Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Ada Cerita Panas Tentang Ezam di Sebuah Hotel di Indonesia?!!

Label:

Chegu Bard: " Ezam.. tolong hentikan fitnah pada Kak Wan..jangan sampai saya dedah dan bongkar rahsia Ezam di Indonesia..saya tahu di hotel mana? waktu bila? tarikh bila? jam berapa? dengan siapa?....saya tahu semuanya..jangan sampai saya dedah semua tu...saya tak gamak nak sentuh hal peribadi Ezam..."

Sharpshooter :" oh ya ka cikgu...awat tak mau dedah..."

Che gu Bard: "Tengoklah macamana..sampai masa mungkin terpaksa saya dedah..."

Cerita lanjut & sumber di sini.

PANAS!! Jiran Lihat Memey Bawa Selimut & Cadar Ke Pejabat Norman?

Label:

Kita tidak tahu siapa yang bercakap benar dan siapa yang menipu dalam kes ini. Di dunia bolehlah kita menipu walaupun di hadapan hakim. Apa-apapun, kita tunggulah kesudahan kes ini nanti.... Bagi yang terlibat dalam kes ini, bolehkan anda menipu di hadapan Allah nanti?

[mstar] KUALA LUMPUR: Saksi keenam yang juga orang awam dalam kes perbicaraan khalwat Norman Hakim dan Memey Suhaiza mengaku di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, Jumaat bahawa dia ialah individu yang mengadu kepada Pejabat Agama Islam daerah Gombak Timur.

Mohd Yusri Abdul Razak berkata, dia membuat laporan selepas didesak oleh komuniti penduduk Islam di kawasan Ukay Perdana.

Bagaimanapun, katanya, dia memberikan jaminan kepada masyarakat di situ hanya akan mengadu hal tersebut kepada pihak berkuasa selepas isteri Norman, Abby Abadi selamat melahirkan anak.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi di hadapan Hakim Syarie, Salehudin Yatim, pagi Jumaat.

Norman dan Memey hadir ke mahkamah bersama peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Sementara itu, Mohd Yusri membuat beberapa pendedahan mengejutkan di mahkamah kerana mempertahankan "amal makruf nahi mungkar".

Jelasnya, walaupun pada awalnya enggan menjadi saksi pendakwa, dia akhirnya bersetuju untuk tampil menegakkan kebenaran selepas kes itu berlarutan hampir dua tahun.

"Bermacam-macam pembohongan berlaku dalam mahkamah dan sebagai seorang Islam, saya mesti tegakkan kebenaran," katanya.

Sebagai contohnya, Mohd Yusri memberitahu mahkamah bahawa dia tahu Memey membawa selimut, tilam dan cadar hampir setiap hari, selama lapan bulan ke Tingkat 1A pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, untuk bermalam.

Ini kerana Mohd. Yusri tinggal bersebelahan premis Norman.

Selain itu, dia turut berjaya melihat kelibat Norman memanjat ke premis atas bangunan berkenaan melalui satu lubang di sebelah ruang legar belakang premis.

Katanya, dia melihat keadaan itu selepas mendengar dentuman kuat yang terhasil apabila pintu jeriji dibuka dan ia terhentak di sisi dinding.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dengan Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 21, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada 3 pagi, 30 Okt 2008.

Norman dibicarakan mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.

Berbuka Puasa dengan Arak?

Label:

(BUKTI...seorang penguat kuasa Jakim menunjukkan botol arak masakan yang ditemui di sebuah hotel, semalam)

Berhati-hatilah jika ingin berbuka puasa di hotel. Dibimbangi berlaku seperti kes seperti ini - hotel menggunakan bahan yang mengandungi alkohol dan arak dalam masakan.....

[HM] PETALING JAYA: Sos mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa. Itulah yang dibongkar penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan operasi khas ke beberapa hotel di sekitar Lembah Klang, semalam dan kelmarin.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, sepanjang dua hari itu pihaknya memeriksa sembilan hotel dengan tumpuan diberikan kepada hotel yang menawarkan sajian bufet Ramadan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan itu menemui bukti kukuh arak dan sos beralkohol digunakan sebagai bahan masakan termasuk juadah berbuka puasa di dua hotel.

“Operasi itu dilakukan bagi mengotakan janji Jakim bertegas mengambil tindakan terhadap hotel yang menganjurkan promosi bufet berbuka puasa tanpa mematuhi garis panduan ditetapkan, khususnya dalam aspek halal,” katanya.

Beliau berkata, satu daripada hotel yang menggunakan bahan beralkohol sebagai resipi masakan dikesan hasil operasi terbaru dilakukan jam 11 pagi semalam di pinggir ibu negara.

Menurutnya, pemeriksaan rapi dilakukan di dapur hotel berkenaan yang dibahagikan kepada bahagian penyediaan makanan tempatan serta bahagian dapur khusus makanan Cina dan barat.

“Ketika memeriksa di dapur makanan Cina dan barat, kami menemui deretan botol arak masakan dan sos beralkohol diletakkan di rak khas. Setiap botol arak dan sos itu kandungan alkohol melebihi 10 peratus.

“Selepas disoal siasat, tukang masak di hotel berkenaan mengaku mencampurkan arak dan sos beralkohol ke dalam masakan bagi menambah perisa hidangan.

“Tindakan mencampurkan arak ke dalam masakan yang kemudian disajikan dalam hidangan bufet berbuka puasa jelas perbuatan melampau dan memperdaya pengguna Islam yang berbuka puasa di hotel berkenaan,” katanya.

Amri berkata, berikutan itu dia berjumpa pihak pengurusan hotel terbabit dan memberi amaran terhadap kesalahan dilakukan dan meminta mereka memastikan ia tidak berulang.

“Penjelasan diberikan bagi memastikan mereka mematuhi syarat terutama membabitkan makanan pelanggan beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, pihak hotel berkenaan sebelum ini pernah memohon sijil halal Jakim, namun ia ditolak disebabkan mereka gagal mematuhi prosedur dan syarat ditetapkan.

Katanya, penguat kuasa Jakim dibahagikan lapan kumpulan membabitkan hampir 20 anggota untuk melakukan tugas pemantauan di hotel sepanjang Ramadan ini.

“Tujuan Jakim bukan saja mengambil tindakan undang-undang, malah kami cuba mendidik dan memberi maklumat tepat kepada pihak hotel berhubung kaedah bagi mendapatkan sijil halal Jakim. Maklum balas diterima menunjukkan ramai pengusaha hotel tidak faham berhubung kaedah memohon sijil halal berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz memaklumkan hanya 51 dapur restoran dan premis makanan di 22 hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan pensijilan halal Jakim.

