, rasuah dan pembaziran, jadi fikir macam mana nak cari duit lalu perkenalkan GST, Gagau Semua Tempat," katanya di Lobi Parlimen.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berpendapat GST sepatutnya dikenakan dulu kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang sebelum ini mendapat perlepasan cukai.

"Kerajaan masih beri perlepasan cukai pada beberapa syarikat komunikasi tempatan yang sudahpun berjaya sampai boleh tawar perkhidmatan di luar negara dan disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia sedangkan GST ini nak dikenakan pada rakyat."

Jelasnya, perlepasan cukai itu menyebabkan beberapa syarikat telekomunikasi terbabit mendapat keuntungan perkhidmatan dan keuntungan hasil tidak membayar cukai.

Beliau turut menggesa kerajaan menyelesaikan masalah rasuah dan ketirisan yang merupakan punca perbelanjaan negara kian membengkak.

Beliau turut mendesak kerajaan agar mencegah masalah penyeludupan demi memastikan kerajaan mendapat hasil cukai yang sewajarnya.

Katanya, kerajaan dianggarkan kehilangan RM12.92 juta tahun ini disebabkan gagal membendung penyeludupan rokok dan pengenaan duti kastam.

Tambahnya lagi, dengan menangani beberapa masalah tersebut bukan sahaja membuatkan kerajaan tidak perlu gagau semua tempat, malah menyelamatkan rakyat dari terus terbeban.

Semalam Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah buat pertama kalinya membacakan rang undang-undang mengenai GST.

Ianya bagaimanapun mendapat tentangan dan bantahan hebat oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat.

SUMBER di sini.

DUA ULAMA PULAU PERSIDANGAN PERPADUAN UMMAH

Label:

SHAH ALAM - Dua ulama terkemuka memulaukan Persidangan Perpaduan Ummah Antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini kerana enggan terperangkap dalam komplot mencanang Presiden Umno Najib Abdul Razak sebagai pemimpin Dunia Islam.

Shaykh Dr Tawfik Ramadan Al-Bouti dari Universiti Damsyik dan Habib al-Jifri dari Yayasan Tabah Emiriah Arab Bersatu menolak perlawaan ke persidangan anjuran Yayasan Ramadan itu.

Keputusan diambil setelah melihat senarai jemputan ke persidangan itu mengambil-kira faktor kepartian.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dijemput meskipun mereka disenaraikan antara 500 pemimpin Islam paling berpengaruh abad ini.

“Apabila persidangan itu berlangsung di Malaysia tanpa mengundang Anwar dan Nik aziz jelas melambangkan persidangan itu tidak lengkap dalam membicarakan tajuk yang ingin dibincangkan,”katanya Mustafa.

Ketiadaan Habib dan Shaykh Dr Tawfik menjejaskan kredibiliti persidangan ini.

Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat Mustafa Kamil Ayub berkata sikap kerajaan ini menunjukkan pemerintah tidak bersedia membincangkan isu perpaduan ummah.

“Dalam konteks dunia Islam lain sama ada dalam persoalan umat di palastin hamas atau di Afghanista serta beberapa negara islam lain komitmen serta peranan beliau amat dirasakan dalam pebagai prosok negara Islam lain,”katanya.

Persidangan tersebut disokong kerajaan Malaysia dan dilihat sebagai usaha terdesak membina kredibiliti Najib yang terpalit dengan isu pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu dan rasuah kontrak ketenteraan.

Turut berucap pada persidangan itu ialah Timbalan Najib, Muhyiddin Yassin dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

SUMBER di sini.

ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN: RAPAT UMUM DI SELURUH NEGERI AKAN DIADAKAN

Label:

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berhasrat mengadakan rapat umum besar-besaran berhubung isu pemberian royalti minyak.

Katanya, rapat umum yang akan diadakan di Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur itu akan menjemput kehadiran Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Satu daripada cadangan kita untuk mengadakan majlis rapat umum ceramah besar-besaran dengan penyertaan Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bersama dimulakan dengan Kelantan, Terengganu, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pidato Rakyat bertajuk Antara Royalti dan Ehsan: Siapa Pengkhianat Bangsa, semalam.

Husam berkata, Kelantan berhak menerima royalti minyak yang disumbangkan kepada perindustrian petroleum Negara setelah menandatangani perjanjian pada 1975 selepas Akta Petroleum 1974 dibentangkan.

