Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Pakatan umum pendirian bubar DUN 13 Mac

Label:

Saya petik:
[SH] MELAKA - Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan membuat satu ketetapan pada Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Petanda pilihan raya umum akan datang "sudah dekat" berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelarasan gaji bagi 1.3 juta penjawat awam hari ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri penutupan Forum Ketua Menteri dan Gabenor Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Thailand-Malaysia (IMT-GT) di sebuah hotel di sini, hari ini.

"Ini adalah satu petanda pilihan raya (umum ke-13) sudah dekat, kemungkinan selepas pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 12 April depan atau mungkin pada bulan Mei depan," katanya.

Sambil mengesahkan bahawa beliau akan terus bertanding di Pulau Pinang, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP akan terus bekerja keras mempertahan semua kerusi yang telah dimenangi.

Pada 17 November tahun lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun Kerajaan
Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.
PR yang dianggotai PKR-DAP-PAS memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 2008. Bernama

Imam baling kasut kepada Hakim dipenjara

Label:

Saya petik:
[kosmo] PUTRAJAYA - Seorang bekas imam yang bertindak membaling sepasang selipar ke arah tiga hakim dihukum penjara selama setahun oleh Mahkamah Persekutuan semalam setelah didapati bersalah menghina mahkamah.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan tiga panel hakim itu berkata, hukuman berkenaan adalah setimpal dengan tindakan Hoslan Hussin, 46, yang menjatuhkan maruah institusi kehakiman.

Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan Hoslan adalah serius, tidak boleh dibiarkan serta perlu dibendung.

"Kamu sebagai pesalah, jika tidak dikenakan tindakan akan boleh menggugat kuasa mahkamah dan boleh menjatuhkan maruah mahkamah. Apa-apa kritikan yang hendak dibuat terhadap hakim hendaklah dibuat dengan munasabah dan baik, bukan dengan cara mengugut dan maki hamun.

"Mahkamah yang ada bidang kuasa perlu dihormati oleh semua pihak. Perlu dinyatakan bahawa tindakan prosiding yang diambil dalam kes ini (menghina mahkamah) bukan untuk melindungi maruah kami secara peribadi tetapi adalah untuk melindungi maruah dan kewibawaan mahkamah yang mulia ini dalam sistem kehakiman di negara ini.

"Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal dan berbentuk pencegahan untuk kepentingan awam," kata Hakim Zulkefli.

Hoslan yang pernah menjadi imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan dekat Kuala Lumpur bertindak membaling selipar ke arah ketiga-tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan I, Istana Kehakiman di sini antara pukul 10.15 pagi dan pukul 10.30 pagi pada 22 Februari lalu.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Suriyadi Halim Omar menyifatkan tindakan Hoslan sebagai angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati mahkamah.

Telur ayam dalam telur

Label:

Saya petik:
[SH] BUKIT RAYA - Seorang peniaga kedai makan di Kampung Bukit Raya Dalam terkejut mendapati sebiji telur ayam dipecahkan mempunyai sebiji lagi telur ayam sebesar duit syiling 50 sen ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan, malam kelmarin.

Fairul Rizal Abd Ramli, 29, berkata, dia membeli sebanyak 30 biji telur gred E di sebuah kedai runcit di situ.

“Saya mengambil telur itu dan terus memecahkannya untuk menyediakan hidangan telur mata kepada pelanggan namun terkejut setelah mendapati sebiji telur lagi jatuh ke dalam kuali dan saya menyangka ia adalah telur merah yang beku.

“Telur itu mempunyai telur putih dan merah serta ditambah dengan sebiji lagi telur di dalamnya,” katanya.

Fairul Rizal berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sejak empat bulan berniaga di situ dan dia akan terus menyimpan telur bersaiz wang syiling 50 sen itu kerana ingin melihat keadaan telur itu.

[TERKINI] SBPA dibatalkan. kah kah kah

Label:

Saya petik:
[mstar] PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Mohd Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.

"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

FOTO banjir di Kuala Lumpur

Label:

SESAK...kenderaan yang terkandas di Jalan Tun Razak.

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Ribuan kenderaan dan orang ramai terkandas di sekitar ibu kota akibat banjir kilat di beberapa jalan utama berikutan hujan lebat sejak lewat petang semalam.

Selain beberapa jalan utama di pusat bandar, turut dilaporkan kejadian pokok tumbang dan kemalangan kecil membabitkan kenderaan ringan akibat jalan dinaiki air.