Beliau menasihatkan pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal tidak menyalahgunakan mengelirukan pengguna termasuk penggunaan terma ‘Bufet Ramadan’ kerana ia menggambarkan persediaan makanan halal sedangkan hakikat sebenar belum terbukti.

Batal atau Tidak Puasa bagi Situasi Ini?

Label:

Berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai:-

1) Darah keluar dari tubuh

Samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain. Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211).

Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh

Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah

Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini.

Pun begitu, kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal

Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ‘Uqlah hlm 226).

Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan. Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhuk.

Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik. Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat.

Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa.

Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama. Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-

كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ

Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : -

فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام

Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba datang seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :- "aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif).

Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 ) Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.

9) Wanita tamat haid

Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar. Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201) Dalilnya adalah:-

من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له

Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi

Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.? Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa. Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh.

Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159) Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan. Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak

Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untuk menjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.

13 ) Mandi.

Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal. Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

-Dipetik daripada Zaharuddin.net

Wanita Ini Baru Berusia 25 Tahun Tapi Sudah Menipu Enam Suami

Label:

(Gambar Suspek)

Hebat sungguh si wanita ini! Tapi kecundang jua akhirnya... Bak kata pepatah, setinggi-tinggi tupai melompat, ke tanah jua akhirnya.....

[HM] KUALA LUMPUR: Usianya baru 25 tahun, namun seorang wanita licik memperdaya lelaki yang dikenalinya melalui Internet dengan merelakan diri ditiduri sebelum mendesak untuk berkahwin dengan mendakwa dirinya hamil.

Hanya selepas beberapa bulan berkahwin, perempuan terbabit akan menghilangkan diri selepas mengikis duit suaminya dan sepanjang beberapa tahun lalu, ‘wanita pisau cukur’ itu sudah berkahwin dengan enam lelaki dan melarikan wang lebih RM500,000.

Sumber polis berkata, penipuan wanita itu terbongkar apabila suami terbarunya mengesan kegiatannya dan membawa isterinya ke Balai Polis Cheras di sini, untuk ditahan pada 6 Ogos lalu.

“Mangsa terbarunya dikenali sebagai Chung, 30-an, memberitahu polis dia mengenali wanita itu melalui laman facebook di Internet pada April lalu.

“Hasil perkenalan singkat itu, wanita terbabit mengajak mangsa keluar sebelum merayu mengikut teman lelaki barunya itu pulang ke rumah dengan alasan untuk menggunakan komputer. Ketika di rumah mangsa, dia menggoda dan mengajak mangsa melakukan hubungan seks,” katanya.

Menurutnya, beberapa minggu kemudian wanita itu berlakon kononnya dia hamil dan mengugut mangsa supaya mengahwininya.

Sumber itu berkata, mangsa yang akur desakan itu mengajak wanita terbabit berkahwin dengan mendaftarkannya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun wanita terbabit menolak dengan mendakwa lebih berminat dilakukan secara tradisi.

“Susulan itu mangsa membawa wanita terbabit ke kampungnya di Sabah untuk melangsungkan perkahwinan pada Mei lalu. Namun, keluarga mangsa hairan apabila tiada wakil atau ahli keluarga wanita itu muncul ketika majlis perkahwinan.

“Apabila ditanya, dia memberi alasan kononnya seorang ahli keluarga terdekatnya di Semenanjung meninggal dunia akibat penyakit kanser,” kata sumber itu.

Menurutnya, lebih mengejutkan wanita terbabit enggan membuat kenduri perkahwinan di pihak keluarganya di Kuala Lumpur, selain cuba mengelak bertemu orang ramai serta sanak-saudara mangsa.

Katanya, selepas selesai majlis perkahwinan, wanita itu memberitahu suaminya mengenai peluang perniagaan yang kononnya bakal memberi keuntungan besar.
Berikutan itu suaminya memberi wang termasuk kutipan daripada ahli keluarga berjumlah RM300,000.

“Bagaimanapun, keluarga mangsa mencurigai suspek selepas mendapati perut wanita itu tidak menunjukkan tanda mengandung. Malah, wang keuntungan hasil pelaburan dijanjikan turut lesap,” katanya.

Sumber itu berkata, tembelang wanita terbabit terbongkar selepas kakak mangsa mengenal pasti identiti suspek yang pernah disiarkan di akhbar berhubung kes penipuan terhadap beberapa lelaki lain sebelum ini.

“Wajahnya yang dirakam bersama beberapa lelaki berbeza pada majlis perkahwinan berasingan pernah disiarkan melalui media massa selepas dia didapati melarikan diri selepas menipu.

“Susulan itu mangsa menyerahkan wanita terbabit kepada polis Cheras untuk siasatan lanjut,” katanya.

Siasatan awal polis mendapati, wanita terbabit mempunyai empat anak, namun setiap kali cuba menjerat mangsa, dia mengaku belum pernah berkahwin dan tiada anak.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superintanden Abdul Rahim Hamzah yang dihubungi berkata, suspek ditahan Jumaat lalu untuk siasatan lanjut dan direman lima hari.

Menurutnya, polis akan menyerahkan hasil siasatan lengkap terhadap suspek kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi membolehkan tindakan lanjut diambil mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Suspek turut dikehendaki polis Sentul berhubung laporan penipuan sama. Kami mungkin akan menyerahkannya kepada polis daerah itu bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Orang ramai yang pernah menjadi mangsa penipuan licik wanita terbabit diminta tampil membuat laporan polis bagi memastikan suspek menerima hukuman setimpal,” katanya.

Umno pun Menyenaraihitamkan Kontraktor!!

Label:

(Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas)

Terang lagi bersuluh!! Umno sanggup melakukan apa sahaja malah menutup periuk nasi orang semata-mata kerana menyokong pembangkang. Itulah umno!

Sumber di sini

MB Selangor Pelawa SPRM Tempatkan Pegawai di KSSB. Setujukah SPRM?

Label:

Adakah berani MB dan KM di negeri-negeri yang diperintah BN untuk membuat pelawaan sebegitu kepada SPRM demi membanteras jenayah rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan?

[SH] SHAH ALAM - Kerajaan Negeri membuat tawaran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan pegawai badan berkenaan di pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, tawaran tersebut dibuat selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri terhadap konsep pentadbiran yang telus dan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap operasi KSSB berikutan kritikan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap anak syarikat Kerajaan Negeri itu.

“Kakitangan SPRM ini boleh memantau operasi dan pentadbiran KSSB dengan lebih dekat bagi memastikan salah guna kuasa atau rasuah tidak berlaku,” katanya kepada pemberita semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini semalam.

Sementara itu katanya, bagi melengkapkan prinsip ketelusan dan keterbukaan, KSSB akan mengiklankan jawatan kosong di media bagi mengisi dua jawatan Pengarah yang bebas dari pengaruh politik tetapi berpengalaman dalam industri perlombongan pasir.