Katanya, mengikut seksyen 4 akta ini menyatakan bahawa segala hak keistimewaan dan khazanah petroleum yang diserahkan kerajaan negeri kepada Petronas akan menerima bayaran wang tunai.

“Dalam seksyen 4 menyatakan segala hak keistimewaan dan khazanah petroleum ini diserahkan oleh kerajaan negeri kepada Petronas dan Petronas mesti membayar wang tunai kepada kerajaan negeri yang berkenaan,” katanya.

Husam berkata, royalti yang diterima ini juga bukan sahaja untuk Kelantan tetapi juga boleh digunakan untuk membentuk satu model penggunaan wang kekayaan negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Beliau turut mendesak bakal Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed lebih telus menangani isu rasuah.

“Kita minta pesuruhjaya SPRM yang baru ini lebih adil dalam cara dia menangani isu-isu dalam negara kita dan tidak membiarkan isu-isu yang terbengkalai,” katanya.

SUMBER di sini.

DASAR PAKATAN RAKYAT: CC PAS BERI LAMPU HIJAU

Label:

PAS yang mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat semalam telah memberikan lampu hijau kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang akan dibentangkan pada konvensyen pertamanya Sabtu ini.

Langkah itu dilihat sebagai pencapaian penting dalam usaha PR untuk mengharungi liku-liku politik ikatan PAS-DAP-PKR itu.

"Ya, kami bersetuju untuk menerima. Ia pencapaian yang signifikan, kami tidak menerima bulat-bulat tetapi kepimpinan PAS telah meneliti dengan mendalam kandungan dasar bersama ini sebelum ia diluluskan," kata salah seorang ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Jawatankuasa teknikal PR dijangka melengkapkan kandungan dasar itu hari ini sebelum diterima oleh Majlis Presiden ikatan itu yang dijadual bermesyuarat esok.

Tanpa menghuraikan lanjut, Dzulkefly yang juga salah seorang ahli jawatankuasa teknikal itu menambah, beberapa perkara yang menarik boleh diharapkan daripada dasar bersama itu hujung minggu ini.

"Ini akan menjadi paksi permuafakatan bagi Pakatan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Dasar ini menyentuh keluhuran Perlembagaan, kedaulatan Perlembagaan, demokrasi, ekonomi dan sebagainya... yang mencerminkan pendirian kami selepas 20 bulan melalui situasi jatuh bangun, yang menarik dan yang tidak menarik.

"Kini sudah sampai masa bagi kami memperlihatkan kesungguhan, lebih muafakat, wibawa untuk menghadapi masa depan," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, konvensyen akan bermula dengan pembentangan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

"Ia akan disusuli dengan ucapan dasar ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat dan sesi perbahasan sebelum menerima deklarasi di akhir konvensyen," katanya.

Konvensyen Pakatan Rakyat juga akan mengeluarkan deklarasi 10 perkara, kata beliau ketika ditemui.

"Dasar Pakatan Rakyat akan berteraskan pada soal persoalan demokrasi, negara hukum dan institusi negara, ekonomi, bahasa dan agama... kami mengambil pendekatan yang mudah dalam merangka dasar ini, yang menyentuh kepentingan rakyat," kata Saifuddin yang merupakan penyelaras konvensyen pertama ini.

Menurut beliau setiap anggota komponen PR akan menghantar 500 perwakilan menjadikan kira-kira 1,500 wakil akan mengambil bahagian dalam pertemuan ini.

Kata beliau usaha untuk mengadakan konvensyen ini telah dimulakan sejak dua bulan lalu selepas ia diluluskan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 21 Oktober lalu.

Konvensyen pertama ini akan berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam. Ia akan membincangkan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Konvensyen ini dijangka merumuskan beberapa perkara penting, antaranya pendaftaran parti gabungan Pakatan Rakyat serta penggunaan logo bersama PR dalam pilihan raya umum akan datang.

Tema konvensyen ini adalah “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan”.

Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini menyebut konvensyen ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa.

SUMBER di sini.
KEHABISAN SUMBER PENDAPATAN NEGARA MAKA GST DIPERKENALKAN?
Khamis, Disember 17, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Disember 15, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Disember 14, 2009 | Author: Tuk Kiyai