Tinjauan Harian Metro mendapati, antara kawasan terjejas ialah Jalan Pudu, Jalan Istana, Jalan Bukit Bintang, Jalan P Ramlee dan beberapa kawasan di Ampang terutama Bukit Belacan dan Lembah Jaya dinaiki air sehingga ke paras pinggang akibat hujan lebat tanpa henti sehingga jam 9 malam tadi.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, antara jalan yang terjejas teruk dalam kejadian banjir kilat ialah Jalan Travers, Jalan Bangsar-Mahameru, Jalan Silang manakala beberapa kawasan di Ampang termasuk Desa Pahlawan, Hiliran Ampang serta jalan Hulu Langat dinaiki air sehingga ke paras lutut.

Menurutnya, sebuah kereta dan motosikal terbabit kemalangan sebelum terhumban ke dalam longkang di hadapan Balai Polis Travers, bagaimanapun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kerana kedua-dua pemandu dan penunggang motosikal diselamatkan.

Katanya, pihaknya sudah menghantar skuad bantuan ke semua kawasan termasuk meminta bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memutuskan bekalan elektrik di kawasan yang mengalami kejadian pokok tumbang seperti Jalan Silang bagi memudahkan proses pembersihan kawasan dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, hujan lebat di ibu kota menyebabkan Jalan Sultan Ismail ditutup kepada kenderaan ringan, namun kembali dibuka sepenuhnya mulai jam 10 malam tadi.

Beliau berkata, empat jalan utama mengalami kesesakan teruk sejak petang semalam iaitu Jalan Raja Chulan, Jalan Naga Sari, Jalan Dato’ Onn dan Jalan Sultan Ismail.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya sudah menggerakkan semua jentera bomba di kawasan terjejas teruk untuk menyalurkan bantuan bagaimanapun, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian terbabit. -hm

Ustaz dituduh cium remaja lelaki

Label:

Saya petik:
[SH] AYER KEROH, MELAKA - Seorang guru tahfiz dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki di sebuah madrasah di Ayer Molek, lima tahun lalu.

Ismail Ghazali, 44, dari Merlimau mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Berdasarkan pertuduhan, Ismail didapati dengan sengaja melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 14 tahun 7 bulan dengan mencium mangsa dan memaksa mangsa memegang kemaluannya.

Ismail melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Madrasah Al Muqarrabin, Balik Bukit, Bukit Lintang kira-kira jam 12.15 tengah malam, pada 16 Mac 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi meminta jaminan RM5,000 dikenakan terhadap tertuduh yang tidak hadir tiga kali sebutan semula kes, bermula 2007 hingga 2008 dan menyebabkan waran dikeluarkan mahkamah.

Bagaimanapun, Ismail yang baru balik menunaikan umrah dua bulan lalu memohon mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan tidak dimaklumkan mengenai tarikh sebutan semula kes tersebut.

“Ketika itu saya sedang belajar di Yaman dan saya tidak mengetahui mengenai waran yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut, malah ahli keluarga juga tidak memaklumkan apa-apa berkaitan kes ini,” katanya.

Syajaratudur kemudian membenar Ismail diikat jamin RM5,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 12 April depan bagi lantikan peguam.

Pas Kelantan: Sedia terima Ku Li, Zaid mustahil

Label:

Saya petik:
[HM] KOTA BHARU - Pas Kelantan menolak desas-desus yang mengaitkan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan sebarang perbincangan sedang diadakan bersama Zaid sama ada di peringkat Pusat mahukan negeri.

“Kita tidak dapat maklumat sebarang perbincangan dibuat, namun bagi saya agak mustahil (untuk bertanding atas tiket Pas) kerana kita tidak menerima cara dia berpolitik, lompat sana-sani,” katanya kepada pemberita selepas hadir di pelancaran Bulan Dakwah di Kompleks Balai Islam Lundang.

Semalam Sinar Harian melaporkan Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang mempertimbangkan sama da kemungkinan bertanding sebagai calon Bebas atau menggunakan tiket Pas.

Zaid sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dari 2004 hingga 2008 mewakili Barisan Nasional (BN) sebelum digantung keahlian pada 2 Disember 2008.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri memberi pandangan berbeza terhadap kenyataan veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah yang mahu bertanding calon Bebas di Gua Musang sekiranya tidak dicalonkan BN.

Katanya, Pas Kelantan sedia membuka sebarang bentuk perbincangan, namun ia bergantung pada keadaan bagi membolehkan Tengku Razaleigh bertanding atas tiket Pas.