“Mereka ini akan menjadi wakil Kerajaan Negeri untuk bersama-sama mentadbir dan menguruskan KSSB dalam menjalankan perlombongan pasir di negeri ini.

“Kita juga telah mengarahkan KSSB supaya melantik juruaudit bebas bagi mengaudit setiap sen yang dibelanjakan supaya maklumat kewangan KSSB dapat diketahui umum,” katanya.

Abdul Khalid berkata, beliau percaya masih belum ada syarikat yang menguruskan pasir di negeri-negeri lain yang telah mengambil langkah-langkah seperti yang dilakukan oleh KSSB.

“Kita yakin KSSB menjadi syarikat pertama yang mengamalkan pentadbiran yang telus dan terbuka.

“Kita juga kita mencabar kerajaan di bawah Brisan Nasional (BN) supaya mengambil langkah yang sama terutama di Johor yang mana operasi perlombongan pasir amat diragui tetapi tidak diberi liputan oleh media arus perdana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid turut mengumumkan pelantikan Wan Ab halim Wan Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KSSB berkuat kuasa 26 Julai lalu.

“Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University, United Kingdom mempunyai pengalaman luas bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batuan, timah, besi dan emas,” katanya.

Perakam Video Tersembunyi Dijumpai Dalam Bilik MB Selangor

Label:

SHAH ALAM 12 Ogos - Sebuah kamera kecil tersembunyi dijumpai di pejabat Menteri Besar Selangor di tingkat 21, bangunan SUK di sini pada pukul 6 petang semalam dipercayai digunakan untuk mengintip aktiviti harian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata beliau menyedari kewujudan alat perakam gambar itu di dalam biliknya beliau menjumpai apabila terdengar bunyi.

Beliau percaya alat tersebut mengeluarkan bunyi setelah tahap tenaga baterinya semakin lemah.

"Saya kemudiannya mencari sumber bunyi itu di seluruh bilik dan saya menemui sebuah alat perakam video kecil yang disorok di belakang langsir bilik saya," kata beliau selepas mesyuarat mingguan Exco.

Ditanya media berapa lama alat perakam video itu telah dipasang di dalam bilik beliau, Abdul Khalid berkata mungkin alat tersebut sudah berada di situ dalam tempoh yang agak panjang.

"Saya dah teliti tidak ada apa cuma rakaman menunjukkan saya bertemu dengan beberapa pihak dan urusan harian biasa," jelas beliau.

Tambah beliau Pejabat Menteri Besar akan menjalankan siasatan dalaman terlebih dahulu sebelum menimbangkan untuk membuat aduan kepada pihak polis.

“Kita akan melihat dahulu rakaman dalam perkam video ini supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis,” kata Menteri Besar.

Beliau juga akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian bagaimana alat perakam video tersebut boleh berada di dalam biliknya.

"Saya akan teliti dulu rakaman CCTV sebelum serahkan kepada pihak berkuasa, jika mereka ingin datang untuk membuat pemeriksaan juga tiada masalah," katanya.

Sehubungan itu Abdul Khalid mengarahkan tahap kawalan keselamatan di bangunan SUK ditingkatkan bagi mengelak kejadian berulang.

Pengawal keselamatan yang ditemubual menyatakan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan alat perakam video tersebut.

-SKeadilan

Lelaki Miliki Buah Dada Besar AKhirnya Pulih...

Label:

(GAMBAR menunjukkan Guo Qingpo yang memiliki buah dada besar diperiksa oleh seorang doktor sebelum dia menjalani pembedahan di sebuah hospital di Dezhou, China baru-baru ini)

BEIJING - Buah dada sebesar saiz bola sepak milik seorang lelaki China berumur 53 tahun kini menjadi kecil setelah dia menjalani pembedahan selama enam jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Guo Qingpo menjalani pembedahan di sebuah hospital di Dezhou, wilayah Shandong baru-baru ini.

Buah dada lelaki itu membesar dengan tiba-tiba pada 2008.

Seramai 20 pakar dari lapan jabatan berusaha mencari kaedah untuk mengurangkan buah dada itu dengan pembedahan dianggap satu pilihan terbaik.

Dua buah dada lelaki itu seberat 5 kilogram.

Lelaki itu keluar dari hospital itu pada penghujung April lalu selepas sebulan dia menjalani pembedahan.

Dalam bidang perubatan, penyakit yang dialami oleh lelaki itu dikenali sebagai Gynecomastia, satu simptom pembesaran buah dada akibat tumor atau hormon. - Agensi

-kosmo

Kain Rentang Provokatif Usaha Lagakan PKR dengan Istana Johor

Label:

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Zabidie Abbas menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab, yang cuba melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dengan memasang kain rentang yang bersifat provokasi di sepanjang laluan Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor dalam siri program jelajah 'Kembara Mahkota Johor 2010' yang diadakan minggu lalu.

Angkara yang dipercayai didalangi oleh Umno Johor telah menyebabkan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar murka apabila berita tersebut disiarkan media.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya, yang tindakan tersebut dilakukan oleh pihak kami," kata Zabidie ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau berkata kain rentang tersebut yang tertera gambar Sultan Ibrahim, jata kerajaan Johor, gambar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan logo KEADILAN turut memaparkan ungkapan 'PKR Johor Menyokong Penuh Dato' Seri Chua Jui Meng Sebagai Pengerusi PKR Johor Dan Calon MB Johor'.

Berikutan kejadian tersebut, AMK Johor telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam semalam serta menuntut siasatan segera dan terperinci dijalankan untuk mendakwa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Zabidie menyifatkan pihak yang cuba mengapi-api sentimen serta memainkan emosi rakyat sebagai buta undang-undang.

Ini kerana Artikel 3 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor menyatakan Menteri Besar hendaklah dilantik daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

"Apa yang jelas, tindakan menggantung kain rentang tersebut di sepanjang laluan Kembara Mahkota Johor 2010 yang bakal dilalui oleh Tuanku Sultan, berniat untuk mengaitkan institusi diraja dengan politik kepartian. Ia juga bertujuan untuk melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dan menimbulkan kemarahan orang ramai," tegas Zabidie lagi.

Tambah Zabidie, tindakan tersebut dilihat sebagai terancang kerana beliau difahamkam hanya kain rentang provokasi tersebut yang digantung di sepanjang laluan itu.

Tidak ada sebarang kain rentang lain, sama ada yang berbentuk iklan atau kain rentang mengalu-alukan baginda berdua dipasang.

Zabidie berkata pihaknya bercadang untuk berbincang bersama pimpinan KEADILAN untuk ke Istana Johor bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

"Kami akan memohon bagi menghadap ke bawah Duli Tuanku Sultan Ibrahim, bersama pimpinan KEADILAN negeri, untuk memperjelaskan keadaan yang sebenarnya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha AMK Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata pihaknya turut mempersoalkan kewajaran akhbar Sinar Harian edisi Johor semalam yang menyiarkan laporan berkenaan program 'Majlis Makan Malam anjuran KEADILAN Cabang Gelang Patah Bersama Presiden' dengan tajuk dan gambar yang mengelirukan.

"Laporan muka surat J5 Sinar Harian edisi Johor yang ditulis oleh Nurul Riduan Nor Ashana memaparkan artikel yang bertajuk 'Perjelas Hak Bukan Bumiputera' dengan gambar Datuk Chua Jui Meng yang sedang memegang kain rentang 'provokasi' tersebut," kata Ahmad.

Ahmad berpendapat, tajuk artikel tersebut tidak ada kena-mengena dengan gambar yang dipaparkan.

Malah gambar tersebut sebenarnya menunjukkan Chua sedang menerangkan kepada hadirin bahawa kain rentang tersebut merupakan tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu yang ingin melaga-laga beliau dengan pihak istana.

"Setelah menghubungi pihak Sinar Harian disini, mereka memaklumkan akan menulis tentang 'ralat' bagi berita tersebut dan akan disiarkan dalan edisi nasional. Kami menuntut mereka untuk menarik balik semula laporan itu. Jika tiada sebarang reaksi diambil, kami akan berbincang untuk membuat tindakan susulan," kata beliau.

-SKeadilan

Kereta Kebal Milik Tentera Singapura

Label:

Kereta kebal terbaru jenis Leopard milik tentera Singapura dipamerkan dalam perarakan sempena Hari Kebangsaan Singapura yang ke-45 di Padang, semalam. - Bernama

Hubungan romantis: Nasib permohonan Anwar minta gugur kes liwat Isnin ini

Label:

Keputusan sama ada kes konspirasi kedua terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan digugur atau sebaliknya, akan ditentukan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Isnin depan.

Hujah Karpal Singh hari ini, hubungan antara Timbalan Pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan saksi utama, Saiful Bukhari Azlan dalam perbicaraan menimbulkan persepsi negatif.

Apatah lagi, katanya, Peguam Negara sehingga kini tidak mengarahkan kedua-dua individu berkenaan membuat afidavit penafian yang memang menjadi amalan dalam sistem perundangan negara.

Beliau menganggap tidak logik Farah yang terlibat sejak hari pertama perbicaraan, tidak memiliki akses kepada maklumat kes yang kemudian memberi ruang kepada Saiful memperolehnya, hasil hubungan mereka.

-TVS

Inkues Teoh Beng Hock: Sekeping Nota Dalam Beg Galas Mendiang Sebagai Bukti Baru?

Label:

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara lewat petang Isnin semalam mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan kenapa mereka hanya mengemukakan tentang wujudnya satu bukti baru dalam prosiding inkues mendiang Teoh Beng Hock hari ini yang antara lain mengesahkan bahawa mereka telah menemui sekeping nota di dalam beg galas mendiang yang mungkin dapat memberi indikasi tentang kematiannya.

Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues sebelum itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga mendiang dan juga kerajaan Selangor.

Jabatan Peguam Negara menjelaskan, peguam yang dilantik untuk mewakili Pendakwa Raya dalam mengendalikan prosiding inkues Beng Hock, telah memaklumkan mengenai penemuan nota di dalam beg galas mendiang yang dikatakan dapat membantu dalam siasatan kematian pembantu politik Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Bagaimanapun, kata kenyataan Jabatan Peguam Negara, nota itu telah dipertikaikan atas alasan berlaku kelewatan dalam mendedahkannya dan kegagalan untuk menyerahkan sesalinan bukti baru itu kepada peguam yang mewakili keluarga Teoh serta dakwaan kononnya Jabatan Peguam Negara menyembunyikan nota tersebut.

"Jabatan Peguam Negara menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya nota itu sengaja disembuyikan, sebaliknya turut terkejut dengan penemuan nota tersebut dan selepas itu menyebabkan satu siasatan lanjut dijalankan.

"Jabatan Peguam Negara telah dimaklumkan tentang penemuan nota itu oleh Pegawai Penyiasat, Asisten Suprintendan Ahmad Nazri Zainal pada 7 Oktober 2009, iaitu kira-kira dua bulan selepas kematian Teoh.

"Menurut Pegawai Penyiasat itu, nota itu pada mulanya tidak ditemui ketika ia mula-mula melakukan carian ke atas beg galas mendiang sejurus selepas insiden kematiannya itu,' jelas kenyataan itu lagi.

Menurut Jabatan Peguam Negara, nota itu kemudiannya segera diterjemahkan dan terdapat keperluan untuk menghantarnya bagi dianalisa oleh pakar pemeriksa dokumen di Jabatan Kimia.

Nota itu telah dihantar pada 9 Oktober 2009 dan pada 20 Oktober 2009, pakar pemeriksa dokumen telah menyediakan laporan untuk dipertimbangkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Abdul Gani pada mulanya tidak yakin dengan keaslian nota tersebut ekoran kesukaran untuk mengesahkan tulisan tangan tertentu dalam karakter Cina. Tambahan pula, nota tersebut dijumpai dua bulan selepas kejadian dan ini akan menimbulkan rasa curiga kepada tahap keaslian dan penemuannya.

"Selepas mempertimbangkan faktor-faktor tersebut, Abdul Gani berpendapat nota itu tidak patut dikemukakan di mahkamah, sehingga atau melainkan Pegawai Penyiasat dapat memberikan penjelasan yang memuaskan berkaitan penemuan nota itu," jelas kenyataan Jabatan Peguam Negara.

Berhubung nota itu, Jabatan Peguam Negara sebelum itu telah dimaklumkan oleh Pegawai Penyiasat bahawa dia akhirnya telah melakukan carian yang menyeluruh selepas menerima nasihat daripada pakar psikatri bahawa dalam kes-kes melibatkan bunuh diri biasanya akan terdapat nota yang ditinggalkan.

"Bagaimanapun, baru-baru ini Pegawai Penyiasat itu mengakui bahawa dia sebenarnya menemui nota dalam beg Teoh apabila dia melakukan pemeriksaan pada beg galas mendiang pada 17 Julai 2009 tetapi tidak menyedari akan kepentingannya berikutan terdapat beberapa dokumen lain yang ditemui dan dokumen serta nota itu ditulis dalam bahasa Mandarin dan juga rumi," jelas kenyataan itu.

Hasil daripada penemuan ini, maka Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengemukakan bahan bukti baru ini dan mengarahkan supaya Pegawai Penyiasat itu membuat penjelasan ini di mahkamah dan menyerahkan kepada Koroner untuk menentukan berdasarkan penjelasan Pegawai Penyiasat itu nanti dan laporan pakar dokumen.