“Pas Kelantan tidak ada masalah dengan beliau terutama soal tuntutan royalti yang jelas dia begitu konsisten. Dari segi itu kita ada persamaan dan dulu pun kita pernah bekerjasama melalui Semangat 46, jadi kalau PRU ini ada perbincangan (untuk bersama), bukan sesuatu yang pelik,”katanya. Pada PRU12 empat tahun lalu, Datuk Ibrahim Ali dan Pas menjalin ikatan bagi membolehkan beliau bertanding atas tiket Pas di kerusi Parlimen Pasir Mas, namun hubungan itu tidak berkekalan.

Wanita ini dedah lelaki miliki 6 isteri serentak

Label:

BUKTI...Hani menunjukkan dua salinan sijil perkahwinan isteri kelima dan keenam yang dinikahi saudaranya.

Saya petik:
[HM] KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi ‘cawangan’ menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam.

Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.

Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.

Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.

“Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Siasat Yayasan Selangor tiris RM500 juta zaman umno memerintah

Label:

Saya petik:
[HD] SHAH ALAM, 6 Mac: Yayasan Selangor meminta agar siasatan audit dalaman dilakukan bagi memastikan ketirisan yang berlaku sejak tahun 1991 hingga 2008 sebanyak RM500 juta dapat dikenal pasti.

Pengurus Besar, Ilham Marzuki pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) menyatakan Selcat perlu mengarahkan agar siasatan audit dalam dilakukan.

"Saya harap ketirisan yang berlaku dari tahun 1991 hingga 2008 disiasat oleh audit dalaman yang mana nilainya tidak kurang RM500 juta.

"Selcat perlu mengeluarkan arahan agar pihak audit menjalankan siasatan terhadap ketirisan tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Selcat, Datuk Teng Chan Kim memberitahu pihaknya tiada kuasa untuk mengeluarkan arahan, perkara tersebut perlu dilakukan oleh Yayasan Selangor sendiri.

"Kita mencadangkan agar pihak Yayasan Selangor mengadakan audit dalam sendiri, tetapi di sebabkan kes tersebut terlalu lama maka ia perlu melakukan 'audit forensik'.

"Badan audit yang ada sekarang memang tidak berkemampuan disebabkan oleh tanggungjawab lain, audit forensik ini perlu dilakukan oleh badan bebas," katanya pada sidang akhbar.

Tambahnya lagi, Ilham perlu bertindak segera terhadap dakwaan tersebut, walaupun ia melibatkan kos yang besar tetapi demi kebaikan sesuatu perkara ia perlu disegerakan.

Sementara itu ketika sesi pendengaran awam berhubungan laporan audit mengenai perbelanjaan Yayasan Selangor membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1,414,348 juta, Ilham mengakui kesilapan yang dilakukannya ketika membuat keputusan.

"Saya mengakui kesilapan ketika membuat keputusan, tetapi jika ada pihak menasihati saya ketika itu sudah pasti perkara ini tidak akan berlaku.

"Perkara ini tidak akan berulang lagi di masa yang akan datang, segala teguran ini kita di Yayasan Selangor akan menerimanya serta memperbaiki," katanya.

Tambahnya, cadangan-cadangan yang dikatakan ini akan dipatuhi sepenuhnya begitu juga terhadap cara kelulusan sesuatu peruntukan akan dilakukan menetapi piawai kerajaan negeri.

"Yayasan Selangor akan mengambil pendekatan bagi mengambil balik peruntukan yang telah dikeluarkan bagi program yang dibatalkan terutamanya majlis ulang tahun ke 40 Yayasan Selangor," katanya.

Sebelum itu, Yayasan Selangor pada tahun 2010 telah membelanjakan RM1,414,348 juta bagi empat program besar termasuk program majlis ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang diperuntukan RM899,020 tetapi majlis itu dibatalkan dua hari sebelum program itu dilangsungkan.

Manakala tiga program lain meliputi majlis berbuka puasa, majlis jamuan aidil fitri dan juga korban perdana.

Orang ramai marah POLIS 'TENDANG' motosikal remaja yang kini koma...

Label:

Saya petik:
[MK] Kurang dua hari disiarkan, gambar seorang anggota polis yang didakwa menendang seorang penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu mengalami kecederaan teruk telah dikongsi oleh tidak kurang 10,000 warga maya.

NONEGambar-gambar yang dimuat-naik itu menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal yang memakai jaket hijau kuning serta bercermin mata gelap hitam dan remaja yang terlentang selepas terjatuh itu menimbulkan kemarahan warga maya yang membidas apa yang disifatkan mereka sebagai keganasan polis.