"Oleh itu, tidak wujud dakwaan bahawa pihak jabatan cuba menyembunyikan nota tersebut dan keputusan untuk tidak mengemukakannya pada peringkat awal dibuat berdasarkan laporan pakar pemeriksa dokumen dan juga penemuannya yang menimbulkan rasa curiga.

"Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan nota tersebut sebagai bahan bukti sahaja sehingga tiada lagi rasa curiga berhubung nota tersebut," kata kenyataan tersebut.

BERNAMA sebelum ini melaporkan, kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.

Prosiding yang sepatutnya disambung pada Isnin juga ditangguhkan sehingga 18 Ogos ini bagi memberi masa kesemua pihak mendapatkan arahan selanjutnya daripada anak guam masing-masing.

Koroner Azmil Muntapha Abas membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan Selangor, peguam yang dilantik kerajaan Tan Hock Chuan, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Abas dan Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Di luar mahkamah, Gobind memberitahu pemberita keadaan yang berlaku (bukti baru) menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.

"Sekarang bukti baru dikemukakan kepada kami, tetapi bukan baru bagi mereka. Mereka mempunyai dokumen itu yang dalam pemilikan mereka sejak Oktober lepas," katanya yang dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu pagi ini.

Sebelum prosiding bermula, beliau memohon supaya semua pihak berbincang dalam kamar kira-kira pukul 10.37 pagi. Sejam kemudian, Gobind dilihat keluar dari kamar dan masuk ke dalam mahkamah tanpa berkata apa-apa dan kelihatan marah.

Hanya 15 minit kemudian kesemua pihak keluar tetapi enggan menyatakan apa-apa dan menurut Tan mahkamah hanya memutuskan kes disambung minggu depan. Sejam kemudian barulah Gobind bersedia memberi sidang media.

Gobind berkata berikutan keadaan ini, beliau memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.

Sementara itu, Malik Imtiaz berkata semua dokumen yang relevan sepatutnya diserahkan kepada semua pihak dan selama ini beliau menganggap semua dokumen telah lengkap

-Dipetik dari MStar

Felda Kena Saman lagi. Kali ini oleh 700 Peneroka!!!

Label:

Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia. Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.

"Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.

-Malaysiakini

Hakim Syariah Akan Menghadap Sultan Sahkan Lafaz Cerai Isteri Kedua

Label:

(Gambar: Cik Puan Elia Suhana -Kosmo)

KOTA BHARU: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini Abdullah Man akan menghadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra setelah menerima dua pucuk surat daripada Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, yang mendakwa surat itu daripada Sultan Kelantan berkaitan lafaz cerai isteri kedua baginda.

Abdullah, yang mendengar perbicaraan kes itu secara tertutup, membuat keputusan tersebut setelah menerima surat-surat berkenaan daripada plaintif, Nik Rorhana,60, pada Ahad semasa perbicaraan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap isteri kedua baginda, Cik Puan Elia Suhana Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Peguam Elia Suhana, 31, Fakhrul Azman Abu Hasan ketika ditemui di luar mahkamah berkata kedua-dua pucuk surat tersebut dikatakan mengandungi titah Sultan Kelantan yang telah melafazkan talak terhadap Elia Suhana, manakala surat kedua mengarahkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Azamli Jamaluddin mendaftarkan perceraian baginda.

Beliau berkata Abdullah memutuskan untuk menghadap sendiri Sultan Kelantan bagi mendapatkan pengesahan kandungan kedua-dua pucuk surat tersebut pada tarikh yang akan ditentukan kemudian selepas mendapat kelulusan daripada pihak istana.

Nik Rorhana diwakili peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar dan Halim Bahari hadir pada perbicaraan itu.

Pada 30 Jun lalu, mahkamah tersebut menangguhkan perbicaraan pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap Elia Suhana selepas plaintif membuat permohonan pindaan penyata tuntutan berhubung lafaz cerai tersebut.

Bagaimanapun pada 25 Julai lalu, mahkamah tersebut menolak permohonan plaintif tersebut dengan alasan proseding pengesahan lafaz cerai pasangan tersebut masih didengar di mahkamah tersebut.

Nik Rorhana telah memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga oleh Tuanku Ismail terhadap Elia Suhana pada 9 Mac lalu.

Sultan Kelantan didakwa menjatuhkan talak itu pada 12 Feb lalu di hadapan beberapa orang saksi ketika dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

-mstar

Ada Cerita Panas Tentang Ezam di Sebuah Hotel di Indonesia?!!
Sabtu, Ogos 14, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Chegu Bard: " Ezam.. tolong hentikan fitnah pada Kak Wan..jangan sampai saya dedah dan bongkar rahsia Ezam di Indonesia..saya tahu di hotel mana? waktu bila? tarikh bila? jam berapa? dengan siapa?....saya tahu semuanya..jangan sampai saya dedah semua tu...saya tak gamak nak sentuh hal peribadi Ezam..."

Sharpshooter :" oh ya ka cikgu...awat tak mau dedah..."

Che gu Bard: "Tengoklah macamana..sampai masa mungkin terpaksa saya dedah..."

Cerita lanjut & sumber di sini.

Links to this post
PANAS!! Jiran Lihat Memey Bawa Selimut & Cadar Ke Pejabat Norman?
Jumaat, Ogos 13, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Ogos 12, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar Suspek)

Hebat sungguh si wanita ini! Tapi kecundang jua akhirnya... Bak kata pepatah, setinggi-tinggi tupai melompat, ke tanah jua akhirnya.....

[HM] KUALA LUMPUR: Usianya baru 25 tahun, namun seorang wanita licik memperdaya lelaki yang dikenalinya melalui Internet dengan merelakan diri ditiduri sebelum mendesak untuk berkahwin dengan mendakwa dirinya hamil.

Hanya selepas beberapa bulan berkahwin, perempuan terbabit akan menghilangkan diri selepas mengikis duit suaminya dan sepanjang beberapa tahun lalu, ‘wanita pisau cukur’ itu sudah berkahwin dengan enam lelaki dan melarikan wang lebih RM500,000.

Sumber polis berkata, penipuan wanita itu terbongkar apabila suami terbarunya mengesan kegiatannya dan membawa isterinya ke Balai Polis Cheras di sini, untuk ditahan pada 6 Ogos lalu.

“Mangsa terbarunya dikenali sebagai Chung, 30-an, memberitahu polis dia mengenali wanita itu melalui laman facebook di Internet pada April lalu.

“Hasil perkenalan singkat itu, wanita terbabit mengajak mangsa keluar sebelum merayu mengikut teman lelaki barunya itu pulang ke rumah dengan alasan untuk menggunakan komputer. Ketika di rumah mangsa, dia menggoda dan mengajak mangsa melakukan hubungan seks,” katanya.

Menurutnya, beberapa minggu kemudian wanita itu berlakon kononnya dia hamil dan mengugut mangsa supaya mengahwininya.

Sumber itu berkata, mangsa yang akur desakan itu mengajak wanita terbabit berkahwin dengan mendaftarkannya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun wanita terbabit menolak dengan mendakwa lebih berminat dilakukan secara tradisi.

“Susulan itu mangsa membawa wanita terbabit ke kampungnya di Sabah untuk melangsungkan perkahwinan pada Mei lalu. Namun, keluarga mangsa hairan apabila tiada wakil atau ahli keluarga wanita itu muncul ketika majlis perkahwinan.

“Apabila ditanya, dia memberi alasan kononnya seorang ahli keluarga terdekatnya di Semenanjung meninggal dunia akibat penyakit kanser,” kata sumber itu.

Menurutnya, lebih mengejutkan wanita terbabit enggan membuat kenduri perkahwinan di pihak keluarganya di Kuala Lumpur, selain cuba mengelak bertemu orang ramai serta sanak-saudara mangsa.

Katanya, selepas selesai majlis perkahwinan, wanita itu memberitahu suaminya mengenai peluang perniagaan yang kononnya bakal memberi keuntungan besar.
Berikutan itu suaminya memberi wang termasuk kutipan daripada ahli keluarga berjumlah RM300,000.

“Bagaimanapun, keluarga mangsa mencurigai suspek selepas mendapati perut wanita itu tidak menunjukkan tanda mengandung. Malah, wang keuntungan hasil pelaburan dijanjikan turut lesap,” katanya.

Sumber itu berkata, tembelang wanita terbabit terbongkar selepas kakak mangsa mengenal pasti identiti suspek yang pernah disiarkan di akhbar berhubung kes penipuan terhadap beberapa lelaki lain sebelum ini.

“Wajahnya yang dirakam bersama beberapa lelaki berbeza pada majlis perkahwinan berasingan pernah disiarkan melalui media massa selepas dia didapati melarikan diri selepas menipu.

“Susulan itu mangsa menyerahkan wanita terbabit kepada polis Cheras untuk siasatan lanjut,” katanya.

Siasatan awal polis mendapati, wanita terbabit mempunyai empat anak, namun setiap kali cuba menjerat mangsa, dia mengaku belum pernah berkahwin dan tiada anak.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superintanden Abdul Rahim Hamzah yang dihubungi berkata, suspek ditahan Jumaat lalu untuk siasatan lanjut dan direman lima hari.

Menurutnya, polis akan menyerahkan hasil siasatan lengkap terhadap suspek kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi membolehkan tindakan lanjut diambil mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Suspek turut dikehendaki polis Sentul berhubung laporan penipuan sama. Kami mungkin akan menyerahkannya kepada polis daerah itu bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Orang ramai yang pernah menjadi mangsa penipuan licik wanita terbabit diminta tampil membuat laporan polis bagi memastikan suspek menerima hukuman setimpal,” katanya.
Links to this post
Umno pun Menyenaraihitamkan Kontraktor!!
Khamis, Ogos 12, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas)

Terang lagi bersuluh!! Umno sanggup melakukan apa sahaja malah menutup periuk nasi orang semata-mata kerana menyokong pembangkang. Itulah umno!

Sumber di sini
Links to this post
MB Selangor Pelawa SPRM Tempatkan Pegawai di KSSB. Setujukah SPRM?
Khamis, Ogos 12, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Adakah berani MB dan KM di negeri-negeri yang diperintah BN untuk membuat pelawaan sebegitu kepada SPRM demi membanteras jenayah rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan?

[SH] SHAH ALAM - Kerajaan Negeri membuat tawaran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan pegawai badan berkenaan di pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, tawaran tersebut dibuat selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri terhadap konsep pentadbiran yang telus dan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap operasi KSSB berikutan kritikan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap anak syarikat Kerajaan Negeri itu.

“Kakitangan SPRM ini boleh memantau operasi dan pentadbiran KSSB dengan lebih dekat bagi memastikan salah guna kuasa atau rasuah tidak berlaku,” katanya kepada pemberita semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini semalam.

Sementara itu katanya, bagi melengkapkan prinsip ketelusan dan keterbukaan, KSSB akan mengiklankan jawatan kosong di media bagi mengisi dua jawatan Pengarah yang bebas dari pengaruh politik tetapi berpengalaman dalam industri perlombongan pasir.

“Mereka ini akan menjadi wakil Kerajaan Negeri untuk bersama-sama mentadbir dan menguruskan KSSB dalam menjalankan perlombongan pasir di negeri ini.

“Kita juga telah mengarahkan KSSB supaya melantik juruaudit bebas bagi mengaudit setiap sen yang dibelanjakan supaya maklumat kewangan KSSB dapat diketahui umum,” katanya.

Abdul Khalid berkata, beliau percaya masih belum ada syarikat yang menguruskan pasir di negeri-negeri lain yang telah mengambil langkah-langkah seperti yang dilakukan oleh KSSB.

“Kita yakin KSSB menjadi syarikat pertama yang mengamalkan pentadbiran yang telus dan terbuka.

“Kita juga kita mencabar kerajaan di bawah Brisan Nasional (BN) supaya mengambil langkah yang sama terutama di Johor yang mana operasi perlombongan pasir amat diragui tetapi tidak diberi liputan oleh media arus perdana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid turut mengumumkan pelantikan Wan Ab halim Wan Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KSSB berkuat kuasa 26 Julai lalu.

“Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University, United Kingdom mempunyai pengalaman luas bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batuan, timah, besi dan emas,” katanya.
Links to this post
Perakam Video Tersembunyi Dijumpai Dalam Bilik MB Selangor
Khamis, Ogos 12, 2010 | Author: Tuk Kiyai
SHAH ALAM 12 Ogos - Sebuah kamera kecil tersembunyi dijumpai di pejabat Menteri Besar Selangor di tingkat 21, bangunan SUK di sini pada pukul 6 petang semalam dipercayai digunakan untuk mengintip aktiviti harian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata beliau menyedari kewujudan alat perakam gambar itu di dalam biliknya beliau menjumpai apabila terdengar bunyi.

Beliau percaya alat tersebut mengeluarkan bunyi setelah tahap tenaga baterinya semakin lemah.

"Saya kemudiannya mencari sumber bunyi itu di seluruh bilik dan saya menemui sebuah alat perakam video kecil yang disorok di belakang langsir bilik saya," kata beliau selepas mesyuarat mingguan Exco.

Ditanya media berapa lama alat perakam video itu telah dipasang di dalam bilik beliau, Abdul Khalid berkata mungkin alat tersebut sudah berada di situ dalam tempoh yang agak panjang.