Kejadian pada Sabtu lalu dikatakan berlaku di Taman Tangkak Jaya, Ledang, Johor, dan telah  dilaporkan dalam akhbar-akhbar Cina, dengan beberapa daripada mereka menyiarkan cerita itu di muka depan akhbar mereka.

Menurut akhbar Kwong Wah Jit Poh, penunggang motosikal itu yang dikenali sebagai Lim Hup Hwang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar pada sekitar jam 5:50 petang apabila beliau melalui sekatan jalan itu.

Ketika cuba menghentikan Lim, anggota polis berkenaan menendang motosikalnya menyebabkan remaja jatuh itu melanggar pembahagi jalan lalu terjatuh.

NONELim kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Melaka akibat kecederaan teruk pada kepala, telinga kanan, leher, kaki dan bahagian lain di badannya.

"Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu.

"Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!"

P/s: Memang brutal....

Saya terdesak samun untuk beli susu anak

Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU- “Saya langsung tidak ada niat hendak menyamun mangsa tetapi saya benar-benar dalam situasi terdesak memerlukan wang untuk membeli susu kepada anak kembar yang baru berusia setahun,” demikian jelas tertuduh, Mohd Hishanudin Abdullah, 32, ketika menjawab pertanyaan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang ingin mengetahui sebab mendorong dia melakukan jenayah tersebut.

Bapa kepada tiga anak itu turut mengakui semasa kejadian, dia yang berada dalam dunianya sendiri berikutan penangan najis dadah yang diambilnya sebelum itu juga mendorong dia bertindak sedemikian rupa dan sanggup memeras ugut mangsa hanya kerana inginkan RM20.

Dalam masa sama, tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pelayan kapal peranginan di sebuah pulau di negeri ini menjelaskan walaupun pendapatan bula-nannya mencecah RM3,000, namun sentiasa tidak mencukupi dek kerana ketagihan dadah melampau.

Terdahulu, Mohd Hishanudin, dari Rumah Pangsa, Kampung Kolam, Kuala Terengganu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, kelmarin atas dakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan mengaku salah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap mangsa, Muhamad Ismail Al-Rashid Ramli, 18.

Tertuduh mengaku melakukan jenayah itu menggunakan sebilah pisau lipat dengan niat mangsa dapat menyerahkan RM20 di hadapan sebuah kedai kunci Jalan Masjid Sultan Zainal Abidin, di sini, kira-kira jam 3.15 petang, 13 Disember lalu.

Berikutan pengakuan salah tersebut dan mendengar rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, Zainal Abidin menjatuhkan hukuman 36 bulan penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang pada awalnya kelihatan tenang menjawab soalan dikemukakan Zainal Abidin tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak di kandang tertuduh ketika Zainal Abidin meminta dia membayangkan masa depan anaknya sekiranya dia berterusan melakukan jenayah.
 
P/s: Hisap dadah rupanya....

Gadis miliki dua rahim perlukan pertolongan

Saya petik:
[SH] SUHAILA sebelum ini merahsiakan apa yang dihadapinya. Bila sakit menyerang, dia lebih suka berkurung dalam bilik.
Apabila kerap bersembunyi berjam-jam, kami semua mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap Suhaila hanya seng­gugut setiap kali datang bulan.

Tetapi apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis, saya bawa dia jumpa doktor.

Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor. Tetapi, kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat pakar.

Kata pakar, anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan. Tetapi apabila pembedahan dilakukan, doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang.

Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana.

Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang haid.

Mendapat maklumat daripada seorang teman tentang pakar perubatan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai berjaya melakukan pembedahan kepada seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun, yang mempunyai kes sama seperti Suhaila, hati ibu ini berbunga riang.

Sebagai ibu saya sentiasa berfikiran positif. Walaupun tahu ada risikonya, tetapi saya yakin dengan kuasa ALLAH. Segalanya akan berjalan lancar, dan anak saya akan sembuh seperti sedia kala.

Lebih baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila.

Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi.

Saya masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19 Mac ini.

Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya.

Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli. Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumba­ngan bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup.

Pastinya ada yang berta­nya mengapa perlunya pembedahan di luar negara. Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran.

Pihak hospital memak­lumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan. Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedah­kan Suhaila kepada risiko.

Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut.

Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan.

Saya sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada hospital dapat disegerakan bagi menye­lamatkan nyawa Suhaila.

Tolonglah! Permu­dah­­­kan­­­l­­ah usah saya ini. Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!

Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281

[TRAGIS] Suami demam mati terbakar

Label:

Saya petik:
[SH] LANGGAR, KEDAH - Seorang isteri tidak menyangka pesanan kepada suami yang demam supaya berehat dan makan ubat merupakan pesanan terakhir sebelum suaminya ditemui terbakar di rumah mereka di Flat Taman Sri Gemilang, semalam.

Mangsa, R Paranjothi, 41, merupakan seorang pemandu lori ditemui dalam keadaan terbaring berhampiran bilik air rumahnya kira-kira jam 8.30 pagi.

Isterinya, R Ramgama, 33, berkata, sebelum kejadian suaminya pergi menghantar tiga anak mereka yang berusia 8 hingga 12 tahun ke sekolah.

“Suami saya demam sejak dua hari lalu dan sebelum keluar pergi kerja, saya ada pesan kepada dia supaya makan ubat dan kunci rumah.

“Dia (mangsa) mungkin berselimut selepas makan ubat dan dipercayai hisap rokok, mungkin disebabkan api rokok terkena pada kusyen atau selimut,” katanya.

Ramgama berkata, mereka tinggal di rumah itu selepas berkahwin dan hubungan mereka tidak pernah ada sebarang masalah.

Kakak mangsa, R Kelechelvi, 53, berkata, kejadian itu disedari setelah menerima panggilan daripada jiran yang memaklumkan rumah adiknya terbakar.

Menurutnya, dia yang ketika menerima panggilan berada di pasar bergegas pulang ke kedai yang terletak di Lorong Merpati.

“Isteri mangsa bekerja sebagai pembantu di kedai saya yang menjual tosai, apabila sampai di kedai dia memberitahu suaminya sudah mati,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan kejadian itu dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan berlaku kebakaran teruk pada mangsa.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Ahmad Shahabuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.43 pagi.

Katanya, anggota bomba tiba di tempat kejadian lima minit kemudian dan membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada bara api walaupun sewaktu tiba api sudah dipadamkan.

[TERKINI] Azizan kekal, 2 Exco diminta terima tawaran

Label:

Saya petik:
[SH] KUALA LUMPUR - Misi damai yang diusahakan Pas Pusat telah mencapai tiga langkah penyelesaian dengan mengekalkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah selain meminta dua Exco yang sebelum ini menolak tawaran dilantik semula bagi penggal 2012/2013, akan terus kekal dalam barisan pentadbiran kerajaan negeri.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, berikutan pertemuan khas bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Alor Setar, yang berakhir awal pagi semalam, Azizan telah diminta meneruskan tugasnya seperti biasa.

"Selain itu, Pas Pusat juga sebulat suara mahu Datuk Ir Phahrolrazi (Zawawi) dan Dr Ismail Salleh kembali sebagai Exco dalam pentadbiran negeri Kedah," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Selain dua langkah itu, Pas Pusat akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu untuk sama-sama bertangungjawab memantau dan memberi pandangan kepada negeri-negeri yang diterajui Pas dan juga negeri-negeri yang Pas adalah sebahagian daripada pentadbiran negeri tersebut.

Pakatan Rakyat yang dianggotai Pas, PKR dan DAP menerajui kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Azizan merupakan Menteri Besar penggal pertama dan menerajui kerajaan negeri Kedah sejak Mac 2008. Selain Kedah, wakil Pas juga merupakan Menteri Besar bagi Kelantan iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyandang jawatan itu sejak 1990.

Pada pertemuan khas misi damai yang berlarutan lebih lima jam sehingga awal pagi semalam, Dr Ismail tidak hadir bersama, tetapi keputusan sebulat suara itu telah dimaklumkan kepada beliau.

"Kedua-dua Exco dah tahu keputusan ini, dan itu yang kami putuskan," kata Mustafa lagi.

Ketika ditanya sama ada kedua-dua Exco telah memberi jawapan atau tidak, Mustafa berkata, pihaknya optimis yang kedua-dua mereka akan kembali menerima tawaran pelantikan semula.

Phahrolrazi tetap mahu Azizan berundur syarat dilantik semula?

Label:

Saya petik:
[BH] ALOR SETAR: Walaupun mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat selama lima jam berakhir 3 pagi semalam, memutuskan untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kemelut dalaman PAS Kedah dikatakan belum berakhir.
Pada mesyuarat itu, dua EXCO yang enggan menerima pelantikan semula, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh, diminta menerima jawatan itu yang tamat, Rabu ini.