"Saya dah teliti tidak ada apa cuma rakaman menunjukkan saya bertemu dengan beberapa pihak dan urusan harian biasa," jelas beliau.

Tambah beliau Pejabat Menteri Besar akan menjalankan siasatan dalaman terlebih dahulu sebelum menimbangkan untuk membuat aduan kepada pihak polis.

“Kita akan melihat dahulu rakaman dalam perkam video ini supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis,” kata Menteri Besar.

Beliau juga akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian bagaimana alat perakam video tersebut boleh berada di dalam biliknya.

"Saya akan teliti dulu rakaman CCTV sebelum serahkan kepada pihak berkuasa, jika mereka ingin datang untuk membuat pemeriksaan juga tiada masalah," katanya.

Sehubungan itu Abdul Khalid mengarahkan tahap kawalan keselamatan di bangunan SUK ditingkatkan bagi mengelak kejadian berulang.

Pengawal keselamatan yang ditemubual menyatakan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan alat perakam video tersebut.

-SKeadilan

Links to this post
Lelaki Miliki Buah Dada Besar AKhirnya Pulih...
Rabu, Ogos 11, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(GAMBAR menunjukkan Guo Qingpo yang memiliki buah dada besar diperiksa oleh seorang doktor sebelum dia menjalani pembedahan di sebuah hospital di Dezhou, China baru-baru ini)

BEIJING - Buah dada sebesar saiz bola sepak milik seorang lelaki China berumur 53 tahun kini menjadi kecil setelah dia menjalani pembedahan selama enam jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Guo Qingpo menjalani pembedahan di sebuah hospital di Dezhou, wilayah Shandong baru-baru ini.

Buah dada lelaki itu membesar dengan tiba-tiba pada 2008.

Seramai 20 pakar dari lapan jabatan berusaha mencari kaedah untuk mengurangkan buah dada itu dengan pembedahan dianggap satu pilihan terbaik.

Dua buah dada lelaki itu seberat 5 kilogram.

Lelaki itu keluar dari hospital itu pada penghujung April lalu selepas sebulan dia menjalani pembedahan.

Dalam bidang perubatan, penyakit yang dialami oleh lelaki itu dikenali sebagai Gynecomastia, satu simptom pembesaran buah dada akibat tumor atau hormon. - Agensi

-kosmo

Links to this post
Kain Rentang Provokatif Usaha Lagakan PKR dengan Istana Johor
Rabu, Ogos 11, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Zabidie Abbas menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab, yang cuba melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dengan memasang kain rentang yang bersifat provokasi di sepanjang laluan Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor dalam siri program jelajah 'Kembara Mahkota Johor 2010' yang diadakan minggu lalu.

Angkara yang dipercayai didalangi oleh Umno Johor telah menyebabkan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar murka apabila berita tersebut disiarkan media.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya, yang tindakan tersebut dilakukan oleh pihak kami," kata Zabidie ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau berkata kain rentang tersebut yang tertera gambar Sultan Ibrahim, jata kerajaan Johor, gambar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan logo KEADILAN turut memaparkan ungkapan 'PKR Johor Menyokong Penuh Dato' Seri Chua Jui Meng Sebagai Pengerusi PKR Johor Dan Calon MB Johor'.

Berikutan kejadian tersebut, AMK Johor telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam semalam serta menuntut siasatan segera dan terperinci dijalankan untuk mendakwa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Zabidie menyifatkan pihak yang cuba mengapi-api sentimen serta memainkan emosi rakyat sebagai buta undang-undang.

Ini kerana Artikel 3 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor menyatakan Menteri Besar hendaklah dilantik daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

"Apa yang jelas, tindakan menggantung kain rentang tersebut di sepanjang laluan Kembara Mahkota Johor 2010 yang bakal dilalui oleh Tuanku Sultan, berniat untuk mengaitkan institusi diraja dengan politik kepartian. Ia juga bertujuan untuk melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dan menimbulkan kemarahan orang ramai," tegas Zabidie lagi.

Tambah Zabidie, tindakan tersebut dilihat sebagai terancang kerana beliau difahamkam hanya kain rentang provokasi tersebut yang digantung di sepanjang laluan itu.

Tidak ada sebarang kain rentang lain, sama ada yang berbentuk iklan atau kain rentang mengalu-alukan baginda berdua dipasang.

Zabidie berkata pihaknya bercadang untuk berbincang bersama pimpinan KEADILAN untuk ke Istana Johor bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

"Kami akan memohon bagi menghadap ke bawah Duli Tuanku Sultan Ibrahim, bersama pimpinan KEADILAN negeri, untuk memperjelaskan keadaan yang sebenarnya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha AMK Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata pihaknya turut mempersoalkan kewajaran akhbar Sinar Harian edisi Johor semalam yang menyiarkan laporan berkenaan program 'Majlis Makan Malam anjuran KEADILAN Cabang Gelang Patah Bersama Presiden' dengan tajuk dan gambar yang mengelirukan.

"Laporan muka surat J5 Sinar Harian edisi Johor yang ditulis oleh Nurul Riduan Nor Ashana memaparkan artikel yang bertajuk 'Perjelas Hak Bukan Bumiputera' dengan gambar Datuk Chua Jui Meng yang sedang memegang kain rentang 'provokasi' tersebut," kata Ahmad.

Ahmad berpendapat, tajuk artikel tersebut tidak ada kena-mengena dengan gambar yang dipaparkan.

Malah gambar tersebut sebenarnya menunjukkan Chua sedang menerangkan kepada hadirin bahawa kain rentang tersebut merupakan tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu yang ingin melaga-laga beliau dengan pihak istana.

"Setelah menghubungi pihak Sinar Harian disini, mereka memaklumkan akan menulis tentang 'ralat' bagi berita tersebut dan akan disiarkan dalan edisi nasional. Kami menuntut mereka untuk menarik balik semula laporan itu. Jika tiada sebarang reaksi diambil, kami akan berbincang untuk membuat tindakan susulan," kata beliau.

-SKeadilan

Links to this post
Kereta Kebal Milik Tentera Singapura
Selasa, Ogos 10, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Kereta kebal terbaru jenis Leopard milik tentera Singapura dipamerkan dalam perarakan sempena Hari Kebangsaan Singapura yang ke-45 di Padang, semalam. - Bernama
Links to this post

Keputusan sama ada kes konspirasi kedua terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan digugur atau sebaliknya, akan ditentukan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Isnin depan.

Hujah Karpal Singh hari ini, hubungan antara Timbalan Pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan saksi utama, Saiful Bukhari Azlan dalam perbicaraan menimbulkan persepsi negatif.

Apatah lagi, katanya, Peguam Negara sehingga kini tidak mengarahkan kedua-dua individu berkenaan membuat afidavit penafian yang memang menjadi amalan dalam sistem perundangan negara.

Beliau menganggap tidak logik Farah yang terlibat sejak hari pertama perbicaraan, tidak memiliki akses kepada maklumat kes yang kemudian memberi ruang kepada Saiful memperolehnya, hasil hubungan mereka.

-TVS
Links to this post

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara lewat petang Isnin semalam mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan kenapa mereka hanya mengemukakan tentang wujudnya satu bukti baru dalam prosiding inkues mendiang Teoh Beng Hock hari ini yang antara lain mengesahkan bahawa mereka telah menemui sekeping nota di dalam beg galas mendiang yang mungkin dapat memberi indikasi tentang kematiannya.

Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues sebelum itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga mendiang dan juga kerajaan Selangor.

Jabatan Peguam Negara menjelaskan, peguam yang dilantik untuk mewakili Pendakwa Raya dalam mengendalikan prosiding inkues Beng Hock, telah memaklumkan mengenai penemuan nota di dalam beg galas mendiang yang dikatakan dapat membantu dalam siasatan kematian pembantu politik Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Bagaimanapun, kata kenyataan Jabatan Peguam Negara, nota itu telah dipertikaikan atas alasan berlaku kelewatan dalam mendedahkannya dan kegagalan untuk menyerahkan sesalinan bukti baru itu kepada peguam yang mewakili keluarga Teoh serta dakwaan kononnya Jabatan Peguam Negara menyembunyikan nota tersebut.

"Jabatan Peguam Negara menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya nota itu sengaja disembuyikan, sebaliknya turut terkejut dengan penemuan nota tersebut dan selepas itu menyebabkan satu siasatan lanjut dijalankan.

"Jabatan Peguam Negara telah dimaklumkan tentang penemuan nota itu oleh Pegawai Penyiasat, Asisten Suprintendan Ahmad Nazri Zainal pada 7 Oktober 2009, iaitu kira-kira dua bulan selepas kematian Teoh.

"Menurut Pegawai Penyiasat itu, nota itu pada mulanya tidak ditemui ketika ia mula-mula melakukan carian ke atas beg galas mendiang sejurus selepas insiden kematiannya itu,' jelas kenyataan itu lagi.

Menurut Jabatan Peguam Negara, nota itu kemudiannya segera diterjemahkan dan terdapat keperluan untuk menghantarnya bagi dianalisa oleh pakar pemeriksa dokumen di Jabatan Kimia.

Nota itu telah dihantar pada 9 Oktober 2009 dan pada 20 Oktober 2009, pakar pemeriksa dokumen telah menyediakan laporan untuk dipertimbangkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Abdul Gani pada mulanya tidak yakin dengan keaslian nota tersebut ekoran kesukaran untuk mengesahkan tulisan tangan tertentu dalam karakter Cina. Tambahan pula, nota tersebut dijumpai dua bulan selepas kejadian dan ini akan menimbulkan rasa curiga kepada tahap keaslian dan penemuannya.

"Selepas mempertimbangkan faktor-faktor tersebut, Abdul Gani berpendapat nota itu tidak patut dikemukakan di mahkamah, sehingga atau melainkan Pegawai Penyiasat dapat memberikan penjelasan yang memuaskan berkaitan penemuan nota itu," jelas kenyataan Jabatan Peguam Negara.

Berhubung nota itu, Jabatan Peguam Negara sebelum itu telah dimaklumkan oleh Pegawai Penyiasat bahawa dia akhirnya telah melakukan carian yang menyeluruh selepas menerima nasihat daripada pakar psikatri bahawa dalam kes-kes melibatkan bunuh diri biasanya akan terdapat nota yang ditinggalkan.

"Bagaimanapun, baru-baru ini Pegawai Penyiasat itu mengakui bahawa dia sebenarnya menemui nota dalam beg Teoh apabila dia melakukan pemeriksaan pada beg galas mendiang pada 17 Julai 2009 tetapi tidak menyedari akan kepentingannya berikutan terdapat beberapa dokumen lain yang ditemui dan dokumen serta nota itu ditulis dalam bahasa Mandarin dan juga rumi," jelas kenyataan itu.

Hasil daripada penemuan ini, maka Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengemukakan bahan bukti baru ini dan mengarahkan supaya Pegawai Penyiasat itu membuat penjelasan ini di mahkamah dan menyerahkan kepada Koroner untuk menentukan berdasarkan penjelasan Pegawai Penyiasat itu nanti dan laporan pakar dokumen.

"Oleh itu, tidak wujud dakwaan bahawa pihak jabatan cuba menyembunyikan nota tersebut dan keputusan untuk tidak mengemukakannya pada peringkat awal dibuat berdasarkan laporan pakar pemeriksa dokumen dan juga penemuannya yang menimbulkan rasa curiga.

"Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan nota tersebut sebagai bahan bukti sahaja sehingga tiada lagi rasa curiga berhubung nota tersebut," kata kenyataan tersebut.

BERNAMA sebelum ini melaporkan, kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.

Prosiding yang sepatutnya disambung pada Isnin juga ditangguhkan sehingga 18 Ogos ini bagi memberi masa kesemua pihak mendapatkan arahan selanjutnya daripada anak guam masing-masing.

Koroner Azmil Muntapha Abas membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan Selangor, peguam yang dilantik kerajaan Tan Hock Chuan, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Abas dan Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Di luar mahkamah, Gobind memberitahu pemberita keadaan yang berlaku (bukti baru) menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.

"Sekarang bukti baru dikemukakan kepada kami, tetapi bukan baru bagi mereka. Mereka mempunyai dokumen itu yang dalam pemilikan mereka sejak Oktober lepas," katanya yang dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu pagi ini.

Sebelum prosiding bermula, beliau memohon supaya semua pihak berbincang dalam kamar kira-kira pukul 10.37 pagi. Sejam kemudian, Gobind dilihat keluar dari kamar dan masuk ke dalam mahkamah tanpa berkata apa-apa dan kelihatan marah.

Hanya 15 minit kemudian kesemua pihak keluar tetapi enggan menyatakan apa-apa dan menurut Tan mahkamah hanya memutuskan kes disambung minggu depan. Sejam kemudian barulah Gobind bersedia memberi sidang media.

Gobind berkata berikutan keadaan ini, beliau memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.

Sementara itu, Malik Imtiaz berkata semua dokumen yang relevan sepatutnya diserahkan kepada semua pihak dan selama ini beliau menganggap semua dokumen telah lengkap

-Dipetik dari MStar
Links to this post
Felda Kena Saman lagi. Kali ini oleh 700 Peneroka!!!
Isnin, Ogos 09, 2010 | Author: Tuk Kiyai