Sumber memberitahu Berita Harian, syarat yang diletakkan Phahrolrazi jika parti itu mahu beliau menerima jawatan itu, iaitu jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah yang dipegang Azizan diserahkan kepadanya dan tidak membenarkan Menteri Besar itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, masih belum diputuskan.

Dalam pertemuan tertutup antara dua pemimpin berkenaan dengan Jawatankuasa PAS Pusat diketuai Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang itu, satu lagi permintaan Phahrolrazi supaya jawatan Menteri Besar dipangku pemimpin lain, ditolak jawatankuasa berkenaan.

Jawatankuasa itu memberi peluang sejam kepada setiap seorang untuk memberikan penjelasan dan mengemukakan hujah masing-masing.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu serta dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Selain itu, turut dilihat memasuki Seri Mantaloon ialah beberapa EXCO lain, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pelaburan dan Perindustrian, Datuk Amiruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Badan Bukan Kerajaan, Abdul Ghani Ahmad serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS.
Kemelut dalaman PAS Kedah yang dikatakan antara krisis kepemimpinan terbesar dalam PAS tercetus apabila Phahrolrazi dan Dr Ismail secara terang-terangan menolak dilantik semula ke jawatan EXCO dengan alasan tidak dapat bekerja di bawah pentadbiran Azizan yang didakwa mereka tidak mendengar pandangan orang lain.

Malah Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundur yang dilihat mengetuai tentangan terhadap Menteri Besar itu, mengenakan tekanan ke atas Azizan apabila PAS Kawasan Kuala Kedah yang dipimpinnya memberi kata dua kepada Amiruddin yang juga ADUN Anak Bukit supaya melepaskan jawatan EXCO walaupun sudah mengangkat sumpah jawatan.

Phahrolrazi adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, manakala Amiruddin, timbalannya.

Difahamkan, Phahrolrazi sudah mendapatkan pandangan beberapa rakannya dalam Dewan Ulama PAS Kedah dan dikatakan akan menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.

Phahrolrazi yang dihubungi semalam berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai pendirian Jawatankuasa PAS Pusat itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

"Biarlah mereka mengumumkan dulu keputusan mesyuarat malam tadi (malam kelmarin) yang saya difahamkan akan dibuat di Kuala Lumpur esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengesahkan ada lagi syarat yang beliau tetapkan belum diperhalusi jawatankuasa berkenaan.

Mesyuarat jawatankuasa itu dikatakan menemui jalan buntu apabila PAS yang sepatutnya membuat pengumuman keputusan yang diperoleh, terpaksa menunda sidang media yang sepatutnya diadakan di sini, semalam.

Sementara itu, Salahuddin yang dihubungi pagi semalam membayangkan masih ada perkara yang belum dapat diputuskan.

"Masih menunggu beberapa perkara yang perlu dinilai sebelum kita membuat keputusan," katanya.

Beliau yang dihubungi sekali lagi kira-kira jam 3 petang semalam mengesahkan sidang media bagi mengumumkan keputusan mesyuarat berkenaan akan diadakan di ibu negara hari ini.

Ini adalah kali kedua Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian dalam konflik antara Azizan dan Phahrolrazi dan Dr Ismail yang menolak pelantikan semula ke jawatan itu Isnin lalu.

Pada malam Khamis lalu jawatankuasa berkenaan bermesyuarat di ibu negara selama empat jam tetapi menemui jalan buntu, menyebabkan ia terpaksa mengadakan pertemuan kedua di sini.

Ibu jual ‘dara’ anak demi wang

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.

Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah (gambar) yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.

“Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.

“Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. “Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini.

“Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. “Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak.

“Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan,” katanya.

Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru.

Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971.

[VIDEO] Ulat dalam karipap Secret Recipe

Label:

Secret recipe menghidangkan ulat2 dlm curry puff nya. tuan puan boleh mendapatkannya di cawangan putrajaya p15..setelah dirujuk ke kedai ulat terbabit, PIC Hasanah ckp xleh wat ape sbb manager die xde, kene rujuk HQ, hanya boleh minta maaf. mmg hampas gas. - Mohd Yusof Sham

Info dan Bukti Pembelian: http://www.ohtidak.com/oh-ulat-dalam-karipap-secret-recipe/

Video asal dari: https://www.facebook.com/photo.php?v=10150652071257145
Pakatan umum pendirian bubar DUN 13 Mac
Jumaat, Mac 09, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Mac 08, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Mac 07, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Mac 06, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Mac 05, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Ahad, Mac 04, 2012 | Author: Tuk Kiyai